Rabu, Februari 01, 2017

Daurah tafsir 2016 sesi 63 7:167-188

Ayat 167
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكَ
لَيَبْعَثَنَّ عَلَيْهِمْ
إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ
مَنْ يَسُومُهُمْ
سُوءَ الْعَذَابِ ۗ
إِنَّ رَبَّكَ لَسَرِيعُ الْعِقَابِ ۖ
وَإِنَّهُ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu:
Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu,
(terus menerus) hingga hari kiamat,
kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara(tidak akan dimuliakan dan tiada kuasa untuk mentadbir)yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka).
Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉Takhwif duniawi.

Ayat 168
وَقَطَّعْنَاهُمْ فِي الْأَرْضِ أُمَمًا ۖ
مِنْهُمُ الصَّالِحُونَ وَمِنْهُمْ دُونَ ذَٰلِكَ ۖ
وَبَلَوْنَاهُمْ بِالْحَسَنَاتِ
وَالسَّيِّئَات
ِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

Dan Kami pecah-pecahkan mereka (kaum Yahudi itu,t tidak duduk setempat) berpuak-puak (yang bertaburan di merata-rata) dunia ini.
Di antara mereka ada yang soleh dan di antaranya juga yang tidak demikian.
Dan kami uji mereka dengan nikmat pemberian yang baik-baik
dan bala bencana yang buruk, supaya mereka kembali (bertaubat,tinggal sifat degil dan syirik).
👉

Ayat 169
فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ وَرِثُوا الْكِتَابَ
يَأْخُذُونَ عَرَضَ هَٰذَا الْأَدْنَىٰ
وَيَقُولُونَ سَيُغْفَرُ لَنَا
وَإِنْ يَأْتِهِمْ عَرَضٌ مِثْلُهُ يَأْخُذُوهُ ۚ
أَلَمْ يُؤْخَذْ عَلَيْهِمْ مِيثَاقُ الْكِتَابِ
أَنْ لَا يَقُولُوا عَلَى اللَّهِ إِلَّا الْحَقَّ وَدَرَسُوا مَا فِيهِ ۗ
وَالدَّارُ الْآخِرَةُ خَيْرٌ لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ ۗ
أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Maka mereka kemudiannya digantikan oleh keturunan-keturunan yang jahat
yang mewarisi Kitab (Taurat).
Mereka mengambil kebendaan yang hina di dunia ini sambil berkata:
"Akan diampunkan kelak dosa kami"
Padahal jika datang kepada mereka kebendaan yang hina seperti itu mereka akan mengambilnya lagi.
Bukankah telah diambil perjanjian setia daripada mereka di dalam kitab Taurat
bahawa mereka tidak memperkatakan terhadap Allah melainkan yang benar?
Dan mereka pula telah mempelajari apa yang terkandung di dalamnya?
Dan juga (mereka mengetahui bahawa) negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa.
Tidakkah kamu mahu mengerti?
👉Yahudi zaman nabi.

Ayat 170
وَالَّذِينَ يُمَسِّكُونَ بِالْكِتَابِ
وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ
إِنَّا لَا نُضِيعُ أَجْرَ الْمُصْلِحِينَ

Dan orang-orang yang berpegang teguh dengan Kitab Allah
serta mendirikan sembahyang,
sesungguhnya Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki (keadaan hidupnya).
👉Tabsyir

Ayat 171
وَإِذْ نَتَقْنَا الْجَبَلَ فَوْقَهُمْ
كَأَنَّهُ ظُلَّةٌ
وَظَنُّوا أَنَّهُ وَاقِعٌ بِهِمْ
خُذُوا مَا آتَيْنَاكُمْ بِقُوَّةٍ
وَاذْكُرُوا مَا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Kami mengangkat gunung (Tursina) ke atas mereka (Bani Israil)
seolah-olah gunung itu awan (yang menaungi mereka) dan mereka yakin bahawa gunung itu akan jatuh menimpa mereka,
(sambil Kami berfirman kepada mereka):
"Terimalah dengan bersungguh-sungguh (Kitab Taurat) yang telah Kami berikan kepada kamu
dan ingatlah (amalkanlah) apa yang terkandung di dalamnya, supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa"
👉Belajar dan mengajar وَاذْكُرُوا

Ayat 172
وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنْ بَنِي آدَمَ
مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ
وَأَشْهَدَهُمْ
عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ
قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ
أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ
إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَافِلِينَ

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka,
dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?"
Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi".
Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak:
"Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
👉Allah nak sabit  dlm diri manusia sudah ada tauhid.
Bila berlaku penyaksian ini.cuma ada  hadis yg tidak jelas.
Tanya zuriat adam hanyalah tamsyil atau bandingan.
Hadis soal jawab tidak jelas atau sohih.
Soalan tiada jawapan.
Sekiranya dia lahir ,tiada gangguan dia akan boleh mentauhidkan Allah.sifat asal manusia.
Syirik ada sifat luaran.

Ayat 173
أَوْ تَقُولُوا إِنَّمَا أَشْرَكَ آبَاؤُنَا مِنْ قَبْلُ وَكُنَّا ذُرِّيَّةً مِنْ بَعْدِهِمْ ۖ
أَفَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ الْمُبْطِلُونَ

Atau supaya kamu tidak mengatakan:" Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka.
Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu?"
👉

Ayat 174
وَكَذَٰلِكَ نُفَصِّلُ الْآيَاتِ
وَلَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

Dan demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu (supaya nyata segala kebenaran),
dan supaya mereka kembali (kepada kebenaran).
👉

Ayat 175
وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ الَّذِي آتَيْنَاهُ آيَاتِنَا
فَانْسَلَخَ مِنْهَا فَأَتْبَعَهُ الشَّيْطَانُ
فَكَانَ مِنَ الْغَاوِينَ

Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya,
lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya),
maka menjadilah dari orang-orang yang sesat.
👉Beritahu kepada orang mekah.
Syaitan tak dtg kepada orang yg ada tanda2 tauhid.

Ayat 176
وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا
وَلَٰكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الْأَرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ ۚ
فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِنْ تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَثْ ۚ
ذَٰلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا ۚ
فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya;
maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami.
Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.
👉Pilih dunia dari akhirat ,bandingannya anjing yg terjelir.

Ayat 177
سَاءَ مَثَلًا الْقَوْمُ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا
وَأَنْفُسَهُمْ كَانُوا يَظْلِمُونَ

Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami,
dan mereka pula berlaku zalim kepada diri merela sendiri.
👉 Umaiyah bin Abi Sobri,baca kitab taurat.dengki dgn nabi saw.tauhid dia terima tapi tak terima nabi.mati kafir.inilah orang yg dibandingkan seperti anjing.

Ayat 178
مَنْ يَهْدِ اللَّهُ فَهُوَ الْمُهْتَدِي ۖ
وَمَنْ يُضْلِلْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) maka dia lah yang beroleh petunjuk; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi.
👉Sesat sebab degil dan tamak dunia.

Ayat 179
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ
كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ ۖ
لَهُمْ قُلُوبٌ لَا يَفْقَهُونَ بِهَا
وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَا يُبْصِرُونَ بِهَا
وَلَهُمْ آذَانٌ لَا يَسْمَعُونَ بِهَا ۚ
أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ
أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia
yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah),
dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah)
dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat);
mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi;
mereka itulah orang-orang yang lalai.
👉Manusia tak ikut wahyu seperti binatang.
Persediaan manusia adalah boleh memahami alquran.

Ayat 180
وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ
فَادْعُوهُ بِهَا ۖ
وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ ۚ
سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia),
maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu,
dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.
👉sangat mudah dlm menyeru Allah.
Nama Allah byk.serulah dgn mana2 nama.
Orang mekah dok kata kat nabi seru byk,sedangkan nama Allah byk,tuannya hanya satu.
Yg musyirikin,nama lain tuan pun byk.
Jika tak kenal allah seperti binatang.

Ayat 181
وَمِمَّنْ خَلَقْنَا أُمَّةٌ يَهْدُونَ بِالْحَقِّ وَبِهِ يَعْدِلُونَ

Dan di antara orang-orang yang Kami ciptakan itu, ada satu umat yang memberi petunjuk dengan kebenaran, dan dengannya mereka menjalankan keadilan.
👉seperti mn nabi Musa ada umat yg memimpin.dikalangan umat akhir zaman ada juga umat yg boleh memimpin.

Ayat 182
وَالَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا
سَنَسْتَدْرِجُهُمْ مِنْ حَيْثُ لَا يَعْلَمُونَ

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya.
👉Ada orang senang lenang walaupun tidak ikut Ayat tuhan

Ayat 183
وَأُمْلِي لَهُمْ ۚ
إِنَّ كَيْدِي مَتِينٌ

Dan Aku memberi tempoh kepada mereka; sesungguhnya rancangan balasanKu amatlah teguh
👉Kehidupan dunia tak terganggu

Ayat 184
أَوَلَمْ يَتَفَكَّرُوا ۗ
مَا بِصَاحِبِهِمْ مِنْ جِنَّةٍ ۚ
إِنْ هُوَ إِلَّا نَذِيرٌ مُبِينٌ

Patutkah mereka (ingkar dan) tidak mahu memikirkan (dengan fikiran yang siuman bahawa)
sahabat mereka (Muhammad) tidak sekali-kali mengidap penyakit gila (sebagaimana yang mereka tuduh itu), bahkan ia hanyalah seorang (Pesuruh Allah) yang memberi amaran yang jelas.
👉Teguran.
Orang yg telah dipilih oleh Allah jadi pemimpin jgn lah memilih dunia.
Tuan yg ajar Quran ni orang baik.

Ayat 185
أَوَلَمْ يَنْظُرُوا
فِي مَلَكُوتِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
وَمَا خَلَقَ اللَّهُ مِنْ شَيْءٍ وَأَنْ عَسَىٰ أَنْ يَكُونَ قَدِ اقْتَرَبَ أَجَلُهُمْ ۖ فَبِأَيِّ حَدِيثٍ بَعْدَهُ يُؤْمِنُونَ

Patutkah mereka (membutakan mata) tidak mahu memperhatikan
alam langit dan bumi dan segala yang diciptakan oleh Allah,
dan (memikirkan) bahawa harus telah dekat ajal kebinasaan mereka?
Maka kepada perkataan yang mana lagi sesudah (datangnya Kalamullah Al-Quran) itu mereka mahu beriman?
👉Zajrun.

Ayat 186
مَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَلَا هَادِيَ لَهُ ۚ
وَيَذَرُهُمْ فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ

Sesiapa yang disesatkan oleh Allah (kerana keingkarannya), maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat memberi petunjuk kepadanya;
dan Allah membiarkan mereka meraba-raba (dengan bingung) dalam kesesatan mereka.
👉Sesat adalah ketentuan Allah

Ayat 187
يَسْأَلُونَكَ
عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا ۖ
قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ رَبِّي ۖ
لَا يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلَّا هُوَ ۚ
ثَقُلَتْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ
لَا تَأْتِيكُمْ إِلَّا بَغْتَةً ۗ
يَسْأَلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَا ۖ
قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللَّهِ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat:
"Bilakah masa datangnya?"
Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia.
(Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut". Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya.
Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".
👉Ada hubungan dgn ilmu Allah.

Ayat 188
قُلْ لَا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلَا ضَرًّا
إِلَّا مَا شَاءَ اللَّهُ ۚ
وَلَوْ كُنْتُ أَعْلَمُ الْغَيْبَ لَاسْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا مَسَّنِيَ السُّوءُ ۚ
إِنْ أَنَا إِلَّا نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat
kecuali apa yang dikehendaki Allah.
Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan.
Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman".
👉Qiamat ,nabi pun tak tahu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan