Usul ke 15
Antara ayat2 muhkamaat{Muhkam(s) atau muhkamaat(j)} Dan ayat2 Mutasyabihaat.
Sebelum pergi lebih jauh,para pelajar tafsir al quran perlu mengetahui perbezaan pandangan ulama tentang apa yg dinamakan sebagai ayat2 muhkamat dan ayat2 mutasyabihat.
Apa yg disepakati sebagai ayat2 mutasyabihaat dan apa pula yg tidak disepakati.
Disana terdapat 3 pendapat ulama tafsir tentangnya:
(1)Ada ulama mengatakan ayat2 al quran itu semuanya muhkamaat.Dalilnya disisi mereka ialah firman Allah berikut:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ الر ۚ كِتَابٌ أُحْكِمَتْ آيَاتُهُ ثُمَّ فُصِّلَتْ مِنْ لَدُنْ حَكِيمٍ خَبِيرٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Alif, Laam, Raa'. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.
-Sura Hud, Ayah 1
Bg mereka sebabnya semua ayat alquran itu muhkamaat ialah kerana:
(a)susunan bahasanya semuanya teguh dan kukuh.
(b)Semua dalil dan buktinya kuat dan teguh
(c)setiap ayatnya betul dan benar.
(d)setiap ayat quran bersih dari segala kekurangan dan terpelihara dari segala drp kesilapan sama ada pad perkataan atau maknanya.
Berbeza hadis walaupun ada sanad dan kajian ,masih ada kesalahan kerana perawi itu manusia.
(e)Ia penuh dgn hikmat atau maknanya.
(f)al quran adalah kalam Allah ,Tuhan yg maha Bijaksana dan ilmu yg tepat dan kemas.
(g)Tidak ada didlmnya perkara sia2 dan senda gurau.Semuanya tegas dan bukan main2(serius)
(h)Ia terpelihara drp segala bentuk kebatilan dan penyelewengan.
Apa yg dikemukakan sebagai sebab bg muhkamnya(teguh dan kukuhnya)semua ayat2 alquran itu terkandung dlm ayat 1surah hud yg dibentangkan diatas.
Pendapat
(1)Ini sebenarnya memakai perkataan muhkam atau muhkamaat dlm makna bahasa Arabnya semata2.Ia tiada kaitan dgn makna istilahinya yg terpakai dlm ulum al quran.
Memanglah menurut bhs arab muhkam bererti teguh,kukuh,kuat,kemas,teratur dan tersusun dgn baik,benar,betul dll seperti telah disebutkan tadi.
(2)Ada yg mengatakan kesemua ayat2nya mutasybihaat.
Dalilnya ialah firman Allah dibwh ini:
اللَّهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَابًا مُتَشَابِهًا مَثَانِيَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكَ هُدَى اللَّهِ يَهْدِي بِهِ مَنْ يَشَاءُ ۚ وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.
-Sura Az-Zumar, Ayah 23
Mutasyabihaat dari bahasa saling bersamaan atau menyerupai atau bersamaan antara satu sama dgn yg lain (atau satu lagi makna saling tak jelas atau samar)
Sebab semua ayat alquran itu mutasyabihaat ialah kerana :
(a)kefasihan dan kesenian bahasanya sama.
(b)kebenaran yg terdapat didlm semua ayat2nya adalah serupa dan sama.
(c)Setiap ayat didlmnya merupakan mukjizat dan turun drp Allah,ia bukan hasil karangan manusia,semuanya adalah sama antara satu dgn yg lain.
(d)saling membenarkan,menyokong dan mentafsirkan satu sama lain.
(e)kesamaan dan keserupaan yg sempurna membuatkan ayat2nya tidak bercanggah dan bertentangan antara satu dgn yg lain.
Kedua2 pendapat yg dikemukakan diatas,baik tentang muhkam atau mutasyabihaat tidak dipakai dlm makna istilahinya,malah makna2 yg diberikan itu hanya menurut bahasa arab semata2.
(3)ada pula yg mengatakan sebahagian ayat alquran muhkamaat ,sebahagian yg lain pula mutsyabihaat.Inilah pendapat yg ini betul dlm bab ini.
Dalil yg menjadi pegangan mereka ialah firman allah berikut
هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ آيَاتٌ مُحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ ۖ فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ ۗ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ ۗ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا ۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbullah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 7
Erti muhkam dan mutasyabihaat menurut istilah
Para ulama juga berbeza pendapat dlm mentakrifkan(mendefinasikan)makna muhkam dan mustasyabih.
Dibawah ini dikemukakan beberapa takrifnya(definasinya)seperti mana yg dikemukakan oleh para ulama usul:
(1)Muhkam ialah sesuatu yg diketahui maksudnya sama ada kerana kejelasannya atau kerana dapat ditakwil(ditafsirkan).
Mutasyabih pula ialah sesuatu yg diketahui Allah shj,seperti bilakah akan berlaku hari kiamat,bilakah akan keluar Dajaal dan maksud sebenar huruf2 ringkas dipermulaan beberapa surah al quran .Menurut al qurthubi,inilah takrif mutasybih yg terbaik.
Al Alusi mengaitkannya dgn pegangan Ahlul as sunnah wal jamaah.
Menurut beliau,inilah takrif yg terpilih.
Al Aamidi mengatakan takrif (1)&(2)selepas ini adalah paling sahih.
(2)Muhkam ialah perkataan atau ayat yg terang maknanya.
Mutsyabih ialah yg tidak terang maknanya.
(3)Muhkam ialah sesuatu perkataan atau ayat yg terang dan jelas maknanya sehingga tidak mungkin dihapuskan dan dan tidak difahami.
Mutasyabih pula ialah sesuatu perkataan atau ayat yg begitu tersembunyi dan rumit maknanya sehingga tidak dapat ditentukan,baik dgn aqal mahupun dgn naqal.Allah sahaja yg mengetahui tentangnya, seperti tentang bilakah akan berlaku hari qiamat,bilakah akan keluar Dajal dan maksud sebenar huruf2 ringkas dipermulaan beberapa surah al quran.
Al Alusi mengatakan ini ialah pendapat tokoh2 ulama Hanafiyah.
(4)Muhkam ialah sesuatu perkataan atau ayat yg tidak dapat menerima kecuali satu makna atau tafsiran shj.
Adapun mutasyabih ,maka ia adalah sesuatu perkataan atau ayat yg dapat menerima beberapa makna dan tafsiran.Pendapat ini dikaitkan dgn Ibnu Abbas.Ia dipakai oleh kebanyakan Ushuliyyin.Iman Asy-Syafie dan Syah Waliyullah adalah antara tokoh yg menerima pakai takrif ini,
(5)Muhkam ialah sesuatu yg dapat difikir dgn aqal.
Mutasyabih pula ialah sesuatu yg tidak dpt difikir dgn aqal seperti bilangan rakaat solat,kewajipan berpuasa dibulan Ramadan bukan dibulan Syaaban dan ini ialah pendapat al mawardi.
(6) Ayat2 yg berkaitan dgn kewajipan dan tanggungjawab adalah muhkam.
Sementara ayat2 yg berkaitan dgn kisah2 ,perbandingan dan perumpamaan pula adalah mutasyabih.
(7)Muhkam ialah ayat2 yg berkaitan dgn amalan.
Mutasybih ialah yg hanya berkaitan dgn keimanan.
(8)Ayat2 Nasikh adalah muhkam.
Ayat2 mansukh pula adalah mutasyabih.
(9)Muhkam ialah sesuatu perkataan atau ayat yg dapat difahami maksudnya sama ada menerusi dalil jali(terang)atau pula dalil khafi(tidak terang).
Mutasyabih pula ialah sesuatu yg tidak ada langsung jalan untuk memahami dan mengetahuinya.
(10)Muhkam ialah sesuatu yg terdiri sendiri dan dapat difahami dgn sendirinya.
Mutasyabih ialah sesuatu yg tidak berdiri sendiri.Untuk memahaminya anda memerlukan kepada sesuatu yg lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan