Ayat 78
وَدَاوُودَ وَسُلَيْمَانَ
إِذْ يَحْكُمَانِ فِي الْحَرْثِ
إِذْ نَفَشَتْ فِيهِ غَنَمُ الْقَوْمِ
وَكُنَّا لِحُكْمِهِمْ شَاهِدِينَ
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Daud dengan Nabi Sulaiman,
ketika mereka berdua menghukum mengenai tanaman-tanaman
semasa ia dirosakkan oleh kambing kaumnya pada waktu malam;
dan sememangnya Kamilah yang memerhati dan mengesahkan hukuman mereka.
👉Dalil naqli tafsili.
Hukuman nabi Daud,yg merosakan kena bayar senilai tanaman yg dirosakkan.
Hukuman nabi Sulaiman berbeza ,tuan kambing bagi kambing kepada tuan tanah kemudian ambil manfaat selama setahun kepada tuan tanah.tuan kambing juga usahakan tanah.setelah kebun dipulihkan kambing dibagi balik kepada tuan kambing.
Ayat 79
فَفَهَّمْنَاهَا سُلَيْمَانَ ۚ
وَكُلًّا آتَيْنَا حُكْمًا وَعِلْمًا ۚ
وَسَخَّرْنَا مَعَ دَاوُودَ الْجِبَالَ
يُسَبِّحْنَ وَالطَّيْرَ ۚ
وَكُنَّا فَاعِلِينَ
Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu;
dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak);
dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud;
dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.
👉
Ayat 80
وَعَلَّمْنَاهُ
صَنْعَةَ لَبُوسٍ لَكُمْ
لِتُحْصِنَكُمْ مِنْ بَأْسِكُمْ ۖ
فَهَلْ أَنْتُمْ شَاكِرُونَ
Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi untuk kamu,
untuk menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana peperangan kamu,
maka adakah kamu sentiasa bersyukur?
👉
Ayat 81
وَلِسُلَيْمَانَ الرِّيحَ
عَاصِفَةً
تَجْرِي بِأَمْرِهِ
إِلَى الْأَرْضِ الَّتِي
بَارَكْنَا فِيهَا ۚ
وَكُنَّا بِكُلِّ شَيْءٍ عَالِمِينَ
Dan (Kami mudahkan) bagi Nabi Sulaiman angin yang kencang tiupannya,
bertiup menurut kehendaknya ke negeri yang Kami limpahi berkat padanya;
dan adalah Kami mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
👉
Ayat 82
وَمِنَ الشَّيَاطِينِ
مَنْ يَغُوصُونَ لَهُ
وَيَعْمَلُونَ عَمَلًا دُونَ ذَٰلِكَ ۖ
وَكُنَّا لَهُمْ حَافِظِينَ
Dan (Kami mudahkan) sebahagian dari Syaitan-syaitan untuk menyelam baginya,
serta melakukan kerja-kerja yang lain dari itu;
dan adalah Kami mengawal mereka (daripada melanggar perintahnya).
👉Ini mukjizat dan karamah nabi sulaiman.
Hanya Nabi Sulaiman yg nampak.
Jin boleh kerja untuk nabi Sulaiman sahaja.
Doa nabi sulaiman.Ya Allah sejenis kerajaan yg tidak layak untuk siapa2 shj.
Nabi saw pernah tangkap jin untuk diikat di masjid dan boleh dilihat tetapi bila nabi teringat doa nabi Sulaiman nabi saw terus melepaskannya.
Nabi sendiri tidak boleh berhubungan,umat nabi saw juga tidak boleh .berhubungan dgn jin menyebabkan sangat dekat dgn syirik .
Halau jin cukup senang seperti yg nabi saw tunjukkan.
Guru Maulana Hadi menyindir tentang pembelaan jin dikalangan orang melayu.
Ada byk lagi tentang jin dlm surah jin.
Dgn belajar tafsir ini,akan jelas tentang jin dan boleh disampaikan kepada masyarakat yg byk agar tidak rosak aqidah disedarkan oleh jin.
Ayat 83
وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ
أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ
وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit,
sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani".
👉Dalil tafsili nabi Ayub
Ada nabi sakit.
Ada nabi ditimpa musibah.
Supaya cara penyelesaian nabi2 itu boleh diikut oleh umatnya.
Dalam mudarat ini telah ada pahala.
Perlu belajar doa2 berkenaan sakit.
Ayat 84
فَاسْتَجَبْنَا لَهُ
فَكَشَفْنَا مَا بِهِ مِنْ ضُرٍّ ۖ
وَآتَيْنَاهُ أَهْلَهُ
وَمِثْلَهُمْ مَعَهُمْ
رَحْمَةً مِنْ عِنْدِنَا
وَذِكْرَىٰ لِلْعَابِدِينَ
Maka Kami perkenankan doa permohonannya,
lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya,
serta Kami kurniakan kepadanya: keluarganya, dengan seganda lagi ramainya,
sebagai satu rahmat dari Kami
dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang taat kepada Kami (supaya bersabar dan mendapat balasan baik).
👉Doa nabi Ayub diterima,segala susah payah dihilangkan.
Ayat 85
وَإِسْمَاعِيلَ وَإِدْرِيسَ وَذَا الْكِفْلِ ۖ
كُلٌّ مِنَ الصَّابِرِينَ
Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta Zul-Kifli;
semuanya adalah dari orang-orang yang sabar.
👉Dalil naqli yg ke7
Ayat 86
وَأَدْخَلْنَاهُمْ فِي رَحْمَتِنَا ۖ
إِنَّهُمْ مِنَ الصَّالِحِينَ
Dan Kami masukkan mereka dalam (kumpulan yang dilimpahi) rahmat Kami:
sesungguhnya mereka adalah dari orang-orang yang soleh.
👉soleh ismah ,soleh yg tiada dosa langsung.
Ayat 87
وَذَا النُّونِ
إِذْ ذَهَبَ مُغَاضِبًا
فَظَنَّ أَنْ لَنْ نَقْدِرَ عَلَيْهِ
فَنَادَىٰ فِي الظُّلُمَاتِ
أَنْ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun,
ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah,
yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan;
(setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata:
"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri".
👉Dalil naqli yg ke8
3 gelap ,malam ,lautan dan perut ikan.
Doa kerana diuji dgn ujian yg tak ada jalan yg boleh terlepas.
Kalimah bodek لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ
Kalimah istighafar إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Musibah yg payah selesai.
Betulkan balik kehidupan dan baca doa ini.
Ayat 88
فَاسْتَجَبْنَا لَهُ وَنَجَّيْنَاهُ مِنَ الْغَمِّ ۚ
وَكَذَٰلِكَ نُنْجِي الْمُؤْمِنِينَ
Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya; dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami).
Ayat 89
وَزَكَرِيَّا إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ
رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا
وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi".
👉Dalil naqli yg ke9
Ini juga doa dapat anak.
Ayat 90
فَاسْتَجَبْنَا لَهُ
وَوَهَبْنَا لَهُ يَحْيَىٰ
وَأَصْلَحْنَا لَهُ زَوْجَهُ ۚ
إِنَّهُمْ كَانُوا يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ
وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًا ۖ
وَكَانُوا لَنَا خَاشِعِينَ
Maka Kami perkenankan doanya,
dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya,
dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya.
(Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan,
dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut;
dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.
👉
Ayat 91
وَالَّتِي أَحْصَنَتْ فَرْجَهَا
فَنَفَخْنَا فِيهَا مِنْ رُوحِنَا
وَجَعَلْنَاهَا وَابْنَهَا
آيَةً لِلْعَالَمِينَ
Dan (sebutkanlah peristiwa) perempuan yang telah menjaga kehormatan dan kesuciannya;
lalu Kami tiupkan padanya dari Roh (ciptaan) Kami,
dan Kami jadikan dia dan anaknya sebagai satu tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi umat manusia.
👉Kisah Mariam.
Ayat 92
إِنَّ هَٰذِهِ أُمَّتُكُمْ
أُمَّةً وَاحِدَةً
وَأَنَا رَبُّكُمْ
فَاعْبُدُونِ
Sesungguhnya ugama Islam inilah ugama kamu,
ugama yang satu asas pokoknya,
dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku.
👉Umat yg berpegang dgn satu jenis agama sahaja agama tauhid.semua seru Allah taala shj.atas pelbagai masalah.
Ayat 93
وَتَقَطَّعُوا أَمْرَهُمْ بَيْنَهُمْ ۖ
كُلٌّ إِلَيْنَا رَاجِعُونَ
(Kebanyakan manusia masih berselisihan) dan berpecah-belah dalam urusan ugama mereka;
(ingatlah) mereka semuanya akan kembali kepada kami (untuk menerima balasan).
👉Takhwif ukhrowi
Ayat 94
فَمَنْ يَعْمَلْ مِنَ الصَّالِحَاتِ
وَهُوَ مُؤْمِنٌ
فَلَا كُفْرَانَ لِسَعْيِهِ
وَإِنَّا لَهُ كَاتِبُونَ
Dengan yang demikian, sesiapa yang mengerjakan sesuatu amal kebaikan,
sedang ia beriman,
maka tidaklah disia-siakan amal usahanya;
dan sesungguhnya Kami tetap menulisnya.
👉Undang2 akhirat.
Ayat 95
وَحَرَامٌ
عَلَىٰ قَرْيَة
ٍأَهْلَكْنَاهَا
أَنَّهُمْ لَا يَرْجِعُونَ
Dan mustahil
kepada penduduk sesebuah negeri
yang Kami binasakan,
bahawa mereka tidak akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan di akhirat kelak).
👉Allah tak akan bg iman kepada orang yg akan dibinasakan.
Ayat 96
حَتَّىٰ إِذَا فُتِحَتْ يَأْجُوجُ وَمَأْجُوجُ
وَهُمْ مِنْ كُلِّ حَدَبٍ يَنْسِلُونَ
(Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj,
serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.
👉Keadaan akhir zaman.
Ini adalah tanda2 awal permulaan lahirnya nabi saw
Tanda awal yg terakhir iaitu yakjud dan Makjuj keluar bila
benteng yg dibina Zulkarnain hancur.
Ayat 97
وَاقْتَرَبَ الْوَعْدُ الْحَقُّ
فَإِذَا هِيَ شَاخِصَةٌ أَبْصَارُ الَّذِينَ كَفَرُوا
يَا وَيْلَنَا
قَدْ كُنَّا فِي غَفْلَةٍ مِنْ هَٰذَا
بَلْ كُنَّا ظَالِمِينَ
Dan hampirlah datangnya janji hari kiamat yang benar, maka dengan serta-merta pandangan mata orang-orang yang kufur ingkar terbeliak (sambil berkata dengan cemas):
"Aduhai celakanya Kami. Sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami daripada memikirkan perkara ini, bahkan kami telah menjadi orang-orang yang menganiaya diri sendiri".
👉
Ayat 98
إِنَّكُمْ وَمَا تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ
حَصَبُ جَهَنَّمَ
أَنْتُمْ لَهَا وَارِدُونَ
Sesungguhnya kamu dan apa yang kamu sembah, yang lain dari Allah,
menjadi bahan-bahan bakaran yang dilimparkan ke dalam neraka Jahannam;
kamu (sudah tetap) akan memasukinya.
👉Keputusan taqdir
Ayat 99
لَوْ كَانَ هَٰؤُلَاءِ آلِهَةً
مَا وَرَدُوهَا ۖ
وَكُلٌّ فِيهَا خَالِدُونَ
Kalaulah mereka (yang kamu sembah) itu tuhan-tuhan, tentulah mereka tidak masuk ke dalam neraka;
dan (ketahuilah), semuanya (yang menyembah
dan yang disembah) akan kekal dalam neraka selama-lamanya.
👉
Ayat 100
لَهُمْ فِيهَا زَفِيرٌ
وَهُمْ فِيهَا لَا يَسْمَعُونَ
Mereka mendayu-dayu (kesakitan) di dalam neraka, dan mereka pula di situ tidak dapat mendengar sesuatu yang menyenangkan.
👉Suara yg sangat kuat زَفِيرٌ
Ayat 101
إِنَّ الَّذِينَ سَبَقَتْ لَهُمْ مِنَّا الْحُسْنَىٰ
أُولَٰئِكَ عَنْهَا مُبْعَدُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang telah tetap dari dahulu lagi memperoleh kebaikan dari Kami,
mereka dijauhkan dari neraka itu.
👉
Ayat 102
لَا يَسْمَعُونَ حَسِيسَهَا ۖ
وَهُمْ فِي مَا اشْتَهَتْ أَنْفُسُهُمْ
خَالِدُونَ
Mereka tidak mendengar suara (julangan) api neraka itu, dan mereka akan kekal selama-lamanya di dalam (nikmat-nikmat Syurga) yang diingini oleh jiwa mereka.
👉
Ayat 103
لَا يَحْزُنُهُمُ الْفَزَعُ الْأَكْبَرُ
وَتَتَلَقَّاهُمُ الْمَلَائِكَةُ
هَٰذَا يَوْمُكُمُ الَّذِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ
Huru-hara besar yang amat mengerikan (pada hari kiamat) itu tidak merunsingkan mereka,
dan (sebaliknya) mereka disambut oleh malaikat-malaikat dengan berkata:
"Inilah hari kamu (beroleh kebahagiaan), yang telah dijanjikan kepada kamu (di dunia) dahulu".
👉
Ayat 104
يَوْمَ نَطْوِي السَّمَاءَ كَطَيِّ السِّجِلِّ لِلْكُتُبِ ۚ
كَمَا بَدَأْنَا أَوَّلَ خَلْقٍ نُعِيدُهُ ۚ
وَعْدًا عَلَيْنَا ۚ
إِنَّا كُنَّا فَاعِلِينَ
(Ingatlah) hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran surat catitan;
sebagaimana kami mulakan wujudnya sesuatu kejadian, Kami ulangi wujudnya lagi;
sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami; sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya.
👉Ini tiupan sangkakala yg pertama.
Ayat 105
وَلَقَدْ كَتَبْنَا فِي الزَّبُورِ
مِنْ بَعْدِ الذِّكْرِ
أَنَّ الْأَرْضَ يَرِثُهَا عِبَادِيَ الصَّالِحُونَ
Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan
sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz:
"Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh".
👉juga bermaksud Dipusakai oleh hamba2 kami yg soleh seperti sahabat nabi.
Ayat 106
إِنَّ فِي هَٰذَا لَبَلَاغًا
لِقَوْمٍ عَابِدِينَ
Sesungguhnya Al-Quran ini mengandungi keterangan-keterangan yang cukup bagi orang-orang yang (cita-citanya) mengerjakan ibadat (kepada Allah dengan berilmu).
👉
Ayat 107
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ
Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad),
melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.
👉
Ayat 108
قُلْ إِنَّمَا يُوحَىٰ إِلَيَّ
أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ
فَهَلْ أَنْتُمْ مُسْلِمُونَ
Katakanlah: "Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku (mengenai ketuhanan ialah)
bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang bersifat Esa,
maka adakah kamu mahu menurut apa yang diwahyukan kepadaku?"
👉
Ayat 109
فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ آذَنْتُكُمْ عَلَىٰ سَوَاءٍ ۖ
وَإِنْ أَدْرِي أَقَرِيبٌ أَمْ بَعِيدٌ مَا تُوعَدُونَ
Sekiranya mereka berpaling ingkar maka katakanlah: "Aku telah memberitahu kepada kamu (apa yang diwahyukan kepadaku) dengan keterangan yang jelas untuk kita bersama;
dan aku tidak mengetahui sama ada (balasan buruk) yang dijanjikan kerana keingkaran kamu itu, sudah dekat atau masih jauh.
👉
Ayat 110
إِنَّهُ يَعْلَمُ الْجَهْرَ مِنَ الْقَوْلِ
وَيَعْلَمُ مَا تَكْتُمُونَ
Sesungguhnya Allah mengetahui akan perkataan yang kamu sebutkan dengan terus terang,
dan juga Ia mengetahui apa yang kamu sembunyikan (di dalam hati).
👉
Ayat 111
وَإِنْ أَدْرِي لَعَلَّهُ
فِتْنَةٌ لَكُمْ
وَمَتَاعٌ إِلَىٰ حِينٍ
"Dan aku tidak mengetahui (mengapa dilambatkan balasan buruk yang dijanjikan kepada kamu itu) jangan-jangan lambatnya menjadi satu sebab yang menambahkan azab kamu,
dan di samping itu memberi kamu kesenangan hidup hingga ke suatu masa yang tertentu".
👉
Ayat 112
قَالَ رَبِّ احْكُمْ بِالْحَقِّ ۗ
وَرَبُّنَا الرَّحْمَٰنُ الْمُسْتَعَانُ
عَلَىٰ مَا تَصِفُونَ
(Nabi Muhammad merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku,
hukumkanlah (di antara kami dengan mereka) dengan yang benar;
dan Tuhan kami ialah Yang Melimpah-limpah rahmatNya yang dipohonkan pertolonganNya terhadap apa yang kamu sifatkan itu".
👉
Tiada ulasan:
Catat Ulasan