Rabu, Februari 01, 2017

Daurah tafsir 2016 sesi 62 7:142-166

Ayat 142
وَوَاعَدْنَا مُوسَىٰ ثَلَاثِينَ لَيْلَةً
وَأَتْمَمْنَاهَا بِعَشْرٍ
فَتَمَّ مِيقَاتُ رَبِّهِ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً ۚ
وَقَالَ مُوسَىٰ لِأَخِيهِ هَارُونَ
اخْلُفْنِي فِي قَوْمِي
وَأَصْلِحْ
وَلَا تَتَّبِعْ سَبِيلَ الْمُفْسِدِينَ

Dan kami telah janjikan masa kepada Nabi Musa (untuk memberikan Taurat) selama tiga puluh malam,
serta Kami genapkan jumlahnya dengan sepuluh malam lagi,
lalu sempurnalah waktu yang telah ditentukan oleh Tuhannya empat puluh malam.
Dan berkatalah Nabi Musa kepada saudaranya Nabi Harun (semasa keluar menerima Taurat):
"Gantikanlah aku dalam (urusan memimpin) kaumku
dan perbaikilah (keadaan mereka sepeninggalanku),
dan janganlah engkau menurut jalan orang-orang yang melakukan kerosakan".
👉hari bermula pada waktu malam bg orang Arab.

Ayat 143
وَلَمَّا جَاءَ مُوسَىٰ لِمِيقَاتِنَا
وَكَلَّمَهُ رَبُّهُ
قَالَ رَبِّ أَرِنِي أَنْظُرْ إِلَيْكَ ۚ
قَالَ لَنْ تَرَانِي
وَلَٰكِنِ انْظُرْ إِلَى الْجَبَلِ
فَإِنِ اسْتَقَرَّ مَكَانَهُ فَسَوْفَ تَرَانِي ۚ
فَلَمَّا تَجَلَّىٰ رَبُّهُ لِلْجَبَلِ جَعَلَهُ دَكًّا
وَخَرَّ مُوسَىٰ صَعِقًا ۚ
فَلَمَّا أَفَاقَ قَالَ سُبْحَانَكَ تُبْتُ إِلَيْكَ
وَأَنَا أَوَّلُ الْمُؤْمِنِينَ

Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu,
dan Tuhannya berkata-kata dengannya,
maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata:
"Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu".
Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu(didunia ini)
tetapi pandanglah ke gunung itu,
maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu",
Setelah Tuhannya "Tajalla" (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu,
(maka) "TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan.
Setelah ia sedar semula, berkatalah ia:
"Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku),
aku bertaubat kepadaMu,
dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku)
👉Nabi Musa pergi ke tempat yg dijanjikan.

Ayat 144
قَالَ يَا مُوسَىٰ
إِنِّي اصْطَفَيْتُكَ عَلَى النَّاس
ِ بِرِسَالَاتِي
وَبِكَلَامِي
فَخُذْ مَا آتَيْتُكَ
وَكُنْ مِنَ الشَّاكِرِينَ

Allah berfirman: "Wahai Musa! Sesungguhnya Aku memilihmu melebihi umat manusia (yang ada pada zamanmu),
dengan membawa perutusanKu (Kitab Taurat)
dan dengan KalamKu;
oleh itu, terimalah apa yang Aku kurniakan kepadamu, dan jadikanlah dirimu dari orang-orang yang bersyukur".
👉untuk hilangkan kesedihan.

Ayat 145
وَكَتَبْنَا لَهُ فِي الْأَلْوَاحِ
مِنْ كُلِّ شَيْءٍ
مَوْعِظَةً
وَتَفْصِيلًا لِكُلِّ شَيْءٍ
فَخُذْهَا
بِقُوَّةٍ
وَأْمُرْ قَوْمَكَ يَأْخُذُوا بِأَحْسَنِهَا ۚ
سَأُرِيكُمْ دَارَ الْفَاسِقِينَ

Dan Kami telah menuliskan bagi Nabi Musa pada Lauh-lauh (Taurat) itu,
dari pelbagai jenis nasihat pengajaran
dan penjelasan bagi tiap-tiap sesuatu (dasar Syariat dan hukum-hukumnya).
Oleh itu, terimalah dia (belajar dan amalkanlah wahai Musa) dengan bersungguh-sungguh,
dan suruhlah kaummu berpegang (serta mengamalkan) yang sebaik-baiknya (iaitu suruhan-suruhannya).
Aku akan perlihatkan kepada kamu akan negeri orang-orang yang fasik - derhaka".
👉Taurat hanyalah dua keping batu pada mulanya ditulis 10undang2nya.

Ayat 146
سَأَصْرِفُ عَنْ آيَاتِي
َ الَّذِينَ يَتَكَبَّرُونَ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ
وَإِنْ يَرَوْا كُلَّ آيَةٍ
لَا يُؤْمِنُوا بِهَا
وَإِنْ يَرَوْا سَبِيلَ الرُّشْدِ
لَا يَتَّخِذُوهُ سَبِيلًا
وَإِنْ يَرَوْا سَبِيلَ الْغَيِّ
يَتَّخِذُوهُ سَبِيلًا ۚ
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا
وَكَانُوا عَنْهَا غَافِلِينَ

Aku akan memalingkan (hati)
orang-orang yang sombong takbur di muka bumi
dengan tiada alasan yang benar
dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu);
dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti),
mereka tidak beriman kepadanya,
dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk,
mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu,
kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami
dan mereka sentiasa lalai daripadanya.
👉ini dunia.
Ayat 147
وَالَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا
وَلِقَاءِ الْآخِرَةِ
حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ ۚ
هَلْ يُجْزَوْنَ إِلَّا مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami
dan pertemuan hari akhirat,
gugurlah amal-amal mereka (yang baik).
Mereka tidak diberikan balasan (pada hari akhirat) melainkan (bagi) apa yang mereka telah kerjakan (dari perbuatan kufur dan maksiat).
👉ini tentang akhirat.

Ayat 148
وَاتَّخَذَ قَوْمُ مُوسَىٰ مِنْ بَعْدِهِ
مِنْ حُلِيِّهِمْ
عِجْلًا
جَسَدًا
لَهُ خُوَارٌ ۚ
أَلَمْ يَرَوْا
أَنَّهُ لَا يُكَلِّمُهُمْ
وَلَا يَهْدِيهِمْ سَبِيلًا ۘ
اتَّخَذُوهُ
وَكَانُوا ظَالِمِينَ

Dan kaum Nabi Musa, sesudah ia (pergi ke Gunung Tursina),
mereka membuat dari barang-barang emas perhiasan mereka,
(patung) anak lembu yang bertubuh
dan bersuara
(Allah berfirman): "Tidakkah mereka memikirkan
bahawa patung itu tidak dapat berkata-kata dengan mereka
dan tidak dapat juga menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya (berhala yang disembah)
dan sememangnya mereka adalah orang-orang yang melakukan kezaliman".
👉cerita umat  nabi Musa yg ijabah,tidak reti bersyukur atau menghargai.tidak menentang tapi tak ikut.

Ayat 149
وَلَمَّا سُقِطَ فِي أَيْدِيهِمْ
وَرَأَوْا أَنَّهُمْ قَدْ ضَلُّوا
قَالُوا لَئِنْ لَمْ يَرْحَمْنَا رَبُّنَا
وَيَغْفِرْ لَنَا
لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Dan setelah mereka menyesal (akan apa yang mereka lakukan)
dan mengetahui bahawa mereka telah sesat,
berkatalah mereka: "Sesungguhnya jika Tuhan kami tidak memberi rahmat kepada kami
dan mengampunkan kami,
nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".
👉mereka bertaubat.

Ayat 150
وَلَمَّا رَجَعَ مُوسَىٰ إِلَىٰ قَوْمِه
ِ غَضْبَانَ أَسِفًا
قَالَ بِئْسَمَا خَلَفْتُمُونِي مِنْ بَعْدِي ۖ
أَعَجِلْتُمْ أَمْرَ رَبِّكُمْ ۖ
وَأَلْقَى الْأَلْوَاحَ
وَأَخَذَ بِرَأْسِ أَخِيهِ
يَجُرُّهُ إِلَيْهِ ۚ
قَالَ ابْنَ أُمَّ
إِنَّ الْقَوْمَ اسْتَضْعَفُونِي
وَكَادُوا يَقْتُلُونَنِي
فَلَا تُشْمِتْ بِيَ الْأَعْدَاءَ
وَلَا تَجْعَلْنِي مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

Dan apabila Nabi Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan dukacita,
berkatalah ia: "Amatlah buruknya apa yang telah kamu lakukan sepeninggalanku;
mengapa kamu terburu-buru (tidak menunggu) perintah Tuhan kamu?"
Dan ia meletakkan Lauh-lauh (yang mengandungi tulisan Taurat) itu serta ia memegang (rambut) kepala saudaranya (Nabi Harun) sambil menariknya kepadanya. Nabi Harun berkata: "Wahai anak ibuku!
Sesungguhnya kaum (Bani Israil) memandangku lemah
dan nyaris-nyaris mereka membunuhku (ketika aku melarang mereka);
oleh itu, janganlah engkau menjadikan musuh bergembira melihat (tempelakmu) terhadapku,
dan janganlah engkau jadikan daku termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim".
👉penyempurnaan taubat.

Ayat 151
قَالَ رَبِّ اغْفِرْ لِي
وَلِأَخِي
وَأَدْخِلْنَا فِي رَحْمَتِكَ ۖ
وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ

Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku
dan bagi saudaraku, dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu,
kerana Engkaulah sahaja Yang Maha Mengasihani dari segala yang lain mengasihani".
👉

Ayat 152
إِنَّ الَّذِينَ اتَّخَذُوا الْعِجْلَ سَيَنَالُهُم
ْ غَضَبٌ مِنْ رَبِّهِمْ
وَذِلَّةٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۚ
وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُفْتَرِينَ

Sesungguhnya orang-orang yang menyembah (patung) anak lembu itu,
akan ditimpa kemurkaan dari Tuhan mereka dan kehinaan dalam kehidupan dunia.
Dan demikianlah kami membalas orang-orang yang mengada-adakan perkara yang tidak benar.
👉Hukuman orang yg memuja anak lembu.

Ayat 153
وَالَّذِينَ عَمِلُوا السَّيِّئَاتِ
ثُمَّ تَابُوا مِنْ بَعْدِهَا
وَآمَنُوا
إِنَّ رَبَّكَ مِنْ بَعْدِهَا لَغَفُورٌ رَحِيمٌ

Dan orang-orang yang melakukan kejahatan
kemudian mereka bertaubat sesudah itu
dan beriman,
(maka) sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉ada yg bertaubat dan Natijah taubat.

Ayat 154
وَلَمَّا سَكَتَ عَنْ مُوسَى الْغَضَبُ
أَخَذَ الْأَلْوَاحَ ۖ
وَفِي نُسْخَتِهَا هُدًى وَرَحْمَةٌ
لِلَّذِينَ هُمْ لِرَبِّهِمْ يَرْهَبُونَ

Dan apabila kemarahan Nabi Musa itu reda,
dia pun mengambil Lauh-lauh Taurat itu yang dalam naskhahnya terkandung petunjuk dan rahmat,
bagi orang-orang yang bersungguh-sungguh takut kepada Tuhan mereka (daripada melanggar perintahNya).
👉cerita nabi Musa.

Ayat 155
وَاخْتَارَ مُوسَىٰ قَوْمَهُ سَبْعِينَ رَجُلًا لِمِيقَاتِنَا ۖ
فَلَمَّا أَخَذَتْهُمُ الرَّجْفَةُ
قَالَ رَبِّ
لَوْ شِئْتَ أَهْلَكْتَهُمْ مِنْ قَبْلُ وَإِيَّايَ ۖ
أَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ السُّفَهَاءُ مِنَّا ۖ
إِنْ هِيَ إِلَّا فِتْنَتُكَ
تُضِلُّ بِهَا مَنْ تَشَاءُ
وَتَهْدِي مَنْ تَشَاءُ ۖ
أَنْتَ وَلِيُّنَا
فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۖ
وَأَنْتَ خَيْرُ الْغَافِرِينَ

Dan Nabi Musa memilih tujuh puluh orang lelaki dari kaumnya (untuk di bawa bersama ke Gunung Tursina) pada waktu yang telah kami tentukan.
Maka ketika mereka digegar oleh gempa,
Nabi Musa merayu dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jika Engkau kehendaki, Engkau boleh binasakan mereka bersama-sama denganku sebelum ini.
Adakah Engkau hendak membinasakan kami disebabkan apa yang telah dilakukan oleh orang-orang yang bodoh di antara kami?
(Apa yang mereka telah lakukan) itu hanyalah cubaanMu. Dengan cubaan itu Engkau sesatkan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau beri petunjuk kepada sesiapa yang Engkau kehendaki.
Engkau jualah Pelindung kami;
oleh itu ampunkanlah kami dan berilah rahmat kepada kami,
kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi ampun.
👉kaum nabi musa tak terima,jadi kaumnya nak pergi tengok sendiri di suatu tempat.

Ayat 156
وَاكْتُبْ لَنَا فِي هَٰذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةً
وَفِي الْآخِرَةِ
إِنَّا هُدْنَا إِلَيْكَ ۚ
قَالَ عَذَابِي أُصِيبُ بِهِ مَنْ أَشَاءُ ۖ
وَرَحْمَتِي
وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ ۚ
فَسَأَكْتُبُهَا
لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ
وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ
وَالَّذِينَ هُمْ بِآيَاتِنَا يُؤْمِنُونَ

"Dan tetapkanlah untuk Kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat,
sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu". Allah berfirman: "AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki,
dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu;
maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertaqwa,
dan yang memberi zakat,
serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami.
👉doa nabi Musa.

Ayat 157
الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الرَّسُولَ النَّبِيَّ الْأُمِّيَّ
الَّذِي يَجِدُونَهُ مَكْتُوبًا عِنْدَهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيل
ِ يَأْمُرُهُمْ بِالْمَعْرُوفِ
وَيَنْهَاهُمْ عَنِ الْمُنْكَر
ِ وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ
وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ
وَيَضَعُ عَنْهُمْ
إِصْرَهُمْ
وَالْأَغْلَالَ الَّتِي كَانَتْ عَلَيْهِمْ ۚ
فَالَّذِينَ آمَنُوا بِه
ِ وَعَزَّرُوهُ
وَنَصَرُوهُ
وَاتَّبَعُوا النُّورَ
الَّذِي أُنْزِلَ مَعَهُ ۙ
أُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

"Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi,
yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka.
Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji;
dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik,
dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk;
dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya,
dan memuliakannya,
juga menolongnya,
serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.
👉ada dlm kitab Taurat tapi disembunyikan.

Ayat 158
قُلْ يَا أَيُّهَا النَّاسُ
إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ جَمِيعًا
الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ
لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ
يُحْيِي وَيُمِيتُ ۖ
فَآمِنُوا بِاللَّهِ
وَرَسُولِهِ النَّبِيِّ الْأُمِّي
ِّ الَّذِي يُؤْمِنُ بِاللَّهِ
وَكَلِمَاتِهِ
وَاتَّبِعُوهُ
لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia!
Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya,
(di utus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan.
Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah
dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya);
dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk".
👉titah umum kepada semua orang yg baca Quran.

Ayat 159
وَمِنْ قَوْمِ مُوسَىٰ
أُمَّةٌ يَهْدُونَ بِالْحَقِّ
وَبِهِ يَعْدِلُونَ

Dan di antara kaum Nabi Musa,
ada satu golongan yang memberi petunjuk (kepada orang ramai) dengan perkara-perkara yang hak,
dan dengannya mereka menjalankan keadilan.
👉ujian kepada ahlil kitab yg beriman dan memimpin umat Islam  dgn kebenaran agama Islam.

Ayat 160
وَقَطَّعْنَاهُمُ اثْنَتَيْ عَشْرَةَ أَسْبَاطًا أُمَمًا ۚ
وَأَوْحَيْنَا إِلَىٰ مُوسَى
ٰ إِذِ اسْتَسْقَاهُ قَوْمُهُ
أَنِ اضْرِبْ بِعَصَاكَ الْحَجَرَ ۖ
فَانْبَجَسَتْ مِنْهُ
اثْنَتَا عَشْرَةَ عَيْنًا ۖ
قَدْ عَلِمَ كُلُّ أُنَاسٍ مَشْرَبَهُمْ ۚ
وَظَلَّلْنَا عَلَيْهِمُ الْغَمَامَ
وَأَنْزَلْنَا عَلَيْهِمُ الْمَنَّ وَالسَّلْوَىٰ ۖ
كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ ۚ
وَمَا ظَلَمُونَا
وَلَٰكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ

Dan kami membahagikan mereka (Bani Israil) menjadi dua belas suku,
sebagai golongan-golongan besar, dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa,
ketika kaumnya meminta air kepadanya:
"Pukulah batu itu dengan tongkatmu."
Maka terpancarlah daripadanya dua belas mata air.
Tiap-tiap golongan (di antara mereka) mengetahui tempat masing-masing.
Dan Kami naungi mereka dengan awan,
dan Kami turunkan kepada mereka "Mann" dan "Salwa". (Lalu Kami berfirman):
"Makanlah dari baik-baik yang kami telah kurniakan kepada kamu".
Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (dengan kekufuran mereka), tetapi mereka adalah menganiaya diri mereka sendiri.
👉peristiwa yg berlaku kepada nabi Musa ketika dia mentarbiyah umatnya.
Peristiwa dipadang Tiih,minta air.
Tidak ikut arahan ikut berjihad.

Ayat 161
وَإِذْ قِيلَ لَهُمُ اسْكُنُوا هَٰذِهِ الْقَرْيَة
َ وَكُلُوا مِنْهَا
حَيْثُ شِئْتُمْ
وَقُولُوا حِطَّةٌ
وَادْخُلُوا الْبَابَ سُجَّدًا
نَغْفِرْ لَكُمْ خَطِيئَاتِكُمْ ۚ
سَنَزِيدُ الْمُحْسِنِينَ

Dan (ingatlah) ketika dikatakan kepada mereka: "Tinggalah dalam bandar ini
dan makanlah dari makanannya
apa sahaja yang kamu sukai,
dan berdoalah dengan berkata: ` (Wahai Tuhan kami), gugurkanlah (dosa kami) ',
dan masuklah melalui pintu (bandar) itu dengan tunduk merendah diri,
supaya Kami mengampunkan dosa-dosa kamu.
Kami akan menambah (balasan) bagi orang-orang yang berbuat kebaikan".
👉hukuman.

Ayat 162
فَبَدَّلَ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْهُم
ْ قَوْلًا غَيْرَ الَّذِي قِيلَ لَهُمْ
فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِجْزًا مِنَ السَّمَاء
ِ بِمَا كَانُوا يَظْلِمُونَ

Maka orang-orang yang zalim di antara mereka menukarkan perintah itu dengan perkataan yang tidak dikatakan kepada mereka.
Oleh itu, Kami turunkan azab dari langit menimpa mereka,
dengan sebab kezaliman yang mereka lakukan.
👉menukar perintah Allah.

Ayat 163
وَاسْأَلْهُمْ عَنِ الْقَرْيَةِ الَّتِي كَانَتْ حَاضِرَةَ الْبَحْر
ِ إِذْ يَعْدُونَ فِي السَّبْتِ
إِذْ تَأْتِيهِمْ حِيتَانُهُمْ يَوْمَ سَبْتِهِمْ شُرَّع
ًا وَيَوْمَ لَا يَسْبِتُونَ ۙ
لَا تَأْتِيهِمْ ۚ
كَذَٰلِكَ نَبْلُوهُمْ بِمَا كَانُوا يَفْسُقُونَ

Dan bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka,
yang kelihatan timbul di muka air;
sedang pada hari-hari lain,
ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik(derhaka)
👉kisah bani Israel,takhwif ukhrowi.
Kisah dizaman nabi Daud.
Helah tangkap Hari ahad tapi perbuatan tutup lubanghari sabtu.

Ayat 164
وَإِذْ قَالَتْ أُمَّةٌ مِنْهُمْ
لِمَ تَعِظُونَ قَوْمًا ۙ
اللَّهُ مُهْلِكُهُمْ
أَوْ مُعَذِّبُهُمْ عَذَابًا شَدِيدًا ۖ
قَالُوا مَعْذِرَةً إِلَىٰ رَبِّكُمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ

Dan (ingatlah) ketika segolongan(golongan ke3) di antara mereka berkata:
"Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka
atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?"
Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: "(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa".
👉ada kumpulan yg menasihati jgn tutup lubang pada hari sabtu

Ayat 165
فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ
أَنْجَيْنَا الَّذِينَ يَنْهَوْنَ عَنِ السُّوء
ِ وَأَخَذْنَا الَّذِينَ ظَلَمُوا بِعَذَابٍ بَئِيس
ٍ بِمَا كَانُوا يَفْسُقُونَ

Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka,
Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu,
dan Kami timpakan orang-orang yang zalim(golongan yg menangkap ikan dan golongan tegur cegah mungkar,d an sebhg lagi kata yg nasihat orang yg cegah mungkar) dengan azab seksa yang amat berat,
disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka).
👉

Ayat 166
فَلَمَّا عَتَوْا عَنْ مَا نُهُوا عَنْهُ
قُلْنَا لَهُمْ
كُونُوا قِرَدَةً خَاسِئِينَ

Maka setelah mereka berlaku sombong takbur (tidak mengambil indah) kepada apa yang telah dilarang mereka melakukannya,
Kami katakan kepada mereka:
"Jadilah kamu kera yang hina".
👉Kera yg hina ,yg akan masuk neraka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan