043.Surah Az zukhruf
Kesamaran tentang tauhid dlm berdoa iaitu menyeru selain dr allah untuk dapat syafaat samada didunia atau untuk akhirat nanti.
Ilmu wahyu akan bg antibodi yg kuat mempertahankan aqidah.
Seru selain allah,syirik akhbar
Seru allah atas tujuan berkat nabi atau wali atau malaikat atau jin.
Tidak iyyakanastaiin.
Lafaz nidda ini pun doa.
Seru selain allah merupakan sbhg doa.
Ayat 86
وَلَا يَمْلِكُ الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِهِ الشَّفَاعَةَ
إِلَّا مَنْ شَهِدَ بِالْحَقِّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ
Dan segala yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memberikan syafaat pertolongan,
kecuali sesiapa yang memberi penerangan mengakui kebenaran dengan mentauhidkan Allah,
Tuhan Yang Sebenar-benarnya secara mereka mengetahuiNya dengan yakin (bukan dengan kata-kata orang;
maka merekalah yang mungkin diizinkan memberi dan mendapat syafaat itu)
👉Orang yg tidak memiliki kesalahan aqidah
Rosak aqidah sebab tak belajar wahyu
Ayat 29
بَلْ مَتَّعْتُ هَٰؤُلَاءِ وَآبَاءَهُمْ حَتَّىٰ جَاءَهُمُ الْحَقُّ وَرَسُولٌ مُبِينٌ
(Kebanyakan mereka tidak kembali kepada tauhid, dan Aku pula tidak segerakan azab mereka) bahkan Aku memberikan mereka dan datuk nenek mereka menikmati kesenangan hidup, sehingga datanglah kepada mereka kebenaran (Al-Quran), dan seorang Rasul yang menerangkan tauhid.
Ayat 36
وَمَنْ يَعْشُ عَنْ ذِكْرِ الرَّحْمَٰنِ
نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا
فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ
Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya),
lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.
👉Kulit telur jaga telur نُقَيِّضْ
Dok dlm keadaan menyangka.
Ahli syurga adalah yakin.
Syaitan hasut agar tidak mengaji,nahasnya ketika nak mati nanti.
Iyyakanastain ,dituntut oleh allah.
Ayat 37
وَإِنَّهُمْ لَيَصُدُّونَهُمْ عَنِ السَّبِيلِ
وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ مُهْتَدُونَ
Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar,
sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
👉syaitan yg berada dgn orang yg tak menghiraukan quran akan menghasutnya.
Untuk selamat pecahkan kulit telur dgn perantaraan wahyu.
Nampak tapi tak jelas.tahu quran tapi tak faham
Isi wahyu yg penting tauhid dlm berdoa.
Surah az zuhruf
Tertib surah 43
Bilangan ayatnya 89
Bilangan rukuk 7
Surah Makkiyah
Tertib turunnya yg ke 63
Bilangan paragrafnya ada 9
Paragraf ayat 1-8 Pendahuluan ,tujuan seruan alQuran dan sikap orang2 musyrikin.
Paragraf 2 ayat 9-14 Dalil2 adanya hari kemudian berasaskan tauhid خالقيه dan ربوبيه
Paragraf 3 ayat 15-25 Penolakan syirik في الذات(pada zat).
Paragraf 4 ayat 26-45 Bukti kebenaran ajaran tauhid yg dibawa Nabi Muhamad drp Nabi Ibrahim
Paragraf 5 ayat 46-56 Seruan tauhid oleh nabi Musa dan sikap firaun
Paragraf 6 ayat 57-66 Seruan tauhid oleh nabi isa dan penentang2nya.
Paragraf 7 ayat 67-73 Kesudahan orang2 yg bertaqwa.
Paragraf 8 ayat 74-80 Kesudahan orang2 yg durjana.
Paragraf 9 ayat 81-89 Kesimpulan penolakan syirik dan bukti tauhidألوهيه
Mesej utama surah ini
1.Hendaklah kamu menerima tuhan yg menguasai langit sebagai raja yg menguasai bumi.
2.Tauhid خالية dan tauhid ربوبيه shj tidak memadai,manusia juga hendaklah menerima tauhid ألوهية dan عبادة serta tauhid حاكيمية
Ayat 1
حم
Haa, Miim.
Ayat 2
وَالْكِتَابِ الْمُبِينِ
Demi Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran.
👉
Ayat 3
إِنَّا جَعَلْنَاهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا
لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ
Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai Quran yang diturunkan dengan bahasa Arab,
supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya.
👉Kenapa tak turun bahasa kita?
Bahasa kita miskin,sedikit perkataan asas.
Bahasa arab 60,000perkataan asas.
Ayat 4
وَإِنَّهُ فِي أُمِّ الْكِتَابِ لَدَيْنَا
لَعَلِيٌّ
حَكِيمٌ
Dan sesungguhnya Al-Quran itu dalam Ibu Suratan di sisi Kami
- sangat tinggi (kemuliaannya), lagi amat banyak mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh.
👉
Ayat 5
أَفَنَضْرِبُ عَنْكُمُ الذِّكْرَ صَفْحًا
أَنْ كُنْتُمْ قَوْمًا مُسْرِفِينَ
Patutkah Kami membiarkan kamu dengan mengenepikan dan menjauhkan peringatan Al-Quran daripada kamu,
kerana kamu telah menjadi kaum yang melampau buruk keadaannya?
(Tidak! Kami tidak akan biarkan, bahkan Kami tetap mengingatkan kamu, sama ada kamu mahu menerimanya atau sebaliknya).
👉Zajrun
Ayat 6
وَكَمْ أَرْسَلْنَا مِنْ نَبِيٍّ فِي الْأَوَّلِينَ
Dan (ingatlah), berapa banyak nabi-nabi yang kami telah utuskan kepada umat-umat yang terdahulu zamannya.
👉Takhwif duniawi
Ayat 7
وَمَا يَأْتِيهِمْ مِنْ نَبِيٍّ إِلَّا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُونَ
Dan tidak ada seseorang Nabi pun yang datang kepada mereka,
melainkan mereka mempersenda dan mengejek-ejeknya.
👉
Ayat 8
فَأَهْلَكْنَا أَشَدَّ مِنْهُمْ بَطْشًا
وَمَضَىٰ مَثَلُ الْأَوَّلِينَ
Lalu Kami binasakan orang-orang yang lebih kekuatannya (dan lebih kejam serangannya) daripada mereka;
dan telahpun disebutkan (berulang-ulang di dalam Al-Quran) tentang kisah-kisah dan misal perbandingan mengenai umat-umat yang telah lalu.
👉Yg tinggal dgn nabi sahaja yg tinggal.
Mempersendakan=ajaran nabi tidak penting.
Ayat 9
وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ
مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ
لَيَقُولُنَّ خَلَقَهُنَّ الْعَزِيزُ الْعَلِيمُ
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu:"
Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?"
Sudah tentu mereka akan menjawab: "Yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui".
👉Dalil aqli ittiroki=kita tanya dan kita jawap sendiri.
Ayat 10
الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ مَهْدًا
وَجَعَلَ لَكُمْ فِيهَا سُبُلًا
لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
(Dia lah Tuhan) yang telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan,
dan Ia telah mengadakan bagi kamu di bumi jalan-jalan lalu-lalang,
supaya kamu mendapat petunjuk (ke arah yang dituju)
👉Jalan سُبُلًا
Ayat 11
وَالَّذِي نَزَّلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً بِقَدَرٍ
فَأَنْشَرْنَا بِهِ بَلْدَةً مَيْتًا ۚ
كَذَٰلِكَ تُخْرَجُونَ
Dan (Dia lah) yang menurunkan hujan dari menurut sukatan yang tertentu,
lalu Kami hidupkan dengan hujan itu negeri yang kering tandus tanahnya.
Sedemikian itulah pula kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur).
👉Air yg sama.
Qudrat yg sama.
Ayat 12
وَالَّذِي خَلَقَ الْأَزْوَاجَ كُلَّهَا
وَجَعَلَ لَكُمْ مِنَ الْفُلْكِ
وَالْأَنْعَامِ مَا تَرْكَبُونَ
Dan (Dia lah) yang menciptakan sekalian makhluk yang berbagai jenisnya;
dan Ia mengadakan bagi kamu kapal-kapal
dan binatang ternak yang kamu dapat mengenderainya,
👉berjenis2 الْأَزْوَاجَ
Ayat 13
لِتَسْتَوُوا عَلَىٰ ظُهُورِهِ
ثُمَّ تَذْكُرُوا نِعْمَةَ رَبِّكُمْ
إِذَا اسْتَوَيْتُمْ عَلَيْهِ
وَتَقُولُوا سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَٰذَا
وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ
Supaya kamu duduk tetap di atasnya;
kemudian kamu mengingati nikmat Tuhan kamu apabila kamu duduk tetap di atasnya,
serta kamu (bersyukur dengan) mengucapkan:" Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami,
sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya -
👉Allah menjadikan kuda dan unta faham ia boleh ditunggangi.
Ayat 14
وَإِنَّا إِلَىٰ رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ
"Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!"
👉Ini allah ajar fikir akhirat.
Ayat 15
وَجَعَلُوا لَهُ مِنْ عِبَادِهِ جُزْءًا ۚ
إِنَّ الْإِنْسَانَ لَكَفُورٌ مُبِينٌ
Dan mereka (yang musyrik mempersekutukan Allah dengan) menjadikan sebahagian dari hamba-hamba Allah sebagai anak bagiNya.
Sesungguhnya manusia (yang demikian sesatnya) sangat tidak mengenang budi, lagi nyata kufurnya.
👉Zajrun
Dna جُزْءًاtelah diadakan oleh allah
Allah kahwin dgn bangsawan jin,lahir anak...khayalan.
Mak ayah nabi adam??
Dari qudrat allah.
Bidadari juga dari qudrat allah.
Ayat 16
أَمِ اتَّخَذَ مِمَّا يَخْلُقُ بَنَاتٍ
وَأَصْفَاكُمْ بِالْبَنِينَ
Patutkah tuhan mengambil dari makhluk-makhluk yang diciptakanNya menjadi anak-anak perempuannya,
dan Ia mengutamakan kamu dengan anak-anak lelaki?
👉
Ayat 17
وَإِذَا بُشِّرَ أَحَدُهُمْ بِمَا ضَرَبَ لِلرَّحْمَٰنِ مَثَلًا ظَلَّ
وَجْهُهُ مُسْوَدًّا
وَهُوَ كَظِيمٌ
Padahal apabila diberitahu kepada salah seorang dari mereka dengan (berita bahawa ia beroleh anak perempuan seperti) yang dijadikannya sekutu yang sejenis dengan Allah Yang Maha Pemurah,
muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita),
sedang ia menahan perasaan marahnya dalam hati.
👉Aibnya anak perempuan.dimana kamu wahai orang mekah?
Ayat 18
أَوَمَنْ يُنَشَّأُ
فِي الْحِلْيَةِ
وَهُوَ فِي الْخِصَامِ غَيْرُ مُبِينٍ
Patutkah (yang dikatakan anak Allah itu jenis perempuan) yang biasanya dididik
dan dibesarkan dalam perhiasan,
sedang ia semasa berbantah dan bertikam lidah tidak dapat memberikan alasan yang jelas?
👉Tergamak orang mekah kata kat allah.
Ayat 19
وَجَعَلُوا الْمَلَائِكَةَ الَّذِينَ هُمْ عِبَادُ الرَّحْمَٰنِ إِنَاثًا ۚ
أَشَهِدُوا خَلْقَهُمْ ۚ
سَتُكْتَبُ شَهَادَتُهُمْ وَيُسْأَلُونَ
Dan mereka pula menyifatkan malaikat - yang juga menjadi hamba-hamba Allah Yang Maha Pemurah itu - jenis perempuan.
Adakah mereka menyaksikan kejadian malaikat itu? Akan dituliskan kata-kata mereka (yang dusta itu),
dan mereka akan ditanya kelak (serta akan menerima balasannya).
👉Malaikat makhluk yg taat.
Dan diletakan malaikat itu perempuan oleh khayalan orang mekah.
Ayat 20
وَقَالُوا لَوْ شَاءَ الرَّحْمَٰنُ مَا عَبَدْنَاهُمْ ۗ
مَا لَهُمْ بِذَٰلِكَ مِنْ عِلْمٍ ۖ
إِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ
Dan mereka berkata: "Kalaulah Allah Yang Maha Pemurah menghendaki tentulah kami tidak menyembah malaikat itu".
(Sebenarnya) mereka tidak mempunyai sesuatu pengetahuan pun mengenai kata-kata mereka (yang demikian),
mereka hanyalah orang-orang yang berdusta
👉Syikayah
Dia guna masyaatillah ,allah kehendaki,bermakna allah berkenan.berfahaman semua yg berlaku dikehendaki allah .tetapi bukan setiap yg allah kehendaki itu allah reda.
Orang mekah tak faham .
Ayat 21
أَمْ آتَيْنَاهُمْ كِتَابًا مِنْ قَبْلِهِ
فَهُمْ بِهِ مُسْتَمْسِكُونَ
Pernahkah Kami memberikan mereka sebelum Al-quran ini sebuah Kitab (yang membenarkan dakwaan mereka), lalu mereka berpegang teguh kepada kitab itu?
👉Dalil naqli.
Orang mekah keras tanpa ada kitab.
Ayat 22
بَلْ قَالُوا
إِنَّا وَجَدْنَا آبَاءَنَا عَلَىٰ أُمَّةٍ
وَإِنَّا عَلَىٰ آثَارِهِمْ مُهْتَدُونَ
(Tidak ada sebarang bukti bagi mereka) bahkan mereka (hanyalah) berkata:
Sesungguhnya kami telah mendapati datuk nenek kami menurut satu jalan ugama,
dan sesungguhnya kami beroleh petunjuk menurut jejak mereka sahaja".
👉
Ayat 23
وَكَذَٰلِكَ مَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ فِي قَرْيَةٍ مِنْ نَذِيرٍ
إِلَّا قَالَ مُتْرَفُوهَا
إِنَّا وَجَدْنَا آبَاءَنَا عَلَىٰ أُمَّةٍ
وَإِنَّا عَلَىٰ آثَارِهِمْ مُقْتَدُونَ
Dan demikianlah halnya (orang-orang yang taqlid buta); Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) kepada (penduduk) sesebuah negeri, seseorang Rasul pemberi amaran,
melainkan orang-orang yang berada dalam kemewahan di negeri itu berkata:
"Sesungguhnya kami dapati datuk nenek kami menurut satu jalan ugama,
dan sesungguhnya kami hanya mengikut jejak mereka sahaja".
👉 Syikayah pun ada ,takhwif pun ada.
Datuk nenek ikut syaitan
Ayat 24
قَالَ أَوَلَوْ جِئْتُكُمْ بِأَهْدَىٰ مِمَّا وَجَدْتُمْ عَلَيْهِ آبَاءَكُمْ ۖ
قَالُوا إِنَّا بِمَا أُرْسِلْتُمْ بِهِ كَافِرُونَ
Rasul itu berkata: "Adakah (kamu akan menurut juga mereka) walaupun aku membawa kepada kamu ugama yang lebih jelas hidayah petunjuknya daripada jalan ugama yang kamu dapati datuk nenek kamu menurutnya?"
Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami tetap mengingkari apa yang kamu diutuskan membawanya".
👉tolak juga ,sesat atas dasar kedegilan.
Ayat 25
فَانْتَقَمْنَا مِنْهُمْ ۖ
فَانْظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ
Lalu kami balas keingkaran mereka dengan azab yang membinasakan;
maka perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.
👉Balasan untuk yg degil atas kerosakan aqidah
Ayat 57
وَلَمَّا ضُرِبَ ابْنُ مَرْيَمَ مَثَلًا
إِذَا قَوْمُكَ مِنْهُ يَصِدُّونَ
Dan ketika (nabi Isa) anak Maryam dikemukakan sebagai satu misal perbandingan,
(untuk membantahmu wahai Muhammad), tiba-tiba kaummu bersorak-sorak kesukaan terhadapnya (kerana menyangka bahawa mereka telah menang).
👉
Ayat 57 Ada hubungan rapat dgn ayat 45
وَاسْأَلْ مَنْ أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رُسُلِنَا أَجَعَلْنَا مِنْ دُونِ الرَّحْمَٰنِ آلِهَةً يُعْبَدُونَ
Dan bertanyalah kepada umat mana-mana Rasul yang Kami telah utuskan sebelummu; pernahkah Kami memberi hukum menetapkan sebarang tuhan untuk disembah, selain dari Allah Yang Maha Pemurah.
Ayat 26
وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ
لِأَبِيهِ وَقَوْمِهِ
إِنَّنِي بَرَاءٌ مِمَّا تَعْبُدُونَ
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya dan kaumnya:
"Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu sembah -
👉 Dalil naqli tafsili nabi ibrahim untuk nabi muhamad,b bukan dia sj yg menghadapi ujian ketika mengajak kepada tauhid.
Tolak بَرَاءٌ
Ayat 27
إِلَّا الَّذِي فَطَرَنِي
فَإِنَّهُ سَيَهْدِينِ
"Yang lain dari Tuhan yang menciptakan daku,
kerana sesungguhnya Ia tetap memberi hidayah petunjuk kepadaku".
👉
Ayat 28
وَجَعَلَهَا كَلِمَةً بَاقِيَةً
فِي عَقِبِهِ
لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
Dan Nabi Ibrahim menjadikan kalimah tauhid itu tetap kekal
pada keturunannya,
supaya mereka kembali (kepada tauhid itu, jika ada yang menyeleweng kepada syirik).
👉Ajaran كَلِمَةًajaran yg berkekalan.
Matan alfiyoh:kadang2 kalimah diqasad qolam.
Ayat 29
بَلْ مَتَّعْتُ هَٰؤُلَاءِ وَآبَاءَهُمْ
حَتَّىٰ جَاءَهُمُ الْحَقُّ وَرَسُولٌ مُبِينٌ
(Kebanyakan mereka tidak kembali kepada tauhid, dan Aku pula tidak segerakan azab mereka) bahkan Aku memberikan mereka dan datuk nenek mereka menikmati kesenangan hidup,
sehingga datanglah kepada mereka kebenaran (Al-Quran), dan seorang Rasul yang menerangkan tauhid.
👉Silap faham ,sehingga tolak kebenaran sedang hidup senang lenang.
Ayat 30
وَلَمَّا جَاءَهُمُ الْحَقُّ
قَالُوا هَٰذَا سِحْرٌ
وَإِنَّا بِهِ كَافِرُونَ
Dan ketika kebenaran (Al-Quran) itu disampaikan kepada mereka,
berkatalah mereka: "Sesungguhnya ini adalah sihir,
dan sesungguhnya kami tetap mengingkarinya".
👉Menghina alquran dgn tak belajar kerana hidup telah senang bergelumang dgn syirik.
Al quran bukan untuk tidak diketahui.
Perbuatan seolah2 sihir atau meletakan quran seolah2 sihirtak mahu belajar.
Membiarkan diri jahil alquran,m enyebabkan aqidah rosak.
Ayat 31
وَقَالُوا
لَوْلَا نُزِّلَ هَٰذَا الْقُرْآنُ عَلَىٰ رَجُلٍ مِنَ الْقَرْيَتَيْنِ عَظِيمٍ
Dan (kerana mereka mencemuh Nabi Muhammad) mereka berkata:
"(Kalaulah Al-Quran ini menjadi bukti kenabian seseorang, maka) sepatutnya Al-Quran ini diturunkan kepada seorang besar (yang kaya dan berpengaruh) dari salah sebuah dua bandar yang (terkenal) itu?"
👉Rugutan kejahilan tak mahu belajar dgn nabi yg miskin
Penghinaan kepada nabi saw
Ayat 32
أَهُمْ يَقْسِمُونَ رَحْمَتَ رَبِّكَ ۚ
نَحْنُ قَسَمْنَا بَيْنَهُمْ مَعِيشَتَهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۚ
وَرَفَعْنَا بَعْضَهُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ
لِيَتَّخِذَ بَعْضُهُمْ بَعْضًا سُخْرِيًّا ۗ
وَرَحْمَتُ رَبِّكَ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ
(Mengapa pemberian Kami itu mereka ingkarkan?) Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan (perkara-perkara keruhanian dan keugamaan yang menjadi sebesar-besar) rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad, seolah-olah Kami hanya berkuasa dalam perkara kebendaan dan keduniaan sahaja?
Mereka tidak ingkarkan):
Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita);
dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain;
(semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain.
Dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan.
👉 Allah jawap syikayah ini,penghinaan terhadap nabi saw dan quran.
Wahyu adalah rahmat allah
Rezeki juga rahmat allah yg kecil begitu rahmat allah yg besar wahyu allah,manusia tidak berhak mengatur .
Dgn hikmat allahlah manusia boleh hidup secara harmoni,hidup miskin dan kaya.
Hidup orang kaya tidak senang tanpa pertolongan orang miskin.
Ayat 33
وَلَوْلَا أَنْ يَكُونَ النَّاسُ أُمَّةً وَاحِدَةً
لَجَعَلْنَا لِمَنْ يَكْفُرُ بِالرَّحْمَٰنِ
لِبُيُوتِهِمْ سُقُفًا مِنْ فِضَّةٍ
وَمَعَارِجَ عَلَيْهَا يَظْهَرُونَ
Dan kalaulah tidak kerana manusia akan menjadi umat yang satu (dalam kekufuran),
nescaya Kami jadikan bagi orang-orang yang kufur ingkar kepada Tuhan Yang Maha Pemurah,
bumbung rumah-rumah mereka dari perak, dan tangga-tangga yang mereka naik turun di atasnya (dari perak juga),
👉allah bg tahu,harta hanya akan jadi baik bila ada hubungan dgn agama
Ayat 34
وَلِبُيُوتِهِمْ أَبْوَابًا
وَسُرُرًا
عَلَيْهَا يَتَّكِئُونَ
Dan juga pintu-pintu rumah mereka (dari perak juga),
dan kerusi-kerusi panjang
yang mereka berbaring di atasnya (dari perak juga),
👉
Ayat 35
وَزُخْرُفًا ۚ
وَإِنْ كُلُّ ذَٰلِكَ لَمَّا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۚ
وَالْآخِرَةُ عِنْدَ رَبِّكَ لِلْمُتَّقِينَ
Serta berbagai barang perhiasan (keemasan).
Dan (ingatlah), segala yang tersebut itu tidak lain hanyalah merupakan kesenangan hidup di dunia;
dan (sebaliknya) kesenangan hari akhirat di sisi hukum Tuhanmu adalah khas bagi orang-orang yang bertaqwa.
👉Jaga aqidah dari syirik dan jaga amal daripada derhaka.
Ayat 36
وَمَنْ يَعْشُ عَنْ ذِكْرِ الرَّحْمَٰنِ
نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ
Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya),
lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.
👉Keadaan seperti telur نُقَيِّضْ
Ayat 37
وَإِنَّهُمْ لَيَصُدُّونَهُمْ عَنِ السَّبِيلِ
وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ مُهْتَدُونَ
Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar,
sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
👉ini keadaan mereka didunia,masih berfahaman syaitan tapi sangka diatas jalan yg betul.
terutama dlm perkara aqidah.
Aqidah yg telah terseleweng.
Boleh jadi keadaan ini akan sampai ke mati.
Ayat 38
حَتَّىٰ إِذَا جَاءَنَا
قَالَ يَا لَيْتَ بَيْنِي وَبَيْنَكَ
بُعْدَ الْمَشْرِقَيْنِ
فَبِئْسَ الْقَرِينُ
Sehingga apabila ia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat),
berkatalah ia (kepada Syaitannya): "Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur dengan barat!
Kerana (engkau) adalah sejahat-jahat teman".
👉Ini tentang mereka yg dipesong oleh fahaman bisikan syaitan diakhirat.
Yg belajar quran akan dapat keyakinan dan boleh buat persiapan.
Beraqidah dgn aqidah bisikan syaitan.
Alamat jauh dari quran dekat dgn syaitan.
Teman rapat dtg sebab tak peduli quran.
Dan alamat jauh dari syaitan dekat dgn quran.
Sedar hanya diakhirat nanti.
Orang beriman sudah cukup dgn pemberitahuan al quran.
Ayat 39
وَلَنْ يَنْفَعَكُمُ الْيَوْمَ
إِذْ ظَلَمْتُمْ
أَنَّكُمْ فِي الْعَذَابِ مُشْتَرِكُونَ
(Lalu dikatakan kepada mereka): "Pada hari ini,
setelah nyata bahawa kamu telah menganiaya diri sendiri,
(maka apa yang kamu cita-citakan itu) tidak sekali-kali akan memberi faedah kepada kamu,
kerana sesungguhnya kamu dan teman-teman kamu itu tetap menderita bersama-sama di dalam azab".
👉kesesatan balasan azab diakhirat.menyesal tapi tiada faedah.
Ayat 40
أَفَأَنْتَ تُسْمِعُ الصُّمَّ
أَوْ تَهْدِي الْعُمْيَ
وَمَنْ كَانَ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ
Maka (mengapa engkau berdukacita wahai Muhammad) adakah engkau berkuasa menjadikan orang-orang yang pekak mendengar,
atau menunjuk jalan kepada orang-orang yang buta (mata hatinya),
dan juga orang-orang yang berada dalam kesesatan yang nyata?
👉zajrun atau teguran.
Manusia yg dikawal oleh syaitan =orang yg pekak asli.
Suara nabi saw pun tidak mampu mengajaknya meninggalkan kedegilan.
Ayat 41
فَإِمَّا نَذْهَبَنَّ بِكَ
فَإِنَّا مِنْهُمْ مُنْتَقِمُونَ
Oleh itu (bertenanglah engkau, kerana) kalaulah Kami wafatkan engkau (sebelum Kami perlihatkan kepadamu azab yang akan menimpa mereka),
maka sesungguhnya Kami tetap menyeksakan mereka
👉Takhwif duniawi.
Tiada masalah kamu tengok atau tidak mereka tetap akan ditimpakan jika mereka masih berdegil.
Ayat 42
أَوْ نُرِيَنَّكَ الَّذِي وَعَدْنَاهُمْ
فَإِنَّا عَلَيْهِمْ مُقْتَدِرُونَ
Atau sekiranya Kami (hendak) memperlihatkan kepadamu apa yang Kami janjikan kepada mereka (dari azab seksa itu),
maka Kami tetap berkuasa terhadap mereka.
👉Jika derhaka akan dapat balasan azab pasti.
Ayat 43
فَاسْتَمْسِكْ بِالَّذِي أُوحِيَ إِلَيْكَ ۖ
إِنَّكَ عَلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ
Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana
sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus.
👉dalil wahyu.nabi saw terima wahyu dan sampaikan.allah akan bg kekuatan dan pertolongan.
Iman nabi sentiasa meningkat tidak sebagaimana umatnya.
Ayat 44
وَإِنَّهُ لَذِكْرٌ لَكَ
وَلِقَوْمِكَ ۖ
وَسَوْفَ تُسْأَلُونَ
Dan sesungguhnya Al-Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad)
dan kepada kaummu;
dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan).
👉kemuliaan hanya ada pada quran samada semasa hidup atau mati. Dan kemuliaan bersama quran ini kepada sesiapa shj.(seperti para sahabat)
Ayat 45
وَاسْأَلْ
مَنْ أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رُسُلِنَا
أَجَعَلْنَا مِنْ دُونِ الرَّحْمَٰن ِآلِهَةً يُعْبَدُونَ
Dan bertanyalah kepada umat
mana-mana Rasul yang Kami telah utuskan sebelummu;
pernahkah Kami memberi hukum menetapkan sebarang tuhan untuk disembah, selain dari Allah Yang Maha Pemurah.
👉dalil naqli secara ijmali.
Cara allah memperkenalkan.
Sembah selain allah adalah bisikan syaitan.
Ayat 46
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا مُوسَىٰ بِآيَاتِنَا
إِلَىٰ فِرْعَوْنَ
وَمَلَئِهِ
فَقَالَ إِنِّي رَسُولُ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Nabi Musa dengan membawa mukjizat-mukjizat Kami,
kepada Firaun
dan kaumnya,
lalu ia berkata: "Sesungguhnya aku ini ialah Rasul dari Tuhan sekalian alam".
👉dalil naqli tafsili dr nabi musa.
Allah pilih nabi musa jumpa firaun ,haman dan qarun
Nabi musa dgn mereka mana lebih kaya?
Ayat ini berkait dgn ayat 31yg sebelum ini
وَقَالُوا لَوْلَا نُزِّلَ هَٰذَا الْقُرْآنُ عَلَىٰ رَجُلٍ مِنَ الْقَرْيَتَيْنِ عَظِيمٍ
Dan (kerana mereka mencemuh Nabi Muhammad) mereka berkata: "(Kalaulah Al-Quran ini menjadi bukti kenabian seseorang, maka) sepatutnya Al-Quran ini diturunkan kepada seorang besar (yang kaya dan berpengaruh) dari salah sebuah dua bandar yang (terkenal) itu?"
Nabi musa memperkenalkan kerasulannya.
Ayat 47
فَلَمَّا جَاءَهُمْ بِآيَاتِنَا
إِذَا هُمْ مِنْهَا يَضْحَكُونَ
Maka apabila ia datang kepada mereka dengan membawa tanda-tanda kekuasaan Kami,
mereka dengan serta-merta mencemuh dan menggelakkan (apa yang dibawanya) itu.
👉bila nabi musa bawa dalil dan bukti .
Langsung atau terus إِذَاmemperlekehkan.
Ayat 48
وَمَا نُرِيهِمْ مِنْ آيَةٍ
إِلَّا هِيَ أَكْبَرُ مِنْ أُخْتِهَا ۖ
وَأَخَذْنَاهُمْ بِالْعَذَابِ
لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
Dan tidaklah Kami memperlihatkan kepada mereka sesuatu tanda kebenaran Nabi Musa
melainkan tanda itu adalah lebih terang dari yang terdahulu daripadanya;
Dan Kami timpakan mereka dengan berbagai azab (bala bencana),
supaya mereka kembali (bertaubat).
👉Penyiksaan 9kali atau azab duniawi
Makin lama makin besar atau sama kuat tapi tetap tak diendahkan .
Yg ke9 baru tenggelam dalam laut.
Ayat 49
وَقَالُوا
يَا أَيُّهَ السَّاحِرُ
ادْعُ لَنَا رَبَّكَ
بِمَا عَهِدَ عِنْدَكَ
إِنَّنَا لَمُهْتَدُونَ
Dan (apabila bala bencana itu menimpa mereka), mereka merayu kepada Nabi Musa dengan berkata:
"Wahai orang yang bijak pandai,
pohonkanlah kepada Tuhanmu keselamatan untuk kami dengan (kemuliaan) pangkat Nabi yang diberikan kepadamu;
sesungguhnya kami (sesudah itu) akan patuh beriman".
👉Azab Darah ,katak,jumpa nabi musa.
Nama baik atau orang yg terpilih السَّاحِرُ
Pelari azab baru nak beriman.
Janji tapi tak buat.
Simpan azam dlm hati.
Lafaz itu sudah hampir nazar
Agama kena duk darjat paling tinggi.
Kalu letak agama nombor,allah tidak akan zahirkan pertolongan.
Agama allah jgn diletak nombor dua.
Ayat 50
فَلَمَّا كَشَفْنَا عَنْهُمُ الْعَذَابَ
إِذَا هُمْ يَنْكُثُونَ
Setelah Kami hapuskan azab itu daripada mereka, mereka terus mencabuli janjinya.
👉
Ayat 51
وَنَادَىٰ فِرْعَوْنُ فِي قَوْمِهِ
قَالَ يَا قَوْمِ
أَلَيْسَ لِي مُلْكُ مِصْرَ
وَهَٰذِهِ الْأَنْهَارُ تَجْرِي مِنْ تَحْتِي ۖ
أَفَلَا تُبْصِرُونَ
Dan Firaun pula menyeru (dengan mengisytiharkan) kepada kaumnya,
katanya: "Wahai kaumku!
Bukankah kerajaan negeri Mesir ini - akulah yang menguasainya,
dan sungai-sungai ini mengalir di bawah (istana) ku? Tidakkah kamu melihatnya?
👉Kesombongan firaun.
Dalil dgn kuasa dan harta.
Ayat 52
أَمْ أَنَا خَيْرٌ مِنْ هَٰذَا الَّذِي هُوَ مَهِينٌ
وَلَا يَكَادُ يُبِينُ
"Bahkan bukankah aku lebih baik daripada orang yang hina keadaannya ini,
dan yang hampir-hampir tidak dapat menjelaskan perkataannya?
👉Hina مَهِينٌ
Ayat 53
فَلَوْلَا أُلْقِيَ عَلَيْهِ أَسْوِرَةٌ مِنْ ذَهَبٍ
أَوْ جَاءَ مَعَهُ الْمَلَائِكَةُ مُقْتَرِنِينَ
"(Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin),
atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?"
👉Orang mesir yg kaya mesti mempunyai emas.
Ayat 54
فَاسْتَخَفَّ قَوْمَهُ فَأَطَاعُوهُ ۚ
إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمًا فَاسِقِينَ
(Dengan yang demikian), maka Firaun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka mematuhinya;
sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik - derhaka.
👉Mudah berubah keasalnya kembali.
Ayat 55
فَلَمَّا آسَفُونَا
انْتَقَمْنَا مِنْهُمْ
فَأَغْرَقْنَاهُمْ أَجْمَعِينَ
Setelah mereka menyebabkan kemurkaan Kami (dengan perbuatan derhaka itu),
Kami menyeksa mereka, iaitu menenggelamkan mereka semuanya di laut (sehingga binasa).
👉Orang yg melawan tuhan ,bukan hanya lawan rasul.
Golongan firaun adalah dgn mematikan dgn memaku tangan dan kaki.firaun sangat ditakuti.
Ayat 56
فَجَعَلْنَاهُمْ
سَلَفًا وَمَثَلًا لِلْآخِرِينَ
Maka kami jadikan mereka
contoh dan pengajaran bagi orang-orang yang datang kemudian.
👉sejarah firaun
Ayat 57
وَلَمَّا ضُرِبَ ابْنُ مَرْيَمَ مَثَلًا
إِذَا قَوْمُكَ مِنْهُ يَصِدُّونَ
Dan ketika (nabi Isa) anak Maryam dikemukakan sebagai satu misal perbandingan,
(untuk membantahmu wahai Muhammad),
tiba-tiba kaummu bersorak-sorak kesukaan terhadapnya (kerana menyangka bahawa mereka telah menang).
👉dali naqli tafsili nabi isa ada kaitan dgn ayat 45
Isa tiada ayah,menyebabkan kaum nya sembah nabi isa.syaitan ambil kesempatan atas kejadian luarbiasa nabi isa.
Ayat 58
وَقَالُوا أَآلِهَتُنَا خَيْرٌ أَمْ هُوَ ۚ
مَا ضَرَبُوهُ لَكَ إِلَّا جَدَلًا ۚ
بَلْ هُمْ قَوْمٌ خَصِمُونَ
Dan mereka berkata lagi: "Manakah yang lebih baik, benda-benda yang kami sembah atau Isa?"
Dan (sebenarnya) mereka tidak mengemukakan perbandingan itu kepadamu (wahai Muhammad) melainkan kerana membantah semata-mata (bukan kerana mencari kebenaran);
bahkan mereka itu adalah kaum yang suka sekali mengemukakan bantahan.
👉
Ayat 59
إِنْ هُوَ إِلَّا عَبْدٌ
أَنْعَمْنَا عَلَيْهِ
وَجَعَلْنَاهُ مَثَلًا
لِبَنِي إِسْرَائِيلَ
Nabi Isa itu tidak lain hanyalah seorang hamba yang telah Kami kurniakan nikmat kepadanya (dengan pangkat Nabi),
dan Kami jadikan dia satu contoh (kekuasaan kami yang menakjubkan)
bagi kaum Bani Israil.
👉Takhwif duniawi
Ayat 60
وَلَوْ نَشَاءُ لَجَعَلْنَا مِنْكُمْ مَلَائِكَةً
فِي الْأَرْضِ يَخْلُفُونَ
Dan kalaulah kami kehendaki, kami berkuasa melahirkan daripada kamu (wahai kaum lelaki):
malaikat mengganti kamu (menjalankan urusan) di muka bumi.
👉Allah boleh buat.tapi itu bukan kehendak allah.
Ayat 61
وَإِنَّهُ لَعِلْمٌ لِلسَّاعَةِ
فَلَا تَمْتَرُنَّ بِهَا
وَاتَّبِعُونِ ۚ
هَٰذَا صِرَاطٌ مُسْتَقِيمٌ
Dan sesungguhnya Nabi Isa menjadi tanda kedatangan hari kiamat,
maka janganlah kamu ragu-ragu tentang (hari kiamat) itu, dan turutlah (petunjukKu);
inilah jalan yang lurus.
👉Tanda qiamat sangat dekat,turunnya nabi isa.
Jalan tauhid ,jln yg lurus.
Ayat 62
وَلَا يَصُدَّنَّكُمُ الشَّيْطَانُ ۖ
إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
Dan janganlah Syaitan menghalang kamu (daripada menurut jalan yang benar);
sesungguhnya Syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu.
👉Syaitan ada ditepi jln lurus.
Belajar wahyu tahu jln lurus akan jelas.
Bagaimana boleh ikut syaitan yg merupakan makhluk yg tak boleh dilihat?
Sebab manusia mengenepikan wahyu yg merupakan benteng syaitan.
Ayat 63
وَلَمَّا جَاءَ عِيسَىٰ بِالْبَيِّنَاتِ
قَالَ
قَدْ جِئْتُكُمْ بِالْحِكْمَةِ
وَلِأُبَيِّنَ لَكُمْ بَعْضَ الَّذِي تَخْتَلِفُونَ فِيهِ ۖ
فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ
Dan ketika Nabi Isa datang (kepada kaumnya) dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata, berkatalah ia:
"Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan membawa hikmat (ajaran Tuhan),
dan untuk menerangkan kepada kamu: sebahagian dari (perkara-perkara ugama) yang kamu berselisihan padanya.
Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku.
👉Syariat nabi isa juga al quran
Ayat 64
إِنَّ اللَّهَ هُوَ رَبِّي وَرَبُّكُمْ
فَاعْبُدُوهُ
هَٰذَا صِرَاطٌ مُسْتَقِيمٌ
"Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, maka sembahlah kamu akan Dia;
inilah jalan yang lurus".
👉Doa dan seru hanya pada allah.
Ini ajaran nabi isa ,bukannya sembah allah.
Ayat 65
فَاخْتَلَفَ الْأَحْزَابُ مِنْ بَيْنِهِمْ ۖ
فَوَيْلٌ
لِلَّذِينَ ظَلَمُوا
مِنْ عَذَابِ يَوْمٍ أَلِيمٍ
Kemudian, golongan-golongan (dari kaumnya) itu berselisihan sesama sendiri.
Maka kecelakaan dan kebinasaanlah
bagi orang-orang yang zalim itu,
dari (paluan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya, pada hari pembalasan.
👉Takhwif ukhrowi
Ayat 66
هَلْ يَنْظُرُون
َ إِلَّا السَّاعَة
َ أَنْ تَأْتِيَهُمْ بَغْتَةً
وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ
(Mereka yang menentang Nabi Muhammad) tidak ada lagi yang mereka tunggu
melainkan saat kiamat
yang akan datang kepada mereka secara mengejut,
dan dalam keadaan mereka lalai leka dengan perkara-perkara keduniaan.
👉 Takhwif ukhrowi
Mati mengejut.
Sakit alamat tak lama lagi akan mati.
Yg degil tak juga insaf dgn sakit.
Ayat 67
الْأَخِلَّاءُ يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ
إِلَّا الْمُتَّقِينَ
Pada hari itu sahabat-sahabat karib:
setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain,
kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).
👉Keseronokan dunia bersama sahabat atau teman yg melekakan.
Ahli tauhid الْمُتَّقِينَ
Ayat 68
يَا عِبَادِ
لَا خَوْفٌ عَلَيْكُمُ الْيَوْمَ
وَلَا أَنْتُمْ تَحْزَنُونَ
(Mereka - yang bertaqwa - itu, diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala dengan firmanNya): "Wahai hamba-hambaku!
Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik);
dan kamu pula tidak akan berdukacita".
👉Tabsyir.
Kesusahan menukar kehidupan akan diberi balasan baik dari allah
Ayat 69
الَّذِينَ آمَنُوا بِآيَاتِنَا
وَكَانُوا مُسْلِمِينَ
(Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan Kami,
serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh,
👉
Ayat 70
ادْخُلُوا الْجَنَّةَ
أَنْتُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ تُحْبَرُونَ
(Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): "Masuklah kamu ke dalam Syurga bersama-sama isteri-isteri kamu (yang beriman), dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan".
👉Balasan nikmat
Ayat 71
يُطَافُ عَلَيْهِمْ بِصِحَافٍ مِنْ ذَهَبٍ وَأَكْوَابٍ ۖ
وَفِيهَا مَا تَشْتَهِيهِ الْأَنْفُسُ وَتَلَذُّ الْأَعْيُنُ ۖ
وَأَنْتُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas;
dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu
serta di pandang indah oleh mata;
dan (dikatakan kepada mereka): "Kamu adalah tetap kekal di dalamnya".
👉Nikmat yg berkekalan
Ayat 72
وَتِلْكَ الْجَنَّةُ الَّتِي أُورِثْتُمُوهَا
بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
Dan (dikatakan lagi kepada mereka): "Inilah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya,
disebabkan apa yang kamu telah kerjakan".
👉Amalan2 kamu yg menepati syariat.
Ayat 73
لَكُمْ فِيهَا فَاكِهَةٌ كَثِيرَةٌ مِنْهَا تَأْكُلُونَ
"Kamu beroleh di dalamnya berbagai jenis buah-buahan, untuk kamu makan daripadanya".
👉Musim tiada dan tuan pun tiada,sentiasa ada dan boleh dimiliki.
Ayat 74
إِنَّ الْمُجْرِمِينَ
فِي عَذَابِ جَهَنَّمَ خَالِدُونَ
"Sesungguhnya orang-orang yang berdosa (dengan kekufurannya),
kekal selama-lamanya di dalam azab seksa neraka Jahannam.
👉Takhwif ukhrowi
Musyrikin الْمُجْرِمِينَ
Ayat 75
لَا يُفَتَّرُ عَنْهُمْ
وَهُمْ فِيهِ مُبْلِسُونَ
Tidak diringankan azab itu daripada mereka,
dan mereka tinggal menderitainya dengan berputus asa (daripada mendapat sebarang pertolongan),
👉Siksaan neraka makin lama makin berat.
Badan dan jiwa tersiksa.
Ayat 76
وَمَا ظَلَمْنَاهُمْ
وَلَٰكِنْ كَانُوا هُمُ الظَّالِمِينَ
Dan tidaklah kami menganiaya mereka,
akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.
👉Sudah cukup dgn lama masa hidup dgn siksaan yg dikenakan.
Aniaya diri sebab peluang telah diberikan.
Ayat 77
وَنَادَوْا يَا مَالِكُ لِيَقْضِ عَلَيْنَا رَبُّكَ ۖ
قَالَ إِنَّكُمْ مَاكِثُونَ
Dan mereka menyeru (ketua malaikat penjaga neraka, dengan berkata): "Wahai Malik! Biarlah hendaknya Tuhanmu mematikan kami (kerana kami tidak tahan
menderita)!"
Maalik menjawab: "Sesungguhnya kamu tetap kekal di dalam azab!"
👉Tak tahan azab minta mati.
Keputusan mati لِيَقْضِ
Ayat 78
لَقَدْ جِئْنَاكُمْ بِالْحَقِّ
وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَكُمْ لِلْحَقِّ كَارِهُونَ
(Bagi menyatakan sebabnya mereka dibiarkan di dalam azab, Allah Taala berfirman): "Demi sesungguhnya! Kami telah menyampaikan kebenaran kepada kamu (melalui Rasul Kami),
akan tetapi kebanyakan kamu (telah menentangnya, kerana kamu) tidak suka kepada kebenaran itu".
👉Jawapan malaikat lagi
Atau ini dituju kepada orang mekah.
Ayat 79
أَمْ أَبْرَمُوا أَمْرًا
فَإِنَّا مُبْرِمُونَ
Bahkan mereka (yang kafir) itu telah mengambil keputusan menjalankan satu rancangan (hendak membunuh Rasul Kami),
maka Kami juga mengambil keputusan (menggagalkan rancangan mereka).
👉zajrun
Bencinya kepada nabi saw sehingga ingin membunuhnya.
Ayat 80
أَمْ يَحْسَبُونَ أَنَّا لَا نَسْمَعُ سِرَّهُمْ
وَنَجْوَاهُمْ ۚ
بَلَىٰ وَرُسُلُنَا لَدَيْهِمْ يَكْتُبُونَ
Patutkah mereka menyangka bahawa Kami tidak mendengar apa yang mereka sembunyikan (di dalam hati)
dan apa yang mereka perkatakan (dengan berbisik) sesama sendiri?
(Bukan sebagaimana yang mereka sangka) bahkan utusan-utusan Kami (malaikat) yang menjaga mereka, ada menulis segala yang mereka lakukan.
👉Malaikat adalah saksi dan bukti
Ayat 81
قُلْ
إِنْ كَانَ لِلرَّحْمَٰنِ وَلَدٌ
فَأَنَا أَوَّلُ الْعَابِدِينَ
Katakanlah (Wahai Muhammad, kepada mereka yang musyrik itu):
"Kalau betul Allah yang maha pemurah, mempunyai anak (sebagaimana yang kamu dakwakan)
maka akulah orang yang awal pertama yang akan menyembah anak itu; (tetapi dakwaan kamu itu tidak berasas)!"
👉malaikat anak perempuan allah dari perkahwinan allah dgn jin??
Ayat 82
سُبْحَانَ رَبِّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
رَبِّ الْعَرْشِ عَمَّا يَصِفُونَ
Maha Suci Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi,
tuhan yang mempunyai Arasy (yang melambangkan kebesarannya), - (Maha Sucilah Ia) dari apa yang mereka katakan itu.
👉allah suci dari mempunyai anaka,sifat yg tidak patut bg allah
Ayat 83
فَذَرْهُمْ
يَخُوضُوا
وَيَلْعَبُوا
حَتَّىٰ يُلَاقُوا يَوْمَهُمُ
الَّذِي يُوعَدُونَ
Oleh itu, biarkanlah mereka (wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatan mereka
dan leka bermain-main (dalam dunia mereka),
sehingga
mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan).
👉Zajrun dan takhwif
Biarakanlah atau jgn peduli فَذَرْهُمْ
Banyak bahas يَخُوضُوا
Ayat 84
وَهُوَ الَّذِي فِي السَّمَاءِ إِلَٰهٌ
وَفِي الْأَرْضِ إِلَٰهٌ ۚ
وَهُوَ الْحَكِيمُ الْعَلِيمُ
Dan (ingatlah), Allah jualah Tuhan yang berhak disembah di langit,
dan Dia lah Tuhan yang berhak disembah di bumi;
dan Dia lah jua Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.
👉Dalil aqli
Ayat 85
وَتَبَارَكَ الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
وَمَا بَيْنَهُمَا
وَعِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ
وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
Dan Maha Tinggilah Kebesaran Tuhan yang menguasai langit dan bumi
serta segala yang ada di antara keduanya;
dan Dia lah jua yang mengetahui tentang (masa datangnya) hari kiamat;
dan kepadanyalah kamu semua akan dikembalikan.
👉Menolak syirik berkat(berkat pada makhluk)
Bertambah sesuatu dikira berkat
Bertambah secara luarbiasa,ini sifat allah
Dapat lebih secara luarbiasa.
Macam mn berkat?
Salah bila mengatakan manusia ada sifat berkat allah swt.
Allah sebut dlm quran ada berkat,baru betul.
Berkat hanyalah sifat allah seperti maha berkuasa.iaitu sifat zaati tuhan.
Amalan2 yg dibuat ada berkat seperti amalan sunnah nabi. Yg menepati syariat akan berkat.
Hindu mempercayai orang ada berkat.
Orang islam tidak mempercayai sebgmn hindu.
Tahu tapi takut nak larang.
Jika tiada dalil wahyu,itu adalah nafsu.
Amal yg makbul itu berkat.
Ayat 86
وَلَا يَمْلِكُ الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِهِ الشَّفَاعَةَ
إِلَّا مَنْ شَهِدَ بِالْحَقِّ
وَهُمْ يَعْلَمُونَ
Dan segala yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memberikan syafaat pertolongan,
kecuali sesiapa yang memberi penerangan mengakui kebenaran dengan mentauhidkan Allah, Tuhan Yang Sebenar-benarnya secara mereka mengetahuiNya dengan yakin (bukan dengan kata-kata orang;
maka merekalah yang mungkin diizinkan memberi dan mendapat syafaat itu).
👉
Ayat 87
وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَهُمْ
لَيَقُولُنَّ اللَّهُ ۖ
فَأَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?"
Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (Jika demikian)
maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?
👉
Ayat 88
وَقِيلِه
ِ يَا رَبِّ
إِنَّ هَٰؤُلَاءِ قَوْمٌ لَا يُؤْمِنُونَ
Dan (Dia lah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata:
Wahai TuhanKu!
Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepadaMu untuk mengadilinya)!"
👉ucapan dan doa rasul
Ayat 89
فَاصْفَحْ عَنْهُمْ
وَقُلْ سَلَامٌ ۚ
فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ
(Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka,
dan katakanlah: ` Selamat tinggalah! '
Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! "
👉Ini bukan salam sejahtera.selamat tinggal سَلَامٌ
Jangan marah فَاصْفَحْ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan