Munafik ada beberapa golongan
Ada dlm dan ada luar Madinah seperti tepi bukit ,kawasan dusun.
Yg luar atau kampung ,kelemahannya tak dengar quran dan sunnah nabi.perlu diusaha agar sampai kitab wahyu kepadanya.hati kebal dan aqidah yg sangat tenat.
Al aroob,munafik Badwi.
Ayat 97
الْأَعْرَابُ أَشَدُّ كُفْرًا
وَنِفَاقًا
وَأَجْدَر
ُ أَلَّا يَعْلَمُوا حُدُودَ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ ۗ
وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
Orang-orang A'raab lebih keras kufurnya
dan sikap munafiknya,
dan sangatlah patut mereka tidak mengetahui batas-batas (dan hukum-hukum Syarak) yang diturunkan oleh Allah kepada RasulNya.
Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
👉sebab mereka tidak tahu
Ayat 98
وَمِنَ الْأَعْرَابِ مَنْ يَتَّخِذُ مَا يُنْفِقُ مَغْرَمًا
وَيَتَرَبَّصُ بِكُمُ الدَّوَائِرَ ۚ
عَلَيْهِمْ دَائِرَةُ السَّوْءِ ۗ
وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Dan sebahagian dari orang-orang A'raab (yang munafik) itu memandang apa yang mereka belanjakan (dermakan pada jalan Allah) sebagai satu bayaran yang memberatkan,
sambil menunggu peredaran zaman (yang membawa bala bencana) menimpa kamu;
atas merekalah (tertimpanya bala bencana yang dibawa oleh) peredaran zaman yang buruk itu.
Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
👉byk syariat yg tidak boleh dilakukan.
Contoh solatnya.,Kalu tak buat tak nampak.
Contoh zakat,kalu tak bg boleh nampak.
Ayat 99
وَمِنَ الْأَعْرَابِ مَنْ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ
وَيَتَّخِذُ مَا يُنْفِقُ قُرُبَاتٍ عِنْدَ اللَّهِ وَصَلَوَاتِ الرَّسُولِ ۚ
أَلَا إِنَّهَا قُرْبَةٌ لَهُمْ ۚ
سَيُدْخِلُهُمُ اللَّهُ فِي رَحْمَتِهِ ۗ
إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Dan sebahagian dari orang-orang A'raab itu ada yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,
dan memandang apa yang mereka dermakan (pada jalan Allah itu) sebagai amal-amal bakti (yang mendampingkan) di sisi Allah
dan sebagai (satu jalan untuk mendapat) doa dari Rasulullah (yang membawa rahmat kepada mereka)
Ketahuilah, sesungguhnya apa yang mereka dermakan itu adalah menjadi amal bakti bagi mereka (yang mendampingkan mereka kepada Allah);
Allah akan masukkan mereka ke dalam rahmatNya; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉ada sebhg munafik kampung yg baik.
Ayat 100
وَالسَّابِقُونَ
الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ
وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ
وَرَضُوا عَنْهُ
وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ
خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۚ
ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan)
dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar",
dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat),
Allah reda akan mereka
dan mereka pula reda akan Dia,
serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
mereka kekal di dalamnya selama-lamanya;
itulah kemenangan yang besar.
👉Ayat ini ayat golongan mukmin yg sebenar.
1.Pergi perang Tabuk
2.Tak pergi berjihad dan mengaku salah.
3.Tak pergi berjihad dan tunggu dan lihat shj.
Perjalanan ke Tabuk 50 hari lebih dan yg dihukum pun 50 hari lebih
Selepas pembukaan kota Mekah tahun 8hijrah tiada lagi muhajirin.
Orang menentang sahabat,dia dikira terkeluar dr Islam.
Tak sama dgn mana2 sahabat ditolak.
Ada yg buat masjid tapi meruntuhkan agama
Perselisihan sahabat menjadi mazhab.
Tak sama dengan sahabat tertentu tiada masalah.
Ayat 101
وَمِمَّنْ حَوْلَكُمْ مِنَ الْأَعْرَابِ مُنَافِقُونَ ۖ
وَمِنْ أَهْلِ الْمَدِينَةِ ۖ
مَرَدُوا عَلَى النِّفَاقِ لَا تَعْلَمُهُمْ ۖ
نَحْنُ نَعْلَمُهُمْ ۚ
سَنُعَذِّبُهُمْ مَرَّتَيْنِ
ثُمَّ يُرَدُّونَ إِلَىٰ عَذَابٍ عَظِيمٍ
Dan di antara orang-orang yang di sekeliling kamu dari orang-orang "A'raab" ada yang bersifat munafik
dan (demikian juga) sebahagian dari penduduk Madinah; mereka telah berkeras dengan sifat munafik;
engkau tidak mengetahui mereka
(bahkan) Kamilah yang mengetahui mereka.
Kami akan azabkan mereka berulang-ulang,
kemudian mereka dikembalikan kepada azab yang besar.
👉munafik yg dok dgn nabi مَرَدُوا,liat .
Munafik apa ini?
Ayat 102
وَآخَرُونَ اعْتَرَفُوا بِذُنُوبِهِمْ
خَلَطُوا عَمَلًا صَالِحًا
وَآخَرَ سَيِّئًا
عَسَى اللَّهُ أَنْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ ۚ
إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Dan (sebahagian) yang lain mengakui dosa-dosa mereka.
Mereka telah mencampur adukkan amal yang baik dengan amal yang lain, yang buruk.
Mudah-mudahan Allah akan menerima taubat mereka; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉ini golongan mukmin tak pergi berjihad tetapi mengaku kesalahan mereka.perang Tabuk yg mis ,perang lain tak pernah mis.
Hukum diri mereka sendiri.
Ayat 103
خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ
وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا
وَصَلِّ عَلَيْهِمْ ۖ
إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَهُمْ ۗ
وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat),
supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk);
dan doakanlah untuk mereka,
kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka.
Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
👉Allah suruh ambil.
Ayat 104
أَلَمْ يَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ هُوَ يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ
وَيَأْخُذُ الصَّدَقَاتِ وَأَنَّ اللَّهَ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah Dia lah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya,
dan juga menerima sedekah-sedekah (dan zakat serta membalasnya),
dan bahawa sesungguhnya Allah Dia lah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani?
👉Mujahidin yg tak keluar berperang buat ini.
Ayat 105
وَقُلِ اعْمَلُوا
فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ ۖ
وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ
فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan),
maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan;
dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".
👉teruskan buat amal baik.
Ayat 106
وَآخَرُونَ مُرْجَوْنَ لِأَمْرِ اللَّهِ إِمَّا يُعَذِّبُهُمْ
وَإِمَّا يَتُوبُ عَلَيْهِمْ ۗ
وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
Dan segolongan yang lain (dari orang-orang yang tidak turut berperang);
ditempohkan keputusan mengenai mereka kerana menunggu perintah Allah;
sama ada dia mengazabkan mereka ataupun Ia menerima taubat mereka.
Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
👉kaum ke2 yg tidak pergi berjihad kerana melewat2kan.
Seorang pergi mengadap nabi dan bg tau yg sebenarnya.
Nabi arahkan jangan bg Salam dan jawap salamnya.
Kena asingkan dgn isteri 10 hari sebelum berakhir.
Ayat 107
وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مَسْجِدًا ضِرَارًا وَكُفْرًا
وَتَفْرِيقًا بَيْنَ الْمُؤْمِنِينَ
وَإِرْصَادًا لِمَنْ حَارَبَ اللَّهَ
وَرَسُولَهُ مِنْ قَبْلُ ۚ
وَلَيَحْلِفُنَّ إِنْ أَرَدْنَا إِلَّا الْحُسْنَىٰ ۖ
وَاللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ
Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam),
dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri)
serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman,
dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata:" Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata ".
Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.
👉zajrun.
Buat masjid jadi
Tempat bahaya
Tempat kekufuran
Tempat memecah belahkan.
Tempat persinggahan dan pengintipan.
Ayat 108
لَا تَقُمْ فِيهِ أَبَدًا ۚ
لَمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَىٰ مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَنْ تَقُومَ فِيهِ ۚ
فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَنْ يَتَطَهَّرُوا ۚ
وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ
Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya,
kerana sesungguhnya masjid (Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad),
yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya),
sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya.
Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).
👉Larangan mendirikan solat
Masjid quba'
Kelebihan orang quba' istinjak dgn batu dan air,allah suka.
Sudah memadai dgn batu ,tapi eluk ditambah dgn air.
Sahabat nabi adalah neraca penterjemah hadis.
Ayat 109
أَفَمَنْ أَسَّسَ بُنْيَانَهُ عَلَىٰ تَقْوَىٰ مِنَ اللَّهِ
وَرِضْوَانٍ خَيْرٌ
أَمْ مَنْ أَسَّسَ بُنْيَانَهُ عَلَىٰ شَفَا جُرُفٍ هَارٍ
فَانْهَارَ بِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ ۗ
وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar taqwa kepada Allah
dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh,
lalu runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka?
Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim.
👉binaan yg diasaskan aqidah syirik dan taqwa.
Bina masjid atas niat masing2
Ayat 110
لَا يَزَالُ بُنْيَانُهُمُ الَّذِي بَنَوْا رِيبَةً فِي قُلُوبِهِمْ
إِلَّا أَنْ تَقَطَّعَ قُلُوبُهُمْ ۗ
وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
(Keruntuhan masjid) yang dibina oleh mereka yang munafik itu sentiasa menjadi penyakit syak dan keluh-kesah (lebih daripada yang sedia ada) dalam hati mereka,
(dan tidak akan habis) kecuali (apabila) hati mereka hancur-luluh (dalam tanah).
Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
👉Binaan yg di dasar salah menjadi keraguan besar.
Ayat 111
إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ
وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ۚ
يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖ
وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ ۚ
وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ ۚ
فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ ۚ
وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka
dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga,
(disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran;
dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah?
Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu,
dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
👉amalan muhajirin dan Ansar.
Mukmin sebenar akan diguna oleh Allah.
Ayat 112
التَّائِبُونَ الْعَابِدُونَ الْحَامِدُونَ السَّائِحُونَ الرَّاكِعُونَ السَّاجِدُونَ الْآمِرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّاهُونَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَالْحَافِظُونَ لِحُدُودِ اللَّهِ ۗ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ
(Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat,
yang beribadat,
yang memuji Allah,
yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam),
yang rukuk, yang sujud,
yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan,
serta yang menjaga batas-batas hukum Allah.
Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).
👉lain2 sifat mukmin yg sebenar.
Ayat 113
مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ
وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ
وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَىٰ
مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ
أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ
Tidaklah dibenarkan bagi Nabi
dan orang-orang yang beriman,
meminta ampun bagi orang-orang musyrik,
sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri,
sesudah nyata bagi mereka.
bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka.
👉kerana jelas dan kufur pada Allah.
Ayat 114
وَمَا كَانَ اسْتِغْفَارُ إِبْرَاهِيمَ لِأَبِيهِ
إِلَّا عَنْ مَوْعِدَةٍ وَعَدَهَا إِيَّاهُ
فَلَمَّا تَبَيَّنَ لَهُ
أَنَّهُ عَدُوٌّ لِلَّهِ تَبَرَّأَ مِنْهُ ۚ
إِنَّ إِبْرَاهِيمَ لَأَوَّاهٌ حَلِيمٌ
Dan bukanlah istighfar Nabi Ibrahim bagi bapanya (dibuat) melainkan kerana adanya janji yang dijanjikan kepadanya;
dan apabila ternyata kepada Nabi Ibrahim bahawa bapanya musuh bagi Allah, ia pun berlepas diri daripadanya.
Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu lembut hati lagi penyabar.
👉Nabi ibrahim tidak tahu bapanya akan mati kafir.
Ayat 115
وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُضِلَّ قَوْمًا بَعْدَ إِذْ هَدَاهُمْ
حَتَّىٰ يُبَيِّنَ لَهُمْ مَا يَتَّقُونَ ۚ
إِنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Dan Allah tidak sekali-kali menjadikan sesuatu kaum itu sesat sesudah Ia memberi hidayah petunjuk kepada mereka,
sebelum Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka wajib memelihara dan melindungi diri daripadanya;
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
👉
Ayat 116
إِنَّ اللَّهَ لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ
يُحْيِي وَيُمِيتُ ۚ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ
Sesungguhnya Allah jualah yang menguasai segala alam langit dan bumi;
Ia menghidupkan dan mematikan;
dan tidaklah ada bagi kamu selain dari Allah sesiapa pun yang menjadi pelindung dan juga yang menjadi penolong.
👉
Ayat 117
لَقَدْ تَابَ اللَّهُ عَلَى النَّبِيِّ
وَالْمُهَاجِرِينَ
وَالْأَنْصَارِ
الَّذِينَ اتَّبَعُوهُ فِي سَاعَةِ الْعُسْرَةِ
مِنْ بَعْدِ مَا كَادَ يَزِيغُ قُلُوبُ فَرِيقٍ مِنْهُمْ
ثُمَّ تَابَ عَلَيْهِمْ ۚ
إِنَّهُ بِهِمْ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi
dan orang-orang Muhajirin
dan Ansar yang mengikutnya (berjuang) dalam masa kesukaran,
sesudah hampir-hampir terpesong hati segolongan dari mereka (daripada menurut Nabi untuk berjuang); kemudian Allah menerima taubat mereka;
sesungguhnya Allah Amat belas, lagi Maha Mengasihani terhadap mereka.
👉
Ayat 118
وَعَلَى الثَّلَاثَةِ الَّذِينَ خُلِّفُوا
حَتَّىٰ إِذَا ضَاقَتْ عَلَيْهِمُ الْأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ
وَضَاقَتْ عَلَيْهِمْ أَنْفُسُهُمْ
وَظَنُّوا أَنْ لَا مَلْجَأَ مِنَ اللَّهِ إِلَّا إِلَيْهِ
ثُمَّ تَابَ عَلَيْهِمْ لِيَتُوبُوا ۚ
إِنَّ اللَّهَ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
Dan (Allah menerima pula taubat) tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat mereka)
hingga apabila bumi yang luas ini (terasa) sempit kepada mereka (kerana mereka dipulaukan),
dan hati mereka pula menjadi sempit (kerana menanggung dukacita),
serta mereka yakin bahawa tidak ada tempat untuk mereka lari dari (kemurkaan) Allah melainkan (kembali bertaubat) kepadaNya;
kemudian Allah (memberi taufiq serta) menerima taubat mereka supaya mereka kekal bertaubat.
Sesungguhnya Allah Dia lah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.
👉
Ayat 119
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
اتَّقُوا اللَّهَ وَكُونُوا مَعَ الصَّادِقِينَ
Wahai orang-orang yang beriman!
Bertaqwalah kamu kepada Allah,
dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar.
👉ikhlas.
3orang yg berjumpa nabi dan mengaku secara terang2an.
Ayat 120
مَا كَانَ لِأَهْلِ الْمَدِينَةِ
وَمَنْ حَوْلَهُمْ مِنَ الْأَعْرَابِ أَنْ يَتَخَلَّفُوا عَنْ رَسُولِ اللَّهِ
وَلَا يَرْغَبُوا بِأَنْفُسِهِمْ عَنْ نَفْسِهِ ۚ
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ لَا يُصِيبُهُمْ ظَمَأٌ
وَلَا نَصَبٌ
وَلَا مَخْمَصَةٌ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
وَلَا يَطَئُونَ مَوْطِئًا يَغِيظُ الْكُفَّارَ
وَلَا يَنَالُونَ مِنْ عَدُوٍّ نَيْلًا
إِلَّا كُتِبَ لَهُمْ بِهِ عَمَلٌ صَالِحٌ ۚ
إِنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ
Tidaklah patut bagi penduduk Madinah
dan orang-orang yang di sekeliling mereka dari orang-orang "A'raab" ketinggalan daripada (turut berperang bersama) Rasulullah;
dan tidaklah patut mereka mengasihi diri mereka sendiri dengan tidak menghiraukan Rasulullah.
Yang demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga,
dan merasai penat lelah,
dan juga merasai lapar (dalam perjuangan) pada jalan Allah;
dan (tiap-tiap kali) mereka menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan kemarahan orang-orang kafir;
dan juga (tiap-tiap kali) mereka menderita sesuatu yang mencederakan dari pihak musuh -
melainkan semuanya itu ditulis bagi mereka: (pahala) amal yang soleh.
Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
👉Takhwif terhad jihad.
Ayat 121
وَلَا يُنْفِقُونَ نَفَقَةً صَغِيرَةً
وَلَا كَبِيرَةً
وَلَا يَقْطَعُونَ
وَادِيًا إِلَّا كُتِبَ لَهُمْ
لِيَجْزِيَهُمُ اللَّهُ أَحْسَنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Dan tidak pula mereka membelanjakan sesuatu perbelanjaan yang kecil,
atau yang besar;
dan tidak mereka melintas sesuatu lembah, melainkan ditulis pahala bagi mereka,
supaya Allah membalas dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.
👉
Ayat 122
وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنْفِرُوا كَافَّةً ۚ
فَلَوْلَا نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِنْهُمْ طَائِفَةٌ
لِيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ
وَلِيُنْذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ
لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ
Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang);
oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka,
supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka;
mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).
👉jihad dijalan Allah kadang2 ferdu Ain dan kadang2 ferdu kifayah.
Ayat 123
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
قَاتِلُوا الَّذِينَ يَلُونَكُمْ مِنَ الْكُفَّارِ
وَلْيَجِدُوا فِيكُمْ غِلْظَةً ۚ
وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ
Wahai orang-orang yang beriman!
Perangilah orang-orang kafir musyrik yang berdekatan dengan kamu;
dan biarlah mereka merasai sikap kekerasan (serta ketabahan hati) yang ada pada kamu;
dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa (dengan memberikan pertolonganNya).
👉Mula kan dgn yg dekat
Ayat 124
وَإِذَا مَا أُنْزِلَتْ سُورَةٌ
فَمِنْهُمْ مَنْ يَقُولُ أَيُّكُمْ زَادَتْهُ هَٰذِهِ إِيمَانًا ۚ
فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا
فَزَادَتْهُمْ إِيمَانًا
وَهُمْ يَسْتَبْشِرُونَ
Dan apabila diturunkan sesuatu surah (dari Al-Quran) maka di antara mereka (yang munafik) ada yang bertanya (secara mengejek): "Siapakah di antara kamu yang imannya bertambah disebabkan oleh surah ini?" Adapun orang-orang yang beriman,
maka surah itu menambahkan iman mereka,
sedang mereka bergembira (dengan turunnya).
👉Tabsyir dan zajrun
Ayat 125
وَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ
فَزَادَتْهُمْ رِجْسًا إِلَىٰ رِجْسِهِمْ
وَمَاتُوا وَهُمْ كَافِرُونَ
Adapun orang-orang yang ada penyakit (kufur) dalam hati mereka
maka surah Al-Quran itu menambahkan kekotoran (kufur) kepada kekotoran (kufur) yang ada pada mereka; dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir.
👉zajrun
Ayat 126
أَوَلَا يَرَوْنَ
أَنَّهُمْ يُفْتَنُونَ فِي كُلِّ عَامٍ مَرَّةً أَوْ مَرَّتَيْنِ
ثُمَّ لَا يَتُوبُونَ
وَلَا هُمْ يَذَّكَّرُونَ
Dan (patutkah) mereka (berdegil) tidak mahu memperhatikan,
bahawa mereka dicuba (dengan berbagai-bagai bencana) pada tiap-tiap tahun, sekali atau dua kali;
kemudian mereka tidak juga bertaubat,
dan tidak pula mereka mahu beringat (dan insaf)?
👉
Ayat 127
وَإِذَا مَا أُنْزِلَتْ سُورَةٌ
نَظَرَ بَعْضُهُمْ إِلَىٰ بَعْضٍ
هَلْ يَرَاكُمْ مِنْ أَحَدٍ
ثُمَّ انْصَرَفُوا ۚ
صَرَفَ اللَّهُ قُلُوبَهُمْ
بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَفْقَهُونَ
Dan apabila diturunkan satu surah dari Al-Quran (mendedahkan keburukan orang-orang munafik itu) setengah mereka memandang kepada setengahnya yang lain sambil berkata:
"Adakah sesiapa nampak kamu (kalau kita undur dari sini)?"
Kemudian mereka berpaling pergi (dengan meninggalkan majlis Nabi);
Allah memalingkan hati mereka (daripada iman), disebabkan mereka kaum yang tidak (mahu) mengerti.
👉 Allah bg tau keadaan2 dlm majlis nabi
Ayat 128
لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ
عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ
حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w),
yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu,
(dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
👉Tagrib
Ayat 129
فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ
حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ
عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ
وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad):
"cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia;
kepadaNya aku berserah diri,
dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar."
👉
Tiada ulasan:
Catat Ulasan