Sesi 11
USUL KE 4
HADIS YG TIDAK SESUAI DAN TIDAK LAYAK DENGAN KEDUDUKAN MALAIKAT DAN MENGAIBKAN MEREKA.
Seperti menampakkan mereka makhluk yg bodoh dan tersalah dlm melaksanakan tugas menderhakai Allah,melakukan dosa yakni mereka tidak maksum dan sbgnya
Begitu juga dgn hadits dan riwayat2 yg mengambarkan para malaikat seperti kartun2 dan menyatakan kejadian mereka selain dari nur.
Usul ini penting kerana ia berkait dgn aqidah umat Islam iaitu rukun iman.
Malaikat adalah kejadian yg sempurna.
Malaikat boleh menyerupai manusia tetapi tetap tidak makan dan minum.seperti malaikat yg dtg kepada nabi Ibrahim sehingga nabi Ibrahim takut dan tidak kenal bila ia tidak menyentuh makanan yg dihidangkan.
Malaikat juga tidak berkahwin walaupun ketika menjelma sebagai manusia.Tidak melakukan dosa dan berbeza dari kejadian manusia.Jelmaan malaikat sebagai manusia adalah lelaki yg kacak (seperti Dihyah-sahabat nabi yg rupanya menyamai nabi saw)
Malaikat tidak akan berupa dgn
rupa yg kotor atau huduh atau seperti binatang(binatang itu adalah jin.)Dan tidak mungkin dan mustahil semasa jelmaan melakukan dosa.
Jika Ada yg kepercayaan malaikat boleh berupa seperti babi,makhluk yg bodoh dan boleh ditipu,tersalah menjalankan tugas,seperti tersalah ambil nyawa,tidak tepat menjalankan tugas pada masa yg allah tetapkan atau menderhakai Allah.Juga pernah tersalah membawa wahyu kepada nabi muhamad saw bukan kepada Ali dan melakukan dosa.Ada juga yg percaya setiap titisan air mandi wajib kerana kahwin mut'ah akan menjadi malaikat.Semua ini karut.
Dgn usul ini akan memudah kepercayaan yg karut itu. ditolak.
Antara contoh yg boleh dikemukakan bg usul ini ialah:
Contoh 1.
Dikatakan hadits
إسماعيل بن عياش : حدثنا عبد الله بن محمد ، عن يحيى بن أبي كثير ، عن سعيد الأزدي ، قال : شهدت أبا أمامة وهو في النزع ،
فقال لي : يا سعيد ! إذا أنا مت
، فافعلوا بي كما أمرنا رسول الله - صلى الله عليه وسلم -
قال لنا : إذا مات أحدكم فنثرتم عليه التراب ، فليقم رجل منكم عند رأسه ، ثم ليقل : يا فلان ابن فلانة ؛ فإنه يسمع ، ولكنه لا يجيب . ثم ليقل : يا فلان بن فلانة ،
فإنه يستوي جالسا ، ثم ليقل : يا فلان بن فلانة ، فإنه يقول : أرشدنا يرحمك الله . ثم ليقل : اذكر ما خرجت عليه من الدنيا ؛ شهادة أن لا إله إلا الله ، وأن محمدا عبده ورسوله ،
وأنك رضيت بالله ربا ، وبمحمد نبيا ، وبالإسلام دينا . فإنه إذا فعل ذلك ، قال منكر ونكير : اخرج بنا من عند هذا ، ما نصنع به وقد لقن حجته ؟ قيل : يا رسول الله ، فإن لم أعرف أمه . قال : انسبه إلى حواء . [ ص: 363 ]
Maksudnya Said bin alAzdillah berkata,Aku menyaksikan Abu Umamah ketika beliau sedang nazak (yakni hampir meninggal dunia)beliau berkata,apabila aku mati nanti,kamu lakukanlah kepada ku apa yg rasullah saw suruh lakukan kepada orang mati dikalangan kami.Rasullah saw menyuruh kami katanya ,apabila ada sesiapa dikalangan kami meninggaldunia dan kamu selesai mengebumikannya ,maka hendaklah ada sesaorang berdiri dikepala kuburnya ,kmdn hendaklah dia berkata,wahai fulan bin fulanah sesungguhnya dia mendengar kata2nya walaupun dia tidak dapat menjawab.Seterusnya hendaklah dia berkata ,Wahai fulan bin fulanah ,simati akan bangkit dan duduk dan akan simati akan berkata,tolonglah aku,semoga engkau dirahmati allah tetapi orang2 yg hidup tidak sedar.ingatlah penyaksian mu.Sesungguhnya telah reda Allah sebagi tuhan,..malaikat akan pergi.Allah akan menjadi pembela .....
Komentar
Sudut dirayat
Malah tak boleh dipanggil hadits pun.
Kerana malaikat digambarkan makhluk yg bodoh dan boleh ditipu.
Semudah itu shj melepaskan dr soalan2 malaikat ?
Ada kah hadits ini mengambarkan malaikat itu cerdik?
Hadits ini mengambarkan betapa lemahnya malaikat.
Bacaan talkin boleh menyelamatkan pertanyaan malaikat?
Semudah itukah malaikat itu diperdayakan?
Ini mengaibkan malaikat,seolah2 bodoh dan mudah ditipu.
Bolehkah hadis ini dipakai?
Hadits ini berkait dgn aqidah.
Dan lebih teruk sesiapa yg tidak terima ini ,dituduh pula dgn berbagai tuduhan dan dipandang serong.
Jalaludin sayuti sendiri pun kata ,sepakat ulamak hadis kata hadits2 seperti ini dhaif.
Sesi 12
Tanda2 hadits mauduk( Dlm istilah mutaqaddimin,dhaif itu mauduk juga)
Malaikat dilihat mudah ditipu.
Semata2 kerana telah diajar atau ditalkinkan simati akan selamat dr soalan malaikat.
Contoh lagi
Konon Malaikat dijadikan dari air.
Yaitu Air mandi wajib apabila berkahwin secara mut'ah
Ini adalah untuk menyatakan tabaro(berselindung untuk menyatakan kebencian-sekali pandang eluk tetapi disebaliknya tidak) kepada malaikat . Tabarok terhadap malaikat kerana syiah sangat benci pada malaikat jibrail dan mikail.
(Sudut konon malaikat melakukan dosa)
Malaikat yg menyamar sebagai manusia, tetap tidak makan ,berkahwin atau tidak melakukan dosa seperti berzina ,membunuh dan sbgnya .
Konon malaikat akan beristighafar untuk orang yg melakukan mutaah dan melaknat orang tidak melakukanya.
Konon juga hidung akan ropong dipadang mahsyar itu nanti jika tidak melakukan mutaah.
Mutaah adalah kahwin kontrak.
Tak perlu wali dan saksi
Yg perlu maskahwin dan tempuh shj.untuk aqad.
Contoh,Saya (perempuan)kahwinkan diri saya dgn mas kahwin sebanyak sekian selama sekian dan silelaki kata setuju terima,maka sahlah perkahwinan itu.
Perkahapwinan boleh sehingga seribu orang dlm masa yg sama.
Kerana perempuan itu hanyalah sewaan.bukan hamba atau isteri.
Dgn perempuan pelacur pun tidak ada pelacuran atau pezinaan setelah diaqad sebegitu.
Boleh dilakuan juga dgn perempuan nasrani.
Syiah imam 12 terima ini.
Hanya syiah zaidiyah sahaja yg tak terima perkahwinan ini.
Imambara=konon tempat atau istana atau hotel,persinggahan imam mahadi.
Mereka akan menyediakan siapa shj untuk imam mahadi.
Anak akan jadi sayyid
Disitu ada bilik2 kecil dgn perempuan disediakan.imam mahadi tk tau akan dtg bila.
Pada 10muharam akan berhimpun ramai2.
Sesi 16
Contoh ke3
Ayat quran yg cuba dikaitkan dgn israeiliyat .
Kisah harut dan marut.
وَاتَّبَعُوا مَا تَتْلُو الشَّيَاطِينُ عَلَىٰ مُلْكِ سُلَيْمَانَ ۖ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَٰكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنْزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ ۚ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلَا تَكْفُرْ ۖ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ ۚ وَمَا هُمْ بِضَارِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ ۚ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنْفَعُهُمْ ۚ وَلَقَدْ عَلِمُوا لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِنْ خَلَاقٍ ۚ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا بِهِ أَنْفُسَهُمْ ۚ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 102
👉Riwayat israeliyat telah merosakan kefahaman ramai orang terhadap ayat ini.
KeFahaman malaikat yg mengajar ilmu sihir(ilmu yg memporak-perandakan rumahtangga) setelah bg peringatan jangan jadi kafir.
Siapakah Harut dan Marut?
Ada 5 pendapat ,siapa harut dan marut.
1.Malaikat.
2.Manusia yg sangat baik
3.Bukan manusia dan bukan malaikat tetapi Syaitan.
4.Orang jahat yg dipercayai baik oleh masyarakat
5.Syaitan yg menyamar.
Perbezaan pendapat ini kerana kefahaman terhadap makna hakiki dan makna majazi.
Ini juga ayat yg termasuk ayat yg tidak jelas (mutasyabihat)
Perbezaaan juga kerana ,ada yg berpendapat ,perkataan Ma dipermulaan adalah ayat ma mausuullah(isim mausul dgn makna a'llazi)...
Urusan sebagai manusia, diurus oleh malaikat...malaikat tidak mukallaf.
Satu pendapat lagi...
Mengapa allah utuskan harut marut?
Untuk membolehkan dibezakan antara sihir dan wahyu.
Ikut pendapat maududi,ujian dtg dlm bentuk perkara yg disukai manusia seperti lelaki muda yg belum tumbuh janggot dizaman nabi lut.
Dalam quran juga sebut malaikat pd nabi yusuf,ini adalah majaz(kiasan).....
Malaikat maksum,mulia, boleh mengajar yg bercanggah dgn kejadiannya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan