Rabu, Mac 15, 2017

Daurah tafsir 2016 sesi 103 22:1-48

Surah al haji ini terbahagi kepada 2 bhg .
Bhg 1
Ayat 1-25
Penafian syirik iktiqadi
Allah nak sabitkan kepaa kita dia maha esa dan memilik sifat yg  maha sempurna lalu dia shj yg berhak diseru dan dipuja.
Dan selain dari Allah taala ,kita kena nafikan yg dipanggil nafi syirik iktiqadi.
Jadi bhg ini menolak fahaman2 selain dr Allah berhak diseru dan dipuja.
Bhg 2
Menafikan syirik amali.
Menolak perkara2 yg dikira dari segi syirik amalan.
Perkara yg khusus dibuat untuk Allah taala tidak boleh dibuat kepada selain Allah.
Seperti sembelih binatang,kena sebut bismillah dan  kerana Allah, sebut bismillah sunat dan kerana Allah wajib aqidah.tidak boleh sembelih untuk hantu atau untuk jin.

Ayat 1
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ ۚ
إِنَّ زَلْزَلَةَ السَّاعَةِ شَيْءٌ عَظِيمٌ

Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar.
👉Takhwif ukhrowi.

Ayat 2
يَوْمَ تَرَوْنَهَا
تَذْهَلُ كُلُّ مُرْضِعَةٍ عَمَّا أَرْضَعَتْ
وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا
وَتَرَى النَّاسَ سُكَارَىٰ
وَمَا هُمْ بِسُكَارَىٰ
وَلَٰكِنَّ عَذَابَ اللَّهِ شَدِيدٌ

Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu,
tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya,
dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya;
dan engkau akan melihat manusia mabuk,
padahal mereka sebenarnya tidak mabuk,
tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan.
👉Keadaan2 yg menunjukan kedahsyatan hari qiamat.

Ayat 3
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يُجَادِلُ فِي اللَّهِ
بِغَيْرِ عِلْمٍ
وَيَتَّبِعُ كُلَّ شَيْطَانٍ مَرِيدٍ

Dan ada di antara manusia yang membantah perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan,
dan ia menurut tiap-tiap syaitan yang telah sebati dengan kejahatan.
👉Zajrun

Ayat 4
كُتِبَ عَلَيْهِ
أَنَّهُ مَنْ تَوَلَّاهُ
فَأَنَّهُ يُضِلُّهُ
وَيَهْدِيهِ
إِلَىٰ عَذَابِ السَّعِيرِ

Yang telah ditetapkan kepada (tiap-tiap) syaitan itu, bahawa sesiapa yang berketuakan dia,
maka sesungguhnya ia akan menyesatkannya
dan memimpinnya
kepada azab neraka.
👉Balasan orang ikut syaitan.

Ayat 5
يَا أَيُّهَا النَّاسُ
إِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِنَ الْبَعْثِ
فَإِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ تُرَابٍ
ثُمَّ مِنْ نُطْفَةٍ
ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ
ثُمَّ مِنْ مُضْغَةٍ
مُخَلَّقَةٍ وَغَيْرِ مُخَلَّقَةٍ لِنُبَيِّنَ لَكُمْ ۚ
وَنُقِرُّ فِي الْأَرْحَامِ
مَا نَشَاءُ إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى
ثُمَّ نُخْرِجُكُمْ طِفْلًا
ثُمَّ لِتَبْلُغُوا أَشُدَّكُمْ ۖ
وَمِنْكُمْ مَنْ يُتَوَفَّىٰ
وَمِنْكُمْ مَنْ يُرَدُّ إِلَىٰ أَرْذَلِ الْعُمُرِ
لِكَيْلَا يَعْلَمَ مِنْ بَعْدِ عِلْمٍ شَيْئًا ۚ
وَتَرَى الْأَرْضَ هَامِدَةً
فَإِذَا أَنْزَلْنَا عَلَيْهَا الْمَاءَ
اهْتَزَّتْ
وَرَبَتْ
وَأَنْبَتَتْ
مِنْ كُلِّ زَوْجٍ بَهِيجٍ

Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat),
maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah,
kemudian dari setitik air benih,
kemudian dari sebuku darah beku,
kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan;
(Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak;
kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa;
dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa)
dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk
sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu.
Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering,
kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh),
dan gembur membusutlah ia,
serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.
👉Dalil aqli ,cara Allah taala

Ayat 6
ذَٰلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ هُوَ الْحَقُّ
وَأَنَّهُ يُحْيِي الْمَوْتَىٰ
وَأَنَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

(Kedua-dua kenyataan) yang tersebut membuktikan bahawa sesungguhnya Allah jualah Tuhan Yang Sebenar-benarnya (yang berhak disembah),
dan sesungguhnya Dia lah yang menghidupkan makhluk-makhluk yang mati,
dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
👉

Ayat 7
وَأَنَّ السَّاعَةَ آتِيَةٌ
لَا رَيْبَ فِيهَا
وَأَنَّ اللَّهَ يَبْعَثُ مَنْ فِي الْقُبُورِ

Dan bahawa sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang,
tidak ada sebarang syak padanya,
dan bahawa sesungguhnya Allah akan membangkitkan (menghidupkan semula) orang-orang yang di dalam kubur.
👉Supaya yg baca Quran yakin akan berlaku Qiamat.

Ayat 8
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يُجَادِلُ فِي اللَّهِ
بِغَيْرِ عِلْمٍ
وَلَا هُدًى
وَلَا كِتَابٍ مُنِيرٍ

Dan ada di antara manusia yang membantah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan Allah
dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan,
dan tidak berdasarkan sebarang keterangan,
dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran;
👉Iyadah dan zajrun

Ayat 9
ثَانِيَ عِطْفِهِ
لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۖ
لَهُ فِي الدُّنْيَا خِزْيٌ ۖ
وَنُذِيقُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
عَذَابَ الْحَرِيقِ

Ia membantah sambil memalingkan sebelah badannya dengan sombong angkuh
sehingga menghalang dirinya dan orang lain dari jalan ugama Allah;
ia akan beroleh kehinaan di dunia,
dan Kami akan merasakannya azab yang membakar pada hari kiamat kelak;
👉
Ayat 10
ذَٰلِكَ بِمَا قَدَّمَتْ يَدَاكَ
وَأَنَّ اللَّهَ لَيْسَ بِظَلَّامٍ لِلْعَبِيدِ

(Dengan dikatakan kepadanya): "Azab yang demikian ini ialah disebabkan perbuatan tanganmu sendiri,
kerana sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya".
👉Muqadar

Ayat 11
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَعْبُدُ اللَّهَ عَلَىٰ حَرْفٍ ۖ
فَإِنْ أَصَابَهُ خَيْرٌ اطْمَأَنَّ بِهِ ۖ
وَإِنْ أَصَابَتْهُ فِتْنَةٌ
انْقَلَبَ عَلَىٰ وَجْهِهِ
خَسِرَ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةَ ۚ
ذَٰلِكَ هُوَ الْخُسْرَانُ الْمُبِينُ

Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata.
👉Zajrun ke2
Sembah Allah tepi2 bermakna ada jurang yg dlm dan jika jatuh mati dan ini bermakna lemah keyakinan atau kepercayaan tidak faham aqidah tetapi beribadah.
Bila berlaku ujian ,aqidahnya terus rosak

Ayat 12
يَدْعُو مِنْ دُونِ اللَّهِ
مَا لَا يَضُرُّهُ وَمَا لَا يَنْفَعُهُ ۚ
ذَٰلِكَ هُوَ الضَّلَالُ الْبَعِيدُ

Ia menyeru dan menyembah makhluk-makhluk yang lain dari Allah,
yang tidak dapat membahayakannya
dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya; itulah kesesatan yang jauh terpesong.
👉Zajrun ke3

Ayat 13
يَدْعُو لَمَنْ ضَرُّهُ أَقْرَبُ مِنْ نَفْعِهِ ۚ
لَبِئْسَ الْمَوْلَىٰ وَلَبِئْسَ الْعَشِيرُ

Ia menyeru dan menyembah makhluk yang - dengan perbuatan demikian - mudaratnya lebih dekat dari manfaat yang diharapkannya;
demi sesungguhnya seburuk-buruk penolong dan seburuk-buruk sahabat karib ialah makhluk yang diseru dan disembahnya itu.
👉Zajrun ke4

Ayat 14
إِنَّ اللَّهَ يُدْخِلُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
جَنَّاتٍ
تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۚ
إِنَّ اللَّهَ يَفْعَلُ مَا يُرِيدُ

Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai;
sesungguhnya Allah melakukan apa yang ditentukanNya.
👉Tabsyir
Allah buat apa sj yg dia nak buat.

Ayat 15
مَنْ كَانَ يَظُنُّ أَنْ لَنْ يَنْصُرَهُ اللَّهُ
فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ
فَلْيَمْدُدْ بِسَبَبٍ إِلَى السَّمَاءِ
ثُمَّ لْيَقْطَعْ
فَلْيَنْظُرْ
هَلْ يُذْهِبَنَّ كَيْدُهُ مَا يَغِيظُ

Sesiapa yang menyangka bahawa Allah tidak sekali-kali akan menolong Nabi Muhammad dalam dunia ini dan di akhirat kelak,
maka hendaklah ia menghulurkan tali (serta mengikatnya) di bumbong rumahnya,
kemudian hendaklah ia menjerut lehernya (supaya ia mati tercekek);
dalam pada itu hendaklah ia memikirkan lebih dahulu, adakah tipu dayanya itu dapat menghapuskan sebab-sebab yang menimbulkan kemarahannya?
👉Zajrun

Ayat 16
وَكَذَٰلِكَ أَنْزَلْنَاهُ
آيَاتٍ بَيِّنَاتٍ
وَأَنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يُرِيدُ

Dan demikianlah pula Kami menurunkan Al-Quran itu sebagai ayat-ayat keterangan yang jelas nyata;
dan sesungguhnya Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan dan undang-undangNya).
👉Penjelasan bg perkara tadi.
Ayat 15 tadi hanyalah tamsilan Allah akan bantu nabi.

Ayat 17
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا
وَالَّذِينَ هَادُوا
وَالصَّابِئِينَ
وَالنَّصَارَىٰ
وَالْمَجُوسَ
وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا
إِنَّ اللَّهَ يَفْصِلُ بَيْنَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۚ
إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ

Bahawasanya orang-orang yang beriman,
dan orang-orang Yahudi,
dan orang-orang Saabiein,
dan orang-orang Nasrani,
dan orang-orang Majusi,
serta orang-orang Musyrik, sesungguhnya Allah akan memutuskan hukumNya di antara mereka pada hari kiamat,
kerana sesungguhnya Allah sentiasa Memerhati dan Menyaksikan tiap-tiap sesuatu.
👉Takhwif ukhrowi

Ayat 18
أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يَسْجُدُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ وَالشَّمْسُ وَالْقَمَرُ وَالنُّجُومُ وَالْجِبَالُ
وَالشَّجَرُ
وَالدَّوَابُّ
وَكَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ ۖ
وَكَثِيرٌ حَقَّ عَلَيْهِ الْعَذَابُ ۗ
وَمَنْ يُهِنِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ مُكْرِمٍ ۚ
إِنَّ اللَّهَ يَفْعَلُ مَا يَشَاءُ ۩

Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan,
dan bintang-bintang,
dan gunung-ganang,
dan pokok-pokok kayu,
dan binatang-binatang,
serta sebahagian besar dari manusia?
Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya);
dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya.
Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya.
👉Dalil aqli yg ke2

Ayat 19
هَٰذَانِ خَصْمَانِ
اخْتَصَمُوا فِي رَبِّهِمْ ۖ
فَالَّذِينَ كَفَرُوا
قُطِّعَتْ لَهُمْ ثِيَابٌ مِنْ نَارٍ
يُصَبُّ مِنْ فَوْقِ رُءُوسِهِمُ الْحَمِيمُ

Inilah dua golongan (mukmin dan kafir) yang berbantah-bantahan tentang Tuhan mereka.
Maka orang-orang yang kafir akan disediakan untuk mereka pakaian dari api neraka,
serta dicurahkan atas kepala mereka air panas yang menggelegak,
👉Takhwif ukhrowi.

Ayat 20
يُصْهَرُ بِهِ
مَا فِي بُطُونِهِمْ
وَالْجُلُودُ

Yang dengannya dihancurkan apa yang ada dalam perut mereka, dan juga kulit badan mereka.
👉

Ayat 21
وَلَهُمْ مَقَامِعُ مِنْ حَدِيدٍ

Dan mereka pula disediakan batang-batang besi untuk menyeksa mereka.
👉

Ayat 22
كُلَّمَا أَرَادُوا أَنْ يَخْرُجُوا مِنْهَا
مِنْ غَمٍّ
أُعِيدُوا فِيهَا
وَذُوقُوا عَذَابَ الْحَرِيقِ

Tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, disebabkan mereka menderita azabnya,
mereka dikembalikan padanya,
serta dikatakan: "Rasalah kamu azab seksa yang membakar!"
👉

Ayat 23
إِنَّ اللَّهَ يُدْخِلُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ
يُحَلَّوْنَ فِيهَا
مِنْ أَسَاوِرَ
مِنْ ذَهَبٍ
وَلُؤْلُؤًا ۖ
وَلِبَاسُهُمْ فِيهَا حَرِيرٌ

Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
ke dalam Syurga
yang mengalir padanya beberapa sungai;
mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara,
dan pakaian mereka di situ dari sutera.
👉Tabsyir
Nama sutera sebab sutera sangat2 mahal

Ayat 24
وَهُدُوا إِلَى الطَّيِّبِ
مِنَ الْقَوْلِ
وَهُدُوا إِلَىٰ صِرَاطِ الْحَمِيدِ

Dan mereka diberi petunjuk kepada mengucapkan kata-kata yang baik,
serta diberi petunjuk ke jalan Allah Yang Amat Terpuji.
👉

Ayat 25
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا
وَيَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ
وَالْمَسْجِدِ الْحَرَامِ
الَّذِي جَعَلْنَاهُ لِلنَّاسِ سَوَاءً
الْعَاكِفُ فِيهِ
وَالْبَادِ ۚ
وَمَنْ يُرِدْ فِيهِ بِإِلْحَادٍ
بِظُلْمٍ
نُذِقْهُ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ

Sesungguhnya (amatlah zalim) orang-orang yang kafir serta menghalangi manusia dari jalan Allah (ugama Islam),
dan dari memasuki Masjid Al-Haraam (Makkah) yang Kami jadikan dia tempat beribadat untuk seluruh umat manusia (yang beriman)
- sama ada yang tinggal menetap di situ atau yang datang berziarah;
dan sesiapa yang berazam melakukan di situ sebarang perbuatan yang di larang dengan cara yang zalim,
Kami akan merasakannya azab yang tidak terperi sakitnya.
👉

Bahagian ke2
Dalil tafsili ,menafi dan menolak syirik amali.
Ayat 26
وَإِذْ بَوَّأْنَا لِإِبْرَاهِيمَ مَكَانَ الْبَيْتِ
أَنْ لَا تُشْرِكْ بِي شَيْئًا
وَطَهِّرْ بَيْتِيَ
لِلطَّائِفِينَ
وَالْقَائِمِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membinanya,
lalu Kami berfirman kepadanya): "Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun denganKu,
dan bersihkanlah rumahKu (Kaabah ini) bagi orang-orang yang tawaf,
dan orang-orang yang berdiri dan yang rukuk
serta yang sujud (mengerjakan sembahyang).
👉

Ayat 27
وَأَذِّنْ
فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ
يَأْتُوكَ رِجَالًا
وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ
يَأْتِينَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ

"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji,
nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki,
dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.
👉nikmat paling zahir,banyak binatang yg disembelih pada masa itu.

Ayat 28
لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ
وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ
فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ
عَلَىٰ مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ ۖ
فَكُلُوا مِنْهَا
وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ

"Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah,
pada hari-hari yang tertentu,
kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu
dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.
👉

Ayat 29
ثُمَّ لْيَقْضُوا تَفَثَهُمْ
وَلْيُوفُوا نُذُورَهُمْ
وَلْيَطَّوَّفُوا بِالْبَيْتِ الْعَتِيقِ

"Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya
dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya,
dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu".
👉

Ayat 30
ذَٰلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ حُرُمَاتِ اللَّهِ
فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ عِنْدَ رَبِّهِ ۗ
وَأُحِلَّتْ لَكُمُ الْأَنْعَامُ إِلَّا مَا يُتْلَىٰ عَلَيْكُمْ ۖ
فَاجْتَنِبُوا الرِّجْس
َ مِنَ الْأَوْثَانِ
وَاجْتَنِبُوا قَوْلَ الزُّورِ

Itulah yang wajib dipatuhi;
dan sesiapa yang menghormati hukum-hukum Allah maka yang demikian menjadi kebaikan baginya di sisi Tuhannya.
Dan dihalalkan bagi kamu binatang-binatang ternak, kecuali yang dibacakan kepada kamu (tentang haramnya),
maka jauhilah kekotoran syirik yang disebabkan oleh penyembahan berhala,
serta jauhilah perkataan yang dusta, -
👉

Ayat 31
حُنَفَاءَ لِلَّهِ غَيْرَ مُشْرِكِينَ بِهِ ۚ
وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ
فَكَأَنَّمَا خَرَّ مِنَ السَّمَاءِ
فَتَخْطَفُهُ الطَّيْرُ
أَوْ تَهْوِي بِهِ الرِّيحُ
فِي مَكَانٍ سَحِيقٍ

(Amalkanlah perkara-perkara itu) dengan tulus ikhlas kepada Allah,
serta tidak mempersekutukan sesuatu pun denganNya; dan sesiapa yang mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung,
atau dihumbankan oleh angin ke tempat yang jauh (yang membinasakan).
👉

Ayat 32
ذَٰلِكَ
وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ
فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ

Demikianlah (ajaran Allah);
dan sesiapa yang menghormati Syiar-syiar ugama Allah maka (dia lah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin.
👉Ini nasihat dari Allah.

Ayat 33
لَكُمْ فِيهَا
مَنَافِعُ
إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى
ثُمَّ مَحِلُّهَا إِلَى الْبَيْتِ الْعَتِيقِ

Kamu beroleh berbagai-bagai faedah
dan kegunaan pada binatang ternak itu hingga ke suatu masa yang tertentu (bagi menyembelihnya);
kemudian waktu menyembelihnya ketika sampai di tanah haram Baitullah yang tua sejarahnya itu.
👉

Ayat 34
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنْسَكًا
لِيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُمْ
مِنْ بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ ۗ
فَإِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ
فَلَهُ أَسْلِمُوا ۗ
وَبَشِّرِ الْمُخْبِتِينَ

Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka;
binatang-binatang ternak yang disembelih itu.
Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya;
dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat -
👉

Ayat 35
الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ
وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ
وَالصَّابِرِينَ
عَلَىٰ مَا أَصَابَهُمْ
وَالْمُقِيمِي الصَّلَاةِ
وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah,
gerun gementarlah hati mereka,
dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka,
dan orang-orang yang mendirikan sembahyang,
serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya.
👉

Ayat 36
وَالْبُدْنَ جَعَلْنَاهَا
لَكُمْ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ
لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ ۖ
فَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهَا صَوَافَّ ۖ
فَإِذَا وَجَبَتْ جُنُوبُهَا
فَكُلُوا
مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ
وَالْمُعْتَرَّ ۚ
كَذَٰلِكَ سَخَّرْنَاهَا لَكُمْ
لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar ugama Allah untuk kamu;
pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu;
oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya),
makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta.
Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.
👉

Ayat 37
لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا
وَلَٰكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنْكُمْ ۚ
كَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ
لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ
عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ ۗ
وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ

Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah,
tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu.
Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya.
Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.
👉Tabsyir

Ayat 38
إِنَّ اللَّهَ يُدَافِعُ عَنِ الَّذِينَ آمَنُوا ۗ
إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ خَوَّانٍ كَفُورٍ

Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman;
sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur.
👉Tabsyir lagi

Ayat 39
أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَاتَلُونَ
بِأَنَّهُمْ ظُلِمُوا ۚ
وَإِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ نَصْرِهِمْ لَقَدِيرٌ

Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh),
kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya;
dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).
👉Ayat pertama keizinan berperang untuk orang Islam yg diperangi.
Sebelum ini ayat2 melarang berperang.

Ayat 40
الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ
بِغَيْرِ حَقٍّ إِلَّا أَنْ يَقُولُوا رَبُّنَا اللَّهُ ۗ
وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ
لَهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ
وَصَلَوَاتٌ
وَمَسَاجِدُ
يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا ۗ
وَلَيَنْصُرَنَّ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ ۗ
إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ

Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan kami ialah Allah".
Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan
serta gereja-gereja (kaum Nasrani),
dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi),
dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya
dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam);
sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; -
👉Makna zalim
Tabsyir.

Ayat 41
الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ
أَقَامُوا الصَّلَاةَ
وَآتَوُا الزَّكَاةَ
وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ ۗ
وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ

Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat,
dan mereka menyuruh berbuat kebaikan
serta melarang dari melakukan kejahatan
dan perkara yang mungkar.
Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.
👉Tabsyir
Amnm  menghidupkan agama

Ayat 42
وَإِنْ يُكَذِّبُوكَ
فَقَدْ كَذَّبَتْ قَبْلَهُمْ
قَوْمُ نُوحٍ
وَعَادٌ وَثَمُودُ

Dan jika mereka (yang kafir itu) mendustakanmu (wahai Muhammad),
maka (yang demikian tidaklah pelik) kerana sesungguhnya sebelum mereka:
Kaum Nabi Nuh,
dan Aad (kaum Nabi Hud),
serta Thamud (kaum Nabi Soleh) telah juga mendustakan Rasul masing-masing;
👉Takhwif duniawi dan Tasliyah kepada nabi.

Ayat 43
وَقَوْمُ إِبْرَاهِيمَ
وَقَوْمُ لُوطٍ

Dan (demikian juga) kaum Nabi Ibrahim dan kaum Nabi Lut;
👉

Ayat 44
وَأَصْحَابُ مَدْيَنَ ۖ
وَكُذِّبَ مُوسَىٰ
فَأَمْلَيْتُ لِلْكَافِرِينَ
ثُمَّ أَخَذْتُهُمْ ۖ
فَكَيْفَ كَانَ نَكِيرِ

Dan juga penduduk Madyan; dan Nabi Musa juga telah didustakan;
maka Aku memberi tempoh kepada orang-orang kafir itu, kemudian Aku menimpakan mereka dengan azab seksa. Dengan yang demikian perhatikanlah bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu.
👉

Ayat 45
فَكَأَيِّنْ مِنْ قَرْيَةٍ أَهْلَكْنَاهَا
وَهِيَ ظَالِمَةٌ
فَهِيَ خَاوِيَةٌ عَلَىٰ عُرُوشِهَا
وَبِئْرٍ مُعَطَّلَةٍ
وَقَصْرٍ مَشِيدٍ

Maka bukan sedikit negeri-negeri yang Kami binasakan dengan sebab kezaliman penduduknya,
lalu runtuh ranaplah bangunan-bangunannya;
dan bukan sedikit pula telaga yang telah terbiar,
dan istana yang tersergam (telah kosong, ditinggalkan).
👉Kholasah.

Ayat 46
أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ
فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ
يَعْقِلُونَ بِهَا
أَوْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا ۖ
فَإِنَّهَا
لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ
وَلَٰكِنْ تَعْمَى الْقُلُوبُ
الَّتِي فِي الصُّدُورِ

Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut -
mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami,
atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar?
(Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta,
tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.
👉

Ayat 47
وَيَسْتَعْجِلُونَكَ بِالْعَذَابِ
وَلَنْ يُخْلِفَ اللَّهُ وَعْدَهُ ۚ
وَإِنَّ يَوْمًا
عِنْدَ رَبِّكَ
كَأَلْفِ سَنَةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ

Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab,
padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janjiNya; dan (katakanlah kepada mereka):
sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung.
👉Zajrun
1hari dihari Qiamat=1000tahun didunia.

Ayat 48
وَكَأَيِّنْ مِنْ قَرْيَةٍ أَمْلَيْتُ لَهَا
وَهِيَ ظَالِمَةٌ
ثُمَّ أَخَذْتُهَا
وَإِلَيَّ الْمَصِيرُ

Dan bukan sedikit negeri-negeri yang Aku beri tempoh, sedang penduduknya berlaku zalim;
kemudian Aku menimpakannya dengan azab seksa;
dan (ingatlah) kepada Akulah tempat kembali.
👉

Tiada ulasan:

Catat Ulasan