Sabtu, Mac 10, 2018

Tafsir asas quran sesi 79

USUL KE 17
MENGETAHUI AYAT-AYAT YANG MENASAKHKAN DAN AYAT-AYAT YANG DIMANSUKHKAN MENURUT AHLI TAFSIR MUTAQADDIMIN DAN MUTA'KKHIRIN

Bhg 1
Ibnu Abbas sebagaimana dinukilkan oleh ibnu katsir dan lain2 dgn isnad yg sahih berpendapat ,maksud firman allah لَا يَنْكِحُdan لَا يَنْكِحُهَا dlm ayat 3

الزَّانِي لَا يَنْكِحُ إِلَّا زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لَا يَنْكِحُهَا إِلَّا زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ ۚ وَحُرِّمَ ذَٰلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.
-Sura An-Nur, Ayah 3

ini bukan tidak boleh  atau tidak akan atau bukan tidak layak berkahwin atau dikahwini tetapi bererti tidak akan dapat bersetubuh  atau berzina kecuali dgn penzina juga,sama ada ia muslim (baik lelaki atau perempuan).
Dikalangan tabiin terdapat  agak ramai yg bersependapat  dgn ibnu Abbas .Mereka terdiri drp murid2 beliau sendiri  dan juga bukan murid2 beliau ,seperti
Mujahid ,Ikrimah,Said bin Jubair ,Urwah bin Azzubair ,adh-Dhahhaak ,Muqaril bin Hayyan dll.
Ini kerana orang islam,samada ia penzina atau bukan penzina sememangnya diharamkan berkahwin dgn orang musyrik samaada ia penzina atau bukan penzina.
Jadi apa ertinya Allah berfirman "Penzina laki2 tidak boleh berkahwin kecuali dgn penzina perempuan atau dgn perempuan musyrik?"seolah2nya laki2 muslim yg berzina boleh berkahwin dgn perempuan muslimah yg berzina atau musyrik.
Yg tidak boleh dikahwininya hanyalah   dgn perempuan muslimah yg tidak berzina !
Padahal sesaorang muslim tidak boleh  berkahwin dgn perempuan musyrik dlm apa jua keadaan sekalipun ,sama ada ia penzina atau tidak.Begitu juga perempuan muslimah yg berzina ,ia seolah2 tidak boleh dikahwini melainkan dgn hanya laki2 yg berzina atau laki2 musyrik!
Padahal  bukan kah perempuan muslimah sama ada dia penzina atu tidak,tidak boleh  berkahwin dgn  laki2 musyrik biar bagaimana sekalipun keadaannya!
Tetapi kalu anda mengatakan laki2 muslim tidak boleh bersetubuh atau berzina melainkan dgn penzina juga,samaada ia muslimah atau ia musyrikah,maka keadaan itu boleh berlaku.Demikian juga kalau  anda mengatakan sebaliknya.perempuan muslimah tidak boleh bersetubuh atau berzina  melainkan  dgn penzina juga,samada ia muslim atau musyrik ,maka keadaan itu juga boleh berlaku.
Sebabnya ia tidak ada keperluan untuk seorang penzina mensyaratkan  apa2 agama pasangannyanya!
Berdasarkan pemahaman Ibnu Abbas ini juga tidak wajar dikatakan ayat ke3 surah annur itu mansukh.
Apa yg difahami Ibnu Abbas itu nampaknya bersesuaian dgn sabda Rasullah saw berikut....
Bermaksud ,Tidak berzina sesaorang yg berzina dlm keadaan dia mukmin(sejati)ketika berzina .Tidak mencuri seorang pencuri dlm keadaan dia mukmin (sejati)ketika  mencuri.
Dan tidak minum arak seorang peminum arak dlm keadaan dia mukmin (sejati) ketika ia sedang meminumnya;bagaimanpun pintu taubat sentiasa terbuka sesudah itu.

Bahagian 2.
Semua tafsiran dan pendapat para ulama tafsir tentang firman allah didlm ayat 3surah annur  yg dikemukakan diatas jika dilihat dari sudut ilmu balaghah tidak terlepas drp beberapa bentuk qaedah berikut:

(a) ia dipakai sebagai khabar pada kedua2 lafaz dan maknanya.
Dalam istilahnya ia disebut خبريه لفظا ومعنى.
Inilah pandangan kebanyakan para muhaqqiqin dari kalangan mufasirin, termasuk al Qaffaal,Fakhurudin ar Razi dll.

(b)Ia pada lafaz merupakan khabar ,tetapi pada maknanya adalah insya'.
Dalam istilahnya ia disebut
sebagai خبريه لفظاإنشائةمعنى.

(c)Ia pada lafaz dan maknanya insya'.
Dlm istilahnya ia disebut sebagai   إنشائة لفظا ومعنى
Keadaan ini berlaku apabila anda memakai qiraat (syazzah)yg membaca لاينكحdgn majzun,kerana ia dipakai sebagai fiil nahi.

Mengambil kira qaedah
(a)yg memakai firman allah berkenaan
ayatخبرية لفظا ومعني
(semata2 cerita,sama ada dr sudut lafaz atau maknanya),maka tiada langsung kemungkinan untuk anda mengatakan ia mansukh,kerana ayat cerita  termasuk tidak dlm ruang lingkup perbincangan bab nasakh.Selain dari itu adalah mustahil diterima Allah berdusta dlm mana2 cerita Nya.
Tidak mungkin berlaku pertukaran  dlm suatu cerita yg disampaikan oleh Allah dan Rasullah dengan segala perincianya,tiba2 ia didapati berlainan malah bercanggah dgn apanyg diceritakan oleh Allah  kemudiannya.Tidak mungkin juga berlaku apa yg diceritakan Allah bercanggah dengan kenyataan secara total.
Itulah sebabnya an Nahhaas(Abu Jaafar Ahmad bin Muhamad an Nahhaas an Nawi m 338H berkata ,kalau dlm cerita Allah juga boleh melakukan nasakh,nescaya tidak akan diketahui mana yg benar dan mana yg salah dan banyaklah ajaran Allah akan terbatal(lihat an Nahhaas an -Naasikh wal mansukh m/s 5311)

Walaupun nasakh berkemungkinannberlaku dlm bentuk (b) dan (c),tetapi dlm kenyataan tidak pernah berlaku kepada ayat ke3 surah an nuur berdasarkan dalil berikut.

(1)sekian ramai sahabat agung sehebat abu bakar,umar,ibnu masud ,ibnu abbas,ali,aisyah,jabir,,baraa bin azib dll masih berpegang dgn zahir ayat tersebut selepas kewafatan Nabi  saw .
imam2 mujtahidin sehebat Ahmad bin Hambal juga masih berpegang dengan zahir hadisnya yg menyatakan terlarang,tidak sah dan haramnya perkahwinan diantara penzina dan orang musyrik dengan orang2 mukmin yg memelihara dirinya  dr perbuatan zina.
Ini jelas menunjukan ia tidak mansukh,masakan mereka tidak mengetahuinya.
(2)Dalil2 yg dikemukakan sebagai nasikh oleh pihak yg berpendapat ayat ke3 surah an nuur

الزَّانِي لَا يَنْكِحُ إِلَّا زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لَا يَنْكِحُهَا إِلَّا زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ ۚ وَحُرِّمَ ذَٰلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.
-Sura An-Nur, Ayah 3

itu telah mansukh,sebenarnya tidak mempunyai cukup kekuatan untuk dianggap sebagai nasikh .kerana apa yg didakwa mereka sebagai nasikh itu tidak lebih  daripada cuma dua ayat yg masih dipertikaikan keabsahanya sebagai nasikh,iaitu ayat ke3 surah an nisaa

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَىٰ فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَىٰ وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ ۖ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَلَّا تَعُولُوا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
-Sura An-Nisa', Ayah 3

dan ayat ke32 surah an nuur
وَأَنْكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنْكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ ۚ إِنْ يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.
-Sura An-Nur, Ayah 32

yg dikemukakan sebelum ini
Keabsahan ijma' tergugat disini apabila terdapat sekian ramai  sahabat besar yg menyalahinya.Selain itu para ulama usul berpendapat ,ijma' tidak  dapat menasakhkan ayat al quran dan hadis yg qath'i .sebabnya ia lah ijma' hanya dalil zhanni,sebagaimana ia akan dapat menasakhkan dalil alquran yg qath'i?Ayat ke3 surah an nisaa dan ayat ke32 surah an nuur pula mujmal dan terlalu umum,bagaimana ia akandapat menasakhkan ayat yg mubayyan dan khas?

Qaedah (c) juga tidak sah kerana ia hanya satu yg sabit berdasarkan qiraat yg syazzah .Tentu sekali ia tidak mempunyai kekuatan untuk menasakhkan ayat alquran dan juga hadis yg qath'i(lihat fakhruddin ar razi-tafsir al kabir j.6m/s 259




Tiada ulasan:

Catat Ulasan