Jumaat, September 20, 2019

Daurah tafsir 2016 sesi 148 syura 1-15

Daurah tafsir 2016 sesi 148 syura 1-15
042.Surah syura
Surah Syura adalah jawapan bg kesamaran dlm tauhid berdoa.
Diantara kesamaran yg besar,apabila diajak mentauhidkan allah semasa melakukan doa,ibadah adalah menyeru selain dari allah.
Dan ada kitab yg membenarkan demikian ,ini menyebabkan kesamaran.
Surah2 ni jawab ,semua nabi seru pada allah tiada khilaf lebih2 lagi nabi saw.
Agama yg seru selain allah ,agama dtg dr mn?
Semua ayat quran juga seru kepada allah.
Boleh berlaku bercanggah dgn wahyu,bukan nabi yg tulis.
Bila bercanggah dr usul aqidah yg ditulis oleh manusia tak boleh ikut.
Ilmu untuk tapis yg palsu iaitu ilmu usul hadis.
Bukan setiap yg ada dlm kitab itu betul kecuali al quran.
Tak mungkin quran dgn quran akan bertembung.begitu juga hadis.
Kitab muktabar yg perlu dipakai.
Jgn borong,semua ulamak akan pandai semua perkara.
Kepakaran ilmu dunia pun berbeza begitulah dgn  juga ilmu agama.
Kita tak tahu agama kita sendiri!
Bagaimana kita nak amalkan jika tak tahu.
Tiada maklumat tentang agamanya sendiri.
Bila bertembung dhoif dan sahih,yg sahih perlu diambil.
Yang paling penting adalah dlm quran,
iyya ka nak bu du wa iya ka nas tain
Akan dikau kami sembah dan akan dikau kami minta pertolongan.

Ayat 13,ini da'wa surah

شَرَعَ لَكُمْ مِنَ الدِّين
ِمَا وَصَّىٰ بِهِ نُوحًا
وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ
وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ
وَمُوسَىٰ وَعِيسَىٰ ۖ
أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ
وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ ۚ
كَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِينَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ ۚ
اللَّهُ يَجْتَبِي إِلَيْهِ مَنْ يَشَاءُ
وَيَهْدِي إِلَيْهِ مَنْ يُنِيبُ

Allah telah menerangkan kepada kamu -
di antara perkara-perkara ugama yang Ia tetapkan hukumnya -
apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh,
dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad),
dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim
dan Nabi Musa serta Nabi Isa,
iaitu: "Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya".
Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima ugama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya.
Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima ugama tauhid itu,
dan memberi hidayah petunjuk kepada ugamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat).
👉Huraian ajaran adalah tegakkan addin bukan tawasul(malaysia)
Hadis istiiskok,tawasul dgn orang yg telah mati tak boleh.saidina umar bertawasul dgn ibnu abbas(dia abbas)
Belajar dari guru bersanad serta pandai untuk elak salah faham.
Tulisan yg bercanggah dgn al Quran
Disini الدِّينَadalah tauhid.
Takkid وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ
Inabah,sifat permulaan ingin kembali kepada allah.
Nak kembali kepada allah tapi tak mahu belajar untuk kenal allah.
Kedegilan sebab tiada keinginnan nak tahu.dah tahu tak reti lari cari allah ,mati akan jumpa allah juga.

Ayat 14
وَمَا تَفَرَّقُوا
إِلَّا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ ۚ
وَلَوْلَا كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِنْ رَبِّكَ إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ ۚ
وَإِنَّ الَّذِينَ أُورِثُوا الْكِتَابَ مِنْ بَعْدِهِمْ
لَفِي شَكٍّ مِنْهُ مُرِيبٍ

Dan umat tiap-tiap Rasul tidak berpecah belah
dan berselisihan (dalam menjalankan ugama Allah) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang disuruh dan apa yang dilarang);
berlakunya (perselisihan yang demikian) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri.
Dan kalaulah tidak kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman) hingga ke suatu masa yang tertentu,
tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta-merta kepada mereka.
Dan sesungguhnya orang-orang yang diberikan Allah mewarisi Kitab ugama kemudian daripada mereka, berada dalam keadaan syak yang menggelisahkan terhadap Kitab itu.
👉Keadaan orang yg sebaliknya dr ayat 13
Tidak bersedia untuk belajar بَغْيًا
Disebabkan sifat irihati.
Dan menyekat sesiapa yg ingin belajar.
Lambat bukan bererti tiada وَلَوْلَا كَلِمَةٌ
Allah tidak cepat menghukum sebab allah nak bg peluang bukan bermakna tiada.
Tak belajar masa sekarang tak apa tetapi masa nak mati itu akan kena.

Ayat 15cara nak menyelesaikan masalah
فَلِذَٰلِكَ فَادْعُ ۖ
وَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ ۖ
وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ ۖ
وَقُلْ آمَنْتُ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ مِنْ كِتَابٍ ۖ
وَأُمِرْتُ لِأَعْدِلَ بَيْنَكُمُ ۖ
اللَّهُ رَبُّنَا وَرَبُّكُمْ ۖ لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ ۖ لَا حُجَّةَ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ ۖ اللَّهُ يَجْمَعُ بَيْنَنَا ۖ وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ

Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka - wahai Muhammad - kepada berugama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu,
dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya
katakanlah: "Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah,
dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu.
Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu.
Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu.
Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata).
Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat),
dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)".

Ayat 1
حم
Haa, Miim.

Ayat 2
عسق
Ain, Siin, Qaaf.

Ayat 3
كَذَٰلِكَ
يُوحِي إِلَيْكَ
وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ
اللَّهُ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Sebagaimana yang terkandung dalam surah ini dan surah-surah yang lain -
diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Rasul-rasul yang terdahulu daripadamu,
oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
👉

Ayat 4
لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ
وَمَا فِي الْأَرْضِ ۖ
وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Dia lah yang mempunyai dan menguasai segala yang ada di langit
dan yang ada di bumi;
dan Dia lah Yang Tertinggi keadaanNya, lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
👉kita milik allah
wahyu adalah milik allah
Jadi kena dengar atau ikut perintah allah.
Menafikan sifat penyeruapan الْعَلِيُّ

Ayat 5
تَكَادُ السَّمَاوَاتُ يَتَفَطَّرْنَ مِنْ فَوْقِهِنَّ ۚ
وَالْمَلَائِكَةُ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ
وَيَسْتَغْفِرُونَ لِمَنْ فِي الْأَرْضِ ۗ
أَلَا إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Alam langit nyaris-nyaris pecah dari sebelah atasnya (kerana ngeri dan takutnya kepada kemurkaan Allah terhadap penduduk bumi yang lupakan kebesaran Allah sehingga menyeleweng dari jalan yang benar);
dan malaikat bertasbih dengan memuji Tuhannya
serta memohon ampun bagi makhluk-makhluk yang ada di bumi.
Ingatlah! Sesungguhnya Allah, Dia lah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉Ayat ini Huraian الْعَظِيمُ

Ayat 6
وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ
اللَّهُ حَفِيظٌ عَلَيْهِمْ
وَمَا أَنْتَ عَلَيْهِمْ بِوَكِيلٍ

Dan (sebaliknya) orang-orang yang menjadikan sesuatu yang lain dari Allah sebagai pelindung (yang disembah dan diharapkan pertolongannya),
Allah sentiasa mengawasi tingkah laku mereka (serta akan membalasnya);
dan engkau (wahai Muhammad hanyalah penyampai) bukanlah menjadi wakil yang menguasai soal (bawaan dan amalan) mereka.
👉Zajrun dan takhwif,2 dalam 1
Pelindung diluar lingkungan asbab yg allah sebut dlm quran iaitu Jin,malaikat,nabi dan wali. أَوْلِيَاءَ
Ini lah yg menyebabkan syirik berlaku didunia.

Ayat 7
وَكَذَٰلِكَ
أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ قُرْآنًا عَرَبِيًّا
لِتُنْذِرَ أُمَّ الْقُرَىٰ
وَمَنْ حَوْلَهَا
وَتُنْذِرَ يَوْمَ الْجَمْعِ
لَا رَيْبَ فِيهِ ۚ
فَرِيقٌ فِي الْجَنَّةِ
وَفَرِيقٌ فِي السَّعِيرِ

Dan sebagaimana Kami tetapkan engkau hanya penyampai,
Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada (penduduk) "Ummul-Qura"
dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya,
serta memberi peringatan dan amaran mengenai hari perhimpunan (hari kiamat)
yang tidak ada syak tentang masa datangnya;
(pada hari itu) sepuak masuk Syurga
dan sepuak lagi masuk neraka.
👉Berkenaan Wahyu yg sedang kita baca.
Sempurnanya al quran
Tunaikan tuntutan alquran.
Inzar pertama,beri peringatan pada orang mekah.

Ayat 8
وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَجَعَلَهُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً
وَلَٰكِنْ يُدْخِلُ مَنْ يَشَاءُ فِي رَحْمَتِهِ ۚ
وَالظَّالِمُونَ
مَا لَهُمْ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ

Dan jika Allah menghendaki, tentulah Ia menjadikan mereka satu umat (yang bersatu dalam ugama Allah yang satu);
akan tetapi Allah (tidak merancang yang demikian bahkan Ia akan) memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya ke dalam rahmatNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan);
dan orang-orang yang zalim
tidak ada baginya sesiapapun yang dapat memberikan perlindungan dan pertolongan.
👉Kenapa tak jadikan satu golongan shj?
Jawapan bg syikayah
Ujian adalah kebijaksanaan allah.
Ujiannya apa?
Orang yg lulus ujian diletakan satu tempat dan gagal ujian diletakan pada satu tempat lain.
Ujian adalah kitab.
Ujian yg perlu dipelajari.
Tengok kitab,apa yg dia hendak ikut dan apa yg dilarang tinggal.
Kenapa tak buat semua lulus ujian?
Sebab bijaksana.
Kenapa zalim?
Sebab tak letak dirinya bukan pada tempatnya.

Ayat 9
أَمِ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ ۖ
فَاللَّهُ هُوَ الْوَلِيُّ
وَهُوَ يُحْيِي الْمَوْتَىٰ
وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Tidaklah patut mereka menjadikan sesuatu yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang disembah dan dipuja)
kerana Allah jualah Pelindung yang sebenar-benarnya, dan Dia lah yang menghidupkan makhluk-makhluk yang mati.
Dan (ingatlah), Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu
👉Iaadah zajrun atau teguran keras.

Ayat 10
وَمَا اخْتَلَفْتُمْ فِيهِ مِنْ شَيْءٍ
فَحُكْمُهُ إِلَى اللَّهِ ۚ
ذَٰلِكُمُ اللَّهُ
رَبِّي عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ
وَإِلَيْهِ أُنِيبُ

Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu):
"Apa jua perkara ugama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah;
Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku;
kepadaNyalah aku berserah diri
dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan)".
👉kenapa manusia diakhirat 2 puak?
Sebab ia berselisih didunia.
Berbeza amalan didunai maka berbeza balasan diakhirat.

Ayat 11
فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ
جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا
وَمِنَ الْأَنْعَامِ أَزْوَاجًا ۖ
يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ ۚ
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ ۖ
وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Dia lah yang menciptakan langit dan bumi;
Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri,
dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu);
dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua.
Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya)
dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
👉Ada kaitan dgn ayat sebelumnya.
Dgn perantara pasangan ianya menjadi ramai.

Ayat 12
لَهُ مَقَالِيدُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ
يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ
وَيَقْدِرُ ۚ
إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Dia lah jua yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi;
Ia memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan),
dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut peraturan itu);
sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
👉Siapa yg nak rezeki ,mintalah dgn allah sebab allah yg boleh bg.
Lapang rezeki adalah ujian .
Jika lapang rezeki tak taat,bermakna kandas.
Biasanya orang sempit rezeki berjaya ujian dan orang yg kandas adalah orang yg lapang rezeki.
Manusia tewas dlm rezeki yg lapang.
Ada juga  sempit rezeki,kandas.
Allah tahu sesiapa yg kandas dan lulus.

Ayat 13
شَرَعَ لَكُمْ مِنَ الدِّينِ مَا وَصَّىٰ بِهِ نُوحًا وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَىٰ وَعِيسَىٰ ۖ أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ ۚ كَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِينَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ ۚ اللَّهُ يَجْتَبِي إِلَيْهِ مَنْ يَشَاءُ وَيَهْدِي إِلَيْهِ مَنْ يُنِيبُ

Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara ugama yang Ia tetapkan hukumnya - apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: "Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya". Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima ugama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima ugama tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada ugamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat).

Ayat 14
وَمَا تَفَرَّقُوا إِلَّا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ ۚ
وَلَوْلَا كَلِمَةٌسَبَقَتْ مِنْ رَبِّكَ إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ ۚ
وَإِنَّ الَّذِينَ أُورِثُوا الْكِتَابَ مِنْ بَعْدِهِمْ لَفِي شَكٍّ مِنْهُ مُرِيبٍ

Dan umat tiap-tiap Rasul tidak berpecah belah dan berselisihan (dalam menjalankan ugama Allah) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang disuruh dan apa yang dilarang);
berlakunya (perselisihan yang demikian) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri.
Dan kalaulah tidak kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman) hingga ke suatu masa yang tertentu,
tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta-merta kepada mereka.
Dan sesungguhnya orang-orang yang diberikan Allah mewarisi Kitab ugama kemudian daripada mereka, berada dalam keadaan syak yang menggelisahkan terhadap Kitab itu.

Ayat 15
فَلِذَٰلِكَ فَادْعُ ۖ
وَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ ۖ
وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ ۖ
وَقُلْ آمَنْتُ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ مِنْ كِتَابٍ ۖ
وَأُمِرْتُ لِأَعْدِلَ بَيْنَكُمُ ۖ
اللَّهُ رَبُّنَا وَرَبُّكُمْ ۖ
لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ ۖ
لَا حُجَّةَ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ ۖ
اللَّهُ يَجْمَعُ بَيْنَنَا ۖ
وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ

Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka - wahai Muhammad - kepada berugama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu,
dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka;
sebaliknya katakanlah:
"Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah,
dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu.
Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu.
Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu.
Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata).
Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat),
dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)".
👉Cara mengembalikan manusia kepada fitrah atau mengajak kepada tauhid.
Ajak beramal atas aqidah tauhid.
Ramai yg beramal tapi bukan aqidah tauhid.
Kamu mesti mentauhidkan allah dlm ibadah.
Beramal atas aqidah tauhid
Riak adalah gangguan halus terhadap  tauhid.
Tidak berpada dgn allah tengok.
Riak syirik kecil.
Riak masih terpengaruh dgn makhluk.
Betul2 tauhid ,Syirik besar dan kecil tiada baru ada pahala dari allah.
Sahabat nabi tidak gembira orang tahu amalannya.
Abu hurairah tak suka ibadahnya diketahui orang.
Dia dapat Dua pahala
1.Ikhlas
2.Pahala disebabkan orang ikut sama nak buat .
Tauhid adalah wahyu,syirik adalah hawa nafsu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan