Rabu, Jun 05, 2019

Daurah tafsir 2019 sesi 06(11)

Daurah tafsir 2019 sesi 06(11)
sesi 06(11,12,13,14)

1.Al fatihah( 7)makkiyah
2.albaqarah(283)madaniyah
3.ali imran(200)madaniyah
4.An nisa(176)madaniyah
5.Al maidah(120)madaniyah
6.Al anam(165)makkiyah
7.Al a'raf(206)makkiyah
8.Al anfal(75)madaniyah
9.At taubah(129)madaniyah
10.yunus(109)makkiyah
👉11.hud(123)makkiyah
12.yusuf(111)makkiyah
13.Ar rad(43)madaniyah.
14.ibrahim(52)makkiyah
15.Al hijr(99)makkiyah
16.An nahl (128)makkiyah
17.Al isra(111)makkiyah
18.Al kahf(110)makkiyah
19.maryam(98)makkiyah
20.taha(135)makkiyah

011.Surah Hud
ini 4 maksud penting atau Da'wa surah.
1.Tauhid didalam berdoa.
Mentauhidkan allah didlm berdoa.Tidak boleh syirik dalam berdoa.
2.Ilmu Allah taala meliputi segala2 dan hendaklah berusaha untuk menyakini allah tahu semua perkara.
3.Hendaklah mentablighkan semua wahyu (al bala ghu tam).jika nak sampaikan semua mesti belajar semua.
Cerita kemampuan hafaz Quran dikalangan orang Arab.
Sahabat beragama nak tahu semua ajarannya bukan ala kadar sebagaimana orang Melayu.
Abu bakar ,Umar ,Usman dan Ali adalah  hafiz .
4.walaupun Al-Quran mudah dan  bersesuaian dgn aqal kebanyakan manusia degil untuk menerimanya.

Ada dlm surah ini 7 kisah.
Kisah1,2,3&6untuk maksud yg pertama.tauhid dlm berdoa
Kisah4&5,untuk maksud yg ke2.ilmu Allah meliputi.
Kisah 7,untuk maksud ke3 tabligh wahyu mesti dibuat secara sempurna.
Ada 7kisah kepada 3da'wa atau maksud.
Dlm surah Yunus,allah nak sabitkan tiada syafaat qariah dgn dalil aqli.
Tapi dlm surah Hud ,Allah nak sabitkan perkara yg sama beserta 4perkara tambahan ini dgn dalil naqli atau dalil cerita.cerita lebih mudah faham dan mantap
Ada 11dalil aqli
Ada 4 dalil naqlil

Surah Hud
Tertib surah 11
Surah makkiyah
Bilangan Ayat 123
Tertib turun 52
Bilangan rukuk 10
Bilangan paragraf 8

Bilangan paragrafnya ada 8.
Paragraf 1ayat 1-24. ini kita panggil pendahuluan atau muqaddimah.didlm paragraf ini tema utamanya ialah  ialah tauhid ibadah yakni tauhid uluhiyah.tauhid ibadah byk jenis. ada tauhid uluhiyah.ada tauhid rububiyah.ini tauhid uluhiyah.tauhid ibadah
Paragraf 2Ayat 25-49 kisah dakwah dan  kebinasaan kaum nabi nuh
Paragraf 3Ayat 50-60kisah kaum hud dan kebinasaan kaumnya kaum aad
Paragraf 4 Ayat 61-68 kisah dakwah nabi soleh dan kebinasaan kaum tsamud.
Paragraf 5 Ayat 69-83 kisah dakwah nabi lut dan kebinasaan kaum lut.
Paragraf 6 Ayat 84-95 kisah dakwah nabi syuib dan kebinasaan kaumnya
Paragraf 7Ayat 96-99 kisah dakwah nabi musa dan kebinasaan firaun dan keluarganya atau pendokong2nya.
Paragraf 8 Ayat 100-123 yg merupakan penutup kepada surah ini yg menuntut supaya kita juga berada diatas tauhid ibadah dan berpegang pada tauhid uluhiyah sebagaimana permulaan surah ini.ini termasuk kata kunci.selalunya kata kunci ini ada didepan ada dihujung.kalu kita perhati molek2 itulah mesej utamanya.

Mesej utama
1.Berita gembira untuk Rasullah tentang baginda akan menguasai Mekah dan Islam akan berkuasa dgn sepenuhnya.
2.Orang2 kafir Quraisy Mekah  akan menjadi seperti saudara2 Yusuf  yg kemudiannya mengharapkan belas kasihan.

Mari kita tengok mesej utama surah ini.
Dgn menerima seruan alquran, ajaran tauhid dan bertaubat drp syirik dan dosa2  selain memohon keampunan kepada allah ,sesuatu kaum diberi peluang tanpa dibinasakan.jika tidak mereka juga akan dibinasakan seperti kaum2 sebelumnya .
itulah mesej utama surah ini.

Ayat 1
الر ۚ كِتَابٌ أُحْكِمَتْ آيَاتُه
ُ ثُمَّ فُصِّلَتْ مِنْ لَدُنْ حَكِيمٍ خَبِيرٍ

Alif, Laam, Raa'. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh,
kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.
👉Quran 600muka surat ,jika tafsir maka jadi lebih byk lagi.

Ayat 2
أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا اللَّهَ ۚ
إِنَّنِي لَكُمْ مِنْهُ نَذِيرٌ
وَبَشِيرٌ

(Al-Quran yang demikian sifatnya diturunkan oleh Allah) supaya janganlah kamu menyembah sesuatupun melainkan Allah. (Katakanlah wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku diutus oleh Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran (kepada orang-orang yang (ingkar),
dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang (beriman).
👉qolasoh wahyu.

Ayat 3
وَأَنِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ
ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ
يُمَتِّعْكُمْ
مَتَاعًا حَسَنًا
إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى
وَيُؤْتِ كُلَّ ذِي فَضْلٍ فَضْلَهُ ۖ
وَإِنْ تَوَلَّوْا
فَإِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ كَبِيرٍ

Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik),
kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya;
supaya Ia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu,
dan (di akhirat pula) Ia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu;
dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu),
maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya).
👉Nabi diajar talkin istighafar kepada umat.

Ayat 4
إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ ۖ
وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Kepada Allah jualah kembalinya kamu,
dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
👉

Ayat 5
أَلَا إِنَّهُمْ يَثْنُونَ صُدُورَهُمْ
لِيَسْتَخْفُوا مِنْهُ ۚ
أَلَا حِينَ يَسْتَغْشُونَ ثِيَابَهُمْ
يَعْلَمُ مَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعْلِنُونَ ۚ
إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ

Ketahuilah! Sesungguhnya mereka yang ingkar itu membongkokkan badan mereka
untuk menyembunyikan (perasaan buruk yang ada dalam dada mereka) daripada Allah.
Ketahuilah! Semasa mereka berselubung dengan pakaian mereka sekalipun,
Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan;
sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.
👉ini maksud atau da'wa yg ke2 surah.ilmu allah meliputi

Ayat 6
وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ
إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا
وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا
وَمُسْتَوْدَعَهَا ۚ
كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُبِينٍ

Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya
dan mengetahui tempat kediamannya(rahim ibu)
dan tempat ia disimpan(sulbi bapa).
Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).
👉qudrat Allah taala.

Ayat 7
وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ
وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ
لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۗ
وَلَئِنْ قُلْتَ إِنَّكُمْ مَبْعُوثُونَ
مِنْ بَعْدِ الْمَوْتِ لَيَقُولَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا
إِنْ هَٰذَا إِلَّا سِحْرٌ مُبِينٌ

Dan Dia lah yang menjadikan langit dan bumi dalam masa 6hari,
sedang "ArasyNya, berada di atas air (Ia menjadikan semuanya itu untuk menguji kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya.
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) berkata: "Bahawa kamu akan dibangkitkan hidup kembali sesudah mati" tentulah orang-orang yang ingkar akan berkata:
"Ini tidak lain, hanyalah seperti sihir yang nyata (tipuannya)".
👉 syikayah

Ayat 8
وَلَئِنْ أَخَّرْنَا عَنْهُمُ الْعَذَابَ إِلَىٰ أُمَّةٍ مَعْدُودَةٍ
لَيَقُولُنَّ مَا يَحْبِسُهُ ۗ
أَلَا يَوْمَ يَأْتِيهِمْ لَيْسَ مَصْرُوفًا عَنْهُمْ
وَحَاقَ بِهِمْ مَا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُونَ

Dan demi sesungguhnya! Jika kami tangguhkan azab daripada menimpa mereka hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah mereka akan berkata (secara mengejek):
"Apakah yang menghalangnya?" Ketahuilah! Pada hari datangnya azab itu kepada mereka,
tidak akan dapat ditolak daripada menimpa mereka,
dan tentulah mereka akan diliputi oleh azab yang mereka telah ejek-ejek itu.
👉hukuman keengkaran ditangguhkan.

Ayat 9
وَلَئِنْ أَذَقْنَا الْإِنْسَانَ مِنَّا رَحْمَةً
ثُمَّ نَزَعْنَاهَا مِنْهُ
إِنَّهُ لَيَئُوسٌ كَفُورٌ

Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia(syirik) sesuatu pemberian rahmat
dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya,
mendapati dia amat berputus asa(seru Allah)
lagi amat tidak bersyukur.
👉Zajrun

Ayat 10
وَلَئِنْ أَذَقْنَاهُ نَعْمَاءَ بَعْدَ ضَرَّاءَ مَسَّتْهُ
لَيَقُولَنَّ ذَهَبَ السَّيِّئَاتُ عَنِّي ۚ
إِنَّهُ لَفَرِحٌ فَخُورٌ

Dan demi sesungguhnya! kalau Kami memberinya pula kesenangan sesudah ia menderita kesusahan,
tentulah ia akan berkata: "Telah hilang lenyaplah dariku segala kesusahan yang menimpaku".
Sesungguhnya ia (dengan kesenangannya itu) riang gembira, lagi bermegah-megah (kepada orang ramai).
👉Selepas musibah ,dia akan kata telah hilang kesusahan tak akan dtg lagi.
Dan Hatinya cukup bangga dan cukup sombong pada perkataan atau anggotanya

Ayat 11
إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُوا
وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
أُولَٰئِكَ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ

Kecuali orang-orang yang sabar
dan mengerjakan amal soleh
maka mereka itu akan beroleh keampunan dan pahala yang besar.
👉Tabsyir muqobil maknanya lawan yg syirik tadi.

Ayat 12
فَلَعَلَّكَ تَارِكٌ بَعْضَ
مَا يُوحَىٰ إِلَيْكَ
وَضَائِقٌ بِهِ صَدْرُكَ
أَنْ يَقُولُوا
لَوْلَا أُنْزِلَ عَلَيْهِ كَنْزٌ
أَوْ جَاءَ مَعَهُ مَلَكٌ ۚ
إِنَّمَا أَنْتَ نَذِيرٌ ۚ
وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ

Jangan-jangan engkau (wahai Muhammad) tidak menyampaikan
sebahagian dari apa yang diwahyukan kepadamu
serta merasa sempit dada untuk menyampaikannya disebabkan orang-orang yang ingkar itu berkata: "Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) perbendaharaan (harta benda yang banyak),
ataupun datang bersama-sama dengannya malaikat (untuk menolongnya menyiarkan Islam)?"
Kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada orang-orang yang ingkar,
dan Allah jualah Pentadbir yang menguruskan tiap-tiap sesuatu (maka berserahlah diri kepadaNya).
👉Ini da'wa surah yg ke3,mentablighkan wahyu semua sekali
Susun tertib tak ajar lagi, boleh.tapi tak akan baca jika takut dan bimbang orang kata , termasuk orang tidak mentablighkan wahyu.
Ini Tuhan bg tau tentang umat nabi saw.
Umat hentam peribadi sedangan wahyu untuk kebaikan umat.

Ayat 13
أَمْ يَقُولُونَ افْتَرَاهُ ۖ
قُلْ فَأْتُوا بِعَشْرِ سُوَرٍ
مِثْلِهِ
مُفْتَرَيَاتٍ
وَادْعُوا مَنِ اسْتَطَعْتُمْ
مِنْ دُونِ اللَّهِ
إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Bukan itu sahaja kata-kata mereka
bahkan mereka menuduh dengan mengatakan: "Ia (Muhammad) yang mereka-reka Al-Quran itu! " katakanlah (wahai Muhammad): "(Jika demikian tuduhan kamu),
maka cubalah buat
serta datangkan sepuluh surah rekaan yang sebanding dengan Al-Quran itu,
dan panggilah siapa sahaja yang kamu sanggup memanggilnya,
yang lain dari Allah,
jika betul kamu orang-orang yang benar".
👉Syikayah

Ayat 14
فَإِلَّمْ يَسْتَجِيبُوا لَكُمْ
فَاعْلَمُوا أَنَّمَا أُنْزِلَ بِعِلْمِ اللَّهِ
وَأَنْ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ
فَهَلْ أَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

Oleh itu, jika mereka (penolong-penolong kamu) tidak dapat melaksanakan permintaan kamu (untuk membuat surah-surah yang sebanding dengan Al-Quran),
maka ketahuilah bahawa Al-Quran itu diturunkan hanyalah menurut pengetahuan Allah,
dan bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah.
Setelah (terbukti hakikat yang demikian) maka adakah kamu mengakui Islam dan menurut aturannya?
👉yakin Isi wahyu yg paling penting وَأَنْ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ

Ayat 15
مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا
وَزِينَتَهَا
نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَالَهُمْ فِيهَا
وَهُمْ فِيهَا لَا يُبْخَسُونَ

Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia
dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya),
maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia,
dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
👉Zajrun berserta Takhwif.
Tak ikut Quran hanyalah sebab dunia.
Kesibukan pada sesuatu benda menyebabkan akan menjadi tak sibuk pada perkara lain.
Pentingkan dunia.
Sedangkan Quran lebih baik dari apa yg dihimpun.

Ayat 16
أُولَٰئِكَ الَّذِينَ لَيْسَ لَهُمْ فِي الْآخِرَةِ إِلَّا النَّارُ ۖ
وَحَبِطَ مَا صَنَعُوا فِيهَا
وَبَاطِلٌ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka,
dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia,
dan batallah apa yang mereka telah kerjakan.
👉tiada kesan diakhirat.

Ayat 17
أَفَمَنْ كَانَ عَلَىٰ بَيِّنَةٍ مِنْ رَبِّهِ
وَيَتْلُوهُ شَاهِدٌ مِنْهُ
وَمِنْ قَبْلِهِ كِتَابُ مُوسَىٰ إِمَامًا وَرَحْمَةً ۚ
أُولَٰئِكَ يُؤْمِنُونَ بِهِ ۚ
وَمَنْ يَكْفُرْ بِهِ مِنَ الْأَحْزَابِ فَالنَّارُ مَوْعِدُهُ ۚ
فَلَا تَكُ فِي مِرْيَةٍ مِنْهُ ۚ
إِنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ
وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يُؤْمِنُونَ

Jika demikian, adakah sama mereka itu dengan orang-orang yang keadaannya sentiasa berdasarkan bukti yang terdapat dari (benda-benda yang diciptakan oleh) Tuhannya,
dan diikuti oleh Kitab Suci Al-Quran memberi kenyataan - sebagai saksi dari pihak Tuhan meneguhkan bukti yang tersebut;
dan sebelum itu, kenyataan yang serupa diberi oleh Kitab Nabi Musa yang menjadi ikutan dan rahmat (kepada umatnya)?
Orang-orang yang berkeadaan demikian, mengakui - menerima Al-Quran;
dan sesiapa ingkar akan Al-Quran itu dari kumpulan-kumpulan kaum kafir,
maka nerakalah dijanjikan menjadi tempatnya.
Oleh itu, janganlah engkau (wahai Muhammad) menaruh perasaan ragu-ragu terhadap Al-Quran,
kerana sesungguhnya Al-Quran itu adalah perkara yang benar dari Tuhanmu,
tetapi kebanyakan manusia tidak percaya kepadanya.
👉Adalah untuk maksud atau da'wa yg ke4
Wahyu jelas
Aqal pun cukup ,boleh membezakan baik buruk .
Mukkalah ,cukup matang boleh pilih baik dan buruk makna aqal waras.
Orang gila ada hukum.
Orang bodoh sikit ada hukum dia,dia tak boleh mengurus harta.
Orang yg mukallah tidak termasuk ke2dua diatas.
Orang ini yg layak menerima Al-Quran.

Ayat 17
أَفَمَنْ كَانَ عَلَىٰ بَيِّنَةٍ مِنْ رَبِّهِ
وَيَتْلُوهُ شَاهِدٌ مِنْهُ
وَمِنْ قَبْلِهِ
كِتَابُ مُوسَىٰ
إِمَامًا وَرَحْمَةً ۚ
أُولَٰئِكَ يُؤْمِنُونَ بِهِ ۚ
وَمَنْ يَكْفُرْ بِهِ مِنَ الْأَحْزَابِ فَالنَّارُ مَوْعِدُهُ ۚ
فَلَا تَكُ فِي مِرْيَةٍ مِنْهُ ۚ
إِنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ
وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يُؤْمِنُونَ

Jika demikian, adakah sama mereka itu dengan orang-orang yang keadaannya sentiasa berdasarkan bukti yang terdapat dari (benda-benda yang diciptakan oleh) Tuhannya,
dan diikuti oleh Kitab Suci Al-Quran memberi kenyataan - sebagai saksi dari pihak Tuhan meneguhkan bukti yang tersebut;
dan sebelum itu,
kenyataan yang serupa diberi oleh Kitab Nabi Musa yang menjadi ikutan dan rahmat (kepada umatnya)?
Orang-orang yang berkeadaan demikian, mengakui - menerima Al-Quran;
dan sesiapa ingkar akan Al-Quran itu dari kumpulan-kumpulan kaum kafir,
maka nerakalah dijanjikan menjadi tempatnya.
Oleh itu, janganlah engkau (wahai Muhammad) menaruh perasaan ragu-ragu terhadap Al-Quran,
kerana sesungguhnya Al-Quran itu adalah perkara yang benar dari Tuhanmu,
tetapi kebanyakan manusia tidak percaya kepadanya.
👉Da'wa yg ke4
Sebab Al-Quran nu benar ,mestilah belajar dan faham tentangnya.a Al-Quran juga jelas tapi ramai yg tolak sebab degil.

Ayat 18
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَىٰ عَلَى اللَّهِ كَذِبًا ۚ
أُولَٰئِكَ يُعْرَضُونَ عَلَىٰ رَبِّهِمْ
وَيَقُولُ الْأَشْهَادُ
هَٰؤُلَاءِ الَّذِينَ كَذَبُوا عَلَىٰ رَبِّهِمْ ۚ
أَلَا لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الظَّالِمِينَ

Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang-orang yang mereka-reka perkara-perkara dusta terhadap Allah! Orang-orang yang demikian sifatnya akan dibawa mengadap Tuhan mereka,
dan pada hari itu akan berkatalah saksi-saksi (dari malaikat-malaikat, Nabi-nabi, dan anggota-anggota tubuh mereka sendiri):
"Inilah orang-orang yang membuat-buat dusta terhadap Tuhan mereka".
Ketahuilah (sesungguhnya) laknat Allah tertimpa kepada orang-orang yang zalim!
👉Zajru dan Takhwif
Bohong atas nama Tuhan ,idkhalilahi.o rang zalim bohong atas nama allah
Allah hantar wahyu tapi tak sir ngaji.adinreka agama dr Allah.s ebut agama tapi bukan wahyu adalah bohong.
Agama rekaan adalah berbohong.

Ayat 19
الَّذِينَ يَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ
وَيَبْغُونَهَا عِوَجًا
وَهُمْ بِالْآخِرَةِ هُمْ كَافِرُونَ

Orang-orang yang menghalang dirinya sendiri dan orang lain dari jalan ugama Allah
dan berusaha supaya jalan itu menjadi bengkok terpesong,
sedang mereka pula ingkarkan hari akhirat;
👉Lagi sifat nya.h alang orang lain dr agama Allah dan berusaha agar agama jadi belut

Ayat 20
أُولَٰئِكَ لَمْ يَكُونُوا مُعْجِزِينَ فِي الْأَرْضِ
وَمَا كَانَ لَهُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ۘ يُضَاعَفُ لَهُمُ الْعَذَابُ ۚ
مَا كَانُوا يَسْتَطِيعُونَ السَّمْعَ
وَمَا كَانُوا يُبْصِرُونَ

Mereka itu tidak akan dapat melemahkan kekuasaan Allah daripada menimpakan mereka dengan azab di dunia,
dan tidak ada pula bagi mereka, yang lain dari Allah, sesiapapun yang dapat menolong melepaskan mereka dari seksaNya.
Azab untuk mereka akan digandakan (kerana mereka sangat bencikan jalan ugama Allah),
sehingga mereka tidak tahan mendengarnya,
dan tidak pula suka melihat tanda-tanda kebenarannya.
👉Allah bg tau orang yg bersifat seperti ini.

Ayat 21
أُولَٰئِكَ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنْفُسَهُمْ
وَضَلَّ عَنْهُمْ مَا كَانُوا يَفْتَرُونَ

Merekalah orang-orang yang merugikan diri sendiri,
dan hilang lenyaplah dari mereka apa yang mereka ada-adakan.
👉Pujaan batil dan syarat dr selain allah

Ayat 22
لَا جَرَمَ أَنَّهُمْ فِي الْآخِرَةِ هُمُ الْأَخْسَرُونَ

Tidak syak lagi, bahawa sesungguhnya merekalah yang paling rugi, pada hari akhirat kelak.

Ayat 23
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
وَأَخْبَتُوا إِلَىٰ رَبِّهِمْ
أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ ۖ
هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh,
serta tunduk taat menunaikan ibadat kepada Tuhan mereka dengan khusyuk,
mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya.
👉Tabsyir

Ayat 24
مَثَلُ الْفَرِيقَيْنِ كَالْأَعْمَىٰ وَالْأَصَمِّ وَالْبَصِيرِ وَالسَّمِيعِ ۚ
هَلْ يَسْتَوِيَانِ مَثَلًا ۚ
أَفَلَا تَذَكَّرُونَ

Bandingan dua golongan (yang kafir dan yang beriman) itu samalah seperti orang yang buta serta pekak,
dengan orang yang celik serta mendengar;
kedua-dua golongan itu tidaklah sama keadaannya. (Setelah kamu mengetahui yang demikian)
maka tidakkah kamu mahu mengambil peringatan dan insaf?
👉bandingan.

Ayat 25
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوْمِهِ
إِنِّي لَكُمْ نَذِيرٌ مُبِينٌ

Dan demi sesungguhnya! Kami telah utuskan Nabi Nuh lalu ia memberitahu kaumnya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ini seorang Rasul pemberi amaran yang nyata kepada kamu.
👉kisah pertama .
Pengenalan diri nabi Nuh.

Ayat 26
أَنْ لَا تَعْبُدُوا إِلَّا اللَّهَ ۖ
إِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ أَلِيمٍ

"Iaitu janganlah kamu menyembah melainkan Allah; sesungguhnya aku bimbang (jika kamu menyembah yang lainnya),
kamu akan ditimpa azab yang tidak terperi sakitnya pada hari pembalasan".
👉

Ayat 27
فَقَالَ الْمَلَأُ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ قَوْمِهِ
مَا نَرَاكَ إِلَّا بَشَرًا مِثْلَنَا
وَمَا نَرَاكَ اتَّبَعَكَ
إِلَّا الَّذِينَ هُمْ أَرَاذِلُنَا
بَادِيَ الرَّأْيِ
وَمَا نَرَىٰ لَكُمْ عَلَيْنَا مِنْ فَضْلٍ بَلْ نَظُنُّكُمْ كَاذِبِينَ

Maka berkatalah ketua-ketua yang kafir dari kaumnya: "Kami tidak memandangmu (wahai Nuh) melainkan sebagai seorang manusia seperti kami;
dan kami tidak nampak golongan yang mengikutmu melainkan orang-orang kami yang miskin hina,
lagi berfikiran singkat;
dan kami juga tidak memandang kamu (semua) mempunyai sebarang kelebihan yang mengatasi kami, bahkan kami menganggap kamu orang-orang pendusta".
👉hijab ketua dgn Allah biasanya sangat banyak.

Ayat 28
قَالَ يَا قَوْمِ أَرَأَيْتُمْ إِنْ كُنْتُ عَلَىٰ بَيِّنَةٍ مِنْ رَبِّي
وَآتَانِي رَحْمَةً مِنْ عِنْدِهِ
فَعُمِّيَتْ عَلَيْكُمْ
أَنُلْزِمُكُمُوهَا
وَأَنْتُمْ لَهَا كَارِهُونَ

Nabi Nuh berkata: "Wahai kaumku! Jika keadaanku berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku
serta Ia mengurniakan pangkat Nabi kepadaku dari sisiNya,
kemudian bukti yang nyata itu menjadi kabur pada pandangan kamu (disebabkan keingkaran kamu yang telah sebati),
maka adakah kamu nampak ada gunanya Kami memaksa kamu menerima bukti itu
sedang kamu tidak suka kepadanya?
👉

Ayat 29
وَيَا قَوْمِ لَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مَالًا ۖ
إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَى اللَّهِ ۚ
وَمَا أَنَا بِطَارِدِ الَّذِينَ آمَنُوا ۚ
إِنَّهُمْ مُلَاقُو رَبِّهِمْ
وَلَٰكِنِّي أَرَاكُمْ قَوْمًا تَجْهَلُونَ

Dan (ketahuilah) wahai kaumku! Aku tidak meminta kepada kamu sebarang harta benda sebagai upah menyampaikan ugama Allah itu,
tiadalah aku harapkan upahku melainkan dari Allah semata-mata;
dan aku tidak akan menghalau orang-orang yang beriman (sebagaimana yang kamu minta itu),
kerana sesungguhnya mereka akan menemui Tuhan mereka (dan pada hari itu mereka akan menuntut dan menerima hak masing-masing);
tetapi aku nampak kamu semua, kaum yang tidak mengetahui apa yang mesti diketahui.
👉Nabi Nuh berkata lagi

Ayat 30
وَيَا قَوْمِ مَنْ يَنْصُرُنِي مِنَ اللَّهِ إِنْ طَرَدْتُهُمْ ۚ
أَفَلَا تَذَكَّرُونَ

Dan lagi wahai kaumku! Siapakah yang akan menolongku dari azab Allah jika aku menghalau mereka? Maka mengapa kamu tidak mahu ingatkan kekuasaan Allah?
👉kata Nuh lagi.

Ayat 31
وَلَا أَقُولُ لَكُمْ عِنْدِي خَزَائِنُ اللَّهِ
وَلَا أَعْلَمُ الْغَيْبَ
وَلَا أَقُولُ إِنِّي مَلَكٌ
وَلَا أَقُولُ لِلَّذِينَ تَزْدَرِي أَعْيُنُكُمْ
لَنْ يُؤْتِيَهُمُ اللَّهُ خَيْرًا ۖ
اللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا فِي أَنْفُسِهِمْ ۖ
إِنِّي إِذًا لَمِنَ الظَّالِمِينَ

Dan aku tidak pernah berkata kepada kamu: di sisiku ada perbendaharaan Allah,
dan tidaklah aku mendakwa mengetahui perkara-perkara yang ghaib
dan aku tidak mengatakan bahawa aku ini malaikat;
dan aku juga tidak berkata terhadap orang-orang yang beriman yang kamu pandang hina itu,
bahawa Allah tidak akan memberi kebaikan kepada mereka.
Allah lebih mengetahui akan apa yang ada di dalam hati mereka.
Sesungguhnya aku jika bertindak demikian, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang zalim".
👉halau tanpa tahu dalil dan bukti

Ayat 32
قَالُوا يَا نُوحُ قَدْ جَادَلْتَنَا
فَأَكْثَرْتَ جِدَالَنَا فَأْتِنَا بِمَا تَعِدُنَا
إِنْ كُنْتَ مِنَ الصَّادِقِينَ

Mereka berkata: "Wahai Nuh! Sesungguhnya engkau telah bertikam lidah membantah kami
lalu engkau banyakkan sangat hujjah-hujjah semasa mengemukakan bantahanmu kepada kami;
oleh itu, datangkanlah azab Allah yang engkau janjikan kepada kami,
jika betul engkau dari orang-orang yang benar".
👉kedegilan kaum nuh

Ayat 33
قَالَ إِنَّمَا يَأْتِيكُمْ بِهِ اللَّهُ
إِنْ شَاءَ
وَمَا أَنْتُمْ بِمُعْجِزِينَ

Nabi Nuh menjawab: "Sesungguhnya Allah jualah yang akan mendatangkan azabNya itu kepada kamu jika Ia kehendaki,
dan kamu tidak sekali-kali akan dapat melemahkan kuasa Allah!
👉Nabi Nuh jawab.

Ayat 34
وَلَا يَنْفَعُكُمْ نُصْحِي
إِنْ أَرَدْتُ أَنْ أَنْصَحَ لَكُمْ
إِنْ كَانَ اللَّهُ يُرِيدُ أَنْ يُغْوِيَكُمْ ۚ
هُوَ رَبُّكُمْ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Dan tidak ada gunanya nasihatku kepada kamu,
jika aku hendak menasihati kamu,
kalau Allah hendak menyesatkan kamu (kerana kamu tetap berdegil);
Dia lah Tuhan kamu dan kepadaNya kamu akan kembali".
👉

Ayat 35
أَمْ يَقُولُونَ افْتَرَاهُ ۖ
قُلْ إِنِ افْتَرَيْتُهُ
فَعَلَيَّ إِجْرَامِي
وَأَنَا بَرِيءٌ مِمَّا تُجْرِمُونَ

(Mereka terus berdegil), bahkan mereka menuduh dengan mengatakan Nabi Nuh sengaja mengada-adakan secara dusta: bahawa Tuhan mengurniakan pangkat Nabi kepadanya.
Nabi Nuh diperintahkan menjawab dengan berkata: "Kalau aku yang mereka-reka wahyu itu
maka akulah yang akan menanggung dosa perbuatanku itu,
dan sebenarnya aku bersih dari dosa kesalahan kamu menuduhku".
👉Syikayah lagi.
Cerita nabi Nuh ini berlaku selama 950tahun dan dimasukkan dlm quran

Ayat 36
وَأُوحِيَ إِلَىٰ نُوحٍ
أَنَّهُ لَنْ يُؤْمِنَ مِنْ قَوْمِكَ
إِلَّا مَنْ قَدْ آمَنَ
فَلَا تَبْتَئِسْ بِمَا كَانُوا يَفْعَلُونَ

Dan (setelah itu) diwahyukan kepada Nabi Nuh:
"Bahawa sesungguhnya tidak akan beriman lagi dari kaummu
melainkan orang-orang yang telah sedia beriman.
Oleh itu, janganlah engkau berdukacita tentang apa yang mereka sentiasa lakukan.
👉Allah bg tau ,yg beriman hanya yg dah beriman,yg lain tidak akan

Ayat 37
وَاصْنَعِ الْفُلْكَ بِأَعْيُنِنَا
وَوَحْيِنَا
وَلَا تُخَاطِبْنِي فِي الَّذِينَ ظَلَمُوا ۚ
إِنَّهُمْ مُغْرَقُونَ

Dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami,
dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya);
dan janganlah engkau merayu kepadaKu untuk menolong kaum yang zalim itu,
kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan (dengan taufan)".
👉perintah buat kapal.

Ayat 38
وَيَصْنَعُ الْفُلْكَ
وَكُلَّمَا مَرَّ عَلَيْهِ مَلَأٌ مِنْ قَوْمِه
ِسَخِرُوا مِنْهُ ۚ
قَالَ إِنْ تَسْخَرُوا مِنَّا
فَإِنَّا نَسْخَرُ مِنْكُمْ كَمَا تَسْخَرُونَ

Dan Nabi Nuh pun membuat bahtera itu,
dan tiap-tiap kali sepuak dari kaumnya melalui tempat ia membina bahteranya,
mereka mengejek-ejeknya.
Nabi Nuh pun menjawab: "Jika kamu memandang kami bodoh (kerana membuat bahtera ini),
maka sesungguhnya kami juga memandang kamu bodoh (kerana keingkaran kamu), sebagai (balasan) ejekan kamu.
👉

Ayat 39
فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ مَنْ يَأْتِيهِ عَذَابٌ يُخْزِيهِ
وَيَحِلُّ عَلَيْهِ عَذَابٌ مُقِيمٌ

Maka kamu akan mengetahui siapakah yang akan didatangi azab yang menghinakannya di dunia,
dan yang akan ditimpakan pula dengan azab yang kekal pada hari akhirat kelak".
👉

Ayat 40
حَتَّىٰ إِذَا جَاءَ أَمْرُنَا
وَفَارَ التَّنُّورُ
قُلْنَا احْمِلْ فِيهَا
مِنْ كُلٍّ زَوْجَيْنِ اثْنَيْنِ
وَأَهْلَكَ
إِلَّا مَنْ سَبَقَ عَلَيْهِ الْقَوْلُ
وَمَنْ آمَنَ ۚ
وَمَا آمَنَ مَعَهُ إِلَّا قَلِيلٌ

(Nabi Nuh terus bekerja) sehingga apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka
dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan),
Kami berfirman kepada Nabi Nuh: "Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina),
dan bawalah ahlimu
kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya),
juga bawalah orang-orang beriman".
Dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja.
👉tempat bakar roti dlm tanah التَّنُّورُtempat paling kering
Isteri nabi Nuh dan anak lelaki nya.
Ada yg kata 80orang lebih,sangat sikit قَلِيلٌ

Ayat 41
وَقَالَ ارْكَبُوا فِيهَا
بِسْمِ اللَّهِ مَجْرَاهَا
وَمُرْسَاهَا ۚ
إِنَّ رَبِّي لَغَفُورٌ رَحِيمٌ

Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): "Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: '
Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya '. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
👉

Ayat 42
وَهِيَ تَجْرِي بِهِمْ
فِي مَوْجٍ كَالْجِبَالِ
وَنَادَىٰ نُوحٌ ابْنَهُ
وَكَانَ فِي مَعْزِل
ٍيَا بُنَيَّ ارْكَبْ مَعَنَا
وَلَا تَكُنْ مَعَ الْكَافِرِينَ

(Mereka semua naik) dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka
dalam ombak yang seperti gunung-ganang,
dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya:
"Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami,
dan janganlah engkau tinggal dengan orang-orang yang kafir".
👉gambar air yg terlalu banyak.

Ayat 43
قَالَ سَآوِي إِلَىٰ جَبَلٍ يَعْصِمُنِي مِنَ الْمَاءِ ۚ
قَالَ لَا عَاصِمَ الْيَوْمَ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ إِلَّا مَنْ رَحِمَ ۚ
وَحَالَ بَيْنَهُمَا الْمَوْجُ فَكَانَ مِنَ الْمُغْرَقِينَ

Anaknya menjawab: "Aku akan pergi berlindung ke sebuah gunung yang dapat menyelamatkan aku daripada ditenggelamkan oleh air".
Nabi Nuh berkata: "Hari ini tidak ada sesuatupun yang akan dapat melindungi dari azab Allah,
kecuali orang yang dikasihani olehNya".
Dan dengan serta-merta ombak itu pun memisahkan antara keduanya,
lalu menjadilah ia (anak yang derhaka itu)
dari orang-orang yang ditenggelamkan oleh taufan.
👉Banyak2 cerita palsu yg dijaja.
Dosa besar atau murtad sebar hadis palsu ,israeliyat .agama penyebaran tapi jika palsu jadi azab dan bala bencana dan bila dinasihat degil pula.
Ilmu Tuhan ada sanad.

Ayat 44
وَقِيلَ يَا أَرْضُ
ابْلَعِي مَاءَكِ
وَيَا سَمَاءُ أَقْلِعِي
وَغِيضَ الْمَاءُ
وَقُضِيَ الْأَمْرُ
وَاسْتَوَتْ عَلَى الْجُودِيِّ ۖ
وَقِيلَ بُعْدًا لِلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata:
"Wahai bumi telanlah airmu,
dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu".
Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu.
Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung "Judi"
serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa):
"Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim".
👉ini bukan doa,tapi kisah arahan Allah.

Ayat 45
وَنَادَىٰ نُوحٌ رَبَّهُ فَقَالَ
رَبِّ إِنَّ ابْنِي مِنْ أَهْلِي
وَإِنَّ وَعْدَكَ الْحَقُّ
وَأَنْتَ أَحْكَمُ الْحَاكِمِينَ

Dan Nabi Nuh merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya anakku itu dari keluargaku sendiri,
dan bahawa janjiMu itu adalah benar, dan Engkau adalah sebijak-bijak Hakim yang menghukum dengan seadil-adilnya".
👉Nabi Nuh berdoa sebelum tenggelam

Ayat 46
قَالَ يَا نُوحُ إِنَّهُ لَيْسَ مِنْ أَهْلِكَ ۖ
إِنَّهُ عَمَلٌ غَيْرُ صَالِحٍ ۖ
فَلَا تَسْأَلْنِ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۖ
إِنِّي أَعِظُكَ أَنْ تَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ

Allah berfirman: "Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana ia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya.
Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil".
👉

Ayat 47
قَالَ رَبِّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ
أَنْ أَسْأَلَكَ مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ ۖ
وَإِلَّا تَغْفِرْ لِي
وَتَرْحَمْنِي أَكُنْ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Nabi Nuh berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya;
dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku,
dan memberi rahmat kepadaku,
nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi".
👉zajrun kepada nabi Nuh.

Ayat 48
قِيلَ يَا نُوحُ اهْبِطْ بِسَلَامٍ مِنَّا
وَبَرَكَاتٍ عَلَيْكَ
وَعَلَىٰ أُمَمٍ مِمَّنْ مَعَكَ ۚ
وَأُمَمٌ سَنُمَتِّعُهُمْ
ثُمَّ يَمَسُّهُمْ مِنَّا عَذَابٌ أَلِيمٌ

Allah berfirman: Wahai Nuh! Turunlah (dari bahtera itu) dengan selamat
dan berkat dari Kami kepadamu
dan kepada umat-umat yang bersama-samamu.
Dan (dalam pada itu) ada umat-umat dari keturunan mereka yang Kami akan beri kesenangan kepadanya (dalam kehidupan dunia),
kemudian mereka akan dikenakan azab dari Kami yang tidak terperi sakitnya".
👉kesudahan.

Ayat 49
تِلْكَ مِنْ أَنْبَاءِ الْغَيْبِ
نُوحِيهَا إِلَيْكَ ۖ
مَا كُنْتَ تَعْلَمُهَا أَنْتَ وَلَا قَوْمُكَ مِنْ قَبْلِ هَٰذَا ۖ
فَاصْبِرْ ۖ
إِنَّ الْعَاقِبَةَ لِلْمُتَّقِينَ

(Kisah Nabi Nuh) itu adalah dari perkara-perkara yang ghaib
yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad),
yang engkau dan kaum engkau tidak mengetahuinya sebelum ini.
Oleh itu, bersabarlah.
Sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.
👉jumlah muktaridoh.

Ayat 50
قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِنْ أَتَاكُمْ عَذَابُهُ
بَيَاتًا أَوْ نَهَارًا
مَاذَا يَسْتَعْجِلُ مِنْهُ الْمُجْرِمُونَ

Katakanlah: "Sudahkah kamu nampak jalan keluar jika datang kepada kamu azab Tuhan itu,
pada waktu malam atau pada waktu siang?
"Azab manakah yang orang-orang berdosa itu minta disegerakan (sedang sebarang azab wajib ditakuti)?
👉

Ayat 51
أَثُمَّ إِذَا مَا
وَقَعَ آمَنْتُمْ بِهِ ۚ
آلْآنَ وَقَدْ كُنْتُمْ بِهِ تَسْتَعْجِلُونَ

Patutkah (kamu mengingkari azab itu),
kemudian apabila ia menimpa kamu,
kamu mengakui benarnya? (Sedang pengakuan pada masa itu tidak diterima bahkan dikatakan kepada kamu): "Sekarangkah baharu kamu mengakui benarnya,
padahal sebelum ini kamu telah menunjukkan keingkaran dengan meminta disegerakan kedatangannya?"
👉

Ayat 52
ثُمَّ قِيلَ لِلَّذِينَ ظَلَمُوا
ذُوقُوا عَذَابَ الْخُلْدِ
هَلْ تُجْزَوْنَ
إِلَّا بِمَا كُنْتُمْ تَكْسِبُونَ

Kemudian dikatakan lagi kepada orang-orang yang berlaku zalim itu:
"Rasakanlah azab yang kekal.
Tidaklah kamu dibalas
melainkan dengan apa yang kamu usahakan (di dunia)".
👉

Ayat 53
وَيَسْتَنْبِئُونَكَ أَحَقٌّ هُوَ ۖ
قُلْ إِي وَرَبِّي إِنَّهُ لَحَقٌّ ۖ
وَمَا أَنْتُمْ بِمُعْجِزِينَ

Dan mereka (yang meminta disegerakan azab) itu akan bertanya kepadamu (wahai Muhammad):
"Adakah kedatangan azab yang dijanjikan itu benar? "Jawablah: "Ya, demi Tuhanku! Sesungguhnya adalah ia benar!
Dan kamu tidak sekali-kali berkuasa menahan kedatangannya".
👉

Ayat 54
إِنْ نَقُولُ إِلَّا اعْتَرَاكَ بَعْضُ آلِهَتِنَا بِسُوءٍ ۗ
قَالَ إِنِّي أُشْهِدُ اللَّهَ
وَاشْهَدُوا
أَنِّي بَرِيءٌ مِمَّا تُشْرِكُونَ

" Kami hanya boleh berkata bahawa setengah dari tuhan-tuhan kami telah mengenakanmu sesuatu penyakit gila (disebabkan engkau selalu mencaci penyembahan kami itu)".
Nabi Hud menjawab: "Sesungguhnya aku menyeru Allah menjadi saksi tentang kebenaranku,
dan kamu juga saksikanlah
bahawa aku bersih dari dosa perbuatan syirik kamu -
👉

Ayat 55
مِنْ دُونِهِ ۖ
فَكِيدُونِي جَمِيعًا
ثُمَّ لَا تُنْظِرُونِ

" Menyembah yang lain dari Allah.
Maka rancangkanlah tipu helah kamu semua terhadapku, kemudian jalankan terus, janganlah kamu beri tempoh kepadaku mempertahankan diri.
👉

Ayat 56
إِنِّي تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ
رَبِّي وَرَبِّكُمْ ۚ
مَا مِنْ دَابَّةٍ
إِلَّا هُوَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا ۚ
إِنَّ رَبِّي عَلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

" Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah,
Tuhanku dan Tuhan kamu!
Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi
melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.
👉

Ayat 57
فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقَدْ أَبْلَغْتُكُمْ مَا أُرْسِلْتُ بِهِ إِلَيْكُمْ ۚ
وَيَسْتَخْلِفُ رَبِّي قَوْمًا غَيْرَكُمْ
وَلَا تَضُرُّونَهُ شَيْئًا ۚ
إِنَّ رَبِّي عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ حَفِيظٌ

Dalam pada itu, jika kamu membelakangkan juga seruanku,
maka tidaklah menjadi hal kepadaku kerana aku telah sampaikan kepada kamu apa yang telah diutus oleh Allah untuk menyampaikannya,
dan Tuhanku akan menggantikan kamu dengan suatu kaum yang lain (setelah kamu dibinasakan);
dan kamu pula tidak akan dapat membahayakanNya sedikitpun.
Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengawal dan Pemulihara tiap-tiap sesuatu."
👉

Ayat 58
وَلَمَّا جَاءَ أَمْرُنَا نَجَّيْنَا هُودًا
وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ بِرَحْمَةٍ مِنَّا
وَنَجَّيْنَاهُمْ مِنْ عَذَابٍ غَلِيظٍ

Dan apabila datang azab Kami, Kami selamatkan Nabi Hud
beserta dengan umatnya yang beriman, dengan rahmat dari Kami;
dan Kami selamatkan mereka dari azab yang keras.
👉

Ayat 59
وَتِلْكَ عَادٌ ۖ
جَحَدُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ
وَعَصَوْا رُسُلَهُ
وَاتَّبَعُوا أَمْرَ كُلِّ جَبَّارٍ عَنِيدٍ

Dan itulah peristiwa kaum Aad mereka mengingkari ayat-ayat keterangan Tuhan mereka,
serta mereka menderhaka kepada Rasul-rasulnya;
dan mereka menurut perintah tiap-tiap ketua yang bermaharajalela, lagi degil dalam keingkarannya.
👉

Ayat 60
وَأُتْبِعُوا فِي هَٰذِهِ الدُّنْيَا لَعْنَةً
وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ
أَلَا إِنَّ عَادًا كَفَرُوا رَبَّهُمْ ۗ
أَلَا بُعْدًا لِعَادٍ قَوْمِ هُودٍ

Dan mereka ditimpa laknat (yang tidak putus-putus) dalam dunia ini dan pada hari kiamat.
Ketahuilah Sesungguhnya kaum Aad itu telah kufur ingkar kepada Tuhan mereka ketahuilah!
Sesungguhnya kebinasaanlah akhirnya bagi Aad: kaum Nabi Hud.
👉

Ayat 61
وَإِلَىٰ ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحًا ۚ
قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ
مَا لَكُمْ مِنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُ ۖ
هُوَ أَنْشَأَكُمْ مِنَ الْأَرْضِ
وَاسْتَعْمَرَكُمْ فِيهَا
فَاسْتَغْفِرُوهُ
ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ ۚ
إِنَّ رَبِّي قَرِيبٌ مُجِيبٌ

Dan kepada kaum Thamud, kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh.
Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dia lah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya.
Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik,
kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid.
Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya".
👉

Ayat 62
قَالُوا يَا صَالِحُ
قَدْ كُنْتَ فِينَا مَرْجُوًّا قَبْلَ هَٰذَا ۖ
أَتَنْهَانَا أَنْ نَعْبُدَ مَا يَعْبُدُ آبَاؤُنَا
وَإِنَّنَا لَفِي شَكٍّ مِمَّا تَدْعُونَا إِلَيْهِ مُرِيبٍ

Mereka menjawab dengan berkata: "Wahai Soleh, sesungguhnya engkau sebelum ini adalah orang yang diharap dalam kalangan kami (untuk memimpin kami); patutkah engkau melarang kami daripada menyembah apa yang disembah oleh datuk nenek kami?
Dan (ketahuilah) sesungguhnya kami berada dalam keadaan ragu-ragu yang merunsingkan tentang apa yang engkau serukan kami kepadanya".
👉

Ayat 63
قَالَ يَا قَوْمِ أَرَأَيْتُمْ
إِنْ كُنْتُ عَلَىٰ بَيِّنَةٍ مِنْ رَبِّي
وَآتَانِي مِنْهُ رَحْمَةً
فَمَنْ يَنْصُرُنِي مِنَ اللَّهِ
إِنْ عَصَيْتُهُ ۖ
فَمَا تَزِيدُونَنِي غَيْرَ تَخْسِيرٍ

Nabi Soleh berkata: "Wahai kaumku! Bagaimana fikiran kamu,
jika aku berada dalam kebenaran yang berdasarkan bukti yang nyata (mukjzat) dari Tuhanku,
dan Ia pula mengurniakan rahmat (pangkat Nabi) kepadaku sebagai pemberian daripadaNya, maka siapakah yang akan menolongku dari azab Allah kalau aku menderhaka kepadaNya?
Oleh itu, kamu tidak menambah sesuatu kebaikan pun bagiku selain daripada perkara yang merugikan.
👉

Ayat 64
وَيَا قَوْمِ هَٰذِهِ نَاقَةُ اللَّهِ لَكُمْ
آيَةً فَذَرُوهَا تَأْكُلْ فِي أَرْضِ اللَّهِ
وَلَا تَمَسُّوهَا بِسُوءٍ
فَيَأْخُذَكُمْ عَذَابٌ قَرِيبٌ

" Dan wahai kaumku! Ini adalah unta betina dari Allah untuk kamu sebagai tanda (mukjizat) yang membuktikan kebenaranku.
Oleh itu, biarkanlah dia mencari makan di bumi Allah
dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya, (kalau kamu menyakitinya)
maka kamu akan ditimpa azab seksa yang dekat masa datangnya".
👉

Ayat 65
فَعَقَرُوهَا
فَقَالَ تَمَتَّعُوا فِي دَارِكُمْ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ ۖ
ذَٰلِكَ وَعْدٌ غَيْرُ مَكْذُوبٍ

Mereka kemudiannya menyembelih unta itu,
lalu berkatalah Nabi Soleh kepada mereka: Bersenang-senanglah kamu di tempat masing-masing selama tiga hari;
tempoh yang demikian itu, ialah suatu janji yang tidak dapat didustakan".
👉

Ayat 66
فَلَمَّا جَاءَ أَمْرُنَا
نَجَّيْنَا صَالِحًا
وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ
بِرَحْمَةٍ مِنَّا
وَمِنْ خِزْيِ يَوْمِئِذٍ ۗ
إِنَّ رَبَّكَ هُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيزُ

Maka ketika datang azab kami,
kami selamatkan Soleh
beserta umatnya yang beriman,
dengan rahmat dari Kami, dan Kami selamatkan mereka dari azab serta kehinaan hari itu.
Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
👉

Ayat 67
وَأَخَذَ الَّذِينَ ظَلَمُوا الصَّيْحَةُ
فَأَصْبَحُوا فِي دِيَارِهِمْ جَاثِمِينَ

Dan orang-orang yang zalim itu, dibinasakan oleh satu letusan suara yang menggempakan bumi,
lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing.
👉

Ayat 68
كَأَنْ لَمْ يَغْنَوْا فِيهَا ۗ
أَلَا إِنَّ ثَمُودَ كَفَرُوا رَبَّهُمْ ۗ
أَلَا بُعْدًا لِثَمُودَ

(Mereka punah-ranah) seolah-olah mereka tidak pernah tinggal di situ.
Ketahuilah! Sesungguhnya kaum Thamud itu kufurkan Tuhan mereka.
Ketahuilah! Sesungguhnya kebinasaanlah akhirnya bagi kaum Thamud.
👉

Ayat 69
وَلَقَدْ جَاءَتْ رُسُلُنَا إِبْرَاهِيمَ
بِالْبُشْرَىٰ قَالُوا سَلَامًا ۖ
قَالَ سَلَامٌ ۖ
فَمَا لَبِثَ أَنْ جَاءَ بِعِجْلٍ حَنِيذٍ

Dan sesungguhnya telah datang malaikat utusan-utusan kami kepada Nabi Ibrahim,
dengan membawa berita yang mengembirakan.
Lalu mereka memberi salam dengan berkata:
"Salam sejahtera kepadamu (wahai Ibrahim)". Nabi Ibrahim menjawab:
"Salam sejahtera kepada kamu".
Maka tidak berapa lama selepas itu, ia membawa jamuan untuk mereka: seekor anak lembu yang dipanggang.
👉

Ayat 70
فَلَمَّا رَأَىٰ أَيْدِيَهُمْ لَا تَصِلُ إِلَيْهِ
نَكِرَهُمْ وَأَوْجَسَ مِنْهُمْ خِيفَةً ۚ
قَالُوا لَا تَخَفْ إِنَّا أُرْسِلْنَا إِلَىٰ قَوْمِ لُوطٍ

Maka apabila ia melihat tangan mereka tidak menyentuh hidangan itu,
ia merasa pelik akan hal mereka serta merasa takut dari keadaan mereka.
(Melihat kecemasannya) mereka berkata: "Janganlah engkau takut wahai Ibrahim, sebenarnya kami ini diutus kepada kaum Lut (untuk membinasakan mereka)".
👉

Ayat 71
وَامْرَأَتُهُ قَائِمَةٌ
فَضَحِكَتْ
فَبَشَّرْنَاهَا
بِإِسْحَاقَ
وَمِنْ وَرَاءِ إِسْحَاقَ يَعْقُوبَ

Dan isterinya pada ketika itu berdiri (mendengar),
lalu ia ketawa (kerana hilang perasaan takutnya).
Maka Kami pun memberikan berita yang mengembirakan kepadanya (melalui malaikat itu),
bahawa ia akan mendapat seorang anak: Ishak,
dan sesudah Ishak, (ia pula akan mendapat seorang cucu): Yaakub.
👉

Ayat 72
قَالَتْ يَا وَيْلَتَى
ٰ أَأَلِدُ وَأَنَا عَجُوزٌ
وَهَٰذَا بَعْلِي شَيْخًا ۖ
إِنَّ هَٰذَا لَشَيْءٌ عَجِيبٌ

Isterinya berkata: "Sungguh ajaib keadaanku!
Adakah aku akan melahirkan anak
padahal aku sudah tua dan suamiku ini juga sudah tua? Sesungguhnya kejadian ini suatu perkara yang menghairankan".
👉

Ayat 73
قَالُوا أَتَعْجَبِينَ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ ۖ
رَحْمَتُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الْبَيْتِ ۚ
إِنَّهُ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Malaikat-malaikat itu berkata: "Patutkah engkau merasa hairan tentang perkara yang telah ditetapkan oleh Allah? Memanglah rahmat Allah dan berkatNya melimpah-limpah kepada kamu, wahai ahli rumah ini. Sesungguhnya Allah Maha terpuji, lagi Maha Melimpah kebaikan dan kemurahanNya".
👉

Ayat 74
فَلَمَّا ذَهَبَ عَنْ إِبْرَاهِيمَ الرَّوْعُ
وَجَاءَتْهُ الْبُشْرَىٰ
يُجَادِلُنَا فِي قَوْمِ لُوطٍ

Maka apabila hilang perasaan takut dari hati Nabi Ibrahim,
dan sampai kepadanya berita yang mengembirakan itu, (mulailah) ia membantah (utusan-utusan) kami tentang (azab yang akan menimpa) kaum Nabi Lut.
👉

Ayat 75
إِنَّ إِبْرَاهِيمَ لَحَلِيمٌ أَوَّاهٌ مُنِيبٌ

Sesungguhnya Nabi Ibrahim, penyabar, lembut hati (bertimbang rasa) lagi suka kembali kepada Allah dengan mengerjakan amal bakti.
👉

Ayat 76
يَا إِبْرَاهِيمُ أَعْرِضْ عَنْ هَٰذَا ۖ
إِنَّهُ قَدْ جَاءَ أَمْرُ رَبِّكَ ۖ
وَإِنَّهُمْ آتِيهِمْ عَذَابٌ غَيْرُ مَرْدُودٍ

(Malaikat-malaikat itu berkata): "Wahai Ibrahim! Janganlah dihiraukan hal ini.
Sesungguhnya telah datang perintah Tuhanmu (menghukum mereka),
dan sesungguhnya mereka akan didatangi azab yang tidak akan dapat ditolak (oleh bantahan atau doa permohonan)".
👉

Ayat 77
وَلَمَّا جَاءَتْ رُسُلُنَا لُوطًا سِيءَ بِهِمْ
وَضَاقَ بِهِمْ ذَرْعًا
وَقَالَ هَٰذَا يَوْمٌ عَصِيبٌ

Dan apabila datang utusan-utusan Kami kepada Nabi Lut ia merasa dukacita dengan kedatangan mereka,
dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya),
sambil berkata: "Ini adalah hari yang amat mencemaskan".
👉

Ayat 78
وَجَاءَهُ قَوْمُهُ
يُهْرَعُونَ إِلَيْهِ
وَمِنْ قَبْلُ كَانُوا يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ ۚ
قَالَ يَا قَوْمِ هَٰؤُلَاءِ بَنَاتِي هُنَّ أَطْهَرُ لَكُمْ ۖ
فَاتَّقُوا اللَّهَ وَلَا تُخْزُونِ فِي ضَيْفِي ۖ
أَلَيْسَ مِنْكُمْ رَجُلٌ رَشِيدٌ

Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya (dengan tujuan hendak mengganggu tetamunya),
sedang mereka sebelum itu sudah biasa melakukan kejahatan.
Nabi Lut berkata: "Wahai kaumku! Di sini ada anak-anak perempuanku mereka lebih suci bagi kamu (maka berkahwinlah dengan mereka).
Oleh itu takutlah kamu kepada Allah,
dan janganlah kamu memberi malu kepadaku mengenai tetamu-tetamuku.
Tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?"
👉

Ayat 79
قَالُوا لَقَدْ عَلِمْتَ مَا لَنَا فِي بَنَاتِكَ مِنْ حَقٍّ
وَإِنَّكَ لَتَعْلَمُ مَا نُرِيدُ

Mereka menjawab: "Sesungguhnya engkau telahpun mengetahui bahawa kami tidak ada sebarang hajat kepada anak-anak perempuanmu,
dan sebenarnya engkau sedia mengetahui akan apa yang kami kehendaki."
👉

Ayat 80
قَالَ لَوْ أَنَّ لِي بِكُمْ قُوَّةً
أَوْ آوِي إِلَىٰ رُكْنٍ شَدِيدٍ

Nabi Lut berkata: "Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu,
atau aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong-penyokong, tentulah aku akan membinasakan kamu)".
👉

Ayat 81
قَالُوا يَا لُوطُ
إِنَّا رُسُلُ رَبِّكَ لَنْ يَصِلُوا إِلَيْكَ ۖ
فَأَسْرِ بِأَهْلِكَ بِقِطْعٍ مِنَ اللَّيْلِ
وَلَا يَلْتَفِتْ مِنْكُمْ أَحَدٌ
إِلَّا امْرَأَتَكَ ۖ
إِنَّهُ مُصِيبُهَا مَا أَصَابَهُمْ ۚ
إِنَّ مَوْعِدَهُمُ الصُّبْحُ ۚ
أَلَيْسَ الصُّبْحُ بِقَرِيبٍ

(Mendengarkan yang demikian tetamunya berkata: "Wahai Lut!
Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana).
Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam,
dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang.
Kecuali isterimu, sesungguhnya ia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka).
Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh; bukankah waktu subuh itu sudah dekat?"
👉

Ayat 82
فَلَمَّا جَاءَ أَمْرُنَا جَعَلْنَا عَالِيَهَا سَافِلَهَا
وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهَا حِجَارَةً مِنْ سِجِّيلٍ مَنْضُودٍ

Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya)
dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu.
👉

Ayat 83
مُسَوَّمَةً عِنْدَ رَبِّكَ ۖ
وَمَا هِيَ مِنَ الظَّالِمِينَ بِبَعِيدٍ

Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan Ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu.
👉

Ayat 84
وَإِلَىٰ مَدْيَنَ أَخَاهُمْ شُعَيْبًا ۚ
قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ
مَا لَكُمْ مِنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُ ۖ
وَلَا تَنْقُصُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ ۚ
إِنِّي أَرَاكُمْ بِخَيْرٍ
وَإِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ مُحِيطٍ

Dan kepada penduduk "Madyan" Kami utuskan saudara mereka: Nabi Syuaib.
Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! (Sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dan janganlah kamu mengurangi sukatan dan timbangan.
Sesungguhnya aku melihat kamu berada dalam kemewahan;
dan sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang meliputi (orang-orang yang bersalah).
👉

Ayat 85
وَيَا قَوْمِ أَوْفُوا الْمِكْيَالَ
وَالْمِيزَانَ بِالْقِسْطِ ۖ
وَلَا تَبْخَسُوا النَّاسَ أَشْيَاءَهُمْ
وَلَا تَعْثَوْا فِي الْأَرْضِ مُفْسِدِينَ

Dan wahai kaumku! Sempurnakanlah sukatan
dan timbangan dengan adil
dan janganlah kamu kurangkan manusia akan benda-benda yang menjadi haknya,
dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi.
👉

Ayat 86
بَقِيَّتُ اللَّهِ خَيْرٌ لَكُمْ
إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ ۚ وَمَا أَنَا عَلَيْكُمْ بِحَفِيظٍ

Limpah kurnia Allah kepada kamu lebih baik bagi kamu (daripada yang kamu ambil secara haram itu),
jika betul kamu orang-orang yang beriman.
Dan aku bukanlah orang yang menjaga dan mengawas perbuatan kamu".
👉

Ayat 87
قَالُوا يَا شُعَيْبُ
أَصَلَاتُكَ تَأْمُرُكَ أَنْ نَتْرُكَ مَا يَعْبُدُ آبَاؤُنَا
أَوْ أَنْ نَفْعَلَ فِي أَمْوَالِنَا مَا نَشَاءُ ۖ
إِنَّكَ لَأَنْتَ الْحَلِيمُ الرَّشِيدُ

Mereka berkata: "Wahai Syuaib!
Adakah sembahyangmu (yang banyak itu) menyuruhmu perintahkan kami supaya meninggalkan apa yang disembah oleh datuk nenek kami,
atau supaya kami lakukannya apa yang kami suka melakukannya dalam menguruskan harta kami? Sesungguhnya engkau (wahai Syuaib) adalah orang yang penyabar, lagi bijak berakal (maka bagaimana pula engkau menyuruh kami melakukan perkara yang bertentangan dengan kebiasaan kami)?"
👉

Ayat 88
قَالَ يَا قَوْمِ أَرَأَيْتُمْ إِنْ كُنْتُ عَلَىٰ بَيِّنَةٍ مِنْ رَبِّي وَرَزَقَنِي مِنْهُ رِزْقًا حَسَنًا ۚ وَمَا أُرِيدُ أَنْ أُخَالِفَكُمْ إِلَىٰ مَا أَنْهَاكُمْ عَنْهُ ۚ إِنْ أُرِيدُ إِلَّا الْإِصْلَاحَ مَا اسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا بِاللَّهِ ۚ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ

Nabi Syuaib berkata: "Wahai kaumku! Bagaimana fikiran kamu, jika aku berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, dan Ia pula mengurniakan daku pangkat Nabi sebagai pemberian daripadaNya, (patutkah aku berdiam diri dari melarang kamu) sedang aku tidak bertujuan hendak melakukan sesuatu yang aku melarang kamu daripada melakukannya? Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.

Ayat 89
وَيَا قَوْمِ لَا يَجْرِمَنَّكُمْ شِقَاقِي أَنْ يُصِيبَكُمْ مِثْلُ مَا أَصَابَ قَوْمَ نُوحٍ أَوْ قَوْمَ هُودٍ أَوْ قَوْمَ صَالِحٍ ۚ وَمَا قَوْمُ لُوطٍ مِنْكُمْ بِبَعِيدٍ

Dan wahai kaumku! Janganlah permusuhan kamu terhadapku menyebabkan kamu ditimpa bala bencana sebagaimana yang telah menimpa kaum Nabi Nuh, atau kaum Nabi Hud, atau kaum Nabi Soleh. Dan kaum Nabi Lut pun tidaklah jauh dari kamu (kamu sedia mengetahui apa yang telah menimpa mereka).

Ayat 90
وَاسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ ۚ إِنَّ رَبِّي رَحِيمٌ وَدُودٌ

Dan mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengasihani, lagi Maha Pengasih".

Ayat 91
قَالُوا يَا شُعَيْبُ مَا نَفْقَهُ كَثِيرًا مِمَّا تَقُولُ وَإِنَّا لَنَرَاكَ فِينَا ضَعِيفًا ۖ وَلَوْلَا رَهْطُكَ لَرَجَمْنَاكَ ۖ وَمَا أَنْتَ عَلَيْنَا بِعَزِيزٍ

Mereka berkata: "Wahai Syuaib,! kami tidak mengerti kebanyakan dari apa yang engkau katakan itu, dan sesungguhnya kami melihat engkau orang yang lemah dalam kalangan kami; dan kalau tidaklah kerana kaum keluargamu, tentulah kami telah melemparmu (dengan batu hingga mati). Dan engkau pula bukanlah orang yang dipandang mulia dalam kalangan kami!"

Ayat 92
قَالَ يَا قَوْمِ أَرَهْطِي أَعَزُّ عَلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَاتَّخَذْتُمُوهُ وَرَاءَكُمْ ظِهْرِيًّا ۖ إِنَّ رَبِّي بِمَا تَعْمَلُونَ مُحِيطٌ

Nabi Syuaib berkata: "Wahai kaumku! (Mengapa kamu bersikap demikian)? Patutkah kaum keluargaku kamu pandang lebih mulia dari pada Allah serta kamu pula jadikan perintahNya sebagai sesuatu yang dibuang dan dilupakan di belakang kamu? Sesungguhnya Tuhanku Amat Meliputi pengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.

Ayat 93
وَيَا قَوْمِ اعْمَلُوا عَلَىٰ مَكَانَتِكُمْ إِنِّي عَامِلٌ ۖ سَوْفَ تَعْلَمُونَ مَنْ يَأْتِيهِ عَذَابٌ يُخْزِيهِ وَمَنْ هُوَ كَاذِبٌ ۖ وَارْتَقِبُوا إِنِّي مَعَكُمْ رَقِيبٌ

" Dan wahai kaumku, buatlah sedaya upaya kamu (untuk menentang ugama Allah yang aku sampaikan itu), sesungguhnya aku juga tetap berusaha dengan bersungguh-sungguh (untuk mengembangkannya). Kamu akan ketahui siapakah yang akan didatangi azab yang menghinakannya, dan siapa pula yang berdusta. Dan tunggulah, sesungguhnya aku juga turut menunggu bersama-sama kamu".

Ayat 94
وَلَمَّا جَاءَ أَمْرُنَا نَجَّيْنَا شُعَيْبًا وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ بِرَحْمَةٍ مِنَّا وَأَخَذَتِ الَّذِينَ ظَلَمُوا الصَّيْحَةُ فَأَصْبَحُوا فِي دِيَارِهِمْ جَاثِمِينَ

Dan ketika datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami selamatkan Nabi Syuaib beserta dengan umatnya yang beriman, dengan rahmat dari Kami; dan orang-orang yang zalim itu dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat masing-masing.

Ayat 95
كَأَنْ لَمْ يَغْنَوْا فِيهَا ۗ أَلَا بُعْدًا لِمَدْيَنَ كَمَا بَعِدَتْ ثَمُودُ

(Mereka punah-ranah) seolah-olah mereka tidak pernah tinggal di situ. Ketahuilah! kebinasaanlah akhirnya bagi penduduk Madyan, sebagaimana binasanya kaum Thamud.

Ayat 96
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا مُوسَىٰ بِآيَاتِنَا وَسُلْطَانٍ مُبِينٍ

Dan sesungguhnya kami telah mengutuskan Nabi Musa dengan membawa ayat-ayat keterangan Kami, dan bukti (mukjizat) yang nyata:

Ayat 97
إِلَىٰ فِرْعَوْنَ وَمَلَئِهِ فَاتَّبَعُوا أَمْرَ فِرْعَوْنَ ۖ وَمَا أَمْرُ فِرْعَوْنَ بِرَشِيدٍ

Kepada Firaun dan kaumnya; lalu kaum Firaun menurut perintah Firaun, sedang perintahnya itu bukanlah perintah yang betul.

Ayat 98
يَقْدُمُ قَوْمَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَأَوْرَدَهُمُ النَّارَ ۖ وَبِئْسَ الْوِرْدُ الْمَوْرُودُ

Firaun akan mengetuai kaumnya pada hari kiamat kemudian tetaplah ia akan membawa mereka masuk ke neraka. Dan seburuk-buruk tempat yang dimasuki ialah neraka.

Ayat 99
وَأُتْبِعُوا فِي هَٰذِهِ لَعْنَةً وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ ۚ بِئْسَ الرِّفْدُ الْمَرْفُودُ

Dan mereka diiringi oleh laknat yang tidak putus-putus di dunia ini, dan pada hari kiamat. (Sebenarnya) laknat itu adalah seburuk-buruk pemberian yang diberikan.

Ayat 100
ذَٰلِكَ مِنْ أَنْبَاءِ الْقُرَىٰ نَقُصُّهُ عَلَيْكَ ۖ مِنْهَا قَائِمٌ وَحَصِيدٌ

Yang demikian, ialah sebahagian dari khabar berita penduduk negeri-negeri (yang telah dibinasakan), kami ceritakan perihalnya kepadamu (wahai Muhammad). Di antaranya ada yang masih wujud (sisanya yang dapat disaksikan), dan ada pula yang telah hancur lebur (dan hilang lenyap).

Ayat 101
وَمَا ظَلَمْنَاهُمْ وَلَٰكِنْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ۖ فَمَا أَغْنَتْ عَنْهُمْ آلِهَتُهُمُ الَّتِي يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ شَيْءٍ لَمَّا جَاءَ أَمْرُ رَبِّكَ ۖ وَمَا زَادُوهُمْ غَيْرَ تَتْبِيبٍ

Dan tiadalah Kami menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. Maka berhala-berhala yang mereka sembah selain dari Allah itu tidak dapat menolong mereka sedikitpun pada masa datangnya azab Tuhanmu; dan penyembahan yang mereka lakukan itu hanya menambahkan kerugian sahaja kepada mereka.

Ayat 102
وَكَذَٰلِكَ أَخْذُ رَبِّكَ إِذَا أَخَذَ الْقُرَىٰ وَهِيَ ظَالِمَةٌ ۚ إِنَّ أَخْذَهُ أَلِيمٌ شَدِيدٌ

Dan demikianlah azab Tuhanmu, apabila ia menimpa (penduduk) negeri-negeri yang berlaku zalim. Sesungguhnya azabNya itu tidak terperi sakitnya, lagi amat keras serangannya.

Ayat 103
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً لِمَنْ خَافَ عَذَابَ الْآخِرَةِ ۚ ذَٰلِكَ يَوْمٌ مَجْمُوعٌ لَهُ النَّاسُ وَذَٰلِكَ يَوْمٌ مَشْهُودٌ

Sesungguhnya pada kejadian yang demikian, ada tanda (yang mendatangkan iktibar) bagi orang yang takut kepada azab akhirat, iaitu hari yang dihimpunkan manusia padanya. Dan hari yang demikian ialah hari yang dihadiri oleh sekalian makhluk.

Ayat 104
وَمَا نُؤَخِّرُهُ إِلَّا لِأَجَلٍ مَعْدُودٍ

Dan tiadalah Kami lambatkan hari kiamat itu melainkan untuk suatu tempoh yang tertentu.

Ayat 105
يَوْمَ يَأْتِ لَا تَكَلَّمُ نَفْسٌ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ فَمِنْهُمْ شَقِيٌّ وَسَعِيدٌ

(Pada) masa datangnya (hari kiamat itu), tiadalah seorangpun dapat berkata-kata (untuk membela dirinya atau memohon pertolongan) melainkan dengan izin Allah. Maka di antara mereka ada yang celaka, dan ada pula yang berbahagia.

Ayat 106
فَأَمَّا الَّذِينَ شَقُوا فَفِي النَّارِ لَهُمْ فِيهَا زَفِيرٌ وَشَهِيقٌ

Adapun orang-orang yang celaka (disebabkan keingkaran dan maksiatnya), maka di dalam nerakalah tempatnya. Bagi mereka di situ, hanyalah suara memekik-mekik dan mendayu-dayu (seperti suara keldai).

Ayat 107
خَالِدِينَ فِيهَا مَا دَامَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ إِلَّا مَا شَاءَ رَبُّكَ ۚ إِنَّ رَبَّكَ فَعَّالٌ لِمَا يُرِيدُ

Mereka kekal di dalamnya selagi ada langit dan bumi kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu. Sesungguhnya Tuhanmu, Maha Kuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.

Ayat 108
وَأَمَّا الَّذِينَ سُعِدُوا فَفِي الْجَنَّةِ خَالِدِينَ فِيهَا مَا دَامَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ إِلَّا مَا شَاءَ رَبُّكَ ۖ عَطَاءً غَيْرَ مَجْذُوذٍ

Adapun orang-orang yang berbahagia (disebabkan imannya dan taatnya), maka di dalam Syurgalah tempatnya. Mereka kekal di dalamnya selagi ada langit dan bumi kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu sebagai pemberian nikmat yang tidak putus-putus.

Ayat 109
فَلَا تَكُ فِي مِرْيَةٍ مِمَّا يَعْبُدُ هَٰؤُلَاءِ ۚ مَا يَعْبُدُونَ إِلَّا كَمَا يَعْبُدُ آبَاؤُهُمْ مِنْ قَبْلُ ۚ وَإِنَّا لَمُوَفُّوهُمْ نَصِيبَهُمْ غَيْرَ مَنْقُوصٍ

Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) menaruh perasaan ragu-ragu tentang sia-sianya apa yang disembah oleh mereka yang musyrik itu. Mereka tidak menyembah melainkan sama seperti yang disembah oleh datuk nenek mereka yang musyrik dahulu. Dan sesungguhnya Kami akan menyempurnakan bagi mereka bahagian mereka (dari azab yang telah ditentukan) dengan tidak dikurangi.

Ayat 110
وَلَقَدْ آتَيْنَا مُوسَى الْكِتَابَ فَاخْتُلِفَ فِيهِ ۚ وَلَوْلَا كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِنْ رَبِّكَ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ ۚ وَإِنَّهُمْ لَفِي شَكٍّ مِنْهُ مُرِيبٍ

(Janganlah engkau merasa bimbang wahai Muhammad tentang keingkaran kaummu) kerana sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat, lalu berlaku pertentangan mengenainya. Dan kalau tidaklah kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta-merta kepada mereka. Dan sesungguhnya mereka masih menaruh perasaan ragu-ragu tentang (kebenaran Al-Quran) itu.

Ayat 111
وَإِنَّ كُلًّا لَمَّا لَيُوَفِّيَنَّهُمْ رَبُّكَ أَعْمَالَهُمْ ۚ إِنَّهُ بِمَا يَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Dan sesungguhnya tiap-tiap seorang akan disempurnakan oleh Tuhanmu balasan amal mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam pengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

Ayat 112
فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطْغَوْا ۚ إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

Ayat 113
وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.

Ayat 114
وَأَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ ۚ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ۚ ذَٰلِكَ ذِكْرَىٰ لِلذَّاكِرِينَ

Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.

Ayat 115
وَاصْبِرْ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ

Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.

Ayat 116
فَلَوْلَا كَانَ مِنَ الْقُرُونِ مِنْ قَبْلِكُمْ أُولُو بَقِيَّةٍ يَنْهَوْنَ عَنِ الْفَسَادِ فِي الْأَرْضِ إِلَّا قَلِيلًا مِمَّنْ أَنْجَيْنَا مِنْهُمْ ۗ وَاتَّبَعَ الَّذِينَ ظَلَمُوا مَا أُتْرِفُوا فِيهِ وَكَانُوا مُجْرِمِينَ

Maka sepatutnya ada di antara umat yang telah dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang yang berkelebihan akal fikiran yang melarang kaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! Tidak ada yang melarang melainkan sedikit sahaja, iaitu orang-orang yang Kami telah selamatkan di antara mereka. Dan orang-orang yang tidak melarang itu telah menitik beratkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang yang berdosa.

Ayat 117
وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِيُهْلِكَ الْقُرَىٰ بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُونَ

Dan Tuhanmu tidak sekali-kali hendak membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya, selagi mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri.

Ayat 118
وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً ۖ وَلَا يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ

Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut ugama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.

Ayat 119
إِلَّا مَنْ رَحِمَ رَبُّكَ ۚ وَلِذَٰلِكَ خَلَقَهُمْ ۗ وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ لَأَمْلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam ugama Allah)); dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia. Dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: "Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka jahannam dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa)".

Ayat 120
وَكُلًّا نَقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ أَنْبَاءِ الرُّسُلِ مَا نُثَبِّتُ بِهِ فُؤَادَكَ ۚ وَجَاءَكَ فِي هَٰذِهِ الْحَقُّ وَمَوْعِظَةٌ وَذِكْرَىٰ لِلْمُؤْمِنِينَ

Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman.

Ayat 121
وَقُلْ لِلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ اعْمَلُوا عَلَىٰ مَكَانَتِكُمْ إِنَّا عَامِلُونَ

Dan katakanlah kepada orang-orang yang tidak beriman: "Buatlah apa yang kamu sanggup melakukannya (dari perbuatan ingkar itu). Sesungguhnya kami juga tetap mengerjakan (nasihat pengajaran yang Tuhan berikan kepada kami).

Ayat 122
وَانْتَظِرُوا إِنَّا مُنْتَظِرُونَ

Dan tunggulah (akibat yang buruk yang akan menimpa kamu)! Sesungguhnya kami juga menunggu (akan kemenangan dan kejayaan yang dijanjikan oleh Allah kepada kami)".

Ayat 123.
وَلِلَّهِ غَيْبُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَإِلَيْهِ يُرْجَعُ الْأَمْرُ كُلُّهُ فَاعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيْهِ ۚ وَمَا رَبُّكَ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.
🎍

Surah hud
Surah ke11 didlm quran.
Nama surah hud iaitu nama seorang nabi.
Bilangan ayatnya 123
Bilangan rukuk 10
Surah makkiyah seperti surah sebelum ni surah yunus.
Tertib turun ialah yg ke 52(turun kepada nabi saw)
Bilangan paragrafnya ada 8.
Paragraf 1ayat 1-24. ini kita panggil pendahuluan atau muqaddimah.didlm paragraf ini tema utamanya ialah  ialah tauhid ibadah yakni tauhid uluhiyah.tauhid ada byk jenis. ada tauhid uluhiyah.ada tauhid rububiyah.ini tauhid uluhiyah.tauhid ibadah
Paragraf 2Ayat 25-49 kisah dakwah dan  kebinasaan kaum nabi nuh
Paragraf 3Ayat 50-60kisah kaum hud dan kebinasaan kaumnya kaum aad
Paragraf 4 Ayat 61-68 kisah dakwah nabi soleh dan kebinasaan kaum tsamud.
Paragraf 5 Ayat 69-83 kisah dakwah nabi lut dan kebinasaan kaum lut.
Paragraf 6 Ayat 84-95 kisah dakwah nabi syuib dan kebinasaan kaumnya
Paragraf 7Ayat 96-99 kisah dakwah nabi musa dan kebinasaan firaun dan keluarganya atau pendokong2nya.
Paragraf 8 Ayat 100-123 yg merupakan penutup kepada surah ini yg menuntut supaya kita juga berada diatas tauhid ibadah dan berpegang pada tauhid uluhiyah sebagaimana permulaan surah ini.ini termasuk kata kunci.selalunya kata kunci ini ada didepan ada dihujung.kalu kita perhati molek2 itulah mesej utamanya.

Mesej utama
1.Berita gembira untuk Rasullah tentang baginda akan menguasai Mekah dan Islam akan berkuasa dgn sepenuhnya.
2.Orang2 kafir Quraisy Mekah  akan menjadi seperti saudara2 Yusuf  yg kemudiannya mengharapkan belas kasihan.

Mari kita tengok mesej utama surah ini.
Dgn menerima seruan alquran, ajaran tauhid dan bertaubat drp syirik dan dosa2  selain memohon keampunan kepada allah ,sesuatu kaum diberi peluang tanpa dibinasakan.jika tidak mereka juga akan dibinasakan seperti kaum2 sebelumnya .
itulah mesej utama surah ini.

Kita nak tengok zaman turun surah ni, bila?
Ke52,termasuk peringkat awal.makkiyah
Surah hud ini turun kepada nabi saw di zaman peringkat ke4 makkiyah.memang makkiyah tetapi kita nak tahu peringkat mana?
Ini sudah dikemuka  dlm nota usul tafsir sebelum ini.
Dalam tu ada ,Apa ciri2 peringkat pertama,kedua,ketiga,keempat?kita dapat kesan apa cirinya dan peringkat mana drp perkataan dan tema dlm setiap surah.saya sudah kemukakan dan tengoklah disitu.
(Surah ini diperingkat ke4)
👉 (PERINGKAT-PERINGKAT KEHIDUPAN RASULULLAH S.A.W SEMASA DI MEKAH 
Peringkat kehidupan Rasulullah s.a.w semasa di Mekah dapat dibahagikan kepada empat bahagian. 
Dalam empat bahagian itulah turun 90 surah kepada Baginda s.a.w.  
Di bawah ini dikemukakan carta menyatakan empat peringkat kehidupan Rasulullah s.a.w semasa di Mekah)

PERINGKAT PERTAMA     
1) Bermula dari masa Baginda   s.a.w dilantik menjadi nabi hingga tahun ketiga kenabian.     
2) Dakwah Rasulullah s.a.w diperingkat ini berlangsung secara sulit dan ia berterusan selama tiga tahun.     
3) Dalam masa ini 13 surah diturunkan kepada Baginda s.a.w
PERINGKAT KEDUA     
1) Bermula dari tahun keempat hingga tahun kelima kenabian.    
2) Ia berlangsung dalam masa dua tahun. Dalam masa ini dakwah mula disampaikan oleh Rasulullah s.a.w kepada umum secara terbuka.     
3) Dalam masa ini sebanyak 42 surah diturunkan kepada Nabi s.a.w
PERINGKAT KETIGA       
1) Bermula dari tahun keenam hingga tahun kesepuluh kenabian.     
2) Ia berlangsung dalam lima tahun     
3) Dalam masa ini sebanyak 22 surah diturunkan kepada Nabi s.a.w
PERINGKAT KE EMPAT       
1) Bermula dari tahun kesebelas kenabian hingga ke tahun(th13) berhijrah ke Madinah.     
2) Ia berlangsung dalam masa tiga tahun.     
3) Dalam masa ini sebanyak 13 surah diturunkan kepada Nabi s.a.w. -   
(Nota panduan peringkat)

Dlm masa ini lah ayat2 ini diturunkan
Lebihkurang sama turun dgn surah yunus.
Perkataan markr=perancangan jahat.
Peringkat tuduh macam2.
Nabi dituduh reka quran.
Juga dituduh sihir
Dipandang nabi penuh dgn syak.
Antara ciri khususiyah
Sifat allah,Ada jalali,sifat jalal lebih perkasa.,hukum dan kemurkaannya nyata
Jika sifat jamal,lembut dan kasihsayang begitu.sifat cantik dsbnya.
Surah ni menyebabkan ia menjadi beruban sebab nabi fikir sangat berat.
Kita kena perhati
1.Kata kunci dlm surah ini ialah ibadah.
2.Tema berkenaan dgn apa,kalu nak baiki ,gapo.
Dipermulaan paragraf sudah ada seruan tauhid uluhiyah.
Dan dihujung ada pula.

Ajaran semua nabi.
Tauhid dlm bab ibadat,dia saja yg berhak.
Tauhid tawakal.
Ajaran nabi2 sama temanya.
Kita tengok
Alif lam ro..satu
Dua
Tengok ayat 26

أَنْ لَا تَعْبُدُوا إِلَّا اللَّهَ ۖ إِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ أَلِيمٍ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
"Iaitu janganlah kamu menyembah melainkan Allah; sesungguhnya aku bimbang (jika kamu menyembah yang lainnya), kamu akan ditimpa azab yang tidak terperi sakitnya pada hari pembalasan".
-Sura Hud, Ayah 26
👉 Beberapa kali ini أَنْ لَا تَعْبُدُوا إِلَّا اللَّهَdiulang.
Bhw jgn kamu sembah melainkan ibadah.
Ini point...jgn kamu sembah melainkan allah,inilah tauhid ibadah atau dipanggil tauhid uluhiyah sebab perkataan ilah dan dari sini lah ulamak simpulkan tauhid uluhiyah atau konsep uluhiyah.terlalu jauh dr ilmu alquran sehingga menafikanyg isbatkanndlm quran.
Ini tauhid dari ayat  quran.
Yg berhak disembah melainkan allah.
Tauhid quran tidak difahami

Sekarang tengok
Ayat 123
وَلِلَّهِ غَيْبُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَإِلَيْهِ يُرْجَعُ الْأَمْرُ كُلُّهُ فَاعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيْهِ ۚ وَمَا رَبُّكَ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.
-Sura Hud, Ayah 123
👉Ini kata kunci surah ini فَاعْبُدْهُ,ini ayat terakhir tauhid ibadah
ini baru kita boleh nampak point.
Inilah tauhid ibadah atau uluhiyah.
Tuhan menghidup dan mematikan  juga diterima oleh oleh orang kafir tapi dia tak terima tauhid sembah allah .jika sembah  pun dia akan mensyirikannya.

Ada kala hukum pembinasaan dr allah yg dipanggil Qanun ihlat.
Tuhan ada cara dia
Satu lagi juga hukum istibdal,hapus yg ni ganti hok lain.
Allah akan tukar,sebab ini hukum allah memang begitu, sama seperti hukum allah yg lain seperti hukum graviti.atau istilah lain sunnah allah.
Seperti hukum dlm badan kita, yg najis aka  ditolak keluar.
Dizmn nabi,Ini ancaman kepada kafir quraisy.akan bernasib seperti zmn dulu jika menentang

Keserupaan dgn surah a'raf sebelum ini.
Ada 8 paragraf.
Didlm
Ada muqadimah ada penutup dan
Dicelah tu disebutkan ada 6 kaum yg dibinasakan oleh allah swt.itu lah maksud  Hukum memusnahkan atau pembinasaan dan Hukum ganti hok lain.ini berlaku dr dulu lagi .allah bg peringatan pada kita.

Dari kaitan surah ni dgn selepasnya.
Dlm surah yunus macam2 hukuman kepada orang yg tak terima tauhid ,orang2 yg tak terima kerasulan atau orang yg tak terima kekafiran.iaitu orang yg kafir kepada allah,risalah dan hari akhirat.Kaedahnya bila Allah nak hukum kena cukup hujjah dahulu.sehingga tiada alasan
Jika tak cukup tidak ada hukum dari allah.dimana yunus larj.
Kerja dakwah bukan senang cabaranya.setaro nabi yunus merajuk.
Dlm Surah Yunus ,allah bg tau allah musnahkan kaum ini apabila cukup hujjah dr nya baru binasakan.jika tidak ,tidak akan dibinasakan.sama ada secara langsung atau melalui manusia spt yg berlaku kpd umat nabi muhamad saw.
Umat yunus dilepaskan dr hukum tadi sebab tak cukup lagi.

Dlm surah hud disebut lebih terperinci.sebab pengajaran boleh diulangi2...Kita kalu belajar yg penting akan berulang2.sudah padan sejarah tu shj tentang jatuh bangun sesuatu bangsa.seperti sebut buah2an yg bangsa arab kenal..tak sebut buah durian.kalu sebut puak tu akan tekan nabi suruh nabi bw buah durian pula.jadi quran royat sejarah jatuh bangun bangsa yg dikenali bangsa mereka juga .yg penting manusia insaf.

Didlm Surah yunus disebut keraguan atau syak dlm surah ini ada juga sebut,punca manusia menolak ajar yg benar ia dia ragu terhadap ajaran tu.
Puak firaun ragu2.
Kita sendiri carilah jln belajar supaya tidak ragu2 dan dapat keyakinan
Satu lagi kesilapan adalah tuduhan.tuduh nabi reka quran,tuduh nabi bw ajaran baru,tuduh nabi nak pecah belah masyarakat.
Jadi dlm surah yunus ini kalu betul tuduhan kamu ,buat 10 surah .ini cara menghadapi orang yg ragu..tonjolkan mukjizat .quran ini tidak sama dgn kitab yg lain.
Saintis sampai ko loni, boleh reka sendiri ke?
Tonjolkan quran,sebab quran boleh hilangkan keraguan.
Quraisy mekah ada juga dlm surah hud ini.
Jadi kita jgn ragu,carilah jln belajar dgn baik supaya dpt keyakinan.ini adalah kata kunci,perkataan keraguan atau syak yg menyebabkan sesaorang tidak beriman.
Satu lagi tuduhkan terhadap orang yg membawa kebenaran.
Tuduh nabi macam2.
Allah pukul kafir quraisy dgn dlm perang badar
Makna melalui manusia juga..hilang juga

Dlm surah yunus,disuruh mereka buat quran
Dlm surah hud juga dicabar.
Tahu quran

Yg keempat tuduhan sihir terhadap nabi saw.pada puak depa tahu sihir itu macam mana.sedang dia nampak nabi saw tidak sihir.

Bandingkan dgn  surah nabi yusuf pula,kita kena sabar.kita akan dapat hasil yg baik.
Disini nabi ni sabar.
Nabi tak berpaling..ini sabar
Kalu nabi nuh sabar beratus tahun
Begitulah nabi yusuf dll.
Hasil sabar sangat baik.

Antara kata kunci dlm surah ini adalah tauhid ibadah,ajaran semua nabi saw.semau nabi suruh beribadat kepada allah sahaja
Tauhid dlm ibadah,dia sj .itu lah yg kita lihat dlm ayat dua

أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا اللَّهَ ۚ إِنَّنِي لَكُمْ مِنْهُ نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Al-Quran yang demikian sifatnya diturunkan oleh Allah) supaya janganlah kamu menyembah sesuatupun melainkan Allah. (Katakanlah wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku diutus oleh Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran (kepada orang-orang yang (ingkar), dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang (beriman).
-Sura Hud, Ayah 2
👉Ini tauhid ibadah dan tawakkal.
Dan ayat juga.

Kalu kita perhati ajaran nabi2 serupa ,ini tema surah hud iaitu tauhid ibadah.
Cuba kita tengok
Nabi nuh dia kata apa?
Ayat 26
أَنْ لَا تَعْبُدُوا إِلَّا اللَّهَ ۖ إِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ أَلِيمٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
"Iaitu janganlah kamu menyembah melainkan Allah; sesungguhnya aku bimbang (jika kamu menyembah yang lainnya), kamu akan ditimpa azab yang tidak terperi sakitnya pada hari pembalasan".
-Sura Hud, Ayah 26
👉Siapa yg kata?
Nabi nuh kata jgn sembah selain allah.

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوْمِهِ إِنِّي لَكُمْ نَذِيرٌ مُبِينٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan demi sesungguhnya! Kami telah utuskan Nabi Nuh lalu ia memberitahu kaumnya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ini seorang Rasul pemberi amaran yang nyata kepada kamu.
-Sura Hud, Ayah 25
👉Berapa kali berulang ini dipanggil tauhid ibadah

Nabi hud juga ajar benda yg sama.jika lawan dapat perkara yg sama juga.
Ayat 50
وَإِلَىٰ عَادٍ أَخَاهُمْ هُودًا ۚ قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُ ۖ إِنْ أَنْتُمْ إِلَّا مُفْتَرُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan kepada kaum Aad, Kami utuskan saudara mereka: Nabi hud ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. kamu hanyalah orang-orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta (terhadap Allah).
-Sura Hud, Ayah 50
👉Inilah ulamak buat kesimpulan tauhid uluhiyah ِ اعْبُدُوا اللَّهَdaripada ilah tu.
Apa tauhid uluhiyah ni?
Tauhid uluhiyah adalah tauhid ibadah.allah shj yg kita kena sembah,tiba2 mari puak2 yg belajar assyairah shj ni tauhid uluhiyah ni mengarut.tauhdi rububiyah pun mengarut .tauhid asma wasifat pun mengarut juga .apa trinity dlm islam?..apa lah tok pe'ti boleh ke'cek lagu tu?
Napok sangat kejahilan.

مَا لَكُمْ مِنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُ ۖ
Setiap kali sebut sembah,ilah...maknanya itulah tauhid uluhiyah.

Apa tauhid uluhiyah?
Makna hanya Allah shj yg layak disembah dipuja..tidak boleh kongsi kerana tiada yg lain.kalu kongsi maka  syirik (dlm tauhid uluhiyah).mungkin dlm bab lain tak syirik.
Bab menjadikan langit dan bumi,dia terima...bg rezeki tapi tidak tuhe shj yg disembah.situ kena.jadi tak lepas lagi syirik.
Kena lepas semua atau segala macam syirik barulah jadi muwahid atau ahli tauhid,mukmin yg sebenarnya.

Kalu yg belajar betul2 asyairah pun kata begitu juga,dia molek yg tak reti yg jadi masalah..mana tuhan yg layak disembah melainkan allah.ini tauhid uluhiyah.

Marahkan ibnu taimiyah yg bg tau tentang syirik.
Yg kecil2 yg belum allah tetapkan  boleh la buat dlm parlimen.
Kadang2 atas nama ada lesen atau tidak ada lesen halal dan haram.

Cuba tengok Kaum Soleh

وَإِلَىٰ ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحًا ۚ قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُ ۖ هُوَ أَنْشَأَكُمْ مِنَ الْأَرْضِ وَاسْتَعْمَرَكُمْ فِيهَا فَاسْتَغْفِرُوهُ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ ۚ إِنَّ رَبِّي قَرِيبٌ مُجِيبٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan kepada kaum Thamud, kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh. Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dia lah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya".
-Sura Hud, Ayah 61
👉lafaz pun sama,iaitu tauhid ibadah.Semua ajaran nabi2 sama.jangan syirik dlm ibadah.

Kaum syuaib pun ajar begitu juga.
وَإِلَىٰ مَدْيَنَ أَخَاهُمْ شُعَيْبًا ۚ قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُ ۖ وَلَا تَنْقُصُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ ۚ إِنِّي أَرَاكُمْ بِخَيْرٍ وَإِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ مُحِيطٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan kepada penduduk "Madyan" Kami utuskan saudara mereka: Nabi Syuaib. Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! (Sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dan janganlah kamu mengurangi sukatan dan timbangan. Sesungguhnya aku melihat kamu berada dalam kemewahan; dan sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang meliputi (orang-orang yang bersalah).
-Sura Hud, Ayah 84
👉lafaz pun sama.inilah tema  yg penting ,Perkara penting yg ingin dimasukan dlm hati disebut berulang kali melalui lidah beberapa orang nabi utusannya.yg mn orang yg lawannya ,allah telah binasakannya dahulu.
Nabi saw menghadapi kaum quraisy ni macam mana?
Kaum quraisy percaya tuhan buat langit .
Mereka kata allah yg buat langit bumi.
Tak kan nak kata berhala ,sebab  dia buat berhala.tetapi dari segi ibadah atau mematuhi undang2 allah yg syirik.
Ini masalah musyrikin.
Maknanya kalu dia jaga kesihatan eluk2 umur  dia boleh panjang.tuhe gantung begitu.
Ini qadak mualaq.qada mubrak lain.
Selesai dah masalah ni.
Kalu kira semua allah tentu dah.memang allah tentu belaka dah.kalu lagu tu siapa menyembuhkan tak payah royat doktorlah,semua allah...ada ke begitu.
Kena tahu hukum ada berapa?orang yg ngaji aqidah  asyairah pun dia belajar yg tu.ada hukum adat,ada hukum syarak,ada hukum tabii,ada hukum aqal,byk hukum ni.yg kita kata begitu berdasarkan hukum apa?kena tahu.
Dlm surah hud ini juga disebut tentang istighafar.
Dan ini juga diajar juga oleh allah dan kamu bertaubatlah kepada allah.Bila salah bertaubatlah kepada allah.Allah boleh panjangkan umur kamu atau umur bangsa .
Hukum sebab musabab yg tuhan buat...
Kalu kamu istighafar,aku (tuhan)panjangkan umur mu...ini urusan allah jika kebetulan maka jadi panjang umur...

Disini yumatikkom...ada umur individu .bangsa pun macam tu juga,kalu nak tahan lama jaga kesihatan dia,jgn bg punah.benda2 syirik dan kezaliman penindasan ini memendekkan umur.umur apa?umur bangsa.
Pah tuhan suruh istighafar.
Istighafar boleh panjang dgn istighafar.
Siapa yg kena beristighafar?
Pemimpin atau ulamak  yg kena istighafar ,yg nabi hadap pemimpin bukan yg bawah2 ni.
Yg jadi penghalang atau almalak,ketua.pemimpim masyarakat
Polis dan tentera serta menteri istighafar.
Bukan individu shj yg kena istighafar.
Semua kena istighafar.
Istighafar,dipermulaan surah ini.Cara sebut istighafar pun kadang2 berlainan.

وَأَنِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُمْ مَتَاعًا حَسَنًا إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى وَيُؤْتِ كُلَّ ذِي فَضْلٍ فَضْلَهُ ۖ وَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ كَبِيرٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Ia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Ia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu; dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya).
-Sura Hud, Ayah 3
👉Bila salah bertaubatlah.
Istighafar boleh panjangkan umur ,umur bangsa juga.
Kalu pergi perang mati ,tak pergi berperang tak mati.
Dlm assyairah:
Qada mubrak .dah tak boleh buat apa.
Ada kalanya tuhan gantung.ini ilmu dan urusan allah
Qadak muaalaq.jika tak istighafar pendeklah umur.
Kalu mu istighafar aku bg panjang umur.
Ada kala tetap
Ada yg tuhan gantung..qadak muaalaq.
Individu boleh mati
Bangsa pun boleh mati juga.
Istighafar siapa?
Dunia boleh berubah dgn istighafar?
Pemimpin yg mesti beristighafar..
Ketua2 masyarakat.
Kalu depa tak beristighafar .
Istighafar secara jamaii.

Yg mana rasuah kena istighafar.
Baru boleh jln dgn eluk.
Nabi nuh istighafar.
Istigharfar sangat penting
Istighafar ini bermakna kita rasa kita salah.
Ini maksud  surah ini

Disebut juga dia nuh sama macam nabi adam,Targfirli ini istighafar  juga.
jgn jadi kaum aad..

Dicerita kelebihan  istighafar
Ayat 52
وَيَا قَوْمِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا وَيَزِدْكُمْ قُوَّةً إِلَىٰ قُوَّتِكُمْ وَلَا تَتَوَلَّوْا مُجْرِمِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa!
-Sura Hud, Ayah 52
👉ni nabi hud kata Wahai kaum ku bererti ketua2 kaum dia la tu.
Jika tidak istigfhafar allah tidak akan tambah kekuatan.
Inilah akibatnya jika institusi tidak bertaubat.
Kalu tak istighafar,tuhan tak akan tolong.
Ini faedah istighafar.
1.Allah akan panjangkan umur bangsa kita.
2.Allah akan nyatakan kelebihannya bg orang yg ada kelebihan.Maknanya dlm negeri yg tertindas kelebihan tidak akan dinilai,berlaku tidak adil.orang yg sepatutnya ada keistimewaan akan dapat kelebihan.
Orang yg berkelayakan tidak diberi peluang.
Berlaku penindasan.tuhan tidak nak begitu.
Yg layaklah yg patut jadi pemimpin.
Wayuktikullazi fadlinfadla... Tiada..
Itulah akibatnya institusi tidak beristighafar.
Nabi soleh juga beristighafar
Ayat 61
وَإِلَىٰ ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحًا ۚ قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُ ۖ هُوَ أَنْشَأَكُمْ مِنَ الْأَرْضِ وَاسْتَعْمَرَكُمْ فِيهَا فَاسْتَغْفِرُوهُ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ ۚ إِنَّ رَبِّي قَرِيبٌ مُجِيبٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan kepada kaum Thamud, kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh. Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dia lah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya".
-Sura Hud, Ayah 61
👉Ini lah kata kunci,istighafar.ini benda penting dlm kehidupan.
Kafir pun boleh kekal kalu buat dgn cara yg betul.
Bersih misalnya,sudah ciri islam 
Kafir istighafar nya dgn hendak yg telus.dia cuma dapat kelebihan didunia shj diakhirat tak dapat lah. Kalu nak selamat kena bertaubat.
Kalu ada buat kena tinggalkan.
Kalu nak dunia akhirat istighafar secara islam.
Benda yg ditinggalkan sama ,perkara yg semua orang tak suka,penindasan dan kezaliman.
Tuhan maha dekat,inilah Tauhid istianah dlm surah alfatihah.
Nabi syuib pun begitu juga.
Misalnya Ayat 90

وَاسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ ۚ إِنَّ رَبِّي رَحِيمٌ وَدُودٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengasihani, lagi Maha Pengasih".
-Sura Hud, Ayah 90
👉Tadi  sifat ghafurulwadud lain..tapi semua sifat tuhan yg dekat.salah mesej utama surah ini ,manusia kalu nak selamat dan aman dia kena ada istighafar.kena ada bertaubat kepada allah.jgn buat bendayg tak eluk.

Antara syak dan ragu2
Misalnya nabi soleh.
Ayat 62

قَالُوا يَا صَالِحُ قَدْ كُنْتَ فِينَا مَرْجُوًّا قَبْلَ هَٰذَا ۖ أَتَنْهَانَا أَنْ نَعْبُدَ مَا يَعْبُدُ آبَاؤُنَا وَإِنَّنَا لَفِي شَكٍّ مِمَّا تَدْعُونَا إِلَيْهِ مُرِيبٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Mereka menjawab dengan berkata: "Wahai Soleh, sesungguhnya engkau sebelum ini adalah orang yang diharap dalam kalangan kami (untuk memimpin kami); patutkah engkau melarang kami daripada menyembah apa yang disembah oleh datuk nenek kami? Dan (ketahuilah) sesungguhnya kami berada dalam keadaan ragu-ragu yang merunsingkan tentang apa yang engkau serukan kami kepadanya".
-Sura Hud, Ayah 62
👉Penyakit syak atau keraguan adalah bahaya kepada individu atau bangsa

Misalnya kita tengok ayat 110
وَلَقَدْ آتَيْنَا مُوسَى الْكِتَابَ فَاخْتُلِفَ فِيهِ ۚ وَلَوْلَا كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِنْ رَبِّكَ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ ۚ وَإِنَّهُمْ لَفِي شَكٍّ مِنْهُ مُرِيبٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Janganlah engkau merasa bimbang wahai Muhammad tentang keingkaran kaummu) kerana sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat, lalu berlaku pertentangan mengenainya. Dan kalau tidaklah kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta-merta kepada mereka. Dan sesungguhnya mereka masih menaruh perasaan ragu-ragu tentang (kebenaran Al-Quran) itu.
-Sura Hud, Ayah 110
👉ini juga Penyakit nabi musa.
Kerana ada penyakit ni dia mendustakan kebenaran.

Tuduh juga bahaya juga.
Kalu kita tengok dlm ayat 13
أَمْ يَقُولُونَ افْتَرَاهُ ۖ قُلْ فَأْتُوا بِعَشْرِ سُوَرٍ مِثْلِهِ مُفْتَرَيَاتٍ وَادْعُوا مَنِ اسْتَطَعْتُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Bukan itu sahaja kata-kata mereka bahkan mereka menuduh dengan mengatakan: "Ia (Muhammad) yang mereka-reka Al-Quran itu! " katakanlah (wahai Muhammad): "(Jika demikian tuduhan kamu), maka cubalah buat serta datangkan sepuluh surah rekaan yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah siapa sahaja yang kamu sanggup memanggilnya, yang lain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar".
-Sura Hud, Ayah 13

Ayat 35
أَمْ يَقُولُونَ افْتَرَاهُ ۖ قُلْ إِنِ افْتَرَيْتُهُ فَعَلَيَّ إِجْرَامِي وَأَنَا بَرِيءٌ مِمَّا تُجْرِمُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Mereka terus berdegil), bahkan mereka menuduh dengan mengatakan Nabi Nuh sengaja mengada-adakan secara dusta: bahawa Tuhan mengurniakan pangkat Nabi kepadanya. Nabi Nuh diperintahkan menjawab dengan berkata: "Kalau aku yang mereka-reka wahyu itu maka akulah yang akan menanggung dosa perbuatanku itu, dan sebenarnya aku bersih dari dosa kesalahan kamu menuduhku".
-Sura Hud, Ayah 35
👉Ini juga sifat penting yg allah suruh kita bg perhatian.jgn ada macam ni.orang islam pun jika dia keraguan lama2 dia akan menjauhi agama.dan boleh jadi dia akan meninggalkan agama.dgn sebab itu jgn ada keraguan.kena belajar.belajar  adalah satu sebab yg menghilangkan keraguan.

Kemudian nabi2 ni ajar kebebasan beragama.
Kebebasan pegang dgn agama masing2 daripada nabi nuh lagi.dia seru tu bukan  jenis paksa.cuma jika tak terima kena hukum dari allah ,begitulah.akan jadi manusia yg malang .
misalnya kita tengok ayat 28.

قَالَ يَا قَوْمِ أَرَأَيْتُمْ إِنْ كُنْتُ عَلَىٰ بَيِّنَةٍ مِنْ رَبِّي وَآتَانِي رَحْمَةً مِنْ عِنْدِهِ فَعُمِّيَتْ عَلَيْكُمْ أَنُلْزِمُكُمُوهَا وَأَنْتُمْ لَهَا كَارِهُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Nabi Nuh berkata: "Wahai kaumku! Jika keadaanku berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, serta Ia mengurniakan pangkat Nabi kepadaku dari sisiNya, kemudian bukti yang nyata itu menjadi kabur pada pandangan kamu (disebabkan keingkaran kamu yang telah sebati), maka adakah kamu nampak ada gunanya Kami memaksa kamu menerima bukti itu sedang kamu tidak suka kepadanya?
-Sura Hud, Ayah 28
👉ini kata nabi nuh.
Aqidah bukan jenis paksa.itulah antaranya secara ringkas yg kita dpti dlm surah hud.

Sekarang kita kembali kepada mesej utama.
Dgn menerima seruan alquran ,ajaran tauhid dan bertaubat drp syirik (orang kafir taubat dia tinggalkan syirik)dan dosa2 selain dari keampunan kepada allah ,sesatu kaum diberi peluang tanpa dibinasakan.jika tidak mereka dibinasakan seperti kaum2 sebelumnya.
Kalu kita tak mahu lenyap atau hilang bangsa kita ,malaysia,kalu tak jaga boleh hilang.
Sebab tu kena ada tauhid,istighafar,tawakkal kepada allah ,jgn ada keragu2an terhadap ajaran islam.jgn tuduh orang yg bw kebenaran dgn tuduhan yg bukan2.itu antara pengajaran yg kita dapati disini.yg mana ada kaum dahulu mereka itu hancur dan lenyap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan