053.Surah An najm
Maksud surah najmi ialah penolakan syafaat qariah.
Maknanya tiada syafaat qariah diakhirat nanti.
Manusia biasanya nak pertolongan bila terdesak.
Tapi Orang mekah dia tak percaya akhirat.
Sebagai pembantu bg orang yg menyerunya.
Jika ada syafaat adalah dr allah.
Orang yg mati dalam syirik tidak mungkin akan dapat syafaat dari allah.
Syaitan telah kelentong jika nak syafaat nabi pergi seru nabi atau nak syafaat wali seru wali.
Sebenarnya,Nak syafaat mesti mati dlm tauhid.
Syafaat bebas atau tidak dlm neraka
Tuhan juga bg tau cara2 nabi dapat wahyu kepada orang mekah.
Surah An najm
Tertib surah 53
Bilangan ayatnya 62
Bilangan rukuk 3
Surah makkiyah
Tertib turunnya yg ke 23
Bilangan paragrafnya ada 5
Paragraf 1ayat 1-18 Kebenaran wahyu alquran dan peristiwa mikraj
Paragraf 2 ayat 19-28 Penolakan terhadap penyembahan berhala dan kesyirikan.
Paragraf 3 ayat 29-35 Akibat yg akan diterima oleh orang2 yg percaya kepada seruan islam dan yg tidak percaya kepadanya
Paragraf 4 ayat 36-55 Percayalah kepada akidah
tauhid قدرتdan akhirat dgn meninggalkan akidah شفاعة rekaan sendiri yg karut dan beramal solehlah kamu
Paragraf 5 ayat 56-62 Pilihlah ajaran tauhid berpandukan ancaman alQuran
Mesej Utama
1.Jgn lah kamu percayakan syafaat Laata,Manaata,Uzza dan Syi'ra.Sebaliknya kamu hendaklah beriman kepada wahyu tuhan(quran)kepada Muhamad.
2.Hindarilah drp dosa2 besar dan lakukanlah amal soleh.
3.Setiap manusia memikul dosanya sendiri tidak dosa2 orang2 lain.
4.Hanya usaha yg dilakukan oleh masing2 manusia berguna kepadanya.
Ayat 1
وَالنَّجْمِ إِذَا هَوَىٰ
Demi bintang semasa ia menjunam, -
👉Allah bersumpah dgn makhluknya iaitu bintang sebagai saksi.
Ayat 2
مَا ضَلَّ صَاحِبُكُمْ
وَمَا غَوَىٰ
Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar),
dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah).
👉Akal dia tidak rusak غَوَىٰ bahkan orang pilihan allah.
Ayat 3
وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَىٰ
Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.
👉
Ayat 4
إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَىٰ
Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.
👉Melalui jibrail dan ilmu dari allah.
Ayat 5
عَلَّمَهُ شَدِيدُ الْقُوَىٰ
wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah,
👉Tiada syaitan yg boleh rompak dari syaitan sebab malaikat sangat kuat.
Malaikat ada 500sayap,satu sayap dah boleh cungkil bumi.
Ayat 6
ذُو مِرَّةٍ
فَاسْتَوَىٰ
Lagi yang mempunyai kebijaksanaan;
kemudian ia memperlihatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad) dengan rupanya asal, -
👉aqal bijak dan rupa cantik.
Rupa huduh akan ditakuti.
Ayat 7
وَهُوَ بِالْأُفُقِ الْأَعْلَىٰ
Sedang ia berada di arah yang tinggi (di langit);
👉Berdiri tegak dgn rupa asal
Kaki dibumi ,kepala dilangit.agar mudah nabi melihatnya.
Ufuk adalah gigi langit.?
Ayat 8
ثُمَّ دَنَا فَتَدَلَّىٰ
Kemudian ia mendekatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad),
lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit,
👉
Ayat 9
فَكَانَ قَابَ قَوْسَيْنِ
أَوْ أَدْنَىٰ
Sehingga menjadilah jarak (di antaranya dengan Nabi Muhammad) sekadar dua hujung busaran panah,
atau lebih dekat lagi;
👉Tanda hubungan rapat.
Rupa dan cara dia menjelma jadi kecil.
Ayat 10
فَأَوْحَىٰ إِلَىٰ عَبْدِهِ مَا أَوْحَىٰ
Lalu Allah wahyukan kepada hambaNya (Muhammad, dengan perantaraan malaikat Jibril) apa yang telah diwahyukanNya.
👉wahai orang mekah tolong dengar.
Ayat 11
مَا كَذَبَ الْفُؤَادُ مَا رَأَىٰ
Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya.
👉
Ayat 12
أَفَتُمَارُونَهُ عَلَىٰ مَا يَرَىٰ
Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu?
👉Kita pula kenapa bantah?
Bomoh dan jin,kadang2 dengar tapi tak boleh tengok.
Ayat 13
وَلَقَدْ رَآهُ نَزْلَةً أُخْرَىٰ
Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,
👉Pengakuan ,nabi telah lihat malaikat semasa israj mikraj.
Nabi biasa tengok jibrail ditempatnya,sidratilmuntaha
Ayat 14
عِنْدَ سِدْرَةِ الْمُنْتَهَىٰ
Di sisi "Sidratul-Muntaha";
👉Dgn rupa asalnya.
Tempat terakhir jibrail boleh sampai.
Ayat 15
عِنْدَهَا جَنَّةُ الْمَأْوَىٰ
Yang di sisinya terletak Syurga "Jannatul-Makwa".
👉
Ayat 16
إِذْ يَغْشَى السِّدْرَةَ مَا يَغْشَىٰ
(Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa " Sidratul Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga.
👉
Ayat 17
مَا زَاغَ الْبَصَرُ
وَمَا طَغَىٰ
Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya),
dan tidak pula melampaui batas.
👉
Ayat 18
لَقَدْ رَأَىٰ مِنْ آيَاتِ رَبِّهِ الْكُبْرَىٰ
Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya.
Ayat 19
أَفَرَأَيْتُمُ اللَّاتَ وَالْعُزَّىٰ
(Setelah kamu - wahai kaum musyrik Makkah - mendengar keterangan yang membuktikan kekuasaan dan keagungan Allah) maka adakah kamu nampak bahawa "Al-Laat" dan "Al-Uzza" -
👉Menolak syafaat kohriah.
Seorang yg pernah buat sesuatu mati disitu (suatu tempat)dan dibuat patung untuk mereka seru sebagai wakil dari allah.
Ayat 20
وَمَنَاةَ الثَّالِثَةَ الْأُخْرَىٰ
Serta "Manaat" yang ketiga, yang bertaraf rendah lagi hina itu (layak disembah dan dianggap sebagai anak-anak perempuan Allah)?
Ayat 21
أَلَكُمُ الذَّكَرُ وَلَهُ الْأُنْثَىٰ
Patutkah kamu membahagi untuk diri kamu sendiri anak lelaki (yang kamu sukai), dan untuk Allah anak perempuan (yang kamu benci)?
Ayat 22
تِلْكَ إِذًا قِسْمَةٌ ضِيزَىٰ
Pembahagian yang demikian, sudah tentu suatu pembahagian yang tidak adil.
👉Ini pembahagian yg zalim.
Ayat 23
إِنْ هِيَ إِلَّا أَسْمَاءٌ سَمَّيْتُمُوهَا أَنْتُمْ
وَآبَاؤُكُمْ
مَا أَنْزَلَ اللَّهُ بِهَا مِنْ سُلْطَانٍ ۚ
إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ
وَمَا تَهْوَى الْأَنْفُسُ ۖ
وَلَقَدْ جَاءَهُمْ مِنْ رَبِّهِمُ الْهُدَىٰ
Benda-benda yang kamu sembah itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu
dan datuk nenek kamu menamakannya.
Allah sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya.
Mereka yang berbuat demikian, tidak menurut melainkan sangkaan-sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa nafsunya.
Padahal demi sesungguhnya telah datang kepada mereka petunjuk dari Tuhan mereka.
Ayat 24
أَمْ لِلْإِنْسَانِ مَا تَمَنَّىٰ
Adakah manusia tetap akan dapat mencapai segala yang dicita-citakannya? (Tidak!).
Ayat 25
فَلِلَّهِ الْآخِرَةُ وَالْأُولَىٰ
Kerana Allah jualah yang menguasai segala urusan akhirat dan urusan dunia.
👉Segala yg berlaku milik allah.
Ayat 26
وَكَمْ مِنْ مَلَكٍ فِي السَّمَاوَاتِ
لَا تُغْنِي شَفَاعَتُهُمْ شَيْئًا
إِلَّا مِنْ بَعْدِ أَنْ يَأْذَنَ اللَّهُ
لِمَنْ يَشَاءُ وَيَرْضَىٰ
(Golongan yang musyrik mengharapkan pertolongan benda-benda yang mereka sembah itu) padahal berapa banyak malaikat di langit,
syafaat mereka tidak dapat mendatangkan sebarang faedah,
kecuali sesudah Allah mengizinkan
bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan diredhaiNya.
👉
Ayat 27
إِنَّ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ
لَيُسَمُّونَ الْمَلَائِكَةَ تَسْمِيَةَ الْأُنْثَىٰ
Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat sahajalah,
yang tergamak menamakan malaikat itu dengan nama perempuan,
👉Orang mekah khasnya.
Ayat 28
وَمَا لَهُمْ بِهِ مِنْ عِلْمٍ ۖ
إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ ۖ
وَإِنَّ الظَّنَّ
لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا
Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya.
Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata,
padahal sesungguhnya sangkaan itu
tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).
👉
Ayat 29
فَأَعْرِضْ عَنْ مَنْ تَوَلَّىٰ
عَنْ ذِكْرِنَا
وَلَمْ يُرِدْ إِلَّا الْحَيَاةَ الدُّنْيَا
Oleh itu, janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan orang yang berpaling
dari pengajaran Kami,
dan tidak mahu melainkan kehidupan dunia semata-mata.
👉Tasliyah.
Ayat 30
ذَٰلِكَ مَبْلَغُهُمْ مِنَ الْعِلْمِ ۚ
إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ
وَهُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اهْتَدَىٰ
(Kepentingan dunia) itulah sahaja tujuan terakhir dari pengetahuan yang dicapai oleh mereka.
Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya,
dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk.
👉tugas nabi menyampaikan shj.
Ayat 31
وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ
لِيَجْزِيَ الَّذِينَ أَسَاءُوا بِمَا عَمِلُوا
وَيَجْزِيَ الَّذِينَ أَحْسَنُوا
بِالْحُسْنَى
Dan Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi;
(diciptakan semuanya itu) untuk membalas orang-orang yang berbuat jahat menurut apa yang mereka lakukan, dan membalas orang-orang yang berbuat baik
dengan balasan yang sebaik-baiknya.
👉perbuatan syirik أَسَاءُوا
Wahadu atau mentauhidkan allah أَحْسَنُوا
Balasan syurga بِالْحُسْنَى
Ayat 32
الَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الْإِثْمِ
وَالْفَوَاحِشَ
إِلَّا اللَّمَمَ ۚ
إِنَّ رَبَّكَ وَاسِعُ الْمَغْفِرَةِ ۚ
هُوَ أَعْلَمُ بِكُمْ إِذْ أَنْشَأَكُمْ مِنَ الْأَرْضِ
وَإِذْ أَنْتُمْ أَجِنَّةٌ
فِي بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ ۖ
فَلَا تُزَكُّوا أَنْفُسَكُمْ ۖ
هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَىٰ
(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar
serta perbuatan-perbuatan yang keji,
kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan).
Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya.
Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah,
dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian
dalam perut ibu kamu;
maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa).
Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.
👉sifat orang yg dapat balasan baik
Dosa besar zina
Permulaan nya dosa kecil
Jangan puji diri sebab allah lebih tahu tentang diri sesaorang.
Dosa berkait dgn manusia وَالْفَوَاحِشَ
Ayat 33
أَفَرَأَيْتَ الَّذِي تَوَلَّىٰ
Adakah engkau mengetahui (keburukan) orang yang berpaling (dari menurut kebenaran kerana ia dihasut)?
👉Zajrun.
Al Walid bin Mughirah.
Ayat 34
وَأَعْطَىٰ قَلِيلًا وَأَكْدَىٰ
Dan setelah ia memberi sedikit pemberiannya, ia memutuskannya (kerana menurut hawa nafsunya)?
👉 Ramai yg masuk neraka sebab ini.
Terperangkap antara ikut wahyu dan kehendak hawa nafsu.
Ayat 35
أَعِنْدَهُ عِلْمُ الْغَيْبِ فَهُوَ يَرَىٰ
Adakah ia mempunyai pengetahuan mengenai perkara yang ghaib sehingga ia dapat mengetahui (bahawa orang lain boleh menghalang gantinya dari apa yang akan menimpanya pada hari akhirat)?
👉
Ayat 36
أَمْ لَمْ يُنَبَّأْ بِمَا فِي صُحُفِ مُوسَىٰ
Atau belumkah ia diberitahu akan apa yang terkandung dalam Kitab-kitab Nabi Musa -
👉
Ayat 37
وَإِبْرَاهِيمَ الَّذِي وَفَّىٰ
Dan juga (dalam Kitab-kitab) Nabi Ibrahim yang memenuhi dengan sempurnanya (segala yang diperintahkan kepadanya)?
👉
Ayat 38
أَلَّا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ
(Dalam Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja);
👉Tanggung dosa orang ada.tapi bukan semua sekali.
Ayat 39
وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ
إِلَّا مَا سَعَىٰ
Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang
melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;
👉Maksudnya Iman dan aqidah ,tak akan sampai
Amal boleh sampai
Doa anak yg soleh boleh sampai.
Apa yg sabit dari nabi ,baru kita ikut.
Amal sampai jika ikhlas.
Kalu mati dlm iman,selamat.
Tetapi dlm kufur ,tiada lagi peluang.
Ayat 40
وَأَنَّ سَعْيَهُ سَوْفَ يُرَىٰ
Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak)
👉balasan akan dapat
Ayat 41
ثُمَّ يُجْزَاهُ الْجَزَاءَ الْأَوْفَىٰ
Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna;
Ayat 42
وَأَنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ الْمُنْتَهَىٰ
Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan (segala perkara);
👉Tempat kembali semua manusia.
Ayat 43
وَأَنَّهُ هُوَ أَضْحَكَ وَأَبْكَىٰ
Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa,
dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;
👉
Ayat 44
وَأَنَّهُ هُوَ أَمَاتَ وَأَحْيَا
Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang mematikan dan menghidupkan;
Ayat 45
وَأَنَّهُ خَلَقَ الزَّوْجَيْنِ الذَّكَرَ وَالْأُنْثَىٰ
Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan pasangan - lelaki dan perempuan, -
Ayat 46
مِنْ نُطْفَةٍ إِذَا تُمْنَىٰ
Dari (setitis) air mani ketika dipancarkan (ke dalam rahim);
Ayat 47
وَأَنَّ عَلَيْهِ النَّشْأَةَ الْأُخْرَىٰ
Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang tetap menghidupkan semula (makhluk-makhluk yang mati);
Ayat 48
وَأَنَّهُ هُوَ أَغْنَىٰ وَأَقْنَىٰ
Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang memberikan (sesiapa yang dikehendakiNya) apa yang diperlukannya dan memberikannya tambahan yang boleh disimpan;
Ayat 49
وَأَنَّهُ هُوَ رَبُّ الشِّعْرَىٰ
Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah Tuhan (Pencipta) "Bintang Syikra;
Ayat 50
وَأَنَّهُ أَهْلَكَ عَادًا الْأُولَىٰ
Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang membinasakan kaum "Aad" yang pertama (kaum Nabi Hud), -
Ayat 51
وَثَمُودَ فَمَا أَبْقَىٰ
Dan kaum "Thamud" (kaum Nabi Soleh). Maka tidak ada seorangpun (dari kedua-dua kaum itu) yang dibiarkan hidup.
👉
Ayat 52
وَقَوْمَ نُوحٍ مِنْ قَبْلُ ۖ
إِنَّهُمْ كَانُوا هُمْ أَظْلَمَ وَأَطْغَىٰ
Dan kaum Nabi Nuh sebelum itu (telah juga dibinasakan).
Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang sangat zalim dan sangat melampaui batas.
👉mereka binasa sebab mereka zalim.
Ayat 53
وَالْمُؤْتَفِكَةَ أَهْوَىٰ
Dan bandar-bandar yang ditunggang balikkan itu, Dia lah yang (mengangkatnya ke angkasa dan) menghempaskannya ke bumi;
👉Jatuh kebawah أَهْوَىٰ
Ayat 54
فَغَشَّاهَا مَا غَشَّىٰ
Lalu (penduduk) bandar-bandar itu diliputi azab seksa yang meliputinya.
👉
Ayat 55
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكَ تَتَمَارَىٰ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhanmu (yang tidak terhingga itu) engkau ragu-ragukan (wahai manusia)?
👉
Ayat 56
هَٰذَا نَذِيرٌ مِنَ النُّذُرِ الْأُولَىٰ
(Al-Quran) ini adalah pemberi amaran di antara jenis-jenis amaran yang telah lalu!
👉Sama juga dari nabi2 terdahulu.
Ayat 57
أَزِفَتِ الْآزِفَةُ
Telah hampir masa datangnya saat yang dekat itu (hari kiamat);
👉Takhwif ukhrowi
Ayat 58
لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ
Tidak ada sesiapapun selain Allah yang dapat menahan atau menghapuskan huru-hara "hari kiamat" itu.
Ayat 59
أَفَمِنْ هَٰذَا الْحَدِيثِ تَعْجَبُونَ
Maka patutkah kamu merasa hairan terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini (sehingga kamu mengingkarinya)?
👉Hairan diatas kesahihannya.
Ayat 60
وَتَضْحَكُونَ وَلَا تَبْكُونَ
Serta kamu tertawa (mengejek-ejeknya),
dan kamu tidak mahu menangis (menyesali kesalahan kamu
serta takutkan balasan buruk yang akan menimpa kamu)?
👉
Ayat 61
وَأَنْتُمْ سَامِدُونَ
Sedang kamu adalah orang-orang yang sombong angkuh, lagi yang melalaikan kewajipan?
Ayat 62
فَاسْجُدُوا لِلَّهِ وَاعْبُدُوا ۩
Oleh yang demikian, hendaklah kamu sujud kepada Allah (yang telah menurunkan Al-Quran itu), dan beribadatlah kamu kepadaNya (dengan sepenuh-penuh tauhid).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan