Khamis, November 09, 2017

Tafsir asas quran sesi 50.

Usul 15
Antara ayat2 muhkamat dan ayat2 mutasyabihat.

ALASAN DAN PUNCA ORANG2 YG MELARANG DAN MEMBENARKAN PERBINCANGAN TENTANG AYAT2 MUTASYABIHAAT.

Alasan dan punca perbezaan pendapat ulama berhubung dgn boleh atau tidak bolehnya berbincang tentang ayat2 mutasyabihaat dan adakah manusia tertentu dapat mengetahui selain Allah ialah firman Allah swt juga.Ia terdapat didlm surah
هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ آيَاتٌ مُحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ ۖ فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ ۗ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ ۗ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا ۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 7

Para ulamak dlm memahami ayat ini,khususnya bahagian yg bergaris dibawahnya itu terbahagi kepada 2kumpulan besar.

(1)kumpulan pertama berpendapat ,tidak ada orang yg mengetahui tentang makna(sebenar)ayat2 mutasyabihaat kecuali Allah.

(2)Kumpulan ke2 pula berpendapat selain Allah ada juga orang2  yg ttt yg(dapat)mengetahui makna ayat2 mutasybihaat itu,meskipun tidak secara tafshili(terperinci) dan tidak juga sevpcara qath'ie(pasti).

Secara asasnya kumpulan pertama berpendapat firman Allah:
وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ ۗ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِه
Wakafnya (berhenti dlm bacaan)adalah pada perkataan Allah.Perkataan selepasnya dimulakan dgn وisti'naaf dan ia menjadi mubtada'.
Perkataan يَقُولُونَpula adalah khabarnya.
Maka kesimpulannya ialah hanya Allah jua yg mengetahui makna ayat2 mutasyabihaat dan takwilannya itu.Orang2 yg mendalam ilmunya berkata,meskipun dalam keadaan tidak mengetahui makna2 dan takwimnya:Kami beriman kepada ayat2 mutasyabihaat,semuanya itu drp sisi Tuhan kami.Merek juga  menerima kebenarannya dan percaya kepadanya secara ijmal.Tafsiran dan takwilannya bg mereka merupakan antara rahsia2 Allah.Saidina Abu Bakar,Ali,Aishah,Ubay bin Kaab,Ibnu Masud,kebanyakan sahabat dan juga kebanyakan Tabiin adalah antara orang2 yg termasuk dlm kumpulan pertama ini.Itulah pendapat Ibnu Abbas berdasarkan riwayat yg paling sahih drp beliau.Inilah juga pegangan Salaf dari kalangan Ahli as sunnah wal jamaah.

Antara alasan kumpulan pertama lagi ialah:
(a)Ibnu Jarir menukilkan qiraat(tafsitpriyyah)Ibnu Masud begini:
أن تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ ۗ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِه
Bermaksud Takwilanya hanya ada pada Allah.Orang2 yg mendalam ilmunya berkata,kami beriman dgnnya.

(b)sebagaimana Allah mencela orang2 yg mengikuti ayat2 mutasyabihaat dgn maksud menimbulkan fitnah ,begitulah Allah mencela orang2 yg mengikuti ayat2 mutasyabihaat dgn maksud mencari2 takwilnya itulah yg dimaksudkan oleh ayat 7 surah ali imran.

(c)Aishah meriwayatkan setelah Rasullah saw membaca ayat 7 surah Ali Imran,baginda bersabda
فإذا رأيت الذين يتبعون ما تشابه فأولئك الذين سمى الله فاحذروهم
Bermaksud ,Apabila kamu melihat orang2 yg mengikuti ayat2 mutasyabihaat,maka itulah orang2 yg dimaksudkan oleh Allah.Berwaspadalah kamu dgn mereka(riwayat al bukhari,muslim dan lain2)

(d)adakalanya Allah menyebutkan sesuatu yg tidak dapat dijangkaukan oleh difikiran manusia didlm alquran semata2 untuk menguji keimanan mereka.Orang2 yg beriman dan mendalam ilmunya akan menerimanya dgn senang hati dan menyerahkan sj hakikatnya kepada Allah melalui ayat 7surah Ali Imran.

Kumpulam kedua berpendapat,waqafnya adalah pada perkataan العلم dan و sebelum perkataan الرأسخونadalah وathaf.
Ma'thuf alaihnya ialah perkataan الله yg tersebut sebelumnya.Perkataan يَقُولُونَpula menurut mereka menjadi Haal.
Hasil drpnya ialah selain Allah,orang2 yg mendalam ilmunya juga mengetahui takwilan dan makna ayat2 mutasyabihaat itu.Antara tokoh yg termasuk dlm kumpulan yg kedua ini ialah mujahid,Rabi' bin Anas,
Al Qasim bin Muhamad,Ibnu Juraij dll.
Ibnu Abbas adalah sahabat yg dinukilkan berpendapat demikian.
Golongan Mutakalimin khususnya dari kalangan khalaf dan majoriti Muktazilah juga termasuk dlm kumpulan ini.

Antara alasan kumpulan kedua lagi ialah
(a)Ahli2 tafsir disepanjang zaman mentakwil dan mentafsirkan semua ayat2 alquran.Tidak pernah pula ada antara mereka tidak mahu mentafsirkan mana2 ayat al quran atas alasan ia adalah ayat mutasyabihaat yg hanya diketahui Allah makna dan takwilanya.
Dgn sebab itu tiada siapa pun boleh membincangkannya.Ibnu Abbas malah dinukilkan berkata
الرسخون فى العلم يعلمون تاويل المتشا به وأنا ممن يعلم تأويله
Bermaksud ,Orang2 yg mendalam ilmu mengetahui takwilan mutasyabih.Aku  adalah antara orang yg mengetahui takwilanya.
Selain itu perbincangan dan tafsiran tentang huruf Muqattha'ah adalah suatu yg mashyur dikalangan ahli tafsir dan ia dinukilkan juga drp beberapa orang sahabat.

(b)Mujahid dan Ibnu Juraij dinukilkan berkata
وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِه
Bermaksud ,Orang2  yg mendalami  ilmunya mengetahui takwilannya dan mereka berkata kami beriman dgnnya

(c) Kalau tidak ada siapa pun mengetahui takwilan dan makna ayat2 yg dikatakan mutasyabihaat itu,maka apa gunanya Allah memasukannya kedlm alquran?Bukankah itu bererti Allah  berbicara kepada manusia dgn sesuatu yg langsung tidak dimengertinya?

(d)kalau tidak ada siapapun mengetahui takwilan dan makna ayat2 mutasyabihaat,maka tidak ada beza lagi antara orang alim dan jahil dan tidak ada lagi tingkatan2 ilmu yg membezakan sesaorang alim drp sesaorang alim yg lain?Dan ini adalah suatu yg bercanggah dgn kenyataan .
Inilah sebenarnya asas bg perbedaan pendapat 2 kumpulan ulamak diatas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan