054.Surah Al Qamar.
Maksud atau da'wa surah qamar pada
ayat 49
إِنَّا كُلَّ شَيْءٍ خَلَقْنَاهُ بِقَدَرٍ Maksud
Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).
Tertib surah 54
Bilangan ayatnya 55
Bilangan rukuk 3
Surah makkiyah
Tertib turunnya yg ke 37
Bilangan paragrafnya ada 7
Paragraf 1ayat 1-8 Pendustaan oleh orang2 musyrikin Mekah
Paragraf 2 ayat 9-17 Pendustaan oleh kaum Nuh
Paragraf 3 ayat 18-22 Pendustaan oleh kaum Aad
Paragraf 4 ayat 23-32 Pendustaan oleh kaum Tsamud
Paragraf 5 ayat 33-40 Pendustaan oleh kaum Luth
Paragraf 6 ayat 41-42 Pendustaan oleh Firaun dan kakitangannya
Paragraf 7 ayat 43-55 Akibat yg akan diterima oleh pendusta2 dan penjahat2 tidak sama dgn yg akan diterima oleh orang2 yg membenarkan ajaran Allah dan orang2 yg bertaqwa.
Mesej utama
1.Ramalan tentang kekalahan dan kegagalan pasukan bersekutu orang2 kafir.
2.Ancaman terhadap orang2 musyrikin Mekah yg mendustakan ajaran Rasullah .
3.Ancaman kebinasaan telah diberikan kepada lima kaum yg mendustakan rasul2 mereka.
4.Jgnlah kamu mendustakan Rasullah dan alquran ,sebaliknya manusia dinasihati agar membenarkannya.
Ayat 1
اقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ وَانْشَقَّ الْقَمَرُ
Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan.
👉Zajrun dan syikayah.
Surah ini turun semasa haji arab jahiliyah,s ebelum hijrah.semasa nabi duduk dimekah dan turun juga semasa dimina.
Kafir quraisy suruh buktikan kenabian.
Semasa haji bererti ramai orang ketika itu.
Bulan terbelah adalah nak sabitkan nabi sebagai rasul dan nak sabitkan ajaran nabi kepada tauhid dan menolak syirik.
Ayat 2
وَإِنْ يَرَوْا آيَةً
يُعْرِضُوا
وَيَقُولُوا سِحْرٌ مُسْتَمِرٌّ
Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat,
mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku.
👉Kedegilan manusia tiada batas.
Ayat 3
وَكَذَّبُوا
وَاتَّبَعُوا أَهْوَاءَهُمْ ۚ
وَكُلُّ أَمْرٍ مُسْتَقِرٌّ
Dan (telah menjadi adat) mereka mendustakan (Nabi Muhammad dan mukjizat-mukjizat yang dibawanya) serta menurut hawa nafsu mereka,
sedang tiap-tiap perkara tetap (menurut keadaan yang ditentukan oleh Allah).
👉Mereka ikut hawa nafsu menyebabkan mereka mendustakan wahyu
Ayat 4
وَلَقَدْ جَاءَهُمْ مِنَ الْأَنْبَاءِ
مَا فِيهِ مُزْدَجَرٌ
Dan sesungguhnya! Telah sampai kepada mereka (dengan perantaraan Al-Quran), sebahagian dari kisah-kisah dan berita (umat-umat yang telah lalu),
yang mengandungi perkara-perkara yang cukup untuk mencegah mereka (dari perbuatan kufur itu).
👉
Ayat 5
حِكْمَةٌ بَالِغَةٌ ۖ
فَمَا تُغْنِ النُّذُرُ
(Yang demikian ialah) pengajaran yang cukup sempurna; dalam pada itu,
segala peringatan dan amaran tidak akan mendatangkan faedah (kepada mereka yang ingkar).
👉ayat2 النُّذُرُ
Ayat 6
فَتَوَلَّ عَنْهُمْ ۘ
يَوْمَ يَدْعُ الدَّاعِ
إِلَىٰ شَيْءٍ نُكُرٍ
Oleh itu, berpalinglah dari mereka (wahai Muhammad dan janganlah dihiraukan).
(Ingatlah) masa (malaikat) penyeru menyeru (mereka pada hari kiamat)
kepada perkara yang tidak diingini (oleh orang yang bersalah);
👉Keadaan yg sangat susah نُكُرٍ
Ayat 7
خُشَّعًا أَبْصَارُهُمْ
يَخْرُجُونَ مِنَ الْأَجْدَاثِ
كَأَنَّهُمْ جَرَادٌ مُنْتَشِرٌ
(Pada saat itu) masing-masing dengan keadaan menundukkan pandangannya
kerana ketakutan keluar dari kubur
seperti belalang yang terbang bertebaran.
👉
Ayat 8
مُهْطِعِينَ إِلَى الدَّاعِ ۖ
يَقُولُ الْكَافِرُونَ
هَٰذَا يَوْمٌ عَسِرٌ
Masing-masing dengan cepatnya menuju kepada penyeru itu.
(Pada saat yang demikian), orang-orang yang kafir berkata: Hari ini ialah hari yang amat sukar!
👉Satu keadaan mereka tak bersedia melihat kiri kanan مُهْطِعِينَ
Ayat 9
كَذَّبَتْ قَبْلَهُمْ قَوْمُ نُوحٍ
فَكَذَّبُوا عَبْدَنَا
وَقَالُوا مَجْنُونٌ وَازْدُجِرَ
Sebelum mereka, kaum Nabi Nuh juga telah mendustakan (Rasulnya);
iaitu mereka mendustakan hamba Kami (Nabi Nuh)
serta mereka menuduhnya dengan
berkata: Dia seorang gila dan dia telah diancam (dan dihalang daripada menjalankan dakwah agama).
👉Contoh takhwif duniawi.
Ayat 10
فَدَعَا رَبَّهُ
أَنِّي مَغْلُوبٌ
فَانْتَصِرْ
Lalu dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata:
Sesungguhnya aku ini dikalahkan (oleh kaumku yang ingkar), oleh itu menangkanlah daku (terhadap mereka)!
👉Selepas 900th lebih.
Permintaan yg ringkas padat.
Ayat 11
فَفَتَحْنَا أَبْوَابَ السَّمَاءِ
بِمَاءٍ مُنْهَمِرٍ
Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah.
👉
Ayat 12
وَفَجَّرْنَا الْأَرْضَ عُيُونًا
فَالْتَقَى الْمَاءُ
عَلَىٰ أَمْرٍ قَدْ قُدِرَ
Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air (di sana sini),
lalu bertemulah air (langit dan bumi) itu untuk (melakukan) satu perkara yang telah ditetapkan.
Ayat 13
وَحَمَلْنَاهُ
عَلَىٰ ذَاتِ أَلْوَاحٍ
وَدُسُرٍ
Dan Kami bawa naik Nabi Nuh (berserta pengikut-pengikutnya) di atas (bahtera yang dibina) dari keping-keping papan dan paku;
👉Bahtera ini adalah ikhtiar nabi nuh.
Ayat 14
تَجْرِي بِأَعْيُنِنَا
جَزَاءً لِمَنْ كَانَ كُفِرَ
Yang belayar laju dengan pemeliharaan dan pengawasan Kami;
(Kami melakukan yang demikian dan menimpakan taufan itu) sebagai balasan bagi orang-orang yang kufur ingkar!
👉Allah selamatkan mereka.
Ayat 15
وَلَقَدْ تَرَكْنَاهَا
آيَةً فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ
Dan demi sesungguhnya! Kami telah jadikan bahtera itu sebagai satu tanda yang menjadi pengajaran, maka adakah orang yang mahu beringat dan insaf?
👉Pengajaran مُدَّكِرٍ
Ayat 16
فَكَيْفَ كَانَ عَذَابِي وَنُذُرِ
Oleh itu, perhatikanlah bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu.
👉Hukuman akan didapati.
Ayat 17
وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ
فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran,
maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
👉Mudah dari segi untuk kenal allah dan macam mn nak tahu kehendak allah
Ayat 18
كَذَّبَتْ عَادٌ
فَكَيْفَ كَانَ عَذَابِي وَنُذُرِ
(Demikian juga) kaum Aad telah mendustakan Rasulnya (lalu mereka dibinasakan);
maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabku dan kesan amaran-amaranKu!
👉Contoh ke2 takhwif duniawi.
Ayat 19
إِنَّا أَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ
رِيحًا صَرْصَرًا
فِي يَوْمِ نَحْسٍ مُسْتَمِرٍّ
Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka
angin ribut yang kencang,
pada hari nahas yang berlanjutan; -
👉sangat2 sejuk صَرْصَرًا
Ayat 20
تَنْزِعُ النَّاسَ
كَأَنَّهُمْ أَعْجَازُ نَخْلٍ مُنْقَعِرٍ
Yang menumbangkan manusia gugur bergelimpangan, seolah-olah mereka batang-batang pohon kurma yang terbongkar.
👉Tercabut مُنْقَعِرٍ
Ayat 21
فَكَيْفَ كَانَ عَذَابِي وَنُذُرِ
Maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
👉Contoh ke3
Ayat 22
وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ
فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran,
maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
👉
Ayat 23
كَذَّبَتْ ثَمُودُ بِالنُّذُرِ
(Demikian juga) kaum Thamud telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasul mereka, Nabi Soleh).
👉Takhwif duniawi
Mendustakan seorang nabi serupa dgn mendustakan ramai nabi.
Ayat 24
فَقَالُوا أَبَشَرًا مِنَّا وَاحِدًا نَتَّبِعُهُ
إِنَّا إِذًا لَفِي ضَلَالٍ
وَسُعُرٍ
Lalu mereka berkata: Patutkah kita menurut manusia dari jenis kita, lagi yang berseorangan?
Jika demikian, sesungguhnya kita berada dalam keadaan sesat
dan gila!
👉
Ayat 25
أَأُلْقِيَ الذِّكْرُ عَلَيْهِ مِنْ بَيْنِنَا
بَلْ هُوَ كَذَّابٌ
أَشِرٌ
Tidaklah patut wahyu peringatan itu diturunkan kepadanya (padahal orang-orang yang lebih layak ada) di antara kita.
Bahkan dialah seorang pendusta,
lagi sombong angkuh.
👉kaum tsamud tuduh nabi hud dusta dan sombong.
Ayat 26
سَيَعْلَمُونَ غَدًا
مَنِ الْكَذَّابُ الْأَشِرُ
Mereka akan mengetahui kelak
siapakah orangnya yang pendusta,
lagi sombong angkuh itu.
👉Tasliyah kepada nabi.
Ayat 27
إِنَّا مُرْسِلُو النَّاقَةِ
فِتْنَةً لَهُمْ
فَارْتَقِبْهُمْ
وَاصْطَبِرْ
Sesungguhnya Kami menghantarkan unta betina (yang menjadi mukjizat)
sebagai satu ujian bagi mereka.
Lalu (Kami perintahkan Rasul Kami): Tunggulah (apakah yang mereka akan lakukan)
serta bersabarlah (terhadap tentangan mereka).
👉
Ayat 28
وَنَبِّئْهُمْ أَنَّ الْمَاءَ قِسْمَةٌ بَيْنَهُمْ ۖ
كُلُّ شِرْبٍ مُحْتَضَرٌ
Dan khabarkanlah kepada mereka, bahawa sesungguhnya air (telaga mereka) terbahagi di antara mereka dengan unta itu,
tiap-tiap bahagian air itu dihadiri oleh yang berhak mengambilnya (pada hari gilirannya).
👉
Ayat 29
فَنَادَوْا صَاحِبَهُمْ
فَتَعَاطَىٰ فَعَقَرَ
(Mereka selepas itu merasa bosan dengan keadaan unta itu dan berkira hendak membunuhnya),
lalu mereka memanggil kawan mereka (yang sanggup membunuhnya),
dia pun bertindak sampai dapat membunuhnya.
👉Nama pembunuh unta= Qudar
Ayat 30
فَكَيْفَ كَانَ عَذَابِي وَنُذُرِ
Maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
👉Yakni selepas unta itu 3hari.
Ayat 31
إِنَّا أَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ صَيْحَةً وَاحِدَةً
فَكَانُوا
كَهَشِيمِ الْمُحْتَظِرِ
Sesungguhnya Kami hantarkan kepada mereka satu pekikan (yang dahsyat),
lalu menjadilah mereka (hancur) seperti ranting-ranting
dan daun-daun yang pecah hancur, yang dikumpulkan oleh pemilik kandang binatang ternak.
👉
Ayat 32
وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ
فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran,
maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
👉
Ayat 33
كَذَّبَتْ قَوْمُ لُوطٍ بِالنُّذُرِ
(Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasulnya).
👉Contoh ke4 takhwif duniawi.
Ayat 34
إِنَّا أَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ حَاصِبًا
إِلَّا آلَ لُوطٍ ۖ
نَجَّيْنَاهُمْ بِسَحَرٍ
Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu,
kecuali keluarga Nabi Lut,
Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam,
👉
Ayat 35
نِعْمَةً مِنْ عِنْدِنَا ۚ
كَذَٰلِكَ نَجْزِي مَنْ شَكَرَ
Sebagai limpah kurnia dari Kami.
Demikianlah kami membalas orang-orang yang bersyukur.
👉
Ayat 36
وَلَقَدْ أَنْذَرَهُمْ بَطْشَتَنَا
فَتَمَارَوْا بِالنُّذُرِ
Dan demi sesungguhnya! Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa Kami; dalam pada itu,
mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu.
👉
Ayat 37
وَلَقَدْ رَاوَدُوهُ عَنْ ضَيْفِهِ
فَطَمَسْنَا أَعْيُنَهُمْ
فَذُوقُوا عَذَابِي وَنُذُرِ
Dan demi sesungguhnya! Mereka telah memujuk Nabi Lut mengenai tetamunya,
lalu Kami hapuskan biji mata mereka,
serta (dikatakan kepada mereka):
Rasalah azabKu dan kesan amaran-amaranKu.
👉
Ayat 38
وَلَقَدْ صَبَّحَهُمْ بُكْرَةً
عَذَابٌ مُسْتَقِرٌّ
Dan demi sesungguhnya! Mereka telah ditimpa
azab yang kekal pada pagi-pagi hari (esoknya)
👉Berterusan مُسْتَقِرٌّhingga keneraka semenjak bermual meninggalkan dunia.
Ayat 39
فَذُوقُوا عَذَابِي وَنُذُرِ
Lalu (dikatakan kepada mereka): Rasalah azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
👉
Ayat 40
وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ
فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran,
maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
👉
Ayat 41
وَلَقَدْ جَاءَ آلَ فِرْعَوْنَ النُّذُرُ
Dan demi sesungguhnya! Firaun dan kaumnya telah didatangi (Rasul-rasul) pemberi amaran.
👉contoh ke5
Ayat 42
كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا كُلِّهَا
فَأَخَذْنَاهُمْ أَخْذَ عَزِيزٍ مُقْتَدِرٍ
Mereka telah mendustakan mukjizat-mukjizat Kami semuanya,
lalu Kami timpakan azab seksa kepada mereka sebagai seksaan dari Yang Maha Perkasa, lagi Maha Kuasa.
👉
Ayat 43
أَكُفَّارُكُمْ خَيْرٌ مِنْ أُولَٰئِكُمْ
أَمْ لَكُمْ بَرَاءَةٌ فِي الزُّبُرِ
Adakah orang-orang kafir kamu (wahai kaum musyrik Mekah), lebih baik (kekuatan, kekayaan dan kehandalannya) daripada kaum-kaum kafir yang tersebut itu?
Atau adakah kamu mempunyai sebarang bukti dalam Kitab-kitab Suci tentang kebebasan kamu (dari azab)?
👉Zajrun kepada orang mekah.
Kafir pasti akan kena.
Ayat 44
أَمْ يَقُولُونَ نَحْنُ جَمِيعٌ مُنْتَصِرٌ
(Mereka tidak mempunyai sebarang bukti) bahkan mereka akan berkata (dengan angkuhnya): Kami satu kaum yang bersatu, yang sudah tentu dapat membela diri!
👉Syikayah
Ayat 45
سَيُهْزَمُ الْجَمْعُ
وَيُوَلُّونَ الدُّبُرَ
Kumpulan mereka yang bersatu itu tetap akan dikalahkan
dan mereka pula akan berpaling lari
👉Allah jawap.
Ini berlaku dlm perang badar.
Ayat 46
بَلِ السَّاعَةُ مَوْعِدُهُمْ
وَالسَّاعَةُ أَدْهَىٰ وَأَمَرُّ
(Bukan kekalahan itu sahaja) bahkan hari kiamat ialah hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan yang sepenuh-penuhnya)
dan (azab seksa) hari kiamat itu amat dahsyat dan amat pahit.
👉Berbanding dgn yg berlaku dizaman ini.
Ayat 47
إِنَّ الْمُجْرِمِينَ فِي ضَلَالٍ وَسُعُرٍ
Sesungguhnya orang-orang yang berdosa berada dalam keadaan sesat (di dunia), dan (di akhirat pula mereka berada dalam) api Neraka.
👉Takhwif ukhrowi.
Ayat 48
يَوْمَ يُسْحَبُونَ فِي النَّارِ عَلَىٰ وُجُوهِهِمْ
ذُوقُوا مَسَّ سَقَرَ
Semasa mereka diseret di dalam Neraka (dengan tertiarap) atas muka mereka, (serta dikatakan kepada mereka):
Rasalah kamu bakaran api Neraka.
👉
Ayat 49
إِنَّا كُلَّ شَيْءٍ خَلَقْنَاهُ بِقَدَرٍ
Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).
👉Ini maksud atau da'wa surah.
Ayat 50
وَمَا أَمْرُنَا إِلَّا وَاحِدَةٌ
كَلَمْحٍ بِالْبَصَرِ
Dan hal Kami (dalam melaksanakan apa yang Kami kehendaki),
hanyalah satu cara sahaja,
(cepat jadinya) seperti sekelip mata.
👉Ini iradah allah.
Ayat 51
وَلَقَدْ أَهْلَكْنَا أَشْيَاعَكُمْ
فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ
Dan demi sesungguhnya! Kami telah binasakan orang-orang yang sama keadaannya seperti kamu;
maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran?
👉Takhwif duniawi.
Ayat 52
وَكُلُّ شَيْءٍ فَعَلُوهُ فِي الزُّبُرِ
Dan tiap-tiap perkara yang mereka lakukan,
adalah tertulis di dalam Kitab suratan amal;
👉
Ayat 53
وَكُلُّ صَغِيرٍ وَكَبِيرٍ
مُسْتَطَرٌ
Dan tiap-tiap perkara yang kecil dan yang besar
tetap tercatit.
👉
Ayat 54
إِنَّ الْمُتَّقِينَ
فِي جَنَّاتٍ وَنَهَرٍ
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa,
di tempatkan dalam taman-taman Syurga (yang indah) dan (dekat) beberapa sungai,
👉Tabsyir
Ayat 55
فِي مَقْعَدِ صِدْقٍ عِنْدَ مَلِيكٍ مُقْتَدِرٍ
Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendakNya.
👉Tempat yg penuh kemuliaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan