Selasa, Jun 25, 2019

Muqaddimah Ajrumiyah Ep.5

Muqaddimah Ajrumiyah Ep.5

Ciri2 Isim
Apakah tanda2 yg kita boleh gunakan untuk mengenali isim dlm alquran?

Ibnu ajrul menyebutkan dlm matannya..

فَالاسْمُ يُعْرَفُ بِالخَفْضِ وَالتَّنْوِينِ وَالألِفِ وَالأَمِ وَحُرُوفِ الخَفْضِ

Jadi disini terdapat 4ciri2 isim.
1. بِالخَفْضِ
2. وَالتَّنْوِينِ
3. وَالألِفِ وَالأَم
4. وَحُرُوفِ الخَفْضِ

Kita teruskan dgn ciri pertama
1. بِالخَفْضِ
Sejenis tanda akhir isim samada baris bawah atau ي yg masuk kedalam isim sahaja disebabkan  3 faktor.

1.adanya huruf jar yg mendahului isim ini.
Contohnya adalah سَلَّمْت ُ عَلَى   مُحَمَدٍ
Yg didahulu huruf jar علىmaka ia berbaris bawah.
Ini menunjukan محمدitu adalah isim.

2.disebabkan huruf mudof
Contoh ٍهذا كتابُ محمد.

3.disebabkan tabiiyah iaitu mengikut tanda isim sebelumnya.
contoh هذا كتابُ محمدٍ و َعَلِيٍ

Aliyim berbaris dibawah kerana ia mengikut baris sebelumnya. Isitu huruf wau.

Ciri yg kedua.
2. وَالتَّنْوِينِ
Nun mati yg terdapat pada isim.
Contoh مَكْتَابٌ
Feel tidak boleh menerima tanwin begitu juga haraf.

Tanda ketiga adalah
3. وَالألِفِ وَالأَم
Dua huruf yg memasuki awal isim dan memberi makna definit.

Ciri yg keempat.
4. وَحُرُوفِ الخَفْضِ

Yg mendahului isim,iaitu
من،الى،عن ،على ،في ،ك،لِ،     

Huruf sumpah.
  و،ب،ت

Ayat 105
وَبِالْحَقِّ أَنْزَلْنَاهُ وَبِالْحَقِّ نَزَلَ ۗ وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا مُبَشِّرًا وَنَذِيرًا

Dan dengan cara yang sungguh layak serta berhikmat Kami turunkan Al-Quran,
dan dengan meliputi segala kebenaran ia diturunkan;
dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan sebagai pembawa berita gembira (bagi orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar).

Ayat 106
وَقُرْآنًا فَرَقْنَاهُ لِتَقْرَأَهُ عَلَى النَّاسِ عَلَىٰ مُكْثٍ وَنَزَّلْنَاهُ تَنْزِيلًا

Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang;
dan Kami menurunkannya beransur-ansur.

Ayat 107
قُلْ آمِنُوا بِهِ أَوْ لَا تُؤْمِنُوا ۚ إِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ مِنْ قَبْلِهِ إِذَا يُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ يَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ سُجَّدًا

Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang yang ingkar itu): "Sama ada kamu beriman kepada Al-Quran atau kamu tiada beriman, (tidaklah menjadi hal);
kerana sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk);
👉sebut أُوتُوا الْعِلْمَadalah orang jenis baik.jika tidak disebut ahlil kitab.

Ayat 108
وَيَقُولُونَ سُبْحَانَ
رَبِّنَا إِنْ كَانَ وَعْدُ رَبِّنَا لَمَفْعُولًا

Serta mereka menegaskan (dalam sujudnya): "Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami tetap terlaksana. "
👉

Ayat 109
وَيَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ يَبْكُونَ
وَيَزِيدُهُمْ خُشُوعًا ۩

Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk.
👉itu perbuatan

Ayat 110
قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَٰنَ ۖ
أَيًّا مَا تَدْعُوا فَلَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ ۚ
وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ
وَلَا تُخَافِتْ بِهَا وَابْتَغِ بَيْنَ ذَٰلِكَ سَبِيلًا

Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah"(nama zat) atau nama "Ar-Rahman"(nama sifat), yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia".
Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.

👉ini da'wa surah
Nama zat ialah Allah
Lain2 Nama ,adalah nama sifat seperti Ar rahman
Orang mekah hanya tahu nama zat Allah.
Soalan yg menunjukan pandai padahal tak pandai.
Orang mekah yg jahil pun tanya siapa Ar-Rahman.
Nama sifat Allah byk bukan 99,tapi 200(dikumpulkan oleh ulama)
Nama Allah boleh memberi kesan.

Ayat 111
وَقُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا
وَلَمْ يَكُنْ لَهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ
وَلَمْ يَكُنْ لَهُ وَلِيٌّ مِنَ الذُّلِّ ۖ
وَكَبِّرْهُ تَكْبِيرًا

Dan katakanlah: "Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak,
dan tiada bagiNya sekutu (raksn kongsi)dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya;
dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!"
👉ini juga da'wa surah yg ke2

👉Hanya isim yg boleh menerima baris bawah.
Tanda isim juga  tanwin pada akhir perkataan
Ada alif lam.
Huruf jar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan