Khamis, Julai 28, 2016

Tafsir Asas Quran (Sesi 13)..

Sambungan usul 8.Memahami alquran berdasarkan tertib turunnya ayat.

4.surah2 yg diturunkan pada tiga tahun terakhir kehidupan rasullah saw di mekah

Beberapa peristiwa penting yg berlaku pada tahun2 berkenaan yg merupakan peringkat ke4 kehidupan rasullah saw dimekah.
Tahun ke 11 kenabian hingga hijrah,selama 3tahun
Ada 13 surah yg diturunkan diperingkat ini

a)berkahwin dgn aisyah .ia berlangsung pa bulan syawal pd ke11kenabian bersamaan 620masihi,bgmnpun kehidupan sbg suami isteri setelah hijrah ke madinah

-tahun kenabian , adalah tahun bermulanya bila dia dilantik menjadi nabi dan rasul ketika berumur 40th
-selepas kewafatan khadijah.

b)6orang drp puak khazraj dtg dr madinah ke mekah lalu memeluk islam.
Peristiwa ini berlaku pd bulan zulhijjah tahun ke11 kenabian bersamaan 620masehi.
-orang madinah yg buka jln.
-hajji dan umrah dah ada sebelum zaman nabi,dan diperbaiki penyelewenganya
-syariat hajji yg betul nabi bg tau sebagai mana  yg asal seperti yg nabi ibrahim buat

c)berlakunya peristiwa israk mikraj dan keferduan solat 5 waktu .berlaku pada 27rejab tahun ke 12 kenabian bersamaan 621masehi(ulamak boleh kira secara khusus)
Selepas peristiwa mikraj ,sebhg drp permulaan  surah an najm (53)diturunkan dan diturunkan juga surah bani israil atau surah al-israa'(15)
Surah ni diperingkat mana?
Ayat 1
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Maha Suci Allah yang telah menperjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Disini disebut أَسْرَىٰyg dipanggil masdar dlm b.arab
asalnya israk yg bererti berjln mlm bukan tengahari.

d)berlakunya baiah  aqobah pertama .
Perjanjian aqobah adalah asas/persediaan hijrah kemadinah.
12 orang ansaar dtg dari madinah ke mekah lalu memeluk islam .
10 orang drp mereka adalah puak khazraj dan 2 orang dari puak aus.
Peristiwa ini berlaku pada bulan zulhijjah  tahun ke12 kenabian bersamaan 621masehi.
3tahun masa untuk buat perancangan hijrah.

e)Berlaku baiah aqobah ke 2 .Pada kali seramai 72 orang madinah datang kepada nabi saw lalu memeluk agama islam.
Peristiwa ini berlaku pada bulan zulhijjah tahun 13 kenabian.

Diperingkat ke4 yg merupakan peringkat terakhir kehidupan rasullah saw di mekah turun kira2 13surah secara kasar
Ini adalah hasil dr penelitian  ulamak.

Dibawah ini dikemukakan perinciannya.

1.surah yunus (10)
Dizaman keraguan dan pelbagai tuduhan terhadap nabi saw seperti tukang sihir ,pereka alquran dsbnya

Ayat 2
أَكَانَ لِلنَّاسِ عَجَبًا أَنْ أَوْحَيْنَا إِلَىٰ رَجُلٍ مِنْهُمْ أَنْ أَنْذِرِ النَّاسَ وَبَشِّرِ الَّذِينَ آمَنُوا أَنَّ لَهُمْ قَدَمَ صِدْقٍ عِنْدَ رَبِّهِمْ ۗ قَالَ الْكَافِرُونَ إِنَّ هَٰذَا لَسَاحِرٌ مُبِينٌ

Tidaklah patut adanya pada manusia yang ingkar itu perasaan hairan disebabkan Kami telah wahyukan kepada seorang lelaki dari jenis mereka (Nabi Muhammad, dengan berfirman kepadanya): "Berilah amaran kepada umat manusia (yang ingkar, dengan balasan azab) dan sampaikanlah berita yang mengembirakan kepada orang-orang yang beriman, bahawa bagi mereka ada persediaan yang sungguh mulia di sisi Tuhan mereka (disebabkan amal-amal soleh yang mereka kerjakan). (Setelah Nabi Muhammad memberi amaran dan menyampaikan berita yang mengembirakan) berkatalah orang-orang kafir (yang merasa hairan) itu: "Sebenarnya (Al-Quran) ini ialah sihir yang terang nyata."

-tuduhan tukang sihir(kata kunci)
-ini peringat keraguan orang kafir.apa sebab mereka ragu?

Ayat 15-17.

Ayat 15
وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ آيَاتُنَا بَيِّنَاتٍ ۙ قَالَ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءَنَا ائْتِ بِقُرْآنٍ غَيْرِ هَٰذَا أَوْ بَدِّلْهُ ۚ قُلْ مَا يَكُونُ لِي أَنْ أُبَدِّلَهُ مِنْ تِلْقَاءِ نَفْسِي ۖ إِنْ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحَىٰ إِلَيَّ ۖ إِنِّي أَخَافُ إِنْ عَصَيْتُ رَبِّي عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, berkatalah orang-orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami (untuk menerima balasan): "Bawalah Quran yang lain daripada ini atau tukarkanlah dia ". Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak berhak menukarkannya dengan kemahuanku sendiri, aku hanya tetap menurut apa yang diwahyukan kepadaku sahaja. Sesungguhnya aku takut, - jika aku menderhaka kepada Tuhanku, - akan azab hari yang besar (soal jawabnya)".
Ayat 16
قُلْ لَوْ شَاءَ اللَّهُ مَا تَلَوْتُهُ عَلَيْكُمْ وَلَا أَدْرَاكُمْ بِهِ ۖ فَقَدْ لَبِثْتُ فِيكُمْ عُمُرًا مِنْ قَبْلِهِ ۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika Allah kehendaki (supaya aku tidak membacakan Al-Quran ini kepada kamu), tentulah aku tidak dapat membacakannya kepada kamu, dan tentulah Ia tidak memberitahu kamu akan Al-Quran ini (dengan perantaraanku); kerana sesungguhnya aku telah tinggal dalam kalangan kamu satu masa yang lanjut (dan kamu pula mengenal aku sebagai seorang yang amanah) sebelum turunnya Al-Quran ini; maka mengapa kamu tidak mahu memikirkannya?"
Ayat 17
فَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَىٰ عَلَى اللَّهِ كَذِبًا أَوْ كَذَّبَ بِآيَاتِهِ ۚ إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الْمُجْرِمُونَ

Dengan yang demikian, tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayatNya. Sesungguhnya orang-orang yang berdosa itu tidak akan berjaya.

-berdusta atas nama allah adalah dosa besar

Ayat 37-41ayat 2adalah berkenaan keraguan terhadap quran
Ayat 94-95mendustakan ayat2 allah suatu kerugian

Ayat 94
َإِنْ كُنْتَ فِي شَكٍّ مِمَّا أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ فَاسْأَلِ الَّذِينَ يَقْرَءُونَ الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكَ ۚ لَقَدْ جَاءَكَ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

Oleh sebab itu, sekiranya engkau (wahai Muhammad) merasa ragu-ragu tentang apa yang Kami turukan kepadamu, maka bertanyalah kepada orang-orang yang membaca kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu (kerana mereka mengetahui kebenarannya). Sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran dari Tuhanmu, maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang ragu-ragu.

Ayat 95

Ayat104-106,soal keraguan terhadap agama.tak boleh orang kafir

Ayat 104
قُلْ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنْ كُنْتُمْ فِي شَكٍّ مِنْ دِينِي فَلَا أَعْبُدُ الَّذِينَ تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلَٰكِنْ أَعْبُدُ اللَّهَ الَّذِي يَتَوَفَّاكُمْ ۖ وَأُمِرْتُ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sekiranya kamu menaruh syak tentang kebenaran ugamaku, maka (ketahuilah) aku tidak menyembah makhluk-makhluk yang kamu menyembahnya yang lain dari Allah, tetapi aku hanya menyembah Allah yang akan mematikan kamu (untuk menerima balasan); dan aku diperintahkan supaya menjadi dari golongan yang beriman
Ayat 105
وَأَنْ أَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا وَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

"Serta (diwajibkan kepadaku): ' Hadapkanlah seluruh dirimu menuju (ke arah mengerjakan perintah-perintah) ugama dengan betul dan ikhlas, dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang musyrik '."

Ayat 106
وَلَا تَدْعُ مِنْ دُونِ اللَّهِ مَا لَا يَنْفَعُكَ وَلَا يَضُرُّكَ ۖ فَإِنْ فَعَلْتَ فَإِنَّكَ إِذًا مِنَ الظَّالِمِينَ

Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).

2.surah huud(11)
Juga diturunkan  dizaman keraguan dan pelbagai tuduhan terhadap nabi saw seperti tukang sihir ,pereka alquran dan sebagainya.
Ayat 12
فَلَعَلَّكَ تَارِكٌ بَعْضَ مَا يُوحَىٰ إِلَيْكَ وَضَائِقٌ بِهِ صَدْرُكَ أَنْ يَقُولُوا لَوْلَا أُنْزِلَ عَلَيْهِ كَنْزٌ أَوْ جَاءَ مَعَهُ مَلَكٌ ۚ إِنَّمَا أَنْتَ نَذِيرٌ ۚ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ

Jangan-jangan engkau (wahai Muhammad) tidak menyampaikan sebahagian dari apa yang diwahyukan kepadamu serta merasa sempit dada untuk menyampaikannya disebabkan orang-orang yang ingkar itu berkata: "Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) perbendaharaan (harta benda yang banyak), ataupun datang bersama-sama dengannya malaikat (untuk menolongnya menyiarkan Islam)?" Kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada orang-orang yang ingkar, dan Allah jualah Pentadbir yang menguruskan tiap-tiap sesuatu (maka berserahlah diri kepadaNya).

Ayat 12-14

Ayat 12
فَلَعَلَّكَ تَارِكٌ بَعْضَ مَا يُوحَىٰ إِلَيْكَ وَضَائِقٌ بِهِ صَدْرُكَ أَنْ يَقُولُوا لَوْلَا أُنْزِلَ عَلَيْهِ كَنْزٌ أَوْ جَاءَ مَعَهُ مَلَكٌ ۚ إِنَّمَا أَنْتَ نَذِيرٌ ۚ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ

Jangan-jangan engkau (wahai Muhammad) tidak menyampaikan sebahagian dari apa yang diwahyukan kepadamu serta merasa sempit dada untuk menyampaikannya disebabkan orang-orang yang ingkar itu berkata: "Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) perbendaharaan (harta benda yang banyak), ataupun datang bersama-sama dengannya malaikat (untuk menolongnya menyiarkan Islam)?" Kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada orang-orang yang ingkar, dan Allah jualah Pentadbir yang menguruskan tiap-tiap sesuatu (maka berserahlah diri kepadaNya).

Ayat 13
أَمْ يَقُولُونَ افْتَرَاهُ ۖ قُلْ فَأْتُوا بِعَشْرِ سُوَرٍ مِثْلِهِ مُفْتَرَيَاتٍ وَادْعُوا مَنِ اسْتَطَعْتُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Bukan itu sahaja kata-kata mereka bahkan mereka menuduh dengan mengatakan: "Ia (Muhammad) yang mereka-reka Al-Quran itu! " katakanlah (wahai Muhammad): "(Jika demikian tuduhan kamu), maka cubalah buat serta datangkan sepuluh surah rekaan yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah siapa sahaja yang kamu sanggup memanggilnya, yang lain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar".

Ayat 14
فَإِلَّمْ يَسْتَجِيبُوا لَكُمْ فَاعْلَمُوا أَنَّمَا أُنْزِلَ بِعِلْمِ اللَّهِ وَأَنْ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ فَهَلْ أَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

Oleh itu, jika mereka (penolong-penolong kamu) tidak dapat melaksanakan permintaan kamu (untuk membuat surah-surah yang sebanding dengan Al-Quran), maka ketahuilah bahawa Al-Quran itu diturunkan hanyalah menurut pengetahuan Allah, dan bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Setelah (terbukti hakikat yang demikian) maka adakah kamu mengakui Islam dan menurut aturannya?

-pendustaan terlalu kuat.
-minta dibukti dgn kebendaan

Ayat 18,nabi dituduh nabi saw mereka alquran
Ayat 35,sama juga,tuduhan yg direka2.

Ayat 112
Ayat 113
Pertembungan diantara pembawa ajaran tauhid dan syirik
Jgn cenderung pada orang zalim,syirik adalah kezaliman yg paling besar.allah menyuruh tetap/istiqomah dgn pendirian.kezaliman syirik boleh keneraka.

3.surah yusuf(12),sama je dgn diatas
Ayat12
Ayat 13
Ayat 14

4.surah ar rad(13)
Pelbagai komplot dan pakatan jahat dirancang terhadap rasullah saw

Ayat 31
Ayat 32
Ayat 33
Mereka memperolok2 nabi2 yg dahulu

Ayat 42
Ayat 43
Pakatan jahat dirancang untuk  nabi saw.

5.surah ibrahim(14)
Ada unsur2 pelbagai komplot dan pakatan jahat dirancang terhadap rasullah saw.
Ayat 13
Ayat 14
Tindakan nak menghalau nabi saw.
Sebgmn telah terjadi pd nabi musa

Ayat 44
Ayat 45
Ayat 46
Ayat 47
Umumnya bila ada Makaru,ayat diperingkat 4.

6.surah al hijr(15)
Diturunkan dlm suasana ejekan dan tuduhan2 liar terhadap nabi saw
Ayat 6-13
Macam2 tuduhan
Ayat 94-97
Kata2 dan pakatan jahat,tapi nabi dijaga oleh allah.
Kata kunci yg jadi panduan ulamak untuk menentukan peringkat

7.surah an nahl(16)
Didlmnya terdapat isyarat hijrah kemadinah
Ada rancangan jahat dan penindasan kafir quraisy
Ayat 106
Kecuali dlm keadaan terpaksa,ini kemuncak penyiksaan
Ayat 26-29
Perancangan jahat mereka
Ayat 41-42
Kezaliman yg kemuncak

Pada tahun ke 12 kenabian berlaku peristiwa  mikraj kepada nabi pada tahun itu dipercayai turun 2 surah kepada baginda saw.Didlm nya ada tersebut peristiwa itu.
Didlm surah israa  diajarkan kepada nabi saw doa hijrah.
Dlm perjlnan rasullah saw dari mekah ke palestin untuk mikraj ke langit itu ditayang kepada rasullah saw dari mekah ke palestin untuk mikraj kelangit itu ditayang kepada rasullah saw madinah jadi tempat penghijrahan baginda

2 surah berkenaan ialah
1.surah isra atau bani israil(17)
Selain tersebut apa yg berlaku pada malam mikraj itu terdapat juga isyarat tentang penubuhan negara islam madinah.ini persediaan membentuk negara
Ayat 33
Ayat 47
Ayat 60
Ayat 191-103

2surah an najm(53)
Peristiwa dimlm mikraj dikemukakan dipermulaan surah ini
Ayat ,73-77

4surah yg dikemukakan nanti dipercayai telah turun pada tahun 13 kenabian,bebrpa ketika sebelum nabi saw berhijrah ke madinah.

1.surah haamin asy syura(42)
Penjelasan tentang kemasyarakatan islam.

2.surah haamin azzukhruf(43)
Penyempurnaan hujjah terhadap kaum kafir quraisy dan amaran terakhir kepada mereka

3.surah al an'am (6)
Penyempurnaan hujjah terhadap kaum kafir quraisy  dan amaran terakhir kepada mereka.

4.surah al a'raf(7)
Penyempurnaan hujjah terhadap kaum kafir quraisy dan amaran terakhir kepada mereka .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan