Jumaat, Mei 12, 2017

Daurah tafsir 2016 sesi 145 41:22-25

Ayat 22
وَمَا كُنْتُمْ تَسْتَتِرُونَ
أَنْ يَشْهَدَ عَلَيْكُمْ سَمْعُكُمْ وَلَا أَبْصَارُكُمْ
وَلَا جُلُودُكُمْ
وَلَٰكِنْ ظَنَنْتُمْ
أَنَّ اللَّهَ لَا يَعْلَمُ كَثِيرًا مِمَّا تَعْمَلُونَ

"Dan semasa kamu berselindung (ketika melakukan dosa di dunia dahulu)
bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan kamu yang berdosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka
bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dosa yang kamu lakukan (secara bersembunyi itu).
👉Idkhal ilahi.
Orang arab mekah tidak tahu atau sangka atau salah anggapallah tahu apa yg mereka buat.
Jahil akan menyebabkan kekal dlm neraka.

Ayat 23
وَذَٰلِكُمْ ظَنُّكُمُ
الَّذِي ظَنَنْتُمْ بِرَبِّكُمْ
أَرْدَاكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ مِنَ الْخَاسِرِينَ

"Dan sangkaan kamu yang demikian,
yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu,
itulah yang telah membinasakan kamu; (dengan sangkaan kamu yang salah itu) maka menjadilah kamu dari orang-orang yang rugi!"
👉Ahli syurga orang yg yakin.
Orang yg hanya bersangka kerana tidak mahu belajar wahyu.

Ayat 24
فَإِنْ يَصْبِرُوا
فَالنَّارُ مَثْوًى لَهُمْ ۖ
وَإِنْ يَسْتَعْتِبُوا
فَمَا هُمْ مِنَ الْمُعْتَبِينَ

Oleh itu, sama ada mereka bersabar menderita azab atau sebaliknya (maka sama sahaja)
kerana nerakalah tempat tinggal mereka;
dan jika mereka memohon peluang untuk mendapat keredaan Allah,
maka mereka bukanlah lagi dari orang-orang yang diterima permohonannya.
👉Neraka tidak sama dgn jel dunia.
Ini taqdir hukuman.
Tiada lagi rayuan

Ayat 25
وَقَيَّضْنَا لَهُمْ قُرَنَاءَ
فَزَيَّنُوا لَهُمْ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ
وَمَا خَلْفَهُمْ
وَحَقَّ عَلَيْهِمُ الْقَوْلُ
فِي أُمَمٍ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِمْ مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ ۖ
إِنَّهُمْ كَانُوا خَاسِرِينَ

Dan Kami adakan untuk mereka teman-teman rapat (dari jin dan manusia),
lalu teman-teman itu memperhiaskan kepada mereka (fahaman-fahaman sesat) mengenai perkara-perkara dunia yang ada di hadapan mereka, serta perkara-perkara akhirat yang ada di belakang mereka;
dan (dengan sebab itu) tetaplah hukuman (azab) atas mereka
bersama-sama dengan umat umat (yang sesat) dari jin dan manusia yang terdahulu daripada mereka. Sesungguhnya mereka semuanya adalah golongan yang rugi (bawaan hidupnya).
👉Akibat Aqidah buruk dipandang baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan