Jumaat, Mei 05, 2017

Daurah tafsir 2016 sesi 140 40:47-50

Ayat 47-59ini adalah perkara yg berlaku dikalangan ahli neraka.
Segala rancangan jahat firaun gagal dan dia sendiri binasa.
Pembaca nak tahu apa yg berlaku dlm neraka.

Ayat 47
وَإِذْ يَتَحَاجُّونَ فِي النَّارِ فَيَقُولُ الضُّعَفَاء
ُلِلَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا
إِنَّا كُنَّا لَكُمْ تَبَعًا فَهَلْ أَنْتُمْ مُغْنُونَ عَنَّا نَصِيبًا مِنَ النَّارِ

Dan (ingatkanlah perkara yang berlaku) semasa orang-orang yang kafir dan yang menderhaka berbantah-bantahan dalam neraka,
iaitu orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) berkata kepada pemimpin-pemimpinnya yang sombong takbur:
"Sesungguhnya kami telah menjadi pengikut-pengikut kamu, maka dapatkah kamu menolak dari kami sebahagian daripada azab neraka ini?"
👉Bergaduh ahli neraka sesama sendiri.
Orang mukmin tidak bergaduh sama ada didunia atau akhirat.
Pengikut tegar. تَبَعًا
Bukan Tubik sokmo نَصِيبًاatau meringankan.

Ayat 48
قَالَ الَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا
إِنَّا كُلٌّ فِيهَا
إِنَّ اللَّهَ قَدْ حَكَمَ بَيْنَ الْعِبَادِ

Orang-orang yang sombong angkuh itu menjawab: "Sebenarnya kita semua menderita bersama-sama dalam neraka (tidak ada jalan untuk kita melepaskan diri), kerana
sesungguhnya Allah telah menetapkan hukumanNya di antara sekalian hambaNya "
👉

Ayat 49
وَقَالَ الَّذِينَ فِي النَّارِ
لِخَزَنَةِ جَهَنَّمَ
ادْعُوا رَبَّكُمْ يُخَفِّفْ عَنَّا يَوْمًا مِنَ الْعَذَابِ

Dan berkatalah pula orang-orang yang ada dalam neraka kepada malaikat-malaikat penjaga neraka Jahannam: "Pohonkanlah kepada Tuhan kamu, supaya Ia meringankan sedikit azab seksa dari kami, barang sehari".
👉Malaikat jaga neraka tak panas =doktor masuk hospital rawat pesakit.
Penghuni neraka minta cuti.

Ayat 50
قَالُوا
أَوَلَمْ تَكُ تَأْتِيكُمْ رُسُلُكُمْ بِالْبَيِّنَاتِ ۖ
قَالُوا بَلَىٰ ۚ
قَالُوا فَادْعُوا ۗ
وَمَا دُعَاءُ الْكَافِرِينَ إِلَّا فِي ضَلَالٍ

Malaikat penjaga neraka menjawab:
"Bukankah kamu telah didatangi Rasul-rasul kamu dengan membawa keterangan-keterangan (yang menyatakan akibat perbuatan derhaka kamu)?"
Mereka menjawab: "Ya, telah datang".
Malaikat itu berkata: "Jika demikian, maka berdoalah kamu sendiri.
Dan doa permohonan orang-orang yang kafir pada saat ini hanya menyebabkan mereka berada dalam keadaan dukacita dan kecewa sahaja".
👉malaikat tanya ,ngaji ko tidak?
Pencelahan tuhan وَمَا دُعَاءُ الْكَافِرِينَ إِلَّا فِي ضَلَالٍ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan