Rabu, Februari 01, 2017

Daurah tafsir 2016 sesi 64 7:189-206

Ayat 189
هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ
وَجَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا لِيَسْكُنَ إِلَيْهَا ۖ
فَلَمَّا تَغَشَّاهَا حَمَلَتْ حَمْلًا خَفِيفًا فَمَرَّتْ بِهِ ۖ
فَلَمَّا أَثْقَلَتْ دَعَوَا اللَّهَ رَبَّهُمَا لَئِنْ آتَيْتَنَا صَالِحًا لَنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِينَ

Dia lah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu,
dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain.
Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (ke suatu waktu).
Kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata):"
Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur".
👉Ayat yg dituju kepada orang syirik

Ayat 190
فَلَمَّا آتَاهُمَا صَالِحًا
جَعَلَا لَهُ شُرَكَاءَ فِيمَا آتَاهُمَا ۚ
فَتَعَالَى اللَّهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ

Kemudian ketika Allah mengurniakan kepada keduanya nikmat yang baik (sebagaimana yang mereka pohonkan), mereka berdua menjadikan sekutu bagi Allah dalam urusan wujudnya nikmat yang dikurniakan Allah kepada mereka.
Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan itu.
👉Anak lelaki yg baik صَالِحًا dan sihat.
Juga dituju kepada orang yg mensyirikkan Allah.

Ayat 191
أَيُشْرِكُونَ مَا لَا يَخْلُقُ شَيْئًا وَهُمْ يُخْلَقُونَ

Patutkah mereka sekutukan Allah dengan benda-benda yang tidak dapat menciptakan sesuatupun, sedang benda-benda itu sendiri diciptakan?
👉
Ayat 192
وَلَا يَسْتَطِيعُونَ لَهُمْ نَصْرًا
وَلَا أَنْفُسَهُمْ يَنْصُرُونَ

Dan benda-benda itu tidak dapat menolong mereka,
dan tidak juga dapat menolong dirinya sendiri.
👉

Ayat 193
وَإِنْ تَدْعُوهُمْ إِلَى الْهُدَىٰ
لَا يَتَّبِعُوكُمْ ۚ
سَوَاءٌ عَلَيْكُمْ أَدَعَوْتُمُوهُمْ
أَمْ أَنْتُمْ صَامِتُونَ

Dan jika kamu (hai kaum musyrik) menyeru benda-benda itu untuk memperoleh petunjuk (daripadanya),
mereka tidak dapat menurut (menyampaikan hajat) kamu;
sama sahaja bagi kamu,
sama ada kamu menyerunya
atau mendiamkan diri.
👉

Ayat 194
إِنَّ الَّذِينَ تَدْعُونَ
مِنْ دُونِ اللَّهِ
عِبَادٌ أَمْثَالُكُمْ ۖ
فَادْعُوهُمْ فَلْيَسْتَجِيبُوا لَكُمْ
إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Sesungguhnya benda-benda yang kamu seru
selain Allah adalah makhluk-makhluk seperti kamu.
Oleh itu, (cubalah) menyerunya supaya benda-benda itu dapat memperkenankan permohonan kamu,
kalau betul kamu orang-orang yang benar.
👉Allah nak bg tau tentang kelemahan makhluk yg diseru.

Ayat 195
أَلَهُمْ أَرْجُلٌ يَمْشُونَ بِهَا ۖ
أَمْ لَهُمْ أَيْدٍ يَبْطِشُونَ بِهَا ۖ
أَمْ لَهُمْ أَعْيُنٌ يُبْصِرُونَ بِهَا ۖ
أَمْ لَهُمْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا ۗ
قُلِ ادْعُوا شُرَكَاءَكُمْ
ثُمَّ كِيدُونِ فَلَا تُنْظِرُونِ

Adakah benda-benda (yang kamu sembah) itu mempunyai kaki yang mereka dapat berjalan dengannya, atau adakah mereka mempunyai tangan yang mereka dapat memegang (menyeksa) dengannya,
atau adakah mereka mempunyai mata yang mereka dapat melihat dengannya,
atau adakah mereka mempunyai telinga yang mereka dapat mendengar dengannya?
Katakanlah (wahai Muhammad): "Panggilah benda-benda yang kamu jadikan sekutu Allah,
kemudian kamu semua jalankan tipu daya terhadapku, serta jangan pula kamu bertangguh lagi.
👉Allah bg tau kelemahan2 pada seruan batil
Ayat ini ayat tahadih,ayat cabar.

Ayat 196
إِنَّ وَلِيِّيَ اللَّهُ الَّذِي نَزَّلَ الْكِتَابَ ۖ
وَهُوَ يَتَوَلَّى الصَّالِحِينَ

"Sesungguhnya pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan kitab (Al-Quran yg ajar tauhid),
dan Dia lah jua yang menolong dan memelihara orang-orang yang berbuat kebaikan"
👉Allah bg tau kenapa nabi tidak takut.

Ayat 197
وَالَّذِينَ تَدْعُونَ مِنْ دُونِهِ
لَا يَسْتَطِيعُونَ نَصْرَكُمْ
وَلَا أَنْفُسَهُمْ يَنْصُرُونَ

Dan benda-benda yang kamu sembah selain Allah,
tidak akan dapat menolong kamu,
bahkan tidak dapat menolong dirinya sendiri.
👉penjelasan tentang lemahnya pujaan batil yg syirik.
Allah nak zahirkan kelemahan apa yg mereka seru.
Syaitan tipu orang  yg percaya karamah orang yg telah mati.

Ayat 198
وَإِنْ تَدْعُوهُمْ إِلَى الْهُدَىٰ لَا يَسْمَعُوا ۖ
وَتَرَاهُمْ يَنْظُرُونَ إِلَيْكَ
وَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ

Dan jika kamu menyeru benda-benda (yang kamu sembah) itu untuk mendapat petunjuk (daripadanya), mereka tidak dapat mendengarnya;
dan engkau nampak benda-benda itu memandangmu padahal mereka tidak melihat.
👉Ada 2 kumpulan.
Ada yg tetap berdegil

Ayat 199
خُذِ الْعَفْوَ
وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ
وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ

Terimalah (maafkan)apa yang mudah engkau lakukan,
dan suruhlah dengan perkara yang baik,
serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya).
👉 Maafkan shj sijahil yg marah atau serang peribadi. dan mereka semestinya tiada dalil.
Ini Ayat suruhan berakhlak baik.
Kemudian selepas itu kena suruh dan ajar agama.
Perkara yg tidak wahyu  mereka  tak marah.
Perkar Yg wahyu akan dimarah sebab bercanggah  dgn nafsunya.
Jgn peduli(teruskan sampaikan) golongan yg jahil kerana ini adalah sifatnya.
Ayat ini adalah Ayat yg paling menyeluruh nak ajar amalan mulia.

Minit 35.

Ayat 200
وَإِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ
نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ ۚ
إِنَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan,(godaan jenis nak marah)
maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
👉 Rawatannya  bg ayat 199 yg agak susah untuk diamalkan
Meminta kepada Allah ,kerana Allah mampu ubati serta merta.
Jadi terus berdoa.

Ayat 201
إِنَّ الَّذِينَ اتَّقَوْا
إِذَا مَسَّهُمْ طَائِفٌ مِنَ الشَّيْطَانِ
تَذَكَّرُوا
فَإِذَا هُمْ مُبْصِرُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa,
apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan,
mereka ingat (kepada kebesaran Allah)
maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).
👉Allah bg tau setelah tabiat ini menjadi sifat.
Sifat ini penting kerana sifat nak bawa mati.
Ini tabsyir.menjaga arahan allah sehingga menjaga jadi tabiat dia sehingga gangguan syaitan tak dapat memudaratkannya.
Tabiat taqwa  adalah tabiat boleh jaga arahan Allah.

Ayat 202
وَإِخْوَانُهُمْ يَمُدُّونَهُمْ
فِي الْغَيِّ
ثُمَّ لَا يُقْصِرُونَ

Sedang saudara (pengikut) Syaitan-syaitan,
dibantu oleh Syaitan-syaitan itu dalam melakukan kesesatan,
kemudian mereka tidak berhenti-henti (melakukan perbuatan yang sesat lagi menyesatkan itu).
👉Syaitan akan sentiasa membantu saudara mereka.
Sehingga mereka tidak cuai melakukan maksiat atau penderhakaan.
Ini kumpulan lawan.
Ini teguran keras untuk orang kafir.

Ayat 203
وَإِذَا لَمْ تَأْتِهِمْ بِآيَةٍ
قَالُوا لَوْلَا اجْتَبَيْتَهَا ۚ
قُلْ إِنَّمَا أَتَّبِعُ مَا يُوحَىٰ إِلَيَّ مِنْ رَبِّي ۚ
هَٰذَا بَصَائِرُ مِنْ رَبِّكُمْ
وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Dan apabila engkau (wahai Muhammad) tidak membawa kepada mereka sesuatu ayat Al-Quran (sebagaimana yang mereka kehendaki),
berkatalah mereka (secara mengejek): "Mengapa engkau tidak bersusah payah membuat sendiri akan ayat itu?"
Katakanlah: "Sesungguhnya aku hanya menurut apa yang diwahyukan kepadaku dari Tuhanku.
Al-Quran ini ialah panduan-panduan - yang membuka hati - dari Tuhan kamu,
dan petunjuk serta menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman".
👉Syikayah.
Sudah cukup Quran yg telah ada ini بَصَائِرُ.

Ayat 204
وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ
فَاسْتَمِعُوا لَهُ
وَأَنْصِتُوا
لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Dan apabila Al-Quran itu dibacakan,
maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya),
supaya kamu beroleh rahmat.
👉kena luang masa untuk dengarnya dan kena ada adab ketika mendengar.
Tagrib.
Ikutlah al Quran setelah membacanya.
Membaca dgn Niat nak rapat dgn tuan dia atau khalid.

Ayat 205
وَاذْكُرْ رَبَّكَ فِي نَفْسِك
َتَضَرُّعًا
وَخِيفَةً
وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ
بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ
وَلَا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu,
dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya),
dan dengan tidak pula menyaringkan suara,
pada waktu pagi dan petang
dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.
👉

Ayat 206
إِنَّ الَّذِينَ عِنْدَ رَبِّكَ لَا يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِهِ
وَيُسَبِّحُونَهُ
وَلَهُ يَسْجُدُونَ ۩

Sesungguhnya mereka (malaikat) yang ada di sisi Tuhanmu tidak bersikap angkuh (ingkar) daripada beribadat kepadaNya,
dan mereka pula bertasbih bagiNya,
dan kepadaNyalah jua mereka sujud.
👉contoh taat.
Malaikat bukan neraca.
Malaikat makhluk yg tiada nafsu.
Sedang manusia ada nafsu ,jadi kena tekan nafsu.
Ini sejarah pertama dlm Quran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan