050.Surah Qaff
Da'wa surah ini adalah mengenai akhirat.
Surah pilihan nabi yg dibaca ketika berjemaah.
Surah2 mufasol (surah yg dibaca dlm solat berjemaah)bermula dgn surah ini.
Surah Mufasol ada panjang dan pendek serta sederhana.
Ada yg kata surah mufasol bermula dari surah hujuraat.
Surah yg memberitahu tentang akhirat ,tiada dlm kitab allah yg lain dan ini merupakan keistimewaan al quran.
Qudrat Allah
Ilmu Allah.
Betapa qudrat dan sempurna ilmunya.
Surah qaff
Tertib surah 50
Bilangan ayatnya 45
Bilangan rukuk 3
Surah Makkiyah
Tertib turunnya yg ke 34
Bilangan paragrafnya ada 8
Paragraf 1ayat 1-5 Kritikan orang2 musyrikin Mekah
Paragraf 2 ayat 6-11Dalil2 keharusan adanya hari akhirat.
Paragraf 3 ayat 12-14 Pengajaran drp 4 kaum yg telah ditimpa azab
Paragraf 4 ayat 15 Dalil akhirat
Paragraf 5 ayat 16-30 Balasan akan masuk kedlm neraka jahanam adalah tepat dgn keadilan.
Paragraf 6 ayat 31-35 Pahala hati yg kembali kepada. Allah
Paragraf 7 ayat 36-38 Pengajaran daripada sejarah kebinasaan bangsa2.
Paragraf 8 ayat 39-45 Beberapa panduan untuk Rasullah.
Mesej utama
1.Dalil2 aqliy dan dalil2 drp sejarah pendustaan terhadap kerasulan dan adanya hari akhirat dan tidak percayakan kerasulan nabi muhamad
2.Perintah supaya Rasullah saw bersabar ,bertasbih ,bertahmid dan bersolat selain drp mengingatkan manusia dgn alquran tentang hal ehwal syurga dan neraka.
Ayat 1
ق ۚ وَالْقُرْآنِ الْمَجِيدِ
Qaaf. Demi Al-Quran yang melimpah-limpah kemuliaan dan kebaikannya (bahawa sesungguhnya Muhammad adalah Rasul yang diutus memberi peringatan dan amaran).
👉Yang Agong lagi mulia الْمَجِيدِ
Jawab sumpah,demi engkau muhamad rasul yg benar.
Allah bersumpah dgn quran ,betapa benarnya isi2 quran dan pengutusan nabi saw.
Ayat 2
بَلْ عَجِبُوا أَنْ جَاءَهُمْ مُنْذِرٌ مِنْهُمْ
فَقَالَ الْكَافِرُونَ
هَٰذَا شَيْءٌ عَجِيبٌ
(Kaum musyrik Makkah bukan sahaja mengingkari kerasulannya) bahkan mereka merasa hairan kerana datang kepada mereka, dari kalangan mereka sendiri, seorang Rasul pemberi peringatan dan amaran (mengenai perkara hidup semula sesudah mati);
lalu orang-orang yang kafir itu berkata:
"Ini adalah satu perkara yang menakjubkan!
👉Allah dan rasul membenarkan,manusia mekah mengengkari?
Ini Syikayah فَقَالَ الْكَافِرُونَ
Ayat 3
أَإِذَا مِتْنَا
وَكُنَّا تُرَابًا ۖ
ذَٰلِكَ رَجْعٌ بَعِيدٌ
"Adakah (kita akan kembali hidup) sesudah kita mati
dan menjadi tanah?
Itu adalah cara kembali yang jauh (dari kemungkinan, kerana jasad yang telah hancur tidak dapat diketahui lagi)".
👉Tolak ajaran nabi hidup kembali.
Syikayah.
Ayat 4
قَدْ عَلِمْنَا
مَا تَنْقُصُ الْأَرْضُ مِنْهُمْ ۖ
وَعِنْدَنَا كِتَابٌ حَفِيظٌ
(Apa yang mereka katakan itu tidaklah benar, kerana) Kami sedia mengetahui
apa yang dimakan oleh bumi sedikit demi sedikit dari (tubuh orang mati) mereka,
serta ada di sisi Kami sebuah Kitab yang menyimpan (catitan segala perkara yang berlaku).
👉Jawab syikayah
Ayat 5
بَلْ كَذَّبُوا بِالْحَقِّ
لَمَّا جَاءَهُمْ
فَهُمْ فِي أَمْرٍ مَرِيجٍ
(Mereka tidak mahu berfikir betul) bahkan mereka (terburu-buru) mendustakan kebenaran
apabila sahaja sampainya kepada mereka;
oleh sebab itu,
mereka berada dalam keadaan yang serba kacau.
👉Qudrat dan ilmu allah.
Ayat 6
أَفَلَمْ يَنْظُرُوا إِلَى السَّمَاءِ
فَوْقَهُمْ كَيْفَ بَنَيْنَاهَا
وَزَيَّنَّاهَا
وَمَا لَهَا مِنْ فُرُوجٍ
(Kalaulah mereka menyangka Kami tidak berkuasa mengembalikan mereka hidup semula)
maka tidakkah mereka memandang ke langit
yang ada di sebelah atas mereka (dengan tidak bertiang) bagaimana Kami membinanya (dengan rapi)
serta Kami menghiasinya (dengan bintang-bintang),
dan dengan keadaan tidak ada padanya retak-renggang?
👉Allah zahirkan qudrat.
Ayat 7
وَالْأَرْضَ مَدَدْنَاهَا
وَأَلْقَيْنَا فِيهَا رَوَاسِيَ
وَأَنْبَتْنَا فِيهَا مِنْ كُلِّ زَوْجٍ بَهِيجٍ
Dan juga (keadaan) bumi ini, (bagaimana) Kami bentangkan dia sebagai hamparan,
dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang terdiri kukuh,
serta Kami tumbuhkan padanya pelbagai jenis tanaman yang indah subur?
👉
Ayat 8
تَبْصِرَةً
وَذِكْرَىٰ لِكُلِّ عَبْدٍ مُنِيبٍ
(Kami adakan semuanya itu) untuk menjadi perhatian dan peringatan,
(yang menunjukkan jalan kebenaran), kepada tiap-tiap seorang hamba Allah yang mahu kembali kepadaNya (dengan taat dan berbakti).
👉Semuanya sebagai ketandaan qudrat.
Hamba yg ada sifat inabah,sifat pertama ingin menjadi baik. عَبْدٍ مُنِيبٍ
Ayat 9
وَنَزَّلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً
مُبَارَكًا
فَأَنْبَتْنَا بِهِ جَنَّاتٍ
وَحَبَّ الْحَصِيدِ
Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) yang banyak faedahnya,
lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pokok-pokok tanaman (buah-buahan)
dan biji-bijian yang dituai;
👉
Ayat 10
وَالنَّخْل
َ بَاسِقَاتٍ
لَهَا طَلْعٌ نَضِيدٌ
Serta pohon-pohon kurma
yang tinggi menjulang,
yang mengeluarkan mayang, berlapis-lapis, lagi lebat putiknya;
👉
Ayat 11
رِزْقًا لِلْعِبَادِ ۖ
وَأَحْيَيْنَا بِهِ بَلْدَةً مَيْتًا ۚ
كَذَٰلِكَ الْخُرُوجُ
(Semuanya itu) sebagai rezeki bagi hamba-hamba Kami. Dan lagi Kami telah hidupkan dengan air itu bumi yang mati;
demikianlah pula keadaan keluarnya (orang-orang yang mati dari kubur setelah dibangkitkan hidup semula).
👉Semua adalah dgn qudrat allah
Ayat 12
كَذَّبَتْ قَبْلَهُمْ
قَوْمُ نُوحٍ
وَأَصْحَابُ الرَّسِّ وَثَمُودُ
Sebelum mereka (yang menentang Nabi Muhammad) itu - kaum Nabi Nuh, dan "Ashaabur-Rassi"
serta Thamud (kaum Nabi Soleh),
telah juga mendustakan Rasul masing-masing,
👉Didunia lagi akan dihukum.
Ayat 13
وَعَادٌ وَفِرْعَوْنُ
وَإِخْوَانُ لُوطٍ
Dan juga Aad (kaum Nabi Hud), dan Firaun, serta kaum Nabi Lut,
👉
Ayat 14
وَأَصْحَابُ الْأَيْكَةِ
وَقَوْمُ تُبَّعٍ ۚ
كُلٌّ كَذَّبَ الرُّسُلَ
فَحَقَّ وَعِيدِ
Dan juga penduduk "Aikah", serta kaum " Tubba' ";
tiap-tiap satu kaum itu telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepadanya),
lalu mereka ditimpa azab yang Aku janjikan.
👉kesimpulan.
Ayat 15
أَفَعَيِينَا بِالْخَلْقِ الْأَوَّلِ ۚ
بَلْ هُمْ فِي لَبْسٍ مِنْ خَلْقٍ جَدِيدٍ
(Setelah mereka melihat dan memerhatikan makhluk-makhluk yang Kami ciptakan itu) maka adakah Kami telah lemah dengan ciptaan yang pertama itu (sehingga Kami tidak dapat mengadakannya semula?
Tidak! Dan merekapun tidak mengingkari kekuasaan Kami). Bahkan mereka berada dalam keadaan keliru dan ragu-ragu tentang ciptaan makhluk-makhluk (hidup semula) dalam bentuk yang baharu.
👉Zajrun,tanya dlm bentuk teguran.
Orang mekah tiada dalil
Ayat 16
وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ
وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ ۖ
وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ
Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya,
sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya
👉Takhwif ukhrowi dan bayan qudrat(penjelasan qudrat)
Dekat kepada nisbah ilmu.
Ayat 17
إِذْ يَتَلَقَّى الْمُتَلَقِّيَانِ
عَنِ الْيَمِينِ
وَعَنِ الشِّمَالِ قَعِيدٌ
Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya;
yang satu duduk di sebelah kanannya,
dan yang satu lagi di sebelah kirinya.
👉Hanya manusia yg lalai leka.
Ayat 18
مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ
إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ
Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya)
melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).
👉Apa sj yg keluar dan memberi makna akan ditulis oleh malaikat.
Ayat 19
وَجَاءَتْ سَكْرَةُ الْمَوْتِ
بِالْحَقِّ ۖ
ذَٰلِكَ مَا كُنْتَ مِنْهُ تَحِيدُ
Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmuat"
membawa kebenaran (yang telah dijanjikan,
serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu):
"Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!"
👉Mesti dilalui oleh semua orang.
2keadaan engkar:
Tabiat tak mau mati
Kerana cinta dunia ,tak buat persiapan akhirat
Ayat 20
وَنُفِخَ فِي الصُّورِ ۚ
ذَٰلِكَ يَوْمُ الْوَعِيدِ
Dan lagi (apabila sampai saat yang ditentukan) ditiuplah sangkakala (untuk menghidupkan semula makhluk-makhluk yang telah mati);
saat itu ialah hari berlakunya amaran yang telah diberikan.
👉Nak sabit qiamat ada.
Ayat 21
وَجَاءَتْ كُلُّ نَفْسٍ
مَعَهَا سَائِقٌ وَشَهِيدٌ
Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang Mahsyar),
disertai (dua malaikat: yang satu menjadi) pembawa, dan (yang satu lagi menjadi) saksi;
👉Keadaan dipadang mahsyar.
Ayat 22
لَقَدْ كُنْتَ فِي غَفْلَةٍ مِنْ هَٰذَا
فَكَشَفْنَا عَنْكَ غِطَاءَكَ
فَبَصَرُكَ الْيَوْمَ حَدِيدٌ
(Serta dikatakan kepadanya): "Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini,
maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu,
lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)".
👉Gambaran orang yg tak percaya akhirat.
Sedang akhirat ini benar.
Ayat 23
وَقَالَ قَرِينُهُ
هَٰذَا مَا لَدَيَّ عَتِيدٌ
Dan berkatalah malaikat yang sentiasa ada bersama-samanya:
"Inilah (Kitab catitan iman dan amal) orang yang terletak dalam jagaanku, siap sedia (untuk dibicarakan)".
👉ini satu algi gambaran
Ayat 24
أَلْقِيَا فِي جَهَنَّمَ كُلَّ كَفَّارٍ عَنِيدٍ
(Setelah tiap-tiap orang dibicarakan, Allah berfirman kepada kedua malaikat yang menjadi pembawa dan saksi itu): "Humbankanlah oleh kamu berdua,
ke dalam neraka Jahannam tiap-tiap orang yang tetap degil dalam kekufurannya; -
👉Sifat ahli neraka
Ayat 25
مَنَّاعٍ لِلْخَيْرِ
مُعْتَدٍ مُرِيبٍ
"Yang sering menghalangi jenis kebajikan,
yang melanggar hukum ugama, lagi yang meragukan
👉Lagi sifatnya
Ayat 26
الَّذِي جَعَلَ مَعَ اللَّهِ إِلَٰهًا آخَرَ فَأَلْقِيَاهُ فِي الْعَذَابِ الشَّدِيدِ
"Yang menyembah benda yang lain bersama-sama Allah; maka humbankanlah oleh kamu berdua akan dia ke dalam azab seksa yang seberat-beratnya".
👉Penjelasan
Antara yg besar2 tentang syirik.
Ayat 27
قَالَ قَرِينُهُ
رَبَّنَا مَا أَطْغَيْتُهُ
وَلَٰكِنْ كَانَ فِي ضَلَالٍ بَعِيدٍ
(Semasa ia dihumbankan ke dalam neraka Jahannam, ia mendakwa bahawa Syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu) Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata:
"Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya
tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong".
👉Qarin syaitan yg dok ikut selama ini.
Ibrahim,22
وَقَالَ الشَّيْطَانُ لَمَّا قُضِيَ الْأَمْرُ إِنَّ اللَّهَ وَعَدَكُمْ وَعْدَ الْحَقِّ وَوَعَدْتُكُمْ فَأَخْلَفْتُكُمْ ۖ وَمَا كَانَ لِيَ عَلَيْكُمْ مِنْ سُلْطَانٍ إِلَّا أَنْ دَعَوْتُكُمْ فَاسْتَجَبْتُمْ لِي ۖ فَلَا تَلُومُونِي وَلُومُوا أَنْفُسَكُمْ ۖ مَا أَنَا بِمُصْرِخِكُمْ وَمَا أَنْتُمْ بِمُصْرِخِيَّ ۖ إِنِّي كَفَرْتُ بِمَا أَشْرَكْتُمُونِ مِنْ قَبْلُ ۗ إِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.
Ayat 28
قَالَ لَا تَخْتَصِمُوا لَدَيَّ
وَقَدْ قَدَّمْتُ إِلَيْكُمْ بِالْوَعِيدِ
Allah berfirman: "Janganlah kamu berbalah lagi di hadapanKu, (tidak ada gunanya berbalah pada masa Aku membuat keputusan);
padahal (kamu sedia mengetahui bahawa) Aku dahulu telah memberi amaran kepada kamu (akan menyeksa orang-orang yang bersalah).
👉Allah jawab
Ayat 29
مَا يُبَدَّلُ الْقَوْلُ لَدَيَّ
وَمَا أَنَا بِظَلَّامٍ لِلْعَبِيدِ
"KeputusanKu itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti, dan Aku tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hambaKu".
👉Manusia dah pilih sendiri
Ayat 30
يَوْمَ نَقُولُ لِجَهَنَّمَ هَلِ امْتَلَأْتِ وَتَقُولُ
هَلْ مِنْ مَزِيدٍ
(Peringatkanlah manusia) akan hari Kami bertanya kepada neraka Jahannam: "Adakah engkau sudah penuh? "
Ia menjawab: "Adakah lagi sebarang tambahan?"
👉Keadaan neraka untuk menunjukan betapa dahsyatnya neraka.
Ayat 31
وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِين
َ غَيْرَ بَعِيدٍ
Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa, di tempat yang tidak jauh (dari mereka).
👉Tabsyir.
Syurga luas.
Ayat 32
هَٰذَا مَا تُوعَدُونَ لِكُلِّ أَوَّابٍ
حَفِيظٍ
(Serta dikatakan kepada mereka): "Inilah yang dijanjikan kepada kamu, - kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat),
lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah);
👉Penghormatan kepada mutaqin.
Ayat 33
مَنْ خَشِيَ الرَّحْمَٰنَ بِالْغَيْبِ
وَجَاءَ بِقَلْبٍ مُنِيبٍ
"(Iaitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Allah,
serta ia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat".
👉Orang yg sentiasa takut allah yg bersifat rahman.
Ayat 34
ادْخُلُوهَا بِسَلَامٍ ۖ
ذَٰلِكَ يَوْمُ الْخُلُودِ
(Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): "Masuklah kamu ke dalam Syurga dengan selamat sejahtera;
hari ini ialah hari (bermulanya) kehidupan yang kekal".
👉
Ayat 35
لَهُمْ مَا يَشَاءُونَ فِيهَا
وَلَدَيْنَا مَزِيدٌ
Mereka beroleh apa yang mereka kehendaki di situ,
dan di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia yang tidak terlintas di hati mereka).
👉Semiga allah pilih kita
Ayat 36
وَكَمْ أَهْلَكْنَا قَبْلَهُمْ
مِنْ قَرْنٍ هُمْ
أَشَدُّ مِنْهُمْ بَطْشًا
فَنَقَّبُوا فِي الْبِلَادِ
هَلْ مِنْ مَحِيصٍ
Dan berapa banyak kaum-kaum (yang ingkar) yang terdahulu daripada orang-orang musyrik Makkah itu Kami telah binasakan.
Kaum-kaum itu lebih kekuatannya (dan kehandalannya) daripada mereka,
lalu kaum-kaum itu keluar mencari perlindungan di merata-rata negeri.
(Meskipun demikian keadaannya) dapatkah (mereka) menyelamatkan diri?
👉
Ayat 37
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَذِكْرَىٰ
لِمَنْ كَانَ لَهُ قَلْبٌ
أَوْ أَلْقَى السَّمْعَ
وَهُوَ شَهِيدٌ
Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu,
tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar pada masa membacanya),
atau yang menggunakan pendengarannya dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya.
👉Hati yg fahim,memahami.
Ayat 38
وَلَقَدْ خَلَقْنَا السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ
وَمَا بَيْنَهُمَا
فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ
وَمَا مَسَّنَا مِنْ لُغُوبٍ
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menciptakan langit dan bumi
serta segala yang ada di antara keduanya
dalam enam masa,
dan Kami tidak mengalami sebarang susah payah.
👉Dali aqlil yg ke2 mensabitkan qiamat.
Bg orang yg mempercayai qudrat dan kesempurnaan ilmu allah.
Ayat 39
فَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ
وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ
قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ الْغُرُوبِ
Oleh itu bersabarlah (wahai Muhammad) akan apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu itu),
dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu (terutama) sebelum terbit matahari
dan sebelum matahari terbenam.
👉 Jadi jika mereka tidak menerima maka bersabarlah
Ayat 40
وَمِنَ اللَّيْلِ
فَسَبِّحْهُ
وَأَدْبَارَ السُّجُودِ
Serta bertasbihlah kepadaNya pada malam hari
dan sesudah mengerjakan sembahyang.
👉Memuja dan muji serta mensucikan allah.
Ayat 41
وَاسْتَمِعْ يَوْمَ يُنَادِ الْمُنَادِ
مِنْ مَكَانٍ قَرِيبٍ
Dan dengarlah (apa yang diterangkan kepadamu sekarang ini mengenai hari kiamat), hari (malaikat yang menjadi) penyeru,
menyeru (makhluk-makhluk yang telah mati) dari tempat yang dekat yang dapat didengar oleh semuanya),
👉
Ayat 42
يَوْمَ يَسْمَعُونَ الصَّيْحَةَ بِالْحَقِّ ۚ
ذَٰلِكَ يَوْمُ الْخُرُوجِ
Iaitu hari mereka mendengar pekikan seruan yang menyatakan perkara yang benar;
hari seruan itu ialah hari masing-masing keluar dari kubur.
👉Badal
Sangkakala yg ke2
Ayat 43
إِنَّا نَحْنُ نُحْيِي وَنُمِيتُ
وَإِلَيْنَا الْمَصِيرُ
Sesungguhnya Kami menghidupkan dan mematikan
, dan kepada Kamilah sahaja tempat kembali (sekalian makhluk).
👉
Ayat 44
يَوْمَ تَشَقَّقُ الْأَرْضُ عَنْهُم
ْ سِرَاعًا ۚ ذَٰلِكَ حَشْرٌ عَلَيْنَا يَسِيرٌ
Pada hari bumi terbelah-belah untuk mereka segera keluar (daripadanya).
Perbuatan (menghidupkan dan) menghimpunkan mereka di Padang Mahsyar itu,
mudah bagi Kami melaksanakannya.
👉
Ayat 45
نَحْنُ أَعْلَمُ بِمَا يَقُولُونَ ۖ
وَمَا أَنْتَ عَلَيْهِمْ بِجَبَّارٍ ۖ
فَذَكِّرْ بِالْقُرْآنِ مَنْ يَخَافُ وَعِيدِ
Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakan (dari berbagai tuduhan terhadapmu wahai Muhammad),
dan engkau bukanlah seorang yang berkuasa memaksa mereka (supaya masing-masing beriman).
Oleh itu, berilah peringatan dengan Al-Quran ini kepada orang yang takutkan janji azabKu.
👉Tasliyah.
Bg tazkirah dgn al quran
Tiada ulasan:
Catat Ulasan