Ayat 51
إِنَّا لَنَنْصُرُ رُسُلَنَا
وَالَّذِينَ آمَنُوا
فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا
وَيَوْمَ يَقُومُ الْأَشْهَادُ
Sesungguhnya Kami tetap membela serta mempertahankan Rasul-rasul Kami
dan orang-orang yang beriman
- dalam kehidupan dunia ini
dan pada saat bangkitnya saksi-saksi (pada hari kiamat)
👉Tasliyah.untuk menghibur dan memujuk hati nabi.
Tugas nabi menyampaikan wahyu.
Wahyu dr allah,tapi tidak mudah diterima.
Ada Musuh nafsu dan syaitan.
Nabi
dan umat nabi
Pergi dan sampaikan dan berdoa
Saksi
Ayat 52
يَوْمَ لَا يَنْفَعُ الظَّالِمِينَ مَعْذِرَتُهُمْ ۖ
وَلَهُمُ اللَّعْنَةُ
وَلَهُمْ سُوءُ الدَّارِ
(Iaitu) pada hari yang tidak berguna bagi orang-orang yang zalim dalihan-dalihan mereka untuk melepaskan diri,
dan mereka akan beroleh laknat,
serta mereka beroleh seburuk-buruk tempat tinggal.
👉
Ayat 53
وَلَقَدْ آتَيْنَا مُوسَى الْهُدَىٰ
وَأَوْرَثْنَا بَنِي إِسْرَائِيلَ الْكِتَابَ
Dan demi sesungguhnya! Kami telah memberikan Nabi Musa hidayah petunjuk
dan Kami berikan kaum Bani Israil mewarisi Kitab Taurat,
👉Dali naqli dan Da'wa surah
Jadi betul2 kitab hidayah الْهُدَىٰ
Mempusakakan kepada bani Israel.
Ayat 54
هُدًى
وَذِكْرَى
ٰ لِأُولِي الْأَلْبَابِ
Sebagai hidayah petunjuk
dan peringatan bagi orang-orang yang berakal sempurna.
👉Ini penjelasan tentang kitab
Ilmu petunjuk هُدًى
Ilmu yg bila diamalkan وَذِكْرَى
Ulil Albab?
Orang yg boleh menerima kebenaran dan menolak kebatilan.
Mengutamakan
Syariat dari yg lain
Akhirat dari dunia
Allah dari makhluk.
Ayat 55
فَاصْبِرْ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ
وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ
وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ بِالْعَشِيِّ وَالْإِبْكَارِ
(Setelah engkau mengetahui perihal Nabi Musa dan umatnya) maka bersabarlah (wahai Muhammad,
dalam perjuangan menegakkan Islam);
sesungguhnya janji Allah (untuk menjayakanmu) adalah benar.
Dan pohonlah ampun bagi salah silapmu,
serta bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang.
👉Tasliyah ke2
Menyampaikan wahyu bukan mudah
Sebab apa ada peperiksaan?
Nak ujian siapa yg pandai.
Dugaan dan ujian untuk meningkatkan darjat
Jika tak bersedia diuji kena bersedia untuk pada darjat yg paling rendah.
Tujuan istighafar.
Kekal dalam sifat ismah(berkekalan dlm penjagaan yg tidak berdosa) bg nabi.
Umat memang ada dosa perlukan istighafar.
Pahala sabar ,pahala istighafar dan pahala tasbih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan