SAMBUNGAN) USUL KE 7
- TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN AYAT SEBELUM DAN SELEPASNYA
Sekarang tibalah masanya untuk dikemukakan contoh-contoh ma’na dan maksud ayat yang difahami berdasarkan siyaaq dan sibaaqnya
Di bawah ini diberikan hanya 3 contoh sahaja sebagai panduan dan pedoman:
(i) Ayat ke 16, 17, 18, dan 19 di dalam Surah al-Qiyamah,
zahirnya tidak bersesuaian dengan siyaaq dan sibaaq.
Keempat-empatnya kelihatan tergantung di tengah-tengah ayat-ayat lain yang berbicara tentang apa yang akan berlaku di hari kiamat nanti. Perhatikan ayat-ayat berkenaan dan terjemahannya di bawah ini.
Maksudnya:
Aku bersumpah dengan hari kiamat, (1)
dan Aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali (diri sendiri) (2)
Apakah manusia mengira, bahawa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya? (3)
bukan demikian, sebenarnya Kami berkuasa menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna. (4)
bahkan manusia itu hendak membuat ma’shiat terus menerus. (5)
Ia bertanya (secara mengejek): “Bilakah hari kiamat itu?” (6)
Maka apabila mata terbelalak (ketakutan), (7)
dan apabila bulan telah hilang cahayanya, (8)
dan matahari serta bulan dikumpulkan, (9)
(maka) pada hari itu berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): “ Kemanakah hendak melarikan diri?” (10)
Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan! (11)
hanya kepada Tuhanmu sajalah pada hari itu tempat kembali. (12)
pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan. (13)
Bahkan manusia itu menjadi saksi terhadap dirinya sendiri. (14)
Meskipun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri). (15)
Janganlah engkau (wahai Muhammad) kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu). (16)
Sesungguhnya Kami jamin untuk mengumpulkannya (di dalam dadamu) dan (membuatmu pandai) membacanya. (17)
Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; (18)
Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan). (19)
Sekali-kali janganlah demikian. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkkan kamu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya. (20)
dan meninggalkan (kehidupan) akhirat (yang kekal abadi kehidupannya). (21).
Tetapi berdasarkan tafsiran al-Qaffaal yang mengambil kira siyaaq dan sibaaqnya tidak ada sebarang keadaan ketergantungan pada firman Allah di dalam Surah al-Qiyaamah tadi. Ini kerana menurut beliau, keemapat-empat ayat tersebut juga berkaitan dengan hari kiamat.
Orang yang dihadap cakap oleh Allah di dalam firmannya: itu bukanlah Nabi s.a.w. Sebaliknya ia ditujukan kepada seluruh umat manusia kerana setiap manusia di hari Qiamat kelak akan membaca buku suratan amalan masing-masing berdasarkan firman Allah s.w.t di dalam ayat al-Quran yang bermaksud :
Bacalah buku (suratan amalanmu), cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau lakukan). (al-Israa’:14).
Dan ayat Quran yang bermaksud: Pada hari itu, manusia akan diberitahu tentang apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan. (al-Qiyaamah:13)
Lalu apabila bacaan mereka sampai kepada catitan-catitan amalan buruk masing-masing, mereka akan mempercepatkan bacaan kerana gerun dan takut kepada balasan yang akan diterima serta malu untuk mendedahkannya di hadapan khalayak ramai di Mahsyar nanti. Pada ketika itulah dikatakan kepadanya sebagaimana ayat 16 surah al-Qiyamah.
Menurut al-Qaffaal, maksudnya ialah janganlah engakau membaca dengan cepat suratan amalanmu itu. Kerana, sebagaimana ayat 17 surah al-Qiyamah; Al-Qaffaal mentafsirkannya dengan kata beliau: “Sesungguhnya Kami telah mengumpulkan segala-galanya di dalam buku suratan amalanmu itu dan Kami pasti akan membacanya (di hadapanmu)”. Ayat kelapan belas selepasnya, bermaksud, “Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu”
Menurut tafsiran al-Qaffaal adalah: Apabila Kami selesai membacanya,terima sajalah kandungan apa yang dibaca itu”. Ayat kesembilan belas selepasnya pula, bermaksud, “Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan)”.
Menurut tafsiran al-Qaffaal adalah: “Kemudian kami akan menjelaskan balasan bagi setiap amalan buruk yang telah kamu lakukan”.
Tafsiran al-Qaffaal ini sangat sesuai dengan siyaaq dan sibaaqnya, meskipun ia tidak selaras dengan tafsiran Ibnu ‘Abbaas, dimana beliau mengaitkannya dengan peristiwa Nabi s.a.w. mempercepatkan bacaan Baginda untuk mengikuti bacaan Jibril yang menjadi sebab Nuzul bagi ayat-ayat yang berkenaan.
Kebanyakan penterjemah al-Qur’an dalam bahasa Melayu memilih tafsiran Ibnu ‘Abbaas di sini. Apa yang perlu sekali diketahui dan difahami ialah tafisran Ibnu ‘Abbaas itu sebenarnya merupakan tafsiran kedua (المراد الثانوي) baginya, sedangkan tafsiran pertama dan asal (المراد الاولى) baginya adalah seperti yang diberikan oleh al-Qaffaal tadi.
(ii) Allah berfirman di dalam Surah Shaad:
Bermaksud:
Dan sudahkah sampai kepadamu (Wahai Muhammad) berita (perbicaraan dua) orang yang berselisihan? Ketika mereka memanjat tembok tempat ibadat; (21)
Iaitu ketika mereka masuk kepada (Nabi) Daud, lalu ia terkejut melihat mereka; mereka berkata kepadanya: “Janganlah takut, (kami ini) dua orang yang berselisihan, salah seorang dari kami telah berlaku zalim kepada yang lain; oleh itu hukumkanlah di antara kami dengan adil, dan janganlah melampaui (batas keadilan), serta pimpinlah kami ke jalan yang lurus). (22) “Sebenarnya orang ini ialah saudara (seagama)ku; ia mempunyai sembilan puluh sembilan ekor kambing betina dan aku mempunyai seekor sahaja; Dalam pada itu, ia (mendesakku dengan) berkata: ‘Serahkanlah yang seeekor itu kepadaku’, dan dia telah mengalahkan daku dalam merundingkan perkara itu”. (23)
Berkata dia (Nabi Daud): “Sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu (sebagai tambahan) kepada kambing-kambingya; dan sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang bergaul dan berhubungan (dalam berbagai-bagai lapangan hidup), setengahnya berlaku zalim kepada setengah yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal saleh; sedang mereka amatlah sedikit!” dan (Nabi) Daud (setelah berfikir sejurus) mengetahui bahawa sebenarnya Kami sedang mengujinya (dengan peristiwa itu), lalu ia memhon ampun kepada tuhannya sambil merebahkan dirinya sujud, serta ia rujuk kembali (bertaubat). (24)
Maka kami ampunkan kesalahannya itu; dan sesungguhnya ia mempunyai kedudukan yang dekat di sisi Kami serta tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak). (25) (Shaad: 21-25).
Persoalan mungkin timbul di dalam hati sesetengah orang bahawa apakah yang dimaksudkan Allah dengan firmanNya di dalam ayat 24 dan 25 dari Surah Shaad yang dikemukakan di atas? Apakah bentuk ujian dan cubaan Allah terhadap Nbai Daud a.s? Apakah Nabi Daud telah melakukan apa-apa dosa besar hingga beliau memhon ampun kepada Tuhan sambil merebahkan diri bersujud dan bertaubat?
Untuk memecahkan persoalan ini macam-macam jawapan telah diberikan oleh para mufassirin. Ada di antara mereka mengemukakan riwayat-riwayat Israiliyat yang menunjukkan memang Nabi Daud telah melakukan dosa besar. Dosa besar yang dilakukan beliau ialah membunuh Uria, seorang pahlawan yang amat setia kepada beliau dengan senagaja menghantarnya ke medan perang supaya ia terbunuh. Dan memang ia terbunuh. Maksud Daud melakukan begitu tidak lain hanyalah untuk dapat mengahwini isterinya Batsyeba. Ada yang mengatakan, kesalahan Daud sebenarnya terletak pada beliau terus memenangkan pihak yang memiliki seekor anak kambing tanpa mendengar terlebih dahulu keterangan pihak yang memiliki 99 ekor kambing. Sepatutnya beliau mendengar terlebih dahulu keterangan dari kedua-dua belah pihak yang berselisih sebelum membuat sesuatu keputusan. Kesilapan itulah yang mendorong Daud beristighfar dan bertaubat kepada Allah, apabila mengingatkan apa yang berlaku kepadanya itu sebenarnya merupakan ujian Allah. Ada pula yang mengatakan, orang-orang yang datang dengan memanjat pagar atau dinding istana Daud sememangnya bermaksud membunuh beliau. Setelah mereka mendapati ada ramai pengawal di kawasan mihrab tempat Nabi Daud beribadat, mereka berpura-pura mengemukakan kes seperti yang tersebut di dalam ayat 22-23 Surah Shaad.
Nabi Daud mengetahui maksud sebenar mereka. Beliau bertekad untuk menghukum mereka dengan seberant-berat hukuman. Tetapi setelah berfikir bahawa semua itu adalah ujian Allah kepadanya, beliau membatalkan maksud asalnya hendak menghukum mereka. Nabi Daud sedar bahawa tindakan yang paling layak dan sesuai dengan kedudukan beliau ialah mema’afkan, bukan membalas dendam. Maka beliau terus beristighfar dan bertaubat kepada Allah atas keterlanjurannya itu. Oleh kerana Daud telah betul-betul insaf, Allah terus mengampunkan kesalahan dan ketelanjurannya. Dan macam-macam lagi… Namun semuanya tidak mengambil kira siyaaq dan sibaaq ayat-ayat tersebut.
Maulana Hifzur Rahman Sevhaarwi di dalam Qasas al-Qur’annya berbeza daripada mufassir-mufassir yang lain kerana beliau mengaitkan ayat-ayat tersebut dengan siyaaq dan sibaaqnya. Menurut beliau, berdasarkan riwayat Ibnu ‘Abbaas yang dihukum sahih oleh al-Haakim dan Az-Zahabi, Nabi Daud telah membahagikan hari-hari dalam kehidupannya kepada empat bahagian. Satu hari khusus untuk beribadat kepada Allah. Satu hari untuk menyelesaikan kes-kes yang dikemukakan kepada beliau. Satu hari khusus untuk memenuhi keperluan peribadi dan keluarganya dan satu hari pula untuk memimpin dan membimbing kaumnya, Bani Israil. Pembahagian hari-hari seperti itu kurang sesuai dengan kedudukan seorang khalifah dan raja, Seorang khalifah dan raja seperti Nabi Daud tidak sepatutnya mengkhususkan sehari suntuk untuk beribadat semata-mata, walaupun ibadat adalah sesuatu yang disukai Allah dan merupakan tujuan sebenar kejadian jin dan manusia. Kerana pada hari-hari yang lain juga tentunya Nabi Daud ada beribadat. Sama sekali tidak dapat dibayangkan adanya hari-hari seseorang nabi langsung tidak diisi dengan sebarang ibadat. Ibadat tentu ada dalam Ibadat tentunya ada dalam amalan harian seseorang nabi. Cuma mengkhususkan satu hari untuk beribadat semata-mata di mana langsung tidak dapat dihubungi dan ditemui sesiapa pun dalam keadaan bagaimana sekalipun adalah sesuatu yang tidak layak dan tidak sesuai dengan kedudukan seorang nabi lagi raja seperti Daud. Itulah sebabnya Allah berfirman di dalam ayat berikutnya begini (bermaksud):
“Wahai Daud, Sesungguhnya Kami menjadikanmu khalifah (penguasa) di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah Engkau menurut hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu” (Shaad:26). Sebagai seorang khalifah beliau seharusnya mengutamakan masyarakat daripada kepentingan dan kesukaan peribadi sendiri. Beliau sepatutnya lebih banyak memberi masa untuk membimbing dan menyelesaikan masalah rakyat jelatanya. Akibat daripada pembahagian hari-hari seperti itulah berlaku apa yang telah berlaku. Ia diceritakan oleh Allah di dalam Surah Shaad bermula dari ayat 21 hingga 25.
Peristiwa yang tersebut di dalam ayat 21 hingga 25 itu merupakan sindiran dan teguran Allah secara tidak langsung kepada Daud. Namun Daud dapat menangkapnya, kerana beliau seorang yang bijaksana. Beliau terus beristighfar, bersujud dan bertaubat kepada Allah atas keterlanjurannya itu. Maka taubatnya diterima Allah. Selepas itu pembahagian hari-hari dalam kehidupan Daud tidak lagi berjalan seperti sebelumnya.
Perhatikan siyaaqnya, iaitu ayat 26 Surah Shaad yang dikemukakan tadi. Dan perhatikan pula sibaaqnya sebagaimana berikut (bermaksud): “Dan kami kuatkan kerajaannya serta Kami berikan kepadanya hikmah dan kebijaksaan dalam menyelesaikan perselisihan”.(Shaad:20) Bukankah kedua-duanya berada dalam jalinan yang sangat teguh dan indah bersama-sama dengan beberapa ayat dari Surah Shaad yang mengisahkan ujian Allah terhadap Nabi Daud a.s.? Tafsiran ini kuat dan menarik kerana selain ia mengambil kiran siyaaq dan sibaaq ayat, ia juga mengambil kira riwayat dan dirayat hadits berkenaannya.
1 year ago (edited)•1
🍅🍅
Siaq dan sibaq
1.16,17,18,19surah qiayamah
Sebelum,Sibaq
Ayat 16
لَا تُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِ
Janganlah engkau (wahai Muhammad) - Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).
Selepas,Siyak
Sebab nuzulnya.
Ayat 17-19-20-21
Sebab nuzulnya.
إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُ وَقُرْآنَهُ
Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);
Tiada kaitan bila tengok sebab nuzul.tafsiran ini adalah makna kedua bg quran.
Kitabul wahyi 4
10 tafsiran ulamak,salah satu adalah berdasarkan siyak dan sibak
Tafsiran sebab nuzul,hadis no 5
Sebab turun ayat ,peristiwa ini
Telah menceritakan kepada kami Musa bin Isma'il dia berkata, Telah menceritakan kepada kami Abu 'Awanah berkata, bahwa Telah menceritakan kepada kami Musa bin Abu Aisyah berkata, Telah menceritakan kepada kami Sa'id bin Jubair dari Ibnu 'Abbas tentang firman Allah Ta'ala: (Janganlah kamu gerakkan lidahmu untuk (membaca) Al Quran karena hendak cepat-cepat ingin (menguasainya)." Berkata Ibnu 'Abbas: "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sangat kuat keinginannya untuk menghafalkan apa yang diturunkan (Al Qur'an) dan menggerak-gerakkan kedua bibir Beliau." Berkata Ibnu 'Abbas: "aku akan menggerakkan kedua bibirku (untuk membacakannya) kepada kalian sebagaimana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melakukannya kepadaku". Berkata Sa'id: "Dan aku akan menggerakkan kedua bibirku (untuk membacakannya) kepada kalian sebagaimana aku melihat Ibnu 'Abbas melakukannya. Maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menggerakkan kedua bibirnya, Kemudian turunlah firman Allah Ta'ala: Janganlah kamu gerakkan lidahmu untuk (membaca) Al Quran karena hendak cepat-cepat (menguasai) nya. Sesungguhnya atas tanggungan Kamilah mengumpulkannya (di dadamu) dan (membuatmu pandai) membacanya". Maksudnya Allah mengumpulkannya di dalam dadamu (untuk dihafalkan) dan kemudian kamu membacanya: "Apabila Kami telah selesai membacakannya, maka ikutilah bacaannya itu". Maksudnya: "Dengarkanlah dan diamlah". Kemudian Allah Ta'ala berfirman: "Kemudian, sesungguhnya atas tanggungan Kamilah penjelasannya. Maksudnya: "Dan Kewajiban Kamilah untuk membacakannya" Dan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sejak saat itu bila Jibril 'Alaihis Salam datang kepadanya, Beliau mendengarkannya. Dan bila Jibril 'Alaihis Salam sudah pergi, maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam membacakannya (kepada para sahabat) sebagaimana Jibril 'Alaihis Salam membacakannya kepada Beliau shallallahu 'alaihi wasallam
Jika diambil kira sebab turun,seolah2 terputus@ tiada kesinambungan ayat.
Makna awali.
Kaedah untuk lihat pertalian .
Kenapa tak berkaitan?
Maulana Muhamad Anwar Kasymiri.
Makna pertama=almurodi ayah,yg ada
Tafsir Qafal.
Ayat 20
وَشَدَدْنَا مُلْكَهُ وَآتَيْنَاهُ الْحِكْمَةَ وَفَصْلَ الْخِطَابِ
Dan Kami kuatkan kerajaannya, serta Kami kurniakan kepadanya hikmah kebijaksanaan dan kepitahan berkata-kata (dalam menjalankan hukum dan menjatuhkan hukuman).
Ayat 21
وَشَدَدْنَا مُلْكَهُ وَآتَيْنَاهُ الْحِكْمَةَ وَفَصْلَ الْخِطَابِ
Dan Kami kuatkan kerajaannya, serta Kami kurniakan kepadanya hikmah kebijaksanaan dan kepitahan berkata-kata (dalam menjalankan hukum dan menjatuhkan hukuman).
Surah sad,22
إِذْ دَخَلُوا عَلَىٰ دَاوُودَ فَفَزِعَ مِنْهُمْ ۖ قَالُوا لَا تَخَفْ ۖ خَصْمَانِ بَغَىٰ بَعْضُنَا عَلَىٰ بَعْضٍ فَاحْكُمْ بَيْنَنَا بِالْحَقِّ وَلَا تُشْطِطْ وَاهْدِنَا إِلَىٰ سَوَاءِ الصِّرَاطِ
Iaitu ketika mereka masuk kepada Nabi Daud, lalu ia terkejut melihat mereka; mereka berkata kepadanya: " Janganlah takut, (kami ini) adalah dua orang yang berselisihan, salah seorang dari kami telah berlaku zalim kepada yang lain; oleh itu hukumkanlah di antara kami dengan adil, dan janganlah melampaui (batas keadilan), serta pimpinlah kami ke jalan yang lurus.
Ayat 23
إِنَّ هَٰذَا أَخِي لَهُ تِسْعٌ وَتِسْعُونَ نَعْجَةً وَلِيَ نَعْجَةٌ وَاحِدَةٌ فَقَالَ أَكْفِلْنِيهَا وَعَزَّنِي فِي الْخِطَابِ
" Sebenarnya orang ini ialah (seorang sahabat sebagai) saudaraku; ia mempunyai sembilan puluh sembilan ekor kambing betina dan aku mempunyai seekor sahaja; dalam pada itu ia (mendesakku dengan) berkata: ' Serahkanlah yang seekor itu kepadaku ', dan dia telah mengalahkan daku dalam merundingkan perkara itu".
Ayat 24.
قَالَ لَقَدْ ظَلَمَكَ بِسُؤَالِ نَعْجَتِكَ إِلَىٰ نِعَاجِهِ ۖ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ الْخُلَطَاءِ لَيَبْغِي بَعْضُهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَقَلِيلٌ مَا هُمْ ۗ وَظَنَّ دَاوُودُ أَنَّمَا فَتَنَّاهُ فَاسْتَغْفَرَ رَبَّهُ وَخَرَّ رَاكِعًا وَأَنَابَ ۩
Nabi Daud berkata: " Sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu (sebagai tambahan) kepada kambing-kambingnya; dan sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang bergaul dan berhubungan (dalam berbagai-bagai lapangan hidup), setengahnya berlaku zalim kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh; sedang mereka amatlah sedikit!" Dan Nabi Daud (setelah berfikir sejurus), mengetahui sebenarnya Kami telah mengujinya (dengan peristiwa itu), lalu ia memohon ampun kepada Tuhannya sambil merebahkan dirinya sujud, serta ia rujuk kembali (bertaubat).
Ayat 26
يَا دَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الْأَرْضِ فَاحْكُمْ بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ الْهَوَىٰ فَيُضِلَّكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ
Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.
Ayat sibak(sebelum) dan siyak(selepas)adalah tentang kerajaan.
Pilih yg ni kerana saling berkaitan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan