Daurah tafsir 2019 sesi 05(9)
Daurah tafsir 2019 sesi 05(7,8,9,10)
1.Al fatihah( 7)makkiyah
2.albaqarah(283)madaniyah
3.ali imran(200)madaniyah
4.An nisa(176)madaniyah
5.Al maidah(120)madaniyah
6.Al anam(165)makkiyah
7.Al a'raf(206)makkiyah
8.Al anfal(75)madaniyah
👉9.At taubah(129)madaniyah
10.yunus(109)makkiyah.
009.Surah At taubah
Paragraf 1ayat 1-28
(Ayat 1-12 turun sebelum perintah kerja haji
Ayat 13-24 turun pada permulaan hijrah)
perintah jihad menentang musyrikin arab dari kalangan bani ismail (dan bani israel yg telah maulana jelaskan sebelum ini ,iaitu kafir quraisy,Nabi saw telah melaksanakan perintah allah dgn berperang) ,
Paragraf 2 ayat 29-35
(Ketika perjanjian hudaibiyah terbatal.
Ayat 29-35 tahun ke9,tahun perang tabut pula yg tak jadi berlaku)
perintah berjihad menentang bani israel terdiri dr kalangan ahli kitab ,yahudi dan nasaro
Paragraf 3 ayat 36-41galakan berjihad ,seruan berjihad menentang maharaja rom dan pengikut setianya.
Paragraf 4 ayat 42-127perintah berjihad menentang orang2 munafikin
Paragraf 5 ayat 128-129 perintah menghargai perjuangan muhamad yg membawa kebaikan.
(Sebab dia telah menyelamatkan manusia didunia lagi )
Mesejnya adalah
1.jihad adalah suatu keperluan dlm menentang musyrikin mekah dari kalangan bani ismail (bani ismail ini maksudnya puak2 kafir quraisy).
2.keperluan jihad menentang ahli kitab iaitu golongan nasaro,yahudi dan nasaro.
3.keperluan jihad menentang orang2 munafikin.
4.keperluan mendidik orang2 islam yg masih mentah.
Daurah tafsir 2016 sesi 069 at taubah 1-33
Surah yg tiada Bismillah,Bismillah untuk keamanan.
Makna bg kedua2 surah hampir sama seolah2 satu surah.
Anfal turun permulaan hijrah
Taubah turun akhir tahun 9hijrah.
Surah taubah Memberitahu tentang perang tiada lagi perjanjian sedang bismillah keamanan.
Ayat 1
بَرَاءَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِه
ِ إِلَى الَّذِينَ عَاهَدْتُمْ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
(Ini adalah) pemutusan tanggungjawab (pembatalan perjanjian) dari Allah dan RasulNya
terhadap kaum kafir musyrik yang kamu mengikat perjanjian setia (dengan mereka).
👉Kena tahu kisah,surah ini membatalkan perjanjian2 yg ada.
Nabi nak buat haji tahun 9h ini tapi tak jadi.
Talbiyah syirik tidak dibenarkan.
Abu bakar wakil nabi dan ali wakil bangsa Arab untuk buat haji tahun 9h ini.
Tahun depan diharapkan dgn tarbiyah syirik dan buat haji secara telanjang.
Ayat 2
فَسِيحُوا فِي الْأَرْضِ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ
وَاعْلَمُوا أَنَّكُمْ غَيْرُ مُعْجِزِي اللَّهِ ۙ
وَأَنَّ اللَّهَ مُخْزِي الْكَافِرِينَ
Oleh itu hendaklah kamu (hai kaum musyrik) bergerak di muka bumi (dengan bebasnya) selama empat bulan,
dan ketahuilah bahawa kamu tidak terlepas dari (azab seksa) Allah.
Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah akan menghina orang-orang yang kafir (dengan bala bencana di dunia dan azab seksa di akhirat).
👉Bg yg ada perjanjian bc surah ini untuk bg tahu batal perjanjian.yg bawah 4bulan boleh.
Awal Ayat sehingga 13 ayat.
Turun semua isi surah ini baru turun surah lain.
Ayat 3
وَأَذَانٌ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ إِلَى النَّاسِ
يَوْمَ الْحَجِّ الْأَكْبَرِ
أَنَّ اللَّهَ بَرِيءٌ مِنَ الْمُشْرِكِينَ ۙ وَرَسُولُهُ ۚ
فَإِنْ تُبْتُمْ فَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ ۖ
وَإِنْ تَوَلَّيْتُمْ
فَاعْلَمُوا أَنَّكُمْ غَيْرُ مُعْجِزِي اللَّهِ ۗ
وَبَشِّرِ الَّذِينَ كَفَرُوا بِعَذَابٍ أَلِيمٍ
Dan inilah perisytiharan dari Allah dan RasulNya kepada umat manusia,
(diisytiharkan) pada Hari Raya Haji yang terbesar,
bahawa sesungguhnya Allah dan RasulNya memutuskan tanggungjawab terhadap orang-orang musyrik;
oleh itu jika kamu (wahai kaum musyrik) bertaubat (dari kufur) maka yang demikian adalah baik bagi kamu;
dan jika kamu berpaling (ingkar),
maka ketahuilah sesungguhnya kamu tidak akan dapat melepaskan diri dari (azab seksa) Allah.
Dan khabarkanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir (bahawa mereka akan ditimpakan) dengan azab yang tidak terperi sakitnya.
👉Pada haji akhbar.
Haji asro adalah umrah.
Ayat 4
إِلَّا الَّذِينَ عَاهَدْتُمْ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
ثُمَّ لَمْ يَنْقُصُوكُمْ شَيْئًا
وَلَمْ يُظَاهِرُوا عَلَيْكُمْ أَحَدًا
فَأَتِمُّوا إِلَيْهِمْ عَهْدَهُمْ إِلَىٰ مُدَّتِهِمْ ۚ
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَّقِينَ
Kecuali mereka yang kamu mengikat perjanjian setia (dengannya) dari orang-orang musyrik,
kemudian mereka tidak mencabuli perjanjian kamu itu sedikitpun,
dan mereka tidak menolong seorangpun yang memusuhi kamu,
maka sempurnakanlah kepada mereka perjanjian mereka sehingga (habis) tempohnya.
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa.
👉Yg tiada tempuh sehingga 4 bulan shj.
Ayat 5
فَإِذَا انْسَلَخَ الْأَشْهُرُ الْحُرُمُ
فَاقْتُلُوا الْمُشْرِكِينَ
حَيْثُ وَجَدْتُمُوهُمْ
وَخُذُوهُمْ
وَاحْصُرُوهُمْ
وَاقْعُدُوا لَهُمْ
كُلَّ مَرْصَدٍ ۚ
فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ
وَآتَوُا الزَّكَاةَ
فَخَلُّوا سَبِيلَهُمْ ۚ
إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Kemudian apabila habislah (masa) bulan-bulan yang dihormati itu
maka bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana sahaja kamu menemuinya,
dan tawanlah mereka,
dan juga keponglah mereka,
serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya.
Kemudian jika mereka bertaubat (dari kekufurannya) dan mendirikan sembahyang
serta memberi zakat,
maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉
Ayat 6
وَإِنْ أَحَدٌ مِنَ الْمُشْرِكِينَ اسْتَجَارَكَ
فَأَجِرْهُ حَتَّىٰ يَسْمَعَ كَلَامَ اللَّهِ
ثُمَّ أَبْلِغْهُ مَأْمَنَهُ ۚ
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَعْلَمُونَ
Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami Islam),
maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu),
kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia beroleh aman.
Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam).
👉Bila negara Islam jadi luas.berduyun2 yg masuk Islam.yg dah Islam makin kuat.
Ayat 7
كَيْفَ يَكُونُ لِلْمُشْرِكِينَ عَهْدٌ عِنْدَ اللَّهِ وَعِنْدَ رَسُولِه
ِ إِلَّا الَّذِينَ عَاهَدْتُمْ عِنْدَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۖ
فَمَا اسْتَقَامُوا لَكُمْ فَاسْتَقِيمُوا لَهُمْ ۚ
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَّقِينَ
Bagaimanakah dapat diakui adanya perjanjian (keamanan) di sisi Allah dan RasulNya bagi orang-orang musyrik (sedang mereka mencabulinya)?
Kecuali orang-orang (musyrik) yang kamu telah mengikat perjanjian setia dengan mereka dekat Masjid Al-Haraam. Maka selagi mereka berlaku lurus terhadap kamu, hendaklah kamu berlaku lurus pula terhadap mereka; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa.
👉Sebab pembatalan perjanjian,irang kafir tiada ketakutan kepada Allah.
Ayat 8
كَيْفَ وَإِنْ يَظْهَرُوا عَلَيْكُمْ لَا يَرْقُبُوا فِيكُم
ْ إِلًّا وَلَا ذِمَّةً ۚ
يُرْضُونَكُمْ
بِأَفْوَاهِهِمْ
وَتَأْبَىٰ قُلُوبُهُمْ
وَأَكْثَرُهُمْ فَاسِقُونَ
Bagaimana (boleh dikekalkan perjanjian kaum kafir musyrik itu)
padahal kalau mereka dapat mengalahkan kamu,
mereka tidak akan menghormati perhubungan kerabat terhadap kamu,
dan tidak akan menghormati perjanjian setianya.
Mereka menjadikan kamu bersenang hati hanya dengan mulut mereka,
sedang hati mereka menolaknya; dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.
👉
Ayat 9
اشْتَرَوْا بِآيَاتِ اللَّهِ ثَمَنًا قَلِيلًا
فَصَدُّوا عَنْ سَبِيلِهِ ۚ
إِنَّهُمْ سَاءَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit (dari faedah-faedah dunia),
lalu mereka menghalangi (dirinya dan orang-orang lain) dari ugama Allah;
sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah kerjakan.
👉
Ayat 10
لَا يَرْقُبُونَ فِي مُؤْمِنٍ إِلًّا وَلَا ذِمَّةً ۚ
وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُعْتَدُونَ
Mereka tidak menghormati pertalian kerabat dan perjanjian terhadap orang-orang yang beriman,
dan merekalah orang-orang yang menceroboh.
👉Bahkan jika ada peluang mereka akan batalkan nya.
Ayat 11
فَإِنْ تَابُوا
وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ
وَآتَوُا الزَّكَاةَ
فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ ۗ
وَنُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ
Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran),
dan mendirikan sembahyang
serta memberi zakat,
maka mereka itu adalah saudara kamu yang seugama; dan Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui.
👉
Ayat 12
وَإِنْ نَكَثُوا أَيْمَانَهُمْ مِنْ بَعْدِ عَهْدِهِمْ
وَطَعَنُوا فِي دِينِكُمْ
فَقَاتِلُوا أَئِمَّةَ الْكُفْرِ ۙ
إِنَّهُمْ لَا أَيْمَانَ لَهُمْ
لَعَلَّهُمْ يَنْتَهُونَ
Dan jika mereka mencabuli sumpahnya
sesudah mengikat perjanjian setia,
dan mereka pula mencela ugama kamu,
maka perangilah ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir itu,
kerana sesungguhnya mereka tidak menghormati sumpah janjinya,
supaya mereka berhenti (dari kekufuran dan bertaubat).
👉
Ayat 13
أَلَا تُقَاتِلُونَ قَوْمًا نَكَثُوا أَيْمَانَهُمْ وَهَمُّوا بِإِخْرَاجِ الرَّسُولِ وَهُمْ بَدَءُوكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ ۚ
أَتَخْشَوْنَهُمْ ۚ
فَاللَّهُ أَحَقُّ أَنْ تَخْشَوْهُ
إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
Mengapa kamu tidak memerangi suatu kaum yang telah mencabuli sumpah janjinya,
dan mereka pula telah berazam hendak mengusir Rasulullah,
dan merekalah juga yang mula-mula memerangi kamu? Tidak patut kamu takut kepada mereka (sehingga kamu tidak mahu memeranginya)
kerana Allah jualah yang berhak kamu takuti (melanggar perintahNya),
jika betul kamu orang-orang yang beriman?
👉Tagrib kepada jihad.
Ayat 14
قَاتِلُوهُمْ
يُعَذِّبْهُمُ اللَّهُ بِأَيْدِيكُمْ
وَيُخْزِهِمْ
وَيَنْصُرْكُمْ عَلَيْهِمْ
وَيَشْفِ صُدُورَ قَوْمٍ مُؤْمِنِينَ
Perangilah mereka,
nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu,
dan Allah akan menghinakan mereka
serta menolong kamu menewaskan mereka,
dan Ia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman.
👉Kelebihan berperang.
Ayat 15
وَيُذْهِبْ غَيْظَ قُلُوبِهِمْ ۗ
وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَىٰ مَنْ يَشَاءُ ۗ
وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
Dan Ia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang-orang yang beriman itu,
dan Allah akan menerima taubat orang-orang yang dikehendakiNya;
dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
👉Dengan matinya orang kafir.
Ayat 16
أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تُتْرَكُوا وَلَمَّا يَعْلَمِ اللَّه
ُ الَّذِينَ جَاهَدُوا مِنْكُمْ
وَلَمْ يَتَّخِذُوا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلَا رَسُولِهِ وَلَا الْمُؤْمِنِينَ وَلِيجَةً ۚ
وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
Adakah kamu menyangka, bahawa kamu akan dibiarkan (dalam keadaan kamu yang ada itu), padahal belum lagi terbukti kepada Allah (sebagaimana yang diketahuiNya) orang-orang yang berjihad di antara kamu
dan yang tidak mengambil teman-teman rapat (untuk mencurahkan rahsia kepada mereka),
selain daripada Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman?
Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu kerjakan.
👉Zajrun.
Ayat 17
مَا كَانَ لِلْمُشْرِكِينَ أَنْ يَعْمُرُوا مَسَاجِدَ اللَّهِ
شَاهِدِينَ عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ بِالْكُفْرِ ۚ
أُولَٰئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ
وَفِي النَّارِ هُمْ خَالِدُونَ
Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri.
Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya
dan mereka pula kekal di dalam neraka.
👉Orang bukan mekah dan orang yg syirik diharamkan untuk buat haji.
Ayat 18
إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ
وَأَقَامَ الصَّلَاةَ
وَآتَى الزَّكَاةَ
وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ ۖ
فَعَسَىٰ أُولَٰئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ
Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat
serta mendirikan sembahyang
dan menunaikan zakat
dan tidak takut melainkan kepada Allah,
(dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.
👉
Ayat 19
أَجَعَلْتُمْ سِقَايَةَ الْحَاجِّ وَعِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ
كَمَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ
وَجَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ
لَا يَسْتَوُونَ عِنْدَ اللَّهِ ۗ
وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji,
dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haraam itu
sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah?
Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.
👉Yg dah lama masuk kata kat yg baru masuk.yg lama pula jawab.dan ini pembetulan balik dr allah.
Ayat 20
الَّذِينَ آمَنُوا
وَهَاجَرُوا
وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ
وَأَنْفُسِهِمْ
أَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللَّهِ ۚ
وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ
(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman
dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda
dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji
dan orang yang memakmurkan masjid sahaja);
dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.
👉Tabsyir.
Ayat 21
يُبَشِّرُهُمْ رَبُّهُمْ بِرَحْمَةٍ مِنْهُ
وَرِضْوَانٍ
وَجَنَّاتٍ لَهُمْ فِيهَا نَعِيمٌ مُقِيمٌ
Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat daripadanya
dan keredaan serta Syurga;
mereka beroleh di dalam Syurga itu nikmat kesenangan yang kekal.
👉Nikmat rohani dan nikmat jasmani.
Ayat 22
خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۚ
إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah, menyediakan di sisiNya pahala yang besar.
👉
Ayat 23
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
لَا تَتَّخِذُوا آبَاءَكُمْ
وَإِخْوَانَكُمْ أَوْلِيَاءَ
إِنِ اسْتَحَبُّوا الْكُفْرَ عَلَى الْإِيمَانِ ۚ
وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ
فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang-orang yang didampingi jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman;
dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka orang-orang yang didampingi,
maka merekalah orang-orang yang zalim.
👉Golongan syirik dari kaum kerabat.
Ayat 24
قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ
وَأَبْنَاؤُكُمْ
وَإِخْوَانُكُمْ
وَأَزْوَاجُكُمْ
وَعَشِيرَتُكُمْ
وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا
وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا
وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا
أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ
وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ
فَتَرَبَّصُوا
حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ ۗ
وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu,
dan saudara-saudara kamu,
dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu,
dan kaum keluarga kamu,
dan harta benda yang kamu usahakan,
dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot,
dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya
dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya,
maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya);
kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
👉Takhwif duniawi
Ayat 25
لَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ فِي مَوَاطِنَ كَثِيرَةٍ ۙ
وَيَوْمَ حُنَيْنٍ ۙ
إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ
كَثْرَتُكُمْ فَلَمْ تُغْنِ عَنْكُمْ شَيْئًا
وَضَاقَتْ عَلَيْكُمُ الْأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ
ثُمَّ وَلَّيْتُمْ مُدْبِرِينَ
Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang
dan di medan perang Hunain,
iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai;
maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun;
dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu;
kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.
👉Tabsyir duniawi.
Lari lintang pukang orang Islam.
Orang kafir tiada rasa takut/kegerunan/roh
Ramai mempengaruhi hati manusia.
Ayat 26
ثُمَّ أَنْزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ
وَعَلَى الْمُؤْمِنِينَ
وَأَنْزَلَ جُنُودًا لَمْ تَرَوْهَا
وَعَذَّبَ الَّذِينَ كَفَرُوا ۚ
وَذَٰلِكَ جَزَاءُ الْكَافِرِينَ
Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya
dan kepada orang-orang yang beriman,
dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya,
serta Ia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran);
dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir.
👉Sakinah,bantuan rohani.
Wahai Abbas,bg tahu,aku nabi yg tidak bohng dana anak cucu Abdul Mutalib.lalu umat Islam dtg balik.
Ayat 27
ثُمَّ يَتُوبُ اللَّهُ
مِنْ بَعْدِ ذَٰلِكَ عَلَىٰ مَنْ يَشَاءُ ۗ
وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Kemudian Allah menerima taubat orang-orang yang dikehendaki (dengan memberi taufiq untuk memeluk Islam),
sesudah (orang-orang kafir itu ditimpakan dengan azab); dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉
Ayat 28
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ
فَلَا يَقْرَبُوا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ
بَعْدَ عَامِهِمْ هَٰذَا ۚ
وَإِنْ خِفْتُمْ عَيْلَةً فَسَوْفَ يُغْنِيكُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ إِنْ شَاءَ ۚ
إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
Wahai orang-orang yang beriman!
Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis,
oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid Al-Haraam sesudah tahun ini;
dan jika kamu bimbangkan kepapaan,
maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika dia kehendaki.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
👉ayat ni untuk masjidilharam.
Pah berniaga macam mana?
Ayat 29
قَاتِلُوا الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ
وَلَا بِالْيَوْمِ الْآخِرِ
وَلَا يُحَرِّمُونَ مَا حَرَّمَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ
وَلَا يَدِينُونَ دِينَ الْحَقِّ
مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ
حَتَّىٰ يُعْطُوا الْجِزْيَةَ
عَنْ يَدٍ
وَهُمْ صَاغِرُونَ
Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat,
dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya,
dan tidak berugama dengan ugama yang benar,
iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani),
sehingga mereka membayar "Jizyah" dengan keadaan taat dan merendah diri.
👉
Ayat 30
وَقَالَتِ الْيَهُودُ
عُزَيْرٌ ابْنُ اللَّهِ
وَقَالَتِ النَّصَارَى الْمَسِيحُ ابْنُ اللَّهِ ۖ
ذَٰلِكَ قَوْلُهُمْ بِأَفْوَاهِهِمْ ۖ
يُضَاهِئُونَ قَوْلَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ قَبْلُ ۚ
قَاتَلَهُمُ اللَّهُ ۚ
أَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ
Dan orang-orang Yahudi berkata:
"Uzair ialah anak Allah"
dan orang-orang Nasrani berkata: "Al-Masih ialah anak Allah".
Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu;
semoga Allah binasakan mereka.
Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?
👉Ahli kitab tidak beriman dinisbahkan kepada syirik.inilah sebab kufur.
Ayat 31
اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ
وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ
وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا إِلَٰهًا وَاحِدًا ۖ
لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۚ
سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ
Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah,
dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih ibni Maryam,
padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa;
tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.
👉Kufur ke2 adalah kufur amalan.
Kamu menerima sabit hukum yg mereka katakan.
Sedang syariat agama adalah hak Allah.
Ayat 32
يُرِيدُونَ أَنْ يُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ
وَيَأْبَى اللَّهُ إِلَّا أَنْ يُتِمَّ نُورَهُ
وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka,
sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya,
sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).
👉
Ayat 33
هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ
بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَق
ِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ
وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ
Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk
dan ugama yang benar (ugama Islam),
untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala ugama yang lain,
walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.
👉
Ayat 34
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
إِنَّ كَثِيرًا مِنَ الْأَحْبَارِ
وَالرُّهْبَانِ
لَيَأْكُلُونَ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ
وَيَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۗ
وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ
وَلَا يُنْفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ
فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ
Wahai orang-orang yang beriman!
Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita(ulamak2)
dan ahli-ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah,
dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (ugama Islam).
Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak
serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah,
maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
👉Salah sebab peperangan disyariatkan.
Ayat 35
يَوْمَ يُحْمَىٰ عَلَيْهَا فِي نَارِ جَهَنَّمَ
فَتُكْوَىٰ بِهَا جِبَاهُهُمْ
وَجُنُوبُهُمْ
وَظُهُورُهُمْ ۖ
هَٰذَا مَا كَنَزْتُمْ لِأَنْفُسِكُمْ
فَذُوقُوا مَا كُنْتُمْ تَكْنِزُونَ
(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam,
lalu diselar dengannya dahi(muka) mereka,
dan rusuk mereka,
serta belakang mereka
(sambil dikatakan kepada mereka):
"Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri,
oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.
👉Bgmn diazab?
Mazhab/Fahaman Abu Zar berdasarkan ayat ini,duit atau harta selebih bayar zakat tidak boleh disimpan.
Byk berlaku selisih faham dlm masyarakat Madinah.
Dan dia mati keseorangan dikampung ramadat
Ayat 36
إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا
فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْض
َ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ
ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ
فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ ۚ
وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً
كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً ۚ
وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan,
(yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi,
di antaranya empat bulan yang dihormati.
Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus,
maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya);
dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya;
dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.
👉bulan haram berperang bg Arab mekah.
1.zulkaedah.
2.zulhijjah.
3.muharram.
4.rejab.
Ditolak bulan sehingga tak tahu dah bulan mn.
Sehingga Hajadul wada'.
Ayat 37
إِنَّمَا النَّسِيءُ زِيَادَةٌ فِي الْكُفْرِ ۖ
يُضَلُّ بِهِ الَّذِينَ كَفَرُوا
يُحِلُّونَهُ عَامًا
وَيُحَرِّمُونَهُ عَامًا
لِيُوَاطِئُوا عِدَّةَ مَا حَرَّمَ اللَّهُ
فَيُحِلُّوا مَا حَرَّمَ اللَّهُ ۚ
زُيِّنَ لَهُمْ سُوءُ أَعْمَالِهِمْ ۗ
وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ
Sesungguhnya perbuatan mengundurkan (kehormatan itu dari satu bulan ke satu bulan yang lain)
adalah menambah kekufuran yang menjadikan orang-orang kafir itu tersesat kerananya.
Mereka menghalalkannya pada satu tahun
dan mengharamkannya pada tahun yang lain,
supaya mereka dapat menyesuaikan bilangan (bulan-bulan yang empat) yang telah diharamkan Allah (berperang di dalamnya);
dengan itu mereka menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah.(melakukan peperangan dlm bulan haram kerana penolakan bulan)
Perbuatan buruk mereka itu dihias dan dijadikan indah (oleh Syaitan) untuk dipandang baik oleh mereka.
Dan (ingatlah) Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang kafir.
👉Amalan tolak bulan adalah kedegilan dan sifat kufur.
Ayat 38
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمُ انْفِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ
اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الْأَرْضِ ۚ
أَرَضِيتُمْ بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الْآخِرَةِ ۚ
فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ
Wahai orang-orang yang beriman!
Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah",
kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)?
Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat?
(Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.
👉Perintah perang annas rul am(seluruhnya kena jadi tentera atau keluar jihad),peraturan umum.
Dgn perintah ini boleh diketahui siapa yg munafik.
Dan nabi bg izin kepada yg memberi alasan untuk tidak pergi berjihad dan ditegur oleh allah
Ayat 39
إِلَّا تَنْفِرُوا يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيمًا
وَيَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ
وَلَا تَضُرُّوهُ شَيْئًا ۗ
وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela ugamaNya),
Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya
dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya.
Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
👉Antara azab yg pedih,kekalahan dan diganti orang lain yg menegaskan agama.
Ayat 40
إِلَّا تَنْصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّهُ
إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُوا
ثَانِيَ اثْنَيْنِ
إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ
إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ
لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ
فَأَنْزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ
وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَمْ تَرَوْهَا
وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُوا السُّفْلَىٰ ۗ
وَكَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا ۗ
وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya,
iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah)
sedang ia salah seorang dari dua (sahabat)
semasa mereka berlindung di dalam gua,
ketika ia berkata kepada sahabatnya:
"Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita".
Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad)
dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya.
Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya),
dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya),
kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
👉Allah tetap akan tolong nabi saw.
Dukacita atas diri nabi لَا تَحْزَنْsebab nabi sohibul syariah.
Ayat 41
انْفِرُوا خِفَافًا
وَثِقَالًا
وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ
وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ
ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ
إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah),
sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab);
dan berjihadlah dengan harta benda
dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam).
Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
👉Tagrib jihad.
Tuntutan jihad Nasrul am
Paragraf 4 ayat 42-127perintah berjihad menentang orang2 munafikin
Ayat 42
لَوْ كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا
وَسَفَرًا قَاصِدًا
لَاتَّبَعُوكَ
وَلَٰكِنْ بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ ۚ
وَسَيَحْلِفُونَ بِاللَّهِ
لَوِ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ
يُهْلِكُونَ أَنْفُسَهُمْ
وَاللَّهُ يَعْلَمُ
إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ
Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati,
dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata:
"Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu".
(Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri,
sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).
👉zajrun bg munafikin.
4sebab munafikin tak keluar berjihad.
1.Musim buah
2.Musim panas
3.Musuh ramai
4.Jauh
Ayat 43
عَفَا اللَّهُ عَنْكَ
لِمَ أَذِنْتَ لَهُمْ
حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكَ الَّذِينَ صَدَقُوا
وَتَعْلَمَ الْكَاذِبِينَ
Allah memaafkanmu (wahai Muhammad),
mengapa engkau izinkan mereka (tidak turut berperang)
sebelum nyata bagimu orang-orang yang benar
dan (sebelum) engkau mengetahui orang-orang yang berdusta?
👉Zajrun kepada nabi.
Nabi memaafka atas dasar tidak akan diganggu.tapi Allah tidak begitu,tapi ingin menzahirkan orang2 munafik.jika diberi izin tidak lahir siapa yg munafik.
Jadi Kesilapan ijtihad nabi dimaafkan عَفَا
Ayat 44
لَا يَسْتَأْذِنُكَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ
أَنْ يُجَاهِدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ ۗ
وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِالْمُتَّقِينَ
Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak turut) berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka.
Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.
👉Allah bg tau pada masa Nasrul am ini tidak akan minta izin jika orang yg benar2 beriman.
Ayat 45
إِنَّمَا يَسْتَأْذِنُكَ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ
وَارْتَابَتْ قُلُوبُهُمْ
فَهُمْ فِي رَيْبِهِمْ يَتَرَدَّدُونَ
Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat,
dan yang hati mereka (sangat) ragu-ragu.
Oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguannya.
👉Yg minta izin pada masa Nasrul am.
Ayat 46
وَلَوْ أَرَادُوا الْخُرُوجَ
لَأَعَدُّوا لَهُ عُدَّةً
وَلَٰكِنْ كَرِهَ اللَّهُ انْبِعَاثَهُمْ
فَثَبَّطَهُمْ
وَقِيلَ اقْعُدُوا مَعَ الْقَاعِدِينَ
Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berperang),
tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya; tetapi Allah tidak suka pemergian mereka,
lalu dilemahkanNya semangat mereka,
dan dikatakan (oleh Syaitan): "Tinggalah kamu bersama-sama orang-orang yang tinggal".
👉Sebab jika mereka nak keluar berjihad,mereka telah buat persiapan awal.
Duduklah kamu وَقِيلَ اقْعُدُوا
Ayat 47
لَوْ خَرَجُوا فِيكُمْ مَا زَادُوكُمْ
إِلَّا خَبَالًا
وَلَأَوْضَعُوا خِلَالَكُمْ يَبْغُونَكُمُ الْفِتْنَةَ
وَفِيكُمْ سَمَّاعُونَ لَهُمْ ۗ
وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِالظَّالِمِينَ
Kalaulah mereka keluar bersama kamu,
tidaklah mereka menambahkan kamu melainkan kerosakan,
dan tentulah mereka segera menjalankan hasutan di antara kamu,
(dengan tujuan) hendak menimbulkan fitnah (kekacauan) dalam kalangan kamu;
sedang di antara kamu ada orang yang suka mendengar hasutan mereka.
Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim.
👉Allah bg tau.
Ayat 47,
Allah bg tau hikmah golongan tidak menyertai rombongan jihad, dimana akan menyusah Mujahidin yg lain dan bukti mereka adalah munafik.
Ayat 48
لَقَدِ ابْتَغَوُا الْفِتْنَةَ مِنْ قَبْلُ
وَقَلَّبُوا لَكَ الْأُمُورَ
حَتَّىٰ جَاءَ الْحَقُّ وَظَهَرَ أَمْرُ اللَّهِ
وَهُمْ كَارِهُونَ
Sesungguhnya mereka telah lakukan fitnah semenjak dahulu lagi,
dan mereka merancangkan terhadapmu (wahai Muhammad) berbagai tipu daya,
sehingga datanglah kebenaran,
dan nyatalah (kemenangan) ugama Allah (Islam),
sedang mereka tidak suka kepadanya.
👉sebelum perang Tabuk pun munafikin telah menyebarkan fitnah,seperti dlm perang uhud dan Khandak.
Ayat 49
وَمِنْهُمْ مَنْ يَقُولُ ائْذَنْ لِي
وَلَا تَفْتِنِّي ۚ
أَلَا فِي الْفِتْنَةِ سَقَطُوا ۗ
وَإِنَّ جَهَنَّمَ لَمُحِيطَةٌ بِالْكَافِرِينَ
Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada yang berkata:
"Izinkanlah aku (supaya tidak pergi berperang) dan janganlah engkau menjadikan daku dipengaruhi oleh fitnah ".
Ketahuilah, mereka telah pun tercebur ke dalam fitnah (dengan dalihan yang dusta itu).
Dan sesungguhnya azab Jahannam meliputi orang-orang yang kafir.
👉Zajrun.
Ayat 50
إِنْ تُصِبْكَ حَسَنَةٌ
تَسُؤْهُمْ ۖ
وَإِنْ تُصِبْكَ مُصِيبَةٌ
يَقُولُوا
قَدْ أَخَذْنَا أَمْرَنَا مِنْ قَبْلُ
وَيَتَوَلَّوْا وَهُمْ فَرِحُونَ
Jika engkau (wahai Muhammad) beroleh sesuatu kebaikan,
(maka) kebaikan itu menyebabkan mereka sakit hati;
dan jika engkau ditimpa sesuatu bencana,
mereka berkata:
"Sesungguhnya kami telahpun mengambil keputusan (tidak turut berperang) sebelum itu",
dan mereka berpaling (meninggalkanmu) sambil mereka bergembira.
👉Syikayah
Ayat 51
قُلْ لَنْ يُصِيبَنَا
إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا
هُوَ مَوْلَانَا ۚ
وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun
melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami.
Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami,
dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal".
👉Ini jawapan
Musibah cuma hanya untuk latihan.
Ayat 52
قُلْ هَلْ تَرَبَّصُونَ بِنَا إِلَّا إِحْدَى الْحُسْنَيَيْنِ ۖ
وَنَحْنُ نَتَرَبَّصُ بِكُمْ
أَنْ يُصِيبَكُمُ اللَّهُ بِعَذَابٍ
مِنْ عِنْدِهِ
أَوْ بِأَيْدِينَا ۖ
فَتَرَبَّصُوا
إِنَّا مَعَكُمْ مُتَرَبِّصُونَ
Katakanlah: "(Sebenarnya) tidak ada yang kamu tunggu-tunggu untuk kami melainkan salah satu dari dua perkara yang sebaik-baiknya (iaitu kemenangan atau mati syahid);
dan kami menunggu-nunggu pula untuk kamu bahawa Allah akan menimpakan kamu dengan azab dari sisiNya, atau dengan perantaraan tangan kami.
Oleh itu tunggulah,
sesungguhnya kami juga menunggu bersama-sama kamu".
👉Syikayah
Ayat 53
قُلْ أَنْفِقُوا طَوْعًا أَوْ كَرْهًا
لَنْ يُتَقَبَّلَ مِنْكُمْ ۖ
إِنَّكُمْ كُنْتُمْ قَوْمًا فَاسِقِينَ
Katakanlah: "Dermakanlah harta kamu sama ada dengan sukarela atau kerana terpaksa,
tidak sekali-kali akan diterima daripada kamu,
(kerana) sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang fasik".
👉zajrun untuk munafikin.
Fasik keluar dari ketaatan.jadi fasik disini kafir.amalan tidak keluar berjihad.
Ayat 54
وَمَا مَنَعَهُمْ أَنْ تُقْبَلَ مِنْهُمْ نَفَقَاتُهُمْ
إِلَّا أَنَّهُمْ كَفَرُوا بِاللَّهِ وَبِرَسُولِهِ
وَلَا يَأْتُونَ الصَّلَاةَ
إِلَّا وَهُمْ كُسَالَىٰ
وَلَا يُنْفِقُونَ إِلَّا وَهُمْ كَارِهُونَ
Dan tidak ada yang menghalangi mereka, untuk diterima derma-derma mereka
melainkan kerana mereka kufur kepada Allah dan RasulNya,
dan (kerana) mereka tidak mengerjakan sembahyang melainkan dengan keadaan malas
dan mereka pula tidak mendermakan hartanya melainkan dengan perasaan benci.
👉Menjelaskan makna fasik.
Tidak menunaikan يَأْتُونَ
Ayat 55
فَلَا تُعْجِبْكَ أَمْوَالُهُمْ وَلَا أَوْلَادُهُمْ ۚ
إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ بِهَا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا
وَتَزْهَقَ أَنْفُسُهُمْ
وَهُمْ كَافِرُونَ
Oleh itu, janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak-anak mereka,
(kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengan harta benda dan anak-anak itu dalam kehidupan dunia,
dan hendak menjadikan nyawa mereka tercabut
sedang mereka berkeadaan kafir (untuk mendapat azab akhirat pula).
👉Luaran dilihat sifat orang munafik
Ayat 56
وَيَحْلِفُونَ بِاللَّهِ
إِنَّهُمْ لَمِنْكُمْ
وَمَا هُمْ مِنْكُمْ
وَلَٰكِنَّهُمْ قَوْمٌ يَفْرَقُونَ
Dan mereka (yang munafik itu) bersumpah dengan nama Allah
bahawa sesungguhnya mereka dari golongan kamu, padahal mereka bukanlah dari golongan kamu,
tetapi mereka ialah suatu kaum yang pengecut.
👉Ini pula perkataan2 munafikin.
Golongan sangat takut dibunuh يَفْرَقُونَ
Ayat 57
لَوْ يَجِدُونَ مَلْجَأً
أَوْ مَغَارَاتٍ
أَوْ مُدَّخَلًا
لَوَلَّوْا إِلَيْهِ وَهُمْ يَجْمَحُونَ
Kalau mereka dapat tempat perlindungan,
atau gua-gua,
atau lubang-lubang dalam tanah,
nescaya mereka segera menuju ke arahnya serta melompat masuk ke dalamnya.
👉ini alamat2 takut.
Ayat 58
وَمِنْهُمْ مَنْ يَلْمِزُكَ فِي الصَّدَقَات
ِ فَإِنْ أُعْطُوا مِنْهَا رَضُوا
وَإِنْ لَمْ يُعْطَوْا مِنْهَا إِذَا هُمْ يَسْخَطُونَ
Dan di antara mereka ada yang mencelamu (wahai Muhammad) mengenai (pembahagian) sedekah-sedekah (zakat);
oleh itu jika mereka diberikan sebahagian daripadanya (menurut kehendak mereka), mereka suka (dan memandangnya adil);
dan jika mereka tidak diberikan dari zakat itu (menurut kehendaknya), (maka) dengan serta merta mereka marah.
👉Sifat dan tindak tanduk munafik dgn orang yg beriman.
Ayat 59
وَلَوْ أَنَّهُمْ رَضُوا مَا آتَاهُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ
وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ
سَيُؤْتِينَا اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَرَسُولُهُ
إِنَّا إِلَى اللَّهِ رَاغِبُونَ
Dan (amatlah baiknya) kalau mereka berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh Allah dan RasulNya kepada mereka,
sambil mereka berkata: "Cukuplah Allah bagi kami;
Allah akan memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, demikian juga RasulNya;
sesungguhnya kami sentiasa berharap kepada Allah"
👉sedangkan mereka sepatutnya berkata begini.
Ayat 60
إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ
وَالْمَسَاكِينِ
وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا
وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ
وَفِي الرِّقَابِ
وَالْغَارِمِينَ
وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَابْنِ السَّبِيلِ ۖ
فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ ۗ
وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir,
dan orang-orang miskin,
dan amil-amil yang mengurusnya,
dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya,
dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya,
dan orang-orang yang berhutang,
dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah,
dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan.
(Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah.
Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
👉Golongan munafikin byk sekali disebut dlm surah taubah ini.
Byk undang2 kekal dlm Islam ada dlm surah ini.
Islam telah kuat,byk sekali kumpulan yg ada dlm negeri .
Golongan yg baru masuk islam dipanggil golongan kucar.
Musuh luar lebih mudah dari musuh orang yg baru masuk islam.
Lebih byk diulang lebih baik.
Setiap perangai ada cara mengatasi.
Jika ada masih sifat munafik ,kita sendiri pun tidak akan selamat.
Jadi perang dgn orang yg duduk bersama.
Nabi sendiri tidak cam tanpa baca surah ini.
Surah ini juga memberitahu pembahagian kumpulan munafik.
Ini tujuan peperangan,semua manusia kenal Allah dan mati masuk syurga.
Peperangan dgn parsi,tidak ramai yg mati.
Peperangan hanya untuk membuang penghalang yg tidak ramai berbanding dgn ramai lagi yg bakal diselamatkan dr api neraka.
Surah ini Patut dibc berkali2.
Orang munafikin dok dlm Islam hanya atas dasar dunia yg akan didapati bukan sebab akhirat.
Orang mukmin sebati dgn Quran dan boleh menyampaikan Quran kepada orang lain.
Bg munafik,mendapat habuan inilah agama Islam.
Jadi Allah bg tau tentang habuan itu.
Infaq yg dapat dosa,untuk
1.Maksiat dan
2.bangunan yg tiada faedah
Amil ,adalah orang yg bertanggungjawab membahagikan zakat. وَالْعَامِلِينَ
Syarat hutang adalah untuk perkara harus.
Ayat 61
وَمِنْهُمُ الَّذِينَ يُؤْذُونَ النَّبِيَّ
وَيَقُولُونَ هُوَ أُذُنٌ ۚ
قُلْ أُذُنُ خَيْرٍ لَكُمْ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ
وَيُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِينَ
وَرَحْمَةٌ لِلَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ ۚ
وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ رَسُولَ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada orang-orang yang menyakiti Nabi sambil mereka berkata:
"Bahawa dia (Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar (dan percaya pada apa yang didengarnya)". Katakanlah:
"Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah
dan percaya kepada orang mukmin,
dan ia pula menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu".
Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
👉menggelar يُؤْذُونَ
Ayat 62
يَحْلِفُونَ بِاللَّهِ لَكُمْ لِيُرْضُوكُمْ
وَاللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَقُّ أَنْ يُرْضُوهُ
إِنْ كَانُوا مُؤْمِنِينَ
Mereka bersumpah kepada kamu dengan nama Allah untuk mendapat keredaan kamu,
padahal Allah dan RasulNya jualah yang lebih berhak mereka mendapat keredaanNya,
jika betul mereka orang-orang yang beriman.
👉Lagi Allah taala sebut
Ayat 63
أَلَمْ يَعْلَمُوا أَنَّهُ مَنْ يُحَادِدِ اللَّهَ
وَرَسُولَهُ
فَأَنَّ لَهُ نَارَ جَهَنَّمَ خَالِدًا فِيهَا ۚ
ذَٰلِكَ الْخِزْيُ الْعَظِيمُ
Tidakkah mereka mengetahui bahawa sesiapa yang menentang (perintah-perintah) Allah
dan RasulNya, maka sesungguhnya adalah baginya neraka Jahannam serta ia kekal di dalamnya?
Balasan yang demikian adalah kehinaan yang besar
👉Orang munafik perlu ingat
Ayat 64
يَحْذَرُ الْمُنَافِقُونَ أَنْ تُنَزَّلَ عَلَيْهِمْ سُورَةٌ
تُنَبِّئُهُمْ بِمَا فِي قُلُوبِهِمْ ۚ
قُلِ اسْتَهْزِئُوا
إِنَّ اللَّهَ مُخْرِجٌ مَا تَحْذَرُونَ
Orang-orang munafik itu takut kalau diturunkan satu surah Al-Quran
yang menerangkan kepada mereka (dan kepada ramai) akan apa yang ada dalam hati mereka (dari kekufuran). Katakanlah (wahai Muhammad): "Ejek-ejeklah (seberapa yang kamu suka),
sesungguhnya Allah akan mendedahkan apa yang kamu takut (terdedah untuk pengetahuan ramai)"
👉Ini zajrun.
Ayat 65
وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ
لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ ۚ
قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ
Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu)
tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main".
Katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?"
👉Syikayah
Ayat 66
لَا تَعْتَذِرُوا
قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ ۚ
إِنْ نَعْفُ عَنْ طَائِفَةٍ مِنْكُمْ
نُعَذِّبْ طَائِفَةً
بِأَنَّهُمْ كَانُوا مُجْرِمِينَ
Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta),
kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman.
Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat),
maka Kami akan menyeksa puak yang lain,
kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah.
👉
Ayat 67
الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُمْ مِنْ بَعْضٍ ۚ
يَأْمُرُونَ بِالْمُنْكَرِ
وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ
وَيَقْبِضُونَ أَيْدِيَهُمْ ۚ
نَسُوا اللَّهَ فَنَسِيَهُمْ ۗ
إِنَّ الْمُنَافِقِينَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain;
mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat,
dan melarang dari perbuatan yang baik,
dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut).
Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah
dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka.
Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik.
👉Ada 2 jenis .
Sifat dan jenis munafik.
Maksud cegah adalah matikan kemungkaran.
Tabung minta derma bergerak sewaktu khutbah,sesuatu yg tidak patut.
Lupa mentaati dan tahu tuntutan allah نَسُوا
Ayat 68
وَعَدَ اللَّهُ الْمُنَافِقِينَ وَالْمُنَافِقَات
ِ وَالْكُفَّارَ نَارَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ
هِيَ حَسْبُهُمْ ۚ
وَلَعَنَهُمُ اللَّهُ ۖ
وَلَهُمْ عَذَابٌ مُقِيمٌ
Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki dan perempuan serta orang-orang kafir dengan neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya.
Cukuplah neraka itu menjadi balasan mereka; dan Allah melaknatkan mereka,
dan bagi mereka azab seksa yang kekal.
👉Munafik zahirnya Islam
Ayat 69
كَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ
كَانُوا أَشَدَّ مِنْكُمْ قُوَّةً وَأَكْثَرَ أَمْوَالًا
وَأَوْلَادًا
فَاسْتَمْتَعُوا بِخَلَاقِهِمْ
فَاسْتَمْتَعْتُمْ بِخَلَاقِكُم
ْ كَمَا اسْتَمْتَعَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ
بِخَلَاقِهِمْ وَخُضْتُمْ كَالَّذِي خَاضُوا ۚ
أُولَٰئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ
وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ
(Nasib kamu hai orang-orang munafik) adalah sama dengan nasib orang-orang sebelum kamu (yang telah dibinasakan),
mereka lebih kuat serta lebih banyak harta benda
dan anak pinak daripada kamu;
seterusnya mereka telah bersenang-senang dengan bahagian mereka;
maka kamu pula telah bersenang-senang dengan bahagian kamu
sebagaimana orang-orang yang sebelum kamu itu bersenang-senang dengan bahagiannya;
dan kamu pula telah memperkatakan (perkara yang salah dan dusta) sebagaimana mereka memperkatakannya.
Mereka yang demikian, rosak binasalah amal-amalnya (yang baik) di dunia dan di akhirat,
dan merekalah orang-orang yang rugi.
👉
Ayat 70
أَلَمْ يَأْتِهِمْ نَبَأُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ
قَوْمِ نُوحٍ وَعَادٍ وَثَمُودَ
وَقَوْمِ إِبْرَاهِيمَ
وَأَصْحَابِ مَدْيَنَ
وَالْمُؤْتَفِكَاتِ ۚ
أَتَتْهُمْ رُسُلُهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ ۖ
فَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ
وَلَٰكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ
Bukankah telah datang kepada mereka berita orang-orang yang terdahulu daripada mereka,
iaitu kaum Nabi Nuh dan Aad dan Thamud
dan kaum Nabi Ibrahim,
dan penduduk negeri Madyan
serta negeri-negeri yang telah dibinasakan?
(Semuanya) telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan membawa keterangan yang jelas nyata, (lalu mereka mendustakannya dan Tuhan pula membinasakan mereka);
Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.
👉Takhwif duniawi.
Ayat 71
وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ
يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ
وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ
وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ
وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ
أُولَٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ ۗ
إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain;
mereka menyuruh berbuat kebaikan,
dan melarang daripada berbuat kejahatan;
dan mereka mendirikan sembahyang
dan memberi zakat,
serta taat kepada Allah dan RasulNya.
Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah;
sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
👉Berlawanan dgn munafik,tabsyir.
Tolong menolong أَوْلِيَاءُ
Sokong menyokong dlm beragama.
Sifat2 yg akan pasti mendapat rahmat dari Allah.
Ayat 72
وَعَدَ اللَّهُ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا
وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ۚ
وَرِضْوَانٌ مِنَ اللَّهِ أَكْبَرُ ۚ
ذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan,
(akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai;
mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam "Syurga Adn"
serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.
👉Rahmat tu apa?
Huraian kepada rahmat.
Iaitu kebun2 syurga.
Nikmat jasmani
Nikmat rohani,keredaannya.
Ayat 73
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ
جَاهِدِ الْكُفَّارَ وَالْمُنَافِقِينَ
وَاغْلُظْ عَلَيْهِمْ ۚ
وَمَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ ۖ
وَبِئْسَ الْمَصِيرُ
Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafik,
dan bertindak keras terhadap mereka.
Dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam,
dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
👉tagrib kepada jihad.
Kafir ,berjuang sebar tauhid dgn pedang.
Munafikin ,berjuang ajar Quran dan sunnah iaitu dgn lidah.
Ayat 74
يَحْلِفُونَ بِاللَّهِ
مَا قَالُوا
وَلَقَدْ قَالُوا كَلِمَةَ الْكُفْرِ
وَكَفَرُوا بَعْدَ إِسْلَامِهِمْ
وَهَمُّوا بِمَا لَمْ يَنَالُوا ۚ
وَمَا نَقَمُوا
إِلَّا أَنْ أَغْنَاهُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ مِنْ فَضْلِهِ ۚ
فَإِنْ يَتُوبُوا يَكُ
خَيْرًا لَهُمْ ۖ
وَإِنْ يَتَوَلَّوْا يُعَذِّبْهُمُ اللَّهُ عَذَابًا أَلِيمًا
فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ
وَمَا لَهُمْ فِي الْأَرْضِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ
Mereka bersumpah dengan nama Allah,
bahawa mereka tidak mengatakan (sesuatu yang buruk terhadapmu),
padahal sesungguhnya mereka telah mengatakan perkataan kufur,
dan mereka pula menjadi kafir sesudah melahirkan Islam,
serta mereka berazam untuk melakukan apa yang mereka tidak akan dapat mencapainya (iaitu membunuhmu).
Dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan setelah Allah dan RasulNya memberi kesenangan kepada mereka dari limpah kurniaNya.
Oleh itu, jika mereka bertaubat,
mereka akan beroleh kebaikan;
dan jika mereka berpaling (ingkar),
Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat;
dan mereka tidak akan mendapat sesiapa pun di bumi ini, yang akan menjadi pelindung dan juga yang menjadi penolong.
👉Sebab2 jihad
Ayat 75
وَمِنْهُمْ مَنْ عَاهَدَ اللَّهَ
لَئِنْ آتَانَا مِنْ فَضْلِهِ
لَنَصَّدَّقَنَّ
وَلَنَكُونَنَّ مِنَ الصَّالِحِينَ
Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah
dengan berkata: "Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurniaNya,
tentulah kami akan bersedekah,
dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh"
👉Golongan ke5 munafik.
Ayat 76
فَلَمَّا آتَاهُمْ مِنْ فَضْلِهِ
بَخِلُوا بِهِ
وَتَوَلَّوْا وَهُمْ مُعْرِضُونَ
Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka dari limpah kurniaNya,
mereka bakhil dengan pemberian Allah itu,
serta mereka membelakangkan janjinya;
dan sememangnya mereka orang-orang yang sentiasa membelakangkan (kebajikan).
👉tak tunai janji.
Sebut dgn mulut,kena bayar kifarah atau Allah jadikan hujjah.
Kalu ada nak buat tapi tak buat.ini sifat munafik.
Berkatalah dgn Berlapiklah agar berbeza dgn munafik.
Ayat 77
فَأَعْقَبَهُمْ نِفَاقًا فِي قُلُوبِهِمْ
إِلَىٰ يَوْمِ يَلْقَوْنَهُ
بِمَا أَخْلَفُوا اللَّهَ مَا وَعَدُوهُ
وَبِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ
Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah,
kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah
dan juga kerana mereka sentiasa berdusta.
👉sebab mereka telah mungkir dgn Allah.
Azam untuk buat baik kena ada dan tepati janji
Ayat 78
أَلَمْ يَعْلَمُوا
أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ سِرَّهُمْ وَنَجْوَاهُمْ
وَأَنَّ اللَّهَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ
Tidakkah mereka mengetahui
bahawa Allah sentiasa mengetahui apa yang mereka rahsiakan
serta apa yang mereka bisikkan, dan bahawasanya Allah Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang ghaib?
👉Takhwif ukhrowi.
Ayat 79
الَّذِينَ يَلْمِزُونَ الْمُطَّوِّعِينَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
فِي الصَّدَقَاتِ
وَالَّذِينَ لَا يَجِدُونَ إِلَّا جُهْدَهُمْ
فَيَسْخَرُونَ مِنْهُمْ ۙ
سَخِرَ اللَّهُ مِنْهُمْ
وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Orang-orang (munafik) yang mencela sebahagian dari orang-orang yang beriman mengenai sedekah-sedekah yang mereka berikan dengan sukarela,
dan (mencela) orang-orang yang tidak dapat (mengadakan apa-apa untuk disedekahkan)
kecuali sedikit sekadar kemampuannya,
serta mereka mengejek-ejeknya, -
Allah akan membalas ejek-ejekan mereka,
dan bagi mereka (disediakan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
👉Munafikin lain pula.
Jgn walaupun secara bergurau,jahil atau degil.
Mencela orang buat baik adalah sifat munafik.
Hindari keceluparan adalah sifat munafik.
Mulut jgn diajar untuk mendapat neraka.Allah akanbalas persendaan mereka.
Ayat 80
اسْتَغْفِرْ لَهُمْ أَوْ لَا تَسْتَغْفِرْ لَهُمْ
إِنْ تَسْتَغْفِرْ لَهُمْ سَبْعِينَ مَرَّةً
فَلَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَهُمْ ۚ
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَفَرُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ۗ
وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
(Orang-orang manufik itu) sama sahaja engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun bagi mereka.
Jika engkau (wahai Muhammad) meminta ampun bagi mereka tujuh puluh kali (sekalipun) maka Allah tidak sekali-kali mengampunkan mereka;
yang demikian itu, kerana mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya;
dan Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik.
👉nak bg tau jika degil ,tiada siapa yg boleh tolong minta maaf.
Ayat 81
فَرِحَ الْمُخَلَّفُونَ بِمَقْعَدِهِمْ خِلَافَ رَسُولِ اللَّهِ
وَكَرِهُوا أَنْ يُجَاهِدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
وَقَالُوا لَا تَنْفِرُوا فِي الْحَرِّ ۗ
قُلْ نَارُ جَهَنَّمَ أَشَدُّ حَرًّا ۚ
لَوْ كَانُوا يَفْقَهُونَ
Orang-orang (munafik) yang ditinggalkan (tidak turut berperang) itu, bersukacita disebabkan mereka tinggal di belakang Rasulullah (di Madinah);
dan mereka (sememangnya) tidak suka berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah (dengan sebab kufurnya),
dan mereka pula (menghasut dengan) berkata: "Janganlah kamu keluar beramai-ramai (untuk berperang) pada musim panas ini".
Katakanlah (wahai Muhammad): "Api neraka Jahannam lebih panas membakar",
kalaulah mereka itu orang-orang yang memahami.
👉Sifat jihad dan sifat infaq akan selamat dr sifat munafik.
Zajrun kepada munafikin yg tak sertai jihad.
Syikayah.
Jika musuh nak berjuang musim panas,kita orang Islam tak mahu berperang sangat tidak kena tapi munafik tak nampak.
Perang Tabuk ,semua orang kena pergi.
Ayat 82
فَلْيَضْحَكُوا قَلِيلًا وَلْيَبْكُوا كَثِيرًا
جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak),
sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan.
👉Allah bg tau.
Ayat 83
فَإِنْ رَجَعَكَ اللَّهُ إِلَىٰ طَائِفَةٍ مِنْهُمْ
فَاسْتَأْذَنُوكَ لِلْخُرُوجِ
فَقُلْ لَنْ تَخْرُجُوا مَعِيَ أَبَدًا
وَلَنْ تُقَاتِلُوا مَعِيَ عَدُوًّا ۖ
إِنَّكُمْ رَضِيتُمْ بِالْقُعُودِ أَوَّلَ مَرَّةٍ
فَاقْعُدُوا مَعَ الْخَالِفِينَ
Maka jika Allah mengembalikan engkau kepada segolongan dari mereka (orang-orang yang munafik itu di Madinah),
kemudian mereka meminta izin kepadamu untuk keluar (turut berperang),
maka katakanlah: "Kamu tidak sekali-kali akan keluar bersama-samaku selama-lamanya,
dan kamu tidak sekali-kali akan memerangi musuh bersama-samaku;
sesungguhnya kamu telah bersetuju tinggal pada kali yang pertama,
oleh itu duduklah kamu bersama-sama orang-orang yang tinggal".
👉Ini munafik lain pula.
Ayat 84
وَلَا تُصَلِّ عَلَىٰ أَحَدٍ مِنْهُمْ مَاتَ أَبَدًا
وَلَا تَقُمْ عَلَىٰ قَبْرِهِ ۖ
إِنَّهُمْ كَفَرُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ
وَمَاتُوا وَهُمْ فَاسِقُونَ
Dan janganlah engkau sembahyangkan seorang pun yang mati dari orang-orang munafik itu selama-lamanya, dan janganlah engkau berada di (tepi) kuburnya,
kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya,
dan mereka mati sedang mereka dalam keadaan fasik (derhaka).
👉Nabi solat jenazah,bg baju dan pergi ke kuburnya.selepas ini tidak lagi.
Sebelum ini ,anaknya beberapa kali minta izin nabi untuk bunuh bapanya.
Ayat 85
وَلَا تُعْجِبْكَ أَمْوَالُهُمْ وَأَوْلَادُهُمْ ۚ
إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُعَذِّبَهُمْ بِهَا فِي الدُّنْيَا
وَتَزْهَقَ أَنْفُسُهُمْ
وَهُمْ كَافِرُونَ
Dan janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak-anak mereka,
(kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengannya di dunia,
dan hendak menjadikan nyawa mereka tercabut
sedang mereka dalam keadaan kafir (untuk mendapat azab akhirat pula)
👉Takhwif duniawi
Ayat 86
وَإِذَا أُنْزِلَتْ سُورَةٌ أَنْ آمِنُوا بِاللَّهِ وَجَاهِدُوا مَعَ رَسُولِهِ
اسْتَأْذَنَكَ أُولُو الطَّوْلِ مِنْهُمْ
وَقَالُوا ذَرْنَا نَكُنْ مَعَ الْقَاعِدِينَ
Dan apabila diturunkan satu surah Al-Quran (yang menyuruh mereka): "Berimanlah kamu kepada Allah,
dan berjihadlah bersama-sama dengan RasulNya", nescaya orang-orang yang kaya di antara mereka meminta izin kepadamu
dengan berkata: "Biarkanlah kami tinggal bersama-sama orang-orang yang tinggal (tidak turut berperang)".
👉Zajrun
Ayat 87
رَضُوا بِأَنْ يَكُونُوا مَعَ الْخَوَالِفِ وَطُبِعَ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ فَهُمْ لَا يَفْقَهُونَ
Mereka suka tinggal bersama-sama orang-orang yang ditinggalkan (kerana uzur), dan (dengan sebab itu) hati mereka dimeteraikan atasnya, sehingga mereka tidak dapat memahami sesuatu.
👉tak keluar jihad
Ayat 88
لَٰكِنِ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ
جَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ ۚ
وَأُولَٰئِكَ لَهُمُ الْخَيْرَاتُ ۖ
وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
(Mereka tetap tinggal) tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya,
berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka;
dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kebaikan, dan mereka itulah juga yang berjaya.
👉Tabsyir.
Ayat 89
أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ
خَالِدِينَ فِيهَا ۚ
ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Allah telah menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
mereka kekal di dalamnya;
yang demikian itulah kemenangan yang besar.
👉Huraian bg Ayat 88
Semoga Allah pilih kita untuk jihad sebarkan Quran dan sunnah.
Tanpa khalifah tiada jihad dgn orang kafir
Ayat 90
وَجَاءَ الْمُعَذِّرُونَ مِنَ الْأَعْرَابِ لِيُؤْذَنَ لَهُمْ
وَقَعَدَ الَّذِينَ كَذَبُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ
سَيُصِيبُ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Dan datanglah pula orang-orang yang menyatakan uzurnya dari orang-orang "A'raab", memohon supaya mereka diizinkan (tidak turut berperang),
sedang orang-orang (munafik di antara mereka) yang mendustakan Allah dan RasulNya, duduk (mendiamkan diri).
(Oleh itu) orang-orang yang kafir di antara mereka, akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
👉Ini Munafik kampung pula .sebelumnya munafik bandar.
Ayat 91
لَيْسَ عَلَى الضُّعَفَاءِ
وَلَا عَلَى الْمَرْضَىٰ
وَلَا عَلَى الَّذِينَ لَا يَجِدُونَ
مَا يُنْفِقُونَ حَرَجٌ إِذَا نَصَحُوا لِلَّهِ وَرَسُولِهِ ۚ
مَا عَلَى الْمُحْسِنِينَ مِنْ سَبِيلٍ ۚ
وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Orang-orang yang lemah
dan orang-orang yang sakit,
dan juga orang-orang yang tidak mempunyai sesuatu yang akan dibelanjakan,
tidaklah menanggung dosa (kerana tidak turut berperang) apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan RasulNya.
Tidak ada jalan sedikitpun bagi menyalahkan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya;
dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉Tabsyir
Pengecualian
Ayat 92
وَلَا عَلَى الَّذِينَ إِذَا مَا أَتَوْكَ
لِتَحْمِلَهُمْ
قُلْتَ لَا أَجِدُ مَا أَحْمِلُكُمْ عَلَيْهِ
تَوَلَّوْا وَأَعْيُنُهُمْ تَفِيضُ مِنَ الدَّمْعِ
حَزَنًا أَلَّا يَجِدُوا مَا يُنْفِقُونَ
Dan tidak juga berdosa orang-orang yang ketika mereka datang kepadamu (memohon)
supaya engkau memberi kenderaan kepada mereka, engkau berkata: "Tidak ada padaku kenderaan yang hendak kuberikan untuk membawa kamu",
mereka kembali sedang mata mereka mengalirkan airmata yang bercucuran,
kerana sedih bahawa mereka tidak mempunyai sesuatupun yang hendak mereka belanjakan (untuk pergi berjihad pada jalan Allah).
👉 Hati yg nak buat baik kat orang,hati yg baik.
Mereka tak pergi perang Tabuk tetapi tidak dicela.
Uzur syarie biasa.
Ayat 93
إِنَّمَا السَّبِيلُ عَلَى الَّذِينَ يَسْتَأْذِنُونَكَ وَهُمْ أَغْنِيَاءُ ۚ
رَضُوا بِأَنْ يَكُونُوا مَعَ الْخَوَالِفِ
وَطَبَعَ اللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ فَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ
Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan dan mengenakan seksa) hanyalah terhadap orang-orang yang meminta izin kepadamu sedang mereka kaya dan mampu.
Mereka suka tinggal bersama-sama orang yang ditinggalkan (kerana uzur)
dan (dengan sebab itu) Allah meteraikan atas hati mereka, sehingga mereka tidak dapat mengetahui (perkara yang baik).
👉Allah taala yg lain yg dicela.
Ayat 94
يَعْتَذِرُونَ إِلَيْكُمْ إِذَا رَجَعْتُمْ إِلَيْهِمْ ۚ
قُلْ لَا تَعْتَذِرُوا
لَنْ نُؤْمِنَ لَكُمْ
قَدْ نَبَّأَنَا اللَّهُ مِنْ أَخْبَارِكُمْ ۚ
وَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ
ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ
فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
Mereka akan menyatakan uzur kepada kamu,
apabila kamu kembali kepada mereka (dari medan perang).
Katakanlah (wahai Muhammad): "Janganlah kamu menyatakan uzur lagi, kami tidak sekali-kali akan percaya kepada kamu.
Kerana sesungguhnya Allah telah menerangkan kepada kami akan berita-berita perihal kamu;
dan Allah serta RasulNya akan melihat amal kamu (sama ada kamu kembali beriman atau tetap kufur);
kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata (untuk menerima balasan), lalu Ia menyatakan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".
👉golongan yg beri alasan.zajrun
Ayat 95
سَيَحْلِفُونَ بِاللَّهِ لَكُمْ إِذَا انْقَلَبْتُمْ إِلَيْهِمْ لِتُعْرِضُوا عَنْهُمْ ۖ
فَأَعْرِضُوا عَنْهُمْ ۖ
إِنَّهُمْ رِجْسٌ ۖ
وَمَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ
جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Mereka akan bersumpah dengan nama Allah kepada kamu apabila kamu kembali kepada mereka (dari medan perang),
supaya kamu berpaling dari mereka (tidak menempelak mereka);
oleh itu berpalinglah dari mereka
kerana sesungguhnya mereka itu kotor (disebabkan mereka telah sebati dengan kufur);
dan tempat kembali mereka pula ialah neraka Jahannam, sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan.
👉ini ditambah dgn sumpah.
Aqidah syirik paling besar
Ayat 96
يَحْلِفُونَ لَكُمْ لِتَرْضَوْا عَنْهُمْ ۖ
فَإِنْ تَرْضَوْا عَنْهُمْ
فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَرْضَىٰ عَنِ الْقَوْمِ الْفَاسِقِينَ
Mereka bersumpah kepada kamu supaya kamu reda akan mereka;
oleh itu jika kamu reda akan mereka,
maka sesungguhnya Allah tidak reda akan kaum yang fasik.
👉Tuhan larang bermesra,r Eda dan puas Hari.
Ayat 97
الْأَعْرَابُ أَشَدُّ كُفْرًا وَنِفَاقًا
وَأَجْدَرُ أَلَّا يَعْلَمُوا حُدُودَ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
Orang-orang A'raab lebih keras kufurnya dan sikap munafiknya,
dan sangatlah patut mereka tidak mengetahui batas-batas (dan hukum-hukum Syarak) yang diturunkan oleh Allah kepada RasulNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Munafik ada beberapa golongan
Ada dlm dan ada luar Madinah seperti tepi bukit ,kawasan dusun.
Yg luar atau kampung ,kelemahannya tak dengar quran dan sunnah nabi.perlu diusaha agar sampai kitab wahyu kepadanya.hati kebal dan aqidah yg sangat tenat.
Al aroob,munafik Badwi.
Ayat 97
الْأَعْرَابُ أَشَدُّ كُفْرًا
وَنِفَاقًا
وَأَجْدَر
ُ أَلَّا يَعْلَمُوا حُدُودَ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ ۗ
وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
Orang-orang A'raab lebih keras kufurnya
dan sikap munafiknya,
dan sangatlah patut mereka tidak mengetahui batas-batas (dan hukum-hukum Syarak) yang diturunkan oleh Allah kepada RasulNya.
Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
👉sebab mereka tidak tahu
Ayat 98
وَمِنَ الْأَعْرَابِ مَنْ يَتَّخِذُ مَا يُنْفِقُ مَغْرَمًا
وَيَتَرَبَّصُ بِكُمُ الدَّوَائِرَ ۚ
عَلَيْهِمْ دَائِرَةُ السَّوْءِ ۗ
وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Dan sebahagian dari orang-orang A'raab (yang munafik) itu memandang apa yang mereka belanjakan (dermakan pada jalan Allah) sebagai satu bayaran yang memberatkan,
sambil menunggu peredaran zaman (yang membawa bala bencana) menimpa kamu;
atas merekalah (tertimpanya bala bencana yang dibawa oleh) peredaran zaman yang buruk itu.
Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
👉byk syariat yg tidak boleh dilakukan.
Contoh solatnya.,Kalu tak buat tak nampak.
Contoh zakat,kalu tak bg boleh nampak.
Ayat 99
وَمِنَ الْأَعْرَابِ مَنْ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ
وَيَتَّخِذُ مَا يُنْفِقُ قُرُبَاتٍ عِنْدَ اللَّهِ وَصَلَوَاتِ الرَّسُولِ ۚ
أَلَا إِنَّهَا قُرْبَةٌ لَهُمْ ۚ
سَيُدْخِلُهُمُ اللَّهُ فِي رَحْمَتِهِ ۗ
إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Dan sebahagian dari orang-orang A'raab itu ada yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,
dan memandang apa yang mereka dermakan (pada jalan Allah itu) sebagai amal-amal bakti (yang mendampingkan) di sisi Allah
dan sebagai (satu jalan untuk mendapat) doa dari Rasulullah (yang membawa rahmat kepada mereka)
Ketahuilah, sesungguhnya apa yang mereka dermakan itu adalah menjadi amal bakti bagi mereka (yang mendampingkan mereka kepada Allah);
Allah akan masukkan mereka ke dalam rahmatNya; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉ada sebhg munafik kampung yg baik.
Ayat 100
وَالسَّابِقُونَ
الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ
وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ
وَرَضُوا عَنْهُ
وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ
خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۚ
ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan)
dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar",
dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat),
Allah reda akan mereka
dan mereka pula reda akan Dia,
serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
mereka kekal di dalamnya selama-lamanya;
itulah kemenangan yang besar.
👉Ayat ini ayat golongan mukmin yg sebenar.
1.Pergi perang Tabuk
2.Tak pergi berjihad dan mengaku salah.
3.Tak pergi berjihad dan tunggu dan lihat shj.
Perjalanan ke Tabuk 50 hari lebih dan yg dihukum pun 50 hari lebih
Selepas pembukaan kota Mekah tahun 8hijrah tiada lagi muhajirin.
Orang menentang sahabat,dia dikira terkeluar dr Islam.
Tak sama dgn mana2 sahabat ditolak.
Ada yg buat masjid tapi meruntuhkan agama
Perselisihan sahabat menjadi mazhab.
Tak sama dengan sahabat tertentu tiada masalah.
Ayat 101
وَمِمَّنْ حَوْلَكُمْ مِنَ الْأَعْرَابِ مُنَافِقُونَ ۖ
وَمِنْ أَهْلِ الْمَدِينَةِ ۖ
مَرَدُوا عَلَى النِّفَاقِ لَا تَعْلَمُهُمْ ۖ
نَحْنُ نَعْلَمُهُمْ ۚ
سَنُعَذِّبُهُمْ مَرَّتَيْنِ
ثُمَّ يُرَدُّونَ إِلَىٰ عَذَابٍ عَظِيمٍ
Dan di antara orang-orang yang di sekeliling kamu dari orang-orang "A'raab" ada yang bersifat munafik
dan (demikian juga) sebahagian dari penduduk Madinah; mereka telah berkeras dengan sifat munafik;
engkau tidak mengetahui mereka
(bahkan) Kamilah yang mengetahui mereka.
Kami akan azabkan mereka berulang-ulang,
kemudian mereka dikembalikan kepada azab yang besar.
👉munafik yg dok dgn nabi مَرَدُوا,liat .
Munafik apa ini?
Ayat 102
وَآخَرُونَ اعْتَرَفُوا بِذُنُوبِهِمْ
خَلَطُوا عَمَلًا صَالِحًا
وَآخَرَ سَيِّئًا
عَسَى اللَّهُ أَنْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ ۚ
إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Dan (sebahagian) yang lain mengakui dosa-dosa mereka.
Mereka telah mencampur adukkan amal yang baik dengan amal yang lain, yang buruk.
Mudah-mudahan Allah akan menerima taubat mereka; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉ini golongan mukmin tak pergi berjihad tetapi mengaku kesalahan mereka.perang Tabuk yg mis ,perang lain tak pernah mis.
Hukum diri mereka sendiri.
Ayat 103
خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ
وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا
وَصَلِّ عَلَيْهِمْ ۖ
إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَهُمْ ۗ
وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat),
supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk);
dan doakanlah untuk mereka,
kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka.
Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
👉Allah suruh ambil.
Ayat 104
أَلَمْ يَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ هُوَ يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ
وَيَأْخُذُ الصَّدَقَاتِ وَأَنَّ اللَّهَ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah Dia lah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya,
dan juga menerima sedekah-sedekah (dan zakat serta membalasnya),
dan bahawa sesungguhnya Allah Dia lah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani?
👉Mujahidin yg tak keluar berperang buat ini.
Ayat 105
وَقُلِ اعْمَلُوا
فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ ۖ
وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ
فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan),
maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan;
dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".
👉teruskan buat amal baik.
Ayat 106
وَآخَرُونَ مُرْجَوْنَ لِأَمْرِ اللَّهِ إِمَّا يُعَذِّبُهُمْ
وَإِمَّا يَتُوبُ عَلَيْهِمْ ۗ
وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
Dan segolongan yang lain (dari orang-orang yang tidak turut berperang);
ditempohkan keputusan mengenai mereka kerana menunggu perintah Allah;
sama ada dia mengazabkan mereka ataupun Ia menerima taubat mereka.
Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
👉kaum ke2 yg tidak pergi berjihad kerana melewat2kan.
Seorang pergi mengadap nabi dan bg tau yg sebenarnya.
Nabi arahkan jangan bg Salam dan jawap salamnya.
Kena asingkan dgn isteri 10 hari sebelum berakhir.
Ayat 107
وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مَسْجِدًا ضِرَارًا وَكُفْرًا
وَتَفْرِيقًا بَيْنَ الْمُؤْمِنِينَ
وَإِرْصَادًا لِمَنْ حَارَبَ اللَّهَ
وَرَسُولَهُ مِنْ قَبْلُ ۚ
وَلَيَحْلِفُنَّ إِنْ أَرَدْنَا إِلَّا الْحُسْنَىٰ ۖ
وَاللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ
Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam),
dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri)
serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman,
dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata:" Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata ".
Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.
👉zajrun.
Buat masjid jadi
Tempat bahaya
Tempat kekufuran
Tempat memecah belahkan.
Tempat persinggahan dan pengintipan.
Ayat 108
لَا تَقُمْ فِيهِ أَبَدًا ۚ
لَمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَىٰ مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَنْ تَقُومَ فِيهِ ۚ
فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَنْ يَتَطَهَّرُوا ۚ
وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ
Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya,
kerana sesungguhnya masjid (Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad),
yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya),
sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya.
Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).
👉Larangan mendirikan solat
Masjid quba'
Kelebihan orang quba' istinjak dgn batu dan air,allah suka.
Sudah memadai dgn batu ,tapi eluk ditambah dgn air.
Sahabat nabi adalah neraca penterjemah hadis.
Ayat 109
أَفَمَنْ أَسَّسَ بُنْيَانَهُ عَلَىٰ تَقْوَىٰ مِنَ اللَّهِ
وَرِضْوَانٍ خَيْرٌ
أَمْ مَنْ أَسَّسَ بُنْيَانَهُ عَلَىٰ شَفَا جُرُفٍ هَارٍ
فَانْهَارَ بِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ ۗ
وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar taqwa kepada Allah
dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh,
lalu runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka?
Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim.
👉binaan yg diasaskan aqidah syirik dan taqwa.
Bina masjid atas niat masing2
Ayat 110
لَا يَزَالُ بُنْيَانُهُمُ الَّذِي بَنَوْا رِيبَةً فِي قُلُوبِهِمْ
إِلَّا أَنْ تَقَطَّعَ قُلُوبُهُمْ ۗ
وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
(Keruntuhan masjid) yang dibina oleh mereka yang munafik itu sentiasa menjadi penyakit syak dan keluh-kesah (lebih daripada yang sedia ada) dalam hati mereka,
(dan tidak akan habis) kecuali (apabila) hati mereka hancur-luluh (dalam tanah).
Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
👉Binaan yg di dasar salah menjadi keraguan besar.
Ayat 111
إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ
وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ۚ
يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖ
وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ ۚ
وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ ۚ
فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ ۚ
وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka
dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga,
(disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran;
dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah?
Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu,
dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
👉amalan muhajirin dan Ansar.
Mukmin sebenar akan diguna oleh Allah.
Ayat 112
التَّائِبُونَ الْعَابِدُونَ الْحَامِدُونَ السَّائِحُونَ الرَّاكِعُونَ السَّاجِدُونَ الْآمِرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّاهُونَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَالْحَافِظُونَ لِحُدُودِ اللَّهِ ۗ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ
(Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat,
yang beribadat,
yang memuji Allah,
yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam),
yang rukuk, yang sujud,
yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan,
serta yang menjaga batas-batas hukum Allah.
Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).
👉lain2 sifat mukmin yg sebenar.
Ayat 113
مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ
وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ
وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَىٰ
مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ
أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ
Tidaklah dibenarkan bagi Nabi
dan orang-orang yang beriman,
meminta ampun bagi orang-orang musyrik,
sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri,
sesudah nyata bagi mereka.
bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka.
👉kerana jelas dan kufur pada Allah.
Ayat 114
وَمَا كَانَ اسْتِغْفَارُ إِبْرَاهِيمَ لِأَبِيهِ
إِلَّا عَنْ مَوْعِدَةٍ وَعَدَهَا إِيَّاهُ
فَلَمَّا تَبَيَّنَ لَهُ
أَنَّهُ عَدُوٌّ لِلَّهِ تَبَرَّأَ مِنْهُ ۚ
إِنَّ إِبْرَاهِيمَ لَأَوَّاهٌ حَلِيمٌ
Dan bukanlah istighfar Nabi Ibrahim bagi bapanya (dibuat) melainkan kerana adanya janji yang dijanjikan kepadanya;
dan apabila ternyata kepada Nabi Ibrahim bahawa bapanya musuh bagi Allah, ia pun berlepas diri daripadanya.
Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu lembut hati lagi penyabar.
👉Nabi ibrahim tidak tahu bapanya akan mati kafir.
Ayat 115
وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُضِلَّ قَوْمًا بَعْدَ إِذْ هَدَاهُمْ
حَتَّىٰ يُبَيِّنَ لَهُمْ مَا يَتَّقُونَ ۚ
إِنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Dan Allah tidak sekali-kali menjadikan sesuatu kaum itu sesat sesudah Ia memberi hidayah petunjuk kepada mereka,
sebelum Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka wajib memelihara dan melindungi diri daripadanya;
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
👉
Ayat 116
إِنَّ اللَّهَ لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ
يُحْيِي وَيُمِيتُ ۚ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ
Sesungguhnya Allah jualah yang menguasai segala alam langit dan bumi;
Ia menghidupkan dan mematikan;
dan tidaklah ada bagi kamu selain dari Allah sesiapa pun yang menjadi pelindung dan juga yang menjadi penolong.
👉
Ayat 117
لَقَدْ تَابَ اللَّهُ عَلَى النَّبِيِّ
وَالْمُهَاجِرِينَ
وَالْأَنْصَارِ
الَّذِينَ اتَّبَعُوهُ فِي سَاعَةِ الْعُسْرَةِ
مِنْ بَعْدِ مَا كَادَ يَزِيغُ قُلُوبُ فَرِيقٍ مِنْهُمْ
ثُمَّ تَابَ عَلَيْهِمْ ۚ
إِنَّهُ بِهِمْ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi
dan orang-orang Muhajirin
dan Ansar yang mengikutnya (berjuang) dalam masa kesukaran,
sesudah hampir-hampir terpesong hati segolongan dari mereka (daripada menurut Nabi untuk berjuang); kemudian Allah menerima taubat mereka;
sesungguhnya Allah Amat belas, lagi Maha Mengasihani terhadap mereka.
👉
Ayat 118
وَعَلَى الثَّلَاثَةِ الَّذِينَ خُلِّفُوا
حَتَّىٰ إِذَا ضَاقَتْ عَلَيْهِمُ الْأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ
وَضَاقَتْ عَلَيْهِمْ أَنْفُسُهُمْ
وَظَنُّوا أَنْ لَا مَلْجَأَ مِنَ اللَّهِ إِلَّا إِلَيْهِ
ثُمَّ تَابَ عَلَيْهِمْ لِيَتُوبُوا ۚ
إِنَّ اللَّهَ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
Dan (Allah menerima pula taubat) tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat mereka)
hingga apabila bumi yang luas ini (terasa) sempit kepada mereka (kerana mereka dipulaukan),
dan hati mereka pula menjadi sempit (kerana menanggung dukacita),
serta mereka yakin bahawa tidak ada tempat untuk mereka lari dari (kemurkaan) Allah melainkan (kembali bertaubat) kepadaNya;
kemudian Allah (memberi taufiq serta) menerima taubat mereka supaya mereka kekal bertaubat.
Sesungguhnya Allah Dia lah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.
👉
Ayat 119
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
اتَّقُوا اللَّهَ وَكُونُوا مَعَ الصَّادِقِينَ
Wahai orang-orang yang beriman!
Bertaqwalah kamu kepada Allah,
dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar.
👉ikhlas.
3orang yg berjumpa nabi dan mengaku secara terang2an.
Ayat 120
مَا كَانَ لِأَهْلِ الْمَدِينَةِ
وَمَنْ حَوْلَهُمْ مِنَ الْأَعْرَابِ أَنْ يَتَخَلَّفُوا عَنْ رَسُولِ اللَّهِ
وَلَا يَرْغَبُوا بِأَنْفُسِهِمْ عَنْ نَفْسِهِ ۚ
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ لَا يُصِيبُهُمْ ظَمَأٌ
وَلَا نَصَبٌ
وَلَا مَخْمَصَةٌ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
وَلَا يَطَئُونَ مَوْطِئًا يَغِيظُ الْكُفَّارَ
وَلَا يَنَالُونَ مِنْ عَدُوٍّ نَيْلًا
إِلَّا كُتِبَ لَهُمْ بِهِ عَمَلٌ صَالِحٌ ۚ
إِنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ
Tidaklah patut bagi penduduk Madinah
dan orang-orang yang di sekeliling mereka dari orang-orang "A'raab" ketinggalan daripada (turut berperang bersama) Rasulullah;
dan tidaklah patut mereka mengasihi diri mereka sendiri dengan tidak menghiraukan Rasulullah.
Yang demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga,
dan merasai penat lelah,
dan juga merasai lapar (dalam perjuangan) pada jalan Allah;
dan (tiap-tiap kali) mereka menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan kemarahan orang-orang kafir;
dan juga (tiap-tiap kali) mereka menderita sesuatu yang mencederakan dari pihak musuh -
melainkan semuanya itu ditulis bagi mereka: (pahala) amal yang soleh.
Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
👉Takhwif terhad jihad.
Ayat 121
وَلَا يُنْفِقُونَ نَفَقَةً صَغِيرَةً
وَلَا كَبِيرَةً
وَلَا يَقْطَعُونَ
وَادِيًا إِلَّا كُتِبَ لَهُمْ
لِيَجْزِيَهُمُ اللَّهُ أَحْسَنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Dan tidak pula mereka membelanjakan sesuatu perbelanjaan yang kecil,
atau yang besar;
dan tidak mereka melintas sesuatu lembah, melainkan ditulis pahala bagi mereka,
supaya Allah membalas dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.
👉
Ayat 122
وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنْفِرُوا كَافَّةً ۚ
فَلَوْلَا نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِنْهُمْ طَائِفَةٌ
لِيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ
وَلِيُنْذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ
لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ
Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang);
oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka,
supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka;
mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).
👉jihad dijalan Allah kadang2 ferdu Ain dan kadang2 ferdu kifayah.
Ayat 123
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
قَاتِلُوا الَّذِينَ يَلُونَكُمْ مِنَ الْكُفَّارِ
وَلْيَجِدُوا فِيكُمْ غِلْظَةً ۚ
وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ
Wahai orang-orang yang beriman!
Perangilah orang-orang kafir musyrik yang berdekatan dengan kamu;
dan biarlah mereka merasai sikap kekerasan (serta ketabahan hati) yang ada pada kamu;
dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa (dengan memberikan pertolonganNya).
👉Mula kan dgn yg dekat
Ayat 124
وَإِذَا مَا أُنْزِلَتْ سُورَةٌ
فَمِنْهُمْ مَنْ يَقُولُ أَيُّكُمْ زَادَتْهُ هَٰذِهِ إِيمَانًا ۚ
فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا
فَزَادَتْهُمْ إِيمَانًا
وَهُمْ يَسْتَبْشِرُونَ
Dan apabila diturunkan sesuatu surah (dari Al-Quran) maka di antara mereka (yang munafik) ada yang bertanya (secara mengejek): "Siapakah di antara kamu yang imannya bertambah disebabkan oleh surah ini?" Adapun orang-orang yang beriman,
maka surah itu menambahkan iman mereka,
sedang mereka bergembira (dengan turunnya).
👉Tabsyir dan zajrun
Ayat 125
وَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ
فَزَادَتْهُمْ رِجْسًا إِلَىٰ رِجْسِهِمْ
وَمَاتُوا وَهُمْ كَافِرُونَ
Adapun orang-orang yang ada penyakit (kufur) dalam hati mereka
maka surah Al-Quran itu menambahkan kekotoran (kufur) kepada kekotoran (kufur) yang ada pada mereka; dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir.
👉zajrun
Ayat 126
أَوَلَا يَرَوْنَ
أَنَّهُمْ يُفْتَنُونَ فِي كُلِّ عَامٍ مَرَّةً أَوْ مَرَّتَيْنِ
ثُمَّ لَا يَتُوبُونَ
وَلَا هُمْ يَذَّكَّرُونَ
Dan (patutkah) mereka (berdegil) tidak mahu memperhatikan,
bahawa mereka dicuba (dengan berbagai-bagai bencana) pada tiap-tiap tahun, sekali atau dua kali;
kemudian mereka tidak juga bertaubat,
dan tidak pula mereka mahu beringat (dan insaf)?
👉
Ayat 127
وَإِذَا مَا أُنْزِلَتْ سُورَةٌ
نَظَرَ بَعْضُهُمْ إِلَىٰ بَعْضٍ
هَلْ يَرَاكُمْ مِنْ أَحَدٍ
ثُمَّ انْصَرَفُوا ۚ
صَرَفَ اللَّهُ قُلُوبَهُمْ
بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَفْقَهُونَ
Dan apabila diturunkan satu surah dari Al-Quran (mendedahkan keburukan orang-orang munafik itu) setengah mereka memandang kepada setengahnya yang lain sambil berkata:
"Adakah sesiapa nampak kamu (kalau kita undur dari sini)?"
Kemudian mereka berpaling pergi (dengan meninggalkan majlis Nabi);
Allah memalingkan hati mereka (daripada iman), disebabkan mereka kaum yang tidak (mahu) mengerti.
👉 Allah bg tau keadaan2 dlm majlis nabi
Ayat 128
لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ
عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ
حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w),
yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu,
(dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
👉Tagrib
Ayat 129
فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ
حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ
عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ
وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad):
"cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia;
kepadaNya aku berserah diri,
dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar."
👉
Tiada ulasan:
Catat Ulasan