USUL 12
Mencari dan Mengesan Struktur Mikro Di Dalam Ayat-Ayat Al-Quran.
Usul seterusnya untuk memahami al-Quran dengan baik ialah berusaha mencari dan mengesan perkataan-perkataan yang saling berkaitan di dalam sesuatu ayat atau beberapa ayat.
Seseorang penuntut ilmu al-Quran hendaknya sentiasa berjalan dengan memegang jari setiap perkataan yang dibacanya di dalam setiap ayat al-Quran.
Semua perkataan di dalam al-Quran ada ertinya tersendiri.
Tiada satu pun hurufnya berlebihan atau sia-sia. Dalam membincangkan sesuatu perkataan, para ulama Tafsir kadang-kadang memerlukan beberapa muka surat untuk menyelami maksudnya.
Mereka sehabis daya berusaha mengaitkan satu ayat dengan ayat yang lain, bahkan satu perkataan dengan satu perkataan yang lain.
Segala mahzufaat (perkataan-perkataan atau ayat-ayat yang dibuang) dipastikan. Segala yang tersembunyi pula dinyatakan.
Betapa besarnya jasa dan sumbangan mereka, Allah sahajalah yang dapat memberikan ganjarannya.
Berikut dikemukakan beberapa langkah yang perlu diambil dalam usaha mengesan kesinambungan satu perkataan dengan perkataan lain, seterusnya satu ayat dengan ayat yang lain:
(a) Mengesan apa-apa yang tersirat di sebalik beberapa ayat kecil (jumlah) di dalam sesuatu ayat yang panjang
(b) Berusaha menggilap kebolehan memahami struktur ayat dan apa yang tersurat.
(c) Memahirkan diri dalam mengesan apa-apa yang dibuang (mahzufaat) dan apa yang seharusnya ditaqdirkan .
(d) Terdapat banyak sekali ayat-ayat yang disudahi dengan menyebutkan sifat-sifat tertentu Allah s.w.t.
seperti “as-Sami’ ul-Alim”, “Al-Azizul Hakim”, “Al-Ghaniyul Hameed”, “Al-Ghafurul Rahim” dan sebagainya.
Sifat-sifat itu tentu sekali tidak disebutkan sebarangan tanpa sesuatu maksud. Ia tentunya mempunyai kaitan dan pertalian dengan apa yang tersebut sebelumnya atau selepasnya. Apa yang perlu anda lakukan ialah merenungi apakah gerangan hikmat di sebalik sifat-sifat Allah itu disebutkan pada tempat-tempat berkenaan.
Berapa Contoh Struktur Mikro Di Dalam Sesuatu Ayat Atau Surah
a) Di dalam Surah at-Tiin, cuba lihat betapa rapatnya perkaitan di antara perkataan “At-Tiin” dengan “Az-Zaitun”, perkataan “Az-Zaitun” dengan “Thursinin” (Thur sina) dan seterusnya di antara perkataan “Thursinin” dan”al baladil amiin”.
Keempat-empat perkataan itu pula berkait rapat dengan rangkai kata “ahsanitaqwiim” dan “asfalasaafiliin”. Dan semua yang tersebut itu pula berkait rapat dengan “Addiin” atau “Yaumiddiin” (hari pembalasan) iaitu hari kiamat di mana manusia akan mendapat balasan bagi semua amalannya, sama ada baik atau buruk.
Pada hari kiamat nanti akan nyatalah keadilan dan kesaksamaan Allah.
Sesungguhnya hari kiamat itu merupakan sebesar-besar dalil bagi adanya “Ahkamil haa kimiin” (Tuhan Yang Maha Adil dan Saksama).
b) Perhatikanlah betapa rapatnya perkaitan di antara perkataan-perkataan Allah, Al-Hayyu dan Al-Qayyum. Kemudian perhatikan pula bagaimana ia disusuli dengan penafian sifat-sifat yang tidak layak bagi Allah daripada Allah (sifat-sifat tanzihiyyahNya, iaitu mengantuk dan tidur. Perkaitan di antaranya amat rapat sekali. Syafa’at berkait rapat dengan ilmu. Kursi Allah pula berkait rapat denganNya. Kekuasaan Allah berkait rapat dengan sifat tanzihiNya, “Layanuuduhu” (dia tidak berasa berat). Sifat Tuhan “Al-“Aliyyul’azim” (Maha Tinggi Lagi Maha Besar) pula mencukupi dan merangkumi semua sekali kandungan ayat al-Kursi itu sendiri.
🍒🍒
Usul ke 12
Mencari sturuktuk mikro/nazmu khofi setiap surah.
Perkataan yg saling berkaitan dlm satu ayat atau beberapa ayat.
Tafsir kita jarang,walaupun telah lama dlm kitab tafsir.
Perkaitan ayat dgn ayat.
Ada ayat yg berdiri sendiri dan ada kaitan dgn ayat yg lain.
Contoh nabi Ibrahim buat Kaabah dia berdoa,oh Tuhan terimalah ibadah kami ini.dan engkau maha mendengar dan maha mengetahui
Annazamukhofih
Pegang jari dia,khususnya perkataan kata kunci sesuatu surah.jika tidak akan hilang punca.ia sangat berguna untuk mengetahui sesuatu mesej sesuatu ayat
Huruf Zaidah/huruf hadiah.bukan anggap perut lebih tanpa faedah.
Huruf -jamak
Haraf=satu huruf
Kesinambungan/perkaitan dgn perkaitan yg lain
Memahami yg tersurat dan tersirat bg ayat Quran
Untuk bincang satu perkataan memerlukan beberapa muka surat.
Tafsir ibnu Taimiyah memerlukan 40 jilid.
Mengesan kesinambungan satu perkataan dgn perkataan yg lain.atau satu jumlah dgn jumlah yg lain.cermat dan mesti memerhati .
Kena gilap dan memahami struktur ayat
c.kena mahirkan diri.
d.terdapat byk sekali ayat2 yg diakhiri dgn sifat2 Tuhan.
Kaitan ayat dgn ayat.
Surah Al-Fatihah.
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Haraf jar gapo? الْحَمْدُmubtadar.khobarnya?tempat bergantung.kenapa ttt?
Jumlah ismiah atau fekliah?
Jumlah ismiah.
Memberi makna dasar dan istimrar.
Haraf jar ada 3. َبِّ haraf jar asli ko tidak.
Menguasai bahasa bukan mudah.
Bila minta doa ,innakanatasamiulalim.
Terimalah dr kami.kalu tuhe tak dengar?tuhe yg maha mendengar sahaja yg dengar dan maha mengetahui.
Tak sebut yg lain ,Tuhan yg kaya dan yg terpuji.
Tuhan maha pengampun dan penyayang.
Tuhan tidak terpaksa mengampunkan tetapi dia maha penyayang.
وَالتِّينِ وَالزَّيْتُونِ
Demi buah Tiin dan Zaitun,
وَطُورِ سِينِينَ
Dan Gunung Tursina,
وَهَٰذَا الْبَلَدِ الْأَمِينِ
Serta negeri (Makkah) yang aman ini, -
لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).
ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ
Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah,
فَمَا يُكَذِّبُكَ بَعْدُ بِالدِّينِ
(Jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula yang menjadikan engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu?
Hari kemudian adalah hari pembalasan.
إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَلَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.
أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ
Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim?
-tempat tumbuhnya buah tiin dan Zaiton.
-manusia boleh jadi lebih jahat dr binatang.
-tujuan yg maha adil dan untuk menyatakan keadilan adalah dinegeri akhirat.
-yg baik jika hidup didunia tiada pembalasan bgmn??
Bukti ada air ,adalah dahaga??
Bukti dalil ada Tuhan maha adil,adanya byk ketidakadilan diatas dunia.y g mesti dibalas secara adil diakhirat.
Ayat 25
اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ
لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ
لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ
مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ
يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ
وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ
وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ
وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ
وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).
Yang tidak mengantuk usahkan tidur.
Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.
Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
Yg berdiri sendiri الْقَيُّومُ
Sama dgn assomad,tak perlu gapo2
Tiada yg dia perlu bergantung.
Tuhan tak mengantuk dan tidak tidur لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ
Tuhan tak perlu berehat.tuhan tiada lemah.menolak faham agama lain yg mn Tuhan itu letih.
Kepunyaan Allah semuanya لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْض
Manusia perlukan perkongsian.
Tiada syafaat مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚmelainkan dgn izinnya.
Sifat ilmu tuhe يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖtahu semua.
Ilmu yg hanya diberikan allah وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ
Kursy وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ adalah lebih besar lagi
Tuhan tidak penat وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ
وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
Barulah layak menjadi tuhe.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan