Isnin, Mei 08, 2017

Daurah tafsir 2016 sesi 142 40:56-68

Ayat 56
إِنَّ الَّذِينَ يُجَادِلُونَ فِي آيَاتِ اللَّهِ
بِغَيْرِ سُلْطَانٍ أَتَاهُمْ ۙ
إِنْ فِي صُدُورِهِمْ
إِلَّا كِبْرٌ
مَا هُمْ بِبَالِغِيهِ ۚ
فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ ۖ
إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Sesungguhnya orang-orang yang membantah mengenai maksud ayat-ayat Tuhanmu dengan tidak berdasarkan sebarang bukti yang sampai kepada mereka (dari pihak yang diakui benarnya),
tidak ada dalam dada mereka melainkan perasaan mahukan kebesaran (untuk mengatasimu),
kemahuan yang mereka tidak sekali-kali akan dapat mencapainya.
Oleh itu mintalah perlindungan kepada Allah (dari angkara mereka);
sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
👉ayat ini ayat zajrun.
Jika pada orang beriman,teguran membina.
Jika pada orang kafir degil ,teguran yg keras.
Lawan tak dalil adalah sebab sombong.
Berasa diri besar ,kita tak boleh tunduk pada orang lain.
1.Terjemahan ada 2
Tak layak sombong مَا هُمْ بِبَالِغِيهِ
2.Perbuatan dr sombong agar orang tunduk
kepadanya مَا هُمْ بِبَالِغِيهِ
Sampai bila2 tak akan sampai.
Minta pada allah shj فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِuntuk memadam api kemarahan mereka.
Jumlah takliliyah(ketinggian) إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Al-Quran ,

Ayat 57
لَخَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ أَكْبَرُ
مِنْ خَلْقِ النَّاسِ
وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

Demi sesungguhnya, menciptakan langit dan bumi (dari tiada kepada ada) lebih besar (dan lebih menakjubkan) daripada menciptakan manusia dan menghidupkannya semula (sesudah matinya);
akan tetapi kebanyakan manusia (yang mengingkari hari kiamat) tidak mengetahui.
👉Dalil penting Atau maksud penting adalah akhirat
yg orang mekah tak percaya.
satu perempat mengenai akhirat.
Allah shj yg boleh bg tau tentang akhirat
Yahudi dan nasaro percaya akhirat.
Musyrikin mekah tak percaya sebab tiada kitab.
Tidak tahu kerana tiada bg masa untuk akhirat.
Liar dr mendengar akhirat.
Perkara akhirat tidak tahu.

Ayat 58
وَمَا يَسْتَوِي الْأَعْمَىٰ وَالْبَصِيرُ
وَالَّذِينَ آمَنُوا
وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
وَلَا الْمُسِيءُ ۚ
قَلِيلًا مَا تَتَذَكَّرُونَ

Dan sememangnya tidaklah sama orang yang buta dan orang yang melihat,
dan juga tidaklah sama orang-orang yang beriman
serta beramal soleh dengan orang yang melakukan kejahatan.
(Meskipun hakikat ini jelas nyata, tetapi) sedikit sangat kamu beringat dan insaf.
👉Dengar dalil dan berfikir.sebab itu allah bg tau ketaksamaan.
Akhirat hanya boleh nampak oleh orang yg hati tidak buta.
Orang yg buta hati tidak akan nampak akhirat.
Alamat2 orang celik.
Beriman dan beramal soleh.
Orang yg jahat amalan sebab aqidah tak betul الْمُسِيءُ

Ayat 59
إِنَّ السَّاعَةَ لَآتِيَةٌ
لَا رَيْبَ فِيهَا
وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يُؤْمِنُونَ

Sesungguhnya hari kiamat tetap akan datang,
tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya;
akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman (akan hakikat itu).
👉Maksud  penting atau da'wa tentang qiamat.
Ini pemberitahuan dari allah tentang hari akhirat yg sangat pasti.
Yg tak percaya akhirat,Khasnya masyarakat mekah.
Amnya masyarakat dunia

Ayat 60
وَقَالَ رَبُّكُمُ
ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ
إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي
سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

Dan Tuhan kamu berfirman:
"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu(sekira aku ingin menerima)
Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
👉Pengulang da'wa surah pada ayat 14
Doa itu adalah ibadat.
Ibadat muqaddimah bg doa.
Doa menjadi alamat dekatnya sesaorang dgn allah.
Amalan yg menyebabkan seorang akan dekat dgn allah.
Lawannya berdoa kepada allah dan yg lain juga ,minta dgn jin wali atau nabi,syirik dalam berdoa.
Sombong dari menerima kebenaran dari allah cara doa kepada allah shj kerana mencampurkan cara syirik.

Ayat 61
اللَّهُ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ اللَّيْلَ
لِتَسْكُنُوا فِيهِ وَالنَّهَارَ مُبْصِرًا ۚ
إِنَّ اللَّهَ لَذُو فَضْلٍ عَلَى النَّاسِ
وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَشْكُرُونَ

Allah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu berehat padanya,
dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha).
Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia seluruhnya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.
👉dalil aqli afaki,dalil segenap ufuk bukan atau luar  tubuh kita selepas da'wa surah.
Allah yg buat malam siang,kalu menafikan malam siang kenapa buat bilik tidur tu?
Selepas ini tiada lagi malam siang.
Nikmat allah semuanya besar belaka.tapi ramai tak mahu bersyukur dgn ikut perintah allah.
Hak allah nak guna, arahan allah tak sir ikut.

Ayat 62
ذَٰلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ
فَأَنَّىٰ تُؤْفَكُونَ

Yang bersifat demikian ialah Allah, Tuhan kamu; yang menciptakan tiap-tiap sesuatu (dari tiada kepada ada); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan (daripada menyembahNya)?
👉zajrun lagi

Ayat 63
كَذَٰلِكَ يُؤْفَكُ الَّذِينَ كَانُوا بِآيَاتِ اللَّهِ يَجْحَدُونَ

Sebagaimana terpalingnya mereka itu (daripada menyembah Allah),
terpaling juga orang-orang yang mengingkari keterangan-keterangan Allah.
👉Zajrun

Ayat 64
اللَّهُ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ قَرَارًا
وَالسَّمَاءَ بِنَاءً
وَصَوَّرَكُمْ فَأَحْسَنَ صُوَرَكُمْ
وَرَزَقَكُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ ۚ
ذَٰلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ ۖ
فَتَبَارَكَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ

Allah yang menjadikan bumi sebagai tempat penetapan untuk kamu,
dan langit sebagai bumbung yang kukuh binaannya;
dan Ia membentuk kamu lalu memperelokkan rupa kamu, serta dikurniakan kepada kamu dari benda-benda yang baik lagi halal.
Yang demikian (kekuasaanNya dan kemurahanNya) ialah Allah Tuhan kamu;
maka nyatalah kelebihan dan kemurahan Allah, Tuhan sekalian alam.
👉Dalil aqli ke 2
Dalil amfusi وَصَوَّرَكُمْ فَأَحْسَنَ صُوَرَكُمْ
Bekas قَرَارًا
Rezeki baik2 nisbah rezeki makhluk lain.

Ayat 65
هُوَ الْحَيُّ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ
فَادْعُوهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ ۗ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Dia lah Yang Tetap Hidup; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia;
maka sembahlah kamu akan Dia dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata.
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
👉allah yg memiliki qudrat dan tidak akan mati.

Bahagian pertama.1-65
Bahagian kedua.66-akhir 85

Ayat 66
قُلْ إِنِّي نُهِيتُ
أَنْ أَعْبُدَ الَّذِينَ تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ
لَمَّا جَاءَنِيَ الْبَيِّنَاتُ مِنْ رَبِّي وَأُمِرْتُ أَنْ أُسْلِمَ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku dilarang
menyembah benda-benda yang kamu sembah yang lain dari Allah
- setelah datang kepadaku keterangan-keterangan yang jelas nyata dari Tuhanku;
dan aku diperintahkan supaya tunduk taat bulat-bulat kepada perintah Tuhan sekalian alam".
👉Iyadah dalil wahyi
Allah titah khas untuk nabi

Ayat 67
هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ تُرَابٍ
ثُمَّ مِنْ نُطْفَةٍ
ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ
ثُمَّ يُخْرِجُكُمْ طِفْلًا
ثُمَّ لِتَبْلُغُوا أَشُدَّكُمْ
ثُمَّ لِتَكُونُوا شُيُوخًا ۚ
وَمِنْكُمْ مَنْ يُتَوَفَّىٰ مِنْ قَبْلُ ۖ
وَلِتَبْلُغُوا أَجَلًا مُسَمًّى
وَلَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ

Dia lah yang menciptakan kamu dari tanah,
kemudian dari (setitis) air benih,
kemudian dari sebuku darah beku,
kemudian dari seketul daging;
kemudian Ia mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian kamu (dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa;
kemudian kamu (dipanjangkan umur) hingga sampai menjadi tua.
Dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan sebelum itu.
(Allah melakukan kejadian yang demikian) supaya kamu sampai ke masa yang ditentukan (untuk menerima balasan);
dan supaya kamu memahami (hikmat-hikmat kejadian itu dan kekuasaan Tuhan).
👉Iyadah dalil aqli
Dgn dalil ini mendorong manusia taat.
Tak boleh ke buat manusia dgn terus jadi?
Kebijaksanaan allah.
Buat proses kejadian manusia,
Allah juga buat cara2nya.
Malaikat yg taat.
Diberi peluang ikhtiar untuk manusia.

Ayat 68
هُوَ الَّذِي يُحْيِي وَيُمِيتُ ۖ
فَإِذَا قَضَىٰ أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ

Dia lah yang menghidupkan dan mematikan;
oleh itu apabila Ia menetapkan jadinya sesuatu perkara maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu menjadilah ia.
👉allah arah malaikat .
Memberi roh hidup.
Mencabut roh mati.
Bukan bererti semua berlaku dgn kun fayakun.
Ini menunjukan cepatnya iradah atau tiada siapa pun boleh pinda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan