051.Surah Azzariyat
Hikmah bersumpah dgn angin
Angin kadang2 bagi kebaikan dan kadang2 boleh bawa bencana.
Begitu juga angin diakhirat nanti ,kadang2 memberi kebaikan dan kadang2 memberi keburukan.
Surah Az zaariyat
Tertib surah 51
Bilangan ayatnya 60
Bilangan rukuk 3
Surah Makkiyah
Tertib turunnya yg ke 67
Bilangan paragrafnya ada 8
Paragraf 1ayat 1-6 Angin2 menjadi saksi tentang adanya balasan baik dan balasan buruk.
Paragraf 2 Dalil2 آفاقي
ayat 7-20 Langit menjadi saksi tentang kesilapan orang2 yg tidak menerima adanya balasan baik dan buruk.
Paragraf 3 ayat 21 Dalil أنفسي Hati kecil manusia menjadi saksi tentang kebenaran hukum balasan baik dan buruk.
Paragraf 4 Ayat 22-46 Dalil2 تاريخي
ayat 22-23 Kesaksian langit dan ربوبية
ayat 24-46 Sejarah menjadi saksi kepada kebenaran hukum balasan baik dan buruk.
Ayat 24-37 Kesaksian malaikat,kisah Ibrahim dan Luth
Ayat 43-45 kisah kaum tsamud.
Ayat 38-40 kisah Musa dan Firaun.
Ayat 41-42 kisah kaum Aad
Ayat 43-45 kisah kaum tsamud
Ayat 46 kisah nuh
Paragraf 5 ayat 47-49 Dalil2 عقلي Seluruh alam semesta menjadi saksi tentang adanya hukum balasan baik dan buruk.
Paragraf 6 ayat 50-57
Beberapa panduan untuk pendakwah
Seruan kepada ajaran tauhid,risalah dan akhirat
Paragraf 7 ayat 58 Dalil bg sifat2 tuhan الرَّزَّأقُ ذُوالْقُوَّةِالْمَتِيْنِ
Paragraf 8 ayat 59-60 Kesaksian akal tentang benarnya ada balasan buruk untuk kezaliman dan kekufuran
Mesej utama
وَإِنَّ الدِّينَ لَوَقِع
1.Balasan baik dan buruk pada hari qiamat pasti akan berlaku.
2.Percayalah akan adanya hari qiamat berdasarkan dalil2 daripada alQuran
Ayat 1
وَالذَّارِيَاتِ ذَرْوًا
Demi angin yang menerbang dan menaburkan (debu, biji-bijian benih, dan lain-lainnya), dengan penerbangan dan penaburan yang sesungguh-sungguhnya, -
👉
Ayat 2
فَالْحَامِلَاتِ وِقْرًا
Dan awan yang membawa dan mengangkut muatannya (ke tempat yang dikehendaki), -
Ayat 3
فَالْجَارِيَاتِ يُسْرًا
Dan kapal-kapal yang belayar laju dengan kemudahan yang diberikan kepadanya, -
Ayat 4
فَالْمُقَسِّمَاتِ أَمْرًا
Dan malaikat-malaikat yang membahagi-bahagikan segala perkara yang mereka ditugaskan membahagikannya;
Ayat 5
إِنَّمَا تُوعَدُونَ لَصَادِقٌ
(Sumpah demi sumpah) bahawa sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu (mengenai hari akhirat) tetap benar;
Ayat 6
وَإِنَّ الدِّينَ لَوَاقِعٌ
Dan bahawa sesungguhnya balasan amal, tetap berlaku.
Ayat 7
وَالسَّمَاءِ ذَاتِ الْحُبُكِ
Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya,
👉Jawab kamu akan dikumpul dipadang mahsyar
Ayat 8
إِنَّكُمْ لَفِي قَوْلٍ مُخْتَلِفٍ
Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan berlainan pendapat (mengenai ugama yang dibawa oleh Nabi Muhammad, s.a.w).
👉Zajrun
Ayat 9
يُؤْفَكُ عَنْهُ مَنْ أُفِكَ
Dipalingkan daripada (perselisihan) itu orang-orang yang telah dipalingkan Allah (dengan sebab keikhlasannya mencari kebenaran).
Ayat 10
قُتِلَ الْخَرَّاصُونَ
Binasalah orang-orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja,
👉Golongan yg membohongi الْخَرَّاصُونَ
Ayat 11
الَّذِينَ هُمْ فِي غَمْرَةٍ سَاهُونَ
(Iaitu) orang-orang yang tenggelam alam kejahilan, serta lalaikan (hari pembalasan).
Ayat 12
يَسْأَلُونَ
أَيَّانَ يَوْمُ الدِّينِ
Mereka bertanya (secara mengejek):
"Bilakah datangnya hari pembalasan itu?"
👉Istizaan يَسْأَلُونَ pertanyaan dlm bentuk persendaan.
Ayat 13
يَوْمَ هُمْ عَلَى النَّارِ يُفْتَنُونَ
(Jawabnya: hari itu ialah) hari mereka diseksa (dengan dibakar) atas api neraka, -
Ayat 14
ذُوقُوا
فِتْنَتَكُمْ
هَٰذَا الَّذِي كُنْتُمْ بِهِ تَسْتَعْجِلُونَ
(Sambil dikatakan kepada mereka): "Rasalah
azab seksa yang disediakan untuk kamu;
inilah dia yang dahulu kamu minta disegerakan kedatangannya".
👉Kejahatan kamu فِتْنَتَكُمْ
Ayat 15
إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya.
👉Tabsyir
Ayat 16
آخِذِينَ مَا آتَاهُمْ رَبُّهُمْ ۚ
إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَٰلِكَ مُحْسِنِينَ
(Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka.
Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.
👉Hatinyg baik مُحْسِنِينَ
Ayat 17
كَانُوا قَلِيلًا مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ
Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.
👉Satu dr Lafaz tidur يَهْجَعُونَ
Ada 5lafaz tidur
Ayat 18
وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ
Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).
Ayat 19
وَفِي أَمْوَالِهِمْ
حَقٌّ
لِلسَّائِلِ
وَالْمَحْرُومِ
Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).
Ayat 20
وَفِي الْأَرْضِ آيَاتٌ لِلْمُوقِنِينَ
Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,
👉Dalil aqli ,sabitnya qiamat.
Ayat 21
وَفِي أَنْفُسِكُمْ ۚ
أَفَلَا تُبْصِرُونَ
Dan juga pada diri kamu sendiri.
Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?
Ayat 22
وَفِي السَّمَاءِ رِزْقُكُمْ
وَمَا تُوعَدُونَ
Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu.
👉
Ayat 23
فَوَرَبِّ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ
إِنَّهُ لَحَقٌّ
مِثْلَ مَا أَنَّكُمْ تَنْطِقُونَ
Maka demi Tuhan langit dan bumi,
sesungguhnya (apa yang tersebut) itu tetap benar, (tidak patut diragu-ragukan)
sebagaimana (tidak sepatutnya diragukan) benarnya kamu dapat berkata-kata.
Ayat 24
هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ ضَيْفِ إِبْرَاهِيمَ الْمُكْرَمِينَ
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Nabi Ibrahim yang dimuliakan?
👉Takhwif duniawi
Yg pertama.
Ayat 25
إِذْ دَخَلُوا عَلَيْهِ
فَقَالُوا سَلَامًا ۖ
قَالَ سَلَامٌ قَوْمٌ مُنْكَرُونَ
Ketika mereka masuk mendapatkannya
lalu memberi salam dengan berkata: "Salam sejahtera kepadamu!"
Ia menjawab: Salam sejahtera kepada kamu! "(Sambil berkata dalam hati): mereka ini orang-orang yang tidak dikenal.
👉Jumlah masdar سَلَامًا
Ayat 26
فَرَاغَ إِلَىٰ أَهْلِهِ فَجَاءَ
بِعِجْلٍ سَمِينٍ
Kemudian ia masuk mendapatkan Ahli rumahnya serta dibawanya keluar
seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang).
👉Seorang yg baik hati,menghidang untuk tetamu.
Ayat 27
فَقَرَّبَهُ إِلَيْهِمْ
قَالَ أَلَا تَأْكُلُونَ
Lalu dihidangkannya kepada mereka sambil berkata: "Silalah makan".
Ayat 28
فَأَوْجَسَ مِنْهُمْ خِيفَةً ۖ
قَالُوا لَا تَخَفْ ۖ
وَبَشَّرُوهُ بِغُلَامٍ عَلِيمٍ
(Setelah dilihatnya mereka mereka tidak menjamah makanan itu), maka ia merasa takut dari keadaan mereka. (Melihat kecemasannya), mereka berkata:
"Janganlah engkau takut (wahai Ibrahim)".
Lalu mereka memberikan berita gembira kepadanya, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang berpengetahuan.
👉Adab arab,jika tetamu nak bunuh tuan rumah ,mereka tak akan makan hidangan tuan rumah.
Sabit ,nabi ibrahim takut dan tidak tahu malaikat.
Tahu عَلِيمٍ iaitu nabi
Ayat 29
فَأَقْبَلَتِ امْرَأَتُهُ فِي صَرَّةٍ
فَصَكَّتْ وَجْهَهَا
وَقَالَتْ عَجُوزٌ عَقِيمٌ
(Mendengarkan berita yang mengembirakan itu), maka datanglah isterinya sambil menjerit (kehairanan)
lalu menepuk mukanya
sambil berkata: "Aku sudah tua, lagi mandul, (bagaimana aku boleh mendapat anak)?"
👉adab wanita arab,bila hairan akan tepuk dahi.
Umur sarah 90tahun.
Ayat 30
قَالُوا
كَذَٰلِكِ قَالَ رَبُّكِ
ۖ إِنَّهُ هُوَ الْحَكِيمُ الْعَلِيمُ
Mereka berkata: "Demikianlah Tuhanmu berfirman, (kami hanya menyampaikan sahaja); Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui".
👉
Ayat 31
قَالَ فَمَا خَطْبُكُمْ أَيُّهَا الْمُرْسَلُونَ
Nabi Ibrahim bertanya: "(Selain dari itu) apa lagi tugas penting kamu wahai utusan Tuhan?"
Ayat 32
قَالُوا
إِنَّا أُرْسِلْنَا إِلَىٰ قَوْمٍ مُجْرِمِينَ
Mereka menjawab: "Sesungguhnya Kami diutus kepada suatu kaum yang berdosa (untuk membinasakan mereka);
Ayat 33
لِنُرْسِلَ عَلَيْهِمْ حِجَارَةً مِنْ طِينٍ
"Supaya Kami menimpakan mereka dengan batu-batu dari tanah (yang dibakar),
Ayat 34
مُسَوَّمَةً
عِنْدَ رَبِّكَ لِلْمُسْرِفِينَ
"Batu-batu itu ditandakan
di sisi Tuhanmu, untuk membinasakan orang-orang yang melampaui batas (dalam keingkarannya)".
Ayat 35
فَأَخْرَجْنَا مَنْ كَانَ فِيهَا مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
(Setelah sampai utusan Kami ke tempat itu), Kami (perintahkan mereka) mengeluarkan orang-orang yang beriman yang tinggal di situ.
Ayat 36
فَمَا وَجَدْنَا فِيهَا
غَيْرَ بَيْتٍ مِنَ الْمُسْلِمِينَ
(Sesudah dipereksa) maka (utusan) Kami tidak mendapati di situ
melainkan sebuah rumah sahaja yang ada penduduknya dari orang-orang Islam (yang beriman kepada Nabi Lut).
👉Nabi lut dan anak perempuannya shj.
Ayat 37
وَتَرَكْنَا فِيهَا آيَةً
لِلَّذِينَ يَخَافُونَ الْعَذَابَ الْأَلِيمَ
Dan Kami tinggalkan di negeri itu (timbunan batu-batu yang telah menghujani dan membinasakan mereka), sebagai tanda (yang mendatangkan keinsafan) bagi orang-orang yang sedia takut kepada azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
Ayat 38
وَفِي مُوسَىٰ
إِذْ أَرْسَلْنَاهُ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ
بِسُلْطَانٍ مُبِينٍ
Dan juga pada (kisah) Nabi Musa (terdapat dalil-dalil yang memberi keinsafan), - ketika kami mengutusnya kepada Firaun dengan membawa mukjizat yang nyata.
👉Contoh ke2
Ayat 39
فَتَوَلَّىٰ بِرُكْنِهِ
وَقَالَ سَاحِرٌ
أَوْ مَجْنُونٌ
Maka Firaun berpaling ingkar dengan berdasarkan kekuasaannya
sambil berkata: "(Musa itu) adalah seorang ahli sihir,
atau seorang gila!"
👉
Ayat 40
فَأَخَذْنَاهُ
وَجُنُودَهُ
فَنَبَذْنَاهُمْ فِي الْيَمِّ
وَهُوَ مُلِيمٌ
Lalu Kami (adakan jalan) mengambil Firaun
bersama-sama tenteranya,
kemudian Kami humbankan mereka ke dalam laut, sedang ia berkeadaan tercela.
👉
Ayat 41
وَفِي عَادٍ
إِذْ أَرْسَلْنَا عَلَيْهِمُ الرِّيحَ الْعَقِيمَ
Dan juga pada (kisah) kaum Aad (terdapat perkara-perkara yang menjadi iktibar), -
ketika kami hantarkan kepada mereka angin ribut yang tidak mengandungi sebarang kebaikan; -
👉
Ayat 42
مَا تَذَرُ مِنْ شَيْءٍ
أَتَتْ عَلَيْهِ
إِلَّا جَعَلَتْهُ كَالرَّمِيمِ
Angin itu tidak meninggalkan sesuatupun yang dirempuhnya,
melainkan menjadikannya (hancur) seperti debu.
👉Sifat angin.
Daun yg dibagi makan bimatang ,jatuh ,kering dan dipijak bintang itu sendiri رَّمِيمِ
Ayat 43
وَفِي ثَمُودَ
إِذْ قِيلَ لَهُمْ
تَمَتَّعُوا حَتَّىٰ حِينٍ
Dan juga pada (kisah) kaum Thamud (terdapat perkara-perkara yang menjadi pelajaran) -
ketika dikatakan kepada mereka:
"Bersenang-senanglah kamu hingga ke suatu waktu (yang termaklum)!"
👉umat Nabi saleh
Ayat 44
فَعَتَوْا عَنْ أَمْرِ رَبِّهِمْ
فَأَخَذَتْهُمُ الصَّاعِقَةُ
وَهُمْ يَنْظُرُونَ
Maka mereka membesarkan diri terhadap perintah Tuhannya,
lalu mereka disambar petir (dengan tidak dapat melarikan diri),
sedang mereka melihatnya.
👉
Ayat 45
فَمَا اسْتَطَاعُوا مِنْ قِيَامٍ
وَمَا كَانُوا مُنْتَصِرِينَ
Dengan yang demikian, mereka tidak dapat bangun lagi, dan mereka juga tidak mendapat pertolongan.
👉
Ayat 46
وَقَوْمَ نُوحٍ مِنْ قَبْلُ ۖ
إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمًا فَاسِقِينَ
Dan kaum Nuh (Kami juga telah binasakan) sebelum itu; sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik - derhaka.
👉
Ayat 47
وَالسَّمَاءَ بَنَيْنَاهَا
بِأَيْدٍ
وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ
Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk
binaan yang kukuh rapi).
Dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas tidak terhingga.
👉
Ayat 48
وَالْأَرْضَ فَرَشْنَاهَا
فَنِعْمَ الْمَاهِدُونَ
Dan bumi pula Kami hamparkan (untuk kemudahan kamu mendiaminya);
maka Kamilah sebaik-baik yang menghamparkannya.
👉Untuk kemudahan manusia.
Ayat 49
وَمِنْ كُلِّ شَيْءٍ
خَلَقْنَا
زَوْجَيْنِ
لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
Dan tiap-tiap jenis Kami
ciptakan
berpasangan,
supaya kami dan mengingati (kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami).
Ayat 50
فَفِرُّوا إِلَى اللَّهِ ۖ
إِنِّي لَكُمْ مِنْهُ نَذِيرٌ مُبِينٌ
(Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): "Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat),
sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata.
👉Dgn mentauhidkannya.
Ayat 51
وَلَا تَجْعَلُوا مَعَ اللَّهِ إِلَٰهًا آخَرَ ۖ
إِنِّي لَكُمْ مِنْهُ نَذِيرٌ مُبِينٌ
"Dan janganlah kamu adakan tuhan yang lain bersama Allah (dalam kepercayaan kamu),
sesungguhnya aku diutus oleh Allah kepada kamu sebagai pemberi amaran yang nyata".
👉
Ayat 52
كَذَٰلِكَ مَا أَتَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ مِنْ رَسُولٍ
إِلَّا قَالُوا سَاحِرٌ أَوْ مَجْنُونٌ
Demikianlah (keadaan tiap-tiap kaum terhadap Rasulnya samalah seperti keadaan kaummu wahai Muhammad) - tidak ada seorang Rasul pun yang datang kepada kaum-kaum yang terdahulu dari mereka,
melainkan ada yang berkata: "Dia adalah seorang ahli sihir, atau seorang gila".
👉Tasliyah kepada nabi.
Ayat 53
أَتَوَاصَوْا بِهِ ۚ
بَلْ هُمْ قَوْمٌ طَاغُونَ
Adakah mereka semua telah berpesan-pesan (dan mencapai kata sepakat) untuk melemparkan tuduhan itu?
(Sudah tentu mereka tidak dapat berbuat demikian), bahkan mereka semuanya adalah kaum yang melampaui batas (dalam keingkarannya).
👉tidak pernah dgn generasi baru.
Bila sifat melampaui batas ada dlm hati sama menyebabkan perkataan keluar adalah sama.
Ayat 54
فَتَوَلَّ عَنْهُمْ فَمَا أَنْتَ بِمَلُومٍ
Oleh itu, berpalinglah (wahai Muhammad) daripada mereka (yang menentangmu itu dan janganlah dihiraukan),
kerana engkau tidak akan disalahkan (setelah engkau memberi amaran kepada mereka).
👉Tasliyah ke2
Ayat 55
وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَىٰ
تَنْفَعُ الْمُؤْمِنِينَ
Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan,
kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.
👉Kelebihan memberi peringatan menggunakan alquran.
Ayat 56
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ
إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
👉Orang mekah bukan tak buat ibadah,buat tapi ada masa untuk allah dan ada masa untuk yg lain.
Perkataan abid dlm quran bermaksud tauhid dlm ibadah
Ayat 57
مَا أُرِيدُ مِنْهُمْ مِنْ رِزْقٍ
وَمَا أُرِيدُ أَنْ يُطْعِمُونِ
Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka,
dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu.
👉
Ayat 58
إِنَّ اللَّهَ هُوَ الرَّزَّاقُ
ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ
Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya,
dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.
Ayat 59
فَإِنَّ لِلَّذِينَ ظَلَمُوا ذَنُوبًا
مِثْلَ ذَنُوبِ أَصْحَابِهِمْ
فَلَا يَسْتَعْجِلُونِ
(Setelah ternyata hakikat yang demikian), maka sesungguhnya bagi orang-orang yang zalim (yang menentang ajaran Nabi Muhammad) itu ada bahagiannya (dari azab seksa)
seperti bahagian rakan-rakan mereka (kaum kafir yang telah lalu).
Oleh itu, janganlah mereka meminta kepadaKu menyegerakan kedatangannya.
👉
Ayat 60
فَوَيْلٌ
لِلَّذِينَ كَفَرُوا
مِنْ يَوْمِهِمُ الَّذِي يُوعَدُونَ
Maka kecelakaan dan kebinasaanlah
bagi orang-orang yang kafir pada hari yang telah dijanjikan kepada mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan