Jumaat, Mac 10, 2017

Daurah tafsir 2016 sesi 99 19:41-98

Ayat 41
وَاذْكُرْ فِي الْكِتَابِ إِبْرَاهِيمَ ۚ
إِنَّهُ كَانَ صِدِّيقًا نَبِيًّا

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Ibrahim;
sesungguhnya adalah ia seorang yang amat benar, lagi menjadi Nabi.
👉

Ayat 42
إِذْ قَالَ لِأَبِيهِ
يَا أَبَتِ لِمَ تَعْبُدُ مَا لَا يَسْمَعُ
وَلَا يُبْصِرُ وَلَا يُغْنِي عَنْكَ شَيْئًا

Ketika ia berkata kepada bapanya:
" Wahai ayahku, mengapa ayah menyembah benda yang tidak mendengar
dan tidak melihat serta tidak dapat menolongmu sedikitpun?
👉hari akhir tabligh wahyu kepada ayah dia.

Ayat 43
يَا أَبَتِ إِنِّي قَدْ جَاءَنِي مِنَ الْعِلْمِ
مَا لَمْ يَأْتِكَ فَاتَّبِعْنِي
أَهْدِكَ صِرَاطًا سَوِيًّا

" Wahai ayahku, sesungguhnya telah datang kepadaku dari ilmu pengetahuan
yang tidak pernah datang kepadamu
oleh itu ikutlah daku; aku akan memimpinmu ke jalan yang betul.
👉

Ayat 44
يَا أَبَتِ لَا تَعْبُدِ الشَّيْطَانَ ۖ
إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلرَّحْمَٰنِ عَصِيًّا

" Wahai ayahku, janganlah ayah menyembah Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu adalah menderhaka kepada Allah yang melimpah-limpah rahmatNya.
👉sembah syaitan =ikut syaitan

Ayat 45
يَا أَبَتِ إِنِّي أَخَافُ
أَنْ يَمَسَّكَ عَذَابٌ مِنَ الرَّحْمَٰنِ
فَتَكُونَ لِلشَّيْطَانِ وَلِيًّا

" Wahai ayahku, sesungguhnya aku bimbang
bahawa ayah akan kena azab dari (Allah) Ar-Rahman disebabkan ayah menyembah yang lainnya;
maka dengan sebab itu akan menjadilah ayah rakan bagi Syaitan di dalam neraka".
👉ini perkara akhirat pula.

Ayat 46
قَالَ أَرَاغِبٌ أَنْتَ عَنْ آلِهَتِي يَا إِبْرَاهِيمُ ۖ
لَئِنْ لَمْ تَنْتَهِ لَأَرْجُمَنَّكَ ۖ
وَاهْجُرْنِي مَلِيًّا

(Bapanya) menjawab: "Patutkah engkau bencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim?
Demi sesungguhnya jika engkau tidak berhenti daripada menyeru dan menasihati daku sudah tentu aku akan meluntarmu dengan batu;
dan (ingatlah lebih baik) engkau tinggalkan daku sepanjang masa".
👉jawapan ayah Ibrahim.

Ayat 47
قَالَ سَلَامٌ عَلَيْكَ ۖ
سَأَسْتَغْفِرُ لَكَ رَبِّي ۖ
إِنَّهُ كَانَ بِي حَفِيًّا

Nabi Ibrahim berkata: " Selamat tinggalah ayah;
aku akan memohon kepada Tuhanku mengampuni dosamu;
sesungguhnya Ia sentiasa melimpahkan kemurahan ihsanNya kepadaku.
👉Salam ini ucapan selamat tinggal.

Ayat 48
وَأَعْتَزِلُكُمْ وَمَا تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّه
ِ وَأَدْعُو رَبِّي عَسَىٰ
أَلَّا أَكُونَ بِدُعَاءِ رَبِّي شَقِيًّا

Dan aku akan membawa diri meninggalkan kamu semua serta apa yang kamu sembah yang lain dari Allah;
dan aku akan beribadat kepada Tuhanku dengan ikhlas; mudah-mudahan aku dengan ibadatku kepada Tuhanku itu tidak menjadi hampa (dan derhaka seperti kamu)".
👉istighafar nabi Ibrahim atas dasar sangat sayang kat ayah.allah murka.
Orang yg ada kasih Allah tak mampu minta untuk orang yg dibenci oleh Allah.

Ayat 49
فَلَمَّا اعْتَزَلَهُمْ
وَمَا يَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ
وَهَبْنَا لَهُ إِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ ۖ
وَكُلًّا جَعَلْنَا نَبِيًّا

Maka apabila ia berhijrah meninggalkan mereka
dan apa yang mereka sembah yang lain dari Allah
kami kurniakan kepadanya: Ishak (anaknya), dan Yaakub (cucunya);
dan kedua-duanya Kami jadikan berpangkat Nabi.
👉Allah ganti bila telah jauh dr ayahnya dgn anak.
Allah tak akan biarkan orang kesaorangan meninggalkan keluarga  kerana Nya.

Ayat 50
وَوَهَبْنَا لَهُمْ مِنْ رَحْمَتِنَا
وَجَعَلْنَا لَهُمْ لِسَانَ صِدْقٍ عَلِيًّا

Dan Kami kurniakan kepada mereka dari rahmat Kami, dan Kami jadikan bagi mereka sebutan dan pujian yang tinggi dalam kalangan umat manusia.
👉

Ayat 51
وَاذْكُرْ فِي الْكِتَابِ مُوسَىٰ ۚ
إِنَّهُ كَانَ مُخْلَصًا وَكَانَ رَسُولًا نَبِيًّا

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Musa;
sesungguhnya ia adalah orang pilihan, dan adalah ia seorang Rasul, lagi Nabi.
👉

Ayat 52
وَنَادَيْنَاهُ مِنْ جَانِبِ الطُّورِ الْأَيْمَنِ
وَقَرَّبْنَاهُ نَجِيًّا

Dan Kami telah menyerunya dari arah sebelah kanan Gunung Tursina,
dan Kami dampingkan dia dengan diberi penghormatan berkata dengan Kami.
👉

Ayat 53
وَوَهَبْنَا لَهُ مِنْ رَحْمَتِنَا
أَخَاهُ هَارُونَ نَبِيًّا

Dan Kami kurniakan kepadanya dari rahmat Kami, saudaranya:
Harun, yang juga berpangkat Nabi.
👉

Ayat 54
وَاذْكُرْ فِي الْكِتَابِ إِسْمَاعِيلَ ۚ
إِنَّهُ كَانَ صَادِقَ الْوَعْدِ
وَكَانَ رَسُولًا نَبِيًّا

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Ismail;
sesungguhnya ia adalah benar menepati janji
dan adalah ia seorang Rasul, lagi berpangkat Nabi.
👉

Ayat 55
وَكَانَ يَأْمُرُ أَهْلَهُ بِالصَّلَاةِ
وَالزَّكَاةِ
وَكَانَ عِنْدَ رَبِّهِ مَرْضِيًّا

Dan adalah ia menyuruh keluarganya mengerjakan sembahyang
dan memberi zakat, dan ia pula adalah seorang yang diredhai di sisi Tuhannya!
👉

Ayat 56
وَاذْكُرْ فِي الْكِتَابِ إِدْرِيسَ ۚ
إِنَّهُ كَانَ صِدِّيقًا نَبِيًّا

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Idris;
sesungguhnya adalah ia amat benar (tutur katanya dan imannya), serta ia seorang Nabi.
👉

Ayat 57
وَرَفَعْنَاهُ مَكَانًا عَلِيًّا

Dan Kami telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi darjatnya.
👉

Ayat 58
أُولَٰئِكَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ
مِنَ النَّبِيِّينَ مِنْ ذُرِّيَّةِ آدَمَ
وَمِمَّنْ حَمَلْنَا مَعَ نُوحٍ
وَمِنْ ذُرِّيَّةِ إِبْرَاهِيمَ
وَإِسْرَائِيلَ وَمِمَّنْ هَدَيْنَا وَاجْتَبَيْنَا ۚ
إِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ آيَاتُ الرَّحْمَٰنِ خَرُّوا سُجَّدًا وَبُكِيًّا ۩

Mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi yang telah dikurniakan Allah nikmat yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam,
dan dari keturunan orang-orang yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh,
dan dari keturunan Nabi Ibrahim,
dan (dari keturunan) Israil- dan mereka itu adalah dari orang-orang yang Kami beri hidayah petunjuk dan Kami pilih.
Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis.
👉

Ayat 59
فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ
وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ ۖ
فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا

Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang
serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka),
👉lembah neraka غَيًّا

Ayat 60
إِلَّا مَنْ تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا
فَأُولَٰئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ
وَلَا يُظْلَمُونَ شَيْئًا

Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh,
maka mereka itu akan masuk Syurga,
dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun,
👉

Ayat 61
جَنَّاتِ عَدْنٍ الَّتِي وَعَدَ الرَّحْمَٰنُ عِبَادَهُ بِالْغَيْبِ ۚ
إِنَّهُ كَانَ وَعْدُهُ مَأْتِيًّا

(Iaitu) Syurga " Adn " yang telah dijanjikan oleh (Allah) Ar-Rahman kepada hamba-hambaNya disebabkan kepercayaan mereka akan perkara-perkara yang ghaib; sesungguhnya Tuhan itu, janjiNya tetap berlaku.
👉

Ayat 62
لَا يَسْمَعُونَ فِيهَا لَغْوًا إِلَّا سَلَامًا ۖ
وَلَهُمْ رِزْقُهُمْ فِيهَا بُكْرَةً وَعَشِيًّا

Mereka tidak akan mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia tetapi mereka sentiasa mendengar perkataan yang baik-baik;
dan makan minum untuk mereka disediakan di dalamnya, pagi dan petang (sepanjang masa).
👉

Ayat 63
تِلْكَ الْجَنَّةُ الَّتِي نُورِثُ مِنْ عِبَادِنَا مَنْ كَانَ تَقِيًّا

Itulah taman Syurga yang Kami akan berikan sebagai warisan pusaka kepada orang-orang. yang bertaqwa dari hamba-hamba Kami.
👉sifat taqwa adalah sifat mentauhidkan allah

Ayat 64
وَمَا نَتَنَزَّلُ إِلَّا بِأَمْرِ رَبِّكَ ۖ
لَهُ مَا بَيْنَ أَيْدِينَا وَمَا خَلْفَنَا
وَمَا بَيْنَ ذَٰلِكَ ۚ
وَمَا كَانَ رَبُّكَ نَسِيًّا

Dan (berkatalah malaikat): "Kami tidak turun dari semasa ke semasa melainkan dengan perintah Tuhanmu (wahai Muhammad);
Dia lah jua yang menguasai serta mentadbirkan apa yang di hadapan kita dan apa yang di belakang kita
serta apa yang di antara itu;
dan tiadalah Tuhanmu itu lupa, -
👉ini tentang malaikat khasnya Jibrail.

Ayat 65
رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
وَمَا بَيْنَهُمَا فَاعْبُدْهُ وَاصْطَبِرْ لِعِبَادَتِهِ ۚ
هَلْ تَعْلَمُ لَهُ سَمِيًّا

"Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya;
oleh itu, sembahlah engkau akan Dia dan bersabarlah dengan tekun tetap dalam beribadat kepadaNya;
adakah engkau mengetahui sesiapapun yang senama dan sebanding denganNya?"
👉

Bhg ke2 Surah ini
Ayat 66
وَيَقُولُ الْإِنْسَانُ أَإِذَا مَا مِتُّ لَسَوْفَ أُخْرَجُ حَيًّا

Dan manusia (yang kafir) berkata: "Apa! Apabila aku mati, adakah aku akan dibangkitkan hidup semula?"
👉

Ayat 67
أَوَلَا يَذْكُرُ الْإِنْسَانُ أَنَّا خَلَقْنَاهُ مِنْ قَبْلُ وَلَمْ يَكُ شَيْئًا

Patutkah manusia itu berkata demikian dan tidak memikirkan bahawa Kami telah menciptakan dia dahulu sedang ia pada masa itu belum ada sebarang apapun?
👉

Ayat 68
فَوَرَبِّكَ لَنَحْشُرَنَّهُمْ وَالشَّيَاطِينَ
ثُمَّ لَنُحْضِرَنَّهُمْ حَوْلَ جَهَنَّمَ جِثِيًّا

Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka yang kafir itu beserta syaitan-syaitan di Padang Mahsyar,
kemudian Kami akan bawa mereka duduk berlutut di keliling neraka Jahannam.
👉takhwif ukrowi

Ayat 69
ثُمَّ لَنَنْزِعَنَّ مِنْ كُلِّ شِيعَةٍ أَيُّهُمْ
أَشَدُّ عَلَى الرَّحْمَٰنِ عِتِيًّا

Sesudah itu, sesungguhnya kami akan cabut dari tiap-tiap golongan, mana-mana orang yang sangat derhaka kepada (Allah) Ar-Rahman, di antara mereka.
👉

Ayat 70
ثُمَّ لَنَحْنُ أَعْلَمُ بِالَّذِينَ هُمْ أَوْلَىٰ بِهَا صِلِيًّا

Kemudian, sesungguhnya Kami lebih mengetahui akan orang-orang yang lebih patut diseksa dan dibakar dangan api neraka itu.
👉Allah kenal semua ahli neraka.
Semua orang akan lalu melalui neraka tanpa kecuali dan ada yg selamat.

Ayat 71
وَإِنْ مِنْكُمْ إِلَّا وَارِدُهَا ۚ
كَانَ عَلَىٰ رَبِّكَ حَتْمًا مَقْضِيًّا

Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya; (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu.
👉

Ayat 72
ثُمَّ نُنَجِّي الَّذِينَ اتَّقَوْا
وَنَذَرُ الظَّالِمِينَ فِيهَا جِثِيًّا

Kemudian Kami akan selamatkan orang-orang yang bertaqwa, dan kami akan biarkan orang-orang yang zalim (dengan kekufurannya dan maksiatnya) tinggal berlutut di dalam neraka itu.
👉

Ayat 73
وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ آيَاتُنَا بَيِّنَاتٍ
قَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِلَّذِينَ آمَنُوا
أَيُّ الْفَرِيقَيْنِ خَيْرٌ مَقَامًا وَأَحْسَنُ نَدِيًّا

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata,
berkatalah orang-orang yang kafir kepada orang-orang yang beriman:
"Puak yang manakah (dari kami dan kamu) yang lebih baik tempat tinggalnya dan lebih elok majlis perhimpunannya?
👉Syikayah.

Ayat 74
وَكَمْ أَهْلَكْنَا قَبْلَهُمْ
مِنْ قَرْنٍ هُمْ أَحْسَنُ أَثَاثًا
وَرِئْيًا

Dan berapa banyak kaum-kaum (yang ingkar) sebelum mereka,
kami telah binasakan, sedang mereka lebih elok alat-alat kesenangannya
dan lebih elok keadaannya pada pandangan mata.
👉Takhwif duniawi  dan jawapan.

Ayat 75
قُلْ مَنْ كَانَ فِي الضَّلَالَةِ
فَلْيَمْدُدْ لَهُ الرَّحْمَٰنُ مَدًّا ۚ
حَتَّىٰ إِذَا رَأَوْا مَا يُوعَدُونَ إِمَّا الْعَذَابَ
وَإِمَّا السَّاعَةَ فَسَيَعْلَمُونَ مَنْ هُوَ شَرٌّ مَكَانًا
وَأَضْعَفُ جُنْدًا

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesiapa yang berada di dalam kesesatan,
maka biarlah (Allah) Ar-Rahman melanjutkan baginya satu tempoh yang tertentu, hingga apabila mereka melihat apa yang dijanjikan kepada mereka,
sama ada azab sengsara dunia ataupun azab kiamat, maka (pada saat itu) mereka akan mengetahui siapakah orangnya yang lebih buruk kedudukannya dan lebih lemah penyokong-penyokongnya."
👉zajrun dan jawapan ke2  bg mereka.

Ayat 76
وَيَزِيدُ اللَّهُ الَّذِينَ اهْتَدَوْا هُدًى ۗ
وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِنْدَ رَبِّكَ ثَوَابًا
وَخَيْرٌ مَرَدًّا

Dan Allah akan menambahi hidayah petunjuk bagi orang-orang yang menurut jalan petunjuk;
dan amal-amal yang baik yang tetap kekal faedah-faedahnya itu,
lebih baik balasan pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik kesudahannya.
👉hidayah baru هُدًى

Ayat 77
أَفَرَأَيْتَ الَّذِي كَفَرَ بِآيَاتِنَا
وَقَالَ لَأُوتَيَنَّ مَالًا وَوَلَدًا

Maka tidakkah engkau merasa hairan memikirkan (wahai Muhammad), akan orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami
serta ia berkata: "Demi sesungguhnya aku akan diberikan harta kekayaan dan anak-pinak pada hari akhirat?"
👉Syikayah.

Ayat 78
أَطَّلَعَ الْغَيْبَ أَمِ اتَّخَذَ عِنْدَ الرَّحْمَٰنِ عَهْدًا

Adakah ia telah mengetahui akan perkara yang ghaib, atau adakah ia telah membuat perjanjian dengan (Allah) Ar-Rahman mengenainya?
👉jawapan untuk Syikayah ini.

Ayat 79
كَلَّا ۚ سَنَكْتُبُ مَا يَقُولُ
وَنَمُدُّ لَهُ مِنَ الْعَذَابِ مَدًّا

Tidak sekali-kali! Kami akan menulis apa yang dikatakannya,
dan Kami akan tambahi baginya dari azab seksa, berganda-ganda.
👉

Ayat 80
وَنَرِثُهُ مَا يَقُولُ
وَيَأْتِينَا فَرْدًا

Dan Kami akan warisi (harta benda dan anak-pinak) yang dikatakannya itu, dan ia akan datang kepada kami dengan seorang diri.
👉

Ayat 81
وَاتَّخَذُوا مِنْ دُونِ اللَّهِ آلِهَة
ً لِيَكُونُوا لَهُمْ عِزًّا

Dan mereka yang kafir menyembah benda-benda yang lain dari Allah sebagai tuhan-tuhan,
supaya benda-benda yang mereka sembah itu menjadi penolong-penolong yang memberi kemuliaan dan pengaruh kepada mereka.
👉zajrun

Ayat 82
كَلَّا ۚ سَيَكْفُرُونَ بِعِبَادَتِهِمْ
وَيَكُونُونَ عَلَيْهِمْ ضِدًّا

Tidak sekali-kali! Bahkan benda-benda yang mereka pertuhankan itu mengingkari perbuatan mereka menyembahnya,
dan akan menjadi musuh yang membawa kehinaan kepada mereka.
👉

Ayat 83
أَلَمْ تَرَ أَنَّا أَرْسَلْنَا الشَّيَاطِينَ عَلَى الْكَافِرِينَ تَؤُزُّهُمْ أَزًّا

Tidakkah engkau mengetahui (Wahai Muhammad) bahawa Kami telah menghantarkan Syaitan-syaitan kepada orang-orang kafir,
untuk menggalakkan mereka mengerjakan perbuatan kufur dan maksiat dengan bersungguh-sungguh?
👉

Ayat 84
فَلَا تَعْجَلْ عَلَيْهِمْ ۖ
إِنَّمَا نَعُدُّ لَهُمْ عَدًّا

Oleh itu, janganlah engkau segera marah terhadap mereka yang ingkar itu, kerana sesungguhnya kami hanya menghitung hari yang sedikit sahaja bilangannya untuk mereka.
👉ini dikatakan kepada nabi

Ayat 85
يَوْمَ نَحْشُرُ الْمُتَّقِينَ إِلَى الرَّحْمَٰنِ وَفْدًا

(Ingatlah) hari Kami himpunkan orang-orang yang bertaqwa untuk mengadap (Allah) Ar-Rahman, dengan berpasuk-pasukan.
👉tabsyir

Ayat 86
وَنَسُوقُ الْمُجْرِمِينَ إِلَىٰ جَهَنَّمَ وِرْدًا

Dan Kami akan menghalau orang-orang yang bersalah ke neraka Jahannam, dalam keadaan dahaga.
👉

Ayat 87
لَا يَمْلِكُونَ الشَّفَاعَةَ
إِلَّا مَنِ اتَّخَذَ عِنْدَ الرَّحْمَٰنِ عَهْدًا

Mereka tidak berhak mendapat dan memberi syafaat, kecuali orang yang telah mengikat perjanjian (dengan iman dan amal yang soleh) di sisi Allah yang melimpah-limpah rahmatNya!.
👉

Ayat 88
وَقَالُوا اتَّخَذَ الرَّحْمَٰنُ وَلَدًا

Dan mereka yang kafir berkata: "(Allah) Ar-Rahman, mempunyai anak."
👉
Ayat 89
لَقَدْ جِئْتُمْ شَيْئًا إِدًّا

Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya.
👉sangat berat إِدًّا

Ayat 90
تَكَادُ السَّمَاوَاتُ يَتَفَطَّرْنَ مِنْهُ
وَتَنْشَقُّ الْأَرْضُ وَتَخِرُّ الْجِبَالُ هَدًّا

Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian,
dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap, -
👉

Ayat 91
أَنْ دَعَوْا لِلرَّحْمَٰنِ وَلَدًا

Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak.

Ayat 92
وَمَا يَنْبَغِي لِلرَّحْمَٰنِ أَنْ يَتَّخِذَ وَلَدًا

Padahal tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, bahawa Ia mempunyai anak.
👉

Ayat 93
إِنْ كُلُّ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ إِلَّا آتِي الرَّحْمَٰنِ عَبْدًا

Tidak ada sesiapapun di langit dan di bumi melainkan ia akan datang kepada (Allah) Ar-Rahman, sebagai hamba.
👉

Ayat 94
لَقَدْ أَحْصَاهُمْ وَعَدَّهُمْ عَدًّا

Demi sesungguhnya! Allah telah mengira mereka (dengan pengetahuanNya) serta menghitung mereka satu persatu.
👉

Ayat 95
وَكُلُّهُمْ آتِيهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَرْدًا

Dan mereka masing-masing akan datang mengadapNya pada hari kiamat dengan seorang diri.
👉

Ayat 96
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ سَيَجْعَلُ لَهُمُ الرَّحْمَٰنُ وُدًّا

. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang.
👉Tabsyir.

Ayat 97
فَإِنَّمَا يَسَّرْنَاهُ بِلِسَانِكَ
لِتُبَشِّرَ بِهِ الْمُتَّقِينَ
وَتُنْذِرَ بِهِ قَوْمًا لُدًّا

Maka sesungguhnya Kami memudahkan turunnya Al-Quran ini dengan bahasamu (wahai Muhammad),
ialah supaya engkau memberi khabar gembira dengannya kepada orang-orang yang bertaqwa,
dan supaya engkau memberi amaran dengannya kepada kaum yang degil dalam kekufurannya.
👉

Ayat 98
وَكَمْ أَهْلَكْنَا قَبْلَهُمْ مِنْ قَرْنٍ
هَلْ تُحِسُّ مِنْهُمْ مِنْ أَحَدٍ
أَوْ تَسْمَعُ لَهُمْ رِكْزًا

Dan amatlah banyaknya kaum-kaum kafir yang Kami telah binasakan sebelum mereka;
engkau tidak menyedari ataupun mendengar suara yang sayup bagi seseorangpun dari orang-orang yang telah dibinasakan itu.
👉Takhwif duniawi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan