Muqaddimah Ajrumiyah Ep.6
Sebelum ini kita dah belajar ciri2 isim.
Ciri2 feel.
وَالفِعْلُ يُعْرَفُ بِقَدْ وَالسِّيِنِ وَسَوْفَ وَتَاءِ التَّانِيْثِ السَّاكِنَة
Ibnu Ajrul mengatakan bahawa tandaciri2 fiil tu ada 4
Pertama adalah قد
Kedua سن
Ketigaسوف
Keempat ta taknith assakinah.
Seperti mana isim ,fiill juga mempunyai tanda2 yg kita boleh gunakannya ciri2 untuk mengenali feel.
Sebelum kita membicarakan dgn lebih lanjut ciri2 feel saya suka untuk membahagikan ciri2(yg 4 ini) ini kepada 2 jenis pembahagian:
Pembahagian pertama dari segi kedudukan iaitu
sebelum fiil atau selepas fiil.
Ada yg berada sebelum fiil dan ada yg berada selepas feel.
1.sebelum fiil iaitu: قد,سن,سوف
2.manakala tanda yg berada selepas fiil (atau yg bersambung dgn fiil)ialah ta taknith assakinah.
Pembahagian yg kedua,kedudukannya dlm fiil apa,fiil madhi atau mudharik?
1.Ada setengah tanda ini berada pada fiil madhi shj.
fiil madhi iaitu taktanith iaitu assakinah(tanda yg khusus untuk fiil madhi sahaja)
2.mana ada fiil mudhari pula adalah iaitu sin dan saufa.
3.dan ada juga yg ada dlm fiil madhi dan juga fiil mudharik iaitu qad.
Baiklah kita terus kesetiap satu drp ciri2 ini:
Yg pertama sekali قد.
Apa makna قد?seperti yg saya sebutkan dia masuk dlm kedua2 jenis fiil iaitu fiil madhi dan fiil mudhorik.
Dan apabila ia masuk dlm fiil madhi ,ia bermaksud penegasan.contoh kita dengar setiap kali solat
قد قامت الصلاة
قامتada fiil madhi iaitu berdiri
Disiniberbentuk penegasan yakni solat telah pun didirikan untuk menegaskan waktu solat telah tiba.
Dan قد jug boleh memasuki fiil mudhorik ia membawa maksud berlainan sama sekali daripada قدdlm fiil madhi yakni membawa maksud barang kali atau kemungkinan. contoh orang tanya pada saya..
هل انت تذهب إلى المدرسة؟
Adakah kamunakan pergi kesekolah?
Saya jawap قد أذهب yg bermaksud saya mungkin pergi dan mungkin tidak.
Itulah perbezaannya dari segi makna hanya dengan berbeza kedudukanya pada fiil madhi atau mudharik.
Ciri seterusnya سنdan سوف.
Saya suka merangkumkan kedua2nya dlm kumpulan yg sama kerana kedua2nya membawa maksud yg hampir sama. سنdan سوف.membawa maksud akan.
Namun ulamak nahu berbeza pendapat ,antara madrasah basriyah dan kufiyah. Ulamak madrasah basriyah mengatakan سنdan سوفberbeza maksudnya dr sudut masa.Mereka mengatakan bahawa سنadalah akan ,dlm tempuh masa yg sangat dekat. سوف
pula membawa maksud akan tetapi ia bermaksud jangka masa yg lebih panjang.Namun ulamak madrasah kufiyah berpendapat tidak perbezaan antara kedua2 kata ini.
Contoh سنyg bermaksud
سَيَذْهَبُ إِلَى المسْجِدِ
Saya akan pergi kemasjid( dlm masa terdekat )
Contoh سوفpula seperti
سوف ينزل المطر
Hujan akan turun
Saya ingin mengaitkan kembali tanda2 fiil ini kepada maksud yg telah kita bincangkan dlm episod yg lepas.
Fiil antara ciri2 yg menunjukan masa.Jadi سنdan سوف.hanya tanda fiil memasuki masa kerana ia mengandungi unsur .
Kita tidak boleh katakan س+سيارة..saya akan kereta.
Bhs melayu pun tidak boleh diterima .
Kerana isim , tidak membawa maksud masa.
Tanda yg akhir ta taknith assakinah.
Ta taknith assakinah adalah dhamir yg memasuki fiil madhi.
Ini menunjukan bahawa kata kerja itu adalah dilakukan oleh subjek yg muaanas bukan muzakkar.
contoh
قَطَفَةِ فَاطِمَةُ الزَهْرَة
Fatimah telah memetik bunga itu.
Ta disini قَطَفَةِ adalah merujuk kepada Fatimah kerana Fatimah yg melakukan perbuatan memetik.
Jika memetik itu adalah lelaki maka قَطَفَsahaja.
Namun begitu bukan semua ciri2 yg disebut oleh ibnu ajrul ini akan kita dapati dlm teks2 kita baca.
Jika kita membaca teks alquran dan hadis atau sebagainya kita akan dapati fiil2 yg tidak didahului atau diakhir tidak dgn tanda2 ini.
Ibnu ajrul ketika mengumpulkan keempat2 ciri ini, ia hanya menumpukan kepada aspek lafaz yaitu yg boleh dilihat pada lafaz tersebut.namun terdapat juga tanda2 lain yg boleh kita kenal pasti dr sudut makna yg menunjukan makna perintah ,bg fiil amar.contoh yg إذهب.yg membawa maksud perintah.Kerana isim tidak boleh bermakna perintah.
Begitu juga tanda fiil mudharik seperti يذهب،تذهب،نذهبtandanya adalah melihat kepada huruf yg hadir sebelum kepada fiil mudharik iaitu huruf mudharaah dan juga tanda2 lain yg tidak disebut ibnu ajrul dlm matan ajrumiyah.
Insyallah selepas ini kita akan mempraktikan ciri2 ini dlm quran iqrab dan ciri2 bgmn fiil itu dapat dikenal pasti.
Surah attin
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
وَالتِّينِ وَالزَّيْتُونِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Demi buah Tiin dan Zaitun,
-Sura At-Tin, Ayah 1
👉Demi buah tiin tempat nabi ibrahim.
Demi buah zaitun tempat nabi isa
وَطُورِ سِينِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan Gunung Tursina,
-Sura At-Tin, Ayah 2
👉Demi tursina,tempat nabi musa.
وَهَٰذَا الْبَلَدِ الْأَمِينِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Serta negeri (Makkah) yang aman ini, -
-Sura At-Tin, Ayah 3
👉demi negeri nabi muhamad.
Demi tempat adalah orang yg tinggal ditempat itu.
👈👈لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).
-Sura At-Tin, Ayah 4
👉Tumpuan لَقَدْ penegasan لَقَدْ خَلَقْنَا.
ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah,
-Sura At-Tin, Ayah 5
👉Jika tak pakai apa yg allah turunkan.
إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَلَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.
-Sura At-Tin, Ayah 6
فَمَا يُكَذِّبُكَ بَعْدُ بِالدِّينِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula yang menjadikan engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu?
-Sura At-Tin, Ayah 7
أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim?
-Sura At-Tin, Ayah 8
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم
ِ أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -
-Sura At-Takathur, Ayah 1
👉Memperbanyakkan التَّكَاثُرُbukan guna.
Ini dituju pada sikafir.
حَتَّىٰ زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sehingga kamu masuk kubur.
-Sura At-Takathur, Ayah 2
👉Bila mati baru tahu.
👈👈كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!
-Sura At-Takathur, Ayah 3
👈👈👈ثُمَّ كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!
-Sura At-Takathur, Ayah 4
كَلَّا لَوْ تَعْلَمُونَ عِلْمَ الْيَقِينِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).
-Sura At-Takathur, Ayah 5
لَتَرَوُنَّ الْجَحِيمَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Ingatlah) demi sesungguhnya! - Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.
-Sura At-Takathur, Ayah 6
ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا عَيْنَ الْيَقِينِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!
-Sura At-Takathur, Ayah 7
ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!
-Sura At-Takathur, Ayah 8
👉Kenapa guna nikmat allah tapi mensyirikan allah.
Surah al alaq
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
-Sura Al-Alaq, Ayah 1
👉Nabi tak leh baca dgn tengok atau tulisan .
Baca dgn dengar boleh.
خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
-Sura Al-Alaq, Ayah 2
👉
اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
-Sura Al-Alaq, Ayah 3
الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -
-Sura Al-Alaq, Ayah 4
👉Tulisan ,yg sebegitu rupa boleh memberi kesan pada jiwa manusia.
عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
-Sura Al-Alaq, Ayah 5
👉
كَلَّا إِنَّ الْإِنْسَانَ لَيَطْغَىٰ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),
-Sura Al-Alaq, Ayah 6
👉Tentang nabi dgn umat dia.
Nabi ajak kepada kalimah tauhid menyebabkan orang mekah tak suka pada nabi sedang sebelumnya mereka dah mengerjakan sembahyang sehingga ada yg hendak meletakkan sesuatu yg kotor dibadan nabi tetapi telah dijelmakan amalakat kepadanya ,lalu dia pun menjadi takut.
أَنْ رَآهُ اسْتَغْنَىٰ
Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.
-Sura Al-Alaq, Ayah 7
إِنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ الرُّجْعَىٰ
(Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).
-Sura Al-Alaq, Ayah 8
أَرَأَيْتَ الَّذِي يَنْهَىٰ
Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang) -
-Sura Al-Alaq, Ayah 9
عَبْدًا إِذَا صَلَّىٰ
Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?
-Sura Al-Alaq, Ayah 10
أَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ عَلَى الْهُدَىٰ
Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul? -
-Sura Al-Alaq, Ayah 11
أَوْ أَمَرَ بِالتَّقْوَىٰ
Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)?
-Sura Al-Alaq, Ayah 12
أَرَأَيْتَ إِنْ كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ
Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar?
-Sura Al-Alaq, Ayah 13
أَلَمْ يَعْلَمْ بِأَنَّ اللَّهَ يَرَىٰ
Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?
-Sura Al-Alaq, Ayah 14
كَلَّا لَئِنْ لَمْ يَنْتَهِ لَنَسْفَعًا بِالنَّاصِيَةِ
Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka), -
-Sura Al-Alaq, Ayah 15
نَاصِيَةٍ كَاذِبَةٍ خَاطِئَةٍ
Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.
-Sura Al-Alaq, Ayah 16
فَلْيَدْعُ نَادِيَهُ
Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),
-Sura Al-Alaq, Ayah 17
👈👈سَنَدْعُ الزَّبَانِيَةَ
Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!
-Sura Al-Alaq, Ayah 18
كَلَّا لَا تُطِعْهُ وَاسْجُدْ وَاقْتَرِبْ ۩
Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!
-Sura Al-Alaq, Ayah 19
Surah alwaqiah
Ta attaknith boleh dilihat dlm surah ini.
Fiil yg tidak dikenalinsgn 4tanda ini.
Ia fiil kerana dia menerima ا،ي،ن،ت
Ayat 1
👈👈إِذَا وَقَعَتِ الْوَاقِعَةُ
Apabila berlaku hari kiamat itu.
Ayat 2
لَيْسَ لِوَقْعَتِهَا كَاذِبَةٌ
Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
Ayat 3
خَافِضَةٌ رَافِعَةٌ
Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).
Ayat 4
إِذَا رُجَّتِ الْأَرْضُ رَجًّا
(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan.
Ayat 5
وَبُسَّتِ الْجِبَالُ بَسًّا
Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,
Ayat 6
فَكَانَتْ هَبَاءً مُنْبَثًّا
Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,
Ayat 7
وَكُنْتُمْ أَزْوَاجًا ثَلَاثَةً
Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);
Ayat 8
فَأَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِ مَا أَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِ
Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
Ayat 9
وَأَصْحَابُ الْمَشْأَمَةِ مَا أَصْحَابُ الْمَشْأَمَةِ
Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
Ayat 10
وَالسَّابِقُونَ السَّابِقُونَ
Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
Ayat 11
أُولَٰئِكَ الْمُقَرَّبُونَ
Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
Ayat 12
فِي جَنَّاتِ النَّعِيمِ
(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
Ayat 13
ثُلَّةٌ مِنَ الْأَوَّلِينَ
(Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
Ayat 14
وَقَلِيلٌ مِنَ الْآخِرِينَ
Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
Ayat 15
عَلَىٰ سُرُرٍ مَوْضُونَةٍ
(Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;
Ayat 16
مُتَّكِئِينَ عَلَيْهَا مُتَقَابِلِينَ
Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.
Ayat 17
يَطُوفُ عَلَيْهِمْ وِلْدَانٌ مُخَلَّدُونَ
Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -
Ayat 18
بِأَكْوَابٍ وَأَبَارِيقَ وَكَأْسٍ مِنْ مَعِينٍ
Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.
Ayat 19
لَا يُصَدَّعُونَ عَنْهَا وَلَا يُنْزِفُونَ
Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
Ayat 20
وَفَاكِهَةٍ مِمَّا يَتَخَيَّرُونَ
Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,
Ayat 21
وَلَحْمِ طَيْرٍ مِمَّا يَشْتَهُونَ
Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.
Ayat 22
وَحُورٌ عِينٌ
Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,
Ayat 23
كَأَمْثَالِ اللُّؤْلُؤِ الْمَكْنُونِ
Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
Ayat 24
جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
(Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.
Ayat 25
لَا يَسْمَعُونَ فِيهَا لَغْوًا وَلَا تَأْثِيمًا
Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; -
Ayat 26
إِلَّا قِيلًا سَلَامًا سَلَامًا
Mereka hanya mendengar ucapan: " Selamat! Selamat! " (dari satu kepada yang lain).
Ayat 27
وَأَصْحَابُ الْيَمِينِ مَا أَصْحَابُ الْيَمِينِ
Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
Ayat 28
فِي سِدْرٍ مَخْضُودٍ
Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
Ayat 29
وَطَلْحٍ مَنْضُودٍ
Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,
Ayat 30
وَظِلٍّ مَمْدُودٍ
Dan naungan yang tetap terbentang,
Ayat 31
وَمَاءٍ مَسْكُوبٍ
Dan air yang sentiasa mengalir,
Ayat 32
وَفَاكِهَةٍ كَثِيرَةٍ
Serta buah-buahan yang banyak,
Ayat 33
لَا مَقْطُوعَةٍ وَلَا مَمْنُوعَةٍ
Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,
Ayat 34
وَفُرُشٍ مَرْفُوعَةٍ
Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.
Ayat 35
إِنَّا أَنْشَأْنَاهُنَّ إِنْشَاءً
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
Ayat 36
فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا
Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
Ayat 37
عُرُبًا أَتْرَابًا
Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
Ayat 38
لِأَصْحَابِ الْيَمِينِ
(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
Ayat 39
ثُلَّةٌ مِنَ الْأَوَّلِينَ
Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,
Ayat 40
وَثُلَّةٌ مِنَ الْآخِرِينَ
Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.
Ayat 41
وَأَصْحَابُ الشِّمَالِ مَا أَصْحَابُ الشِّمَالِ
Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?
Ayat 42
فِي سَمُومٍ وَحَمِيمٍ
Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak
Ayat 43
وَظِلٍّ مِنْ يَحْمُومٍ
Serta naungan dari asap hitam,
Ayat 44
لَا بَارِدٍ وَلَا كَرِيمٍ
Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.
Ayat 45
إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَٰلِكَ مُتْرَفِينَ
Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).
Ayat 46
وَكَانُوا يُصِرُّونَ عَلَى الْحِنْثِ الْعَظِيمِ
Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,
Ayat 47
وَكَانُوا يَقُولُونَ أَئِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًا وَعِظَامًا أَإِنَّا لَمَبْعُوثُونَ
Dan juga mereka selalu berkata: "Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?
Ayat 48
أَوَآبَاؤُنَا الْأَوَّلُونَ
"Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? "
Ayat 49
قُلْ إِنَّ الْأَوَّلِينَ وَالْآخِرِينَ
Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian,
Ayat 50
لَمَجْمُوعُونَ إِلَىٰ مِيقَاتِ يَوْمٍ مَعْلُومٍ
"Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan - pada hari kiamat yang termaklum.
Ayat 51
ثُمَّ إِنَّكُمْ أَيُّهَا الضَّالُّونَ الْمُكَذِّبُونَ
"Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat),
Ayat 52
لَآكِلُونَ مِنْ شَجَرٍ مِنْ زَقُّومٍ
Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum,
Ayat 53
فَمَالِئُونَ مِنْهَا الْبُطُونَ
"Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,
Ayat 54
فَشَارِبُونَ عَلَيْهِ مِنَ الْحَمِيمِ
"Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,
Ayat 55
فَشَارِبُونَ شُرْبَ الْهِيمِ
"Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas".
Ayat 56
هَٰذَا نُزُلُهُمْ يَوْمَ الدِّينِ
Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.
Ayat 57
نَحْنُ خَلَقْنَاكُمْ
فَلَوْلَا تُصَدِّقُونَ
Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada - wahai golongan yang ingkar),
maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).
👉Dalil aqli
Ayat 58
أَفَرَأَيْتُمْ مَا تُمْنُونَ
(Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?
Ayat 59
أَأَنْتُمْ تَخْلُقُونَهُ أَمْ نَحْنُ الْخَالِقُونَ
Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?
Ayat 60
نَحْنُ قَدَّرْنَا بَيْنَكُمُ الْمَوْتَ
وَمَا نَحْنُ بِمَسْبُوقِينَ
Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu,
dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;
Ayat 61
عَلَىٰ أَنْ نُبَدِّلَ أَمْثَالَكُمْ
وَنُنْشِئَكُمْ فِي مَا لَا تَعْلَمُونَ
(Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu),
dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya.
Ayat 62
وَلَقَدْ عَلِمْتُمُ النَّشْأَةَ الْأُولَىٰ
فَلَوْلَا تَذَكَّرُونَ
Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).
Ayat 63
أَفَرَأَيْتُمْ مَا تَحْرُثُونَ
Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?
👉Dalil aqli yg ke2
Ayat 64
أَأَنْتُمْ تَزْرَعُونَهُ
أَمْ نَحْنُ الزَّارِعُونَ
Kamukah yang menumbuhkannya
atau Kami yang menumbuhkannya?
Ayat 65
لَوْ نَشَاءُ لَجَعَلْنَاهُ حُطَامًا
فَظَلْتُمْ تَفَكَّهُونَ
Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah),
maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,
Ayat 66
إِنَّا لَمُغْرَمُونَ
(Sambil berkata): "Sesungguhnya kami menanggung kerugian.
Ayat 67
بَلْ نَحْنُ مَحْرُومُونَ
"Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) "
Ayat 68
أَفَرَأَيْتُمُ الْمَاءَ الَّذِي تَشْرَبُونَ
Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?
👉Dalil aqli yg ke3
Ayat 69
أَأَنْتُمْ أَنْزَلْتُمُوهُ مِنَ الْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ الْمُنْزِلُونَ
Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?
Ayat 70
لَوْ نَشَاءُ جَعَلْنَاهُ أُجَاجًا فَلَوْلَا تَشْكُرُونَ
Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.
Ayat 71
أَفَرَأَيْتُمُ النَّارَ الَّتِي تُورُونَ
Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?
👉Dalil aqli ke4
Ayat 72
أَأَنْتُمْ أَنْشَأْتُمْ شَجَرَتَهَا أَمْ نَحْنُ الْمُنْشِئُونَ
Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya?
Ayat 73
نَحْنُ جَعَلْنَاهَا تَذْكِرَةً
وَمَتَاعًا لِلْمُقْوِينَ
Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat)
dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.
Ayat 74
فَسَبِّحْ بِاسْمِ رَبِّكَ الْعَظِيمِ
Oleh yang demikian - (wahai orang yang lalai) - bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).
👉Ini da'wa atau maksud penting surah ini
Ayat 75
فَلَا أُقْسِمُ بِمَوَاقِعِ النُّجُومِ
Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran
Ayat 76
وَإِنَّهُ لَقَسَمٌ لَوْ تَعْلَمُونَ عَظِيمٌ
Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, -
Ayat 77
إِنَّهُ لَقُرْآنٌ كَرِيمٌ
Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),
Ayat 78
فِي كِتَابٍ مَكْنُونٍ
Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,
Ayat 79
لَا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ
Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;
Ayat 80
تَنْزِيلٌ مِنْ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
Ayat 81
أَفَبِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَنْتُمْ مُدْهِنُونَ
Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?
👉Dituju pada orang mekah
Ayat 82
وَتَجْعَلُونَ رِزْقَكُمْ أَنَّكُمْ تُكَذِّبُونَ
Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)?
👉Bahagian رِزْقَكُمْ
Ayat 83
فَلَوْلَا إِذَا بَلَغَتِ الْحُلْقُومَ
Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, -
👉Zajrun
Ayat 84
وَأَنْتُمْ حِينَئِذٍ تَنْظُرُونَ
Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, -
👉
Ayat 85
وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْكُمْ وَلَٰكِنْ لَا تُبْصِرُونَ
Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,
👉
Ayat 86
فَلَوْلَا إِنْ كُنْتُمْ غَيْرَ مَدِينِينَ
Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami), -
👉
Ayat 87
تَرْجِعُونَهَا إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ
Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar
👉Cabaran allah terhadap orang yg tidak percayakan akhirat.roh dicabut oleh allah.
Ayat 88
فَأَمَّا إِنْ كَانَ مِنَ الْمُقَرَّبِينَ
Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang " Muqarrabiin ",
👉
Ayat 89
فَرَوْحٌ وَرَيْحَانٌ وَجَنَّتُ نَعِيمٍ
Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.
Ayat 90
وَأَمَّا إِنْ كَانَ مِنْ أَصْحَابِ الْيَمِينِ
Dan jika ia dari puak kanan,
Ayat 91
فَسَلَامٌ لَكَ مِنْ أَصْحَابِ الْيَمِينِ
Maka (akan dikatakan kepadanya):" Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan
👉Ucapan selamat dtg
Ayat 92
وَأَمَّا إِنْ كَانَ مِنَ الْمُكَذِّبِينَ الضَّالِّينَ
Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,
Ayat 93
فَنُزُلٌ مِنْ حَمِيمٍ
Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak,
👉Hidangan. فَنُزُلٌ
Ayat 94
وَتَصْلِيَةُ جَحِيمٍ
Serta bakaran api neraka.
Ayat 95
إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ حَقُّ الْيَقِينِ
Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.
Ayat 96
فَسَبِّحْ بِاسْمِ رَبِّكَ الْعَظِيمِ
Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan