Selasa, Jun 25, 2019

Muqaddimah Ajrumiyah Ep.3.

Muqaddimah Ajrumiyah Ep.3.
Penulisnya
Abu Abdillah,Muhamad bin Muhamad bin Daud as Sanhadji.
Meninggaldunia pada tahun 723H.
Beliau adalah seorang pakar ilmu nahu.
Beliau pada zaman ilmu nahu telah mencapai zaman kegemilangannya.Ilmu nahu ketika itu telah ranum.Ilmu nahu telah dibincangkan selama berqurun sebelumnya bermula dari qurun ke2 h lagi.
Perbincangan dan perbahasan telah lama berlaku dan beliau mengambil kesempatan ini untuk meringkaskannya dlm bentuk yg sangat ringkas  dan mudah difahami dlm bentuk matan.
Matan ini maksudnya ilmu2 nahu ini dibincang dalam bentuk yg ringkas dan mudah dihafal.
Ibnu Ajru atau pun  Ibnu Abdillah ,Muhamad bin Muhamad bin  Daud memulakan matan ajrumiyahnya dgn membahaskan al kalam.
Al kalam dlm bhs melayu iaitu ayat .
Namun kita belum membahaskan alkalam mengikut acuan yg telah ditetapkan oleh ilmu nahu.
Mungkin kita terfikir kenapa ibnu ajru dan ulamak2 nahu yg lain memulakan perbahasan nahu dgn alkalam.
Apa kah rahsia disebalik ini?
Alkalam adalah satu terma yg umum yg mencakupi semua perbahasan nahu,jadi untuk memahami perincian2 nahu kita perlu terlebih dahulu memahami apa itu alkalam.

Dlm perbahasan yg pertama,ibnu ajrum menyebutkan
الكَلَمُ هُوَ اللَّفْظُ  المُرَكَّبُ المَفِيدُ بِالوَضْعِِ

الكَلَم ُadalah lafaz

اللَّفْظُujaran

المُرَكَّبُsusun

المَفِيدُmengandungi makna

بِالوَضْع ِِdiujarkan dlm keadaan sedar

Itu adalah baris pertama dlm matan ajrumiyah.
Kita dpt memahami baris ini pengertian alkalam.
Pengertian alkalam.
Pengertian ini ada 4 syarat seperti yg disebutkan oleh ibnu ajrum.
Syarat pertama,dia mestilah lafaz
Yg kedua,almuraqab iaitu tersusun antara satu atau dua perkataan atau lebih.
Yg ke3,almufid iaitu mengandungi makna .
Yg akhir,bilwadii iaitu diujarkan secara sedar.

Mari kita pergi kepada setiap satu syarat mengikut turutan.
Pertama اللَّفْظُ
Bermaksud lafaz atau ujaran.iaitu apa jua perkataan yg diujarkan melalui lidah atau mulut dan mengandungi makna.
Contoh سَيَّارَةٌ,adalah lafaz kerana ia boleh diucapkan dgn mulut,lidah dan boleh ditulis.
Mengapa ulamak nahu mengatakan اللَّفْظُitu mesti sesuatu yg boleh diujarkan kerana ini untuk membezakan bahasa lain seperti bahasa isyarat atau bahasa simbul sebagai contohnya.
Jadi ilmu nahu membataskan bahasa yg dibahaskan adalah bahasa lafaz dan bertulis dan  bahasa yg boleh dituturkan atau diujarkan.
Adapun bahasa isyarat atau bahasa badan atau tangan atau simbul2 seperti simbul tanda2 isyarat ,bukanlah termasuk ilmu nahu.kerana ilmu nahu membahaskan perubahan  keadaan2 akhir perkataan bajasa arab.
Jadi ia hendaklah terdiri drp lafaz bukan isyarat dan sebagainya.Itulah syarat yg pertama.

Kedua,almuraqab المُرَكَّبbermaksud tersusun.
Apakah yg dimaksudkan dgn tersusun?
Tersusun bermaksud lafaz tadi,contohnya سَيَّارَةٌperlulah disusun tersusun antara dua dan tiga lebih perkataan.
Jadi satu perkataan tidak membentuk ayat.
Dia mestilah tersusun lebih dua perkataan.
Susunan perkataan ini mestilah mengandungi rukun2  ayat.
Apa pula rukun2 ayat?
Rukun2 ayat subjek dan predikat.ataunsubjek dan objek.
Iaitu yg boleh difahami.
العلم
Ini adalah satu lafaz .

نافع
Juga satu lafaz.
Tetapi bila susun gabungan ini,ilmu itubermanfaat.ia telah membentuk satu ayat.
Dan susunan ayat ini mestilah subjek dan predikat.
Kita selalu dengar dlm perbualan harian ,katakan
من أخك
Siapa saudara kamu?
Orang ditanya menjawabمحمد.
Dia tidak sebut أخي محمدkerana dia boleh difahami melalui konteks ayat.
Dlm keadaan ini walaupun محمد mengandungi satu perkataan  tetapi ia boleh dianggap al kalam kerana pada ia pada dasarnya mengandungi محمد أخي.

Ketiga المَفِيدiaitu mengandungi makna.
Iaitu saya bercakap dan orang yg mendengar tidak tertunggu2 atau tertanya tentangvapa ingin saya sampaikan.
Maksudnya pendengar itu bila ia mendengar satu kalam dia terus terlintas dlm fikiranya dan terus memahaminya dgn baik.
Contoh  ....    إِذَا تَوَقَُفَ المَطَر
Apabila hujan berhenti...saya akan tertunggu2..
Ada lagi penutur yg katakan dan ada lagi tak disebutkan jadi  ini tidak dinamakan kalam.
Jadi selagi ayat tidak memberikan makna kepada pendengar ia bukan kalam
             
Contoh  ....    إِذَا تَوَقَُفَ المَطَر    تَنٰسَى المِظَلَّة
Apabila hujan berhenti payung dilupakan....dengan ini lengkaplah kalam ini.

Keempat بِالوَضْعyg diujarkan secara keadaan sedar.Ini disebutkan dlm takrif kalam untuk membezakan antara  atau memisahkan atau membuang perkataan2 atau mujarok2 yg disebut oleh orang yg gila atau hilang aqal atau orang sedang mabuk yg mengigau dan ujaran burung kakak tua.jadi ujaran disini bahawa ilmu nahu sangat  menitikberatkan  soal makna ,bukan sekadar perkataan disusun satu dua tiga ,subjek dan predikat tetap makna juga menjadi satu elemen penting dlm mempelajari nahu.
Kalu saya katakan
اكلت السيّارة
Saya makan kereta itu.
Dari segi  ayatnya cukup ,ada lafaz ,dia tersusun 3 perkataan.dan tidak membuat kan sesaorang tertunggu2.
Cuma maknanya tidak logik tidak boleh diterima aqal.
Jadi ilmu nahu membincangkan 4 perkara ini.
Pertama اللَّفْظُboleh ditulis dan diujarkan yg tersusun mengandungi makna yg lengkap dan terakhir diujarkan dlm keadaan yg sedar.
Itulah kalam yg dimaksudkan oleh ulamak nahu.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
-Sura Al-Fatihah, Ayah 1

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
-Sura Al-Fatihah, Ayah 2

الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
-Sura Al-Fatihah, Ayah 3

مَالِكِ يَوْمِ الدِّين
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
-Sura Al-Fatihah, Ayah 4

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
-Sura Al-Fatihah, Ayah 5
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيم
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
-Sura Al-Fatihah, Ayah 6

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
-Sura Al-Fatihah, Ayah 7

👉Semua adalah lafaz yg kita boleh ujarkan.
Kalam Allah tidak boleh disamakan dgn kalam(kata2) manusia.

Kedua,almuraqab المُرَكَّبbermaksud tersusun.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Secara am Bukan kalam tetapi ada feel sebelum bismi.
Seperti ab tadi u bismillah saya mulakan dgn nama allah





Tiada ulasan:

Catat Ulasan