Selasa, Mei 09, 2017

Mustolah hadis sesi 2

Selayang pandang sejarah pertumbuhan ilmu mustalah dan peringkat2nya.

Al hujurat ,6
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

Maksud Hadis
Semoga allah menyinari sesaorang yg mendengar hadis drp kami lalu ia menyampaikannya mengikut apa yg didengari .Maka betapa ramai orang disampaikan berita itu lebih menjaganya daripada orang yg mendengar yg mula2(orang dengar yg pertama)

✍Dengar dengan tepat dan penuh perhatian

Maksud riwayat lain
Alangkah banyaknya orang yg membawa fiqh kepada orang yg lebih memahami daripadanya .Dan betapa banyak orang yg membawa fiqh tetapi ia bukan fiqh.

Inilah prinsip kepastian dalam
menukilkan riwayat ,
cara menjaganya
dan berhalus
serta teliti dalam memnyampaikannya

Tidak pernah ulama bertanyakan tentang sanad .Tetapi apabila berlaku fitnah ,mereka berkata:
Sebutkan kepada kami tokoh2 kamu .
Lalu dilihat kepada ahli sunnah maka diambil riwayat mereka kemudian dilihat kepada pula kepada ahli bidah lalu tidak diambil riwayat mereka...Ibnu Sirin dalam muqaddimah sahih muslim

Berdasar prinsip ini ,riwayat tidak diterima kecuali telah diketahui sanadnya,
Maka munculah
Ilmu al jarh wa al ta'dil
Perbincangan tentang perawi,
Pengetahuan tentang sanad muttasil(bersambung) dan munqati(terputus)
dan pengetahuan tentang kecacatan yg tersembunyi(ilat)
Sunan sittah
Dalam jami tirmizi (dan ada ilmu lain juga)
dan
sunan nasaei memberitahu masalah hadis
Zaman tabiin tak ramai yg berdusta.

Kemudian ulama meluaskan perbincangan ilmu2 tersebut sehingga muncul Ilmu berkait dgn hadis
Sudut penjagaan (Muatok iman malik campur semua)
Catatan .
Method(kaedah) penerimaan  dan Penyampaian, pengetahuan tentang nasikh dan mansukh,
(Contoh wajib mandi bila keluar air
Jadi kalu tak keluar air tak wajib)
Perkataan yg sukar (gharib)dsbgnya.
(Ada kamus hadis )

Perkembangannya terus berlaku sehingga ilmu yg berkait hadis dicatitkan dan dibukukan tetapi masih berselerak didlm pelbagai kitab dan bercampur dgn ilmu2 lain seperti ilmu usul ,fiqh dan hadis.
(Kitab iman syafie sebut sanad)
(Imam nawawi tidak meriwayatkan dgn sanad.

Setelah ilmu ini matang dan istilahnya kemas serta dapat berdiri sendiri pada abad ke4 hijrah .

Ilmu rijal atau perawi hadis
Memperkenal ulama hadis.
Catitan nama2 perawi
Kekuatan-kelemahan
Benar-bohong
Ilmu tarikhruah.
Tahun berapa dia mula nyanyok?
Selepas dia  celaru dah tak boleh ambil dah hadis drnya.
Tarikh  kelahiran
Tarikh kematian
Keadaan perawi
Jika kitab terbakar diambil kira,s ebab catatannya hilang.

Ilmu usul fiqh adalah kaedah mengeluarkan hukum.

Muhamad al hasan al Ramshurmuzi (mati 360h)
Ulamak pertama Menyusun ilmu mustalah hadis secara berasingan  dalam kitab al Muhaddith al fasil bayna al rawi wa al wa'i.

Karangan2 yg terkenal dalam ilmu mustalah alhadis
1.al muhaddith al fasil bayna al rawi wa al wai
Oleh al qadi Muhamad al hasan bin Khalid al Ramahurmuzi(wafat 360h)
2.Marifah Ulum al hadith
Oleh Abu abdullah al hakim al naysaburi (wafat 495h)
3.a l mustakhraj ala marifah ulum al hadith.
Oleh abu nu'aym ahmad bin abdullah al asfahani(wafat 430h)
4.alkifayah fiilm al riwayah
Oleh abu bakr ahmad bin ali bin thabit alkahtib al baghdadi(wafat 463h)
✍Ada lebih 15 buah kitab mustalah hadis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan