Isnin, Jun 03, 2019

Daurah tafsir 2019 sesi 05(10)

Daurah tafsir 2019 sesi 05(10)

Daurah tafsir 2019 sesi 05(7,8,9,10)

1.Al fatihah( 7)makkiyah
2.albaqarah(283)madaniyah
3.ali imran(200)madaniyah
4.An nisa(176)madaniyah
5.Al maidah(120)madaniyah
6.Al anam(165)makkiyah
7.Al a'raf(206)makkiyah
8.Al anfal(75)madaniyah
9.At taubah(129)madaniyah
👉10.yunus(109)makkiyah.

010.Surah Yunus
Golongan orang yg beraqidah dan rosak aqidah dijelaskan dan diminta orang yg memahami aqidah itu berjuang kemudian diajar hingga tahap peperangan dan telah baca tentang peperangan.
Golongan kafir selain mekah.
Hubungan dgn kafir lain dlm surah taubah.
Surah ini kembali semula kepada aqidah.
Perkara asas dlm aqidah
1.tolak syafaat kohriyah
Selain Allah kita seru dia ,minta dari  wali,kubur nabi2,
Fahaman ini perlu ditolak
Syafaat membawa kepada kekufuran.
2.syaat biizni ,syafaat sungguh.
Nak dapat syafaat nabi kita perlu selawat .tetapi jika seru nabi adalah kufur.seru atas dasar sastera ,boleh.
Maksud atau da'wa surah ni dok ada dlm ayat ke3
Ayat 3
إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ
ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ ۖ
يُدَبِّرُ الْأَمْرَ ۖ
مَا مِنْ شَفِيعٍ إِلَّا مِنْ بَعْدِ إِذْنِهِ ۚ
ذَٰلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ فَاعْبُدُوهُ ۚ
أَفَلَا تَذَكَّرُونَ
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa
kemudian Ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan.
Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkanNya.
(Yang bersifat demikian) itulah Allah, Tuhan (yang memelihara dan mentadbirkan keadaan) kamu;
maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintahNya; patutkah kamu - setelah mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingatiNya?
Kebyknya dalil aqli 10 dan satu dalil wahyi.
Allah maha tahu ,Allah maha kuasa

010.Surah Yunus
Tertib surah 10
Bilangan ayat 109
Bilangan rukuk 11
Surah Makkiyah
Tertib turun ke;51
Bilangan paragraf 8

Paragraf 1ayat 1-2 Quran berasaskan hikmat.ia merupakan berita gembira kepada orang yg beriman.
Paragraf 2 ayat 3-20 dialog dgn musyrikin quraisy dan orang yg mengingkari adanya hari akhirat dan mempertahankan alquran (kritikan kafir dan jawapannya)
Paragraf 3 ayat 21-46 perdebatan dgn pemimpin2 quraisy dan pemuja kebendaan disamping mempertahankan alquran
Paragraf 4 ayat 47-58 Perdebatan dgn orang2 Quraisy yg jmengingkari kerasulan dan orang2 yg mengingkari hari kiamat disamping mempertahankan alquran (tonjolkan quran mukjizat allah)
Paragraf 5 ayat 59-70 Perdebatan aqidah syirik orang2 Quraisy dan undang2 halal haram ciptaan mereka.
Paragraf 6 ayat71-93 perdebatan dgn orang2 musyrikin quraisy dan orang2 yg mengingkari hari akhirat disamping mempertahankan alquran.
Paragraf 7 ayat94-103 Alquran bersih dari sebarang keraguan.Manusia tidak boleh dipaksa menerima tauhid.
Paragraf 8 ayat 104-109 Anjuran supaya beriman kepada quran dan mengikutnya disamping bersabar dan beristiqamah.

Mesej utama penyempurnaan hujjah.
1.Penyempurnaan hujjah berpandukan dalil2 Quran yg teguh terhadap orang2 yg tidak menerima kerasulan dan tidak menerima hari akhirat.
2.Jawapan kepada kritikan dan bantahan mereka.

Ayat 1
الر ۚ تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْحَكِيمِ

Alif, Laam Raa' ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap teguh.
👉Kitab ini  bersifat hakim ,dalilnya adalah dalil bersifat aqli yakni 10  ,satu dalil wahyu dan tiada dalil naqli.jika kitab bersifat Mubin dalamnya dalil naqli.ini keistimewaan permulaan surah.dan ini pembetulan aqidah syariah koriyah

Ayat 2
أَكَانَ لِلنَّاسِ عَجَبًا
أَنْ أَوْحَيْنَا إِلَىٰ رَجُلٍ مِنْهُمْ
أَنْ أَنْذِرِ النَّاسَ
وَبَشِّرِ الَّذِينَ آمَنُوا
أَنَّ لَهُمْ قَدَمَ صِدْقٍ عِنْدَ رَبِّهِمْ ۗ
قَالَ الْكَافِرُونَ إِنَّ هَٰذَا لَسَاحِرٌ مُبِينٌ

Tidaklah patut adanya pada manusia yang ingkar itu perasaan hairan
disebabkan Kami telah wahyukan kepada seorang lelaki dari jenis mereka (Nabi Muhammad,
dengan berfirman kepadanya): "Berilah amaran kepada umat manusia (yang ingkar, dengan balasan azab)
dan sampaikanlah berita yang mengembirakan kepada orang-orang yang beriman,
bahawa bagi mereka ada persediaan yang sungguh mulia di sisi Tuhan mereka (disebabkan amal-amal soleh yang mereka kerjakan).
(Setelah Nabi Muhammad memberi amaran dan menyampaikan berita yang mengembirakan) berkatalah orang-orang kafir (yang merasa hairan) itu: "Sebenarnya (Al-Quran) ini ialah sihir yang terang nyata."
👉zajrun atau teguran
Syikayah قَالَ الْكَافِرُونَ إِنَّ هَٰذَا لَسَاحِرٌ مُبِينٌ
Sebab apa kata begitu ,sebab degil

Ayat 3
إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ
ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ ۖ
يُدَبِّرُ الْأَمْرَ ۖ مَا مِنْ شَفِيعٍ إِلَّا مِنْ بَعْدِ إِذْنِهِ ۚ
ذَٰلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ فَاعْبُدُوهُ ۚ
أَفَلَا تَذَكَّرُونَ

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa
kemudian Ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan.
Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkanNya.
(Yang bersifat demikian) itulah Allah, Tuhan (yang memelihara dan mentadbirkan keadaan) kamu;
maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintahNya; patutkah kamu - setelah mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingatiNya?
👉dalam dalil ini ada maksud.

Ayat 4
إِلَيْهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا ۖ
وَعْدَ اللَّهِ حَقًّا ۚ
إِنَّهُ يَبْدَأُ الْخَلْقَ
ثُمَّ يُعِيدُهُ لِيَجْزِيَ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ بِالْقِسْطِ ۚ
وَالَّذِينَ كَفَرُوا لَهُمْ شَرَابٌ مِنْ حَمِيمٍ
وَعَذَابٌ أَلِيمٌ
بِمَا كَانُوا يَكْفُرُونَ

KepadaNyalah kembalinya kamu semua,
sebagai janji Allah yang benar.
Sesungguhnya Dia lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk,
kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya),
untuk membalas orang-orang yang beriman dan beramal soleh dengan adil;
dan orang-orang yang kafir pula,
disediakan bagi mereka minuman dari air panas yang menggelegak,
dan azab yang tidak terperi sakitnya,
disebabkan mereka ingkar dan berlaku kufur.
👉Takhwif ukhrowi.

Ayat 5
هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاءً
وَالْقَمَرَ نُورًا
وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ ۚ
مَا خَلَقَ اللَّهُ ذَٰلِكَ إِلَّا بِالْحَقِّ ۚ
يُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ

Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang)
dan bulan bercahaya,
dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa.
Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar.
Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya).
👉Dalil aqli yg ke2
Matahari ada pancaran dan cahaya,(nur dan diat)
Bulan hanya satu cahaya shj.

Ayat 6
إِنَّ فِي اخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ
وَمَا خَلَقَ اللَّهُ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَّقُونَ

Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang silih berganti,
dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi,
ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa.
👉penyempurnaan dalil.

Ayat 7
إِنَّ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءَنَا
وَرَضُوا بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا
وَاطْمَأَنُّوا بِهَا
وَالَّذِينَ هُمْ عَنْ آيَاتِنَا غَافِلُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang tidak menaruh ingatan akan menemui Kami (pada hari akhirat untuk menerima balasan),
dan yang reda (berpuashati) dengan kehidupan dunia semata-mata
serta merasa tenang tenteram dengannya,
dan orang-orang yang tidak mengindahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda-tanda kekuasasaan) Kami,
👉Takhwif ukhrowi

Ayat 8
أُولَٰئِكَ مَأْوَاهُمُ النَّارُ
بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Mereka yang demikian keadaannya (di dunia), tempat kediaman mereka (di akhirat) ialah neraka;
disebabkan keingkaran dan kederhakaan yang mereka telah lakukan.
👉sebab kerosakan aqidah.

Ayat 9
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
يَهْدِيهِمْ رَبُّهُمْ بِإِيمَانِهِمْ ۖ
تَجْرِي مِنْ تَحْتِهِمُ الْأَنْهَارُ فِي جَنَّاتِ النَّعِيمِ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
Tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka yang sempurna itu.
(Mereka masuk ke taman yang) sungai-sungainya mengalir di bawah tempat kediaman mereka di dalam Syurga yang penuh nikmat.
👉Tabsyir
Mendapat pimpinan sebab keimanan.

Ayat 10
دَعْوَاهُمْ
فِيهَا سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ
وَتَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلَامٌ ۚ
وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Doa ucapan mereka di dalam Syurga itu
ialah Maha Suci Engkau dari segala kekurangan wahai Tuhan!
Dan ucapan penghormatan mereka padanya ialah: Selamat sejahtera!
Dan akhir doa mereka ialah segala puji dipersembahkan kepada Allah yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam!
👉Perbualan atau perkataan ahli syurga.

Ayat 11
وَلَوْ يُعَجِّلُ اللَّهُ لِلنَّاسِ الشَّرَّ اسْتِعْجَالَهُمْ بِالْخَيْرِ لَقُضِيَ إِلَيْهِمْ أَجَلُهُمْ ۖ
فَنَذَرُ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءَنَا
فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ

Dan kalau Allah menyegerakan bagi manusia azab sengsara yang mereka minta disegerakan,
sebagaimana mereka minta disegerakan nikmat kesenangan,
nescaya binasalah mereka dan selesailah ajal mereka. Oleh itu, (Kami tidak menyegerakan azab yang dimintanya),
Kami biarkan orang-orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami itu
meraba-raba dalam kesesatannya.
👉zajrun

Ayat 12
وَإِذَا مَسَّ الْإِنْسَانَ الضُّرُّ
دَعَانَا لِجَنْبِهِ
أَوْ قَاعِدًا
أَوْ قَائِمًا
فَلَمَّا كَشَفْنَا عَنْهُ ضُرَّهُ مَرَّ
كَأَنْ لَمْ يَدْعُنَا إِلَىٰ ضُرٍّ مَسَّهُ ۚ
كَذَٰلِكَ زُيِّنَ لِلْمُسْرِفِينَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia ditimpa Kami (dalam segala keadaan), sama ada ia sedang berbaring
atau duduk
ataupun berdiri;
dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya,
ia terus membawa cara lamanya
seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu)
demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan.
👉zajrun

Ayat 13
وَلَقَدْ أَهْلَكْنَا الْقُرُونَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَمَّا ظَلَمُوا ۙ
وَجَاءَتْهُمْ رُسُلُهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ
وَمَا كَانُوا لِيُؤْمِنُوا ۚ
كَذَٰلِكَ نَجْزِي الْقَوْمَ الْمُجْرِمِينَ

Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan umat-umat yang terdahulu daripada kamu semasa mereka berlaku zalim
padahal telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka membawa keterangan-keterangan,
dan mereka masih juga tidak beriman.
Demikianlah Kami membalas kaum yang melakukan kesalahan.
👉Takhwif duniawi.

Ayat 14
ثُمَّ جَعَلْنَاكُمْ خَلَائِفَ فِي الْأَرْضِ
مِنْ بَعْدِهِمْ
لِنَنْظُرَ كَيْفَ تَعْمَلُونَ

Kemudian Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di bumi
menggantikan
mereka yang telah dibinasakan itu,
supaya Kami melihat apa pula corak dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan.
👉syirik atau iman atau tauhid

Ayat 15
وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ آيَاتُنَا بَيِّنَاتٍ ۙ
قَالَ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءَنَا
ائْتِ بِقُرْآنٍ غَيْرِ هَٰذَا
أَوْ بَدِّلْهُ ۚ
قُلْ مَا يَكُونُ لِي أَنْ أُبَدِّلَهُ مِنْ تِلْقَاءِ نَفْسِي ۖ
إِنْ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحَىٰ إِلَيَّ ۖ
إِنِّي أَخَافُ
إِنْ عَصَيْتُ رَبِّي
عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata,
berkatalah orang-orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami (untuk menerima balasan):
"Bawalah Quran yang lain daripada ini atau tukarkanlah dia ".
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak berhak menukarkannya dengan kemahuanku sendiri,
aku hanya tetap menurut apa yang diwahyukan kepadaku sahaja.
Sesungguhnya aku takut, - jika aku menderhaka kepada Tuhanku, -
akan azab hari yang besar (soal jawabnya)".
👉Syikayah.
Satu tak mahu belajar
Satu dah belajar tapi tak mahu ikut.

Ayat 16
قُلْ لَوْ شَاءَ اللَّهُ مَا تَلَوْتُهُ عَلَيْكُمْ
وَلَا أَدْرَاكُمْ بِهِ ۖ
فَقَدْ لَبِثْتُ فِيكُمْ عُمُرًا مِنْ قَبْلِهِ ۚ
أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika Allah kehendaki (supaya aku tidak membacakan Al-Quran ini kepada kamu),
tentulah aku tidak dapat membacakannya kepada kamu, dan tentulah Ia tidak memberitahu kamu akan Al-Quran ini (dengan perantaraanku);
kerana sesungguhnya aku telah tinggal dalam kalangan kamu satu masa yang lanjut (dan kamu pula mengenal aku sebagai seorang yang amanah) sebelum turunnya Al-Quran ini;
maka mengapa kamu tidak mahu memikirkannya?"
👉jawab kesamaran.
Nabi tak akan baca kalu Allah kehendaki sebab bukan nabi buat sendiri Al-Quran.

Ayat 17
فَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَىٰ عَلَى اللَّهِ كَذِبًا
أَوْ كَذَّبَ بِآيَاتِهِ ۚ
إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الْمُجْرِمُونَ

Dengan yang demikian, tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayatNya.
Sesungguhnya orang-orang yang berdosa itu tidak akan berjaya.
👉zajrun.

Ayat 18
وَيَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّه
ِ مَا لَا يَضُرُّهُمْ
وَلَا يَنْفَعُهُمْ
وَيَقُولُونَ هَٰؤُلَاءِ شُفَعَاؤُنَا عِنْدَ اللَّهِ ۚ
قُلْ أَتُنَبِّئُونَ اللَّهَ بِمَا لَا يَعْلَمُ فِي السَّمَاوَاتِ وَلَا فِي الْأَرْضِ ۚ
سُبْحَانَهُ وَتَعَالَىٰ عَمَّا يُشْرِكُونَ

Dan mereka menyembah yang lain dari Allah,
sesuatu yang tidak dapat mendatangkan mudarat kepada mereka
dan tidak dapat mendatangkan manfaat kepada mereka dan mereka pula berkata: "Mereka (yang kami sembah itu) ialah pemberi-pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah".
Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu hendak memberitahu kepada Allah akan apa yang Ia tidak mengetahui adanya di langit dan di bumi (padahal Allah mengetahui segala-galanya)?
Maha Suci Allah dan tertinggi keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan."
👉ada fahaman rekaan.

Ayat 19
وَمَا كَانَ النَّاسُ إِلَّا أُمَّةً وَاحِدَةً
فَاخْتَلَفُوا ۚ
وَلَوْلَا كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِنْ رَبِّكَ
لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ فِيمَا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ

Dan (ketahuilah bahawa) manusia pada mulanya tidak memeluk melainkan ugama yang satu (ugama Allah), kemudian (dengan sebab menurut hawa nafsu dan Syaitan) mereka berselisihan.
Dan kalau tidaklah kerana telah terdahulu Kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman hingga hari kiamat),
tentulah telah diputuskan hukuman di antara mereka (dengan segeranya di dunia) mengenai apa yang mereka perselisihkan itu.
👉zajrun.
Sebab taqdir dibalas diakhirat maka semasa hidup didunia masih tiada balasan

Ayat 20
وَيَقُولُونَ لَوْلَا أُنْزِلَ عَلَيْهِ آيَةٌ مِنْ رَبِّهِ ۖ
فَقُلْ إِنَّمَا الْغَيْبُ لِلَّهِ
فَانْتَظِرُوا
إِنِّي مَعَكُمْ مِنَ الْمُنْتَظِرِينَ

Dan mereka yang ingkar itu berkata: "Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) satu mukjizat dari Tuhannya?
"Maka jawablah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya perkara yang ghaib itu tertentu bagi Allah;
oleh itu tunggulah (hukuman Allah), sesungguhnya aku juga di antara orang-orang yang menunggu.l
👉Syikayah.

Ayat 21
وَإِذَا أَذَقْنَا النَّاسَ رَحْمَة
ً مِنْ بَعْدِ ضَرَّاءَ مَسَّتْهُمْ
إِذَا لَهُمْ مَكْرٌ فِي آيَاتِنَا ۚ
قُلِ اللَّهُ أَسْرَعُ مَكْرًا ۚ
إِنَّ رُسُلَنَا يَكْتُبُونَ مَا تَمْكُرُونَ

Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat sesudah mereka ditimpa sesuatu kesusahan,
mereka dengan serta-merta melakukan rancangan mereka menentang ayat-ayat keterangan Kami dengan mendustakannya dan mengingkarinya.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah lebih cepat melakukan rancangan menentangnya!"
Sesungguhnya malaikat-malaikat utusan Kami sentiasa menulis akan rancangan tipu daya yang kamu jalankan itu.
👉zajrun.
Mari dan hilang musibah ,bukan sebab allah مَكْرٌ

Ayat 22
هُوَ الَّذِي يُسَيِّرُكُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ ۖ
حَتَّىٰ إِذَا كُنْتُمْ فِي الْفُلْكِ
وَجَرَيْنَ بِهِمْ بِرِيحٍ طَيِّبَةٍ
وَفَرِحُوا بِهَا
جَاءَتْهَا رِيحٌ عَاصِفٌ
وَجَاءَهُمُ الْمَوْجُ
مِنْ كُلِّ مَكَانٍ
وَظَنُّوا أَنَّهُمْ أُحِيطَ بِهِمْ ۙ
دَعَوُا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ
لَئِنْ أَنْجَيْتَنَا مِنْ هَٰذِهِ
لَنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِينَ

Dia lah yang menjalankan kamu di darat dan di laut (dengan diberi kemudahan menggunakan berbagai jenis kenderaan);
sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera,
dan bahtera itu pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya dengan tiupan angin yang baik,
dan mereka pun bersukacita dengannya;
tiba-tiba datanglah kepadanya angin ribut yang kencang, dan mereka pula didatangi ombak menimpa dari segala penjuru,
serta mereka percaya bahawa mereka diliputi oleh bahaya;
pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata (sambil merayu dengan berkata):
"Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah) selamatkan kami dari bahaya ini, kami tetap menjadi orang-orang yang bersyukur".
👉Dalil aqli yg ke4
Muwahiddih الشَّاكِرِينَ

Ayat 23
فَلَمَّا أَنْجَاهُمْ إِذَا هُمْ
يَبْغُونَ فِي الْأَرْضِ
بِغَيْرِ الْحَقِّ ۗ
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّمَا بَغْيُكُمْ عَلَىٰ أَنْفُسِكُمْ ۖ
مَتَاعَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ
ثُمَّ إِلَيْنَا مَرْجِعُكُمْ
فَنُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

Kemudian bila sahaja Allah selamatkan mereka,
mereka dengan serta-merta merebakkan perbuatan derhaka di bumi dengan tidak ada sebarang alasan yang benar.
Wahai manusia! Sesungguhnya perbuatan kamu menderhaka itu hanyalah bala bencana terhadap diri kamu sendiri.
(Dengan itu kamu hanya dapat merasai) kesenangan hidup di dunia (bagi sementara);
kemudian kepada kamilah tempat kembalinya kamu, maka Kami akan memberitahu apa yang kamu telah lakukan.
👉masih tidak dihukum semasa hidup didunia sedang ia hidup zalim مَتَاعَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا

Ayat 24
إِنَّمَا مَثَلُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا
كَمَاءٍ أَنْزَلْنَاهُ مِنَ السَّمَاءِ
فَاخْتَلَطَ بِهِ نَبَاتُ الْأَرْضِ
مِمَّا يَأْكُلُ النَّاسُ وَالْأَنْعَامُ
حَتَّىٰ إِذَا أَخَذَتِ الْأَرْضُ زُخْرُفَهَا
وَازَّيَّنَتْ
وَظَنَّ أَهْلُهَا
أَنَّهُمْ قَادِرُونَ عَلَيْهَا
أَتَاهَا أَمْرُنَا لَيْلًا أَوْ نَهَارًا
فَجَعَلْنَاهَا حَصِيدًا
كَأَنْ لَمْ تَغْنَ بِالْأَمْسِ ۚ
كَذَٰلِكَ نُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia
hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit,
lalu (tumbuhlah dengan suburnya) tanaman-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia
dan binatang - bercampur-aduk
dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya
dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni),
dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman
serta menguasainya (mengambil hasilnya) datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari lalu Kami jadikan dia hancur-lebur,
seolah-olah ia tidak ada sebelum itu.
Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya).
👉ini penjelasan Ayat 24
tiada langsung لَمْ تَغْن

Ayat 25
وَاللَّهُ يَدْعُو إِلَىٰ دَارِ السَّلَامِ
وَيَهْدِي مَنْ يَشَاءُ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

(Itulah dia kesudahan kehidupan dunia), dan sebaliknya Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat sentosa,
dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) ke jalan yang betul lurus (yang selamat itu).
👉Tabsyir.
Sebab tidak kekal didunia,buatlah sesuatu yg akan dapat yg faedah mengekalkan .
Contoh Allah buat kenduri,dan nabi hanyalah Jong hantar surat panggil

Ayat 26
لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا الْحُسْنَىٰ
وَزِيَادَةٌ ۖ
وَلَا يَرْهَقُ
وُجُوهَهُمْ قَتَرٌ وَلَا ذِلَّةٌ ۚ
أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ ۖ
هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan
serta satu tambahan yang mulia
dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan.
Mereka itulah ahli Syurga,
mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.
👉keredaan وَزِيَادَةٌ

Ayat 27
وَالَّذِينَ كَسَبُوا السَّيِّئَاتِ جَزَاءُ سَيِّئَةٍ بِمِثْلِهَا
وَتَرْهَقُهُمْ ذِلَّةٌ ۖ
مَا لَهُمْ مِنَ اللَّهِ مِنْ عَاصِمٍ ۖ
كَأَنَّمَا أُغْشِيَتْ وُجُوهُهُمْ قِطَعًا مِنَ اللَّيْلِ مُظْلِمًا ۚ
أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ
هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat),
balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding dengannya
serta akan ditimpakan kehinaan;
tiadalah bagi mereka pelindung dari (seksa) Allah;
muka mereka (hitam legam) seolah-olahnya ditutup dengan beberapa bahagian (yang gelap-gelita) dari malam yang gelap-gelita.
Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
👉ayat takhwif ukhrawi.perkataan yg mudah dan ringkas dlm penjelasan

Ayat 28
وَيَوْمَ نَحْشُرُهُمْ جَمِيعًا
ثُمَّ نَقُولُ لِلَّذِينَ أَشْرَكُوا مَكَانَكُمْ
أَنْتُمْ وَشُرَكَاؤُكُمْ ۚ
فَزَيَّلْنَا بَيْنَهُمْ ۖ
وَقَالَ شُرَكَاؤُهُمْ
مَا كُنْتُمْ إِيَّانَا تَعْبُدُونَ

Dan (ingatlah) masa Kami himpunkan mereka semua (pada hari kiamat),
kemudian Kami berfirman kepada orang-orang musyrik: "Tunggulah di tempat kamu semua, kamu dan makhluk-makhluk yang kamu jadikan sekutu";
sesudah itu kami putuskan perhubungan baik di antara mereka.
Dan berkatalah makhluk-makhluk yang mereka sembah itu (sebagai berlepas diri):
"Bukanlah kami - yang kamu puja dan taat (sebenarnya kamu hanya memuja dan mentaati hawa nafsu kamu sendiri)!
👉Takhwif ukhrowi
Pemuja dan yg dipuja.
Surah Furqan
Ayat 17
Ayat 18

Surah Furqan.
Ayat 17
وَيَوْمَ يَحْشُرُهُمْ وَمَا يَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَقُولُ أَأَنْتُمْ أَضْلَلْتُمْ عِبَادِي هَٰؤُلَاءِ أَمْ هُمْ ضَلُّوا السَّبِيلَ

Dan (ingatkanlah) hari Tuhan menghimpunkan mereka (yang kafir) dan makhluk-makhluk yang mereka sembah yang lain dari Allah, lalu Ia bertanya (kepada makhluk-makhluk yang telah dipuja dan disembah itu): "Kamukah yang menyesatkan hamba-hambaKu itu atau mereka yang sesat jalan?"

Ayat 18
قَالُوا سُبْحَانَكَ مَا كَانَ يَنْبَغِي لَنَا أَنْ نَتَّخِذَ مِنْ دُونِكَ مِنْ أَوْلِيَاءَ وَلَٰكِنْ مَتَّعْتَهُمْ وَآبَاءَهُمْ حَتَّىٰ نَسُوا الذِّكْرَ وَكَانُوا قَوْمًا بُورًا

Mereka menjawab: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhan kami)! Sudah tentu tidak patut bagi kami mengambil sesiapa pun yang lain daripadaMu sebagai pelindung yang disembah (dan tidak patut juga kami menyeru orang menyembah kami); tetapi engkau (wahai Tuhan kami) telah melimpahkan kemewahan kepada mereka dan kepada datuk neneknya sehingga mereka lalai dan cuaikan ajaran ugamaMu, dan menjadilah mereka kaum yang binasa".

Surah Saba'
Ayat 40
وَيَوْمَ يَحْشُرُهُمْ جَمِيعًا ثُمَّ يَقُولُ لِلْمَلَائِكَةِ أَهَٰؤُلَاءِ إِيَّاكُمْ كَانُوا يَعْبُدُونَ

Dan (ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan mereka semua (pada hari kiamat), kemudian Ia bertanya kepada malaikat: "Adakah orang-orang ini, (kamu setujui) menyembah kamu dahulu?"

Ayat 41
قَالُوا سُبْحَانَكَ أَنْتَ وَلِيُّنَا مِنْ دُونِهِمْ ۖ بَلْ كَانُوا يَعْبُدُونَ الْجِنَّ ۖ أَكْثَرُهُمْ بِهِمْ مُؤْمِنُونَ

Malaikat menjawab: "Maha Suci Engkau (dari adanya sebarang sekutu denganMu). Engkaulah (yang kami hubungi sebagai Pemimpin dan) Pelindung kami bukan mereka. (Tidak ada hubungan dari pihak kami dengan mereka mengenai penyembahan mereka kepada kami), bahkan mereka adalah menyembah Jin Syaitan; kebanyakan mereka pula percaya kepada Jin Syaitan itu (sebagai sekutu Tuhan yang dipuja dan dipatuhi)".

Ayat 29
وَيَوْمَ نَحْشُرُهُمْ جَمِيعًا
ثُمَّ نَقُولُ لِلَّذِينَ أَشْرَكُوا مَكَانَكُمْ أَنْتُمْ وَشُرَكَاؤُكُمْ ۚ
فَزَيَّلْنَا بَيْنَهُمْ ۖ
وَقَالَ شُرَكَاؤُهُمْ
مَا كُنْتُمْ إِيَّانَا تَعْبُدُونَ

Dan (ingatlah) masa Kami himpunkan mereka semua (pada hari kiamat),
kemudian Kami berfirman kepada orang-orang musyrik: "Tunggulah di tempat kamu semua, kamu dan makhluk-makhluk yang kamu jadikan sekutu";
sesudah itu kami putuskan perhubungan baik di antara mereka.
Dan berkatalah makhluk-makhluk yang mereka sembah itu (sebagai berlepas diri):
"Bukanlah kami - yang kamu puja dan taat (sebenarnya kamu hanya memuja dan mentaati hawa nafsu kamu sendiri)!
👉zohir balasan apa yg telah dia buat.

Ayat 30
قُلْ مَنْ يَرْزُقُكُمْ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ
أَمَّنْ يَمْلِكُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ
وَمَنْ يُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ
وَيُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ
وَمَنْ يُدَبِّرُ الْأَمْرَ ۚ
فَسَيَقُولُونَ اللَّهُ ۚ
فَقُلْ أَفَلَا تَتَّقُونَ

Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): "Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?
Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan?
Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati,
dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup?
Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam? "(Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata:
"Allah jualah yang menguasai segala-galanya! "Oleh itu, katakanlah: "(Jika kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?
👉

Ayat 31
قُلْ مَنْ يَرْزُقُكُمْ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْض
ِ أَمَّنْ يَمْلِكُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ
وَمَنْ يُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ
وَيُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ
وَمَنْ يُدَبِّرُ الْأَمْرَ ۚ
فَسَيَقُولُونَ اللَّهُ ۚ
فَقُلْ أَفَلَا تَتَّقُونَ

Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): "Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?
Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan?
Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati,
dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup?
Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam?
"(Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata:
"Allah jualah yang menguasai segala-galanya!
"Oleh itu, katakanlah: "(Jika kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?
👉Dalil aqli ittiroqi,dalil yg orang mekah telah terima .
Ummu izom,perkara2 besar yg diterima oleh orang mekah.

Ayat 32
فَذَٰلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمُ الْحَقُّ ۖ
فَمَاذَا بَعْدَ الْحَقِّ إِلَّا الضَّلَالُ ۖ
فَأَنَّىٰ تُصْرَفُونَ

Maka yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah, Tuhan kamu yang sebenar-benarnya;
sesudah nyatanya sesuatu yang betul dan benar,
maka tidakkah yang lain daripada itu salah dan karut sahaja?
Oleh itu, bagaimana kamu dapat dipesongkan dari kebenaran?
👉ummu izom Ummul haqiroh.

Ayat 33
كَذَٰلِكَ حَقَّتْ كَلِمَت
ُ رَبِّكَ عَلَى الَّذِينَ فَسَقُوا
أَنَّهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ

(Sebagaimana benarnya ketuhanan itu bagi Allah sahaja) demikianlah benarnya kalimah ketetapan hukum Tuhanmu,
terhadap orang-orang yang fasik kerana bahawasanya mereka tidak beriman.
👉Ayat Tasliyah.
Allah kata kepada nabi.ini taqdir orang yg akan kekal dalam neraka.
Surah Yunus ada byk teguran dan sangat berat untuk orang yg mensyirikkan Allah dan bayak syikayah(rungutan diatas kedegilan manusia)

Ayat 34
قُلْ هَلْ مِنْ شُرَكَائِكُمْ
مَنْ يَبْدَأُ الْخَلْقَ
ثُمَّ يُعِيدُهُ ۚ
قُلِ اللَّهُ يَبْدَأُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ ۖ
فَأَنَّىٰ تُؤْفَكُونَ

Bertanyalah (kepada mereka wahai Muhammad): "Adakah di antara makhluk-makhluk yang kamu sekutukan dengan Tuhan itu,
sesiapa yang mula menciptakan sesuatu kejadian
kemudian ia mengembalikan adanya semula (pada hari kiamat)?
"Katakanlah: Allah jualah yang mula menciptakan sekalian makhluk kemudian Ia mengembalikan adanya semula (untuk menerima balasan);
oleh itu, mengapa kamu rela dipalingkan (kepada menyembah yang lain)?
👉Zajrun,(teguran demi teguran)
Bg orang beraqidah syirik,betapa teruknya dia kerana surah bg tau tentangnya.
Sedang orang mekah tahu hanya Allah yg mampu melakukan.

Ayat 35
قُلْ هَلْ مِنْ شُرَكَائِكُمْ مَنْ يَهْدِي إِلَى الْحَقِّ ۚ
قُلِ اللَّهُ يَهْدِي لِلْحَقِّ ۗ
أَفَمَنْ يَهْدِي إِلَى الْحَقِّ أَحَقُّ أَنْ يُتَّبَعَ أَمَّنْ لَا يَهِدِّي إِلَّا أَنْ يُهْدَىٰ ۖ
فَمَا لَكُمْ كَيْفَ تَحْكُمُونَ

Bertanyalah (wahai Muhammad): "Adakah di antara makhluk-makhluk: yang kamu sekutukan dengan Tuhan itu, sesiapa yang dengan memberi petunjuk kepada kebenaran?
"Katakanlah: "Allah jualah yang memberi hidayah petunjuk kepada kebenaran; (kalau sudah demikian) maka adakah yang dapat memberi hidayah petunjuk kepada kebenaran itu,
lebih berhak diturut,
ataupun yang tidak dapat memberi sebarang petunjuk melainkan sesudah ia diberi hidayah petunjuk?
Maka apakah alasan sikap kamu itu ?
Bagaimana kamu sanggup mengambil keputusan (dengan perkara yang salah, yang tidak dapat diterima oleh akal)?"
👉tanya lagi.

Ayat 36
وَمَا يَتَّبِعُ أَكْثَرُهُمْ إِلَّا ظَنًّا ۚ
إِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا ۚ
إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ

Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja,
(padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.
👉Allah bg tau

Ayat 37
وَمَا كَانَ هَٰذَا الْقُرْآنُ أَنْ يُفْتَرَىٰ مِنْ دُونِ اللَّهِ
وَلَٰكِنْ تَصْدِيقَ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ
وَتَفْصِيلَ الْكِتَاب
ِ لَا رَيْبَ فِيهِ مِنْ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Dan bukanlah Al-Quran ini sesuatu yang boleh diada-adakan oleh yang lain dari Allah;
tetapi Al-Quran itu diturunkan oleh Allah untuk membenarkan Kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya, dan untuk menjelaskan satu persatu hukum-hukum Syarak yang diwajibkan (atas kamu);
tidak ada sebarang syak dan ragu-ragu pada Al-Quran itu tentang datangnya dari Allah,
Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.
👉Allah bagi tau yg bukan Quran itu hanyalah khayalan, shj. khayalan tak sama dgn Quran.
Maulana Hadi minta nak belajar Takhusus hadis.
Malangnya guru takhasus hadis, Abdul Rasyid Nukmani ,di sekolah Maulana Hadi telah berhenti.
Mudir  Maulana, Dr.Habibullah Mokhtar ketika ditanya Maulana Hadi,tempat mana paling baik untuk belajar takhsus hadis,mudir tu bg tau Maulana Hadi ,setakat yg dia tahu yg mahir dlm hadis di Paskistan  adalah seorang itu shj.iaitu AbdulRasyid Nukmani.Yg Lain2 syeikhul hadis belaka.Syeikhul hadis maknanya orang mengajar hadis dari  segi fekah dalam hadis bukan ngajar hadis nak sabit hadis ni sahih atau doif.Bhg sahih doif ini dipanggil muhadis.
Muhadis ,yg mampu mengangkat Sahih doif hadis.
DrHabibullah Mokhtar ajar Maulana Hadi ,hadis Bukhari.
Dr.Halim jushdi (diantara pengarang kitab muqadimah misykatul musobih dan pernah mengajar di Afrika selama 10 tahun di universiti )adik Abdul rasyid  ganti tempatnya ngajar disekolah Maulana hadi.m asa Maulana Hadi tanya dr.halim,dia jawab kat Maulana Hadi abang dia yg sangat alim  dan dia pun belajar dgn abangnya.Jadimdia tak syor Maulan ahadi belajar dgnnya tapi belajarlah dgn abangnya sendiri.J Adi Maulana Hadi pergi belajar dgn AbdulRasyid Nukmani yg duduk dgn anaknya dikaraci yg jauhnya 172km dari tempat tinggal Maulana Hadi. Maulana Hadi kesana setiap Jumaat untuk belajar selama satu jam setiap minggu.Abdul Rasyid Nukmani ini seorang profesor hadis di universiti karaci
menurut Maulana Hadi lagi bila habis belajar daurah tafsir baru dia sedar dia  tak pandai tafsir dr segi aqidah.jalalain dan  baidowi serta satu lagi....dah ada sanad dan dah rasa pandai dan dah dapat nombor satu dlm peperiksaan tafsir Quran. sebelum ini sehingga dah tak mahu belajar tafsir lagi.dlm pembelajaran tafsir ,tiada aqidah tapi fekah biasanya.
Ketika nak belajar hadis ni Maulana Hadi kerap mimpi ayat 37ini. kmdn semasa berulang alik belajar hadis ada orang sindi ajak g ngaji daurah  tafsir.
Jadi ketika ini Maulana Hadi belajar daurah tafsir
Mula belajar Surah Dukhan.yg kelas telah bermula
Dan tahun berikutnya Maulana hadi belajar betul2.
Sudut paling penting tafsir adalah segi aqidah.
Manusia kenal Tuhan melalui aqidah tauhid yg ada dlm Quran.ini perkara yg sangat penting.
Membenarkan kitab terdahulu وَتَفْصِيلَmenunjukan Quran adalah terkini.

Ayat 38
أَمْ يَقُولُونَ افْتَرَاهُ ۖ
قُلْ فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِثْلِهِ
وَادْعُوا مَنِ اسْتَطَعْتُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

(Orang-orang kafir tidak mengakui hakikat yang demikian itu) bahkan mereka mengatakan:
"Dia lah (Muhammad) yang mengada-adakan Al-Quran menurut rekaannya".
Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalau demikian, datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu,
dan panggilah siapa sahaja yang kamu dapat memanggilnya, yang lain dari Allah (untuk membantu kamu), jika betul kamu orang-orang yang benar!".
👉Allah cabar.

Ayat 39
بَلْ كَذَّبُوا بِمَا لَمْ يُحِيطُوا بِعِلْمِهِ
وَلَمَّا يَأْتِهِمْ تَأْوِيلُهُ ۚ
كَذَٰلِكَ كَذَّبَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۖ
فَانْظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الظَّالِمِينَ

Bahkan mereka pula terburu-buru mendustakan Al-Quran yang fahaman mereka tidak dapat meliputi segala isi pengetahuannya,
dan belum datang kepada mereka kenyataan yang menjelaskan kebenarannya.
Demikianlah juga orang-orang sebelum mereka mendustakan (Kitab-kitab Allah yang diturunkan kepada mereka).
Maka lihatlah bagaimana akibat orang-orang yang zalim itu (berakhir dengan berbagai bencana yang membinasakan mereka).
👉ini zajrun.

Ayat 40
وَمِنْهُمْ مَنْ يُؤْمِنُ بِهِ
وَمِنْهُمْ مَنْ لَا يُؤْمِنُ بِهِ ۚ
وَرَبُّكَ أَعْلَمُ بِالْمُفْسِدِينَ

Dan di antara mereka ada yang beriman kepada Al-Quran,
dan ada di antaranya yang tidak beriman langsung kepadanya;
dan (ingatlah), Tuhanmu lebih mengetahui akan orang-orang yang melakukan kerosakan.
👉tasliyah.kesudahanya

Ayat 41
وَإِنْ كَذَّبُوكَ
فَقُلْ لِي عَمَلِي وَلَكُمْ عَمَلُكُمْ ۖ
أَنْتُمْ بَرِيئُونَ مِمَّا أَعْمَلُ
وَأَنَا بَرِيءٌ مِمَّا تَعْمَلُونَ

Dan jika mereka terus-menerus mendustakanmu (wahai Muhammad),
maka katakanlah: "Bagiku amalku, dan bagi kamu pula amal kamu.
Kamu tidak bertanggungjawab akan apa yang aku kerjakan,
dan aku juga tidak bertanggungjawab akan apa yang kamu kerjakan".
👉zajrun

Ayat 42
وَمِنْهُمْ مَنْ يَسْتَمِعُونَ إِلَيْكَ ۚ
أَفَأَنْتَ تُسْمِعُ الصُّمَّ
وَلَوْ كَانُوا لَا يَعْقِلُونَ

Dan di antara mereka (yang ingkar) itu, ada yang datang mendengar ajaranmu (dengan tidak mendapat faedah sedikitpun sebagai orang pekak);
maka engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa menjadikan orang-orang yang pekak itu mendengar,
juga kalau mereka menjadi orang-orang yang tidak mahu memahami perkara yang didengarnya.
👉zajrun lagi.
Telinga Dengar tapi hati tak dengar ,munafikin dimadinah,musyrikin di Mekah.
Pekak asli الصُّمَّ

Ayat 43
وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْظُرُ إِلَيْكَ ۚ
أَفَأَنْتَ تَهْدِي الْعُمْيَ
وَلَوْ كَانُوا لَا يُبْصِرُونَ

Dan di antara mereka pula ada yang memandang kepada perkara-perkara yang engkau tunjukkan (tetapi mereka tidak nampak kebenarannya sebagai orang buta);
maka engkau (wahai Muhammad) tidak berfaedah menunjuk jalan kepada orang-orang yang buta,
juga kalau mereka menjadi orang-orang yang tidak mahu melihat (perkara yang engkau tunjukkan itu).
👉

Ayat 44
إِنَّ اللَّهَ لَا يَظْلِمُ النَّاسَ شَيْئًا
وَلَٰكِنَّ النَّاسَ أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ

Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri.
👉manusia yg syirik sendiri yg zalim.allah dah bg berbagai kemudahan.

Ayat 45
وَيَوْمَ يَحْشُرُهُمْ كَأَنْ لَمْ يَلْبَثُوا
إِلَّا سَاعَةً مِنَ النَّهَارِ
يَتَعَارَفُونَ بَيْنَهُمْ ۚ
قَدْ خَسِرَ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِلِقَاءِ اللَّهِ
وَمَا كَانُوا مُهْتَدِينَ

Dan (ingatlah) masa Tuhan himpunkan mereka (pada hari kiamat kelak),
dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari.
Mereka akan berkenal-kenalan sesama sendiri. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang telah mendustakan hari menemui Allah untuk menerima balasan,
dan yang tidak mendapat petunjuk (ke jalan mencari untung semasa hidup di dunia).
👉

Ayat 46
وَإِمَّا نُرِيَنَّكَ بَعْضَ الَّذِي نَعِدُهُمْ
أَوْ نَتَوَفَّيَنَّكَ فَإِلَيْنَا مَرْجِعُهُمْ
ثُمَّ اللَّهُ شَهِيدٌ عَلَىٰ مَا يَفْعَلُونَ

Dan jika Kami perlihatkan kepadamu (wahai Muhammad) akan sebahagian dari balasan azab yang Kami janjikan kepada mereka,
atau jika Kami wafatkan engkau sebelum itu,
maka kepada Kamilah tempat kembali mereka;
kemudian Allah yang memberi keterangan mengenai apa yang mereka lakukan.
👉Takhwif duniawi.

Ayat 47
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ رَسُولٌ ۖ
فَإِذَا جَاءَ رَسُولُهُمْ قُضِيَ بَيْنَهُمْ بِالْقِسْطِ
وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

Dan bagi tiap-tiap satu umat ada seorang Rasul (yang diutuskan kepadanya); setelah datang Rasul masing-masing (menerangkan apa yang mesti diterangkan) maka hukuman pun dijalankan di antara mereka dengan adil dan mereka tetap tidak dianiaya.

Ayat 48
وَيَقُولُونَ مَتَىٰ هَٰذَا الْوَعْدُ
إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Dan mereka (yang kafir) bertanya: "Bilakah berlakunya azab yang telah dijanjikan itu,
jika betul kamu orang-orang yang benar?"
👉Syikayah lagi.

Ayat 49
قُلْ لَا أَمْلِكُ لِنَفْسِي ضَرًّا وَلَا نَفْعًا
إِلَّا مَا شَاءَ اللَّهُ ۗ
لِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۚ
إِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ فَلَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ
وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak berkuasa menolak mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku
kecuali apa yang dikehendaki Allah.
Bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan; maka apabila tempohnya,
tidak dapat mereka melambatkannya sesaatpun,
dan tidak dapat mereka menyegerakannya".
👉jawap dan syikayah

Ayat 50
قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِنْ أَتَاكُمْ عَذَابُهُ بَيَاتًا
أَوْ نَهَارًا مَاذَا يَسْتَعْجِلُ مِنْهُ الْمُجْرِمُونَ

Katakanlah: "Sudahkah kamu nampak jalan keluar jika datang kepada kamu azab Tuhan itu, pada waktu malam atau pada waktu siang?
"Azab manakah yang orang-orang berdosa itu minta disegerakan (sedang sebarang azab wajib ditakuti)?
👉zajrun dan Takhwif duniawi.

Ayat 51
أَثُمَّ إِذَا مَا وَقَعَ آمَنْتُمْ بِهِ ۚ
آلْآنَ وَقَدْ كُنْتُمْ بِهِ تَسْتَعْجِلُونَ

Patutkah (kamu mengingkari azab itu), kemudian apabila ia menimpa kamu, kamu mengakui benarnya? (Sedang pengakuan pada masa itu tidak diterima bahkan dikatakan kepada kamu):
"Sekarangkah baharu kamu mengakui benarnya, padahal sebelum ini kamu telah menunjukkan keingkaran dengan meminta disegerakan kedatangannya?"
👉istim aadiyah.

Ayat 52
ثُمَّ قِيلَ لِلَّذِينَ ظَلَمُوا ذُوقُوا عَذَابَ الْخُلْدِ
هَلْ تُجْزَوْنَ
إِلَّا بِمَا كُنْتُمْ تَكْسِبُونَ

Kemudian dikatakan lagi kepada orang-orang yang berlaku zalim itu: "Rasakanlah azab yang kekal.
Tidaklah kamu dibalas
melainkan dengan apa yang kamu usahakan (di dunia)".
👉

Ayat 53
وَيَسْتَنْبِئُونَكَ أَحَقٌّ هُوَ ۖ
قُلْ إِي وَرَبِّي إِنَّهُ لَحَقٌّ ۖ
وَمَا أَنْتُمْ بِمُعْجِزِينَ

Dan mereka (yang meminta disegerakan azab) itu akan bertanya kepadamu (wahai Muhammad):
"Adakah kedatangan azab yang dijanjikan itu benar? "Jawablah: "Ya, demi Tuhanku! Sesungguhnya adalah ia benar!
Dan kamu tidak sekali-kali berkuasa menahan kedatangannya".
👉zajrun ,takhwif ukhrowi dan syikayah

Ayat 54
وَلَوْ أَنَّ لِكُلِّ نَفْسٍ ظَلَمَتْ مَا فِي الْأَرْضِ لَافْتَدَتْ بِهِ ۗ
وَأَسَرُّوا النَّدَامَةَ لَمَّا رَأَوُا الْعَذَابَ ۖ
وَقُضِيَ بَيْنَهُمْ بِالْقِسْطِ ۚ
وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

Dan pada masa itu sekiranya tiap-tiap seorang yang berlaku zalim (kepada dirinya sendiri atau kepada orang lain) itu mempunyai segala yang ada di bumi,
tentulah ia rela menebus dirinya dengan semuanya itu (dari azab yang akan menimpanya);
dan mereka tetap akan merasa sesal serta kecewa manakala mereka melihat azab itu;
dan Allah putuskan hukum di antara mereka dengan adil serta mereka tidak akan dianiaya dengan keputusan itu.
👉

Ayat 55
أَلَا إِنَّ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۗ
أَلَا إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ
وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

Ingatlah! Sesungguhnya segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah.
Awaslah! Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
👉

Ayat 56
هُوَ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Dia lah yang menghidupkan dan yang mematikan,
dan kepadaNyalah kamu akan dikembalikan untuk menerima balasan.

Ayat 57
يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ
وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ
وَهُدًى
وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu,
dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu,
dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.
👉Tagrib kepada Al-Quran.
Supaya hambanya belajar Quran.
Peringatan dan nasihat مَوْعِظَةٌ
Hasilnya manusia akan tinggal mungkar dan keji serta buruk ,dosa dan maksiat.
Penyakit yg ada dlm hati ,seperti fahaman2 dan keyakinan yg salah .
Penyakit dlm kata iman Ghazali jenis besar2 boleh sebab kekal dlm neraka tapi sukar diketahui.
Penyakit syirik,dengki,riak ,sombong dsbgnya.
Orang yg mempercayai Al-Quran akan berusaha untuk memahaminya

Ayat 58
قُلْ بِفَضْلِ اللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِ
فَبِذَٰلِكَ فَلْيَفْرَحُوا
هُوَ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad) "kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya,
maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya),
kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)".
👉Kelebihan2 Quran.
Muqaddar
Patut bergembira dgn kurniaan Al-Quran ini .
Harta yg sangat berharga.

Ayat 59
قُلْ أَرَأَيْتُمْ
مَا أَنْزَلَ اللَّهُ لَكُمْ مِنْ رِزْقٍ
فَجَعَلْتُمْ مِنْهُ حَرَامًا وَحَلَالًا
قُلْ آللَّهُ أَذِنَ لَكُمْ ۖ
أَمْ عَلَى اللَّهِ تَفْتَرُونَ

Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum): "Sudahkah kamu nampak baik-buruknya
sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram, dan sebahagian lagi halal?"
Katakanlah lagi (kepada mereka): "Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian,
atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah?".
👉ada hubungan yg dalil aqli yg sebelum ini.

Ayat 60
وَمَا ظَنُّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ
إِنَّ اللَّهَ لَذُو فَضْلٍ عَلَى النَّاسِ
وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَشْكُرُونَ

Dan apakah sangkaan orang-orang yang mengada-adakan kata-kata dusta terhadap Allah, (tidakkah mereka akan diazabkan) hari kiamat kelak?
Sebenarnya Allah jualah yang melimpahkan kurnia kepada manusia (meliputi rezeki pemberianNya
dan hukum-hukum Syarak yang diturunkanNya),
tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur.
👉Orang mekah yg menghalalkan dan mengharamkan tu ada keizinan dr Allah kah?
Manusia berbohong hari2 tapi tidak terus dihukum.

Ayat 61
وَمَا تَكُونُ فِي شَأْنٍ
وَمَا تَتْلُو مِنْهُ مِنْ قُرْآنٍ
وَلَا تَعْمَلُونَ مِنْ عَمَلٍ إِلَّا كُنَّا عَلَيْكُمْ شُهُودًا إِذْ تُفِيضُونَ فِيهِ ۚ
وَمَا يَعْزُبُ
عَنْ رَبِّكَ
مِنْ مِثْقَالِ ذَرَّةٍ فِي الْأَرْضِ
وَلَا فِي السَّمَاءِ وَلَا أَصْغَرَ مِنْ ذَٰلِكَ وَلَا أَكْبَرَ
إِلَّا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ

Dan tidaklah engkau (wahai Muhammad) dalam menjalankan sesuatu urusan,
dan tidaklah engkau dalam membaca sesuatu surah atau sesuatu ayat dari Al-Quran
dan tidaklah kamu (wahai umat manusia) dalam mengerjakan sesuatu amal usaha, melainkan adalah Kami menjadi saksi terhadap kamu, ketika kamu mengerjakannya.
Dan tidak akan hilang lenyap
dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu dari sehalus-halus atau seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit,
dan tidak ada yang lebih kecil dari itu
dan tidak ada yang lebih besar,
melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata.
👉

Ayat 62
أَلَا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ
لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka,
dan mereka pula tidak akan berdukacita.
👉Tabsyir

Ayat 63
الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ

(Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa.
👉wali atau kekasih Allah ,Yg sentiasa menjaga iman dgn sempurna dan menjaga syariat juga akhlak.

Ayat 64
لَهُمُ الْبُشْرَىٰ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ ۚ
لَا تَبْدِيلَ لِكَلِمَاتِ اللَّهِ ۚ
ذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang mengembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada (sebarang perubahan pada janji-janji Allah yang demikian itulah kejayaan yang besar.
👉Berita  gembira didunia lagi.
Ada yg kata antara berita gembira didunia adalah mimpi2 yg baik.allah perlihatkan kepada sesaorang semasa dunia.
Mimpi baik adalah sama seperti syariat yg diluar.
Mimpi yg tak baik ada mimpi yg tidak boleh ditafsir.ini mimpi buruk.mimpi yg memberi kesedaran diakhirat.

Ayat 65
وَلَا يَحْزُنْكَ قَوْلُهُمْ ۘ
إِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا ۚ
هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) merasa dukacita disebabkan kata-kata mereka yang ingkar itu; kerana sesungguhnya segala kekuasaan tertentu bagi Allah;
Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Yang Maha Mengetahui.
👉Tasliyah
Nabi kadang2 duka cita dan Allah pujuk nabi.

Ayat 66
أَلَا إِنَّ لِلَّهِ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ ۗ
وَمَا يَتَّبِعُ الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ شُرَكَاءَ ۚ
إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ
وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ

Ingatlah! Sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi
dan bahawa mereka yang menyembah sesuatu yang lain Allah sebagai sekutuNya,
mereka tidak menurut (sesuatu keyakinan),
mereka hanya menurut sangkaan semata-mata,
dan mereka hanyalah orang-orang yang sentiasa berdusta.
👉Dalil aqli lagi.
Pujaan dan sembahan batil شُرَكَاءَ

Ayat 67
هُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ اللَّيْلَ لِتَسْكُنُوا فِيهِ
وَالنَّهَارَ مُبْصِرًا ۚ
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ
لِقَوْمٍ يَسْمَعُونَ

Dia lah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu berehat padanya,
dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha).
Sesungguhnya perubahan malam dan siang itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Allah)
bagi kaum yang mahu mendengar (keterangan-keterangan yang tersebut dan mengambil pelajaran daripadanya).
👉Dalil aqli lagi
Kejadian malam dan siang untuk tadabur.

Ayat 68
قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا ۗ
سُبْحَانَهُ ۖ
هُوَ الْغَنِيُّ ۖ
لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۚ
إِنْ عِنْدَكُمْ مِنْ سُلْطَانٍ بِهَٰذَا ۚ
أَتَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ
مَا لَا تَعْلَمُونَ

Mereka berkata: "Allah mempunyai anak"
Maha Suci Allah (dari apa yang mereka katakan itu)!
Dia lah Yang Maha Kaya;
segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaanNya;
tidaklah ada sebarang keterangan di sisi kamu yang membuktikan apa yang kamu dakwakan itu.
Mengapa kamu berani mengatakan terhadap Allah,
apa yang kamu tidak mengetahuinya?
👉Syikayah
Orang mekah yg berkata Allah ada anak.

Ayat 69
قُلْ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah, tidak akan berjaya".
👉Zajrun berserta Takhwif ukhrowi

Ayat 70
مَتَاعٌ فِي الدُّنْيَا
ثُمَّ إِلَيْنَا مَرْجِعُهُمْ
ثُمَّ نُذِيقُهُمُ الْعَذَابَ الشَّدِيدَ
بِمَا كَانُوا يَكْفُرُونَ

(Apa yang mereka beroleh hanya) kesenangan di dunia, kemudian kepada Kamilah tempat kembalinya mereka. Kemudian Kami akan rasakan mereka azab yang berat disebabkan perbuatan kufur yang mereka lakukan.
👉Muqaddar مَتَاعٌ satu kesenangan yg sedikit dan sementara.

Ayat 71
وَاتْلُ عَلَيْهِمْ
نَبَأَ نُوحٍ
إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ
يَا قَوْمِ
إِنْ كَانَ كَبُرَ عَلَيْكُمْ مَقَامِي
وَتَذْكِيرِي بِآيَاتِ اللَّهِ
فَعَلَى اللَّهِ تَوَكَّلْتُ
فَأَجْمِعُوا أَمْرَكُمْ وَشُرَكَاءَكُمْ
ثُمَّ لَا يَكُنْ أَمْرُكُمْ عَلَيْكُمْ غُمَّةً
ثُمَّ اقْضُوا إِلَيَّ
وَلَا تُنْظِرُونِ

Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad) perihal Nabi Nuh,
ketika ia berkata kepada kaumnya: "Wahai kaumku! Sekiranya kedudukan aku dalam kalangan kamu,
dan peringatan yang aku berikan kepada kamu dengan ayat-ayat keterangan Allah itu,
menjadi keberatan kepada kamu,
maka (buatlah apa yang kamu hendak buat, kerana) kepada Allah jualah aku berserah diri.
Oleh itu, tetapkanlah keazaman kamu
serta sekutu-sekutu kamu untuk melakukan rancangan jahat kamu terhadapku;
kemudian janganlah hendaknya rancangan jahat kamu itu,
kamu jalankan secara tersembunyi (tetapi biarlah terbuka);
sesudah itu bertindaklah terus terhadapku
dan janganlah kamu tunggu-tunggu lagi.
👉Takhwif duniawi dan huraian bg ayat 65
وَلَا يَحْزُنْكَ قَوْلُهُمْ ۘ
إِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا ۚ
هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) merasa dukacita disebabkan kata-kata mereka yang ingkar itu; kerana sesungguhnya segala kekuasaan tertentu bagi Allah;
Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Yang Maha Mengetahui.

Ayat 72
فَإِنْ تَوَلَّيْتُمْ
فَمَا سَأَلْتُكُمْ مِنْ أَجْرٍ ۖ
إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَى اللَّهِ ۖ
وَأُمِرْتُ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْمُسْلِمِينَ

"Oleh itu, jika kamu berpaling membelakangkan peringatanku,
maka tidaklah menjadi hal kepadaku, kerana aku tidak meminta sebarang balasan daripada kamu (mengenai ajaran ugama Allah yang aku sampaikan itu);
balasanku hanyalah dari Allah semata-mata (sama ada kamu beriman ataupun kamu ingkar);
dan aku pula diperintahkan supaya menjadi dari orang-orang Islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah)".
👉Takhwif duniawi dari Allah untuk orang mekah yg menentang wahyu.

Ayat 73
فَكَذَّبُوهُ فَنَجَّيْنَاهُ
وَمَنْ مَعَهُ فِي الْفُلْكِ
وَجَعَلْنَاهُمْ خَلَائِفَ
وَأَغْرَقْنَا الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا ۖ
فَانْظُرْ
كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُنْذَرِينَ

Mereka tetap juga mendustakan Nabi Nuh, lalu Kami selamatkan dia bersama-sama pengikut-pengikutnya yang beriman di dalam bahtera, dan kami jadikan mereka pengganti-pengganti (yang memakmurkan bumi) serta Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami (dengan banjir dan taufan sehingga punah-ranah semuanya).
Maka lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang (yang mendustakan ayat-ayat kami) setelah diberi amaran.
👉mereka telah mendapat keputusan.

Ayat 74
ثُمَّ بَعَثْنَا مِنْ بَعْدِهِ رُسُلًا
إِلَىٰ قَوْمِهِمْ
فَجَاءُوهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ
فَمَا كَانُوا لِيُؤْمِنُوا
بِمَا كَذَّبُوا بِهِ مِنْ قَبْلُ ۚ
كَذَٰلِكَ نَطْبَعُ عَلَىٰ قُلُوبِ الْمُعْتَدِينَ.

Kemudian Kami utuskan sesudah Nabi Nuh, beberapa orang Rasul kepada kaum masing-masing;
lalu Rasul-rasul itu datang kepada kaum mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata;
dalam pada itu kaum mereka tetap juga tidak mahu beriman kepada apa yang mereka telah mendustakannya sebelum itu.
Demikianlah, Kami meteraikan atas hati orang-orang yang melampaui batas.
👉Contoh ringkas Takhwif duniawi

Ayat 75
ثُمَّ بَعَثْنَا مِنْ بَعْدِهِمْ
مُوسَىٰ وَهَارُونَ
إِلَىٰ فِرْعَوْنَ وَمَلَئِهِ
بِآيَاتِنَا
فَاسْتَكْبَرُوا
وَكَانُوا قَوْمًا مُجْرِمِينَ

Kemudian Kami utuskan sesudah Rasul-rasul itu, Nabi Musa dan Nabi Harun, kepada Firaun dan kaumnya dengan membawa ayat-ayat Kami; lalu mereka (Firaun dan kaumnya) berlaku sombong takbur (enggan menerimanya), dan mereka adalah kaum yang biasa melakukan dosa.
👉bukan semua Allah bg tau nama2 nabi.

Ayat 76
فَلَمَّا جَاءَهُمُ الْحَقُّ مِنْ عِنْدِنَا
قَالُوا إِنَّ هَٰذَا لَسِحْرٌ مُبِينٌ

Oleh sebab itu ketika datang kepada mereka kebenaran dari sisi Kami, berkatalah mereka: "Sesungguhnya ini ialah sihir yang nyata".
👉

Ayat 77
قَالَ مُوسَىٰ أَتَقُولُونَ لِلْحَقِّ لَمَّا جَاءَكُمْ ۖ
أَسِحْرٌ هَٰذَا وَلَا يُفْلِحُ السَّاحِرُونَ

(Mendengarkan yang demikian), Nabi Musa bertanya: Patutkah kamu berkata demikian terhadap sesuatu kebenaran ketika datangnya kepada kamu?
Adakah bawaanku ini sihir? Sedang ahli-ahli sihir itu sudah tetap tidak akan berjaya".
👉

Ayat 78
قَالُوا أَجِئْتَنَا لِتَلْفِتَنَا
عَمَّا وَجَدْنَا
عَلَيْهِ آبَاءَنَا
وَتَكُونَ لَكُمَا الْكِبْرِيَاءُ فِي الْأَرْض
ِوَمَا نَحْنُ لَكُمَا بِمُؤْمِنِينَ

Mereka pula berkata: "Adakah engkau datang (wahai Musa) untuk memesongkan kami dari penyembahan berhala yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya,
dan untuk membolehkan kamu berdua membolot kekuasaan di bumi (Mesir)?
Dan (ketahuilah) sebenarnya kami tidak akan beriman kepada kamu berdua".
👉
Ayat 79
وَقَالَ فِرْعَوْنُ ائْتُونِي بِكُلِّ سَاحِرٍ عَلِيمٍ

Dan berkatalah Firaun (kepada orang-orangnya): "Bawalah kamu kepadaku segala ahli sihir yang mahir".
👉

Ayat 80
فَلَمَّا جَاءَ السَّحَرَةُ قَالَ لَهُمْ مُوسَىٰ أَلْقُوا مَا أَنْتُمْ مُلْقُونَ

Setelah datang ahli-ahli sihir itu, Nabi Musa berkata kepada mereka:" Campakkanlah kamu dahulu apa yang kamu hendak campakkan (diri benda-benda yang kamu jadikan sihir itu)!"
👉Ini pun atas wahyu dari Allah.

Ayat 81
فَلَمَّا أَلْقَوْا
قَالَ مُوسَىٰ مَا جِئْتُمْ بِهِ السِّحْرُ ۖ
إِنَّ اللَّهَ سَيُبْطِلُهُ ۖ
إِنَّ اللَّهَ لَا يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ

Setelah mereka campakkan (benda-benda itu),
Nabi Musa berkata:" Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir;
sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan.
👉amalan golongan ahli sihir adalah golongan perosak.

Ayat 82
وَيُحِقُّ اللَّهُ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُونَ

"Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa".
👉

Ayat 83
فَمَا آمَنَ لِمُوسَىٰ
إِلَّا ذُرِّيَّةٌ مِنْ قَوْمِهِ
عَلَىٰ خَوْفٍ مِنْ فِرْعَوْنَ وَمَلَئِهِمْ أَنْ يَفْتِنَهُمْ ۚ
وَإِنَّ فِرْعَوْنَ لَعَالٍ فِي الْأَرْضِ
وَإِنَّهُ لَمِنَ الْمُسْرِفِينَ

Maka tidaklah ada yang beriman kepada Nabi Musa melainkan sebilangan kecil dari keturunan kaumnya, itupun dengan keadaan takut kepada Firaun dan ketua-ketua kaum mereka menyeksa mereka;
kerana sesungguhnya Firaun bermaharajalela di bumi, dan sebenarnya ia dari orang-orang yang melampaui batas.
👉golongan muda ذُرِّيَّةٌ
Asal melampaui batas الْمُسْرِفِينَdan disini makna zalim.

Ayat 84
وَقَالَ مُوسَىٰ
يَا قَوْمِ إِنْ كُنْتُمْ آمَنْتُمْ بِاللَّهِ فَعَلَيْهِ تَوَكَّلُوا
إِنْ كُنْتُمْ مُسْلِمِينَ

Dan Nabi Musa pula berkata (kepada kaumnya): "Wahai kaumku!
Kalau sungguh kamu beriman kepada Allah, maka hendaklah kamu berserah diri kepadaNya,
jika betul kamu orang-orang Islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah)".
👉

Ayat 85
فَقَالُوا عَلَى اللَّهِ تَوَكَّلْنَا
رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

Lalu mereka berkata: "Kepada Allah jualah kami berserah.
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim ganas.
👉hati tawakal dan lidah berdoalah.
Jgn jadikan sasaran siksaan atau dirosakan fahaman yg sebenar.
Dua kalimah doa kaum Nabi musa

Ayat 86
وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ مِنَ الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

" Dan selamatkanlah kami dengan rahmatMu dari angkara kaum yang kafir".
👉Doa yg keuda

Ayat 87
وَأَوْحَيْنَا إِلَىٰ مُوسَىٰ وَأَخِيهِ أَنْ تَبَوَّآ لِقَوْمِكُمَا بِمِصْرَ بُيُوتًا
وَاجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ قِبْلَةً
وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ ۗ
وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ

Dan (setelah itu), Kami wahyukan kepada Nabi Musa serta saudaranya (Nabi Harun): "Hendaklah kamu berdua mendirikan rumah-rumah di Mesir untuk menempatkan kaum kamu,
dan jadikanlah rumah-rumah kamu tempat sembahyang,
serta dirikanlah sembahyang di dalamnya;
dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman (bahawa mereka akan diselamatkan dari kezaliman Firaun dan kaumnya)".
👉iklan bhw doa mereka makbul.
Penempatan baru atau khemah atau masjid بُيُوتًا

Ayat 88
وَقَالَ مُوسَىٰ
رَبَّنَا إِنَّكَ آتَيْتَ فِرْعَوْنَ
وَمَلَأَهُ زِينَةً
وَأَمْوَالًا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا
رَبَّنَا لِيُضِلُّوا عَنْ سَبِيلِكَ ۖ
رَبَّنَا اطْمِسْ عَلَىٰ أَمْوَالِهِمْ
وَاشْدُدْ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ
فَلَا يُؤْمِنُوا
حَتَّىٰ يَرَوُا الْعَذَابَ الْأَلِيمَ

Dan Nabi Musa pula (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau telah memberikan kepada Firaun
dan ketua-ketua kaumnya barang-barang perhiasan
dan harta benda yang mewah dalam kehidupan dunia ini. Wahai Tuhan kami! (Kemewahan yang Engkau berikan kepada mereka) akibatnya menyesatkan mereka dari jalanMu (dengan sebab kekufuran mereka).
Wahai Tuhan kami! Binasakanlah harta benda mereka dan meteraikanlah hati mereka (sehingga menjadi keras membatu),
maka dengan itu mereka tidak akan dapat beriman sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya.
👉doa nabi Musa setelah Allah bg wahyu kepada nabi Musa yg mereka tak akan beriman.
Perhiasan dunia زِينَةً

Ayat 89
قَالَ قَدْ أُجِيبَتْ دَعْوَتُكُمَا فَاسْتَقِيمَا
وَلَا تَتَّبِعَانِّ سَبِيلَ الَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ

Allah berfirman: "Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua; oleh itu hendaklah kamu tetap (menjalankan perintahKu seterusnya),
dan janganlah kamu menurut jalan orang-orang yang tidak mengetahui (peraturan janjiKu)".
👉boleh jadi nabi Musa berdoa dan nabi Harun mengaminkan.
Atau seorang berdoa dan seorang bersetuju ,sudah memadai.
Kedua2 dikira berdoa.
Teruskan mentablighkan wahyu فَاسْتَقِيمَا
Jgn ikut Jln orang tidak sabar menunggu pertolongan allah.

Ayat 90
وَجَاوَزْنَا بِبَنِي إِسْرَائِيلَ الْبَحْرَ
فَأَتْبَعَهُمْ فِرْعَوْنُ وَجُنُودُهُ بَغْيًا وَعَدْوًا ۖ
حَتَّىٰ إِذَا أَدْرَكَهُ الْغَرَقُ
قَالَ آمَنْتُ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ
وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya,
dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan,
sehingga apabila Firaun hampir tenggelam
berkatalah ia (pada saat yang genting itu): "Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil,
dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)"
👉ini Ayat yg menunjuk dgn jelas  bukti Firaun mati  ketika Islam telah tidak diterima keislamannya.
Kaum nabi Nuh,tengok azab yg selamat.

Ayat 91
آلْآنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ
وَكُنْتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ

(Allah berfirman): "Adakah sekarang (baharu engkau beriman), padahal sesungguhnya engkau dari dahulu telah kufur derhaka,
dan engkau telahpun menjadi dari orang-orang yang melakukan kerosakan?.
👉Ayat yg juga menolak Firaun masuk Islam.masa yg telah tidak dibenarkan terima iman.

Ayat 92
فَالْيَوْمَ نُنَجِّيكَ بِبَدَنِكَ لِتَكُونَ لِمَنْ خَلْفَكَ آيَةً ۚ
وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ عَنْ آيَاتِنَا لَغَافِلُونَ

"Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut),
untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil itibar).
Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!".
👉 Cuma bila sebut masa dah tak ada faedah,maka hanya badannya selamat didunia.askar2 semua telah hancur.

Ayat 93
وَلَقَدْ بَوَّأْنَا بَنِي إِسْرَائِيلَ مُبَوَّأَ صِدْقٍ
وَرَزَقْنَاهُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ
فَمَا اخْتَلَفُوا
حَتَّىٰ جَاءَهُمُ الْعِلْمُ ۚ
إِنَّ رَبَّكَ يَقْضِي بَيْنَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ

Dan sesungguhnya Kami telah menempatkan Bani Israil di negeri yang baik (sesudah Kami binasakan Firaun), dan Kami mengurniakan mereka dengan benda-benda yang baik.
Maka mereka tidak berselisihan (mengenai Nabi Muhammad melainkan)
setelah datang kepada mereka pengetahuan (dari bukti-bukti yang nyata).
Sesungguhnya Tuhanmu akan menghukum di antara mereka pada hari kiamat tentang apa yang mereka perselisihan itu.
👉Ini keberkatan bersahabat dgn nabi.
Hujung Ayat,takhwif ukhrowi.
Keputusan secara amali يَقْضِي

Ayat 94
فَإِنْ كُنْتَ فِي شَكٍّ
مِمَّا أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ
فَاسْأَلِ الَّذِينَ يَقْرَءُونَ الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكَ ۚ
لَقَدْ جَاءَكَ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ
فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

Oleh sebab itu, sekiranya engkau (wahai Muhammad) merasa ragu-ragu tentang apa yang Kami turukan kepadamu,
maka bertanyalah kepada orang-orang yang membaca kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu (kerana mereka mengetahui kebenarannya).
Sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran dari Tuhanmu,
maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang ragu-ragu.
👉 Zajrun kepada nabi.
Bezakan huraian kitab dgn kitab yg sebenar.

Ayat 95
وَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّهِ
فَتَكُونَ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Dan jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang mendustakan ayat-ayat Allah,
kerana dengan itu engkau akan menjadi dari orang-orang yang rugi.
👉

Ayat 96
إِنَّ الَّذِينَ حَقَّتْ عَلَيْهِمْ كَلِمَتُ رَبِّكَ
لَا يُؤْمِنُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang telah ditetapkan atas mereka hukuman Tuhanmu (dengan azab),
mereka tidak akan beriman:
👉Tasliyah kepada nabi.
Faedah hanya orang yg menyampaikan wahyutetap ada walaupun wahyu yg dibawa tidak diterima.

Ayat 97
وَلَوْ جَاءَتْهُمْ كُلُّ آيَةٍ حَتَّىٰ يَرَوُا الْعَذَابَ الْأَلِيمَ

Walaupun datang kepada mereka segala jenis keterangan dan tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah dan kebenaran Rasul-rasulNya), sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya.

Ayat 97
وَلَوْ جَاءَتْهُمْ كُلُّ آيَةٍ حَتَّىٰ يَرَوُا الْعَذَابَ الْأَلِيمَ

Walaupun datang kepada mereka segala jenis keterangan dan tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah dan kebenaran Rasul-rasulNya), sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya.
👉Kaum nabi Yunus ,bukan kaum yg degil dlm taqdir.

Ayat 98
فَلَوْلَا كَانَتْ قَرْيَةٌ آمَنَتْ فَنَفَعَهَا إِيمَانُهَا
إِلَّا قَوْمَ يُونُسَ لَمَّا آمَنُوا كَشَفْنَا عَنْهُمْ عَذَابَ الْخِزْيِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَمَتَّعْنَاهُمْ إِلَىٰ حِينٍ

(Dengan kisah Firaun itu) maka ada baiknya kalau (penduduk) sesebuah negeri beriman (sebelum mereka ditimpa azab), supaya imannya itu mendatangkan manfaat menyelamatkannya.
Hanya kaum Nabi Yunus sahaja yang telah berbuat demikian - ketika mereka beriman,
Kami elakkan azab sengsara yang membawa kehinaan dalam kehidupan dunia dari menimpa mereka,
dan Kami berikan mereka menikmati kesenangan sehingga ke suatu masa (yang Kami tentukan).
👉

Ayat 99
وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَآمَنَ مَنْ فِي الْأَرْضِ كُلُّهُمْ جَمِيعًا ۚ
أَفَأَنْتَ تُكْرِهُ النَّاسَ
حَتَّىٰ يَكُونُوا مُؤْمِنِينَ

Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman),
jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi.
(Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki)
maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?
👉

Ayat 100
وَمَا كَانَ لِنَفْسٍ أَنْ تُؤْمِنَ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ ۚ
وَيَجْعَلُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يَعْقِلُونَ

Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang untuk beriman melainkan dengan izin Allah (melalui undang-undang dan peraturanNya);
dan Allah menimpakan azab atas orang-orang yang tidak mahu memahami (perintah-perintahNya).
👉Orang cerdik masuk syurga يَعْقِلُونَ

Ayat 101
قُلِ انْظُرُوا مَاذَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ
وَمَا تُغْنِي الْآيَاتُ وَالنُّذُرُ عَنْ قَوْمٍ لَا يُؤْمِنُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya).
Dalam pada itu, segala tanda dan bukti (yang menunjukkan kekuasaan Allah),
dan segala Rasul (yang menyampaikan perintah-perintah Allah dan memberi amaran), tidak akan memberi faedah kepada orang-orang yang tidak menaruh kepercayaan kepadanya.
👉zajrun.
Peringatan وَالنُّذُرُ

Ayat 102
فَهَلْ يَنْتَظِرُونَ
إِلَّا مِثْلَ أَيَّامِ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِهِمْ ۚ
قُلْ فَانْتَظِرُوا
إِنِّي مَعَكُمْ مِنَ الْمُنْتَظِرِينَ

Maka orang-orang yang tersebut tidak menunggu melainkan (azab Allah) sebagaimana kejadian-kejadian yang berlaku kepada orang-orang yang ingkar yang terdahulu daripada mereka.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Tunggulah, sesungguhnya aku juga bersama-sama kamu dari orang-orang yang menunggu".
👉Takhwif duniawi

Ayat 103
ثُمَّ نُنَجِّي رُسُلَنَا وَالَّذِينَ آمَنُوا ۚ
كَذَٰلِكَ حَقًّا عَلَيْنَا نُنْجِ الْمُؤْمِنِينَ

Kemudian Kami selamatkan Rasul Kami dan orang-orang yang beriman.
Demikianlah juga, sebagai kewajipan Kami, Kami selamatkan orang-orang yang beriman yang menurutmu).
👉Natijah apabila tunggu.
Dgn makna tanggungjawab atau kurnia حَقًّا

Ayat 104
قُلْ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنْ كُنْتُمْ فِي شَكٍّ مِنْ دِينِي
فَلَا أَعْبُدُ الَّذِينَ تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ
وَلَٰكِنْ أَعْبُدُ اللَّهَ الَّذِي يَتَوَفَّاكُمْ ۖ
أَعْبُدُ وَأُمِرْتُ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sekiranya kamu menaruh syak tentang kebenaran ugamaku,
maka (ketahuilah) aku tidak menyembah makhluk-makhluk yang kamu menyembahnya yang lain dari Allah,
tetapi aku hanya menyembah Allah yang akan mematikan kamu (untuk menerima balasan);
dan aku diperintahkan supaya menjadi dari golongan yang beriman.
👉maksud surah
Isbat.

Ayat 105
وَأَنْ أَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا
وَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

"Serta (diwajibkan kepadaku): ' Hadapkanlah seluruh dirimu menuju (ke arah mengerjakan perintah-perintah) ugama dengan betul dan ikhlas,
dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang musyrik.
👉tawajuh ْ أَقِمْ وَجْهَكَ
Hanif yg syirik,orang mekah dakwa hanif

Ayat 106
وَلَا تَدْعُ مِنْ دُونِ اللَّهِ مَا لَا يَنْفَعُكَ وَلَا يَضُرُّكَ ۖ
فَإِنْ فَعَلْتَ فَإِنَّكَ إِذًا مِنَ الظَّالِمِينَ

Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu.
Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).
👉Dalil bg laakbuddu   َلَا أَعْبُدُ yg disebut pada ayat 104

Ayat 107
وَإِنْ يَمْسَسْكَ اللَّهُ بِضُرٍّ
فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ ۖ
وَإِنْ يُرِدْكَ بِخَيْرٍ
فَلَا رَادَّ لِفَضْلِهِ ۚ
يُصِيبُ بِهِ مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ ۚ
وَهُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan,
maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia;
dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan,
maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya.
Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya,
dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
👉huraian وَلَٰكِنْ أَعْبُدُadalah وَإِنْ يَمْسَسْكَ

Ayat 108
قُلْ يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَكُمُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكُمْ ۖ
فَمَنِ اهْتَدَىٰ فَإِنَّمَا يَهْتَدِي لِنَفْسِهِ ۖ
وَمَنْ ضَلَّ فَإِنَّمَا يَضِلُّ عَلَيْهَا ۖ
وَمَا أَنَا عَلَيْكُمْ بِوَكِيلٍ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Telah datang kepada kamu kebenaran (Al-Quran) dari Tuhan kamu.
Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beriman kepadanya),
maka faedah hidayah petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri;
dan sesiapa yang sesat (mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri dan aku pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal (iman atau keingkaran) kamu".
👉Tagrib kepada tauhid.

Ayat 109
وَاتَّبِعْ مَا يُوحَىٰ إِلَيْكَ
وَاصْبِرْ حَتَّىٰ يَحْكُمَ اللَّهُ ۚ
وَهُوَ خَيْرُ الْحَاكِمِينَ

Dan turutlah apa yang diwahyukan kepadamu
serta bersabarlah (dalam perjuangan mengembangkan Islam) sehingga Allah menghukum (di antaramu dengan golongan yang ingkar,
dan memberi kepadamu kemenangan yang telah dijanjikan), kerana Dia lah sebaik-baik Hakim.

👉Dalil wahyi.
Disini Tasliyah وَاصْبِرْ

1 ulasan:

  1. Method Maulana Husin Ali al-Wani disampaikan oleh Maulana abdul hadi yaakob hafizahullahu ta'ala

    BalasPadam