Selasa, November 14, 2017

Usul dirayat 3 (sesi 10).

USUL NO 3 - HADIS YANG TIDAK SESUAI DAN TIDAK LAYAK DENGAN KEDUDUKAN NABI-NABI DAN MENGAIBKAN MEREKA

(4) Kesalahan Daud terletak pada beliau terus memenangkan pihak yang memiliki seekor anak kambing tanpa mendengar terlebih dahulu keterangan pihak yang memiliki 99 ekor kambing. Sepatutnya beliau mendengar terlebih dahulu keterangan dari kedua-dua belah pihak yang berselisih sebelum membuat sesuatu Icputusan. Kesilapan itulah yang mendorong Daud beristighfar dan bertaubat kepada Allah, apabila mengingatkan apa yang berlaku kepadanya itu sebenamya merupakan ujian Allah. Ini ialah pendapat Abu Muslim al-Ashfahaani, ar-Raazi, al-Biqaa'i, Maulana Asyraf 'Ali Thanwi dan lain-lain.

(5) Sesetengah 'ulama. berpendapat semua yang tersebut di dalam firman Allah di dalam Surah Shaad itu adalah tamsilan dan ibarat semata¬mata. Dua orang yang zahimya datang dengan memanjat tembok istana Nabi Daud itu sebenarnya bukan manusia, tetapi malaikat. Kambing betina yang tersebut di dalamnya pula bukan kambing sebenarnya, tetapi ia hanyalah kiasan untuk sesuatu seperti perempuan dan lain-lain barang kesayangan seseorang. Maksud kedatangan mereka tidak lain hanyalah untuk menarik perhatian Daud kepada sesuatu tindakannya yang agak tidak sesuai dengan kedudukannya. Baginda sepatutnya tidak bertindak begitu. Isyarat yang diberikan oleh malaikat itu difahami Daud. Maka teruslah beliau beristighfar dan kembali kepada Allah dengan bersujud dan bertaubat kepadaNya. Kerananya Allah bukan sahaja menerima taubatnya, malah telah mengisytiharkan dalam firmanNya begini: "dan sesungguhnya ia (Daud) mempunyai kedudukan yang dekat di sisi Kami serta tempat kembali yang sebaik¬baiknya (di akhirat keIak).- Ini ialah pendapt al-Qurthubi, Maulana Syabbir Ahmad Utsmani dan lain-lain.
(Bg orang tak terima,mustahil malaikat berdusta.bg yg terima pula kata, ini malaikat yg menyamar sebagai manusia dan ikut perintah allah juga...pertentangan)

(6) Berdasarkan riwayat Ibnu 'Abbaas, Nabi Daud telah membahagikan hari-hari dalam kehidupannya kepada empat bahagian. Satu hari khusus untuk beribadat kepada Allah. Satu hari untuk menyelesaikan kes-kes yang dikemukakan kepada beliau. Satu hari khusus untuk memenuhi keperluan peribadi dan keluarganya dan satu hari pula untuk memimpin dan membimbing kaumnya, Bani Israil. Pembahagian hari¬hari seperti itu kurang sesuai dengan kedudukan seorang khalifah dan raja. Seorang khalifah dan raja seperti Nabi Daud tidak sepatutnya mengkhususkan sehari suntuk untuk beribadat semata-mata, walaupun ibadat adalah sesuatu yang amat disukai Allah dan merupakan tujuan sebenar kejadian jin dan manusia. Kerana pada hari-hari yang lain juga tentunya Nabi Daud ada beribadat. Sama sekali tidak dapat dibayangkan adanya hari-hari seseorang nabi yang langsung tidak diisi dengan sebarang ibadat. Ibadat tentu ada dalam amalan harian seseorang nabi. Cuma mengkhususkan satu hari untuk ibadat semata-mata, di mana ia langsung tidak dapat dihubungi dan ditemui sesiapa pun dalam keadaan bagaimana sekalipun adalah sesuatu yang tidak layak dan tidak sesuai dengan kedudukan seorang nabi lagi raja seperti Daud. Itulah sebabnya Allah berfirman di dalam ayat berikutnya begini: Bermaksud: Wahai Daud, Sesungguhnya Kami menjadikanmu khalifah (penguasa) di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah Engkau menurut hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu. (Shaad: 26)

🍅

Sebagai seorang khalifah beliau seharusnya mengutamakan masyarakat daripada kepentingan dan kesukaan peribadi sendiri. Beliau sepatutnya lebih banyak memberi masa untuk membimbing dan menyelesaikan masalah ra`yat jelatanya. Akibat daripada pembahagian hari-hari seperti itulah berlaku apa yang telah berlaku.
Ia diceritakan oleh Allah di dalam Surah Shaad bermula dari ayat 21 hingga 25.
وَهَلْ أَتَاكَ نَبَأُ الْخَصْمِ إِذْ تَسَوَّرُوا الْمِحْرَابَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) berita (perbicaraan dua) orang yang berselisihan? Ketika mereka memanjat tembok tempat ibadat;
-Sura Sad, Ayah 21
إِذْ دَخَلُوا عَلَىٰ دَاوُودَ فَفَزِعَ مِنْهُمْ ۖ قَالُوا لَا تَخَفْ ۖ خَصْمَانِ بَغَىٰ بَعْضُنَا عَلَىٰ بَعْضٍ فَاحْكُمْ بَيْنَنَا بِالْحَقِّ وَلَا تُشْطِطْ وَاهْدِنَا إِلَىٰ سَوَاءِ الصِّرَاطِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Iaitu ketika mereka masuk kepada Nabi Daud, lalu ia terkejut melihat mereka; mereka berkata kepadanya: " Janganlah takut, (kami ini) adalah dua orang yang berselisihan, salah seorang dari kami telah berlaku zalim kepada yang lain; oleh itu hukumkanlah di antara kami dengan adil, dan janganlah melampaui (batas keadilan), serta pimpinlah kami ke jalan yang lurus.
-Sura Sad, Ayah 22
إِنَّ هَٰذَا أَخِي لَهُ تِسْعٌ وَتِسْعُونَ نَعْجَةً وَلِيَ نَعْجَةٌ وَاحِدَةٌ فَقَالَ أَكْفِلْنِيهَا وَعَزَّنِي فِي الْخِطَابِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
" Sebenarnya orang ini ialah (seorang sahabat sebagai) saudaraku; ia mempunyai sembilan puluh sembilan ekor kambing betina dan aku mempunyai seekor sahaja; dalam pada itu ia (mendesakku dengan) berkata: ' Serahkanlah yang seekor itu kepadaku ', dan dia telah mengalahkan daku dalam merundingkan perkara itu".
-Sura Sad, Ayah 23
قَالَ لَقَدْ ظَلَمَكَ بِسُؤَالِ نَعْجَتِكَ إِلَىٰ نِعَاجِهِ ۖ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ الْخُلَطَاءِ لَيَبْغِي بَعْضُهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَقَلِيلٌ مَا هُمْ ۗ وَظَنَّ دَاوُودُ أَنَّمَا فَتَنَّاهُ فَاسْتَغْفَرَ رَبَّهُ وَخَرَّ رَاكِعًا وَأَنَابَ ۩
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Nabi Daud berkata: " Sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu (sebagai tambahan) kepada kambing-kambingnya; dan sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang bergaul dan berhubungan (dalam berbagai-bagai lapangan hidup), setengahnya berlaku zalim kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh; sedang mereka amatlah sedikit!" Dan Nabi Daud (setelah berfikir sejurus), mengetahui sebenarnya Kami telah mengujinya (dengan peristiwa itu), lalu ia memohon ampun kepada Tuhannya sambil merebahkan dirinya sujud, serta ia rujuk kembali (bertaubat).
-Sura Sad, Ayah 24
فَغَفَرْنَا لَهُ ذَٰلِكَ ۖ وَإِنَّ لَهُ عِنْدَنَا لَزُلْفَىٰ وَحُسْنَ مَآبٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Maka Kami ampunkan kesalahannya itu; dan sesungguhnya ia mempunyai kedudukan yang dekat di sisi Kami serta tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak).
-Sura Sad, Ayah 25

Peristiwa yang tersebut di dalam ayat 21 hingga 25 itu merupakan sindiran dan teguran Allah secara tidak langsung kepada Daud. Namun Daud dapat menangkapnya, kerana beliau seorang yang bijaksana. Beliau terus beristighfar, bersujud dan bertaubat kepada Allah atas ketelanjurannya itu. Maka taubatnya diterima Allah. Selepas itu pembahagian hari-hari dalam kehidupan Daud tidak lagi berjalan seperti sebelumnya. Inilah pendapat Maulana Hifzur Rahman Sevharwi di dalam Qasas al-Qur"annya.
(Ini pilihan mmay)
[Memahami quran berdasarkan ayat sebelum(siyaq) dan selepas(sibaq)]
Ada

(7) Allah menegur Daud melalui peristiwa yang tersebut di dalam Surah Shaad di atas, kerana Daud telah meminta Uria menarik diri dari isterinya, untuk kemudiannya setelah habis 'iddah, dikahwini beliau. Perbuatan seperti itu walaupun merupakan suatu yang harus di sisi syari'at Allah pada masa itu, namun ia tidak layak dan kurang elok dilakukan oleh seorang nabi seperti Daud. Beristighfar dan bertaubatnya Daud kepada Allah semata-mata kerana beliau telah terlanjur melakukan sesuatu yang tidak layak dan kurang elok dilakukannya. Fitnah atau ujian Allah terhadap Daud ialah apabila beliau terlanjur meminta Uria menceraikan isterinya untuk dikahwininya kemudian. Ia akan menampakkan Daud sebagai seorang yang tama' dan cintakan dunia. Ini ialah pendapat Khazin, Zamakhsyari, Abu Ja' far an-Nahhaas, Abu as-Sa`ud, Maulana Maududi, Syeikh Ibnu ' Aasyur dan lain-lain.
(Ini dlm mtafsir masing2.dlm tafsir zamakhsyari bercampur dgn ketika dia masih muktazilah)
Sheikh Ibnu Aasyur penafsir dizaman moden.
Mengikut maududi,masih diamalkan dizaman awal Islam.ini berasal dari zaman nabi daud.

(8) Nabi Daud sebenarnya telah terpesona dengan isteri Uria. Beliau memendam rasa terhadapnya. Berbahagia sekali perasaan beliau kalau isteri Uria itu menjadi isterinya. Tetapi segala-galanya hanya bermain di hatinya, tidak lebih dari itu. Tiba-tiba Uria terbunuh dalam satu peperangan. Apabila mendapat berita kematian Uria, Daud tidak begitu sedih seperti sedihnya kerana kematian orang-orang lain dari kalangan bala tenteranya. Kemudian Daud berkahwin dengan isteri Uria. Allah menegur Daud kerana telah hanyut beberapa ketika dalam arus perasaannya. Itulah sebabnya Daud beristighfar dan bertaubat kepada Allah.

(9) Daud beristighfar dan bertaubat kepada Allah lantaran telah berasa bersalah mengambil tunangan orang sebagai isteri. Padahal isterinya itu dahulunya telah dilamar Uria. Ia betul-betul telah berazam untuk mengahwininya. Tiba-tiba apabila Daud masuk meminang tunang Uria, pinangan Uria ditolak dan Daud diutamakan daripadanya oleh tunang Uria sendiri dan keluarga tunangnya, semata-mata kerana beliau seorang raja. Maka sedih sangatlah Uria atas nasib malang yang menimpa dirinya. Apabila Allah menegur Daud yang telah merampas satu-satunya tunang Uria, padahal beliau sudah.mempunyai 99 orang isteri, terus insaflah Daud dan beristighfar serta bertaubatlah beliau kepada Allah. Antara tokoh tafsir yang berpendapat begini ialah Qadhi Ibnu aI-' Arabi, Abu Yala dan lain-lain.

(10) Sama seperti nombor (9), cuma tunangan Uria belum lagi dikahwini Daud. Lantas beliau ditegur Allah, membuatkan beliau menarik diri daripada meneruskan hasratnya. Di samping itu beliau juga terus beristighfar dan bertaubat kepada Allah.

Bagi penulis, jawapan (7) hingga (10) semuanya berkaitan dengan Uria dan isterinya. Walaupun ada pihak yang mengandaikan ada antaranya tidak mustahil telah berlaku dan tidak berdosa pun Daud jika melakukannya, namun menurut para ' ulama' muhaqqiqin dari kalangan ahli tafsir dan hadits;semua kisah Daud yang berkaitan dengan Uria dan isterinya tidak sahih, malah ia maudhu` dan langsung tidak berasas. Maka tidak ada lagi kewajaran mengaitkannya dengan firman Allah di dalam Surah Shaad itu.

Contoh Ketiga:
Rasulullah s.a.w. dikatakan telah bersabda:   Maksudnya: Aku Ahmad tanpa Mim. Mathum tersiratnya ialah iaitu aku adalah yang Maha Esa. Di dalam sesetengah riwayat, tersebut sebelumnya, maksudnya: "Aku 'Arab tanpa 'Ain". Mafhum tersiratnya pula ialah "Aku adalah Tuhan".
Rujukan: Syah Isma'il as-Syahid- Risalatu at-Tauhid m/s 149, al-Maktabatu as-Syamilah- Mausu'atu ar-Raddi 'Ala as-Shufiyyah m/s 9.

Komentar:        
(a) Riwayat ini tersebar dengan meluas di kalangan orang-orang sufi Wujudi (yang berpegang dengan konsep Wandatul Wujud).       
   
(b) Tidak mungkin seorang nabi yang ajaran utama agamanya ialah tauhid akan mengajarkan pula umatnya suatu ajaran syirik yang merobohkan agama yang dibawanya.   
      
(c) Sifat rububiyyah dan kemaha esaan adalah sifat yang khusus dengan Allah semata-mata. Kedua-duanya tidak layak diberikan dan disandarkan kepada sesiapa pun dari kalangan makhluqNya, sama ada ia seorang nabi, wali atau malaikat.      
  
(d)  Tidak mungkin seorang nabi yang diturunkan kepadanya al-Qur'an yang sarat dengan ' aqidah tauhid akan mengajarkan pula umatnya supaya menyengutukannya dengan Allah. Tidak mungkin juga seorang nabi yang rnenerima ancaman-ancaman yang amat dahsyat menerusi firman-firman Allah terhadap penganjur-penganjur fahaman syirik akan membawa sendiri fahaman syirik itu.

🍑
Sebagai contohnya lihatlah firman-firman Allah berikut, bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa Ibni Maryam! Engkaukah yang berkata (mengajarkan) kepada manusia: "Jadikanlah daku dan ibuku dua Tuhan selain dari Allah?". (Nabi) 'Isa menjawab: "Maha suci Engkau (wahai Tuhan)! tidaklah layak bagiku mengatakan (mengajarkan) sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya). Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha mengetahui perkara-perkara yang ghaib. (116). Aku tidak mengatakan kepada mereka melainkan apa yang Engkau perintahkan kepadaku mengatakannya, iaitu: "Sembahlah kamu akan Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu dan adalah aku menjadi saksi terhadap mereka (dengan membenarkan yang benar dan menyalahkan yang salah) selama aku berada di antara mereka; kemudian apabila Engkau sempurnakan tempohku, menjadilah Engkau sendiri Yang mengawasi keadaan mereka, dan Engkau jualah Yang menjadi saksi atas segala sesuatu. (1 1 7). (al-Maa'idah: 116-117).

Firman Allah lagi:
Bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): -Wahai ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa kita semua tidak menyembah melainkan Allah dan tidak kita persekutukanNya dengan sesuatu apa pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai Tuhan (yang dipuja dan didewa-dewakan) selain Jika mereka berpaling (enggan menerimanya), maka katakanlah kepada mereka: -Saksikanlah, bahawa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada (Aali 'Imraan: 64).

(e) Syah Isma'il as-Syahid di dalam Risalatu at-Tauhidnya menyifatkan orang-orang yang menyebarkannya sebagai hadits Rasulullah s.a.w. dan percaya begitu sebagai pelampau agama yang langsung tidak takut kepada Allah s.w.t.

(f) Orang yang mereka hadits ini atas nama Nabi s.a.w. tentu seorang zindiq atau mulhid yang bermaksud memusnahkan imej agama Islam yang menegakkan dan memperjuangkan 'aqidah tauhid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan