Jumaat, Januari 26, 2018

Usul dirayat hadis catitan (usul 1-35/99)

Oleh Maulana Asri Yusoff
untuk mengenal pasti hadis-hadis Dhaif dan Maudhu'

Usul 1
Hadits2 yg bercanggah dgn kebesaran allah swt dan menyerupakanNya dgn makhluk seperti berjisim,berkaifiyat dansebagainya,kecuali apa yg tersebut didlm al-quran dan tsabit didlm hadits sahih.Setelah diisbatkan,ia sama ada ditafwidhkan(diserahkan hakikat maknanya kepada allah)atau ditakwilkan,jika ada ruang dan alasan2 yg kukuh membolehkannya ditakwil,disamping diyakini bahwa allah tidak menyerupai sesuatu apapun daripada makhlukNya.

Usul 2
Riwayat2 yg tidak sesuai dgn kedudukan nabi kita Muhamad saw dan menga'ibkan baginda saw.

Usul 3
Hadits2 atau riwayat2 yg tidak sesuai dan tidak layak dgn kedudukan nabi2  dan mengaibkan mereka.

Usul ke4
Hadits yg tidak sesuai dan tidak layak dengan kedudukan malaikat dan mengaibkan mereka.

Usul 5
Hadis Yang Menggugat Kemuwatiran Al-Quran.
Alquran tidak terjaga dari tokok tambah dan penyusupan pihak tertentu oleh pihak lain atau pengurangan atau pemesongan dari pihak tertentu samada dr kalangan jin atau syaitan atau manusia.

Usul 6
Hadis Yang Mengandungi Usul Takrif Ma'nawi (Penyelewengan Makna) Mestilah Diketepikan.

Usul no 7 - (Sambungan) Hadis Yang Menyebutkan Secara Terperinci Kelebihan Setiap Surah Di Dalam Al-Quran .

Usul No 8 - Bercanggah Dengan Kaedah Bahasa Arab .

Usul No 9 - Bercanggah Dengan Kenyataan Dan Pengalaman Manusia.

Usul ke 10
Riwayat2 yg  bercanggah dgn alquran yg terang dan muhkam.

Usul Ke-11 :
Riwayat-Riwayat Yang Bercanggah Dengan Aqal Yang Sihat Dan Sejahtera .

Usul 12
Hadits2 yg menyebut aisyah dgn Humaira' atau diseru nabi saw sebegitu kebanyakannya maudhuk.

Usul ke-13
Riwayat Yang Bermula Dengan Seruan "Ya Ali", Hanya Satu Hadis Yang Sahih.

Usul ke-14 
Sesuatu Riwayat Adalah Palsu Jika,
1) Orang Yang Dikatakan Ada Dalam Riwayat Itu Sebenarnya Telah Mati,
2) Orang Tersebut Belum Lahir atau
3) Belum Layak Untuk Dikaitkan Dengan Peristiwa

Usul ke 15
Hadits-hadits atau riwayat-riwayat yang mengemukakan sesuatu peristiwa atau perkara yang bercanggah dengan apa yang disepakati oleh ahli-ahli sejarah dan sekian ramai `ulama’ hadits yang mu`tabar, terutamanya apabila ada hadits sahih yang membatalkannya, semuanya sama ada maudhu` atau dhaif .

Usul 16
Riwayat-riwayat Yang Mencela Dan Memburukkan Isteri-isteri Nabi s.a.w Atau Sahabat Baginda Yang Mulia; Semua Hadis-hadis Begitu Adalah Dhaif Atau PAlsu.

Usul 17
Riwayat2 yg menyatakan sahabat tertentu dihukum atau dihina dan dimalukan sama ada didunia mahupun diakhirat kerana sesuatu yg tidak jelas salahnya menurut syariat .Ia samada maudhuk atau paling tidak pun dhaif.

Usul ke18
Ialah Sesuatu peristiwa yg disebutkan didalam sesuatu riwayat akan dikira tidak benar dan mungkar apabila bercanggah dgn yg tersebut didlm hadis2 yg sahih .
Apa2 cerita atau riwayat dlm bentuk hadis atau sirah dikira tak betul  dan mungkar dan dhaif sekurang2nya sebab ianya bercanggah dgn lebih sahih.

Usul 19.
Hadis2 tentang maulid nabi saw tidak ada satu yg sahih,bahkan tidak ada satupun dhaif semuanya maudhuk.

Usul 20
iaitu:
Hadis2 yg dianggap sebagai sandaran  dan punca bg amalan dan upacara haul tidak ada satu pun yg sahih dan sharih.
Yg ada pun yg tak sahih pun tak byk.
Hadis yg menyatakan nabi pergi berziarah kubur semata2 shj.
Berziarah kekubur ada .
Haul bukan berziarah  kekubur semata.

Usul 21
Iaitu riwayat2 yg menyatakan nur nabi muhamad saw sebagaimana makhluk pertama dan ia merupakan punca bg  kejadian seluruh alam semesta semuanya maudhuk.
Semua maudhuk.Senang shj.Ingat itu,kalau cerita nur muhamad sebagai  kejadian  yg pertama maudhuk.mudah shj.

Usul 22
Riwayat2 yg memperihalkan keajaiban2 semasa kelahiran Nabi saw.
Begitu juga  riwayat2 yg menyatakan  keajaiban2 yg dialami ibunda nabi saw semasa mengandungkanya,kebanyakanya  adalah dusta.
Paling tinggi pun ia dhaif.
Tidak ada satu pun daripadanya yg sahih.

Usul 23
Usul dirayat hadis(usul 023)
Riwayat2 yg menyatakan aqal sebagai kejadian pertama adalah maudhuk semuanya .
Riwayat2 yg menyatakan keutamaan aqal pula paling tinggi hanya dhaif.Tidak ada satu pun daripadanya sahih.
Namun ini tidaklah bererti Islam tidak menghargai orang2 yg tidak menggunakan aqal fikiran.
Banyak sekali penghargaan dan sanjungan yg diberi Allah kepada orang yg berfikir  dlm quran dan hadis,yakni menggunakan aqal.
Orang2 yg beraqal menggunakan fikirannya jua tahu menilai kejadian Allah dan seterusnya membawa mereka mengenali Allah.itu tak nafi .
Yg dinafikan hanya sebagai kejadian yg pertama.sepeeti roh.
Nak buat apa2 kena ada roh tetapi  hadis tentang roh itu sendiri a takrifnya atau hakikatnya itu tidak ada.Namun kita bergantung hidup dgn roh.Roh itu penting.
Tetapi kalu nak twngokmdlm hadis maka tidak ada yg sahih.begitulah.

Usul 24
Hadis2 yg menyatakan kelebihan  bunga2an tertentu seperti bunga ros dan lain2 semuanya maudhuk

Usul 25
Hadis2 yg menyatakan kelebihan minyak2 tertentu semuanya maudhuk.
Byk kita akan bertemu tentangnya

Usul 26
Hadis2 tentang  kelebihan dan keburukan  sayur2an semuanya maudhuk .Demikian juga yg menyatakan kelebihan sayur dalam suatu  hidangan kerana dia boleh menghalau syaitan  dan ia mengandunhi khasiat khasiat2 tertentu kecuali hadis tentang kelebihan cendawan jika anda menira ianya termasuk dalam sayur2an kerana ada hadis sahih mengenainya .

Usul 27
Hadis2 tentang kelebihan garam dan kelebihan memakanya sebelum dan selepas memakan makanan utama yg lain,semuanya maudhuk dan paling tinggi pun dhaif sangat.

Usul 028
Hadis2 yg menyebutkan tentang kelebihan permata2 tertentu seperti permata aqiq,zamrud,zabarjad dan seumpamanya atau kegunaan faedah atau kasiatnya semuanya maudhuk .Tidak ada satu pun drpnya sahih.

Usul 29
Hadis2 tentang  kelebihan membela burung merpati  atau ayam jantan berwarna putih,hadis2 mengenainya tidak ada satu pun sahih  malah semuanya maudhuk dan karut.

Usul 30
Hadis2 kelebihan inai  dan mewarnai rambaut dan janggut tidak ada satu pun yg sahih,semuanya maudhu atau dhaif.

Usul 31
Hadis2 tentang kelebihan berkhidob(yakni memakai inai dan pewarna rambut,janggut dan misai) serta keutamaannya yg luar biasa dan bukan alang kepalang seperti ia menghindarkan pemakainya(sebagai perhiasan) menghalang soalan para malaikat.
Olehkerana khidob ini terlalu umum...
sampai begini kelebihannya dipertikaikan.
Semuanya mauduk.
Contoh2....

Usul 32
Hadis2 yg melarang memakai pewarna hitam (rambut ,janggut dan misai)dan mengancam orang2 yg memakainyadgn ancaman diakhirat nanti,semuanya samada dhaif atau mauduk

Usul 33

Usul 34
Hadis2 tentang kelebihan dan faedah memotong kuku pada hari tertentu,juga hadis2  tentang  kaifiat danntertib memotong kuku tidak ada satu pun yg sahih,semuanya dhaif dan maudhuk.

Usul 35
Tidak ada satu pun hadis sahih atau hasan tentang kelebihan  solat sunat khusus dengan kaifiat dan bacaan2 tertentu  pada tiap2 hari atau tiap2 malam dalam seminggu.Kalau adapun hadis maudhuk.

🐓
99 Usul Dirayah untuk mengenal pasti hadis-hadis Dhaif dan Maudhu'

1. Riwayat yang tidak sesuai dengan kedudukan Nabi s.a.w dan meng`aibkan Baginda.
2. Riwayat yang bercanggah dengan kenyataan dan pengalaman manusia.
3. Mengemukakan sesuatu yang tak masuk `aqal untuk menarik perhatian orang ramai.
4. Janji pahala besar kerana sesuatu `amalan yang kecil dan remeh-temeh.
5. Janji hukuman yang berat atau `azab yang besar kerana kesalahan yang kecil.
6. Hadits yang menyatakan kelebihan minyak tertentu.
7. Hadits yang menyatakan kelebihan bunga-bunga tertentu.
8. Kelebihan membela burung merpati atau ayam.
9. Semua riwayat tentang larangan menebang pokok bidara adalah maudhu` kecuali satu hadits
10. Hadits tentang kelebihan inai semuanya dha`if atau maudhu` kecuali hadits yang menganjurkan supaya berkhidhab dengan inai dan katam dan hadits berikut... 11. Riwayat tentang Nabi s.a.w mandi di dalam bilik mandi air panas dan melumurkan kapur untuk menghilangkan bulu-bulu di tubuh Baginda s.a.w.
12. Bercanggah dengan riwayat yang sahih lagi sharih. 13. Bercanggah dengan ayat Al-Qur'an yang terang.
14. Bercanggah dengan `aqal yang sihat dan sejahtera. 15. Hadits-hadits yang menyebut `Aishah dengan Humaira' kebanyakannya maudhu` atau dha`if kecuali satu hadith
16. Hadits-hadits yang bermula dengan seruan يا علي maudhu` semuanya melainkan satu hadits
17. Ucapan yang tidak layak dikeluarkan oleh Nabi-nabi a.s
18. Peristiwa yang sepatutnya diriwayatkan oleh ramai orang tetapi hanya diriwayatkan seorang sahaja
19. Hadits yang menunjukkan kefardhuan sesuatu atau kepentingannya tetapi ia hanya diriwayatkan oleh seorang sahaja perawi.
20. Hadits yang menyebutkan secara jelas tarikh atau tahun sesuatu peristiwa yang akan berlaku
21. Hadits yang menyatakan kelebihan mana-mana tempat selain Mekah dan Madinah
22. Hadits yang menyatakan kelebihan mana-mana masjid selain Masjidil Haram, Masjid Nabi s.a.w, Masjid Aqsa dan Masjid Quba'
23. Riwayat yang menyatakan tentang kubur seseorang Nabi selain Nabi kita Muhammad s.a.w, terletak di sesuatu tempat dengan pasti
24. Riwayat yang menyatakan tentang`aqal semuanya dusta.
25. Riwayat yang menyatakan Nabi Ilyas dan Khadhir masih hidup
26. Riwayat yang menyebutkan tentang sembahyang sunat dengan kaifiat tertentu pada setiap hari dalam seminggu
27. Riwayat yang menyatakan tentang kelebihan bulan Rejab dan kelebihan berpuasa Rejab
28. Riwayat yang menyatakan tentang kelebihan sembahyang tertentu seperti sembahyang Ragha'ib pada bulan Rejab.
29. Riwayat kelebihan sembahyang tertentu pada malam Nisfu Sya`ban semuanya maudhu`.
30. Kelemahan dan kejelekan dari segi lafaz atau ma`na atau kedua-duanya
31. Riwayat yang mengandungi celaan terhadap mana-mana bangsa atau kaum
32. Riwayat yang menyebutkan dengan jelas tentang abad akan berlakunya hari qiamat
33. Hadits yang menyebutkan bulan atau hari tertentu sebagai bulan atau hari nahas
34. Hadits yang memuji atau mencela orang-orang yang dikasi
35. Hadits yang menyebutkan tentang fadhilat menziarahi kubur Nabi kita Muhammad s.a.w
36. Terdapatnya bukti-bukti menunjukkan kepalsuannya 37. Hadits yang mengandungi celaan terhadap anak-anak atau generasi kemudian.
38. Hadits yang menyebutkan tentang kelebihan permata-permata tertentu
39. Hadits yang menyebutkan tentang peperangan dengan golongan jin
40. Hadits yang menyebutkan perihal kelahiran Nabi s.a.w.
41. Hadits yang menyebutkan secara terperinci kelebihan setiap surah di dalam Al-Qur'an adalah maudhu` kecuali satu.
42. Hadits yang memuji atau mencela mana-mana imam empat mazhab
43. Hadits yang mencela sahabat Nabi s.a.w
44. Hadits yang memuji kehidupan membujang
45. Hadits yang mencela anak zina
46. Hadits tentang penurunan `ilmu tariqat atau haqiqat daripada Nabi s.a.w kepada orang-orang tertentu.
47. Hadits yang menyebutkan tentang `ilmu batin Saiyyidina `Ali
48. Riwayat daripada seseorang perawi Khariji atau Nashibi tentang keburukan Saiyyidina `Ali
49. Riwayat daripada seseorang perawi Syi`ah tentang kelebihan Saiyyidina `Ali
50. Riwayat perawi ahli bid`ah yang menyokong bid`ahnya
51. Riwayat ahli cerita kebanyakannya adalah dusta.
52. Ada orang yang sudah mati di dalam riwayat tersebut 53. Riwayat perawi pendusta atau dituduh pendusta
54. Perawi zindiq, tidak berugama atau fasiq
55 & 56 Perawi dhaif bercanggah dengan perawi kuat
57. Riwayat keluarga tertentu diampunkan pada hari qiamat
58. Hadits yang mengaitkan manusia dengan ibu-ibu mereka apabila dipanggil pada hari qiamat
59. Hadits yang memuji atau mencela bijirin, kekacang atau sayur-sayuran
60. Hadits yang menyebutkan tentang khilafah (pemerintahan) Bani `Abbas.
61. Hadits yang mencela Bani Umayyah.

62. Hadits yang melarang menebang pokok bidara kecuali satu hadis.
63. Hadits yang menyebutkan Bani `Abbas sebagai ahli syurga.
64. Hadits yang mengemukakan sesuatu peristiwa yang bercanggah dengan apa yang disepakati oleh ahli-ahli sejarah yang mu`tabar.
65. Riwayat yang terdapat petunjuk (qarinah) padanya tentang kekarutan dan kedustaannya.
66. Riwayat yang menyatakan ketinggian dan kebesaran luar biasa saiz tubuh golongan `Amaliqah, `Aad, Tsamud dan `Uuj Bin `Unuq.
67. Riwayat yang menyatakan kelebihan bukit-bukit tertentu seperti Thursina, Qaf
68. Riwayat yang menyatakan tentang penghidupan semula kedua ibu bapa Nabi s.a.w atau menyatakan dengan jelas tentang mereka berdua sebagai ahli syurga. 69. Riwayat yang menyatakan tentang keimanan kedua ibu bapa Nabi s.a.w dan keimanan Abu Thalib.
70. Riwayat yang memuji kecantikan rupa paras.
71. Riwayat yang memuji kezaliman, kerosakan dan kebatilan di samping mengeji kebenaran.
72. Riwayat yang menyatakan fadhilat bercelak, berpakaian baru, bersembahyang, berbelanja lebih daripada biasa utk ahli keluarganya, bersuka ria atau bersedih dan berduka dan lain-lain `amalan pd hari `Asyura' semuanya adalah maudhu` kecuali berpuasa pada hari tersebut.
73. Riwayat yang menyatakan fadhilat bersembahyang dengan memakai serban dan cincin.
74. Riwayat yang menyatakan Ishaq sebagai anak Nabi Ibrahim a.s yang disembelih bukan Ismail
75. Riwayat yang menyebutkan tentang Abdal, Aqtab dan para wali.
76. Riwayat yang menyebutkan tentang doa dengan wasilah.
77. Riwayat yang menyebutkan tentang imamah, walayah dan khilafah `Ali.
78. Riwayat yang menyatakan tentang benarnya `Ali dalam setiap pertelingkahan yang berlaku di antara beliau dengan para sahabat yang lain semasa pemerintahannya
79. Riwayat- yang mencela atau memburuk-burukkan para isteri Nabi s.a.w seperti `Aishah disalak anjing Hau'ab.
80. Riwayat yang menyebutkan tentang syahadah Husain.
81. Hadits yang mencela orang-orang yang terlibat dengan apa-apa pekerjaan yang halal adalah maudhu` semuanya
82. Riwayat yang menyebutkan tentang بسم الله perlu dinyaringkan bacaannya di dalam sembahyang tidak ada satu pun sahih.
83. Riwayat-riwayat yang menyebutkan tentang mana-mana sahabat atau mana-mana wali akan menjadi saqi (pemberi minum air) di kolam Kautsar nanti adalah palsu semuanya.
84. Riwayat-riwayat yang menyebutkan tentang orang-orang tertentu akan mempunyai naungan atau teduhan sendiri di hari qiamat nanti adalah palsu.
85. Hadits-hadits yang menyebutkan tentang penguasaan dunia melalui Isim a`zam.
86. Riwayat-riwayat Israiliyyat yang bercanggah dan bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah.
87. Memanglah ada hadits-hadits sahih tentang kelebihan Fathimah, `Ali, Hasan dan Husain, namun di sana terdapat banyak sekali hadits-hadits palsu berhubung dengan mereka. Seperti hadits Kisa' dan hadits Hasan dan Husain adalah dua pemuda ahli syurga dan lain-lain.
88. Hadits-hadits yang menyebutkan tentang kelebihan `Ali Zainal `Abidin, Al-Baqir dan Ja`far Sadiq adalah palsu semuanya.
89. Sesuatu peristiwa yang disebutkan di dalam sesuatu riwayat akan dikira tidak benar apabila bercanggah dengan apa yang tersebut di dalam hadits-hadits yang masyhur atau mutawatir.
90. Sesuatu riwayat walaupun dikemukakan oleh perawi tsiqah akan tertolak jika ia mengandungi sesuatu `amalan yang tidak di`amalkan oleh sahabat, tabi`in dan tab`i at-tabi`in.
91. Riwayat yang menyebutkan tentang tasawwuf.
92. Riwayat yang bercanggah dengan qa'idah bahasa 'Arab.
93. Riwayat yang menyebutkan tentang kelebihan hidup dalam keadaan papa kedana.
94. Riwayat yang menyebutkan tentang Saiyyidina `Ali sebagai pintu `ilmu.
95. Riwayat- yang menyebutkan tentang wasiat Nabi s.a.w berkenaan dengan imamah dan walayah `Ali.
96. Riwayat yang menyatakan `aqal sebagai kejadian pertama adalah maudhu` kesemuanya.
97. Riwayat yang menyatakan nur Nabi s.a.w sebagai makhluk pertama semuanya maudhu`.
98. Riwayat yang menyatakan kejadian seseorang manusia daripada nur ilahi sudah tentu maudhu`
99. Semua riwayat tentang Panjtan adalah maudhu`

🍒🍒
1.janji pahala yg besar untuk perkara yg remeh temeh.
2.hadits kelebihan minyak .
3.hadits kelebihan bunga ros
Tiada yg sahih.
4.hadits kelebihan ayam
5.riwayat2 tentang orang yg nama ahmad atau muhamad tak masuk neraka.
6.riwayat 2 yg  mengatakan allah dijadikan dr peluh kuda.
7.riwayat2 yg memberitahu matahari naik semula setelah jatuh.
8.hadits yg hanya diriwayat oleh seorang shj perawi,oleh Hisham bin Urwah,aisyah berkahwin dgn nabi pada umur 6th.Urwah ramai murid ,hanya anaknya g
9.hadits2 yg menggalakan membujang.
10.hadits2 yg bercanggah dgn ahli hadits yg muktabar atau ahli sejarah.

🍉🍉

99 usul dirayah mengesan hadits palsu
Minit 23:59

Tiada ulasan:

Catat Ulasan