Usul ke14
Usul keempat belas ialah berusaha memahami maksud segala sumpah Allah di dalam al-Qur’an.
Ia mustahak sekali difahami dengan sebaik-baiknya.
Apa yang sangat perlu dipastikan ialah memahami perkaitan di antara dalil dan madlulnya atau dengan kata lain, perkaitan di antara “muqsam bihi” dan “muqsam ‘alaih”nya.
Sumpah-sumpah Allah di dalam al-Qur’an itu sebenarnya adalah dalil-dalil yang tersendiri. Antara tokoh ulama yang telah menulis secara khusus tentang topik sumpah Allah ialah
al-Imam Ibnu al-Qaiyyim,
Hameeduddin @ ‘Abdul Hameed al-Faraahi dan
Ahmad Kamal al-Mahdi.
Buku Ibnu al-Qaiyyim bernama “at-Tibyaan Fi Aqsaami al-Qur’an”.
Buku al-Faraahi bernama “al-Im’aan Fi Aqsaami al-Qur’an” dan
buku Ahmad Kamal al-Mahdi pula bernama “Aayaat al-Qasam Min al-Qur’an al-Karim”.
Di dalam al-Qur’an terdapat sebanyak 200 lebih sumpah.
Hampir seratus daripadanya dengan jelas menggunakan perkataan sumpah.
Termasuklah di dalamnya sumpah Allah, sumpah para nabi dan rasul, juga sumpah-sumpah orang-orang lain selain Allah dan rasul-rasulNya.
Bahasa ‘Arab terkenal dengan keseniaan ibaratnya.
Gaya bahasa yang berbeda diguna untuk menyatakan maksud dan tujuan berbeda.
Gaya bahasa yang berbeda juga diguna ketika berbicara dengan orang-orang yang latar belakangnya berbeda.
Kerana itulah sesuatu cerita (khabar) menurut ilmu Ma’ani (salah satu cabang seni bahasa ‘Arab), semestinya disampaikan sesuai dengan tiga tahap sikap manusia yang akan menerimanya.
“Al-Ibtida’i” (الإبتداعى) digunakan untuk orang yang kosong fikirannya daripada sebarang keputusan tentang sesuatu cerita yang disampaikan.
Cerita yang disampaikan kepada orang-orang pada tahap ini tidak perlu diperkuatkan dengan apa-apa kata penguat.
“At-Thalabi” (الطالبى) digunakan untuk orang yang ragu-ragu dan sangsi tentang sesuatu cerita yang disampaikan kepadanya. Dalam keadaan ini eloklah cerita yang hendak disampaikan itu diperkuatkan dengan sedikit kata penguat, supaya keraguan yang berlegar-legar di dalam hatinya bertukar kepada keyakinan.
“Al-Inkaari” (الإنكارى) pula digunakan untuk orang yang menolak cerita yang disampaikan dan langsung tidak percaya kepadanya.
Dalam keadaan ini cerita yang hendak disampaikan itu mestilah diperkuatkan dengan kata penguat tertentu.
Kata penguat yang digunakan mungkin hanya satu atau dua perkataan sahaja.
Mungkin jauh lebih daripada itu, dalam beberapa bentuk, sesuai dengan keadaan kuat atau lemahnya penolakan oleh pihak yang dihadap cakap.
Sumpah sebenarnya merupakan salah satu bentuk kata penguat bagi sesuatu cerita yang disampaikan.
Oleh kerana al-Qur’an itu diturunkan sebagai hidayah dan untuk membimbing semua lapisan dan tahap masyarakat manusia dan jin, sedangkan ada antara mereka yang meraguinya dan ada pula yang langsung tidak mempercayainya, malah mendustakannya, maka semestinya sesuatu yang hendak disampaikan kepada mereka diperkuat dengan kata-kata penguat tertentu.
Antara kata penguat yang sering digunakan oleh Allah di dalam al-Qur’an ialah
sumpah (أسلوب القسم).
Antara tujuannya ialah menghilangkan keraguan orang yang ragu dan menghapuskan terus kekeliruan yang membuatkan mereka menolak dan tidak mempercayainya, dengan mengemukakan satu bentuk kata penguat yang pada hakikatnya merupakan bukti, dalil dan hujah bagi pihak Allah kepada ‘aqal dan hati nurani manusia.
Enam Perkara Yang Mesti Diketahui Dalam Bab Sumpah:
(1)أداة القسم
iaitu perkataan yang digunakan khusus untuk menunjukkan erti sumpah.
(2) مقسم به
iaitu perkataan yang digunakan buat bersumpah.
(3) مقسم عليه
iaitu perkara yang diangkat sumpah kerananya.
(4) غرض القسم
iaitu tujuan sumpah.
(5) kesinambungan dan kesesuaian di antara perkataan yang digunakan buat bersumpah dan perkara yang diangkat sumpah kerananya (المناسبة بين القسم به والمقسم عليه).
(6)keadaan-keadaan orang yang dikhitab (dihadap cakap) dengan ayat sumpah
(أحوال المخاطبين بجماة القسم).
PERKATAAN YANG DIGUNAKAN KHUSUS UNTUK MENUNJUKKAN ERTI SUMPAH
Pada umumnya empat huruf berikut diguna untuk menunjukkan erti sumpah.
(a) Baa’ (ب)
b) Taa’ (ت)
(c) Wau (و) dan
(d)Laam (ل).
Semuanya memberi erti yang sama iaitu “demi”.
Huruf sumpah dengan majrurnya bergantung (berta’alluq) kepada fi’il qasam yang ditaqdirkan seperti أحلف , اقسم dan sebagainya.
Daripada gabungan fi’il qasam dan fa’ilnya serta jaar dan majrurnyalah terbentuk ayat sumpah (جملة القسم).
Kadang-kadang perkataan جير (sungguh) dan لا جرم (sudah tentu, mesti, tidak dapat tidak) juga digunakan untuk menunjukkan erti sumpah.
PEMBAHAGIAN SUMPAH DILIHAT KEPADA BENTUK JAWAB SUMPAHNYA Setiap ayat sumpah mesti diiringi ayat jawab sumpah.
Syarat jawab ayat sumpah ialah ia mesti digunakan dalam bentuk خبرية (ayat cerita), bukan dalam bentuk تعجبية (ayat yang menyatakan kekaguman atau kekagetan).
Contohnya, أقسم بالله لا أنقاد لرأى يجافى العدالة
(Aku bersumpah dengan nama Allah, aku tidak akan menurut pendapat yang mengenepikan keadilan). أقسمبالله
di dalam contoh ini adalah ayat sumpah.
Dan لا أنقادلرأى يجافى العدالة adalah ayat jawab sumpah.
Ayat jawab sumpah seperti ini dipanggil قسم خبرى atau قسم غير استعطافى .
ayat jawab sumpah dari jenis ini tiada kedudukannya dalam I’raab (لا محللها من الإعراب) .
Jika ayat jawab sumpah dikemukakan dalam bentuk jumlah insya’iyyah dengan tujuan menginsafkan, menyedarkan atau memprovokasi seseorang,
maka ayat sumpah seperti itu dipanggil قسماستعطافي .
dalam ayat sumpah seperti ini, jawab sumpahnya mestilah digunakan dalam bentuk jumlah insya’iyyah.
Contohnya, بربك هل رحمت التكلى
(Demi Tuhanmu, kenapa tidak engkau mengasihani perempuan yang kematian anaknya itu?!) Ayat sumpah dari jenis ini juga tiada kedudukannya dalam I’raab.
Pada ayat jawab قسم استعطافي tidak diperlukan apa-apa tambahan lagi.
Sementara pada ayat jawab قسم خبري atau قسم غير استعطافي masih diperlukan kepada tambahan perkataan-perkataan tertentu, seperti ل dan قد, ل sahaja, haraf nafi, ل dan نونتأكيد atau إن danل تأكيد dan sebagainya.
Sebenarnya sumpah atau qasam dikemukakan untuk menguatkan مقسم عليه.
Untuk lebih menguatkannya lagi, kadang-kadang ditambahkan perkataan-perkataan tertentu di dalam ayat sumpah.
Misalnya ditambahkan perkataan إي(ya),
haraf ijab sebelum perkataan yang digunakan khusus untuk menunjukkan erti sumpah.
Penggunaan seperti ini ada di dalam firman Allah berikut:
ويستنبئونكأحق هو قل إى وربى إنه لحق وما أنتم بمعجزين
(53) Bermaksud: “Dan mereka akan bertanya kepadamu (wahai Muhammad):
Adakah kedatangan azab yang dijanjikn itu benar?
Jawablah: Ya, demi Tuhanku! Sesungguhnya ia adalah benar! Dan kamu tidak sekali-kali berkuasa menahan kedatangannya”. (Yunus:53)
Untuk meringkaskan ayat dan kerana perbuatan sumpah yang jelas, kadang-kadang perkataan sumpah dengan haraf jarnya dibuangkan terus.
Yang tersebut hanyalah jawab sumpahnya sahaja.
Misalnya firman Allah berikut:
لقد كان لكمفى رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجوا الله واليوم الأخر وذكر الله كثيرا (21)
Bermaksud: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh tauladan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”. (al-Ahzaab:21).
Apa yang seharusya ditaqdirkan sebelum لقدكان لكم di dalam ayat di atas ialah والله (Demi Allah).
Di situ أداة القسم dan مقسم به, kedua-duasekali dibuang untuk meringkaskan ayat.
Yang ditinggalkan hanyalah مقسمعليه atau jawab sumpah sahaja.
Kadang-kadang pula dibuangkan jawab sumpah untuk meringkaskan ayat, kerana ia dikira sebagai sesuatu yang ma’lum.
Yang ada hanyalah perkataan sumpah.
Menurut sesetengah ulama, qaedah inilah yang berlaku pada firman Allah berikut:
ص والقرانذى الذكر
(1) Bermaksud: “Shaad; demi al-Quran yang mempunyai kemuliaan serta mengandungi peringatan dan pengajaran”. (Shaad:1).
Di dalam ayat ini أداة القسم dan مقسمبه disebutkan, tetapi jawab qasamnya tidak.
Taqdirnya ialah لأعذبنهم على كفرهم (pasti akan Ku azab mereka kerana kekufuran mereka). Kadang=kadang pula ayat jawab sumpah tidak dibuang sepenuhnya.
Yang dibuang daripadanya hanyalah perkataan-perkataan ل dan قد.
Contohnya dapat dilihat pada jawab sumpah bagi sumpah-sumpah yang diangkat Allah di permulaan Surah al-Buruj.
Setelah mengemukakan tiga ayat sumpah, Allah mengemukakan ayat 4 sebagai jawab sumpahnya begini: قتل أصحبالأخدود Bermaksud:
Celakalah kaum yang menggali parit. (al-Buruj:4).
Meskipun و merupakan haraf qasam (perkataan yang digunakan khusus untuk menunjukkan erti sumpah) yang paling banyak digunakan, termasuk di dalam al-Qur’an sendiri, namun para ulama nahu bahasa ‘Arab tidak menganggapnya sebagai haraf qasam yang asal.
Ini kerana ia tidak memasuki dhamir (kata ganti nama) dan tidak juga digunakan dalam قسماستعطافى, sebelum ayat pertanyaan misalnya.
Haraf qasam yang asal bagi mereka ialah ب.
Ini kerana ب mempunyai keistimewaan dan kelebihan berbanding haraf-haraf qasam yang lain.
Antaranya: (1) Fi’ii qasam harus (boleh) disebutkan bersama-samanya.
Contohnya ialah firman Allah berikut:
فكيف إذا أصبتهم مصيبة بما قدمت أيديهم ثم جاءؤك يحلفون بالله إن أردنا إلا إحسنا وتوفيقا
(62) Bermaksud
Maka bagaimanakah halnya apabila mereka ditimpa sesuatu kemalangan
disebabkan (kesalahan) yang telah dibuat oleh tangan mereka sendiri, kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah:
“Demi Allah, kami tidak sekali-kali menghendaki melainkan kebaikan dan perdamaian (bagi kedua pihak yang berbalah).” (an-Nisaa’).
(2) ب
harus (boleh) memasuki dhamir (kata ganti nama
Kerana itu anda harus berkata begitu بكلأفعلن كذا وكذا (Demi engkau, aku pasti melakukan sekian-sekian).
(3) Dalam قسم استعطافي hanya ب sahaja yang digunakan.
Contohnya: بالله هل قام زيد؟ (Demi Allah, adakah Zaid telah berdiri?).
Haraf تpula hanya digunakan sebelum perkataan Allah dan Rab sahaja.
Anda tidak boleh berkata, تاالرحمن dan تالرحيم.
Bagaimanapun, kata as-Suhaili, sesetengah orang ‘Arab tetap menggunanya sebelum perkataan الرحمن atau perkataan حياتكsebagai haraf qasam.
Menurut az-Zamakhsyari, perbezaan antara ت dan ب qasam ialah ب merupakan haraf qasam yang asal.
Sedangkan ت hanya merupakan ganti kepada haraf ب. Sebabnya ب dianggap sebagai haraf qasam yang asal ialah kerana penggunaannya paling luas berbanding haraf-haraf qasam yang lain.
Tetapi ت mempunyai kelebihan yang lain, kerana ia kadang-kadang mengandungi ma’na ta’ajjub (kagum).
🍇🍇
Ringkasan 20 usul tafsir al Quran (yg perlu dikuasai untuk memahami alquran dgn betul dan selamat.
Usul ke 14 ,usul yg pjg.
Mengetahui Kesinambungan diantara dalil dan madlul pada sumpah2 Allah dlm al Quran.
Ianya adalah Asas2 kaedah yg dipanggil sumpah atau qasam
Sedang nabi larang bersumpah .
Sumpah atau qasam byk dlm Quran.
Kena tau istilah.
Jika sudah tahu bhs Arab ia lebih mudah.
Usul ke 14 ialah berusaha memahami maksud segala sumpah Allah didlm al Quran .Ia mustahak sekali difahami dgn sebaik2nya.
Antara tokoh ulamak yg telah menulis secara khusus tentang topik sumpah Allah ialah
al-Imam Ibnu al-Qaiyyim,
Hameedudin@Abdul Hameed al-Faraahi dan
Ahmad Kamal al-Mahdi.
Buku Abdul Qayyim bernama at-tibyaan fi aqsaami al Quran.
Buku Al-Farahi bernama al im'aan fi aqsaa bi al Quran dan
Buku Ahmad Kamal al mandi pula bernama ayatul al aqsaam al quran al Karim
6perkara yg mesti diketahui dalam bab sumpah atau bila berhadapan dgn sumpah allah
(1)أداة القسم
iaitu perkataan yg digunakan khusus untuk menunjukan erti sumpah .contoh demi
(2)مقسم به
iaitu perkataan yg digunakan Allah buat bersumpah.
Perkataan apa?contoh
Wal asr, Asr(masa itu perkataan sumpah)
wal asr,itu perkataan muqsambihi
(3)مقسم عليه
iaitu perkara yg di sumpah kerananya atau perkara yg diangkat sumpah atau allah bersumpah kerana apa?
(4)القسم غرضghoradul qasam
tujuan sumpah atau kerananya
(5)kesinambungan dan kesesuaian diantara perkataan yg digunakan buat bersumpah dan perkara yg diangkat sumpah kerananya(المناسبه).akan bincang lagi selepas ini
(6)بين القسم به والمقسم عليه
keadaan orang yg dikhitab
(dihadap cakap أحوال)
keadaan2 orang yg dihadap cakap ,orang yg macam mn?orang Islam,kafir,makhluk lain ,jin atau siapa yg dia tuju?
Jin apa beza dgn manusia.
siapa yg dia tuju dlm sumpah itu.
Hakikat Dalil atau sumpah ,muqsambihi
Seperti Masa, kuda ,siang, malam ,negeri adalah
dalil kepada muqsam alaihi
Ada kaitab
dgn ayat sumpah
المخاطبين بجماة القسم
Contoh
Ada kaitan antara wal asr=adaatul qasam
Innalafihusrin itu Muqsam alaihi
Buktinya masa atau sejarah.menjadi bukti.
Tujuan nakkan manusia beringat pentingnya masa.
Siapa yg dituju sumpah=INSAN tak kira mana zaman
Ini sumpah yg akhir sumpah dlm Quran.
Ini adalah salah satu usul yg kita kena tahu.
Perkaitan muqsambihi ,contoh Al-Asr .
Apa kaitan al asr dgn kehidupan manusia yg rugi?
Apa yg sangat perlu dipastikan ialah memahami perkaitan dalil (petunjuk-masa)dan madlulnya (yg ditunjukkan-kerugian)atau dgn kata lain ,perkaitan diantara muqsambihi bihi(al asr) dan muqsam alaihinya(innainsanalafihusrin)
Sumpah ini serius,ini Tuhan yg bersumpah.
Masa yg menjadi bukti.
Sumpah2 Allah ini dalil yg tersendiri.
Menarik kita pada kejadian2,langit dan bumi,diri kita sendiri.
Sumpah adalah dalil dr pihak Allah yg dituju pada aqal dan hati manusia.
Sumpah2 Allah di dlm al Quran itu sebenarnya adalah dalil2 yg tersendiri.
Dlm quran ada lebih 200 sumpah.
Hampir 100 drpnya dgn jelas menggunakan perkataan sumpah.
Termasuklah didlmnya sumpah Allah ,sumpah para nabi dan rasul,juga sumpah2 orang2 lain selain Allah dan rasul2nya.
Bahasa Arab terkenal dgn kesenian ibaratnya .
Gaya bahasa yg berbeda juga digunakan ketika berbicara dgn orang2 yg latar belakangnya berbeza.
Kerana itulah sesuatu cerita (khabar)menurut ilmu Ma'ani (salah satu cabang seni bahasa arab),semestinya disampaikan sesuai dgn 3 tahap sikap
manusia yg akan menerima ibtida'i(الإبتاعى)digunakan
untuk orang yg kosong fikirannya drp sebarang keputusan tentang sesuatu cerita yg disampaikan . dia tak tahu apa2.
Cerita yg disampaikan kepada orang2 pada tahap ini tidak perlu diperkuatkan dgn apa2 kata penguat.i ni peringkat kedua.
Atthalabi(الطالبى)digunakan untuk orang yg ragu2 dan sangsi tentang cerita yg disampaikan kepadanya.k Ita ingin memberitahunya.
Dlm keadaan ini eluklah cerita yg hdk disampaikan itu mestilah diperkuatkan dgn kata sedikit penguat supaya keraguan yg berlegar2 didlm hatinya bertukar kepada keyakinan .
Contoh kata penguat Memang ,Hok sungguh nya,taubat Lillah.
Yg ini mesti ada kata penguat.
Jika tiada kata penguat satu kesilapan.kata penguat mungkin satu atau dua atau lebih.
Al inkari(الإنكارى)pula digunakan untuk menolak cerita yg disampaikan dan langsung tak percaya kepadanya.Dalam keadaan ini cerita yg hendak disampaikan mestilah diperkuatkan dgn kata penguat tertentu .
Kata penguat yg digunakan mungkin hanya satu atau dua perkataan shj.Mungkin jauh lebih daripada itu ,dlm beberapa bentuk ,sesuai dgn keadaan kuat atau lemahnya penolakan oleh pihak yg dihadap bercakap.
Sumpah sebenarnya merupakan salah satu bentuk kata penguat bg sesuatu cerita yg disampaikan .
Innainsan itu cerita ,kata penguatnya wal asr.
Oleh kerana al Quran itu diturunkan sebagai hidayah dan untuk membimbing semua lapisan dan tahap masyarakat manusia dan jin.sedangkan ada antara mereka yg meragui nya dan ada pula yg langsung tidak mempercayainya,malah mendustakan nya maka semestinya sesuatu yg hendak disampaikan kepada mereka diperkuat dgn kata2 penguat tertentu.Antara kata penguat yg sering digunakan oleh Allah didlm Al-Quran ialah sumpah(أسلوب القسم)gaya bhs sumpah.
Manusia ini kadang2 leka.
Antara tujuannya ialah menghilangkan keraguan orang yg ragu dan menghapuskan terus kekeliruan yg membuatkan mereka menolak dan tidak mempercayainya,dgn mengemukakan satu btk kata penguat yg pada hakikatnya merupakan bukti ,dalil dan hujjah bg pihak Allah kepada aqal dan hati nurani manusia.k ata penguat bukan sebarang kata penguat.ia hujjah ,bukti dan dalil.
Cerita
Dia makan nasi
Kepada orang yg kosong fikirannya ,maka cukup lah dia makan nasi.
Jika tidak percaya ,dia makan nasi sungguh.
Atau lebih kuat lagi,dia makan nasi sungguh la,saya jadi saksi,lagi kuat .
Ini contoh biasa.
Jika Quran lebih lagi .Yg bokeh mencetuskan cahaya pada fikiran kita.
Bila kata alqasam ada 6 perkara.
Jika manusia hanya untuk menguatkan shj.
1)أداة القسمiaitu perkataan yg
digunakan khusus untuk menunjukan erti sumpah
(2)مقسم به
iaitu perkataan yg digunakan Allah buat bersumpah,perkataan apa?
Wal asri, Asri(masa itu perkataan sumpah
(3)مقسم عليه
iaitu perkara yg di sumpah kerananya atau perkara yg diangkat sumpah
(4)القسم غرض
kerananya atau tujuan sumpah
(5)kesinambungan dan kesesuaian diantara perkataan yg digunakan buat bersumpah dan perkara yg diangkat sumpah kerananya(المناسبه).akan bincang lagi selepas ini
(6)بين القسم به والمقسم عليه
keadaan2 orang yg dikhitab
(dihadap cakap أحوال)dgn ayat sumpah
المخاطبين بجماة القسم
1)أداة القسمiaitu perkataan yg
perkataan digunakan khusus untuk menunjukan erti sumpah
PERKATAAN YG DIGUNAKAN KHUSUS UNTUK MENUNJUKAN ERTI SUMPAH
Pada umumnya 4 huruf berikut digunakan untuk menunjukan erti sumpah.
(a)baa'ب
(b)Taa'ت
(c)Wau و
(d)Laam ل
Satu huruf sudah memberi makna sumpah
Semuanya memberi erti yg sama iaitu"demi".
Huruf sumpah dgn majrurnya bergantung (berta'alluq)
kepada fi'il qasam yg ditakdirkan seperti
أحلف
اقسم
dan sebagainya.
Daripada gabungan fi'il qasam dan fa'il qasam dan fa'il serta jaar dan majrurnya lah terbentuk ayat sumpah(جمله القسم)
Kadang2 perkataan
جير(sungguh) dan
لاجرم(sungguh)
dan لاجرم
(sudah tentu ,mesti tidak dapat tidak
juga digunakan untuk menunjukan erti sumpah.
a)baa'ب
(b)Taa'ت
(c)Wau و
(d)Laam ل
Ta allahi
Ba ,jar dg majrul ,ada tempat takluk,fiil qasam
Gabungan nya lahir ayat sumpah.
Jika Haraf jar asli ada tempat takluk.
Nak kepada 3 perkara.bi Ismi ,jar majrul.
Aku nak baca
Aku nak make
Dgn nama Allah ,aku makan,tempat bergantung perbuatan.
PEMBAHAGIAN SUMPAH DILIHAT KEPADA BENTUK JAWAB SUMPAH NYA
setiap ayat sumpah mesti diiringi ayat jawab sumpah.Syarat jawab ayat sumpah ialah ia mesti digunakan dlm btk خبريه(ayat cerita),bukan dlm btk تعجبية(ayat yg menyatakan kekaguman atau kekagetan)contoh
أقسم بالله لا أنقاد لرأى يجافى العدالة
Aku bersumpah dgn nama Allah ,aku tidak akan menurut pendapat yg mengenepikan keadilan
dlm contoh ini adalah ayat sumpah.atau dipanggil jumlahtul qasam
أقسمبالله
Dan adalah ayat jawab sumpah
لا أنقاد لرأى يجافى العدالة
Ayat jawab sumpah seperti ini dipanggil
قسم خبرى
atau
قسم غير استعطافي
Ini adalah istilah
Ayat jawab sumpah dari jenis ini tiada kedudukannya dlm I'raab لامحللها من الإعراب .kita tak boleh kata ia mubtadad atau Khobar.
Jika ayat jawab sumpah dikemukakan dlm bentuk jumlah insyaiiyyah dgn tujuan menginsafkan,menyedarkan atau memprovokasi seseorang,maka ayat sumpah seperti itu dipanggil
قسم استعطافي
Dalam ayat sumpah seperti ini,jawab sumpahnya mestilah digunakan dlm btk jumlah insyaiiyyah.
contoh nya
بربك هل رحمت التكلى
Demi Tuhan mu ,kenapa tidak engkau mengasihi perempuan yg kematian anaknya itu?
Ayat sumpah dari jenis ini juga tiada kedudukannya dlm I'raab لامحللها من الإعراب
Pada ayat jawab قسم استعطافيtidak diperlukan tambahan perkataan2 tertentu,seperti
ل dan قد،لsahaja,haraf nafi
,لdan ن، نون تأكيدatau
. إن dan ل تأكيد
dan sebagainya.
Sebenarnya sumpah atau qasam dikemukakan untuk menguatkan مقسم عليه.
Untuk lebih menguatkan lagi,kadang2 ditambahkan perkataan tertentu didalam ayat sumpah.
Misalnya ditambahkan perkataan إي,haraf ijab sebelum perkataan yg digunakan khusus untuk menunjukan erti sumpah.Penggunaan seperti ini ada didlm firman Allah berikut
Surah Yunus 53
وَيَسْتَنْبِئُونَكَ أَحَقٌّ هُوَ ۖ قُلْ إِي وَرَبِّي إِنَّهُ لَحَقٌّ ۖ وَمَا أَنْتُمْ بِمُعْجِزِينَ
Dan mereka (yang meminta disegerakan azab) itu akan bertanya kepadamu (wahai Muhammad): "Adakah kedatangan azab yang dijanjikan itu benar? "Jawablah: "Ya, demi Tuhanku! Sesungguhnya adalah ia benar! Dan kamu tidak sekali-kali berkuasa menahan kedatangannya".
قُلْ إِي وَرَبِّيini untuk menguatkan lagi
يadalah tambahan
Untuk meringkaskan ayat dan kerana perbuatan sumpah yg jelas ,kadang2 perkataan sumpah dgn haraf jar dibuangkan terus.yang tersebut hanyalah jawab sumpahnya sahaja.
Tak dah Haraf qasam,musambihi pun tiada ,yg ada hanya muqsam alaihi.
Jika tak pandai bahasa Arab tak boleh suk/akhir.
Jadi bergantung pada ilmu alat.tak sempurna jika tak tahu ilmu alat.untuk lebih tepat dan mendalam mesti pandai bhs Arab.
Minit102
Ada muqsam alaihi shj.
Misalnya firman Allah berikut
Surah Al-Ahzab Ayat 21
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
Apa yg seharusnya ditakdirkan sebelum
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ
didlm ayat diatas ialah والله=demi Allah .
Di situ أداة القسم (wa)dan مقسم به(Allah)
kedua2 sekali dibuang untuk meringkaskan ayat.
Terjemah,demi Allah sesungguhnya
Yang ditinggalkan hanyalah مقسمعليهatau jawabقسم sumpah sahaja ,untuk ringkas.
Kadang2 pula dibuangkan jawab sumpah untuk meringkaskan ayat,kerana ia dikira sebagai sesuatu yg maklum.
Yang ada hanyalah perkataan sumpah.
Menurut sesetengah ulamak,qaedah ini lah yg berlaku pada firman Allah berikut.
Surah Shaad Ayat 1
ص ۚ وَالْقُرْآنِ ذِي الذِّكْرِ
Saad; demi Al-Quran yang mempunyai kemuliaan serta mengandungi peringatan dan pengajaran
Kaedah ini yg terpakai,jawab sumpah dibuang sebab sudah maklum
Demi=أدة القسم
Didlm Ayat ini أداة القسم dan مقسمبهdisebutkan tetapi jawab qasamnya tidak.
Taqdirnya ialah
لأعذبنهم على كفرهم
pasti akan ku azab mereka kerana kekufuran mereka
Kadang2 pula Ayat jawab sumpah tidak dibuang sepenuhnya.yang dibuang daripadanya hanyalah perkataan2 ل dan قد.
contohnya dapat dilihat pada jawab sumpah ,Allah mengemukakan
surah al buruj ayat 4 sebagai jawab sumpah begini.
قُتِلَ أَصْحَابُ الْأُخْدُودِ
Celakalah kaum yang menggali parit,
Ini adalah jawab qasam
Ayat1
وَالسَّمَاءِ ذَاتِ الْبُرُوجِ
Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang;
Ayat 2
وَالْيَوْمِ الْمَوْعُودِ
Demi hari (pembalasan) yang dijanjikan;
Ayat 3
وَشَاهِدٍ وَمَشْهُودٍ
Demi makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan;
Jumlah sumpah.
Dibwh jawab sumpah atau muqsamalaih atau qasam khobari,sepatut ada jika tiada dianggap dibuang
Ayat 4
قُتِلَ أَصْحَابُ الْأُخْدُودِ
Celakalah kaum yang menggali parit,
Ini perkara lain pula
Meskipun و merupakan haraf (makna satu huruf)qasam (perkataan yg digunakan khusus untuk menunjukan erti sumpah)yg paling byk digunakan,
termasuk didlm al Quran sendiri ,
namun para ulama nahu bahasa Arab tidak menganggapnya sebagai haraf qasam yg asal.
Ini kerana ia tidak memasuki dhamir (kata ganti nama)dan yg tidak juga digunakan dlm
قسم استعطافى
,sebelum ayat pertanyaan misalnya.
Haraf qasam yg asal bg mereka ialah ب.
Ini kerana ب mempunyai keistimewaan dan kelebihan berbanding haraf2 qasam yg lain.
Antaranya:
(1)Fi'il qasam harus (dgn makna boleh)disebutkan bersama2nya,b a yg asli
contoh nya firman Allah berikut :
Surah An-Nisa 62
فَكَيْفَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ ثُمَّ جَاءُوكَ يَحْلِفُونَ بِاللَّهِ إِنْ أَرَدْنَا إِلَّا إِحْسَانًا وَتَوْفِيقًا
Maka bagaimana halnya apabila mereka ditimpa sesuatu kemalangan disebabkan (kesalahan) yang telah dibuat oleh tangan mereka sendiri, kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah: "Demi Allah, kami tidak sekali-kali menghendaki melainkan kebaikan dan perdamaian (bagi kedua pihak yang berbalah)".
Cuba perhati.di
mana ayat qasam?di
بِاللَّهِ
Demi Allah berkait
Fi'il qasamnya يَحْلِفُونَ
Jika wau tak boleh bersama
(2)Harus (boleh),ba' boleh memasuki dhamir yakni kata
ganti nama kerana itu anda
harus berkata
بكلأفعلن كذأوكذأ
Demi engkau,aku harus melakukan sekian2.
Ka tu dhamir بكلأفعلن
Kalu huruf lain tak boleh ini menunjukan ba tu huruf asal
(3)Dalam قسم استعطافيhanya بsahaja yg digunakan .contoh
يالله هل قام زيد؟
demi Allah,adakah Zaid telah berdiri?
Ini qasam istaktafi,jumlahnya bukan cerita.
Haraf تpula hanya digunakan sebelum perkataan Allah dan Rab shj.
Anda tidak boleh berkata,تاالحمن dan تالرحيم.
Bagaimana pun ,kata as Suhaili,sesetengah orang Arab tetap menggunakannya sebelum perkataan الرحمن atau perkataan حياتك(demi hidup mu)sebagai Haraf qasam.
Bihayati,boleh.
Haraf qasam yg asal adalah ba
Menurut az Zamakhshari,perbezaan antara ت dan ب qasam ialah ب merupakan haraf qasam yg asal.
Sedangkan تhanya merupakan ganti kepada Haraf ب.sebabnya بdianggap sebagai haraf2 qasam ialah kerana penggunaan nya paling luas berbanding haraf2 qasam yg lain.Tetapi ت mempunyai kelebihan yg lain ,kerana ia kadang2 mengandungi makna takjub(kagum)
2 orang (orang yg pincang )ahli ilmu balaghah dan nahu
1)Zamakhshari (asalnya dia muktazilah,pernah berlawan hujjah dgn imam Ghazali.akhirnya jadi aswj)
2)Sakkaki
Tiada ulasan:
Catat Ulasan