Selasa, November 07, 2017

Tafsir asas quran sesi 47.

Tafsir asas al Quran peringkat asas
sesi 47 ini membincangkan
usul ke15(antara ayat2 muhkamaat dan ayat2 mutasyabihat)
dari ringkasan 20 usul tafsir Al-Quran yg perlu dikuasai untuk memahami Al-Quran  dengan betul dan selamat .bagaimanapun jika tidak mampu menjadi pentafsir alquran sekurang2nya ia akan jadi panduan untuk menilai bila berhadapan dengan pentafsiran

Usul 15
Bab:Perkara2 yg termasuk dibawah taarif mutasyabihaat.
Perkara2 yg termasuk dibawah takrif(definasi)mutasyabihaat.
Seperti telah disebutkan sebelum ini ,bahawa para ulamak tafsir terbahagi kepada 3 kumpulan dlm menentukan pembahagian ayat2 muhkamaat dan ayat2 mutasyabihaat didlm alquran.
Ada yg mengatakan semua sekali ayat al quran itu muhkam.
Ada yg mengatakan semua sekali mutasyabih dan
ada juga yg mengatakan sebahagian drpnya muhkam dan sebhg yg lain pula mutasyabih.
Pendapat pertama dan kedua tidak perlu dibawa kemeja perbincangan.Kerana kedua2nya hanyalah melihat dan menilai berdasarkan piawaian  bahasa semata2.
Dlm perbincangan ini pendapat golongan ke3 sahaja diambil kira.Ayat2 bagaimanakah bg mereka termasuk dlm muhkamaat dan ayat2 bagaimanakah pula termasuk dlm mutasyabihaat?
Para ulama sekali lagi berbeda pendapat dlm menanggapi persoalan ini.Menurut as-Sayuthi ayat2 mutasyabihaat ialah ayat2 yg mengandungi perkataan atau makna2 berikut:
(1)sifat2 Allah
(2)Istiwaa Allah (diatas Arasy)
(3) Nafs
(4)Wajah
(5)Ain
(6)Yad
(7)Saaq
(8)Sifat hampir
(9)Sifat datang
(10)Sifat kasih
(11)sifat marah dan murka
(12)sifat ridha
(13)sifat hairan dan kagum
(14)sifat rahmat
(15)sifat maiyyah
(16)sifat faraaghahسنفرغ لكم أيها الثقلان
(3)-(16)ini semuanya mutasyabihaat apabila dikaitkan dgn Allah swt.dan
(17)Huruf2 ringkas dipermulaan sesetengah surah al quran(الحروف المقطعة في أوائل بعض السور)
Apa yg disebut as-Sayuti itu semuanya merupakan sifat2 Allah.Semuanya boleh dimasukan dlm senarai ayat2 sifat,kecuali yg ke 17iaitu huruf2 ringkas dipermulaan sesetengah surah al quran .Itupun mengikut sesetengah ulama tafsir merupakan ringkasan kepada nama2 sifat Allah swt juga.
Pengarang kitab at-Talwih(Saaduddin Mas'ud bin Umar at Taftazani as-Syafie m793h) menambahkan 3 lagi sifat Allah yg tidak disebut oleh as-Sayuti tadi.
Qidam (sifat sedia)
Sam'(sifat mendengar) dan
Bashar(sifat melihat).
Pengarang Kasyful Asrar Syarah Usul al-Bazdawi(Alauddin Abdul Aziz bin Ahmad bin Muhamad  al Bukhari al-Hanafi m730H) menulis bahawa hakikat melihat Allah diakhirat nanti.
Yad(tangan),Wajag dan Istiwa Allah diatas Arasy itu merupakan perkara2 yg disepakati ulama tentang mutasyabihaatnya.Sebab itulah tiada nukilan drp mereka sama sekali berhubung dgn pentakwilannya.
Mereka bahkan melarang drp mentakwilkannya.(lihat Kasyful Asrar Syarah Usul al-Bazdawi j.m/s 58-59
Apa yg ditulis pengarang Kasyful Asrar Syarah Usul al-Bazdawi itu sebenarnya tidaklah terhad pada 3 tersebut shj.Malah ia merangkumi semua sifat2 Allah.
Pembahagian Mutasyabihaat berdasarkan kepelbagaian sebab Tasyabuh didlm al-Fauzul Kabir Shah Waliyyullah hanya menyebut 4 perkara shj drp sekian banyak sebab Tasyabuh yg menyebabkan sesuatu ayat itu dianggap sebagai ayat mutasyabihah.
Dibawah ini dikemukakan apa yg ditulis beliau didlm kitab berkenaan:
(1)Disebabkan ada kemungkinan sesuatu dhamir(ganti nama)kembali kepada 2 marji'(nama yg merupakan tempat kembali dhamir dikembalikan)yg berbeza.Contohnya ialah seperti seorang berkata:
أما أن الامير أمرني أن ألعن فلا نا لعنه الله
Bermaksud:Ketahui lah sesungguhnya pemerintah (ketua/pemimpin/gabenor/menteri dan sebagainya)menyuruh saya melaknat sifulan ,semuga Allah melaknatnya.
(2)Sesuatu perkataan yg mempunyai(berkongsi)2 makna,seperti لمستم.Ia boleh bererti bersetubuh dan boleh juga bererti menyentuh dgn tangan.
(3)Disebabkan ada kemungkinan 'athaf kepada satu perkataan yg dekat dan yg jauh.
Contoh ialahوأمسحوا برؤوسكم وأرجلكمdengan mengambil kira qiraat yg membaca dgn kasrah أرجل
(4)Disebabkan ada kemungkinan sesuatu haraf dipakai sebagai haraf 'athaf dan haraf isti'naaf,seperti dlm firman allahوما يعلم تأويله الاالله والراسخون في العلم يقولون ءامنابه
Menurut Raghib al-Isfahani(Abu al-Qasim al-Husin bin Muhamad m 502h)didlm mufradaat fi gharib al quran,ayat2 mutasyabihaat (yg tidak terang dan tidak jelas maknanya)terbahagi kepada 3 bhg
(1)Mutasyabih dgn sebab lafaznya.
(2)Mutasyabih dgn sebab maknanya.
(3)Mutasyabih dgn sebab lafaz dan makna,kedua2 sekali.
Mutasyabih dgn sebab lafaz terbahagi pula kepada 2bhg
(1)Mufrad.
(2)Murakkab.

Musyabih(dengan sebab lafaz)Mufrad terbahagi kepada pula kepada 2:
(a)mutasyabih kerana keganjilannya
متشابه من جهة الغرأبه
Seperti perkataan أب،هلوعاdan tidak jelas maknanya.
أب،
Perkataan يزفون.
Kerana boleh jadi ia dipakai dgn makna2 rumput,padang rumput atau dgn makna yg lain lagi.
Sesetengah kepada binatang أب,ulamak berpendapat sama seperti buah2an kepada jarang digunakanهلوعاmanusia.Perkataan oleh orang2 biasa.Ia adalah bahasa sastera yg tidak diketahui semua orang maknanya.Maknanya juga ada beberapa.
Antaranya ialah terlalu takut dan tidak sabar ,lapar kedekut dll.
Maknanya يزفون.Demikian juga perkataan tidak diketahui semua orang,selain tidak  jelas dan tidak dapat dipastikan maknanya dgn tepat.Kerana ia boleh jadi bererti bergegas pergi ,berlari dll

Musyabih kerana lafaznya dikongsi
متشابه من جهةالمشاركةفي الفظ
Seperti perkataan Yad dan Ain mempunyai beberapa makna.Makna2 itu berkongsi lafaz yg sama.Walaupun pada asalnya ia bermakna tangan,tetapi sering juga dipakai dgn makna2  yg lain seperti kuasa,nikmat,pertolongan,pemegang atau hulu sesuatu seperti pedang,kekuatan,keupayaan,milik dll.

Mutasyabih murakkab(dgn sebab beberapa lafaz bergabung menjadi satu ayat)terbahagi kepada 3bhg:
(a)mutsyabih kerana ringkas
متشابه للاختصاروالايجاز
Antara contohnya didlm al quran ialah firman allah ini:
وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَىٰ فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَىٰ وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ ۖ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَلَّا تَعُولُوا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
-Sura An-Nisa', Ayah 3
Diantara fi'il syarat dan jawab syarat ada sesuatu yg dibuang.Kerana agak panjang,maka ia dibuang untuk meringkaskan cerita.Tafsir bersama2 dgn apa yg ditaqdirkan dlm firman Allah ini adalah seperti berikut:
وأن كانت لكم تحت حجر أحدكم يتمة وخاف ألا يعطيها مهر
فليتركها ألى ما سوأها فان النساءكثيرولم يضيق الله عليه
فانكوا
Maksudnya :Jika ada anak yatim dlm perlindungan mu,(walaupun kamu hendak mengahwininya)tetapi kamu  takut tidak akan memberikan kepadanya mas kahwin yg selayak dgnya,maka jangan berkahwinlah dgnnya.Sebaliknya carilah perempuan2 lain.Kerana orang perempuan itu ramai,mudah dicari.
Maka berkahwinlah dgn
Boleh juga mahzuf(dibuang)itu ditaqdir dgn lebih ringkas,begini :
أي فلا تتزوجوهن وأنكحوا
Maksudnya:Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan2 yatim (apabila kamu berkahwin dgn mereka dan sebaliknya)berkahwinlah dgn sesiapa yg kamu berkenan dari perempuan2(lain),sampai 2,3@4.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan