Khamis, Februari 02, 2017

Daurah tafsir 2016 sesi 65 8:1-10

Sebelum ini Allah dah bg tau tentang golongan sesat.
3 isi penting dlm surah al a'raf
1.Berani menyampaikan tauhid.
2.sentiasa ikut wahyu.
3.bergantung kepada Allah yg maha mengetahui dan berkuasa.
Pentingnya tauhid,Atas sebab tauhid,dibenarkan berperang oleh Allah.
Dalam surah al anfal Allah ajar berperang atau undang2. perang.
Kafir ada jenis.
1.Kafir harbi,lawan Tuhan dan lawan orang beriman.
Zalim sebab sekat tauhid. Dibenarkan berperang dgnnya.
Ahli tauhid nak ajar masuk syurga.bila dihalang boleh berperang .
Harta anfal ,sangat byk dlm masa yg singkat untuk ahli tauhid
2.kafir yg bayar cukai dan tak lawan orang Islam dipanggil zimmi
3.kafir dlm hati,munafik,zahir ikut agama islam.

Turunnya surah ini selepas al Baqarah,awal semasa nabi hijrah kemadinah dan dlm masa surah Ali Imran juga turun.
Penjelasan tentang pembahagian harta rampasan perang Badar.
Nabi tahu ,musyrikin sangat benci padanya.
Nabi hantar pengintip untuk intip musyrikin Mekah dan didapati mereka ingin memerangi nabi.
Sebelum berlaku perang lebih baik diambil harta perdagangan orang musyrikin Mekah yg melalui Madinah.
Keluar untuk sekat kafilah dagangan Abu Sufiyan.
Allah bg tahu untuk tunggu rombongan berduri Abu Jahal.
Allah nak tunjuk,jika kamu buat ikut Allah,allah akan zahirkan pertolongan Allah.
Perang telah menang.
70orang ketua2 musuh telah mati.
Harta rampasan yg byk telah didapati.
Allah bg undang2.
Mula2 bertaqwa dan kmdn ikutlah caranya.
Dalam surah anfal ini terbahagi 2bhg.
Bhg pertama,Ayat 1-40
6sebab cara bahagi harta,5cara berperang.
Bhg ke2,ayat41-75
5sebab kenapa harta rampasan perlu ikut Allah 4cara berperang.
Jumlah,11 sebab macamana nak membahagikan harta perang  dan 9 cara berperang.

Ayat 1
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْأَنْفَالِ ۖ
قُلِ الْأَنْفَالُ لِلَّهِ وَالرَّسُولِ ۖ
فَاتَّقُوا اللَّهَ
وَأَصْلِحُوا ذَاتَ بَيْنِكُمْ ۖ
وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ
إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang harta rampasan perang.
Katakanlah: "Harta rampasan perang itu (terserah) bagi Allah dan bagi RasulNya (untuk menentukan pembahagiannya). (Jgn memandai2)
Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah (,ini asas nak selamat)
dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu, serta taatlah kepada Allah(syariat )dan RasulNya(sunnah)
jika betul kamu orang-orang yang beriman".
👉setelah perang ,turun cara ini.

Ayat 2
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُم
ْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ
زَادَتْهُمْ إِيمَانًا
وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman,
dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.
👉Tabsyir,cerita gembira bg orang yg ada iman.
Beriman ketika ada harta sangat berbeza  ketika tiada harta.

Ayat 3
الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ
وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang
dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka.
👉
Ayat 4
أُولَٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ
لَهُمْ دَرَجَاتٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ
وَمَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ

Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya.
Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka
dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di Syurga).
👉Mukmin yg dikira mukmin yg sebenar.
Harta ke2,yg pertama adalah Allah taala.

Ayat 5
كَمَا أَخْرَجَكَ رَبُّكَ مِنْ بَيْتِكَ بِالْحَقِّ
وَإِنَّ فَرِيقًا مِنَ الْمُؤْمِنِينَ لَكَارِهُونَ

Sebagaimana (harta rampasan perang ditentukan pembahagiannya dengan kebenaran, maka) Tuhanmu (wahai Muhammad) mengeluarkanmu dari rumahmu (untuk pergi berperang) dengan kebenaran juga,
sedang sebahagian dari orang-orang yang beriman itu (sebenarnya) tidak suka (turut berjuang).
👉Sebab harta perlu dibahagi sebagaimana Allah kehendaki kerana Allah yg keluarkan .
Ada yg tidak berminat berperang.
Berperang diluar jangkaan.
Begitu juga kemenangan diluar jangkaan.

Ayat 6
يُجَادِلُونَكَ فِي الْحَقِّ
بَعْدَمَا تَبَيَّنَ
كَأَنَّمَا يُسَاقُونَ إِلَى الْمَوْتِ
وَهُمْ يَنْظُرُونَ

Mereka membantahmu tentang kebenaran (berjihad) setelah nyata (kepada mereka kemenangan yang engkau janjikan),
seolah-olah mereka dihalau kepada kematian,
sedang mereka melihat (sebab-sebabnya).
👉

Ayat 7
وَإِذْ يَعِدُكُمُ اللَّهُ إِحْدَى الطَّائِفَتَيْنِ
أَنَّهَا لَكُمْ وَتَوَدُّونَ أَنَّ غَيْرَ ذَاتِ الشَّوْكَةِ تَكُونُ لَكُمْ
وَيُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُحِقَّ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ
وَيَقْطَعَ دَابِرَ الْكَافِرِينَ

Dan (ingatlah) ketika Allah menjanjikan kepada kamu salah satu dari dua angkatan,
menjadi untuk kamu (menghadapinya),
sedang kamu suka kiranya (angkatan perniagaan) bukan angkatan (perang) yang mempunyai kekuatan itu yang dijadikan untuk kamu (menghadapinya).
Padahal Allah menghendaki untuk menetapkan yang benar (ugama Islam) dengan Kalimah-kalimahNya,
dan untuk membinasakan kaum yang kafir seluruhnya;
👉Sebab ke2
Allah sendiri yg wahyukan untuk berperang.

Ayat 8
لِيُحِقَّ الْحَقَّ وَيُبْطِلَ الْبَاطِلَ
وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُونَ

Supaya Allah menegakkan yang benar itu dan menghapuskan yang salah (kufur dan syirik),
sekalipun golongan (kafir musyrik) yang berdosa itu tidak menyukainya.
👉Allah yg nak zahirkan yg mn sebenarnya puak2 Allah.

Ayat 9
إِذْ تَسْتَغِيثُونَ رَبَّكُمْ
فَاسْتَجَابَ لَكُمْ
أَنِّي مُمِدُّكُمْ بِأَلْفٍ مِنَ الْمَلَائِكَةِ مُرْدِفِينَ

(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu,
lalu Ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya):
"Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut.
👉 Sebab ke3
Kerana berdoa kepada Allah.

Ayat 10
وَمَا جَعَلَهُ اللَّهُ إِلَّا بُشْرَىٰ
وَلِتَطْمَئِنَّ بِهِ قُلُوبُكُمْ ۚ
وَمَا النَّصْرُ إِلَّا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ ۚ
إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira
dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya.
Dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
👉Para sahabat boleh tengok malaikat datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan