Khamis, Mac 09, 2017

Daurah tafsir 2016 sesi 98 19:1-40

Allah nak menolak Syubhat tentang wali,jin atau malaikat dan nabi.
Maryam sendiri adalah wali .
Tidak boleh dipuja dan dipuji,semua itu sebab makhluk.
Nabi ada beberapa orang.
Juga tentang malaikat

Maksud surah ini berada di Ayat 65
رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا فَاعْبُدْهُ وَاصْطَبِرْ لِعِبَادَتِهِ ۚ هَلْ تَعْلَمُ لَهُ سَمِيًّا
"Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; oleh itu, sembahlah engkau akan Dia dan bersabarlah dengan tekun tetap dalam beribadat kepadaNya; adakah engkau mengetahui sesiapapun yang senama dan sebanding denganNya?"

Surah ini dibahagi 2.
Bhg satu ayat 1-65
Bhg ini menolak kesamaran dlm hati2 manusia tentang manusia yg terpilih seperti malaikat.mereka hamba allah yg baik.
Bhg dua Ayat 66-98 ini mengenai
Takhwif
Tabsyir
Syikayah
Zajrun

Ayat 1
كهيعص
Kaaf, Haa, Yaa, Ain, Saad

Ayat 2
ذِكْرُ رَحْمَتِ رَبِّكَ
عَبْدَهُ زَكَرِيَّا
(Ini ialah) perihal limpahan rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad),
kepada hambaNya Zakaria.
👉ini maksud penjelasan ذِكْرُ

Ayat 3
إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ
نِدَاءً خَفِيًّا

(Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada tuhannya
dengan doa permohonan secara perlahan.
👉perlahan maksud dengan rendah diri atau hina diri atau tawaduk.

Ayat 4
قَالَ رَبِّ
إِنِّي وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّي
وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْبًا
وَلَمْ أَكُنْ بِدُعَائِكَ رَبِّ شَقِيًّا

Ia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku,
dan telah putih melepaklah uban kepalaku;
dan aku - wahai Tuhanku - tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu.
👉ini sifat orang berdoa ,tidak pernah merasa kecewa.

Ayat 5
وَإِنِّي خِفْتُ الْمَوَالِيَ مِنْ وَرَائِي
وَكَانَتِ امْرَأَتِي عَاقِرًا
فَهَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا

Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas ugama sepeninggalanku;
dan isteriku pula adalah seorang yang mandul;
oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki.
👉pusaka ilmu.kenal Allah dan taat Allah.
Anak laki2 وَلِيًّا
Anak yg yg boleh mewarisi

Ayat 6
يَرِثُنِي وَيَرِثُ مِنْ آلِ يَعْقُوبَ ۖ
وَاجْعَلْهُ رَبِّ رَضِيًّا

Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub;
dan jadikanlah dia - wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai".
👉pusaka ilmu wahyu.
Hanya dgn Quran mampu mewarisi penyempurnaan keilmuan.
Ulamak yg ambil berat Quran ,anak2nya mampu meneruskannya.
Waliyullah Dehlawi.ulamak termasyhur .4 anaknya belajar Quran darinya
India,pakistan dan afganistan serta Bangladesh semua belajar Quran dan hadis sanad nya dari Waliyullah Dehlawi.
Dia tiada zuriat selepas cucu.

Ayat 7
يَا زَكَرِيَّا
إِنَّا نُبَشِّرُكَ بِغُلَامٍ اسْمُهُ يَحْيَىٰ
لَمْ نَجْعَلْ لَهُ مِنْ قَبْلُ سَمِيًّا

(Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan doanya):"Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar yang mengembirakanmu dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya,
yang kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorangpun yang senama dengannya".
👉wahyu yg menunjukan doanya dimakbulkan.

Ayat 8
قَالَ رَبِّ أَنَّىٰ يَكُونُ لِي غُلَامٌ
وَكَانَتِ امْرَأَتِي عَاقِرًا
وَقَدْ بَلَغْتُ مِنَ الْكِبَرِ عِتِيًّا

Nabi Zakaria bertanya: "Wahai Tuhanku! Bagaimanakah caranya aku akan beroleh seorang anak,
sedang isteriku adalah seorang yang mandul
dan aku sendiri pula telah sampai had umur yang setua-tuanya?"
👉nak tahu pula bagaimana?

Ayat 9
قَالَ كَذَٰلِكَ قَالَ رَبُّكَ هُوَ عَلَيَّ هَيِّنٌ
وَقَدْ خَلَقْتُكَ مِنْ قَبْلُ
وَلَمْ تَكُ شَيْئًا

Penyeru itu menjawab: Demikian keadaannya - janganlah dihairankan; Tuhanmu berfirman; "Hal itu mudah bagiKu kerana
sesungguhnya Aku telah menciptakanmu dahulu, sedang engkau pada masa itu belum ada sebarang apapun."
👉jawaban dari allah

Ayat 10
قَالَ رَبِّ اجْعَلْ لِي آيَةً ۚ
قَالَ آيَتُكَ أَلَّا تُكَلِّمَ النَّاسَ
ثَلَاثَ لَيَالٍ سَوِيًّا

Nabi Zakaria merayu lagi: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah satu tanda bagiku (yang menunjukkan isteriku mengandung)",
Allah Taala berfirman: "
Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga malam,
sedang engkau dalam keadaan sihat".
👉tak boleh bercakap sebab alamat mengandung.

Ayat 11
فَخَرَجَ عَلَىٰ قَوْمِهِ مِنَ الْمِحْرَابِ
فَأَوْحَىٰ إِلَيْهِمْ أَنْ سَبِّحُوا بُكْرَةً وَعَشِيًّا

Maka dia pun keluar mendapatkan kaumnya dari Mihrab (tempat sembahyangnya),
lalu ia memberi isyarat kepada mereka: "Hendaklah kamu bertasbih (mengerjakan ibadat kepada Allah) pagi dan petang".
👉dia sendiri byk bersyukur dan beritahu pada orang lain supaya byk bersyukur.

Ayat 12
يَا يَحْيَىٰ خُذِ الْكِتَابَ بِقُوَّةٍ ۖ
وَآتَيْنَاهُ الْحُكْمَ صَبِيًّا

"Wahai Yahya, terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh!
Dan Kami berikan kepadanya Hikmat kebijaksanaan semasa ia masih kanak-kanak.
👉kitab Taurat.
Kanak2 صَبِيًّا
Lahir dgn doa ayahnya dlm tempuh yg lama.

Ayat 13
وَحَنَانًا مِنْ لَدُنَّا وَزَكَاةً ۖ
وَكَانَ تَقِيًّا

dan (Kami mengurniakannya) rahmat dari sisi Kami, serta kelebihan yang kembang manfaatnya;
dan ia seorang yang bertaqwa.
👉sangat lembut وَحَنَانًا

Ayat 14
وَبَرًّا بِوَالِدَيْهِ
وَلَمْ يَكُنْ جَبَّارًا عَصِيًّا

Dan ia taat serta berbuat baik kepada ibu bapanya,
dan ia pula tidak sombong angkuh atau derhaka
👉

Ayat 15
وَسَلَامٌ عَلَيْهِ يَوْمَ وُلِدَ
وَيَوْمَ يَمُوتُ
وَيَوْمَ يُبْعَثُ حَيًّا

Dan (Kami limpahkan) kepadanya selamat sejahtera pada hari ia diperanakkan,
dan pada hari ia mati,
serta pada hari ia dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat).
👉mati atas fitrah ,tidak rusak fitrahnya.

Ayat 16
وَاذْكُرْ فِي الْكِتَابِ مَرْيَمَ
إِذِ انْتَبَذَتْ مِنْ أَهْلِهَا
مَكَانًا شَرْقِيًّا

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab Al-Quran ini perihal Maryam,
ketika dia memencilkan diri dari keluarganya
di sebuah tempat sebelah timur.
👉kiblat bid'ah ,untuk mandi hadas.

Ayat 17
فَاتَّخَذَتْ مِنْ دُونِهِمْ
حِجَابًا فَأَرْسَلْنَا إِلَيْهَا
رُوحَنَا فَتَمَثَّلَ لَهَا
بَشَرًا سَوِيًّا

Kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka
maka Kami hantarkan kepadanya: Roh dari kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya.
👉

Ayat 18
قَالَتْ إِنِّي أَعُوذُ بِالرَّحْمَٰنِ
مِنْكَ إِنْ كُنْتَ تَقِيًّا

Maryam berkata: Sesungguhnya aku berlindung kepada (Allah) Ar-Rahman
daripada (gangguan) mu kalaulah engkau seorang yang bertaqwa.
👉ini alamat orang bertaqwa.
16x nama Ar rahman diulang surah ini.
4xnama Rahmah diulang dlm surah ini.

Ayat 19
قَالَ إِنَّمَا أَنَا رَسُولُ رَبِّك
ِ لِأَهَبَ لَكِ غُلَامًا زَكِيًّا

Ia berkata: "Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu,
untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci".
👉ia bg tau dia adalah malaikat dtg untuk bg hadiah anak lelaki yg baik dan suci.

Ayat 20
قَالَتْ أَنَّىٰ يَكُونُ لِي غُلَامٌ
وَلَمْ يَمْسَسْنِي بَشَرٌ
وَلَمْ أَكُ بَغِيًّا

Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki,
padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun,
dan aku pula bukan perempuan jahat?"
👉Maryam terkejut.

Ayat 21
قَالَ كَذَٰلِكِ قَالَ رَبُّكِ هُوَ عَلَيَّ هَيِّنٌ ۖ
وَلِنَجْعَلَهُ آيَةً لِلنَّاس
ِوَرَحْمَةً مِنَّا ۚ
وَكَانَ أَمْرًا مَقْضِيًّا

Ia menjawab: "Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman:
Hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia
dan sebagai satu rahmat dari Kami;
dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.
👉anak yg didapati tanpa sentuhan lelaki dan sangat mudah bg Allah.

Ayat 22
فَحَمَلَتْهُ فَانْتَبَذَتْ بِهِ مَكَانًا قَصِيًّا

Maka Maryam hamilah mengandungnya,
lalu ia memencilkan diri dengan kandungannya itu ke sebuah tempat yang jauh.
👉terus mengandung dan terus berasa sakit nak beranak dan ada juga pendapat yg kata seperti orang yg mengandung 9bulan.
Perkara biasa bg allah yg maha kuasa.
Berlakunya tiupan roh dan terus nak beranak dgn qudrat Allah.

Ayat 23
فَأَجَاءَهَا الْمَخَاضُ إِلَىٰ جِذْعِ النَّخْلَةِ
قَالَتْ يَا لَيْتَنِي مِتُّ قَبْلَ هَٰذَا
وَكُنْتُ نَسْيًا مَنْسِيًّا

(Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma);
ia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!
👉perkara yg menakutkan dan memalukan.

Ayat 24
فَنَادَاهَا مِنْ تَحْتِهَا
أَلَّا تَحْزَنِي
قَدْ جَعَلَ رَبُّكِ تَحْتَكِ سَرِيًّا

Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya:"
Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam),
sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.
👉Jibrail yg menyeru.

Ayat 25
وَهُزِّي إِلَيْكِ بِجِذْعِ النَّخْلَة
ِ تُسَاقِطْ عَلَيْكِ
رُطَبًا جَنِيًّا

Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu,
supaya gugur kepadamu
buah tamar yang masak.
👉masa ni kurma tiada pun.
Maryam sudah nampak qudrat Allah.
Mungkin sekadar sentuh,syarat ikhtiar.
Kurma yg baru ,rasanya lain.
Yg segar جَنِيًّا

Ayat 26
فَكُلِي وَاشْرَبِي
وَقَرِّي عَيْنًا ۖ
فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ الْبَشَرِ أَحَدًا
فَقُولِي إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَٰنِ صَوْمًا
فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنْسِيًّا

"Maka makanlah dan minumlah
serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan.
Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman;
(setelah aku menyatakan yang demikian)
maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini".
👉Allah tolong  maryam semuanya menghadapi ujian2
Ini bernazar puasa tak bercakap.

Ayat 27
فَأَتَتْ بِهِ قَوْمَهَا تَحْمِلُهُ ۖ
قَالُوا يَا مَرْيَمُ
لَقَدْ جِئْتِ شَيْئًا فَرِيًّا

Kemudian baliklah ia kepada kaumnya dengan mendokong anaknya mereka pun menempelaknya dengan
berkata: Wahai Maryam!
Sesungguhnya engkau telah melakukan suatu perkara yang besar salahnya!
👉tuduhan terhadap Maryam.

Ayat 28
يَا أُخْتَ هَارُونَ
مَا كَانَ أَبُوكِ امْرَأَ سَوْءٍ
وَمَا كَانَتْ أُمُّكِ بَغِيًّا

" Wahai saudara perempuan Harun,
bapamu bukanlah seorang yang buruk akhlaknya,
dan ibumu pula bukanlah seorang perempuan jahat!"
👉Bukan nabi Harun,tapi abang Maryam yg bernama Harun.
Perzinaan boleh disebabkan keturunan.

Ayat 29
فَأَشَارَتْ إِلَيْهِ ۖ
قَالُوا كَيْفَ نُكَلِّمُ مَنْ كَانَ فِي الْمَهْدِ صَبِيًّا

Maka Maryam segera menunjuk kepada anaknya. Mereka berkata (dengan hairannya): "Bagaimana kami boleh berkata-kata dengan seorang yang masih kanak-kanak dalam buaian?"
👉Maryam berpuasa berkata2.

Ayat 30
قَالَ إِنِّي عَبْدُ اللَّهِ
آتَانِيَ الْكِتَابَ وَجَعَلَنِي نَبِيًّا

Ia menjawab:" Sesungguhnya aku ini hamba Allah;
Ia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan Ia telah menjadikan daku seorang Nabi.
👉di Masa itu juga ,baru lahir,nabi Isa sendiri mengaku dia hamba Allah.bukan anak Allah dan bukan anak zina.dan dilantik menjadi nabi.

Ayat 31
وَجَعَلَنِي مُبَارَكًا
أَيْنَ مَا كُنْتُ
وَأَوْصَانِي بِالصَّلَاة
ِوَالزَّكَاةِ مَا دُمْتُ حَيًّا

Dan Ia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada,
dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup.
👉

Ayat 32
وَبَرًّا بِوَالِدَتِي وَلَمْ يَجْعَلْنِي جَبَّارًا شَقِيًّا

" Serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku,
dan Ia tidak menjadikan daku seorang yang sombong takbur atau derhaka.
👉juga perintah Allah terhadap nabi isa

Ayat 33
وَالسَّلَامُ عَلَيَّ يَوْمَ وُلِدْتُ
وَيَوْمَ أَمُوتُ
وَيَوْمَ أُبْعَثُ حَيًّا

Dan segala keselamatan
serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku
pada hari aku diperanakkan
dan pada hari aku mati,
serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)".
👉ini perkataan nabi Isa semasa dlm buaian.

Ayat 34
ذَٰلِكَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ ۚ
قَوْلَ الْحَقِّ الَّذِي فِيهِ يَمْتَرُونَ

Yang demikian sifat-sifatnya itulah Isa Ibni Maryam. Keterangan yang tersebut ialah keterangan yang sebenar-benarnya, yang mereka ragu-ragu dan berselisihan padanya.
👉Nabi Isa bukan anak Allah dan bukan anak zina diberitahu oleh Allah.

Ayat 35
مَا كَانَ لِلَّهِ
أَنْ يَتَّخِذَ مِنْ وَلَدٍ ۖ
سُبْحَانَهُ ۚ
إِذَا قَضَىٰ أَمْرًا
فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ

Tiadalah layak bagi Allah mempunyai anak.
Maha Sucilah Ia. Apabila menetapkan jadinya sesuatu perkara,
maka hanyalah Ia berfirman kepadanya: "Jadilah engkau", lalu menjadilah ia.
👉zajrun.

Ayat 36
وَإِنَّ اللَّهَ رَبِّي وَرَبُّكُمْ فَاعْبُدُوهُ ۚ
هَٰذَا صِرَاطٌ مُسْتَقِيمٌ

Dan sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu maka sembahlah kamu akan Dia inilah jalan yang betul - lurus ".
👉Ayat ini sambungan ayat 30,kata2 nabi Isa.

Ayat 37
فَاخْتَلَفَ الْأَحْزَابُ مِنْ بَيْنِهِمْ ۖ
فَوَيْلٌ لِلَّذِينَ كَفَرُوا
مِنْ مَشْهَدِ يَوْمٍ عَظِيمٍ

Kemudian, golongan-golongan (dari kaumnya) itu berselisihan sesama sendiri.
Maka kecelakaanlah bagi orang-orang kafir (yang berselisihan) itu,
dari apa yang disaksikan pada hari yang besar huru-haranya.
👉puak2 sesat.

Ayat 38
أَسْمِعْ بِهِمْ وَأَبْصِرْ
يَوْمَ يَأْتُونَنَا ۖ
لَٰكِنِ الظَّالِمُونَ الْيَوْمَ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

Sungguh jelas pendengaran dan penglihatan mereka yang kafir itu
semasa mereka datang mengadap Kami pada hari akhirat.
Tetapi orang-orang yang zalim (dengan perbuatan kufur dan maksiat) pada masa di dunia ini, berada dalam kesesatan yang nyata
👉

Ayat 39
وَأَنْذِرْهُمْ يَوْمَ الْحَسْرَةِ
إِذْ قُضِيَ الْأَمْرُ
وَهُمْ فِي غَفْلَةٍ
وَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ

Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada umat manusia seluruhnya tentang hari penyesalan iaitu hari diselesaikan perbicaraan perkara masing-masing pada masa mereka (yang ingkar) di dunia ini berada dalam kelalaian serta mereka pula tidak mahu beriman.
👉

Ayat 40
إِنَّا نَحْنُ نَرِثُ الْأَرْض
َوَمَنْ عَلَيْهَا
وَإِلَيْنَا يُرْجَعُونَ

Sesungguhnya Kamilah yang mewarisi bumi
dan segala makhluk yang ada di atasnya;
dan kepada Kamilah mereka akan dikembalikan.
👉

Tiada ulasan:

Catat Ulasan