039.Surah Azzumar
Surah azzumar ,83 ayat ,bg menjelaskan makna
إِيَّاكَ نَعْبُدُ
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah,
✍ ini إِيَّاكَ نَعْبُدُ adalah Muqaddimah
sesuatu yg dibuat sesuatu ibadah oleh hamba untuk dipohon doa Khusus nya ibadat hamba dgn Allah atau pengabdian cara hidup hamba menepati syariat allah
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Maksulah وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Ayat وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ yg terjelas dlm 7surah haamin.
apa itu وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ?
Dlm menyeru dan berdoa ,tidak dibenarkan berdoa dan menyeru kepada selain dari Allah,dgn apa sj tujuan sekalipun ,untuk berkat atau syafaat.
Cara hidup yg menepati syariat Allah dan kerana Allah shj.
Taabuddi
Tawaf
Sujud
Rukuk
Zikir
Puasa
Khusus ibadat dan pengabdian kepada Allah.
Ayat ke2 adalah maksud penting atau Da'wa bg surah ini dan merupakan dalil wahyi
إِنَّا أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ فَاعْبُدِ اللَّهَ مُخْلِصًا لَهُ الدِّينَ
Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya.
Pentingnya ibadat yg dilakukan mesti yg tulin atau sahih takut ditolak oleh Allah.
Quran Ada beribu2 Ayat dan hadis pun ada beribu2 hadis.
Surah Az zumar
Tertib surah 39
Bilangan ayatnya 75
Bilangan rukuk 8
Surah Makkiyah
Tertib turunnya yg ke 59
Bilangan paragrafnya ada 6
Paragraf 1 ayat 1-4 Pendahuluan
Paragraf 2 ayat 5-20 Dalil tauhid dan dalil menolak syirik
Paragraf 3 ayat 21-41Perbandingan diantara orang2 mukmin yg menyeru kepada tauhid dan orang2 yg tidak menerimanya
Paragraf 4 ayat 42-52 Sikap orang2 musyrikin terhadap seruan al quran
Paragraf 5 ayat 53-70 Seruan alquran.
Paragraf 6 ayat 71-75 Akibat berbeza bg orang2 kafir dan orang2 yg bertaqwa
Mesej utama
Hendaklah berpegang dengan aqidah tauhid yg suci dan sempurna meskipun kerananya kamu terpaksa berhijrah.
Sebab benda yg kita pegang itu besar sangat.
Zaman turunnya iaitu selepas nabi saw berdakwah secara terbuka .iaitu sebelum orang2 Islam berhijrah ke habasyah th yg ke5 kenabian .
Antara surah yg mula2 diturunkan isytihar dakwah secara terbuka.
Musyrikin masih teguh sembah berhala.
Bentuk kezaliman sudah ada yg mendorong mereka hijrah .surah al ankabut dan arrum juga diturunkan.
Dlm surah azumar ayat ke10 serupa dgn ayat surah an ankabut ayat ke56,ada isyarat hijrah ke habasyah.
Waartullah huwasiah..bumi allah itu luas...cari tempat lain.
Bukan lari tapi untuk kumpul kekuatan.
Zumar adalah jamak kepada zumrah.Zumrah makna kumpulan atau puak atau golongan.
Antara khususiyah surah azzumar ini,dlm surah ini diulang lafaz allazinakafaru atau kafirin sebagai menteri perbandingan dgn allazi nattakau dan mutaqin,beberapa tempat berulang begitu.Ini antara khususiyah surah ini.
Lepas pada tu,gaya bahasa yg digunakan dlm surah ini untuk mengetuk fikiran dan menggoyangkan perasaan orang kafir quraisy itu dlm bentuk tanya,apakah orang?ayat 22&24.Jadi benda2 seperti ini digunakan berbeza drp surah2 lain.
Flm surah lepas diceritakan dalil2 tarikhi.
Dalil2 berupa sejarah dgn mengemukan kisah daud,sulaiman dan ayub dll.bermakna orang baik apa yg mereka dapat.
Dlm surah ini diberi panduan kepada kita supaya mengelak diri drp taghut,orang2 yg jahat samada individu yg jahat atau penguasa yg jahat,pemerintah yg jahat.kita kena jaga diri atau selamatkan diri drp mereka ini.kalu tidak mereka ini boleh memesongkan aqidah kita.
Dlm surah ini juga dikemukakan aqidah tauhid dgn berpandukan kepada dalil2 afaaqi dan dalil2 anfusi.
Dlm surah ini juga ditekan tolak kesyirikan.Kesyirikan tidak boleh dibiar.
Lepas tu,dlm surah yassin dikemukakan sifat jalal allah swt dan dikemukakan kepada musyirikin betapa allah taala itu maha berkuasa .kalu dia nak buat apa sj dia boleh.
Didlm surah assaffat ,disebutkan khidmat dan sumbangan para nabi saw menyebarkan ajaran tauhid dan didlm surah ini juga dinafikannuluhiyah jin dan juga malaikat2 .
Didlm surah sad ini disebutkan bgmn degil dan keras kepalanya orang2 musyrikin itu apabila mereka didedahkan dgn ajaran tauhid ini .
Dlm surah zumar ini pula ada tuntutan supaya memilih aqidah tauhid dan ada galakan juga jika ada ganggu kita untuk menjlnkan ugama kita,maka kita kena pilih jln hijrah.
Dlm surah saffat beberapa kali nabi disifatkan sebagai mukhlasin.
Dlm surah azzumar pula,bgmn mereka menyeru aqidah yg tulin itu.mukhlasin,aqidah tauhid.
Antara kata kunci surah ini
1.zumar itu sendiri ,sebab dia disebut 2kali.
wasikollazi..akan dihalau orang kafir berkumpulan keneraka..dan ditanya tidakkah dtg rasul yg membaca ayat dan mengamcam kamu..mereka kata ada...ini cerita allah taala..
Wafutihat
Wau lapan,an nazmukhafif..
Zumar itu sendiri bermakna kumpulan .
Ayat 1
تَنْزِيلُ الْكِتَابِ مِنَ اللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ
Turunnya Kitab Al-Quran ini dari Allah, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
👉Muqaddimah dan targhib.
Penurunan kitab dari yg bukan sebarangab
Ayat 2
إِنَّا أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ
بِالْحَقِّ
فَاعْبُدِ اللَّهَ مُخْلِصًا لَهُ الدِّينَ
Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran;
oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya.
👉Dalil wahyi.
Dan isi yg paling penting Tauhid dlm ibadah dan maksud surah Baqarah.
Ayat 3
أَلَا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ ۚ
وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ
مَا نَعْبُدُهُمْ
إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَىٰ
إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ ۗ
إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ
Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik).
Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata):
"Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya", -
sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan),
lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).
👉Zajrun
Ketulinan ajaran Islam.
Tolong dekatkan juga boleh jadi syirik seperti perbuatan kafir mekah.
keyakinan adalah dgn hati.
Solat adalah ibadat yg penting.
Ayat 4
لَوْ أَرَادَ اللَّهُ
أَنْ يَتَّخِذَ وَلَدًا
لَاصْطَفَىٰ
مِمَّا يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ ۚ
سُبْحَانَهُ ۖ
هُوَ اللَّهُ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ
Kalaulah Allah hendak mempunyai anak,
tentulah Ia memilih mana-mana yang dikehendakiNya dari makhluk-makhluk yang diciptakanNya;
Maha Sucilah Ia (dari menghendaki yang demikian).
Dia lah Allah, Yang Maha Esa, lagi Yang Mengatasi kekuasaanNya segala-galanya.
👉Zajrun
Allah tidak suka kerana yg lain adalah ciptaannya.
Ayat 5
خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ ۖ
يُكَوِّرُ اللَّيْلَ عَلَى النَّهَارِ
وَيُكَوِّرُ النَّهَارَ عَلَى اللَّيْلِ ۖ
وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ ۖ
كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُسَمًّى ۗ
أَلَا هُوَ الْعَزِيزُ الْغَفَّارُ
Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar;
Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya),
dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya);
dan Ia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya,
- tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan.
Ingatlah! Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni.
👉Dalil aqli yg pertama
Bulat يُكَوِّرُ
Mengaji kitab Allah dan yakin dgn Allah.
Ayat 6
خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ
ثُمَّ جَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا
وَأَنْزَلَ لَكُمْ مِنَ الْأَنْعَامِ ثَمَانِيَةَ أَزْوَاجٍ ۚ
يَخْلُقُكُمْ
فِي بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ
خَلْقًا مِنْ بَعْدِ خَلْقٍ
فِي ظُلُمَاتٍ ثَلَاثٍ ۚ
ذَٰلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ لَهُ الْمُلْكُ ۖ
لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ
فَأَنَّىٰ تُصْرَفُونَ
Ia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), kemudian Ia menjadikan daripadanya - isterinya (Hawa); dan Ia mengadakan untuk kamu binatang-binatang ternak delapan ekor: (empat) pasangan (jantan dan betina).
Ia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian.
Dalam tiga suasana yang gelap-gelita.
Yang demikian (kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu; bagiNyalah kekuasaan yang mutlak; tiada Tuhan melainkan Dia;
oleh itu bagaimana kamu dapat dipesongkan (dari mematuhi perintahNya)?
👉Dalil aqli yg ke2
Disini dgn makna memberi nikmat َأَنْزَلَ
Allah memberitahu bgmn dia telah menciptakan manusia.
3kegelapan
Kegelapan tembuni
Kegelapan rahim
Kegelapan perut ibu.
Orang mekah bukan doktor tapi kena reti .
Allah boleh bg tau sebab dia yg buat manusia.
Ayat 7
إِنْ تَكْفُرُوا
فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنْكُمْ ۖ
وَلَا يَرْضَىٰ لِعِبَادِهِ الْكُفْرَ ۖ
وَإِنْ تَشْكُرُوا
يَرْضَهُ لَكُمْ ۗ
وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ ۗ
ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّكُمْ مَرْجِعُكُمْ
فَيُنَبِّئُكُمْ
بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ ۚ
إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ
Kalaulah kamu kufur ingkar (tidak bersyukur) akan nikmat-nikmatNya itu,
maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak berhajatkan (iman dan kesyukuran) kamu (untuk kesempurnaanNya);
dan Ia tidak redakan hamba-hambaNya berkeadaan kufur;
dan jika kamu bersyukur,
Ia meredainya menjadi sifat dan amalan kamu.
Dan (ingatlah) seseorang yang memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja).
Kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kembalinya kamu, maka Ia akan memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu telah kerjakan.
Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
👉Takhwif ukhrowi.
Allah tetap sempurna walau semua manusia kufur.
Bgmn pun Allah tidak redha dgn kekufuran ,yakni akan dihukum.
Tiada dasar tanggung dosa.
Betapa yakin dgn amalan syiriknya betul.,sanggup cakap nak tanggung dosa.ini berlaku pada musyrikin mekah.
Ini Suatu Kaedah وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ
Dan (ingatlah) seseorang yang memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja).
Masing2 akan tanggung dosa diri sendiri dan dosa ajar orang lain buat jahat.
Cerita satu persatu فَيُنَبِّئُكُمْ
Jumlah takliliyah إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ
Ayat 8
وَإِذَا مَسَّ الْإِنْسَانَ ضُرٌّ
دَعَا رَبَّهُ
مُنِيبًا إِلَيْهِ
ثُمَّ إِذَا خَوَّلَهُ نِعْمَةً
مِنْهُ
نَسِيَ
مَا كَانَ يَدْعُو إِلَيْهِ مِنْ قَبْلُ
وَجَعَلَ لِلَّهِ أَنْدَادًا
لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِهِ ۚ
قُلْ
تَمَتَّعْ بِكُفْرِكَ قَلِيلًا ۖ
إِنَّكَ مِنْ أَصْحَابِ النَّارِ
Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya,
ia segera berdoa kepada Tuhannya dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya;
kemudian apabila Allah memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) daripadaNya,
lupalah ia akan segala bahaya yang menyebabkannya merayu kepada Allah sebelum itu dan ia pula menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah,
untuk menyesatkan dirinya (dan orang lain) dari jalan Allah.
Katakanlah (kepadanya):
"Bersenang-senanglah engkau dengan kekufuranmu itu bagi sementara,
sesungguhnya engkau dari penduduk neraka.
👉Zajrun ke2
Lupa terus نَسِيَ
Alamat lupa وَجَعَلَ لِلَّهِ أَنْد
Ayat 9
أَمَّنْ هُوَ قَانِتٌ
آنَاءَ اللَّيْلِ
سَاجِدًا وَقَائِمًا
يَحْذَرُ الْآخِرَةَ
وَيَرْجُو رَحْمَةَ رَبِّهِ ۗ
قُلْ هَلْ يَسْتَوِي
الَّذِينَ يَعْلَمُونَ
وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ ۗ
إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ
"(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat
pada waktu malam dengan
sujud dan berdiri
sambil takutkan (azab) hari akhirat
serta mengharapkan rahmat Tuhannya?
"Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?"
Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.
👉Tabsyir ,alamat orang yg memiliki iman yg sempurna atau aqidah yg betul adalah berdiri dan sujud serta takut dgn negeri akhirat.
Jangan tinggal sahabat nabi
Sahabat nabi rantaian ilmu.
Sahabat nabi adalah anak murid nabi
Disebut Sahabat Golongan yg selamat dlm quran.
Kena belajar para sahabat untuk dibandingkan dgn diri kita.
Golongan ajaran sesat tak pakai ajaran sahabat nabi.
Jika orang yg tiada sahabat nabi adalah ditolak.
Jemaah adalah sahabat nabi.
Cara yg Allah ajar,juga cara nabi dan sahabat.
Orang bersifat ilmu tentang wahyu. يَعْلَمُونَ ,makna banyak ilmu wahyu,bukan sekadar berilmu.
Menguasai ilmu wahyu sebanyak2nya akan memberi kesan keatas sesaorang.
Akal waras penting untuk menerima ilmu wahyu الْأَلْبَابِ
Minta syurga Firdaus adalah perlu bersedia lebih juga.
Ayat 10
قُلْ يَا عِبَادِ الَّذِينَ آمَنُوا
اتَّقُوا رَبَّكُمْ ۚ
لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا فِي هَٰذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةٌ ۗ
وَأَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةٌ ۗ
إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ
Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu):
"Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu.
(Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat).
dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas).
Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira".
👉Tabsyir dan tadwir
Iman yg sempurna dan ibadah yg betul.
Kebaikan didunia,isteri yg solehah ,anak2 yg soleh dan rezeki dr sumber halal bg diinfaq untuk akhirat.
Jika tidak diinfaq ia akan jadi Milik waris atau akan disoal.
Hijrah adalah satu kaedah untuk beramal dlm Islam.
Tahun 8h umat Islam semakin bertambah ramai.
Ayat 11
قُلْ إِنِّي أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ اللَّهَ
مُخْلِصًا لَهُ الدِّينَ
Katakanlah lagi (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadaNya;
👉Dalil wahyi yg ke2
Ayat 12
وَأُمِرْت
ُ لِأَنْ أَكُونَ أَوَّلَ الْمُسْلِمِينَ
"Dan aku diperintahkan
supaya menjadi orang yang awal pertama berserah diri bulat-bulat (kepada Allah)".
👉
Ayat 13
قُلْ
إِنِّي أَخَاف
ُ إِنْ عَصَيْتُ رَبِّي
عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ
Katakanlah lagi: "Sesungguhnya aku takut -
jika aku menderhaka kepada Tuhanku - akan azab hari yang besar (soal jawabnya)".
👉jumlah fardiyah
Ayat 14
قُلِ اللَّهَ أَعْبُدُ
مُخْلِصًا لَهُ دِينِي
Katakanlah lagi: "Allah jualah yang aku sembah dengan mengikhlaskan amalan ugamaku kepadaNya.
👉Pengulangan semula da'wa yg ada pada Ayat 2
Ayat 15
فَاعْبُدُوا مَا شِئْتُمْ مِنْ دُونِهِ ۗ
قُلْ إِنَّ الْخَاسِرِينَ
الَّذِينَ خَسِرُوا أَنْفُسَهُمْ وَأَهْلِيهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ
أَلَا ذَٰلِكَ هُوَ الْخُسْرَانُ الْمُبِينُ
"(Setelah kamu mengetahui pendirianku ini wahai kaum musyrik, dan kamu masih juga berdegil) maka sembahlah kamu apa yang kamu kehendaki, yang lain dari Allah, (kamu akan mengetahui akibatnya)".
Katakanlah lagi:
"Sesungguhnya orang-orang yang rugi (dengan sebenar-benarnya) ialah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri dan pengikut-pengikutnya pada hari kiamat (dengan sebab perbuatan mereka memilih kekufuran atau kederhakaan).
Ingatlah, yang demikian itulah kerugian yang jelas nyata."
👉Takhwif ukhrowi
Ayat 16
لَهُمْ مِنْ فَوْقِهِمْ ظُلَلٌ مِنَ النَّارِ
وَمِنْ تَحْتِهِمْ ظُلَلٌ ۚ
ذَٰلِكَ يُخَوِّفُ اللَّهُ بِهِ عِبَادَهُ ۚ
يَا عِبَادِ فَاتَّقُونِ
Bagi mereka (yang kafir disediakan lapisan-lapisan dari api menyerkup di atas mereka,
dan lapisan-lapisan (dari api) di bawah mereka;
dengan (azab) yang demikian, Allah menakutkan hamba-hambaNya:
"Oleh itu, bertaqwalah kepadaKu wahai hamba-hambaKu!"
👉Bentuk kerugian.
Takhwif .
Ayat17
وَالَّذِينَ اجْتَنَبُوا الطَّاغُوتَ
أَنْ يَعْبُدُوهَا
وَأَنَابُوا إِلَى اللَّهِ
لَهُمُ الْبُشْرَىٰ ۚ
فَبَشِّرْ عِبَادِ
Dan orang-orang yang menjauhi dirinya dari menyembah atau memuja Taghut
serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang mengembirakan (sebaik-baik sahaja mereka mulai meninggal dunia);
oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu -
👉Tabsyir.
Taghut apa sj yg dipuja selain dari Allah.
Ayat 18
الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ
فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ ۚ
أُولَٰئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ ۖ
وَأُولَٰئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ
Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya
lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama);
mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah
dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.
👉Ini sifat2 hamba.
Boleh belajar dgn tawajuh dan boleh semua amal.
Tak mahu belajar Quran,amalan akan jadi punah ranah.
Ayat 19
أَفَمَنْ حَقَّ عَلَيْهِ كَلِمَةُ الْعَذَابِ
أَفَأَنْتَ تُنْقِذُ مَنْ فِي النَّارِ
Maka adakah orang yang telah ditetapkan atasnya hukuman azab (disebabkan kekufurannya, sama seperti orang yang dijanjikan bergembira dengan balasan imannya?
Sudah tentu tidak) ! Oleh itu adakah engkau berkuasa menyelamatkan orang yang (ditetapkan kekal) dalam neraka?
👉Takhwif ukhrowi.
Orang yg tak mahu ikut Quran tidak akan selamat
Ayat 20
لَٰكِنِ الَّذِينَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ
لَهُمْ غُرَفٌ
مِنْ فَوْقِهَا
غُرَفٌ مَبْنِيَّةٌ
تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۖ
وَعْدَ اللَّهِ ۖ
لَا يُخْلِفُ اللَّهُ الْمِيعَادَ
Tetapi (sebaliknya) orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka (dengan mengerjakan suruhanNya dan menjauhi laranganNya),
dibina untuk mereka (di dalam Syurga) mahligai-mahligai yang tinggi bertingkat-tingkat,
yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Demikianlah janji yang ditetapkan Allah; Allah tidak sekali-kali akan mengubah janji-janjiNya.
👉Tabsyir
Tauhid dlm ibadah.
Syirik dlm ibadah.
Perbandingan yg jelas antara tauhid dan syirik.
Ayat 21
أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً
فَسَلَكَهُ يَنَابِيعَ فِي الْأَرْضِ
ثُمَّ يُخْرِجُ بِهِ زَرْعًا
مُخْتَلِفًا أَلْوَانُهُ
ثُمَّ يَهِيجُ
فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا
ثُمَّ يَجْعَلُهُ حُطَامًا ۚ
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ
لَذِكْرَىٰ لِأُولِي الْأَلْبَابِ
Tidakkah engkau memerhatikan, bahawa Allah menurunkan hujan dari langit,
lalu dialirkanNya menjadi matair-matair di bumi; kemudian Ia menumbuhkan dengan air itu tanaman-tanaman yang berbagai jenis dan warnanya;
kemudian tanaman-tanaman itu bergerak segar (hingga ke suatu masa yang tertentu),
selepas itu engkau melihatmu berupa kuning;
kemudian Ia menjadikannya hancur bersepai?
Sesungguhnya segala yang tersebut itu mengandungi peringatan yang menyedarkan orang-orang yang berakal sempurna.
👉Dalil naqli yg ke3
Ayat 22
أَفَمَنْ شَرَحَ اللَّهُ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ
فَهُوَ عَلَىٰ نُورٍ مِنْ رَبِّهِ ۚ
فَوَيْلٌ لِلْقَاسِيَةِ
قُلُوبُهُمْ مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ ۚ
أُولَٰئِكَ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ
Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam,
lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)?
Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah.
Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.
👉Perbandingan perbezaan orang yg dapat hidayah bagaimana cara dia.jiwanya macam mn?Yg sesat jiwanya macam mn?
Ilmu wahyu ni cahaya.
Orang tak belajar tak dapat cahaya.
Natijah orang tak terima ilmu wahyu .
Hatinya keras kerana tidak dilembutkan oleh ilmu wahyu.
Ayat 23
اللَّهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ
كِتَابًا
مُتَشَابِهًا
مَثَانِيَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ
ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ
وَقُلُوبُهُمْ إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّهِ ۚ
ذَٰلِكَ هُدَى اللَّهِ يَهْدِي بِهِ مَنْ يَشَاءُ ۚ
وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ
فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ
Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran
yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya),
yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara);
yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram;
kemudian kulit badan mereka menjadi lembut
serta tenang tenteram hati mereka
menerima ajaran dan rahmat Allah.
Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah;
Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya);
dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah),
maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.
👉I'adah dali wahyu.
Berulang2 untuk mantap.
Tak mantap akan mudah tercabut .
Lebih2 saat ketika menhadapi masa nak mati.
Solat amal penting selepas beriman.
Solat untuk ingat Allah sungguh2 padanya.
Tanpa ingat Allah , solat jadi kosong atau kecelakaan
Ayat 24
أَفَمَنْ يَتَّقِي بِوَجْهِهِ
سُوءَ الْعَذَابِ
يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۚ
وَقِيلَ لِلظَّالِمِينَ
ذُوقُوا مَا كُنْتُمْ تَكْسِبُونَ
Maka adakah orang yang menahan dengan mukanya akan (selaran) azab yang buruk
pada hari kiamat (sama seperti orang yang terselamat)?
Dan (pada saat itu) dikatakan kepada orang-orang yang zalim itu:
"Rasalah (balasan) apa yang kamu usahakan dahulu".
👉Gambaran orang degil dan keras kena siksa diakhirat.
Ayat 25
كَذَّبَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَأَتَاهُمُ الْعَذَابُ
مِنْ حَيْثُ لَا يَشْعُرُونَ
(Ingatlah! Bahawa) orang-orang yang terdahulu dari mereka telah mendustakan (Rasul-rasul yang diutuskan kepada mereka),
lalu orang-orang itu didatangi azab dari arah yang mereka tidak menyedarinya.
👉Takhwif ukhrowi.
Ayat 26
فَأَذَاقَهُمُ اللَّهُ الْخِزْيَ
فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ
وَلَعَذَابُ الْآخِرَةِ أَكْبَرُ ۚ
لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
Maka Allah merasakan mereka kehinaan dalam kehidupan dunia (dengan berbagai bala bencana),
dan sesungguhnya azab seksa hari akhirat (yang disediakan untuk mereka) lebih besar lagi.
Kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini, tentulah mereka tidak mendustakan Rasul).
👉Natijah dunia
Kehinaan dunia ialah hidup yg tak puas.
Ayat 27
وَلَقَدْ ضَرَبْنَا لِلنَّاسِ
فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ
مِنْ كُلِّ مَثَلٍ
لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengemukakan kepada umat manusia
berbagai misal perbandingan dalam Al-Quran ini,
supaya mereka mengambil peringatan dan pelajaran.
👉Penyelamat.
Ayat 28
قُرْآنًا عَرَبِيًّا
غَيْرَ ذِي عِوَجٍ
لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ
laitu Al-Quran yang berbahasa Arab,
yang tidak mengandungi sebarang keterangan yang terpesong;
supaya mereka bertaqwa.
👉Tauhid dlm aqidah,tauhid dlm ibadah dan syariat.
Ayat 29
ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا
رَجُلًا فِيهِ شُرَكَاءُ
مُتَشَاكِسُونَ
وَرَجُلًا سَلَمًا لِرَجُلٍ
هَلْ يَسْتَوِيَانِ مَثَلًا ۚ
الْحَمْدُ لِلَّهِ ۚ
بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ
Allah memberikan satu misal perbandingan:
Seorang hamba lelaki yang dimiliki oleh beberapa orang yang berkongsi yang bertentangan tabiat dan kemahuannya;
dan seorang hamba lelaki yang lain hanya dimilik oleh seorang sahaja;
adakah kedua-dua hamba itu sama keadaannya (Tentulah tidak sama).
Ucaplah: "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur terhadap penjelasan soal tauhid itu)
bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik) tidak mengetahui (hakikat tauhid).
👉Bertentangan مُتَشَاكِسُونَ
Beza orang yg bertauhid kepada Allah shj dgn orang yg syirik.
Urdu ;Samaj ne kai e roda nahi rak tee
Tidak bersedia untuk faham ْ لَا يَعْلَمُونَ
Ayat 30
إِنَّكَ مَيِّتٌ
وَإِنَّهُمْ مَيِّتُونَ
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan mati, dan sesungguhnya mereka juga akan mati.
👉Jawapan allah bagi satu kesamaran.
Orang Arab mekah mententeramkan fahamannya dgn mengatakan nanti nabi mati ,selesai.
Kesamaran zaman sekarang.nabi hidup alam barzah.
Kefahaman sekarang nabi masih hidup.
Fahaman Hindu dan karamiah,masih hidup
Kenapa ada yg berfahaman nabi masih hidup?
kefahaman hayati.
Sahabat mengebumikan kerana nabi mati dlm hadis yg jelas.
Aisyah cium bau harum ketika nabi mati.
Ada ulamak terkenal tulis kitab yaitu,abi hayat ,kata nabi mati seperti lilin menyala yg diserkup.
Aqidah nabi tak mati yg membawa kesesatan.
Alhamdulillah di Malaysia tiada fahaman ini.
Hidup nabi adalah hidup dialam barzah.
Ayat 31
ثُمَّ إِنَّكُمْ
يَوْمَ الْقِيَامَةِ عِنْدَ رَبِّكُمْ تَخْتَصِمُونَ
Kemudian, sesungguhnya kamu semua,
pada hari kiamat, akan bertengkar berhujah di hadapan Tuhan kamu.
👉
Ayat 32
فَمَنْ أَظْلَمُ
مِمَّنْ كَذَبَ عَلَى اللَّهِ
وَكَذَّبَ بِالصِّدْقِ إِذْ جَاءَهُ ۚ
أَلَيْسَ فِي جَهَنَّمَ
مَثْوًى لِلْكَافِرِينَ
(Apabila berlaku yang demikian), maka nyatalah bahawa tidak ada yang lebih zalim
daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah,
dan mendustakan kebenaran sebaik-baik sahaja kebenaran itu disampaikan kepadanya.
Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka Jahannam
disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang kafir?
👉Paling Bohong:perkara yg buat dia sendiri dan mendustakan wahyu Allah.
Ayat 33
وَالَّذِي جَاءَ بِالصِّدْقِ
وَصَدَّقَ بِهِ ۙ
أُولَٰئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ
Dan (nyatalah bahawa) yang membawa kebenaran (tauhid dan hukum ugama)
serta ia (dan pengikut-pengikutnya) mengakui kebenarannya (dengan mematuhi hukum itu),
mereka itulah orang-orang yang bertaqwa.
👉Tabsyir
Ayat 34
لَهُمْ مَا يَشَاءُونَ
عِنْدَ رَبِّهِمْ ۚ
ذَٰلِكَ جَزَاءُ الْمُحْسِنِينَ
Disediakan untuk mereka apa yang mereka kehendaki,
di sisi Tuhan mereka;
demikianlah balasan orang-orang yang berusaha memperbaiki amal perbuatannya.
👉
Ayat 35
لِيُكَفِّرَ اللَّهُ عَنْهُمْ أَسْوَأَ الَّذِي عَمِلُوا
وَيَجْزِيَهُمْ أَجْرَهُمْ
بِأَحْسَنِ الَّذِي كَانُوا يَعْمَلُونَ
(Limpah kurnia yang demikian, diberikan kepada orang-orang yang bertaqwa) kerana Allah hendak menghapuskan dari mereka (kalaulah ada) seburuk-buruk amal perbuatan yang mereka telah lakukan,
serta membalas mereka, akan pahala mereka,
dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.
Ayat 36
أَلَيْسَ اللَّهُ بِكَافٍ عَبْدَهُ ۖ
وَيُخَوِّفُونَكَ بِالَّذِينَ مِنْ دُونِهِ ۚ
وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ
Bukankah Allah cukup untuk mengawal dan melindungi hambaNya (yang bertaqwa)?
Dan mereka menakutkanmu (wahai Muhammad) dengan yang mereka sembah yang lain dari Allah.
Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah),
maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.
👉Bergantung penuh dgn Allah.
Bertaqwa dgn menyampaikan Al-Quran.
Contoh orang kampung maulana Hadi yg buat pemujaan mengancam rodok perut jika merosakan apa yg mereka buat.
Ayat 37
وَمَنْ يَهْدِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ مُضِلٍّ ۗ
أَلَيْسَ اللَّهُ بِعَزِيزٍ
ذِي انْتِقَامٍ
Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan sebab pilihannya yang benar),
maka tidak ada sesiapapun yang dapat menyesatkannya.
Bukankah Allah Maha Kuasa,
lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah)?
👉memohon hidayah kepada Allah.
Ayat 38
وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ ۚ
قُلْ أَفَرَأَيْتُمْ
مَا تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ
إِنْ أَرَادَنِيَ اللَّهُ بِضُرٍّ
هَلْ هُنَّ كَاشِفَاتُ
ضُرِّهِ أَوْ أَرَادَنِي بِرَحْمَةٍ
هَلْ هُنَّ مُمْسِكَاتُ رَحْمَتِهِ ۚ
قُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ ۖ
عَلَيْهِ يَتَوَكَّلُ الْمُتَوَكِّلُونَ
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?"
Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah".
Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu?
Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya,
dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu;
atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?"
Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku);
kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri".
👉
Ayat 39
قُلْ
يَا قَوْمِ اعْمَلُوا عَلَىٰ مَكَانَتِكُمْ
إِنِّي عَامِلٌ ۖ
فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ
Katakanlah: "Wahai kaumku (yang masih berdegil dalam kekufurannya)!
Buatlah sedaya upaya kamu (untuk menentang ugama Islam yang aku sampaikan itu),
sesungguhnya aku juga tetap berusaha dengan bersungguh-sungguh (untuk mengembangkannya); kemudian kamu akan mengetahui kelak
👉Takhwif ukhrowi فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ
Ayat 40
مَنْ يَأْتِيهِ عَذَابٌ يُخْزِيهِ
وَيَحِلُّ عَلَيْهِ
عَذَابٌ مُقِيمٌ
"Siapakah yang akan didatangi azab yang menghinakannya,
serta akan ditimpakan kepadanya azab seksa yang berkekalan".
👉Natijah dunia.
Ayat 41
إِنَّا أَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ
لِلنَّاسِ
بِالْحَقِّ ۖ
فَمَنِ اهْتَدَىٰ
فَلِنَفْسِهِ ۖ
وَمَنْ ضَلَّ
فَإِنَّمَا يَضِلُّ عَلَيْهَا ۖ
وَمَا أَنْتَ عَلَيْهِمْ بِوَكِيلٍ
Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran yang menyatakan segala kebenaran (untuk menjadi panduan hidup) kepada umat manusia seluruhnya.
Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beramal menurutnya),
maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri;
dan sesiapa yang sesat (tidak berpandu kepadanya), maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri;
dan engkau (wahai Muhammad - hanyalah penyampai) bukanlah menjadi wakil yang menguasai (keadaan dan bawaan) mereka.
👉Dalil wahyi
Tasliyah ِ فَمَنِ اهْتَدَىٰ فَلِنَفْسِه
Ayat 42
اللَّهُ يَتَوَفَّى الْأَنْفُسَ حِينَ مَوْتِهَا
وَالَّتِي لَمْ تَمُتْ فِي مَنَامِهَا ۖ
فَيُمْسِكُ الَّتِي قَضَىٰ عَلَيْهَا الْمَوْتَ
وَيُرْسِلُ الْأُخْرَىٰ
إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى ۚ
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya,
jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya,
dan jiwa orang yang tidak mati:
dalam masa tidurnya;
kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya
dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).
👉Dalil aqli.
Akhirat Allah ajar seperti tidur.
Ada 2 roh.
Roh yg keluar ketika tidur.
Roh yg keluar bila mati.
Hari2 tidur bertukar alam.
Tidur adalah alam lain.
Maka akhirat adalah alam lain berbeza dgn alam hidup sekarang ini.
Sebab itu bila terjaga nabi ajar doa zikir akhirat bersyukur.s upaya mengingatkan malam akhirat.
Tidur gambaran alam akhirat.
Ayat 43
أَمِ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِ اللَّهِ شُفَعَاءَ ۚ
قُلْ
أَوَلَوْ كَانُوا لَا يَمْلِكُونَ شَيْئًا
وَلَا يَعْقِلُونَ
Patutkah mereka (yang musyrik) mengambil yang lain dari Allah menjadi pemberi syafaat?
Bertanyalah (kepada mereka):
"Dapatkah yang lain dari Allah memberi syafaat padahal semuanya tidak pula mengerti (sebarang apa pun)?"
👉zajrun
Ayat 44
قُلْ
لِلَّهِ الشَّفَاعَةُ جَمِيعًا ۖ
لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ
ثُمَّ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Syafaat itu semuanya hak kepunyaan Allah;
Dia lah Yang Menguasai segala urusan langit dan bumi; kemudian kamu akan dikembalikan kepadaNya (untuk menerima balasan)."
👉Jika dipelajari,mudah shj.
Ayat 45
وَإِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَحْدَهُ
اشْمَأَزَّتْ قُلُوبُ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ ۖ
وَإِذَا ذُكِرَ الَّذِينَ مِنْ دُونِهِ
إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ
Dan (di antara keburukan orang-orang yang melakukan syirik): apabila disebut nama Allah semata-mata (di dalam doa dan sebagainya),
segan serta liarlah hati mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat;
dan apabila disebut nama-nama yang mereka sembah dan puja yang lain dari Allah,
mereka dengan serta merta riang dan gembira.
👉alamat orang yg tauhid dan syirik .
Contoh Bila disebut ,gelisah dan benci bukti ,hati tak betul.
Bahaya ,amalan berkemungkinan tidak sah.
Hafal juga Ayat ini.
Ayat 46
قُلِ اللَّهُمَّ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ
أَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ
فِي مَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ
Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi,
yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata,
Engkaulah jua yang mengadili di antara hamba-hambaMu,
mengenai apa yang mereka sentiasa berselisihan padanya".
👉Natijah tauhid.
Ayat 47
وَلَوْ أَنَّ لِلَّذِينَ ظَلَمُوا مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا
وَمِثْلَهُ مَعَهُ
لَافْتَدَوْا بِهِ
مِنْ سُوءِ الْعَذَابِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۚ
وَبَدَا لَهُمْ
مِنَ اللَّهِ مَا لَمْ يَكُونُوا يَحْتَسِبُونَ
Dan sekiranya orang-orang zalim itu mempunyai segala apa jua yang ada di bumi,
disertai sebanyak itu lagi,
tentulah mereka rela menebus diri mereka dengannya daripada azab seksa yang buruk pada hari kiamat,
setelah jelas nyata kepada mereka dari (hukum) Allah, azab yang mereka tidak pernah fikirkan.
👉Tak pernah fikir sebab tak pernah belajar.
Ayat 48
وَبَدَا لَهُمْ سَيِّئَاتُ مَا كَسَبُوا
وَحَاقَ بِهِمْ
مَا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُونَ
Dan sudah tentu akan nyata kepada mereka keburukan perkara-perkara yang mereka telah usahakan,
dan mereka akan diliputi oleh azab yang mereka telah ejek-ejek itu.
👉
Ayat 49
فَإِذَا مَسَّ الْإِنْسَانَ ضُرٌّ دَعَانَا
ثُمَّ إِذَا خَوَّلْنَاهُ نِعْمَةً مِنَّا
قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَىٰ عِلْمٍ ۚ
بَلْ هِيَ فِتْنَةٌ
وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ
Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami;
kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia sombongnya):
"Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya),
akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).
👉Nak buat ,insyallah.
Dah dapat ,Alhamdulillah
Perkara lebih,subhanallah.
Perkara terlepas,innalillah
Jgn lupa sebut Allah.baru selamat..
Hati bergantung pada allah
Ayat 50
قَدْ قَالَهَا
الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ
فَمَا أَغْنَىٰ عَنْهُمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Sebenarnya orang-orang yang terdahulu
daripada mereka telah juga mengatakan yang demikian
maka segala yang mereka usahakan itu tidak dapat menyelamatkan mereka (dari azab Allah).
👉Takhwif duniawi
Tidak dibenarkan kata dari Allah terus.
Tapi kata kita cari ,tapi disampingi itu sebut Allah.
Bermuafakat sehingga dia faham.ikut cara nabi jawab.
Cuma jgn lupa Allah.mata tak nampak tapi jgn hatipun tak nampak Allah.
Ayat 51
فَأَصَابَهُمْ سَيِّئَاتُ مَا كَسَبُوا ۚ
وَالَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْ هَٰؤُلَاءِ
سَيُصِيبُهُمْ سَيِّئَاتُ مَا كَسَبُوا
وَمَا هُمْ بِمُعْجِزِينَ
Lalu mereka ditimpa keburukan padah perbuatan-perbuatan jahat yang mereka lakukan;
dan orang-orang yang zalim di antara golongan (yang musyrik) ini akan ditimpa juga akibat buruk perbuatan-perbuatan buruk perbuatan jahat yang mereka lakukan, dan mereka tidak akan dapat melepaskan diri.
👉
Ayat 52
أَوَلَمْ يَعْلَمُوا
أَنَّ اللَّهَ يَبْسُطُ الرِّزْقَ
لِمَنْ يَشَاءُ وَيَقْدِرُ ۚ
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ
لَآيَاتٍ
لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
(Mengapa mereka mendakwa demikian),
tidakkah mereka mengetahui bahawa sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya,
dan Ia juga yang menyempitkannya?
Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan yang jelas
bagi orang-orang yang percayakan (ilmu dan kebijaksanaan Allah).
👉Dalil aqli yg ke6
Ayat 53
قُلْ
يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ
لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ ۚ
إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ
إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat),
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah,
kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa;
sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉Tabrik kepada tauhid.
Ayat Harapan yg tinggi لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ
Ayat motivasi paling besar,yg hanya satu ayat shj dlm quran
Ayat 54
وَأَنِيبُوا إِلَىٰ رَبِّكُمْ
وَأَسْلِمُوا لَهُ
مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ
ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ
"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat,
serta berserah bulat-bulat kepadaNya,
sebelum kamu didatangi azab;
kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.
👉lagi penjelasan,inabah
Ayat 55
وَاتَّبِعُوا أَحْسَنَ مَا أُنْزِلَ
إِلَيْكُمْ مِنْ رَبِّكُمْ
مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ
بَغْتَةً
وَأَنْتُمْ لَا تَشْعُرُونَ
"Dan turutlah - Al-Quran - sebaik-baik. (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu,
sebelum kamu didatangi azab secara mengejut,
sedang kamu tidak menyedarinya.
👉Dalil wahyi
Ferdu dan sunat أَحْسَنَ
Orang yg buat persiapan tidak akan mati mengejut.
Ayat 56
أَنْ تَقُولَ نَفْسٌ
يَا حَسْرَتَا
عَلَىٰ مَا فَرَّطْتُ فِي جَنْبِ اللَّهِ
وَإِنْ كُنْتُ لَمِنَ السَّاخِرِينَ
"(Diperintahkan demikian) supaya jangan seseorang (menyesal dengan) berkata: `
sungguh besar sesal dan kecewaku
kerana aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku terhadap Allah
serta aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan (ugama Allah dan penganut-penganutnya)! -
👉Mempersendakan atau memperkecilkan wahyu السَّاخِرِينَ
Ayat 57
أَوْ تَقُولَ
لَوْ أَنَّ اللَّهَ هَدَانِي
لَكُنْتُ مِنَ الْمُتَّقِينَ
"Atau berkata: ` Kalaulah Allah memberi hidayah petunjuk kepadaku,
tentulah aku telah menjadi dari orang-orang yang bertaqwa ! ' -
👉
Ayat 58
أَوْ تَقُولَ
حِينَ تَرَى الْعَذَابَ
لَوْ أَنَّ لِي كَرَّةً
فَأَكُونَ مِنَ الْمُحْسِنِينَ
"Atau berkata semasa ia melihat azab:
` Kalaulah aku dapat kembali ke dunia,
nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan!"
👉
Ayat 59
بَلَىٰ
قَدْ جَاءَتْكَ آيَاتِي
فَكَذَّبْتَ بِهَا
وَاسْتَكْبَرْتَ
وَكُنْتَ مِنَ الْكَافِرِينَ
(Kata-kata yang tersebut ditolak oleh Allah dengan firmanNya): "Bahkan telahpun datang kepadamu ayat-ayat petunjukKu (melalui RasulKu),
maka engkau telah mendustakannya
serta engkau berlaku sombong angkuh mengenainya, dan engkau telah menjadikan dirimu dari orang-orang yang kufur ingkar!"
👉Mendustakan=tidak mahu mempelajari Quran.berasa Al-Quran itu kecil shj.
Ayat 60
وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ
تَرَى الَّذِينَ كَذَبُوا عَلَى اللَّهِ
وُجُوهُهُمْ مُسْوَدَّةٌ ۚ
أَلَيْسَ فِي جَهَنَّمَ مَثْوًى لِلْمُتَكَبِّرِينَ
Dan pada hari kiamat,
engkau akan melihat orang-orang yang berdusta terhadap Allah (dan yang menyatakan kesedihan itu) - muka mereka hitam legam;
bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka Jahannam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang sombong takbur?
👉Sombong dari belajar wahyu.
Ayat 61
وَيُنَجِّي اللَّهُ الَّذِينَ اتَّقَوْا
بِمَفَازَتِهِمْ
لَا يَمَسُّهُمُ السُّوءُ
وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
Dan (sebaliknya) Allah akan menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa (yang menjauhkan diri dari perbuatan syirik dan maksiat)
dengan mereka mendapat kemenangan besar (keredaan Allah)
mereka tidak akan disentuh sesuatu yang buruk, dan tidak akan berdukacita.
👉
Ayat 62
اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ ۖ
وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ
Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu,
dan Dia lah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya.
👉Dalil naqli
Ayat 63
لَهُ مَقَالِيدُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۗ
وَالَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ اللَّهِ
أُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ
Dia sahajalah yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi;
(orang-orang yang percayakan yang demikian beruntunglah)
dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah yang jelas nyata itu,
mereka itulah orang-orang yang paling rugi.
👉
Ayat 64
قُلْ أَفَغَيْرَ اللَّهِ
تَأْمُرُونِّي أَعْبُدُ أَيُّهَا الْجَاهِلُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad, kepada orang-orang musyrik itu: "Sesudah jelas dalil-dalil keesaan Allah yang demikian),
patutkah kamu menyuruhku menyembah atau memuja yang lain dari Allah, hai orang-orang yang jahil?"
👉Iadah da'wa atau pengulangan Da'wa
Ayat 65
وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ
وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ
لَئِنْ أَشْرَكْتَ
لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ
وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu:
"Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah)
tentulah akan gugur amalmu,
dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.
👉Nabi Kalu syirik akan batal amal.
Ayat 66
بَلِ اللَّهَ فَاعْبُدْ
وَكُنْ مِنَ الشَّاكِرِينَ
"(Janganlah menyembah yang lain dari Allah) bahkan (apabila beribadat) maka hendaklah engkau menyembah Allah semata-mata,
dan hendaklah engkau menjadi dari orang-orang yang bersyukur
👉
Ayat 67
وَمَا قَدَرُوا اللَّهَ حَقَّ قَدْرِهِ
وَالْأَرْضُ جَمِيعًا قَبْضَتُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
وَالسَّمَاوَاتُ مَطْوِيَّاتٌ بِيَمِينِهِ ۚ
سُبْحَانَهُ
وَتَعَالَىٰ عَمَّا يُشْرِكُونَ
Dan mereka (yang musyrik) tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang sewajibnya diberikan kepadaNya,
sedang bumi seluruhnya - pada hari kiamat - dalam genggaman kuasaNya,
dan langit tergulung dengan kekuasaanNya.
Maha Sucilah Ia dan Tertinggi keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan.
👉Zajrun.
Ayat 68
وَنُفِخَ فِي الصُّورِ
فَصَعِقَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ
إِلَّا مَنْ شَاءَ اللَّهُ ۖ
ثُمَّ نُفِخَ فِيهِ أُخْرَىٰ
فَإِذَا هُمْ قِيَامٌ يَنْظُرُونَ
Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala,
maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi,
kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya);
kemudian ditiup sangkakala sekali lagi,
maka dengan serta merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-masing).
👉Takhwif ukhrowi
Berbeza cara datang ke akhirat.
Ayat 69
وَأَشْرَقَتِ الْأَرْضُ بِنُورِ رَبِّهَا
وَوُضِعَ الْكِتَابُ
وَجِيءَ بِالنَّبِيِّينَ وَالشُّهَدَاءِ
وَقُضِيَ بَيْنَهُمْ بِالْحَقِّ
وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ
Dan akan bersinar terang-benderanglah bumi (hari akhirat) dengan cahaya Tuhannya;
dan akan diberikan Kitab suratan amal (untuk dibicarakan);
dan akan dibawa Nabi-nabi serta saksi-saksi;
dan akan dihakimi di antara mereka dengan adil,
sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.
👉Dosa tidak dibalasan yg berganda tak seperti balasan pahala.
Ayat 70
وَوُفِّيَتْ كُلُّ نَفْسٍ مَا عَمِلَتْ
وَهُوَ أَعْلَمُ بِمَا يَفْعَلُونَ
Dan akan disempurnakan bagi tiap-tiap seorang - balasan apa yang telah dikerjakannya,
dan Allah lebih mengetahui akan apa yang mereka telah lakukan.
👉
Ayat 71
وَسِيقَ الَّذِينَ كَفَرُوا إِلَىٰ جَهَنَّمَ زُمَرًا ۖ
حَتَّىٰ إِذَا جَاءُوهَا
فُتِحَتْ أَبْوَابُهَا
وَقَالَ لَهُمْ خَزَنَتُهَا
أَلَمْ يَأْتِكُمْ رُسُلٌ مِنْكُمْ
يَتْلُونَ عَلَيْكُمْ آيَاتِ رَبِّكُمْ
وَيُنْذِرُونَكُمْ
لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَٰذَا ۚ
قَالُوا بَلَىٰ
وَلَٰكِنْ حَقَّتْ كَلِمَةُ الْعَذَابِ
عَلَى الْكَافِرِينَ
Dan orang-orang kafir akan dihalau ke neraka Jahannam dengan berpasuk-pasukan,
sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakan pintu-pintunya
dan berkatalah penjaga-penjaganya kepada mereka: Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri,
yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Tuhan kamu dan memperingatkan kamu akan pertemuan hari kamu ini?"
Mereka menjawab: "Ya, telah datang! Tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas orang-orang yang kafir.
👉Takhwif ukhrowi
Golongan yg bersalah.
Sebab salah adalah tak baca ayat Allah.
Tiada rasul ada pewaris.
Tugas rasul membaca wahyu.
Ayat 72
قِيلَ ادْخُلُوا أَبْوَابَ جَهَنَّمَ
خَالِدِينَ فِيهَا ۖ
فَبِئْسَ مَثْوَى الْمُتَكَبِّرِينَ
(Setelah itu) dikatakan kepada mereka: "Masukilah pintu-pintu neraka Jahannam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya;
maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur ialah neraka Jahannam.
👉
Ayat 73
وَسِيقَ الَّذِينَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ
إِلَى الْجَنَّةِ زُمَرًا ۖ
حَتَّىٰ إِذَا جَاءُوهَا
وَفُتِحَتْ أَبْوَابُهَا
وَقَالَ لَهُمْ خَزَنَتُهَا
سَلَامٌ عَلَيْكُمْ
طِبْتُمْ
فَادْخُلُوهَا خَالِدِينَ
Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka
dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:
" Salam sejahtera kepada kamu,
berbahagialah kamu,
maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya" (mereka pun masuk) -
👉Tabsyir
Ayat 74
وَقَالُوا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي صَدَقَنَا وَعْدَهُ
وَأَوْرَثَنَا الْأَرْضَ
نَتَبَوَّأُ مِنَ الْجَنَّةِ حَيْثُ نَشَاءُ ۖ
فَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ
Serta mereka berkata:" Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menepati janjiNya kepada kami,
dan yang menjadikan kami mewarisi bumi Syurga ini dengan sebebas-bebasnya,
kami boleh mengambil tempat dari Syurga ini di mana sahaja kami sukai;
maka pemberian yang demikian ialah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal".
👉
Ayat 75
وَتَرَى الْمَلَائِكَةَ حَافِّينَ مِنْ حَوْلِ الْعَرْشِ
يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ ۖ
وَقُضِيَ بَيْنَهُمْ بِالْحَقِّ
وَقِيلَ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Dan (pada hari itu) engkau akan melihat malaikat beredar di sekeliling Arasy dengan bertasbih memuji Tuhan mereka,
serta mereka dihakimi dengan adil;
dan (masing-masing bersyukur akan keputusan itu dengan) mengucapkan:
"Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam!"
👉
🎷🎷🎷
Minit 44
Ayat 53-61
Ayat 53
قُلْ
يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ
لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ ۚ
إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ
إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
👉Ayat ini adalah ayat tabrik kepada tauhid dan ayat harapan .
Satu2nya ayat harapan dan memberi harapan yg tinggi kepada sekalian hamba.
Orang yg berputus asa kena dibacakan ayat ini kepadanya.
Orang yg ada ayat ini dlm dadanya ,dia tidak akan kecewa.
Tidak ada sejarah dalam hidup ni ,jika dia tahu ayat ini dia akan kecewa.
Terlepas dunia ,bukan terlepas segala2.
Ada orang terlepas dunia,rasa dah terlepas segala2.Terlepas apa?Kita dok hidup lagi atas dunia.
Terlepas itu dan terlepas ini shj?Hok kita nak cari apa benda?Kita nak cari benda lain.Kita nak cari benda lain.Manusia ni dia cari benda salah.Jadi terlepas benda salah ,kecewa.
Kalau sekiranya ,dia cari reda allah,apa yg terlepas?Tiada yg terlepas!.Dia tak akan pernah kecewa.Yg kecewa semua sekali kerana dia cari selain dari allah.Maka hukumannya kecewa.Cuba dia cari reda Allah ,apa yg dia terlepas.
Jika dia diuji dgn susah itu pun pahala.
Penghampiran pada allah akan lebih lagi.
Dan apabila diberi atau diuji dgn kesenangan dia bersyukur.dia dapat pahala juga.Susah pun boleh pahala,senang pun boleh pahala ,dengan sabar dan syukur ,apabila apa yg dia cara itu allah.Masalahnya kita cari benda lain?Silap dlm mencari.Maka berlakulah kecewa.Jika untuk mereka semua sekali dan juga kita ayat 53 ini adalah harapan dan motivasi yg tinggi untuk kita tidak akan kecewa.
Katakanlah (wahai Muhammad): kepada sekelian kepada hamba ku.
"Wahai hamba-hambaKu semua,yang telah melakukan sesuatu yg melampaui batas,melakukan kesilapan keatas diri mereka sendiri dengan sebab syirik atau dgn sebab macam2 maksiat dan berbagai2 kesalahan lagi sebagai seorang hamba,janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, Jangan putus asa dari rahmat allah sebab sesungguhnya Allah boleh mengampunkan segala dosa; Masalah manusia ni kalau dosa tak diampun.Kalau Allah boleh mengampunkan dosa,apa masalah?sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani yakni Allah suka nak mengampuni yakni apabila manusia suka nak minta maaf.dengan dia.Dan hok mana yg dah allah ampuni didunia,Dia tak siksa diakhirat.Bacakan ayat ini kepadanya(orang yg putus asa)
Ayat 54
وَأَنِيبُوا إِلَىٰ رَبِّكُمْ
وَأَسْلِمُوا لَهُ
مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ
ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ
👉 Dan setelah kamu tidak putus asa,kembalilah kepada tuhan kamu.Inabah disini,carilah tuhan kamu.Berusaha mendampingkan diri kamu sedekat2nya dgn tuhan kamu.Dan serahlah diri kamu dari hujung rambut sampai hujung kaki dlm mentaati .Ikhtiar lagu tu.Sebelum tiba hari selepas mati,kamu akan ditimpa azab dan kamu diakhirat sana tidak akan lagi dipertolongan.Hok silap kita minta maaf.Hok jahil kita belajar.Barang mudah shj.Barang boleh selesai.Jadi ayat ini syat 53 dan ayat 54 ini cara2 nak menghilangkan perasaan,2 yg ada dlm hati hamba yg silap atau terlanjur.
Ayat 55
وَاتَّبِعُوا أَحْسَنَ مَا أُنْزِلَ
إِلَيْكُمْ مِنْ رَبِّكُمْ
مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ
بَغْتَةً
وَأَنْتُمْ لَا تَشْعُرُونَ
👉 Ayat 55 ini dalil wahyi.
"Dan kamu semua diminta supaya ikutlah semasa didunia ini yg terbaik yg diturunkan kepada kamu yakni yg ferdu dan yg sunat dan yg boleh pahala dari tuhan kamu sebelum tiba hari yang datang azab dari tuhan kamu secara tiba2 secara mengejut.Sedang kamu tidak menyedarinya sudah datang ajal dan masa kamu.Jadi orang yg buat persiapan tidak akan mati mengejut.
Ayat 56
أَنْ تَقُولَ نَفْسٌ
يَا حَسْرَتَا
عَلَىٰ مَا فَرَّطْتُ فِي جَنْبِ اللَّهِ
وَإِنْ كُنْتُ لَمِنَ السَّاخِرِينَ
👉Orang tidak buat persiapan inilah yg akan berlaku yaitu dia berkata ,Alangkah menyesalnya aku,diatas kecuaian ku terhadap Allah.Aku ni hamba Allah ,bakpo tak ja'di hamba allah.Sesungguhnya aku dulu didunia dulu orang yg mempersendakan wahyu.Memandang kecik wahyu.Tidak besar wahyu sehingga tak sir ngaji sehingga tak tahu.lagu tu makna السَّاخِرِينَ.
Memperkecilkan wahyu allah.sehingga tidak tahu kehendak allah ,sehingga berlaku dlm kehidupan yg bercanggah dengan wahyu dia.
Atau pun dia(jiwa yg mati mengejut) akan kata begini
Ayat 57
أَوْ تَقُولَ
لَوْ أَنَّ اللَّهَ هَدَانِي
لَكُنْتُ مِنَ الْمُتَّقِينَ
👉 Sekiranya Allah memberi hidayah petunjuk kepadaku semasa didunia ,aku juga akan masuk dlm golongan bertaqwa tapi allah tak bg hidayah pada aku...Sedang itu kesalahan dia.
Atau ke3,orang yg mati mengejut akan berkata ayat 58
أَوْ تَقُولَ
حِينَ تَرَى الْعَذَابَ
لَوْ أَنَّ لِي كَرَّةً
فَأَكُونَ مِنَ الْمُحْسِنِينَ
👉 Bila dia sendiri melihat azab.
Sekiranya aku boleh hidup dan kembali semula kedunia aku juga akan jadi golongan yg memiliki hati yg baik.Akan ngaji quran.Akan mendampingi Allah dgn cara mentaati hukum dari wahyu dia.
Jadi kena buat sesuatu sebelum berlaku begini.Sebab ini akan berlaku ini akan berlaku diakhirat.
Kemudia Allah jawab
Ayat 59
بَلَىٰ
قَدْ جَاءَتْكَ آيَاتِي
فَكَذَّبْتَ بِهَا
وَاسْتَكْبَرْتَ
وَكُنْتَ مِنَ الْكَافِرِينَ
Bahkan.
(Alik Allah pula)
Bahkan telah sampai kepada kamu,ayat2 Aku.
Kamu degil dan kamu dengarpun tentang quran Aku wtau kamu dengarpun tentang tafsir quran Aku,tapi kamu saja membuat tindakan membohonginya atau anggap tidak penting.Kalu anggap quran ni penting,mu gi ngaji,tapi kamu jadikan ia tidak penting kamu tidak belajar.Mendusta tidak perlu kata,pelawok quran.Tak perlu kata.Tak ngaji pun serupa.Lalu tidak tahu.bila tak tahu byk kesalahan2 sebab kamu tidak tahu.Kamu telah membohonginya.Dan kamu rasa besar dari nak belajar dan nak mengikutinya.
Lalu dgn sebab 3 perkara itu,jadilah kamu golongan kafir azali,makna golongan kafir mengikut taqdir.
Sebab ini alamat taqdir orang kafir azali
Tidak suka belajar.
Sombong untuk belajar sehingga tidak tahu agama yg sebenar.
Ayat 60
وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ
تَرَى الَّذِينَ كَذَبُوا عَلَى اللَّهِ
وُجُوهُهُمْ مُسْوَدَّةٌ ۚ
أَلَيْسَ فِي جَهَنَّمَ مَثْوًى لِلْمُتَكَبِّرِينَ
Dan pada hari kiamat,
Kamu akan melihat sendiri orang-orang yang mendustakan (membohongi atas nama ) Allah .
Buat sesuatu ak boleh pahala atau atas dasar agama sedang bukan pun dari Allah.Dia reka sendiri.
Orang seperti ini,muka mereka hitam legam.Allah taala tak bg seperti didunia.
Ini suatu cara,allah taala nak bg tau manusi paling yg dijaga muka dia.Hok lain hite tak apa asal jage muka dia.
Bukankah neraka jahanam tempat tinggal selama2nya bg orang sombong untuk belajar dan terima wahyu.
Semoga Allah lindungi kita semua.Amin.
Ayat 61
وَيُنَجِّي اللَّهُ الَّذِينَ اتَّقَوْا
بِمَفَازَتِهِمْ
لَا يَمَسُّهُمُ السُّوءُ
وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
Dan (sebaliknya) Allah akan menyelamatkan golongan2 yg menjaga aqidah mereka dari syirik.dgn memberi kejayaan kepada mereka.
Dgn capai apa yg dicari yg sebenar,iaitu reda allah dlm syurga.
Orang seperti ini tidak akan menimpa mereka sebarang kesusahan dan mereka tidak akan berdukacita.
Semoga allah taala lindungi kita dr golongan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan