Isnin, November 13, 2017

Usul dirayat 3(sesi 9).

Sambungan usul 3

(c)Berikut dikemukakan pandangan para ulama muktabar tentang riwayat2 Israiliyat itu
1.Al-Qaadhi 'Iyaadh menulis dlm asy-syifaa'nya:"Adapun kisah Daud as,maka tidaklah harus kita menoleh apa yg ditulis oleh tukang2 cerita ahlil kitab yg telah menukar2  dan mengubah2(kitab suci mereka),lalu disalin oleh beberapa penafsir,padahal tidak ada nas autentik dari Allah sendiri tentang itu sedikit pun,dan tidak pula terdapat didlm hadits yg sahih.Apa yg dinaskan oleh Allah berhubung dgn kisah Daud ialah :Bermaksud dan (Nabi)Daud (setelah berfikir sejurus)mengetahui bahawa sebenarnya Kai sedang mengujinya(dengan peristiwa itu)Tidak satu pun hadits sahih berhubung dgn kisah Daud dan Uria.Tidak boleh dipercayai ada mana2  nabi ingin membunuh orang Islam (tanpa hak).Inilah yg sepatutnya menjadi pegangan berhubung dgn  Nabi Daud as
2.Berkata Ad-Dawuudi:Tidak ada dlm kisah Daud dan iseri Uria dan isteri Uria  itu suatu riwayat yg dapat dipegangi.Tidaklah patut disangka bahwa ada seorang Nabi yg ingin supaya seorang laki2 mati kerana hendak mengambil isterinya.
3.Ibnu Katsir didlm tafsirnya berkata ,"kisah semacam ini kebanyakanya diambil dari cerita2 Israiliyat dan tidak ada satu hadits kuat (sahih) yg wajib kita ikuti,yg diterima sah dari Nabi yg maksum dlm perkara.
4.As-Sayuti didlm al-Iklilnya menulis:Kisah yg mereka ceritakan tentang perempuan itu,bahawa Daud jatuh hati kepadanya,lalu suaminya dikirim ke medan perang supaya mati dlm pertempuran,dan memang mati ,Hadits ini dikemukakan oleh Ibnu Abi Hatim drp Hadith Anas bin Malik secara marfu'.Tetapi didlm sanadnya bertemu nama Ibnu Lahi'ah.Keadaannya(sebagai perawi dhaif)diketahui semua orang.Dia menerimanya drp Ibnu Shakhr drp  Yazid Ar-Raqaasyi.Yazid bin Abaan Ar-Raqasyi juga seorang perawi dhaif .Inilah kedudukan riwayat Israiliyat 2 yg dikemukakan oleh as-Sayuthi didlm  ad-Durru al-Mantsur seperti tersebut  diatas menurutas-Sayuthi sendiri didlm kitab al-Iklilnya.
5.Abu Muhamad Ibnu Hazmin Al-Andalusi.Mazhab Ahli az-Zahir yg terkenal itu,ketika mempertahankan pendirian beliau bahwa Nabi2 Allah  bersih drp dosa2 besar,didlm kitab beliau "al-Fishal" dgn tegas dan keras menolak penafsiran berdasarkan riwayat2 Israiliyat.Kata beliau"Apa yg diceritakan Tuhan didlm al-Quran tentang  Nabi Daud  adalah kata yg benar lagi sahih.Tidak sedikit pun ia menyokong apa yg ditafsirkan oleh tukang olok2 dan pembohong yg berpegang kepada cerita2 dogeng yg ditimbulkan oleh orang Yahudi.
Orang2 yg berperkara itu adalah Anak Adam ,tidak syak lagi .Mereka berperkara dari hal kambing2 betina yg benar2 terjadi diantara mereka.Yang seorang berlaku sewenang2 kepada yg seorang lagi,jelas ditulis didlm ayat!Maka barangsiapa berkatan,mereka itu adalah malaikat kerana hendak memberi ingat Daud tentang perempuan yg suaminya dilemparkan ke medan perang sampai mati itu,maka ia telah membuat dusta atas Allah Taala dgn mengatakan nama Allah barang yg tidak dikataNya.Dengan menambahkan ke dlm al-quran apa yg tidak ada didlmnya .Ini bererti pengakuan bahwa dirinya jahat.Membuat dusta pula atas malaikat .Kerana Tuhan bertanya dan sudahkah sampai kepada mu (wahai Muhamad)berita (perbicaraan dua )orang yg berselisihan?(shaad 21).Cerita ini diubahnya dgn berkata "Tidak ada (perbicaraan dua )orang yg berselisihan.Tidak ada tindakan sewenang2 oleh satu pihak kepada pihak lain.Tidak ada urusan kambing betina 99 ekor ,dan tidak pula ada kambing betina yg satu ekor,tidak pula tersebut.
"Serahkanlah kepada ku kambing betina yg seekor itu"
Seterusnya Ibnu Hazmin :"Dan semua memutarbalikan tafsir itu tidak ada dalilnya,malahan tuduhan semata2.Dan demi Allah ,sedangkan kita orang biasa sj ,lagi memelihara dirinya dan kehormatan tetangganya,janganlah sampai mencintai atau jatuh hati kepada isteri tetangga,atau hendak  mencari tipu daya supaya suaminya segera mati,kerana isterinya hendak dikahwini.Apatah lagi tersebut pula didlm tafsiran Israiliyat itu bahwa Daud menghentikan sembahyangnya kerana beliau melihat burung dari emas terbang hinggap dekat dia sembahyang.Semua ini adalah perbuatan orang2 durjana,rendah dan fasiq.
Bukan perbuatan orang baik2 dan orang yg bertaqwa.Bagaimana  akan dikatakan bhw kelakuan ini pernah  diperbuat oleh seorang Rasul Allah yg bernama Daud?Yg Allah pernah mewahyukan kitabNya (zabur)kepadanya?Dan pernah dosa besar,didlm kitab  beliau "Fishal", dgn tegas dan menolak penafsiran berdasarkan riwayat2 Israiliyat.Kata beliau ,"Apa yg diceritakan Tuhan didlm alQuran tentang Nabi Daud adalah kata yg benar lagi sahih.Tidak sedikit pun ia menyokong  apa yg ditafsirkan oleh tukang  olok2 dan  pembohong yg berpegang kepada  cerita2 dogeng yg ditimbulkan oleh orang Yahudi.
Orang2 yg berperkara itu adalah Anak Adam,tidak syak lagi.Mereka  berperkara dari hal kambing2 betina yg benar2 terjadi diantara mereka.Yg seorang berlaku sewenang2 kepada yg seorang lagi:jelas ditulis didlm ayat!Maka barang siapa  berkata,mereka itu adalah malaikat kerana hendak memberi ingat Daud tentang perempuan yg suaminya dilemparkan ke medan perang sampai mati itu,maka ia telah membuat dusta atas Allah
Taala dgn mengatakan atas nama Allah barang yg tidak dikatakanNya.Dengan menambahkan kedlm alquran apa yg tidak ada didlmnya.Ini bererti pengakuan bahawa dirinya jahat.Membuat dusta pula atas malaikat.Kerana Tuhan bertanya.
Tidak ada tindakan sewenang-wenang oleh satu pihak kepada yang lain. Tidak ada urusan kambing betina 99 ekor, dan tidak pula ada kambing betina yang satu ekor, tidak pula tersebut "Serahkanlah kepadaku kambing betina yang, seekor itu! - Seterusnya Ibnu Hazmin berkata : "Dan semua pemutarbalikan tafsir itu tidak ada dalilnya, malahan tuduhan semata-mata. Dan Demi Allah! Sedangkan kita orang biasa saja, lagi memelihara dirinya dan kehormatan tetangganya, jangan sampai mencintai atau jatuh hati kepada isteri tetangga, atau hendak mencari tipu daya supaya suaminya segera mati, kerana isterinya hendak dikahwini. Apatah lagi tersebut pula di dalam tafsiran Israiliyat itu bahawa Daud menghentikan sembahyangnya kerana beliau melihat burung dari emas terbang hinggap dekat dia bersembahyang. Semuanya ini adalah perbuatan orang-orang durjana, rendah dan fasiq. Bukan perbuatan orang baik-baik dan orang yang bertaqwa. Bagaimana akan dikatakan bahawa kelakuan ini pernah diperbuat oleh seorang Rasul Allah yang bernama Daud? Yang Allah pernah mewahyukan kitabNya (Zabur) kepadanya? Dan pemah firman Tuhan diucapkan oleh lidahnya? Allah telah membersihkan hatinya jangan sampai disentuh oleh maksud-maksud jahat, bagaimana itu akan menjadi laku perbuatannya? Dan kata Ibnu Hazmin lagi: "Adapun dia memohon ampun kepada Allah dan turun bersujud, maka ingatlah bahawa perbuatan yang mulia itu adalah amal mulia dari Nabi-nabi. Al-Istighfaar, memohon ampun daripada Tuhan adalah perbuatan baik yang dilakukan oleh malaikat-malaikat dan Nabi-nabi. Orang berdosa boleh mengerjakannya, orang yang tidak berdosa pun boleh mengerjakannya juga. (vi) Syaikh al-Burhan al-Biqaa'iy menulis di dalam tafsimya: "Cerita Nabi Daud mencintai isteri orang, lalu suaminya disuruh ke medan perang barisan depan agar mati di sana, supaya isterinya beliau ambil, adalah termasuk dalam rangkaian cerita-cerita bohong orang Yahudi.- (vii) An-Naashir di dalam tafsirnya "Al-Intishaaf pula menulis: "Penyelidik-penyelidik yang mendalam dari kalangan imam-imam kita telah membuat kesimpulan bahawa Nabi-nabi a.s. seumpama Daud dan lain-lain adalah bersih dari akan jatuh kepada dosa yang kecil-kecil, apatah lagi dosa besar semacam itu.- Demikianlah disebutkan oleh al-' Allamah Muhammad Jamaluddin al-Qaasimi di dalam Tafsimya Mahaasinu at-Ta'wil yang dikenali juga sebagai Tafsir al-Qaasimi. Selain mereka yang tersebut itu, al-Khaffaaji di dalam Nasimu ar-Riyaadhnya, Abu Hayyaan di dalam al-Bahru al-Muhithnya dan ar-Raazi di dalam Tafsir Kabimya, Ibnu al-Jauzi di dalam Zaadu al-Mashirnya, Abu as-Sa'ud di dalam Irsyaadu al-'Aqli as-Salimnya, al-Baidhawi di dalam Anwaaru at-Tanzilnya dan Zamakhsyari di dalam Kassyaafnya juga merupakan tokoh-tokoh yang dengan keras telah menolak khurafat yang terdapat di dalam riwayat-riwayat Israiliyat tersebut. Semua mereka dengan tegas mengatakan bahawa tidak ada satu pun riwayat sahih berhubung dengan perkara ini. Mereka malah menghukumnya sebagai riwayat-riwayat maudhu' semuanya. Tafsir al-Azhar oleh HAMKA adalah sebaik-baik tafsir dalam bahasa Melayu yang membongkar riwayat-riwayat Israiliyat. Beliau juga termasuk mufassir yang menolak dengan keras riwayat-riwayat Israiliyat yang penuh dengan khurafat seperti itu. d) Antara alasan kukuh yang mendorong para 'ulama' mendha'if malah memaudhu'kan riwayat-riwayat Israiliyat tersebut ialah kerana ia mengandungi Usul Dirayat (3) yang sedang kita pelajari sekarang, iaitu hadits-hadits atau riwayat-riwayat yang tidak sesuai dan tidak layak dengan kedudukan nabi-nabi dan meng'aibkan mereka mestilah ditolak. Ia tidak mungkin berpunca daripada Rasulullah s.a.w. Tentu sekali merancang membunuh seseorang muslim semata-mata untuk berkahwin dengan isterinya tidak layak dengan kedudukan seorang nabi. Tentu sekali perzinaan tidak sesuai dengan seseorang yang dilantik Allah sebagai nabiNya. Tidak boleh diterima sama sekali seorang nabi telah berzina dengan isteri orang. Ia adalah sesuatu yang meng' aibkan orang muslim biasa sekalipun, apatah lagi seorang nabi lagi rasul yang terpilih seperti Nabi Daud a.s.

🍒🍒
(e) Terlalu banyak khurafat dan perkara-perkara yang tidak masuk 'aqal di dalam riwayat¬riwayat Israiliyat berkenaan. Sedangkan menurut salah satu UsuI Dirayat Hadits ialah mana-mana riwayat yang mengandungi khurafat dan perkara-perkara yang tidak dapat diterima 'aqal yang waras, merupakan sebaik-baik bukti kepalsuannya. Antaranya ialah: (i) Nabi Daud dikatakan telah bersujud selama 40 malam sehingga tumbuh tumbuhan yang menjalar naik ke kepalanya. (ii) Daud a.s. setelah diterima taubatnya oleh Allah, terus menangis kerana kesalahannya itu selama 30 tahun. Air matanya tidak henti-henti mengalir siang dan malam. (iii) Pada setiap hari keempat, Daud meratapi dirinya bersama-sama para pendita, dia akan keluar bersama mereka ke belantara dengan meniup seruling suaranya lalu menangis dan menangislah bersamanya pokok-pokok, pasir, burung dan binatang¬binatang buas sehingga air mata mereka mengalir seperti sungai. (iv) Pada hari yang sama Daud dikatakan pergi ke bukit-bukau dan gunung-ganang. Diangkatnya seruling suaranya lalu menangis dan menangislah bersamanya bukit-bukau, gunung-ganang, batu-batan, binatang-binatang dan burung-burung di sekelilingnya, sehingga lembah-lembah dan lereng-lereng gunung mengalirkan air mata mereka. (v) Beliau juga dikatakan pergi ke tepi pantai, diangkatnya seruling suaranya lalu menangis dan menangislah bersamanya ikan¬ikan dan binatang-binatang laut serta burung-burung laut dan binatang buas di lautan. (vi) Tanah dikatakan telah memakan dahi Daud di sebabkan terlalu banyak air matanya yang menyirami bumi. (f) Apa yang tersebut di dalam riwayat-riwayat Israiliyat dan Bible itu jelas bercanggah dengan sifat seorang nabi. Daud digambarkan sebagai seorang yang tidak ma'shum. Padahal 'ishmah (sifat terpelihara daripada dosa-dosa) adalah salah satu ciri utama seorang nabi. Nabi Daud dikatakan telah melakukan beberapa dosa besar. (g) Persoalan timbul bahawa kenapakah sesetengah Ahli Tafsir menghiasi kitab-kitab tafsir mereka dengan riwayat-riwayat Israiliyat seperti ini? Sebelum mereka, kenapakah ada di kalangan umat Islam, khususnya dari kalangan Tabi'in, menyebarkan cerita-cerita dongeng yang langsung tidak masuk akal itu?? Ada dua jawapannya: (1) Metode sesetengah Ahli Tafsir memang tidak mengambil kisah, sama ada cerita yang akan dimasukkannya ke dalam kitab tafsirnya ada asas atau tidak. Apa yang penting kepadanya hanyalah mengumpul dan mengemukakan sebanyak mungkin riwayat yang tersebar dalam masyarakat yang dikaitkan dengan sesuatu firman Allah. Kerja menapis dan menilainya bukan lagi kerja mereka. Ia diserahkan kepada orang-orang yang ahli dan pakar tentangnya. Itulah tujuan dan maksud mereka memasukkan riwayat-riwayat Israiliyat di dalam kitab tafsir mereka. (2) Kecenderungan dan tabi'at manusia itu memang tidak sama. Ada orang, bila mendapati sesuatu yang tidak terang atau samar, cuba mencari-cari sesuatu yang pada fikirannya dapat dijadikan sebagai penyuluh kepada yang tidak terang dan samar itu. Apabila Allah berfirman di penghujung ayat 24 Surah Shaad: Bermaksud: dan (Nabi) Daud (setelah berfikir sejurus) mengetahui bahawa sebenarnya Kami sedang mengujinya (dengan peristiwa itu), lalu ia memohon ampun kepada Tuhannya sambil merebahkan dirinya sujud, serta ia rujuk kembali (bertaubat).(24), hatinya terus berkata, mestilah ada suatu bentuk ujian oleh Allah terhadap Nabi Daud. Apakah bentuk ujian dan cobaan itu? Walaupun ia tidak ditemui di dalam al-Qur'aft dan hadits yang sahih, namun ia ada di dalam riwayat-riwayat Israiliyat dan Bible. Tempat yang dirasai kosong untuk mentafsirkan firman Allah itulah yang cuba diisi mereka! Kalau tidak pada fikiran mereka firman Allah itu akan tergantung!! Allah juga di dalam firmanNya itu berkata, ia memohon ampun kepada Tuhannya-. Tidak timbul lagi soal bagaimana akan diterima riwayat-riwayat Israiliyat yang karut-marut itu? Bagaimana boleh Daud melakukan dosa besar seperti tersebut di dalamnya? Kerana bukankah Allah sendiri telah menyatakan permohonan ampun oteh Daud kepadaNya? Itu bererti memang Daud telah melakukan dosa besar. Kalau tidak apakah ertinya Daud memohon ampun kepada Allah?? Kesimpulannya ialah ujian Allah terhadap Daud telah nyata dalam bentuk Daud melakukan dosa besar! Lalu beliau memohon ampun kepada Allah atas dosanya itu!! (h) Kalau bukan itulah fitnah atau ujian Allah terhadap Daud, maka apa lagi bentuk ujian dan fitnah Allah terhadap beliau? Kenapa sampai beliau memohon ampun kepada Tuhan sambil merebahkan diri bersujud dan bertaubat?? Ada beberapa pula jawapan `ulama. tentang kemusykilan ini. Fitnah atau ujian Allah terhadap nabi Daud yang disebutkan di dalam firman Allah di atas ialah timbulnya salah sangka di dalam hati Daud bahawa beliau dianugerahi kerajaan begitu besar sebagai fitnah atau ujian Tuhan terhadap dirinya. Apa yang tersebut di dalam Surah Shaad itu tiada kena mengena langsung sebenarnya dengan Daud. Ia memang mengisahkan dua orang atau dua pihak yang berperkara. Pada fikiran Daud, mereka sebetulnya sedang diuji Allah. Dan tiada manusia yang terlepas dari ujian Allah, termasuk beliau juga. Oleh kerana nabi adalah manusia suci, maka mudah terlintaslah di hatinya bermacam-macam lintasan. Terlintas di hati Daud bahawa dalam kerajaannya yang begitu besar, tentu akan ada juga berlaku sesuatu yang tidak kena sebagai ujian Allah terhadapnya. Maka teruslah beliau beristighfar, bersujud dan bertaubat kepada Allah, andaikata ada salah silap dan ketelanjuran dalam pemerintahannya. Ini ialah pendapat Ibnu Hazmin dan lain-lain. Untuk seseorang beristighfar dan bertaubat kepada Allah, tidak semestinya ia sebelum itu telah melakukan dosa. Ujian Allah kepada seseorang juga tidak semestinya berupa dosa. Bukankah para malaikat juga beristighfar kepada Allah? Padahal mereka adalah makhluk Allah yang ma'shum. Allah telah berfirman tentang kema‘shuman mereka begini: Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya adalah malaikat¬malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa (saja) yang diperintahkanNya kepada mereka dan (mereka pula) tetap melakukan apa yang diperintahkan. (at-Tahrim: 6).

🍉
Bukankah Allah juga telah menguji Nabi Ayyub? Ujian Allah kepadanya bukanlah kerana beliau telah melakukan apa-apa dosa. Ujian Allah kepadanya juga bukan dengan cara beliau melakukan dosa. Nabi kita Muhammad s.a.w. juga diperintah Allah supaya beristighfar dan bertaubat kepadaNya. Padahal Baginda s.a.w. tidak melakukan apa-apa dosa. Tdk pernah pula Allah mengujinya dengan melakukan sesuatu ma`shiat atau sesuatu dosa. Firman Allah kepada Baginda: Bermaksud: Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepadaNya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat. (an-Nashr: 3). (2) Nabi Daud meminta ampun kepada Allah kerana beliau telah terkejut dan ketakutan lantaran ada orang masuk menghadapnya dengan memanjat pagar atau dinding istananya. Beliau salah sangka pada mulanya kepada orang-orang itu. Ingat beliau, mereka datang untuk membunuhnya. Kemudian ternyata maksud mereka adalah baik, iaitu meminta diberi hukum yang adil. Keadaan Nabi Daud yang terkejut, ketakutan dan buruk sangka kepada orang-orang itu amat tidak sesuai dengan seorang nabi yang hebat dan handal sepertinya. Itulah bentuk ujian Allah terhadap Daud yang diisyaratkan oleh Allah di dalam firmanNya di dalam Surah Shaad tersebut. Ini ialah jawapan yang dikemukakan Abu Hayyaan al¬Andalusi, HAMKA, bekas Syeikh al-Azhar Syeikh Muhammad Sayyid Thanthawi dan lain-lain. HAMKA di dalam Tafsir al-Azharnya bahkan telah menghilangkan kekeliruan tentang kenapa pula mereka membawa kes ke hadapan Daud dalam keadaan itu dengan mengemukakan satu andaian. Kata beliau: -Sekarang orang-orang itu masuk saja ke dalam tempat khalwat Nabi Daud dengan memanjat pagar. Itu adalah hal yang mengejutkan dan melanggar aturan sopan santun. Tersebut dalam ayat seterusnya: -Seketika mereku itu masuk kepada Daud, maka terkejutlah dia dari mereka''. (Pangkal ayat 22). Terkejut beliau dari sebab kedatangan mereka memanjat dinding itu. Karena hal demikian luar biasa. Sebagai raja pastilah beliau berpengawal. Kalau mereka masuk dari pintu biasa tentu akan adanya permohonan izin lebih dahulu dari pengawal. Mungkin juga orang-orang ini merasa akan sukar bertemu dengan Nabi Daud, yang meskipun beliau memang seorang Nabi, namun beliau adalah pula seorang Raja. Kalau mereka lalui prosedur yang biasa, tidaklah akan berhasil masuk. Begitu barangkali. Tetapi Nabi Daud dengan sendirinya terkejut." (3) Orang-orang yang datang dengan memanjat pagar atau dinding istana Daud sememangnya bermaksud membunuh beliau. Setelah mereka mendapati ada ramai pengawal di kawasan mihrab tempat Nabi Daud beribadat, mereka berpura-pura mengemukakan kes seperti tersebut di dalam ayat 22-23 Surah Shaad. Nabi Daud mengetahui maksud sebenar mereka. Beliau telah bertekad untuk menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman. Tetapi setelah berfikir bahawa semua itu adalah ujian Allah kepadanya, beliau membatalkan maksud asalnya hendak menghukum mereka. Nabi Daud sedar bahawa tindakan yang paling layak dan sesuai dengan kedudukan beliau ialah mema'afkan bukan membalas dendam. Maka beliau terus beristighfar dan bertaubat kepada Allah atas ketelanjurannya itu. Oleh kerana Daud telah betul-betul insaf, Allah terus mengampunkan kesalahan dan ketelanjurannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan