Khamis, Februari 02, 2017

Hadis palsu

KAEDAH -Sesuatu hadis itu palsu bila terdapatnya bukti-bukti menunjukkan kepalsuannya. CONTOH HADIS PALSU Dari kitab Sunan Abi Daud, "Khilafah an-Nubuwwah selama 30 tahun kemudian Allah akan membawakan kerajaan (sistem beraja) kepada sesiapa yang Dia mahu. Said bin Jumhal berkata, Safinah berkata kepadaku, "Kamu kira zaman pemerintahan Abu Bakar 2 tahun, Umar 10 tahun, Uthman 12 tahun, Ali sekian-sekian tahun". Said berkata, "Aku pun berkata kepada Safinah, sesungguhnya mereka ini mendakwa bahawa Ali tidak khalifah, dia berkata, bani Zarqa' ini dusta" Dari Kitab Jami' at-Tirmizi, (seperti riwayat terdahulu dengan tambahan sebagaimana berikut)."..bahkan mereka adalah raja-raja dari kalangan raja-raja paling jahat". Di segi sanad hadis ini dhaif. Di segi dirayah hadis ini tidak tepat kerana: a) kerana selepas tempoh 30 Saidina Hasan masih lagi memerintah, kalaulah hadis ini benar, ini bermakna dialah yang mengasaskan sistem beraja! Hakikatnya tidak begitu. b) bercanggah dengan hadis al-Bukhari dan Muslim yang lebih sahih, iaitu, hadis yang berbunyi: "Agama ini akan terus kuat (mulia) hingga kepada 12 khalifah" c) Sahabat-sahabat nabi termasuk Saidina Hasan berbaiat dengan Muawiyah! Ini bertentangan dengan maksud hadis bahawa beliau adalah seburuk-buruk raja setaraf Firaun dan Kaisar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan