Rabu, November 08, 2017

Tafsir asas quran sesi 48

Usul 15
Antara ayat2 muhkamaat dan ayat2 mutasyabihaat

Bab (sambungan)Pembahagian Mutasyabihaat berdasarkan kepelbagaian sebab tasyabuh.

[Mutasyabih murokap
Mufrad
Lafaz
Makanan
Lafaz dan makna
Mutasyabih kerana
1.ringkas.
2.tafsil
Contoh firman Allah
Mutasyabih murokap.ayat lengkap tapi mutasyabih kerana ada tasyabuh atau lebih.
Mutasyabih li tafsil
Ayat asal
Laisakamislihi
Kerana huruf kaf yg bercantum dipermulaan mislihi.za Zaidah.
Jika tiada kaf ,laisamislihi lebih mudah difahami.
Tambah kaf dikatakan tafsil
Kaf maknanya seperti muslihin juga seperti
Bila 2seperti jadi makna lain.
Jika kaf tidak huruf tambahan dia ada makna.
Contoh tidak ada sesuatu yg seperti sepertinya.yg serupa yg serupa dgnnya.ini maknanya jadi tak betul.
Dgn sebab ini mn2 kitab akan beritahu ini adalah Zaidah.
Ada Kaf menafikan seperti seperti nya.kenapa Allah bunuh?
Satu kaedah kaf Zaidah ,habis cerita.
Contoh surat raja
Bahawanya Tuanku.
Nya balik kemana?
Nya balik
Balik ke rumahnya?
Nya tu sapa?
Nya tu penyedap sahaja.
Sebenarnya Banyak Zaidah atau tambahan sahaja.
Contoh lagi,allah bukannya lalai.nya tak balik kepada sapa2.ini penguat shj.
Jika nak ambil ada makna boleh juga .tapi dgn makna tiada yg seperti sepertinya pun tiada.ini yg jadi mutasyabih.]
🍐🍐🍐

Diantara fiil syarat dan jawab syarat ada sebab sesuatu yg dibuang.Kerana agak panjang ,maka ia dibuang untuk meringkaskan cerita.Tafsir bersama2 dgn apa yg ditaqdirkan dlm firman Allah ini adalah seperti berikut:
أي وان كانت تحت حجر أحدكم ينتمة وخاف ألا يعطيهامهر مثلهاإلى ماسوها فإن النساءكثيرولم يضيق الله عليه فانكحوا...
Maksudnya ,jika ada anak yatim dlm perlindunganmu(walaupun kamu hendak mengahwininya)tetapi kamu takut tidak akan memberikan kepadanya mas kahwin yg selayak dgnnya,maka jgn berkahwinlah dengannya.sebaliknya carilah perempuan2 lain.Kerana orang perempuan itu ramai ,mudah dicari.Mak berkahwinlah dengan..

Boleh juga yg mahzuf(dibuang) itu ditaqdirkan dgn lebih ringkas,beginiأي فلا تتزوجوهنوانكحوا
Maksudnya:Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan2 yatim (apabila kamu berkahwinmdgn mereka)maka(jgn berkahwin dgn mereka)dan(sebaliknya)berkahwinlah dgn sesiapa yg kamu berkenan dari perempuan2 lain sampai2,3@4

(Perintah Allah supaya berkahwin dgn perempuan lain masih belum jelas,wajib,sunat atau harus.
Ayat tak jelas mutasyabihah.kena tengok Ayat lain,kena tengok hadis.
Kerana sebab turunnya tak jelas)

(b)Mutasyabih kerana tafshil متشابه للتفصيل والبسط.
(Termasuk murokap)
Antara contohnya didlm alquran ialah firman Allah dibawah ini:
فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الْأَنْعَامِ أَزْوَاجًا ۖ يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ ۚ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ ۖ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dia lah yang menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
-Sura Ash-Shura, Ayah 11

Pada bahagian yg bergaris dibawahnya didlm firman allah ini adalah yg dinamakan
Mutasyabih kerana tafshil(متشابه للتفيل والبسط)
Kerana huruf كyg bercantum dipermulaan perkataan مثلهitu adalah huruf tambahan (زائده).Jika tidak dikatakan ia hiruf tambahan,niscaya tidak akan benar maknanya.

(c).Mutasybih sebagai susunan ayat.
(Ini sudut ijaz)
متشابه لنظم الكلا
Contoh firman Allah.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَلْ لَهُ عِوَجًا ۜ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):
-Sura Al-Kahf, Ayah 1

قَيِّمًا لِيُنْذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِنْ لَدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.
-Sura Al-Kahf, Ayah 2

Koyiman قَيِّمًا bersifat Musyabiha

Bahagian yg bergaris didlm firman Allah diatas adalah yg berkenaan.Menurut keterangan Ibnu Abbas,Mujahid dan Az-Zamakhsyari tertib asal ayat itu ialah
الكتاب قَيِّمًا وَلَمْ يَجْعَلْ لَهُ عِوَجًا ۜ
Kerana قَيِّمًاmenjadi hal kepada الكتاب.Ia sepatutnya terletak terus  selepas الكتاب.Tetapi  disini dipisahkan dgn satu jumlah(ayat)lain yg sepatutnya terletak selepasnya.Antara rahsia kenapa Allah mengatur ayat itu demikian pada pandangan al -Allamah Mahmud bin al-Alusi ialah oleh kerana lafaz قَيِّمًاmerupakan sifat musyabahah dan sighah mubalaghah,tidak mengapa kalau ia dipisahkan daripada sahibul Halnya.Olehkerana tidak ada pula benda(khususnya kitab)didunia ini yg langsung tidak ada kurang dan cacatnya,maka segera diletakan وَلَمْ يَجْعَلْ لَهُ عِوَجًا ۜterus selepas الكتاب.Tujuannya ialah untuk menafikan kekurangan atau kecacatan didlm الكتابyg diturunkan itu.Kerana pada kebiasaanya mengikut  hukum adat,tidak ada benda yg langsung tidak kurang.Sedikit sebanyak tentu ada kurang dan cacatnya.Ia ditaqdimkan(didahulukan) untuk ihtiraas(menjaga supaya tidak disalah faham)dan ihtimaam(mengambil berat tentang sesuatu yg patut diambil berat)

Mutasybih dari sudut makna terdapat didlm ayat2 yg memgandungi cerita tentang sifat2 Allah dan juga hal ehwal alam akhirat.

Mutasyabih dgn sebab lafaz dan makna pula terbahagi kepada 5 bahagian.
(a)kerana bilangan ,jumlah atau kuantiti dan umum serta khusus sesuatu perkara tidak jelas
متشابه من جحة الكمتة
Antara contohnya didlm alquran  ialah firman Allah dibawah ini

فَإِذَا انْسَلَخَ الْأَشْهُرُ الْحُرُمُ فَاقْتُلُوا الْمُشْرِكِينَ حَيْثُ وَجَدْتُمُوهُمْ وَخُذُوهُمْ وَاحْصُرُوهُمْ وَاقْعُدُوا لَهُمْ كُلَّ مَرْصَدٍ ۚ فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ فَخَلُّوا سَبِيلَهُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Kemudian apabila habislah (masa) bulan-bulan yang dihormati itu maka bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana sahaja kamu menemuinya, dan tawanlah mereka, dan juga keponglah mereka, serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya. Kemudian jika mereka bertaubat (dari kekufurannya) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
-Sura At-Tawbah, Ayah 5

Orang2 musyrik yg diperintah Allah supaya dibunuh dll didlm ayat diatas masih tidak jelas ,apakah semua mereka atau sebahagian shj?

(b)kerana keadaan dan kaifiyat yg tidak jelas
متشابه من جهة الكيفية.
Samaada ia wajib,sunat dsbnya.Antara  contohnya ialah firman Allah ini:

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَىٰ فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَىٰ وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ ۖ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَلَّا تَعُولُوا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
-Sura An-Nisa', Ayah 3

Perintah Allah supaya berkahwin dgn sesiapa yg kamu berkenan dari perempuan2 (lain)sampai ,2,3@4 itu masih tidak jelas hukumnya,samada wajib ,sunat atau harus shj.Untuk mempastikannya  samada perlu merujuk kepada dalil yg lain pula.

(c)kerana tempat dan sebab turunnya tidak jelas
متشابه من جهة الكان والأمورالتي نزلت فيها
Antara contohnya dari quran ialah

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْأَهِلَّةِ ۖ قُلْ هِيَ مَوَاقِيتُ لِلنَّاسِ وَالْحَجِّ ۗ وَلَيْسَ الْبِرُّ بِأَنْ تَأْتُوا الْبُيُوتَ مِنْ ظُهُورِهَا وَلَٰكِنَّ الْبِرَّ مَنِ اتَّقَىٰ ۗ وَأْتُوا الْبُيُوتَ مِنْ أَبْوَابِهَا ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: "(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji. Dan bukanlah perkara kebajikan: kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa; dan masuklah ke rumah (Kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya."
-Sura Al-Baqarah, Ayah 189

Lihat bhg bergaris .Orang yg tidak mengetahui latarbelakang adat dan ritual orang2 kafir dizaman Nabi saw dan tidak mengetahui pula sebab nuzul ayat diatas tidak akan faham maksudnya dgn semata2 memerhati dan membacanya.

Dan bukanlah kebajikan itu masuk ke rumah melalui pintu belakangnya.kenapa tiada kebajikan?
Jika semata2 baca tak boleh faham tanpa tahu latarbelakang.Ini untuk orang yg pergi haji.adat ini adat yg salah.

(d)kerana syarat sah atau tidaknya sesuatu (seperti solat,zakat,nikah dsbnya)tidak jelas
متشا به من جهة الشروط التى بها يصح الفعل أو يفسد
Antara contohnya didlm alquran firman Allah ini
وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 43

Apakah perintah mendirikan solat dan menunaikan zakat itu perlu dilaksanakan tanpa sebarang syarat?Tentu tidak.Apakah solat dan zakat itu dikira sah walaupun syarat2nya tidak dipenuhi?Tentu tidak.Tidak adakahmpula perkara2  yg boleh merosakannya?Tentu ada.
Tetapi didlm ayat yg sama tidak ada keterangan tentangnya.Maka jadilah ia mutasybih.Walaupun keterangan tentangnya boleh ditemui dlm ayat2 atau dalil2 yg lain.

(e)kerana masa turunnya ayat tidak jelas
متشابه من جهة الزمان
Sedangkan penentuan nasikh dan mansukh seuatu ayat misalnya terhenti atas pengetahuan mengenainya.
Antara contohnya didlm al quran ialah firman Allah dibawah ini:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 102

Melalui ayat ini Allah memerintahkan orang2 yg beriman supaya bertaqwa kepada Allah dgn sebenar2 taqwa melalui ayat 16 dari surah at Taghabun yg akan dtg pula Allah memerintahkan supaya orang2 yg beriman dan bertaqwa kepada Allah menurut kesanggupan mereka shj.Disini sudah ada pertentangan diantara dua ayat berkenaan.
Untuk menghilangkan pertentangan itu sestengah ulama berpendapat ayat 102 dari surah Ali Imran dimansukhkan oleh firman Allah dibawah ini:
فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ وَاسْمَعُوا وَأَطِيعُوا وَأَنْفِقُوا خَيْرًا لِأَنْفُسِكُمْ ۗ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.
-Sura At-Taghabun, Ayah 16

Tetapi pendapat ini tidak kuat,kerana tidak dapat dipastikan mana satu daripada dua ayat diatas diturunkan dahulu dan mana yg diturunkan kemudian.Kerananya ia menjadi mutasybih.
Adalah lebih baik dipakai kedua2 ayat tersebut berlandaskan kaedah jama' dgn mengatakan ayat 102 dari surah Ali imran itu berkaitan dgn aqidah dan amalan2 agama yg wajib.Sementara ayat 16 dari surah at Taghaabun pula berkaitan dgn amalan2 sunat dalam agama yg dilakukan anggota badan.
Daripada keterangan yg lalu dapat disimpulkan bahawa apa yg  dibincangkan oleh para mufassirin berhubung dgn perkara2 yg termasuk dlm mutasyabihaat itu tidak terkeluar drp pembahagian yg telah dibentangkan sebelum ini.Ia secara ringkasnya ada 3 macam.

(1)mutasyabihaat yg langsung tidak ada jalan untuk mengetahuinya,seperti hakikat sifat2 Allah dan perkara2 ghaib yg lain.
(2)Mutasyabihaat yg dapat diketahui  melalui kajian dan penguasaan qaedah2 tertentu,seperti qaedah bahasa arab,qaedah usul fikh dsbnya.
(3)Mutasyabihaat yg dapat diketahui dan dicapai oleh sesetengah orang yg  mantap ilmu agamanya shj.Ia berada diantara mutasyabihaat dari bhg(1)dan mutasyabihaat dr bhg (2)tadi.
Dgn kemantapan ilmunya ia dapat menentukan makna lafaz2 musyatarak misalnya berpandukan tanda2 dan petunjuk2 ttt.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan