Ayat 26
وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا
لَا تَسْمَعُوا لِهَٰذَا الْقُرْآنِ
وَالْغَوْا فِيهِ
لَعَلَّكُمْ تَغْلِبُونَ
Dan orang-orang yang kafir berkata:
"Janganlah kamu mendengar Al-Quran ini
dan tentanglah dia (dengan nyayian-nyanyian
dan jeritan-jeritan riuh rendah serta tepuk sorak),
supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya)!"
👉Syikayah.
{Tak bersedia untuk belajar.
Relakan diri dlm keadaan tidak tahu}ini ayat sebelumnya(25)
Ayat ini melarang pula orang lain belajar.
Jika orang arab mekah larang kerana takut dipengaruhi oleh al quran ,orang sekarang hanya kerana tak sama dgn kehendak nafsu shj tanpa faham isi quran.
Orang kafir shj yg akan larang belajar al quran.
Ayat 27
فَلَنُذِيقَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا عَذَابًا شَدِيدًا
وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ
أَسْوَأَ الَّذِي كَانُوا يَعْمَلُونَ
Maka, demi sesungguhnya! Kami akan merasakan orang-orang yang kafir itu azab seksa yang seberat-beratnya, dan Kami akan membalas mereka dengan
seburuk-buruk balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan.
👉takhwif ukhrowi
Ayat 28
ذَٰلِكَ جَزَاءُ أَعْدَاءِ
اللَّهِ النَّارُ ۖ
لَهُمْ فِيهَا دَارُ الْخُلْدِ ۖ
جَزَاءً
بِمَا كَانُوا بِآيَاتِنَا يَجْحَدُونَ
Demikianlah keadaannya balasan musuh-musuh Allah iaitu neraka;
disediakan untuk mereka tempat tinggal yang kekal didalamnya,
sebagai balasan bagi perbuatan mereka sentiasa mengingkari ayat-ayat Kami.
Ayat 29
وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا
رَبَّنَا أَرِنَا
اللَّذَيْنِ أَضَلَّانَا
مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ
نَجْعَلْهُمَا تَحْتَ أَقْدَامِنَا
لِيَكُونَا مِنَ الْأَسْفَلِينَ
Dan orang-orang yang kafir berkata:
"Wahai Tuhan kami!
Perlihatkanlah kepada kami dua golongan yang telah menyesatkan kami
dari jin dan manusia,
untuk kami meletakkan mereka di bawah tapak kaki kami,
supaya mereka menjadi golongan yang terkebawah dalam kehinaan".
👉Kinginan untuk membalas kepada yg telah menyebabkan mereka sesat.
Ayat 30
إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا
رَبُّنَا اللَّهُ
ثُمَّ اسْتَقَامُوا
تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ
أَلَّا تَخَافُوا
وَلَا تَحْزَنُوا
وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ
الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata:
"Tuhan kami ialah Allah",
kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham):
"Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu)
dan janganlah kamu berdukacita,
dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga
yang telah dijanjikan kepada kamu.
👉termasuk ucapan lidah dan hati قَالُوا
Berita syurga hanya dari wahyu.
Ayat 31
نَحْنُ أَوْلِيَاؤُكُمْ
فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ ۖ
وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَشْتَهِي أَنْفُسُكُمْ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَدَّعُونَ
"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat;
dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat -
apa yang diingini oleh nafsu kamu,
serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya.
👉Orang yg sentiasa membela aqidah akan dikerumuni malaikat.
Baca doa2 sebelum tidur malaikat akan hadir walaupun tidur kesaorangan.
Malaikat akan mendoakan ahli tauhid.
Malaikat tidak payah seru.dia akan dtg bila seru allah.
Ayat 32
نُزُلًا
مِنْ غَفُورٍ رَحِيمٍ
"(Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan
dari Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani!"
👉melayani tetamu.
Zikir istighafar setelah buat amal solat.
Beristighar selepas melakukan taat .takut2 amal baik tak sempurna.
Apatah lagilah bila melakukan kesalahan.
Ayat 33
وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا
وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata:
"Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
👉 Murid2 nabi muhamad tidak akan duduk kesaorang malah akan mengajak seramai mungkin orang lain bersamanya mentauhidkan allah dan pada yg sama berlumba2 melakukan amal soleh sebab dia nampak sangat akhirat.
Dan dia juga tak membesarkan dirinya.
Ayat 34
وَلَا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلَا السَّيِّئَةُ ۚ
ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ
فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ
Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat.
Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik;
apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.
👉Orang yg didakwah ada 2 keadaan.ada yg terima dan ada yg tolak.
Tiada perkataan sindir kerana boleh menjauhkan hubungan.
Orang yg menunjukan kebaikan orang lain kebaikan akan mendapat pahala sama dgn orang yg menerima.
Ayat 35
وَمَا يُلَقَّاهَا
إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُوا
وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ
Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan
melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar,
dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat.
👉
Ayat 36
وَإِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ
فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ ۖ
إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan,
maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah.
Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
👉Minta bantuan ketika ada gangguan syaitan seperti marah .dlm hati wajib.
Menyebut aauzubillah sunat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan