Tafsir Asas Quran (Sesi 22).
SAMBUNGAN) USUL KESEMBILAN
MEMAHAMI AL-QURAN BERDASARKAN TERTIB AL-QURAN YANG ADA
Bab: Nama-nama Surah Dalam Al-Quran
11. Surah Huud - Juzuk: 11 - 12 - Makkiyyah - Bilangan Ayat-Ayatnya : 123 - Bilangan Ruku’nya : 10 dan seterusnya.
Peringatan (1) :- Surah-surah yang disepakati ahli tafsir sebagai surah-surah Madaniyyah ada 20 kesemuanya.
Di bawah ini dikemukakan senarainya :
i) al-Baqarah
ii) Aalii 'Imran
iii) An-Nisaa'
iv) Al-Maa'idah
v) al-Anfaal
vi) at-Taubah
vii) an-Nuur
viii) al-Ahzaab
ix) Muhammad
x) Al-Fath
xi) al-Hujuraat
xii) al-Hadid
xiii) al- Mujaadilah
xiv) al-Hasyr
xv) al-Mumtahanah
xvi) al-Jumu'ah
xvii) al-Munafiqin
xviii) al-Thalaaq
xix) at-Tahrim
xx) an-Nashr
Surah-surah yang khilaf para ahli tafsir tentang Makkiyyah atau Madaniyyahnya pula ada 13. Senarainya adalah seperti berikut:
i) Al-Faatihah
ii) Ar-Ra'ad
iii) AL-Hajj
iv) Ar-Rahman
v) As-Shaff
vi) At-Taghabuun
vii) Al-Munafikun
viii) Al-Qadr
ix) Al-Baiyyinah
x) Al-Zalzalah
xi) Al-Ikhlash
xii) AL-Falaq
xiii) An-Naas
Selebihnya adalah surah-surah yang disepakati mereka sebagai surah-surah Makkiyyah.
Kesimpulannya: Jumlah kesemua sekali surah di dalam al-Qur’an ada 114.
20 daripadanya adalah surah-surah Madaniyyah.
81 daripadanya adalah surah-surah Makkiyyah dan
13 daripadanya pula adalah yang diperselisihkan, sama ada ia Makkiyyah atau Madaniyyah.
Peringatan (2) :- Sesuatu surah dikatakan Makkiyyah atau Madaniyyah berdasarkan kebanyakan isi kandungannya. Ia tidak bererti setiap ayat di dalam surah Makkiyyah diturunkan sebelum Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah. Kerana mungkin juga ada di dalamnya satu atau dua ayat yang diturunkan setelah Baginda s.a.w. berhijrah ke Madinah. Demikian juga sebaliknya, mungkin ada di dalam surah yang dikatakan Madaniyyah satu atau dua ayat yang diturunkan sebelum Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah.
Bagaimanapun para ulama Tafsir ada menyebutkan beberapa qaedah umum dan ciri-ciri bagi masing-masing daripada surah Makkiyyah dan Madaniyyah
Antara qaedah umum dan ciri-ciri surah Makkiyyah adalah sebagai berikut :
(i) Setiap surah yang di dalamnya ada ayat sajdah adalah Makkiyyah, kecuali Surah al-Hajj. Kerana para ahli Tafsir masih khilaf tentangnya. Sama ada ia Makkiyyah atau Madaniyyah, meskipun di dalamnya terdapat dua ayat Sajdah.
(ii) Semua Surah yang di dalamnya digunakan perkataan "Kalla" adalah Makkiyyah . Perkataan ini berulang sebanyak 33 kali di bahagian separuh akhir al-Qur’an. Ia bertaburan di dalam 15 Surah.
(iii) Surah yang di dalamnya terdapat ayat yang dimulakan dengan "Ayyuhan Nas" adalah Makkiyyah, kecuali Surah al-Baqarah dan Surah al-Hajj.
iv) Semua Surah yang dimulakan dengan Huruf Muqattha’at Makkiyyah, kecuali Surah al-Baqarah dan Aali ‘Imraan.
(v) Semua Surah yang tersebut di dalamnya kisah para nabi dan umat-umat di zaman silam adalah Makkiyyah, kecuali Surah al-Baqarah.
(vi) Setiap Surah yang tersebut di dalamnya kisah Adam dan Iblis adalah Makkiyyah, kecuali Surah al-Baqarah.
(vii) Surah-surah yang mengandungi pembuktian tentang ‘aqidah tauhid, risalah (kerasulan), hari kebangkitan, hari kiamat, syurga dan neraka pada umumnya adalah surah-surah Makkiyyah.
(viii) Surah-surah yang memaparkan akhlaq-akhlaq yang mulia di samping membantah jenayah dan perlakuan buruk golongan musyrikin, seperti membunuh orang-orang yang tidak bersalah, memakan harta anak yatim, menanam hidup-hidup anak-anak perempuan dan lain-lain adalah Makkiyyah.
(ix) Surah-surah Makkiyyah pada umumnya mengandungi ayat-ayat yang pendek, penuh erti dan banyak menggunakan seni bahasa ‘Arab yang tinggi. Penggunaan seni bahasa seperti tasybih, tamtsil, kinayah, majaaz dan isti’aarah adalah suatu yang lumrah di dalamnya. Perbendaharaan katanya juga sangat luas.
QAEDAH UMUM DAN CIRI-CIRI SURAH MADANIYYAH PULA ADALAH SEBAGAIMANA BERIKUT:
i) Surah-surah yang mengandungi kewajipan-kewajipan agama (seperti puasa, zakat, haji dan sebagainya) dan hukum-hukum hudud adalah Madaniyyah.
ii) Surah-surah yang menyebutkan tentang golongan munafiqin dan gelagat-gelagat mereka Madaniyyah, kecuali Surah al-‘Ankabut.
iii) Surah-surah yang mengandungi ayat-ayat yang ditujukan kepada Ahli al-Kitab dan dialog serta kritikan terhadap mereka adalah Madaniyyah.
iv) Surah-surah yang di dalamnya terdapat ayat yang dimulakan dengan "Ya ayyuhalLazi naamanu" umumnya Madaniyyah.
v) Surah-surah yang mengandungi hukum-hakam ibadat, muamalat, hudud, pusaka, perang, damai, kekeluargaan, kenegaraan dan kemasyarakatan serta hubungan antara bangsa Madaniyyah kesemuanya.
vi) Banyak daripada surah Madaniyyah panjang. Demikian juga dengan ayat-ayatnya. Di dalamnya terdapat panduan yang agak terperinci tentang sesuatu peraturan atau tatacara melaksanakan sesuatu perintah dan larangan Allah.
vii) Kalau surah-surah Makkiyyah lebih lebih banyak menyatakan pertentangan antara orang-orang Islam dan penyembah berhala secara khususnya, maka surah-surah Madaniyyah pula lebih lebih banyak menyatakan pertentangan antara orang-orang Islam dan Ahli al-Kitab atau golongan munafiqin.
viii) Gaya bahasa surah-surah Madaniyyah pada umumnya bersahaja dan terang. Penggunaan bahasa-bahasa berbunga dan penuh dengan pelbagai seni bahasa `Arab kurang terdapat di dalamnya. Ini kerana realiti masyarakat Madinah adalah daripada latar belakang yang berbeza-beza. Keadaan mereka sememangnya menghendaki bahasa yang terang dan sederhana digunakan.
ix) Kalau surah-surah Makkiyyah lebih banyak menekankan fasal tauhid, kemahiran, kehidupan di alam akhirat, pemandangan hari kiamat, menghiburkan Rasulullah s.a.w. dan kisah-kisah zaman lampau, maka surah-surah Madaniyyah pula lebih banyak menekankan soal-soal kekeluargaan, kemasyarakatan dan ketamuddunan.
x) Surah-surah yang mengandungi keizinan berjihad dan hukum-hakam semasa berperang, di samping apa-apa yang ada kaitan dengannya adalah Madaniyyah.
🍍🍍
Bab :Nama2 surah dlm quran
👉makna nama suruh dan duduk dimn dlm surah boleh cari sendiri.
👉surah nama nabi2
👉hud,yusuf,yunus,
👉ada nabi yg jadi raja dan ada yg tidak tapi sama mentauhidkan allah.
11)surah hud
Juzuk 11-12
Makkiyah
Bilangan ayat2nya 123
Bilangan ruku'nya 10
Surah ar rad
Dari ayat 13
Dan Dia lah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Dan Dia lah juga yang menghantarkan petir, lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan Allah (dan kuat kuasaNya) Padahal Ia Amat keras azab seksanya.
Guruh bertasbih dan malaikat takut.
-Surah ibrahim,moyang nabi muhamad.
Ugama2 lain juga menerima nabi ibrahim
Makam ibrahim bukan kubur,bermula dr ini untuk solat.di situ ada batu yg merupakan mukjizat sebagai lif.
Surah al hijr
Ayat 80
وَلَقَدْ كَذَّبَ أَصْحَابُ الْحِجْرِ الْمُرْسَلِينَ
Dan demi sesungguhnya penduduk "Al-Hijr" telah mendustakan Rasul-rasul.
Surah an nahl(lebah)
Ayat 68
وَأَوْحَىٰ رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ
Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.
Byk pengajaran yg boleh diambil dari kehidupan lebah yg byk memberi faedah .lebih lagi manusia yg ada aqal.ada peranan masing2.belajar la dgn lebah.
Taman
Hanya sementara
Kumbang ,huduh
Nak jadi seperti lebah dan tahu menjaga kumpulannya.
Dlm taman bunga hisap yg baik itu madu dan ada faedah seperti orang lain bahkan lebih lagi ada hati,nabi2 dan kitab
Ketua lebah,permaisuri.
Jgn taksub,tak pa asal eluk.
Semut pun ketuanya betina
Ini semua binatang,ada rahsia dan iktibar dan belajar dari kehidupan serangga dan bintang.
Sebab ituada surah,binatang yg ada masyarakat.
Al isra
Makkiyah
Ayat 1
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Puncanya dr perkataan isra
Dikenali juga sbg surah bani israel
Almagrdubialaihim juga bani israel juga
Waladolin pun bani israel
Pengajaran jgn jadi bangsa ini
50%nabi dr bangsa ini.
Allah menjadikan sesat,jika buat tak kena/langgar perintah allah walau keturunanya mulia
Bani israelyg pernah diberi kedudukan istimewa tapi telah ditarik oleh allah.
Surah subhana
Surah isra sebab perkataan isra
Surah alkahfi/gua
Ayat 25
وَلَبِثُوا فِي كَهْفِهِمْ ثَلَاثَ مِائَةٍ سِنِينَ وَازْدَادُوا تِسْعًا
Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun dengan kiraan Ahli Kitab), dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu).
Gua= كَهْفِهِمْ
Dlm kehidupan dunia sentiasa bertukar2 dr islam kepada kafir atau sebaliknya
Surah Maryam
Mak nabi isa
Surah taaha
Surah anbiya
Surah hajji
Sebab sebut hajji
Istihar kena buat hajii
Surah Mukmin
Surah Assyuaara
Penyair,penyajak dan pujangga
Yg ramainya diikut puak2 yg lalai
Khayal
Yattabiulkhowun.
Byk yg kata shj buat belum tentu
Penyair yg macam mn yg disukai allah.
Penyair adalah orang seni ,yg boleh nampak yg orang lain tak nampak.seperti mata pada satu badan.
Penyair nabi nama Hasan
Surah An naml
Masyarakat,ada displin dan pakatan antara mereka
Surah al qasas
Surah al ankabut
Perumpaan mengambil tuhan lain selain allah adalah seperti labah2
Surah Ar rum
Terkenal hebat dan masyhur
Empayar rom boleh jatuh dan lenyap.
Bangsa kurdi juga hilang.
Jika nak jaga islam ,mesti ingat untuk elakan.
Surah luqman
Ahli hikmat ,phialasuf
Ajar tauhid pada anak
Syirik itu zalim,punca kepada semua sekali.
Kaji apa pun akan jumpa tuhan.
Berbeza kulit dan bahasa kamu.
Antropologi/kaji kemanusiaan akan jumpa tuhan/tand2 kekuasaan allah
Seperti luqman
Peringatan (1)
Surah2 yg disepakati ahli tafsir sebagai surah2 madaniyah ada 20 kesemuanya.
Dibwh ini dikemukakan senarainya
1.albaqarah
2.Ali imran.
3.Annisa
4.Al maidah
5.Al anfal
6.Attaubah
7.Annur.
8.Al ahzab
9.Muhamad
10.Al fath
11.Al hujurat
12.Al hadid
13.Al mujadalah
14.Al hasyr
15.Al mumtahanah
16.Al jumaah
17.Al munafikin
18.At talaaq
19.At tahrim
20.An nashr
Surah2 yg khilaf para ahli tafsir tentang Makkkiyah atau Madaniyah pula ada13.
Senarainya adalah seperti berikut:
1.Al fatihah
2.Ar rad
3.Al hajj
4.Ar rahman
5.As shaff
6.At taghabuun
7.Al munafikun
8.Al qadr
9.Al bayinah
10.Al zalzalah
11.Al ikhlas
12Al falaq
13.An naas
Selebihnya adalah surah2 yg disepakati mereka sebagai surah2 Makkiyah.
Kesimpulannya
Jumlah kesemua sekali surah dlm quran ada 114.
20 dari nya surah Madaniyah
81darinya surah Makkiyah
13darinya diperselisihkan,samada ia makkiyah atau madaniyah
Peringatan 2
Sesuatu surah dikatakan Makkiyah atau Makkiyah berdasarkan kebanyakan isi kandungannya.
Ini tidak bererti setiap ayat didlm surah Makkiyah diturunkan sebelum rasullah saw berhijrah ke Madinah.
Kerana mungkin juga diturunkan setelah baginda berhijrah ke Madinah.
Demikian sebaliknya,mungkin ada didlm surah yg dikatakan Madaniyah satu atau dua ayat yg diturunkan sebelum rasullah saw berhijrah kemadinah.
Bagaimanapun para ulamak tafsir ada menyebutkan beberapa qaedah umum dan ciri2 bg masing2 daripada surah Makkiyah dan Madaniyah.
Antara kaedah umum dan ciri2 surah Makkiyah adalah sebagai berikut:
1.Setiap surah yg didlmnya ada ayat sajdah adalah Makkiyah ,kecuali surah al hajj.kerana para ahli tafsir masih khilaf tentangnya samada ia Makkiyah atau Madaniyah,meskipun didlmnya terdapat dua ayat sajdah
2.Semua surah yg di dlmnya digunakan perkataan Kalla adalah Makkiyah.Perkataan ini berulang sebyk 33kali dibhg separuh akhir alquran.Ia bertaburan didlm 15 surah
3.Surah yg didlmnya terdapat ayat yg dimulakan dgn ayyuhan nas adalah makkiyah,kecuali surah al baqarah dan surah al hajj
4.Semua surah yg dimulakan dgn huruf muqatthaat/huruf potong(ا ل م) makkiyah,kecuali surah al baqarah dan ali imran.
5.semua surah yg tersebut didlmnya kisah para nabi dan umat2 dizaman silam adalah Makkiyah,kecuali surah al baqaroh
6.Setiap surah yg tersebut didlmnya kisah adam dan iblis adalah makkiyah kecuali albaqarah.
7.Surah2 yg mengandungi pembuktian tentang aqidah tauhid,risalah(kerasulan),hari berbangkit,hari kiamat,syurga dan neraka pada umumnya adalah surah2 makkiyah.
8.Surah2 yg memaparkan akhlaq2 yg mulia disamping membantah jenayah dan perlakuan buruk golongan musyrikin,seperti membunuh orang2 yg tidak bersalah,memakan harta anak yatim,menanam hidup2 anak2 perempuan dll adalah makkiyah
9.Surah2 makkiyah pada umumnya mengandungi ayat2 yg pendek,penuh erti dan byk mengandungikan ayat2 yg pendek,penuh erti dan byk menggunkan seni bahasa Arab yg tinggi.Penggunaan seni bahasa seperti tasybih,tamtsil,kinayah,majaaz dan isti'aarah adalah suatu yg lumrah di dlmnya.Perbendaharaan katanya juga sangat luas.
Qaedah2 umum dan ciri2 surah madaniyah pula adalah sebagaimana berikut.
1.surah2 yg mengandungi kewajiban2 agama seperti puasa,zakat,haji dan sebagainya.dan hukum2 adalah madaniyah
2.surah2 yg menyebutkan tentang golongan munfikun dan gelagat2 mereka madaniyah kecuali surah al ankabut
3.surah2 yg mengandungi ayat2 yg ditujukan kepada ahli al kitab dan dialog serta kritikan terhadap mereka adalah madaniyah
4.surah2 yg didlmnya terdapat ayat yg dimulakan dgn ya ayyuhalazi naamanu umumnya madaniyah
5.surah2 yg mengandungi hukum2 ibadat,muamalat,hudud,pusaka,perang,damai,kekeluargaan,kenegaraan dan kemasyarakatan serta hubungan antara bangsa madaniyah kesemuanya
6.byk drp surah madaniyah panjang.demikian juga dgn ayat2nya.didlmnya terdapat panduan yg agak terperinci tentang sesuatu peraturan atau tatacara melaksanakan sesuatu perintah dan larangan allah.
7.kalau surah2 makkiyah lebih byk menyatakan pertentangan antara orang2 islam dan penyembahan berhala secara khususnya,maka surah2 madaniyah pula lebih byk menyatakan pertentangan antara orang2 islam dan ahli kitab atau munafikin.
8.gaya bhs surah2 madaniyah pada umumnya bershj dan terang.
Penggunaan bahasa2 berbunga dan penuh dgn pelbagai seni bhs arab dan kurang terdapat didlmnya/Ini kerana realiti masyarakat madinah adakah drp latarbelakang yg berbeza2.keadaan mereka sememangnya mengkehendaki bahasa yg terang dan sederhana digunakan
9.kalu surah2 makkiyah lebih byk menekankan pasal tauhid,kemahiran,kehidupan dialam akhirat,pemandangan hari qiamat,menghiburkan rasullah saw dan kisah2 madaniyah pula,maka surah2 madaniyag pula lebih byk menekakan soal2 kekeluargaan ,kemasyarakatan dan ketamaddunan.
10.surah2 yg mengandungi keizinan berjihad dan hukum2 semasa berperang,disamping apa2 yg adakaitan dgnnya adalah madaniyah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan