Khamis, Februari 23, 2017

Daurah tafsir 2016 sesi 84 12:88-111

Ayat 88
فَلَمَّا دَخَلُوا عَلَيْهِ
قَالُوا يَا أَيُّهَا الْعَزِيزُ
مَسَّنَا وَأَهْلَنَا الضُّرُّ
وَجِئْنَا بِبِضَاعَةٍ مُزْجَاةٍ
فَأَوْفِ لَنَا الْكَيْلَ
وَتَصَدَّقْ عَلَيْنَا ۖ
إِنَّ اللَّهَ يَجْزِي الْمُتَصَدِّقِينَ

Maka (bertolaklah mereka ke Mesir, dan) setelah mereka masuk mengadap Yusuf,
berkatalah mereka: "Wahai Datuk Menteri,
kami dan keluarga kami telah menderita kesusahan (kemarau),
dan kami datang dengan membawa barang-barang yang kurang baik dan tidak berharga (untuk menjadi tukaran bagi benda-benda makanan negeri ini).
Oleh itu, sempurnakanlah sukatan bekalan makanan bagi kami
dan mendermalah kepada kami,
sesungguhnya Allah membalas dengan sebaik-baik balasan kepada orang-orang yang bermurah hati menderma".
👉keadaan ke13.

Ayat 89
قَالَ هَلْ عَلِمْتُمْ مَا فَعَلْتُمْ بِيُوسُفَ
وَأَخِيه
ِ إِذْ أَنْتُمْ جَاهِلُونَ

Yusuf berkata: "Tahukah kamu (betapa buruknya) apa yang kamu telah lakukan kepada Yusuf
dan adiknya,
semasa kamu masih jahil (tentang buruknya perbuatan yang demikian)?"
👉

Ayat 90
قَالُوا أَإِنَّكَ لَأَنْتَ يُوسُفُ ۖ
قَالَ أَنَا يُوسُفُ وَهَٰذَا أَخِي ۖ
قَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَيْنَا ۖ
إِنَّهُ مَنْ يَتَّقِ وَيَصْبِرْ
فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ

Mereka bertanya (dengan hairan): "Engkau ini Yusufkah? " Ia menjawab: "Akulah Yusuf dan ini adikku (Bunyamin). Sesungguhnya Allah telah mengurniakan nikmatNya kepada kami.
Sebenarnya sesiapa yang bertaqwa dan bersabar,
maka sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.
👉abang2 pandang sekilas untuk pengecaman.
Anugerah adalah disebabkan إِنَّهُ مَنْ يَتَّقِ وَيَصْبِرْsifat ini.
Ringkas sebab yg Yusuf bg untuk berjaya dan adalah pertolongan.

Ayat 91
قَالُوا تَاللَّهِ لَقَدْ آثَرَكَ اللَّهُ عَلَيْنَا
وَإِنْ كُنَّا لَخَاطِئِينَ

Mereka berkata: "Demi Allah! Sesungguhnya Allah telah melebihkan dan memuliakan engkau daripada kami (disebabkan taqwa dan kesabaranmu);
dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah".
👉

Ayat 92
قَالَ لَا تَثْرِيبَ عَلَيْكُمُ الْيَوْمَ ۖ
يَغْفِرُ اللَّهُ لَكُمْ ۖ
وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ

Yusuf berkata: "Kamu pada hari ini tidak akan ditempelak atau disalahkan (tentang perbuatan kamu yang telah terlanjur itu),
semoga Allah mengampunkan dosa kamu, dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani.
👉jawapan Yusuf kepada abangnya.
Yusuf boleh memaafkan dan mudah2an Allah akan mengampuni mereka juga
Sejarah bani Israel menetap di Mesir.

Ayat 93
اذْهَبُوا بِقَمِيصِي هَٰذَا
فَأَلْقُوهُ عَلَىٰ وَجْهِ أَبِي يَأْتِ بَصِيرًا
وَأْتُونِي بِأَهْلِكُمْ أَجْمَعِينَ

Pergilah dengan membawa bajuku ini,
kemudian letakkan pada muka ayahku supaya ia dapat melihat,
dan selepas itu bawalah kepadaku keluarga kamu semuanya".
👉Letakkan sj فَأَلْقُوهُdimuka ayah ku.terjemah begitu.
Dtg bw semua ahli keluarga

Ayat 94
وَلَمَّا فَصَلَتِ الْعِيرُ
قَالَ أَبُوهُمْ
إِنِّي لَأَجِدُ رِيحَ يُوسُفَ ۖ
لَوْلَا أَنْ تُفَنِّدُونِ

Dan semasa kafilah (mereka meninggalkan Mesir menunju ke tempat bapa mereka di Palestin),
berkatalah bapa mereka (kepada kaum kerabatnya yang ada di sisinya):
"Sesungguhnya aku ada terbau akan bau Yusuf.
Jika kamu tidak menyangka aku sudah nyanyuk (tentulah kamu akan percaya)".
👉Keadaan yg ke14.
Mukjizat nabi Yaakub bau nabi Yusuf.

Ayat 95
قَالُوا تَاللَّهِ إِنَّكَ لَفِي ضَلَالِكَ الْقَدِيمِ

Mereka berkata: "Demi Allah! Sesungguhnya ayah masih berada dalam keadaan tidak siumanmu yang lama".
👉anak2 nabi Yaakub berkata kepadanya.

Ayat 96
فَلَمَّا أَنْ جَاءَ الْبَشِيرُ أَلْقَاهُ عَلَىٰ
وَجْهِهِ فَارْتَدَّ بَصِيرًا ۖ
قَالَ أَلَمْ أَقُلْ لَكُمْ
إِنِّي أَعْلَمُ مِنَ اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ

Maka sebaik-baik sahaja datang pembawa khabar berita yang mengembirakan itu,
dia pun meletakkan baju Yusuf pada muka Nabi Yaakub, lalu menjadilah ia celik kembali seperti sediakala.
Nabi Yaakub berkata: "Bukankah aku telah katakan kepada kamu,
sesungguhnya aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahuinya?"
👉

Ayat 97
قَالُوا يَا أَبَانَا اسْتَغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا إِنَّا كُنَّا خَاطِئِينَ

Mereka berkata: "Wahai ayah kami! Mintalah ampun bagi kami akan dosa-dosa kami;
sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah".
👉mereka sendiri juga bertaubat.

Ayat 98
قَالَ سَوْفَ أَسْتَغْفِرُ لَكُمْ رَبِّي ۖ
إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Nabi Yaakub berkata: "Aku akan meminta ampun bagi kamu dari Tuhanku;
sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
👉janji nabi yaakub.

Ayat 99
فَلَمَّا دَخَلُوا عَلَىٰ يُوسُفَ آوَىٰ إِلَيْهِ أَبَوَيْهِ
وَقَالَ ادْخُلُوا مِصْرَ إِنْ شَاءَ اللَّهُ آمِنِينَ

Maka ketika mereka (Nabi Yaakub dan keluarganya) masuk (ke Mesir) menemui Yusuf, Yusuf segera menyambut serta memeluk kedua ibu bapanya,
sambil berkata: "Masuklah kamu ke negeri Mesir, insya Allah kamu berada di dalam aman.
👉Keadaan ke15 nabi Yusuf.keadaan terakhir.

Ayat 100
وَرَفَعَ أَبَوَيْهِ عَلَى الْعَرْش
ِ وَخَرُّوا لَهُ سُجَّدًا ۖ
وَقَالَ يَا أَبَتِ
هَٰذَا تَأْوِيلُ رُؤْيَايَ مِنْ قَبْلُ
قَدْ جَعَلَهَا رَبِّي حَقًّا ۖ
وَقَدْ أَحْسَنَ بِي إِذْ أَخْرَجَنِي مِنَ السِّجْنِ
وَجَاءَ بِكُمْ مِنَ الْبَدْوِ
مِنْ بَعْدِ أَنْ نَزَغَ الشَّيْطَانُ بَيْنِي وَبَيْنَ إِخْوَتِي ۚ
إِنَّ رَبِّي لَطِيفٌ لِمَا يَشَاءُ ۚ
إِنَّهُ هُوَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ

Dan ia dudukkan kedua ibu bapanya (bersama-samanya) di atas kerusi kebesaran.
Dan setelah itu mereka semuanya tunduk memberi hormat kepada Yusuf.
Dan (pada saat itu) berkatalah Yusuf:
"Wahai ayahku! Inilah dia tafsiran mimpiku dahulu. Sesungguhnya Allah telah menjadikan mimpiku itu benar.
Dan sesungguhnya Ia telah melimpahkan kebaikan kepadaku ketika Ia mengeluarkan daku dari penjara;
dan Ia membawa kamu ke mari dari dosa
sesudah Syaitan (dengan hasutannya) merosakkan perhubungan antaraku dengan saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku lemah-lembut tadbirNya bagi apa yang dikehendakiNya;
sesungguhnya Dia lah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
👉Pentas sambung tetamu الْعَرْش
Kenapa nabi  tidak sebut dia digoda,dok dlm telaga ,dipenjara dll?
Hati2 abang akan sedih.
Kesalahan perempuan juga tidak disebut.tapi Kalu syaitan dia nak bw kepada perkara lain.ini nak ajar kita juga.

Ayat 101
رَبِّ قَدْ آتَيْتَنِي مِنَ الْمُلْكِ
وَعَلَّمْتَنِي مِنْ تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ ۚ
فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
أَنْتَ وَلِيِّي فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ
تَوَفَّنِي مُسْلِمًا
وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan)
dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam,
dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh".
👉Doa nabi Yusuf
Nikmat lahir dan batin.
Kalimah Abu bakar yg terakhir .
Kalimah terakhir ayah guru maulana hadi(ayah mufti Muhamad,abdul ghani)
فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
أَنْتَ وَلِيِّي فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ
تَوَفَّنِي مُسْلِمًا
وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ
Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi
Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam,

Ayat 102
ذَٰلِكَ مِنْ أَنْبَاءِ الْغَيْبِ نُوحِيهِ إِلَيْكَ ۖ
وَمَا كُنْتَ لَدَيْهِمْ إِذْ أَجْمَعُوا أَمْرَهُمْ وَهُمْ يَمْكُرُونَ

(Kisah nabi Yusuf) yang demikian ialah dari berita-berita yang ghaib yang kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad),
sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka semasa mereka sekata mengambil keputusan (hendak membuang Yusuf ke dalam perigi) dan semasa mereka menjalankan rancangan jahat (terhadapnya untuk membinasakannya).
👉da'wa ke3 tentang risalah.

Ayat 103
وَمَا أَكْثَرُ النَّاسِ
وَلَوْ حَرَصْتَ بِمُؤْمِنِينَ

Dan kebanyakan manusia tidak akan beriman
walaupun engkau terlalu ingin (supaya mereka beriman).
👉Zajrun.

Ayat 104
وَمَا تَسْأَلُهُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ ۚ
إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ لِلْعَالَمِينَ

Padahal engkau tidak meminta kepada mereka sebarang upah tentang ajaran Al-Quran, sedang Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan dan pengajaran dari Allah bagi umat manusia seluruhnya.
👉

Ayat 105
وَكَأَيِّنْ مِنْ آيَةٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
يَمُرُّونَ عَلَيْهَا
وَهُمْ عَنْهَا مُعْرِضُونَ

Dan berapa banyak tanda-tanda kekuasaan Allah di langit dan di bumi
yang mereka menyaksikannya berulang-ulang semasa mereka pagi dan datang,
sedang mereka tidak juga menghiraukan dan memikirkannya.
👉Syikayah

Ayat 106
وَمَا يُؤْمِنُ أَكْثَرُهُمْ بِاللَّهِ إِلَّا وَهُمْ مُشْرِكُونَ

Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.
👉

Ayat 107
أَفَأَمِنُوا أَنْ تَأْتِيَهُمْ غَاشِيَةٌ مِنْ عَذَابِ اللَّهِ
أَوْ تَأْتِيَهُمُ السَّاعَةُ بَغْتَةً
وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ

(Mengapa mereka bersikap demikian?) Adakah mereka merasa aman dari didatangi azab Allah yang meliputi mereka,
atau didatangi hari kiamat secara mengejut,
sedang mereka tidak menyedarinya?
👉Takhwif ukhrawi.

Ayat 108
قُلْ هَٰذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ ۚ
عَلَىٰ بَصِيرَةٍ
أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي ۖ
وَسُبْحَانَ اللَّهِ
وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata.
Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik);
dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain."
👉tagrib kepada tauhid

Ayat 109
وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ إِلَّا رِجَالًا
نُوحِي إِلَيْهِمْ مِنْ أَهْلِ الْقُرَىٰ ۗ
أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ
فَيَنْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۗ
وَلَدَارُ الْآخِرَةِ خَيْرٌ لِلَّذِينَ اتَّقَوْا ۗ
أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Dan tiadalah Kami mengutus Rasul - sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki dari penduduk bandar,
yang kami wahyukan kepada mereka.
Maka mengapa orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu tidak mengembara di muka bumi, supaya memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka? Dan (ingatlah) sesungguhnya negeri akhirat lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, mengapa kamu (wahai manusia) tidak mahu memikirkannya?
👉Jawapan kepada syubhah kebenaran.

Ayat110
حَتَّىٰ إِذَا اسْتَيْأَسَ الرُّسُلُ
وَظَنُّوا أَنَّهُمْ قَدْ كُذِبُوا
جَاءَهُمْ نَصْرُنَا فَنُجِّيَ مَنْ نَشَاءُ ۖ
وَلَا يُرَدُّ بَأْسُنَا عَنِ الْقَوْمِ الْمُجْرِمِينَ

(Orang-orang yang mendustakan ugama Allah itu telah diberi tempoh yang lanjut sebelum ditimpakan dengan azab) hingga apabila Rasul-rasul berputus asa terhadap kaumnya yang ingkar
dan menyangka bahawa mereka telah disifatkan oleh kaumnya sebagai orang-orang yang berdusta,
datanglah pertolongan Kami kepada mereka,
lalu diselamatkanlah sesiapa yang Kami kehendaki.
Dan (ingatlah bahawa) azab Kami tidak akan dapat ditolak oleh sesiapapun daripada menimpa kaum yang berdosa.
👉Da'wa ke 4
Ujian ada yg mengatakan kepada tauhid tetapi kesudahan adalah baik .

Ayat 111
لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَة
ٌ لِأُولِي الْأَلْبَابِ ۗ
مَا كَانَ حَدِيثًا يُفْتَرَىٰ
وَلَٰكِنْ تَصْدِيقَ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ
وَتَفْصِيلَ كُلِّ شَيْءٍ
وَهُدًى وَرَحْمَةً لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar
bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran.
(Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan,
tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya,
dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu,
serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.
👉

Tiada ulasan:

Catat Ulasan