Ahad, Februari 19, 2017

Daurah tafsir 2016 sesi 81 12:1-7

Ayat 1
الر ۚ تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْمُبِينِ

Alif, Laam, Raa'. Ini ialah ayat-ayat Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran.
👉Dalil naqli

Ayat 2
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا
لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ

Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab,
supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.
👉bila sebut untuk memahami,mesti kena baca baru boleh faham.
Bahasa Arab bahasa yg paling tinggi.
Lagi bab aqidah lebih mudah faham.

Ayat 3
نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ أَحْسَنَ الْقَصَصِ بِمَا
أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ هَٰذَا الْقُرْآنَ
وَإِنْ كُنْتَ مِنْ قَبْلِهِ لَمِنَ الْغَافِلِينَ

Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini,
padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu,
adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya.
👉surah ini menceritakan hanya cerita nabi yusuf .
Ini ikut permohonan sahabat.
Dr kecil sampai jadi  pemangku raja.
Ada riwayat bani Israel tanya nabi,yahudi duk dipalestin ,macam mana boleh duduk di mesir?
Maksud penting
1.Ilmu ghaib adalah milik Allah
2.Kuasa tadbir milik allah
Menyebabkan orang akan taat pada syariat Allah.

Ayat 4
إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ
يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ
رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan;
aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".
👉 Matan cerita adalah mimpi.
Babak cerita adalah penjelasan kepada mimpi.

Ayat 5
قَالَ يَا بُنَيَّ لَا تَقْصُصْ رُؤْيَاكَ عَلَىٰ إِخْوَتِكَ
فَيَكِيدُوا لَكَ كَيْدًا ۖ
إِنَّ الشَّيْطَانَ لِلْإِنْسَانِ عَدُوٌّ مُبِينٌ

Bapanya berkata:" Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu,
kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu.
Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.
👉Semua adik beradik tak dibenarkan diberitahu.

Ayat 6
وَكَذَٰلِكَ يَجْتَبِيكَ رَبُّكَ
وَيُعَلِّمُكَ مِنْ تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ
وَيُتِمُّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ
وَعَلَىٰ آلِ يَعْقُوبَ
كَمَا أَتَمَّهَا عَلَىٰ أَبَوَيْكَ مِنْ قَبْلُ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْحَاقَ ۚ
إِنَّ رَبَّكَ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

Dan demikianlah caranya Tuhanmu memilihmu,
dan akan mengajarmu takbir mimpi,
serta akan menyempurnakan nikmatNya kepadamu
dan kepada keluarga Yaakub:
sebagaimana Ia telah menyempurnakannya kepada datuk nenekmu dahulu: Ibrahim dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".
👉belajar tadbir mimpi dari ayahnya nabi Yaakub.
Matan cerita ,mimpi dan tadbir mimpi.

Ayat 7
لَقَدْ كَانَ فِي يُوسُفَ وَإِخْوَتِهِ
آيَاتٌ لِلسَّائِلِينَ

Demi sesungguhnya! (Kisah) Nabi Yusuf dengan saudara-saudaranya itu mengandungi
beberapa pengajaran bagi orang-orang yang bertanya (tentang hal mereka untuk mengambil iktibar).
👉

Tiada ulasan:

Catat Ulasan