Ayat 60
إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ
وَالْمَسَاكِينِ
وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا
وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ
وَفِي الرِّقَابِ
وَالْغَارِمِينَ
وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَابْنِ السَّبِيلِ ۖ
فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ ۗ
وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir,
dan orang-orang miskin,
dan amil-amil yang mengurusnya,
dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya,
dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya,
dan orang-orang yang berhutang,
dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah,
dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan.
(Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah.
Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
👉Golongan munafikin byk sekali disebut dlm surah taubah ini.
Byk undang2 kekal dlm Islam ada dlm surah ini.
Islam telah kuat,byk sekali kumpulan yg ada dlm negeri .
Golongan yg baru masuk islam dipanggil golongan kucar.
Musuh luar lebih mudah dari musuh orang yg baru masuk islam.
Lebih byk diulang lebih baik.
Setiap perangai ada cara mengatasi.
Jika ada masih sifat munafik ,kita sendiri pun tidak akan selamat.
Jadi perang dgn orang yg duduk bersama.
Nabi sendiri tidak cam tanpa baca surah ini.
Surah ini juga memberitahu pembahagian kumpulan munafik.
Ini tujuan peperangan,semua manusia kenal Allah dan mati masuk syurga.
Peperangan dgn parsi,tidak ramai yg mati.
Peperangan hanya untuk membuang penghalang yg tidak ramai berbanding dgn ramai lagi yg bakal diselamatkan dr api neraka.
Surah ini Patut dibc berkali2.
Orang munafikin dok dlm Islam hanya atas dasar dunia yg akan didapati bukan sebab akhirat.
Orang mukmin sebati dgn Quran dan boleh menyampaikan Quran kepada orang lain.
Bg munafik,mendapat habuan inilah agama Islam.
Jadi Allah bg tau tentang habuan itu.
Infaq yg dapat dosa,untuk
1.Maksiat dan
2.bangunan yg tiada faedah
Amil ,adalah orang yg bertanggungjawab membahagikan zakat. وَالْعَامِلِينَ
Syarat hutang adalah untuk perkara harus.
Ayat 61
وَمِنْهُمُ الَّذِينَ يُؤْذُونَ النَّبِيَّ
وَيَقُولُونَ هُوَ أُذُنٌ ۚ
قُلْ أُذُنُ خَيْرٍ لَكُمْ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ
وَيُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِينَ
وَرَحْمَةٌ لِلَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ ۚ
وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ رَسُولَ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada orang-orang yang menyakiti Nabi sambil mereka berkata:
"Bahawa dia (Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar (dan percaya pada apa yang didengarnya)". Katakanlah:
"Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah
dan percaya kepada orang mukmin,
dan ia pula menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu".
Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
👉menggelar يُؤْذُونَ
Ayat 62
يَحْلِفُونَ بِاللَّهِ لَكُمْ لِيُرْضُوكُمْ
وَاللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَقُّ أَنْ يُرْضُوهُ
إِنْ كَانُوا مُؤْمِنِينَ
Mereka bersumpah kepada kamu dengan nama Allah untuk mendapat keredaan kamu, padahal Allah dan RasulNya jualah yang lebih berhak mereka mendapat keredaanNya,
jika betul mereka orang-orang yang beriman.
👉Lagi Allah taala sebut
Ayat 63
أَلَمْ يَعْلَمُوا أَنَّهُ مَنْ يُحَادِدِ اللَّهَ
وَرَسُولَهُ
فَأَنَّ لَهُ نَارَ جَهَنَّمَ خَالِدًا فِيهَا ۚ
ذَٰلِكَ الْخِزْيُ الْعَظِيمُ
Tidakkah mereka mengetahui bahawa sesiapa yang menentang (perintah-perintah) Allah
dan RasulNya, maka sesungguhnya adalah baginya neraka Jahannam serta ia kekal di dalamnya?
Balasan yang demikian adalah kehinaan yang besar
👉Orang munafik perlu ingat
Ayat 64
يَحْذَرُ الْمُنَافِقُونَ أَنْ تُنَزَّلَ عَلَيْهِمْ سُورَةٌ
تُنَبِّئُهُمْ بِمَا فِي قُلُوبِهِمْ ۚ
قُلِ اسْتَهْزِئُوا
إِنَّ اللَّهَ مُخْرِجٌ مَا تَحْذَرُونَ
Orang-orang munafik itu takut kalau diturunkan satu surah Al-Quran
yang menerangkan kepada mereka (dan kepada ramai) akan apa yang ada dalam hati mereka (dari kekufuran). Katakanlah (wahai Muhammad): "Ejek-ejeklah (seberapa yang kamu suka),
sesungguhnya Allah akan mendedahkan apa yang kamu takut (terdedah untuk pengetahuan ramai)"
👉Ini zajrun.
Ayat 65
وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ
لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ ۚ
قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ
Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu)
tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main".
Katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?"
👉Syikayah
Ayat 66
لَا تَعْتَذِرُوا
قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ ۚ
إِنْ نَعْفُ عَنْ طَائِفَةٍ مِنْكُمْ
نُعَذِّبْ طَائِفَةً
بِأَنَّهُمْ كَانُوا مُجْرِمِينَ
Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta),
kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman.
Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat),
maka Kami akan menyeksa puak yang lain,
kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah.
👉
Ayat 67
الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُمْ مِنْ بَعْضٍ ۚ
يَأْمُرُونَ بِالْمُنْكَرِ
وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ
وَيَقْبِضُونَ أَيْدِيَهُمْ ۚ
نَسُوا اللَّهَ فَنَسِيَهُمْ ۗ
إِنَّ الْمُنَافِقِينَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain;
mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat,
dan melarang dari perbuatan yang baik,
dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut).
Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah
dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka.
Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik.
👉Ada 2 jenis .
Sifat dan jenis munafik.
Maksud cegah adalah matikan kemungkaran.
Tabung minta derma bergerak sewaktu khutbah,sesuatu yg tidak patut.
Lupa mentaati dan tahu tuntutan allah نَسُوا
Ayat 68
وَعَدَ اللَّهُ الْمُنَافِقِينَ وَالْمُنَافِقَات
ِ وَالْكُفَّارَ نَارَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ
هِيَ حَسْبُهُمْ ۚ
وَلَعَنَهُمُ اللَّهُ ۖ
وَلَهُمْ عَذَابٌ مُقِيمٌ
Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki dan perempuan serta orang-orang kafir dengan neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya.
Cukuplah neraka itu menjadi balasan mereka; dan Allah melaknatkan mereka,
dan bagi mereka azab seksa yang kekal.
👉Munafik zahirnya Islam
Ayat 69
كَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ
كَانُوا أَشَدَّ مِنْكُمْ قُوَّةً وَأَكْثَرَ أَمْوَالًا
وَأَوْلَادًا
فَاسْتَمْتَعُوا بِخَلَاقِهِمْ
فَاسْتَمْتَعْتُمْ بِخَلَاقِكُم
ْ كَمَا اسْتَمْتَعَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ
بِخَلَاقِهِمْ وَخُضْتُمْ كَالَّذِي خَاضُوا ۚ
أُولَٰئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ
وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ
(Nasib kamu hai orang-orang munafik) adalah sama dengan nasib orang-orang sebelum kamu (yang telah dibinasakan),
mereka lebih kuat serta lebih banyak harta benda
dan anak pinak daripada kamu;
seterusnya mereka telah bersenang-senang dengan bahagian mereka;
maka kamu pula telah bersenang-senang dengan bahagian kamu
sebagaimana orang-orang yang sebelum kamu itu bersenang-senang dengan bahagiannya;
dan kamu pula telah memperkatakan (perkara yang salah dan dusta) sebagaimana mereka memperkatakannya.
Mereka yang demikian, rosak binasalah amal-amalnya (yang baik) di dunia dan di akhirat,
dan merekalah orang-orang yang rugi.
👉
Ayat 70
أَلَمْ يَأْتِهِمْ نَبَأُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ
قَوْمِ نُوحٍ وَعَادٍ وَثَمُودَ
وَقَوْمِ إِبْرَاهِيمَ
وَأَصْحَابِ مَدْيَنَ
وَالْمُؤْتَفِكَاتِ ۚ
أَتَتْهُمْ رُسُلُهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ ۖ
فَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ
وَلَٰكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ
Bukankah telah datang kepada mereka berita orang-orang yang terdahulu daripada mereka,
iaitu kaum Nabi Nuh dan Aad dan Thamud
dan kaum Nabi Ibrahim,
dan penduduk negeri Madyan
serta negeri-negeri yang telah dibinasakan?
(Semuanya) telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan membawa keterangan yang jelas nyata, (lalu mereka mendustakannya dan Tuhan pula membinasakan mereka);
Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.
👉Takhwif duniawi.
Ayat 71
وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ
يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ
وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ
وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ
وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ
أُولَٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ ۗ
إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain;
mereka menyuruh berbuat kebaikan,
dan melarang daripada berbuat kejahatan;
dan mereka mendirikan sembahyang
dan memberi zakat,
serta taat kepada Allah dan RasulNya.
Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah;
sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
👉Berlawanan dgn munafik,tabsyir.
Tolong menolong أَوْلِيَاءُ
Sokong menyokong dlm beragama.
Sifat2 yg akan pasti mendapat rahmat dari Allah.
Ayat 72
وَعَدَ اللَّهُ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا
وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ۚ
وَرِضْوَانٌ مِنَ اللَّهِ أَكْبَرُ ۚ
ذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan,
(akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai;
mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam "Syurga Adn"
serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.
👉Rahmat tu apa?
Huraian kepada rahmat.
Iaitu kebun2 syurga.
Nikmat jasmani
Nikmat rohani,keredaannya.
Ayat 73
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ
جَاهِدِ الْكُفَّارَ وَالْمُنَافِقِينَ
وَاغْلُظْ عَلَيْهِمْ ۚ
وَمَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ ۖ
وَبِئْسَ الْمَصِيرُ
Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafik,
dan bertindak keras terhadap mereka.
Dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam,
dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
👉tagrib kepada jihad.
Kafir ,berjuang sebar tauhid dgn pedang.
Munafikin ,berjuang ajar Quran dan sunnah iaitu dgn lidah.
Ayat 74
يَحْلِفُونَ بِاللَّهِ
مَا قَالُوا
وَلَقَدْ قَالُوا كَلِمَةَ الْكُفْرِ
وَكَفَرُوا بَعْدَ إِسْلَامِهِمْ
وَهَمُّوا بِمَا لَمْ يَنَالُوا ۚ
وَمَا نَقَمُوا
إِلَّا أَنْ أَغْنَاهُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ مِنْ فَضْلِهِ ۚ
فَإِنْ يَتُوبُوا يَكُ
خَيْرًا لَهُمْ ۖ
وَإِنْ يَتَوَلَّوْا يُعَذِّبْهُمُ اللَّهُ عَذَابًا أَلِيمًا
فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ
وَمَا لَهُمْ فِي الْأَرْضِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ
Mereka bersumpah dengan nama Allah,
bahawa mereka tidak mengatakan (sesuatu yang buruk terhadapmu),
padahal sesungguhnya mereka telah mengatakan perkataan kufur,
dan mereka pula menjadi kafir sesudah melahirkan Islam,
serta mereka berazam untuk melakukan apa yang mereka tidak akan dapat mencapainya (iaitu membunuhmu).
Dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan setelah Allah dan RasulNya memberi kesenangan kepada mereka dari limpah kurniaNya.
Oleh itu, jika mereka bertaubat,
mereka akan beroleh kebaikan;
dan jika mereka berpaling (ingkar),
Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat;
dan mereka tidak akan mendapat sesiapa pun di bumi ini, yang akan menjadi pelindung dan juga yang menjadi penolong.
👉Sebab2 jihad
Ayat 75
وَمِنْهُمْ مَنْ عَاهَدَ اللَّهَ
لَئِنْ آتَانَا مِنْ فَضْلِهِ
لَنَصَّدَّقَنَّ
وَلَنَكُونَنَّ مِنَ الصَّالِحِينَ
Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah
dengan berkata: "Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurniaNya,
tentulah kami akan bersedekah,
dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh"
👉Golongan ke5 munafik.
Ayat 76
فَلَمَّا آتَاهُمْ مِنْ فَضْلِهِ
بَخِلُوا بِهِ
وَتَوَلَّوْا وَهُمْ مُعْرِضُونَ
Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka dari limpah kurniaNya,
mereka bakhil dengan pemberian Allah itu,
serta mereka membelakangkan janjinya;
dan sememangnya mereka orang-orang yang sentiasa membelakangkan (kebajikan).
👉tak tunai janji.
Sebut dgn mulut,kena bayar kifarah atau Allah jadikan hujjah.
Kalu ada nak buat tapi tak buat.ini sifat munafik.
Berkatalah dgn Berlapiklah agar berbeza dgn munafik.
Ayat 77
فَأَعْقَبَهُمْ نِفَاقًا فِي قُلُوبِهِمْ
إِلَىٰ يَوْمِ يَلْقَوْنَهُ
بِمَا أَخْلَفُوا اللَّهَ مَا وَعَدُوهُ
وَبِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ
Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah,
kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah
dan juga kerana mereka sentiasa berdusta.
👉sebab mereka telah mungkir dgn Allah.
Azam untuk buat baik kena ada dan tepati janji
Ayat 78
أَلَمْ يَعْلَمُوا
أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ سِرَّهُمْ وَنَجْوَاهُمْ
وَأَنَّ اللَّهَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ
Tidakkah mereka mengetahui
bahawa Allah sentiasa mengetahui apa yang mereka rahsiakan
serta apa yang mereka bisikkan, dan bahawasanya Allah Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang ghaib?
👉Takhwif ukhrowi.
Ayat 79
الَّذِينَ يَلْمِزُونَ الْمُطَّوِّعِينَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
فِي الصَّدَقَاتِ
وَالَّذِينَ لَا يَجِدُونَ إِلَّا جُهْدَهُمْ
فَيَسْخَرُونَ مِنْهُمْ ۙ
سَخِرَ اللَّهُ مِنْهُمْ
وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Orang-orang (munafik) yang mencela sebahagian dari orang-orang yang beriman mengenai sedekah-sedekah yang mereka berikan dengan sukarela,
dan (mencela) orang-orang yang tidak dapat (mengadakan apa-apa untuk disedekahkan)
kecuali sedikit sekadar kemampuannya,
serta mereka mengejek-ejeknya, -
Allah akan membalas ejek-ejekan mereka,
dan bagi mereka (disediakan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
👉Munafikin lain pula.
Jgn walaupun secara bergurau,jahil atau degil.
Mencela orang buat baik adalah sifat munafik.
Hindari keceluparan adalah sifat munafik.
Mulut jgn diajar untuk mendapat neraka.Allah akanbalas persendaan mereka.
Ayat 80
اسْتَغْفِرْ لَهُمْ أَوْ لَا تَسْتَغْفِرْ لَهُمْ
إِنْ تَسْتَغْفِرْ لَهُمْ سَبْعِينَ مَرَّةً
فَلَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَهُمْ ۚ
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَفَرُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ۗ
وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
(Orang-orang manufik itu) sama sahaja engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun bagi mereka.
Jika engkau (wahai Muhammad) meminta ampun bagi mereka tujuh puluh kali (sekalipun) maka Allah tidak sekali-kali mengampunkan mereka;
yang demikian itu, kerana mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya;
dan Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik.
👉nak bg tau jika degil ,tiada siapa yg boleh tolong minta maaf.
Ayat 81
فَرِحَ الْمُخَلَّفُونَ بِمَقْعَدِهِمْ خِلَافَ رَسُولِ اللَّهِ
وَكَرِهُوا أَنْ يُجَاهِدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
وَقَالُوا لَا تَنْفِرُوا فِي الْحَرِّ ۗ
قُلْ نَارُ جَهَنَّمَ أَشَدُّ حَرًّا ۚ
لَوْ كَانُوا يَفْقَهُونَ
Orang-orang (munafik) yang ditinggalkan (tidak turut berperang) itu, bersukacita disebabkan mereka tinggal di belakang Rasulullah (di Madinah);
dan mereka (sememangnya) tidak suka berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah (dengan sebab kufurnya),
dan mereka pula (menghasut dengan) berkata: "Janganlah kamu keluar beramai-ramai (untuk berperang) pada musim panas ini".
Katakanlah (wahai Muhammad): "Api neraka Jahannam lebih panas membakar",
kalaulah mereka itu orang-orang yang memahami.
👉Sifat jihad dan sifat infaq akan selamat dr sifat munafik.
Zajrun kepada munafikin yg tak sertai jihad.
Syikayah.
Jika musuh nak berjuang musim panas,kita orang Islam tak mahu berperang sangat tidak kena tapi munafik tak nampak.
Perang Tabuk ,semua orang kena pergi.
Ayat 82
فَلْيَضْحَكُوا قَلِيلًا وَلْيَبْكُوا كَثِيرًا
جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak),
sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan.
👉Allah bg tau.
Ayat 83
فَإِنْ رَجَعَكَ اللَّهُ إِلَىٰ طَائِفَةٍ مِنْهُمْ
فَاسْتَأْذَنُوكَ لِلْخُرُوجِ
فَقُلْ لَنْ تَخْرُجُوا مَعِيَ أَبَدًا
وَلَنْ تُقَاتِلُوا مَعِيَ عَدُوًّا ۖ
إِنَّكُمْ رَضِيتُمْ بِالْقُعُودِ أَوَّلَ مَرَّةٍ
فَاقْعُدُوا مَعَ الْخَالِفِينَ
Maka jika Allah mengembalikan engkau kepada segolongan dari mereka (orang-orang yang munafik itu di Madinah),
kemudian mereka meminta izin kepadamu untuk keluar (turut berperang),
maka katakanlah: "Kamu tidak sekali-kali akan keluar bersama-samaku selama-lamanya,
dan kamu tidak sekali-kali akan memerangi musuh bersama-samaku;
sesungguhnya kamu telah bersetuju tinggal pada kali yang pertama,
oleh itu duduklah kamu bersama-sama orang-orang yang tinggal".
👉Ini munafik lain pula.
Ayat 84
وَلَا تُصَلِّ عَلَىٰ أَحَدٍ مِنْهُمْ مَاتَ أَبَدًا
وَلَا تَقُمْ عَلَىٰ قَبْرِهِ ۖ
إِنَّهُمْ كَفَرُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ
وَمَاتُوا وَهُمْ فَاسِقُونَ
Dan janganlah engkau sembahyangkan seorang pun yang mati dari orang-orang munafik itu selama-lamanya, dan janganlah engkau berada di (tepi) kuburnya,
kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya,
dan mereka mati sedang mereka dalam keadaan fasik (derhaka).
👉Nabi solat jenazah,bg baju dan pergi ke kuburnya.selepas ini tidak lagi.
Sebelum ini ,anaknya beberapa kali minta izin nabi untuk bunuh bapanya.
Ayat 85
وَلَا تُعْجِبْكَ أَمْوَالُهُمْ وَأَوْلَادُهُمْ ۚ
إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُعَذِّبَهُمْ بِهَا فِي الدُّنْيَا
وَتَزْهَقَ أَنْفُسُهُمْ
وَهُمْ كَافِرُونَ
Dan janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak-anak mereka,
(kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengannya di dunia,
dan hendak menjadikan nyawa mereka tercabut
sedang mereka dalam keadaan kafir (untuk mendapat azab akhirat pula)
👉Takhwif duniawi
Ayat 86
وَإِذَا أُنْزِلَتْ سُورَةٌ أَنْ آمِنُوا بِاللَّهِ وَجَاهِدُوا مَعَ رَسُولِهِ
اسْتَأْذَنَكَ أُولُو الطَّوْلِ مِنْهُمْ
وَقَالُوا ذَرْنَا نَكُنْ مَعَ الْقَاعِدِينَ
Dan apabila diturunkan satu surah Al-Quran (yang menyuruh mereka): "Berimanlah kamu kepada Allah,
dan berjihadlah bersama-sama dengan RasulNya", nescaya orang-orang yang kaya di antara mereka meminta izin kepadamu
dengan berkata: "Biarkanlah kami tinggal bersama-sama orang-orang yang tinggal (tidak turut berperang)".
👉Zajrun
Ayat 87
رَضُوا بِأَنْ يَكُونُوا مَعَ الْخَوَالِفِ وَطُبِعَ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ فَهُمْ لَا يَفْقَهُونَ
Mereka suka tinggal bersama-sama orang-orang yang ditinggalkan (kerana uzur), dan (dengan sebab itu) hati mereka dimeteraikan atasnya, sehingga mereka tidak dapat memahami sesuatu.
👉tak keluar jihad
Ayat 88
لَٰكِنِ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ
جَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ ۚ
وَأُولَٰئِكَ لَهُمُ الْخَيْرَاتُ ۖ
وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
(Mereka tetap tinggal) tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya,
berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka;
dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kebaikan, dan mereka itulah juga yang berjaya.
👉Tabsyir.
Ayat 89
أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ
خَالِدِينَ فِيهَا ۚ
ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Allah telah menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
mereka kekal di dalamnya;
yang demikian itulah kemenangan yang besar.
👉Huraian bg Ayat 88
Semoga Allah pilih kita untuk jihad sebarkan Quran dan sunnah.
Tanpa khalifah tiada jihad dgn orang kafir
Ayat 90
وَجَاءَ الْمُعَذِّرُونَ مِنَ الْأَعْرَابِ لِيُؤْذَنَ لَهُمْ
وَقَعَدَ الَّذِينَ كَذَبُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ
سَيُصِيبُ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Dan datanglah pula orang-orang yang menyatakan uzurnya dari orang-orang "A'raab", memohon supaya mereka diizinkan (tidak turut berperang),
sedang orang-orang (munafik di antara mereka) yang mendustakan Allah dan RasulNya, duduk (mendiamkan diri).
(Oleh itu) orang-orang yang kafir di antara mereka, akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
👉Ini Munafik kampung pula .sebelumnya munafik bandar.
Ayat 91
لَيْسَ عَلَى الضُّعَفَاءِ
وَلَا عَلَى الْمَرْضَىٰ
وَلَا عَلَى الَّذِينَ لَا يَجِدُونَ
مَا يُنْفِقُونَ حَرَجٌ إِذَا نَصَحُوا لِلَّهِ وَرَسُولِهِ ۚ
مَا عَلَى الْمُحْسِنِينَ مِنْ سَبِيلٍ ۚ
وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Orang-orang yang lemah
dan orang-orang yang sakit,
dan juga orang-orang yang tidak mempunyai sesuatu yang akan dibelanjakan,
tidaklah menanggung dosa (kerana tidak turut berperang) apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan RasulNya.
Tidak ada jalan sedikitpun bagi menyalahkan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya;
dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉Tabsyir
Pengecualian
Ayat 92
وَلَا عَلَى الَّذِينَ إِذَا مَا أَتَوْكَ
لِتَحْمِلَهُمْ
قُلْتَ لَا أَجِدُ مَا أَحْمِلُكُمْ عَلَيْهِ
تَوَلَّوْا وَأَعْيُنُهُمْ تَفِيضُ مِنَ الدَّمْعِ
حَزَنًا أَلَّا يَجِدُوا مَا يُنْفِقُونَ
Dan tidak juga berdosa orang-orang yang ketika mereka datang kepadamu (memohon)
supaya engkau memberi kenderaan kepada mereka, engkau berkata: "Tidak ada padaku kenderaan yang hendak kuberikan untuk membawa kamu",
mereka kembali sedang mata mereka mengalirkan airmata yang bercucuran,
kerana sedih bahawa mereka tidak mempunyai sesuatupun yang hendak mereka belanjakan (untuk pergi berjihad pada jalan Allah).
👉 Hati yg nak buat baik kat orang,hati yg baik.
Mereka tak pergi perang Tabuk tetapi tidak dicela.
Uzur syarie biasa.
Ayat 93
إِنَّمَا السَّبِيلُ عَلَى الَّذِينَ يَسْتَأْذِنُونَكَ وَهُمْ أَغْنِيَاءُ ۚ
رَضُوا بِأَنْ يَكُونُوا مَعَ الْخَوَالِفِ
وَطَبَعَ اللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ فَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ
Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan dan mengenakan seksa) hanyalah terhadap orang-orang yang meminta izin kepadamu sedang mereka kaya dan mampu.
Mereka suka tinggal bersama-sama orang yang ditinggalkan (kerana uzur)
dan (dengan sebab itu) Allah meteraikan atas hati mereka, sehingga mereka tidak dapat mengetahui (perkara yang baik).
👉Allah taala yg lain yg dicela.
Ayat 94
يَعْتَذِرُونَ إِلَيْكُمْ إِذَا رَجَعْتُمْ إِلَيْهِمْ ۚ
قُلْ لَا تَعْتَذِرُوا
لَنْ نُؤْمِنَ لَكُمْ
قَدْ نَبَّأَنَا اللَّهُ مِنْ أَخْبَارِكُمْ ۚ
وَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ
ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ
فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
Mereka akan menyatakan uzur kepada kamu,
apabila kamu kembali kepada mereka (dari medan perang).
Katakanlah (wahai Muhammad): "Janganlah kamu menyatakan uzur lagi, kami tidak sekali-kali akan percaya kepada kamu.
Kerana sesungguhnya Allah telah menerangkan kepada kami akan berita-berita perihal kamu;
dan Allah serta RasulNya akan melihat amal kamu (sama ada kamu kembali beriman atau tetap kufur);
kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata (untuk menerima balasan), lalu Ia menyatakan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".
👉golongan yg beri alasan.zajrun
Ayat 95
سَيَحْلِفُونَ بِاللَّهِ لَكُمْ إِذَا انْقَلَبْتُمْ إِلَيْهِمْ لِتُعْرِضُوا عَنْهُمْ ۖ
فَأَعْرِضُوا عَنْهُمْ ۖ
إِنَّهُمْ رِجْسٌ ۖ
وَمَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ
جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Mereka akan bersumpah dengan nama Allah kepada kamu apabila kamu kembali kepada mereka (dari medan perang),
supaya kamu berpaling dari mereka (tidak menempelak mereka);
oleh itu berpalinglah dari mereka
kerana sesungguhnya mereka itu kotor (disebabkan mereka telah sebati dengan kufur);
dan tempat kembali mereka pula ialah neraka Jahannam, sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan.
👉ini ditambah dgn sumpah.
Aqidah syirik paling besar
Ayat 96
يَحْلِفُونَ لَكُمْ لِتَرْضَوْا عَنْهُمْ ۖ
فَإِنْ تَرْضَوْا عَنْهُمْ
فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَرْضَىٰ عَنِ الْقَوْمِ الْفَاسِقِينَ
Mereka bersumpah kepada kamu supaya kamu reda akan mereka;
oleh itu jika kamu reda akan mereka,
maka sesungguhnya Allah tidak reda akan kaum yang fasik.
👉Tuhan larang bermesra,r Eda dan puas Hari.
Ayat 97
الْأَعْرَابُ أَشَدُّ كُفْرًا وَنِفَاقًا
وَأَجْدَرُ أَلَّا يَعْلَمُوا حُدُودَ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
Orang-orang A'raab lebih keras kufurnya dan sikap munafiknya,
dan sangatlah patut mereka tidak mengetahui batas-batas (dan hukum-hukum Syarak) yang diturunkan oleh Allah kepada RasulNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan