Selasa, Jun 25, 2019

Muqaddimah Ajrumiyah Ep.1

Muqaddimah Ajrumiyah Ep.1

Ilmu nahu dan kepentingannya.

Apakah ilmu nahu?
Apakah ilmu sorof?

Apakah ilmu nahu?
Seperti mana yg dijelaskan oleh ulamak,ilmu nahu adalah cabang ilmu bhs arab yg menjelaskan dan membantu kita keadaan akhir perkataan bahasa arab.
Secara umumnya perkataan2  boleh dibahagi kepada 2 :
1.ada perkataan yg dipanggil sebagai mukrob iaitu perkataan akhirnya berubah2 mengikut keadaan dan faktor tertentu dlm ayat tersebut.
2.ada juga perkataan yg dinamakan sebagai mabni.iaitu perkataan yg kekal baris akhirnya.
Jadi ilmu nahu mengkaji ,menjelaskan faktor2 ,keadaan2 akhir bahasa arab
Kita ambil sebagai satu contoh:
مُحَمَّد
Bila perkataan ini dimasukan dlm konteks ayat
ذَهَبَ مُحَمَّدٌ
ذَهَبَkata kerja
مُحَمَّدٌpelaku
Pelaku lazimnya berbaris depan.
Jadi ilmu nahu menjelaskan mengapa ianya berbaris depan.
Contoh lain pula
اُحِبُّ مُحَمَّدًا
Saya suka Muhamad.
Cuba lihat bezanya antara contoh pertama dan contoh kedua.
Pertama itu ,Muhamad sebagai pelaku/subjek
Kedua,Muhamad  bertukar menjadi objek iaitu sesaorang yg disukai.Maka lazimnya ia berbaris diatas.perhatikan ia telah bertukar dari baris depan menjadi baris diatas.
Mengikut konteks ayat yg berbeza2 .
Contoh lain
هَذَا كِتَابُ مُحَمَّدٍ
Sekarang ini Muhamad berbaris dibawah.
Mengapa? kerana ia adalah dalam konteks milik atau pemilik.iaitu buku ini kepunyaan Muhamad.
Muhamad ini bukan lagi pelaku dan bukan objek tetapi Muhamd ini sendiri digunakan untuk menjelaskan bahawa dia memiliki kitab.Dlm konteka ini dia berbaris dibawah.

Apakah ilmu sorof?
Ilmu yg membahaskan dan membincangkan tentang pembentukan kata.
Kalau nahu tadi adalah ilmu yg menjelaskan tentang pembentukan ayat dan perubahan keadaan akhir dan juga bahasa arab.
Ilmu sorof pula ilmu yg menjelaskan tentang kata akar dan bagaimana kata akar ini berpecah kepada pecahan yg lain dan membawa makna yg berbeza.
Sebagai contoh ulamak kufah,membahaskan bahawa  فعل ماضي  adalah kata akar bg semua perkataan bahasa arab.
Contoh  ك ت ب
Ini adalah kata akar.
Drp huruf ini terpecah kepada beberapa perkataan lain yg membawa makna2 yg berbeza.
Contohnya َكَتَب
Bila kita tambah alif selepas ك menjadi ٌكَاتِب   yg membawa maksud penulis.
Sama konteksnya dlm bahasa melayu dinama tulis adalah kata akar  ,bila kita tambah pe didepan yg membawa maksud penulis.iaitu orang yg menulis.
Contoh lain كَتَبjuga menjadi مَكْتُوبٌ dgn membawa maksud tempat menulis.

Allah taala telah berfirman dlm surah yusuf ayat 2

إِنَّاۤ أَنزَلۡنَـٰهُ قُرۡءَٰنًا عَرَبِیًّا لَّعَلَّكُمۡ تَعۡقِلُونَ

Sesungguhnya Kami telah menurunkan ia(iaitu alquran) dalam bahasa Arab, mudah2an kamu berfikir.

Imam Syafie pernah menyebutkan
مَنْ تَبَحَّرَ فِي النَحْوِ اِهْتَدَى إِلَى كُلِّ العُلُوم
Barang siapa yg kendalami ilmu nahu pasti ia akan mendapat petunjuk kearah semua ilmu.
Ilmu yg dimaksudkan disini adalah ilmu agama  ,kerana syarat mendalami ilmu2 ini seperti ilmu hadis ,ilmu fikh,ilmu usul dsbgnya dengan mendalami ilmu nahu.
Sebab itu ulamak silam setiap drp mereka adalah pakar nahu,walaupun mereka itu tidak dikenali sebagai pakar nahu tetapi  sudah pasti setiap drp mereka sebelum mendalami bidang mereka masing2 mereka adalah pakar atau sudah memahami dgn jelas ilmu nahu.
Ini menunjukan bahawa untuk memahami  ilmu2 agama yg luas ini kunci utamanya adalah ilmu nahu dan sorof.
Dalami dahulu ilmu agama,insyallah kita akan mudah memahami alquran  dan ilmu agama yg lain .
Selain drp itu ,ilmu nahu dan sorof kita sebagai umat Islam akan mudah khusyuk ketika membaca dan mendengar alquran nul karim.
Bayangkan ketika anda membaca quran anda faham mengapa berlaku  kepada setiap perkataan .Tidak ini dapat membantu kita  lebih khusyuk dlm solat.
Dgn mempelajari ilmu nahu dan sorof ini kita akan dapat memahami dan menghayati keindahan alquran  dan keindahan bahasa arab yg merupakan bahasa yg Allah pilih menjadi bahasa resmi alquran alkarim petunjuk sekalian alam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan