Khamis, November 16, 2017

Daurah tafsir 2016 sesi 4(istilah 12-16

Pandangan jangan bebas untuk elak zina.

12.Istilah ke dua belas.
Idmaj atau jumlah mahzufah.
Mafhum Idmaj ialah suatu jumlah yg tiada disebut didlm al Quran ,tetapi mesti ditakdirkan(yg dihazafkan) bg melahirkan makna sebenar sesuatu ayat ,atau dinamakan di dlm istilah lughah(bhs)Arab ,iaitu "jumlah muqqaddaroh.

Tak sepatutnya.SAYA UCAPKAN TERIMA KASIH.,cukup terima kasih.

Contoh Idmaj
Surah al-Baqarah Ayat 17
مَثَلُهُمْ كَمَثَلِ الَّذِي اسْتَوْقَدَ نَارًا فَلَمَّا أَضَاءَتْ مَا حَوْلَهُ ذَهَبَ اللَّهُ بِنُورِهِمْ وَتَرَكَهُمْ فِي ظُلُمَاتٍ لَا يُبْصِرُونَ

Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).
مَثَلُهُمْ كَمَثَلِ الَّذِي اسْتَوْقَدَ نَارًا
وفي ذلك الموضوع رجال قاعدون
Drp jumlah mahzufah dinamakan Idmaj

13.Istilah yg ke tiga belas.
Idkhol Ilahi
Dari segi bahasa disebut pencegahan Allah.
Mafhum Idkhal Illahi ialah yg didtgkan dicelah diantara Ayat yg berhubungan diantara satu sama lain.
Tujuan didtgkan Ayat idhkal Ilahi ini ialah supaya ada penekanan khas daripada Allah SWT pada penurunan ayat2  tersebut.
Kadang2 juga Idkhal Ilahi (pencerahan Tuhan)didtgkan sebagai jawapan kepada soalan muqaddar ditengah ayat tersebut. wallahuwaallam.
Contoh Idkhal Ilahi
Surah Ghafir/mukmin 28
وَقَالَ رَجُلٌ مُؤْمِنٌ مِنْ آلِ فِرْعَوْنَ يَكْتُمُ إِيمَانَهُ أَتَقْتُلُونَ رَجُلًا أَنْ يَقُولَ رَبِّيَ اللَّهُ وَقَدْ جَاءَكُمْ بِالْبَيِّنَاتِ مِنْ رَبِّكُمْ ۖ وَإِنْ يَكُ كَاذِبًا فَعَلَيْهِ كَذِبُهُ ۖ وَإِنْ يَكُ صَادِقًا يُصِبْكُمْ بَعْضُ الَّذِي يَعِدُكُمْ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي مَنْ هُوَ مُسْرِفٌ كَذَّابٌ

Dan (pada saat itu) berkatalah pula seorang lelaki yang beriman dari orang-orang Firaun yang menyembunyikan imannya: "Patutkah kamu membunuh seorang lelaki kerana ia menegaskan: `Tuhanku ialah Allah? ' - sedang ia telah datang kepada kamu membawa keterangan-keterangan dari Tuhan kamu? Kalau ia seorang yang berdusta maka dia lah yang akan menanggung dosa dustanya itu, dan kalau ia seorang yang benar nescaya kamu akan ditimpa oleh sebahagian dari (azab) yang dijanjikannya kepada kamu. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang yang melampaui batas, lagi pendusta.

وَإِنْ يَكُ كَاذِبًا فَعَلَيْهِ كَذِبُهُ ۖ
Didtgkan dicelah hujan.
رَجُلٌ مُؤْمِنٌ مِنْ آلِ فِرْعَوْن

14.Istilah keempat belas.
I'adah
Dari segi bahasa ialah pengulangan semula kalimah yg telah disebut supaya maksud hukum yg didtgkan pada akhir sesuatu ayat dapat difahami dgn mudah atau kalimah I'adah itu akan mendekatkan semula hukum yg akhir dgn kandungan2 yg panjang sebelumnya.wallahwaallam.
Contoh I'adah
Surah waqiah ayat 83
فَلَوْلَا إِذَا بَلَغَتِ الْحُلْقُومَ

Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, -

Iaitu hukum أرتباطdidtgkan لولاkalimah dgn khabar.

15.Istilah kelima belas.
Khatmul Qolbi -ختم القلب-kunci mati mata hati.
Mafhum Khatmul Qalbi ialah ayat2 yg didtgkan sebagai keputusan terakhir drp Allah SWT keatas penentang da'wa.Keadaan ini berlaku setelah diberi peluang oleh Allah SWT  bg menerima da'wa dgn cara dicipta akal fikiran,penglihatan,pendengaran.
Juga didtgkan kepadanya pembawa da'wa drp nabi dan rasul serta pengikut2 mereka.
Mereka dtg untuk memberi penjelasan dgn dalil dan bukti serta contoh tauladan dan nasihat yg berguna.
Dengan adanya semua ini pun ,para penentang masih berdegil bahkan melawan terus ,maka Allah SWT akan menarik balik kebolehan dan peluang itu mengikut hikmah ilahiah dan takdir ilahi dan seterusnya dikunci mati segala sebab .
Apabila sesaorang itu berada pada tahap ini,maka tiada lagi jln yg boleh menyampaikan kepada haq-perkara ini dinamakan khotmul Qolbi.boleh dengar dan faham  kebenaran tapi tidak boleh terima .allah yg tak mahu bg.
Golongan yg kekal dlm neraka.

3 perkara disebut tentang khotmul Qolbi ini:
1.Apa makna khotmul Qolbi?

2.Bagaimana cara khotmul Qolbi berlaku dan kenapa berlaku.
Sedikit demi sedikit
3.Siapa yg melakukan khotmul Qolbi ini.
Allah sendiri.ini hak Allah,jaga diri masing2.

Contoh khotmul Qolbi
Surah al araf Ayat 179
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَا يَسْمَعُونَ بِهَا ۚ أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
لَهُمْ قُلُوبٌ لَا يَفْقَهُونَ

Makna  khotmul Qolbi

Surah mutoffin ayat 14
كَلَّا ۖ بَلْ ۜ رَانَ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.

كَلَّا ۖ بَلْ ۜ رَانَ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ
Bagaimana cara khotmul Qolbi.

Surah al Baqarah Ayat 7
خَتَمَ اللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ وَعَلَىٰ سَمْعِهِمْ ۖ وَعَلَىٰ أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.

خَتَمَ اللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ
Yg melakukan khotmul Qolbi.

Surah an nahl  Ayat 108
أُولَٰئِكَ الَّذِينَ طَبَعَ اللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ وَسَمْعِهِمْ وَأَبْصَارِهِمْ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ

Mereka itulah orang-orang yang telah dimeteraikan Allah Taala hati mereka dan pendengaran mereka serta penglihatan mereka; dan merekalah orang-orang yang lalai.

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ طَبَعَ اللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ
Siapa yg melakukan khotmul Qolbi.

Kena fikir,bimbang2 Allah yg tak mahukan kita agar dapat kenikmatan disyurga.
Hendaklah berusaha mempunyai Sifat berjaga2 dan sentiasa berdoa .
Tahap satu Tanya ya ko?permulaan sesat
Tahap kedua,dari ya dan tidak,mula terima tidak.boleh lagi kembali jika mahu.
Tahap ketiga tahap melawan bila diajak.
Tahap dikunci mati.khotmul Qalbi.jika tidak ada usaha kepada mengikuti wahyu.

Khatmul Qolbi -hak allah kunci mati mata hati.,
Tahap 4
Berdekit2.
Mula malap lama2 gelap.

16Istilah ke enam belas.
Robtul qolbu-ربط القلب-iaitu peneguhan hati atau keyakinan sejati.
Mafhum robtul Qolbi ialah ayat2 yg ada didlmnya berita tentang keadaan hati sesaorang pembawa da'wa yg istiqomah didlm pendiriannya menegaskan hukum sekalipun didtgi berbagai2 ujian dan cubaan.
Mereka tetap teguh setelah berjaya menempuh ujian dan dugaan tersebut.
Hati mereka akan sampai ke peringkat paling tinggi dan mulia,dan apabila telah sampai ke peringkat ini,sukar untuk kembali ke arah kesesatan.
Kesemua para sahabat nabi Muhamad saw telah sampai ke peringkat ini .wallah wallam.

Contoh robtul Qolbi
Suarah Al-Kahfi Ayat 14
وَرَبَطْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا فَقَالُوا رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَنْ نَدْعُوَ مِنْ دُونِهِ إِلَٰهًا ۖ لَقَدْ قُلْنَا إِذًا شَطَطًا

Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

وَرَبَطْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ
Ashabul kahfi-setelah mereka sanggup berdiri dan mengeluarkan hujah2 diatas pegangan dan pendirian mereka,mereka diberi robtul Qolbi.

1.Nak belajar adalah hidayah yg pertama.
2.Diuji berbagai,diri sendiri,dari luar keadaan hidup.
3.Tahap istiqamah
Lebih berat ujian,lebih
4. robtul Qolbi.sahabat nabi tahap ni.kita kena usaha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan