Ayat 99
وَتَرَكْنَا بَعْضَهُمْ يَوْمَئِذٍ
يَمُوجُ فِي بَعْضٍ ۖ
وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَجَمَعْنَاهُمْ جَمْعًا
Dan Kami biarkan mereka pada hari itu (keluar beramai-ramai)
bercampur-baur antara satu dengan yang lain;
dan (kemudiannya) akan ditiup sangkakala,
lalu Kami himpunkan makhluk-makhluk seluruhnya di Padang Mahsyar.
👉Takhwif ukhrowi
Ayat 100
وَعَرَضْنَا جَهَنَّمَ
يَوْمَئِذٍ لِلْكَافِرِينَ عَرْضًا
Dan Kami perlihatkan neraka Jahannam,
pada hari itu kepada orang-orang kafir,
dengan pendedahan yang jelas nyata;
👉
Ayat 101
الَّذِينَ كَانَتْ أَعْيُنُهُمْ فِي غِطَاءٍ
عَنْ ذِكْرِي
وَكَانُوا لَا يَسْتَطِيعُونَ سَمْعًا
(Iaitu) orang-orang yang matanya telah tertutup
daripada melihat tanda-tanda yang membawa kepada mengingatiKu,
dan mereka pula tidak dapat mendengar sama sekali.
👉Ini darjat ke4 kekufuran
Ayat 102
أَفَحَسِبَ الَّذِينَ كَفَرُوا
أَنْ يَتَّخِذُوا عِبَادِي
مِنْ دُونِي أَوْلِيَاءَ ۚ
إِنَّا أَعْتَدْنَا جَهَنَّمَ لِلْكَافِرِينَ نُزُلًا
Maka adakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka mengambil hamba-hambaKu sebagai makhluk-makhluk yang disembah,
selain daripadaKu, dapat menolong mereka? Sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahannam bagi orang-orang kafir itu sebagai tempat tetamu.
👉Syirik kepada Allah.
Patung2 berhala sebagai kiblat.yg mereka seru adalah roh.
Ayat 103
قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا
Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?
👉Golongan yg kafir masa didunia mereka rasa mereka benar.dan ini Allah bagi tau.mereka paling rugi diakhirat.
Ayat 104
الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا
وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini,
sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".
👉Amalan tidak sah kerana syirik ضَلَّsedang mereka sangka mereka betul.ini bukan orang yg
Ayat 105
أُولَٰئِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ
وَلِقَائِهِ فَحَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ
فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا
Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya;
oleh itu gugurlah amal-amal mereka;
maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.
👉
Ayat 106
ذَٰلِكَ جَزَاؤُهُمْ
جَهَنَّمُ
بِمَا كَفَرُوا
وَاتَّخَذُوا آيَاتِي وَرُسُلِي هُزُوًا
(Mereka yang bersifat) demikian,
balasannya neraka Jahannam,
disebabkan mereka kufur ingkar,
dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.
👉tolak tauhid bermakna Ayat dan rasul tidak perlu atau bahan persendaan
Ayat 107
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).
👉tabsyir
Ayat 108
خَالِدِينَ فِيهَا
لَا يَبْغُونَ عَنْهَا حِوَلًا
Mereka kekal di dalamnya,
(dan) tidak ingin berpindah daripadanya.
👉keluar dari syurga.
Ayat 109
قُلْ لَوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِكَلِمَاتِ رَبِّي
لَنَفِدَ الْبَحْرُ
قَبْلَ أَنْ تَنْفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي
وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا
Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku,
sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku,
walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".
👉golongan Yahudi berbangga dgn Taurat
Musyirikin mekah berbangga dgn khurafat mereka.
Allah bg tau apa yg ada dlm quran lebih dari kitab2 yg sebelumnya.
Ayat 110
قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ
يُوحَىٰ إِلَيَّ
أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ
فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ
فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا
وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu,
diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu;
Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya,
hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".
👉Kholasoh surah,ini risalah ْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ
Aqidah dah,tapi jangan buat kerana makhluk .ini syirik sogir.
10ayat yg awal dan akhir eluk dihafal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan