Selasa, Februari 14, 2017

Daurah tafsir 2016 sesi 76 10:57-78

Ayat 57
يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ
وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ
وَهُدًى
وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu,
dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu,
dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.
👉Tagrib kepada Al-Quran.
Supaya hambanya belajar Quran.
Peringatan dan nasihat مَوْعِظَةٌ
Hasilnya manusia akan tinggal mungkar dan keji serta buruk ,dosa dan maksiat.
Penyakit yg ada dlm hati ,seperti fahaman2 dan keyakinan yg salah .
Penyakit dlm kata iman Ghazali jenis besar2 boleh sebab kekal dlm neraka tapi sukar diketahui.
Penyakit syirik,dengki,riak ,sombong dsbgnya.
Orang yg mempercayai Al-Quran akan berusaha untuk memahaminya

Ayat 58
قُلْ بِفَضْلِ اللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِ
فَبِذَٰلِكَ فَلْيَفْرَحُوا
هُوَ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad) "kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya,
maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya),
kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)".
👉Kelebihan2 Quran.
Muqaddar
Patut bergembira dgn kurniaan Al-Quran ini .
Harta yg sangat berharga.

Ayat 59
قُلْ أَرَأَيْتُمْ
مَا أَنْزَلَ اللَّهُ لَكُمْ مِنْ رِزْقٍ
فَجَعَلْتُمْ مِنْهُ حَرَامًا وَحَلَالًا
قُلْ آللَّهُ أَذِنَ لَكُمْ ۖ
أَمْ عَلَى اللَّهِ تَفْتَرُونَ

Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum): "Sudahkah kamu nampak baik-buruknya
sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram, dan sebahagian lagi halal?"
Katakanlah lagi (kepada mereka): "Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian,
atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah?".
👉ada hubungan yg dalil aqli yg sebelum ini.

Ayat 60
وَمَا ظَنُّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ
إِنَّ اللَّهَ لَذُو فَضْلٍ عَلَى النَّاسِ
وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَشْكُرُونَ

Dan apakah sangkaan orang-orang yang mengada-adakan kata-kata dusta terhadap Allah, (tidakkah mereka akan diazabkan) hari kiamat kelak?
Sebenarnya Allah jualah yang melimpahkan kurnia kepada manusia (meliputi rezeki pemberianNya
dan hukum-hukum Syarak yang diturunkanNya),
tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur.
👉Orang mekah yg menghalalkan dan mengharamkan tu ada keizinan dr Allah kah?
Manusia berbohong hari2 tapi tidak terus dihukum.

Ayat 61
وَمَا تَكُونُ فِي شَأْنٍ
وَمَا تَتْلُو مِنْهُ مِنْ قُرْآنٍ
وَلَا تَعْمَلُونَ مِنْ عَمَلٍ إِلَّا كُنَّا عَلَيْكُمْ شُهُودًا إِذْ تُفِيضُونَ فِيهِ ۚ
وَمَا يَعْزُبُ
عَنْ رَبِّكَ
مِنْ مِثْقَالِ ذَرَّةٍ فِي الْأَرْضِ
وَلَا فِي السَّمَاءِ وَلَا أَصْغَرَ مِنْ ذَٰلِكَ وَلَا أَكْبَرَ
إِلَّا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ

Dan tidaklah engkau (wahai Muhammad) dalam menjalankan sesuatu urusan,
dan tidaklah engkau dalam membaca sesuatu surah atau sesuatu ayat dari Al-Quran
dan tidaklah kamu (wahai umat manusia) dalam mengerjakan sesuatu amal usaha, melainkan adalah Kami menjadi saksi terhadap kamu, ketika kamu mengerjakannya.
Dan tidak akan hilang lenyap
dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu dari sehalus-halus atau seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit,
dan tidak ada yang lebih kecil dari itu
dan tidak ada yang lebih besar,
melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata.
👉

Ayat 62
أَلَا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ
لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka,
dan mereka pula tidak akan berdukacita.
👉Tabsyir

Ayat 63
الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ

(Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa.
👉wali atau kekasih Allah ,Yg sentiasa menjaga iman dgn sempurna dan menjaga syariat juga akhlak.

Ayat 64
لَهُمُ الْبُشْرَىٰ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ ۚ
لَا تَبْدِيلَ لِكَلِمَاتِ اللَّهِ ۚ
ذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang mengembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada (sebarang perubahan pada janji-janji Allah yang demikian itulah kejayaan yang besar.
👉Berita  gembira didunia lagi.
Ada yg kata antara berita gembira didunia adalah mimpi2 yg baik.allah perlihatkan kepada sesaorang semasa dunia.
Mimpi baik adalah sama seperti syariat yg diluar.
Mimpi yg tak baik ada mimpi yg tidak boleh ditafsir.ini mimpi buruk.mimpi yg memberi kesedaran diakhirat.

Ayat 65
وَلَا يَحْزُنْكَ قَوْلُهُمْ ۘ
إِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا ۚ
هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) merasa dukacita disebabkan kata-kata mereka yang ingkar itu; kerana sesungguhnya segala kekuasaan tertentu bagi Allah;
Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Yang Maha Mengetahui.
👉Tasliyah
Nabi kadang2 duka cita dan Allah pujuk nabi.

Ayat 66
أَلَا إِنَّ لِلَّهِ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ ۗ
وَمَا يَتَّبِعُ الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ شُرَكَاءَ ۚ
إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ
وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ

Ingatlah! Sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi
dan bahawa mereka yang menyembah sesuatu yang lain Allah sebagai sekutuNya,
mereka tidak menurut (sesuatu keyakinan),
mereka hanya menurut sangkaan semata-mata,
dan mereka hanyalah orang-orang yang sentiasa berdusta.
👉Dalil aqli lagi.
Pujaan dan sembahan batil شُرَكَاءَ

Ayat 67
هُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ اللَّيْلَ لِتَسْكُنُوا فِيهِ
وَالنَّهَارَ مُبْصِرًا ۚ
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ
لِقَوْمٍ يَسْمَعُونَ

Dia lah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu berehat padanya,
dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha).
Sesungguhnya perubahan malam dan siang itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Allah)
bagi kaum yang mahu mendengar (keterangan-keterangan yang tersebut dan mengambil pelajaran daripadanya).
👉Dalil aqli lagi
Kejadian malam dan siang untuk tadabur.

Ayat 68
قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا ۗ
سُبْحَانَهُ ۖ
هُوَ الْغَنِيُّ ۖ
لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۚ
إِنْ عِنْدَكُمْ مِنْ سُلْطَانٍ بِهَٰذَا ۚ
أَتَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ
مَا لَا تَعْلَمُونَ

Mereka berkata: "Allah mempunyai anak"
Maha Suci Allah (dari apa yang mereka katakan itu)!
Dia lah Yang Maha Kaya;
segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaanNya;
tidaklah ada sebarang keterangan di sisi kamu yang membuktikan apa yang kamu dakwakan itu.
Mengapa kamu berani mengatakan terhadap Allah,
apa yang kamu tidak mengetahuinya?
👉Syikayah
Orang mekah yg berkata Allah ada anak.

Ayat 69
قُلْ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah, tidak akan berjaya".
👉Zajrun berserta Takhwif ukhrowi

Ayat 70
مَتَاعٌ فِي الدُّنْيَا
ثُمَّ إِلَيْنَا مَرْجِعُهُمْ
ثُمَّ نُذِيقُهُمُ الْعَذَابَ الشَّدِيدَ
بِمَا كَانُوا يَكْفُرُونَ

(Apa yang mereka beroleh hanya) kesenangan di dunia, kemudian kepada Kamilah tempat kembalinya mereka. Kemudian Kami akan rasakan mereka azab yang berat disebabkan perbuatan kufur yang mereka lakukan.
👉Muqaddar مَتَاعٌ satu kesenangan yg sedikit dan sementara.

Ayat 71
وَاتْلُ عَلَيْهِمْ
نَبَأَ نُوحٍ
إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ
يَا قَوْمِ
إِنْ كَانَ كَبُرَ عَلَيْكُمْ مَقَامِي
وَتَذْكِيرِي بِآيَاتِ اللَّهِ
فَعَلَى اللَّهِ تَوَكَّلْتُ
فَأَجْمِعُوا أَمْرَكُمْ وَشُرَكَاءَكُمْ
ثُمَّ لَا يَكُنْ أَمْرُكُمْ عَلَيْكُمْ غُمَّةً
ثُمَّ اقْضُوا إِلَيَّ
وَلَا تُنْظِرُونِ

Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad) perihal Nabi Nuh,
ketika ia berkata kepada kaumnya: "Wahai kaumku! Sekiranya kedudukan aku dalam kalangan kamu,
dan peringatan yang aku berikan kepada kamu dengan ayat-ayat keterangan Allah itu,
menjadi keberatan kepada kamu,
maka (buatlah apa yang kamu hendak buat, kerana) kepada Allah jualah aku berserah diri.
Oleh itu, tetapkanlah keazaman kamu
serta sekutu-sekutu kamu untuk melakukan rancangan jahat kamu terhadapku;
kemudian janganlah hendaknya rancangan jahat kamu itu,
kamu jalankan secara tersembunyi (tetapi biarlah terbuka);
sesudah itu bertindaklah terus terhadapku
dan janganlah kamu tunggu-tunggu lagi.
👉Takhwif duniawi dan huraian bg ayat 65
وَلَا يَحْزُنْكَ قَوْلُهُمْ ۘ
إِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا ۚ
هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) merasa dukacita disebabkan kata-kata mereka yang ingkar itu; kerana sesungguhnya segala kekuasaan tertentu bagi Allah;
Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Yang Maha Mengetahui.

Ayat 72
فَإِنْ تَوَلَّيْتُمْ
فَمَا سَأَلْتُكُمْ مِنْ أَجْرٍ ۖ
إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَى اللَّهِ ۖ
وَأُمِرْتُ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْمُسْلِمِينَ

"Oleh itu, jika kamu berpaling membelakangkan peringatanku,
maka tidaklah menjadi hal kepadaku, kerana aku tidak meminta sebarang balasan daripada kamu (mengenai ajaran ugama Allah yang aku sampaikan itu);
balasanku hanyalah dari Allah semata-mata (sama ada kamu beriman ataupun kamu ingkar);
dan aku pula diperintahkan supaya menjadi dari orang-orang Islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah)".
👉Takhwif duniawi dari Allah untuk orang mekah yg menentang wahyu.

Ayat 73
فَكَذَّبُوهُ فَنَجَّيْنَاهُ
وَمَنْ مَعَهُ فِي الْفُلْكِ
وَجَعَلْنَاهُمْ خَلَائِفَ
وَأَغْرَقْنَا الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا ۖ
فَانْظُرْ
كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُنْذَرِينَ

Mereka tetap juga mendustakan Nabi Nuh, lalu Kami selamatkan dia bersama-sama pengikut-pengikutnya yang beriman di dalam bahtera, dan kami jadikan mereka pengganti-pengganti (yang memakmurkan bumi) serta Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami (dengan banjir dan taufan sehingga punah-ranah semuanya).
Maka lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang (yang mendustakan ayat-ayat kami) setelah diberi amaran.
👉mereka telah mendapat keputusan.

Ayat 74
ثُمَّ بَعَثْنَا مِنْ بَعْدِهِ رُسُلًا
إِلَىٰ قَوْمِهِمْ
فَجَاءُوهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ
فَمَا كَانُوا لِيُؤْمِنُوا
بِمَا كَذَّبُوا بِهِ مِنْ قَبْلُ ۚ
كَذَٰلِكَ نَطْبَعُ عَلَىٰ قُلُوبِ الْمُعْتَدِينَ.

Kemudian Kami utuskan sesudah Nabi Nuh, beberapa orang Rasul kepada kaum masing-masing;
lalu Rasul-rasul itu datang kepada kaum mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata;
dalam pada itu kaum mereka tetap juga tidak mahu beriman kepada apa yang mereka telah mendustakannya sebelum itu.
Demikianlah, Kami meteraikan atas hati orang-orang yang melampaui batas.
👉Contoh ringkas Takhwif duniawi

Ayat 75
ثُمَّ بَعَثْنَا مِنْ بَعْدِهِمْ
مُوسَىٰ وَهَارُونَ
إِلَىٰ فِرْعَوْنَ وَمَلَئِهِ
بِآيَاتِنَا
فَاسْتَكْبَرُوا
وَكَانُوا قَوْمًا مُجْرِمِينَ

Kemudian Kami utuskan sesudah Rasul-rasul itu, Nabi Musa dan Nabi Harun, kepada Firaun dan kaumnya dengan membawa ayat-ayat Kami; lalu mereka (Firaun dan kaumnya) berlaku sombong takbur (enggan menerimanya), dan mereka adalah kaum yang biasa melakukan dosa.
👉bukan semua Allah bg tau nama2 nabi.

Ayat 76
فَلَمَّا جَاءَهُمُ الْحَقُّ مِنْ عِنْدِنَا
قَالُوا إِنَّ هَٰذَا لَسِحْرٌ مُبِينٌ

Oleh sebab itu ketika datang kepada mereka kebenaran dari sisi Kami, berkatalah mereka: "Sesungguhnya ini ialah sihir yang nyata".
👉

Ayat 77
قَالَ مُوسَىٰ أَتَقُولُونَ لِلْحَقِّ لَمَّا جَاءَكُمْ ۖ
أَسِحْرٌ هَٰذَا وَلَا يُفْلِحُ السَّاحِرُونَ

(Mendengarkan yang demikian), Nabi Musa bertanya: Patutkah kamu berkata demikian terhadap sesuatu kebenaran ketika datangnya kepada kamu?
Adakah bawaanku ini sihir? Sedang ahli-ahli sihir itu sudah tetap tidak akan berjaya".
👉

Ayat 78
قَالُوا أَجِئْتَنَا لِتَلْفِتَنَا
عَمَّا وَجَدْنَا
عَلَيْهِ آبَاءَنَا
وَتَكُونَ لَكُمَا الْكِبْرِيَاءُ فِي الْأَرْض
ِوَمَا نَحْنُ لَكُمَا بِمُؤْمِنِينَ

Mereka pula berkata: "Adakah engkau datang (wahai Musa) untuk memesongkan kami dari penyembahan berhala yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya,
dan untuk membolehkan kamu berdua membolot kekuasaan di bumi (Mesir)?
Dan (ketahuilah) sebenarnya kami tidak akan beriman kepada kamu berdua".
👉

Tiada ulasan:

Catat Ulasan